Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 22 Mei 2012

SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN UMAT DI POKOK SENA , KEDAH 2012


TUN SYAABAN ATAU HANG TUAH ADALAH RAJA DAERAH BAGI AYUTHIA DAN ACEH YANG DI LUKIS DI PERANCIS MERUPAKAN FIKIRMAN YANG CUBA MEMASTIKAN AGAMA ISLAM SAMPAI KESELURUH DUNIA





Selamat berbahagia dan Selamat Tahun Merong semua,  harap antum semua sentiasa di dalam iman yang sempurna untuk memudahkan kita menyempurnakan amalan agama dengan tekun serta penuh dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Kita tinggalkanlah kisah si Amirol keturunan Ketua Penyamun Mat Daban dari Perlis Darul Sunnah kerana banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan demi kebahagian kita dan Umat di dunia dan di akhirat, walaupun ana dapati 3 buah buku ana di dapati hilang termasuk keris purba berukuran kecil yang ana letakkan di depan komputer yang sentiasa menemani ana semasa menghasilkan sesuatu artikel. Sikap ana tak ambil pusing hal ini sebab orang jenis ini ana dah jumpa ramai dah, lagi pun ana berharap melalui dakwah ila Allah mereka ini  akan berubah serta mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Membiarkan perkara ini terus berlaku contohnya ‘ beliau pernah mengaku merupakan pemilik Kilang membuat rempah ratus di Jejawi, Perlis dan UJAR BELIAU semua pekerjanya di galakkan berpuasa dan wajib membuat  tiap-tiap hari Solat Dhuha 12 rakaat, tapi bila ana pergi melawat kilang rempah itu, ana dapati beliau juga sebenarnya sebahagian dari pekerja di situ, iaitu di bahagian designer sahaja, bukannya pemilik atau bos di situ seperti yang di dakwanya, tapi perkara ini ana diamkan sahaja sambil ana tersenyum sinis sambil terfikir,  tinggi juga angan-angan dan halusinasi  si Amirul ni,  ‘ rupanya membawa padah pada ana pabila budak ini secara senyap-senyap telah melarikan buku ana dan lain-lain tanpa ana sedari.  Di harap saudara Amirol dapat memulangkan semula barang-barang ana itu termasuklah kereta mainan remote control milik anak ana yang anta telah ambil tempohari untuk di baiki sejak 7 bulan yang lalu kerana setiap perbuatan kita ada balasannya dari Allah s.w.t.  






BAGINDA WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANA BERKETURUNAN ABDULLAH MUKARAM ANAK GUNDIK PM KEDAH MUHAMMAD JIWA YG MEMBAWA KPD AHMAD TAJUDDIN SEBAGAI KONONNYA SULTAN KEDAH




Semasa ana pergi ke Kota O atau Kota Aur di sempadan Thailand bersama Pak Ngah Tuanku Nai Long Kasim minggu lepas, baginda mengatakan siapa lagi yang nak ambil barang-barang hang tu kalau bukan budak Amirol tu, sebab dia saja yang kerap dokpi rumah hang… Ops dah terlajak ana ni bergurindam dan beremosi pula dengan budak Perlis ni, biarlah dia dengan labu-labunya. Ana sebenarnya terpaksa menceritakan hal si Rol ini kerana ada arahan dari nabi s.a.w agar memberitahu umat supaya  mengenal siapakah penjenayah, penzina, pembunuh, pencuri dan perompak agar umat dapat mengenali mereka dan tidak ditipu serta diperdaya oleh mereka dan menyelamatkan umat dari mara bahaya disebabkan oleh golongan ini.  Semasa ana bersiar-siar makan angin dengan baginda YM Tuanku Nai Long Kasim  menziarahi saudara mara di sekitar Kota O minggu yang lalu, baginda meminta ana menyiarkan Surat Tuntutan ke 11 bulan ini juga, sebab surat berkenaan telah baginda hantar kepada penerima masing-masing tapi tidak di ketahui lagi oleh rakyat jelata. Perkara ini perlu di ketahui oleh rakyat guna untuk hidup bebas tanpa di bayangi oleh raja-raja lantikan penjajah Inggeris yang sentiasa ingin perkara yang buruk untuk kita tapi yang terbaik untuk krono-kroni mereka. Ini menyebabkan ana terpaksa menangguhkan dahulu artikel mengenai si Yahudi Munsyi Abdullah (1796-1854) atau Moshe Havdallah Part 3 sambungan dari artikel yang sudah yang bertarikh Ahad, 16 Mei 2010 bertajuk CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH DAN PERISTIWA PENGEBOMAN KOTA-KOTA DI BANDAR HILIR  dan artikel pada bulan Mei juga bertarikh Ahad, 15 Mei 2011  CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH EPISOD KE 2 yang merupakan P.A. kepada Stamfod Raffles (1781-1826) .












BELIAU BUKANNYA BERKETURUNAN SULTAN JAAFAR MUADZAM SHAH 1862-1876 BUKTI DARI SUMBER BUKU CEMPAKA SARI DAN BUKAN DARI KETURUNAN SULTAN MUZAFFAR SHAH 111 KUALA KANGSAR PERAK WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANA







 



Baginda juga ingin suratnya segera di siarkan suratnya bulan ini agar kita tahu benda penting yang terkandung di dalam surat yang di paparkan iaitu Surat Tuntutan dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang ke 11 kepada kerajaan Malaysia yang mana mereka ini telah diamanahkan untuk menyempurnakan agama Allah dengan memerintah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. dan menunaikan hukum agama Islam serta perlembagaan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkandung di dalamnya Khutbah Wida' Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlembagaan negara pertama Islam Madinatul Munawarah. Disini ana juga berkeinginan  mengiklankan disini tentang perhimpunan Umat Islam yang akan diadakan di Masjid an-Nur, Pokok Sena, Kedah. Perhimpunan Umat atau Ijtimak atau Jor ini  ialah untuk Zon Utara merangkumi Kayang (Perlis), Langkapuri (Langkawi)  dan Kota Star  juga semua kawasan Utara. Anda semua dijemput hadir ke Ijtimak ini yang akan berlangsung pada 28, 29 dan 30hb Mei 2012. Pada 29hb Mei 2012 pula akan berlangsung perhimpunan untuk golongan Alim Ulama  Zon Utara  Malaysia. Di majlis itu antum juga akan berpeluang menyaksikan dan mendengar di majlis ini yang akan memperkata dan membesarkan nama ALLAH dan hari Akhirat di sana dengan izin ALLAH s.w.t. Di Jor ini juga kita dapat bermuhasabah dan bertafakur setelah penat bekerja untuk mencari nafkah kehidupan seharian dan menyelongkar penipuan penjajah yang berlaku dengan begitu licik sekali. Perjuangan nenek moyang kita dahulu melawan pemerintahan British sama dengan semangat Panglima Tun Syaaban iaitu Laksamana Hang Tuah ( 1656 – 1688 ) keatas raja-raja boneka seperti Raja Petra Thai Inggeris Kelantan, Raja Phra Ong Thai Kedah,  Raja Mail  British Terengganu, Raja Melewar Belanda Negeri Sembilan, Raja Temenggung Victoria Johor, Raja Hisyam Inggeris Selangor dan Raja Abdullah Inggeris Perak amat mengkagumkan.







KETURUNAN BELIAU WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANA MEREKA BERKETURUNAN PEMBERONTAK LONG SENIK MULUT MERAH DAN BUKANNYA BERKETURUNAN JEMBAL RAJA NIK MUHAMMADIAH LEGEH, AYER LANAS JELI  KELANTAN





Di negeri buatan British iaitu Kedah Darul Aman dan Perak Darul Ridwan nama seperti Panglima Nayan, Awang Pho, Sulaiman Kerkau, YM Nai Mud dan ramai lagi tidak asing lagi bagi orang-orang Tua dahulu semasa di zaman mereka. Panglima Sulaiman Kerkau misalnya walaupun bukan seorang yang Alim tapi perjuangannya menentang pemerintahan Boneka Sultan Abdul Hamid serta kroni-kroninya dan tuannya iaitu kerajaan Inggeris di era sebelum kemasukan Jepun ke Semenanjung Melaka ini cukup menghairankan rakyat jelata yang pada itu cukup takut pada Polis-polis inggeris. Beliau cukup di geruni oleh musuh-musuh Allah itu dan Kampung Kerekau atau Kerkau merupakan kubu dan kawasan perlindungan bagi jagoan dan panglima-panglima berkumpul serta kediaman beliau yang terletak bersebelahan dengan kampung Jelutung, Pendang , Kedah.  Panglima Sulaiman Kerkau ini mempunyai tubuh badan yang besar dan tegap  serta amat mahir bermain silat dan senjata serta bertempur secara Gerila. Beliau di hormati  dan di anggap Raja di kampungnya pada zaman  itu.  Di zaman Raja Kedah Darulaman Pra Ong iaitu Sultan Abdul Hamid (1860-1943), British tidak berani  lansung memasuki kawasan beliau. Segala harta yang di rampas oleh Panglima Nayan dari kroni-kroni British akan di agihkan di rumah beliau. Malah mereka tidak mengambil manafaat pun dari harta berkenaan malah di infakkan semuanya kepada Asnaf Fakir Miskin. Kerekau dalam bahasa Siam Melayunya bermaksud Pelompat Lama iaitu Kere atau Keran bermaksud Pelompat manakala Kau atau Qau bermaksud Lama .Bahasa mudahnya ialah Pelompat Lama atau Tempat Turun  Al[ran Air Dari Petak Bendang atau Sungai dan Ikan Turun bersama dengan Mengalirnya Air. Semua  ini berlaku di zaman pemberontakan YM Tuanku Nai Mud terhadap pemerintahan Raja Perak Palsu dan Raja Kedah Pra Ong setelah syahidnya emperor Melayu terakhir DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah .








KETURUNAN BELIAU WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANAIALAH LANTIKAN INGGERIS DAN BUKANNYA BERKETURUNAN RAJA MANDALIKA TERENGGANU 1300 BUKTI DARI BERSURAT TERENGGANU BERTULISAN KAWI








Panglima Sulaiman Kerkau ialah orang yang terlatih dalam perjuangannya melawan penjajah Inggeris dan Sultan Boneka Kedah Pra Ong Hindu Darulaman Abdul Hamid serta Raja Perak Darul Ridwan. Ini kerana semasa kecilnya Sulaiman Kerkau telah di pelihara oleh Datuk Saudara kepada  isteri Pak Ngah YM Tuanku Nai Long Kasim termasuk yang di pelihara oleh datuk Mak ngah ialah Panglima Awang Pho dan Panglima Nayan ( 1890-1920 ). Mereka telah di tarbiah dengan akhlak yang murni oleh datuk saudara  Mak Ngah serta di latih menjadi Satria untuk membela agama, nusa dan bangsa. Suatu ketika dulu semasa berlaku sparred dan sparring iaitu latihan antara Sulaiman Kerkau dan Aniyey atau namanya Nai Yey iaitu anak saudara kepada DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ( 1825-1876 ), di putuskan di padang gelanggang iaitu Nai Yey yang  bertubuh kecil mesti berlawan dengan Sulaiman Kerkau bertubuh sasa. Oleh itu semasa berlaku pertempuran sparing tanpa senjata, baginda Nai yey yang gerun dengan tubuh sasa Sulaiman Kerkau telah memeluk erat kepala Sulaiman Kerkau terlalu lama sehingga Sulaiman Kerkau jatuh lembik menyembah bumi di kalahkan oleh Nai Yey yang takutkan kepada tubuh badan Sulaiman Kerkau juga merupakan  jagoan di dalam ilmu persilatan. Ops tanpa membuang masa lagi  ayuh marilah kita menghayati surat tuntutan yang ke 8 dari YM Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad ibni Nai Mud waris mutlak kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Empayar Kedah Tua Benua Siam Kedah al-Jefri yang ke 11. Sekian, wassslam.













KETURUNAN BELIAU  WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANABERKETURUNAN TEMENGGUNG DAN BUKANNYA BERKETURUNAN RAJA SYED MOHD YUSUF AL- MAHDI DARI KOTA DIRAJA MUAR, JOHOR






PERHIMPUNAN UMAT @ IJTIMAK @ JOR NILAI SPT PERHIMPUNAN UMAT DI SELURUH SPT DI INDIA, ENGLAND DAN PARIS TETAPI JOR TONGI MENCATATKAN ANGKA KEHADIRAN TERTINGGI DI DUNIA TAHUN LEPAS IAITU MENCECAH SEHINGGA 7 JUTA JIWA

 
RAJA SELANGOR BUKANNYA BERKETURUNAN SYAH ALAM SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SHAH YANG BERSEMAYAM DI KOTA JUGRA DAN RAJA N.SEMBILAN BUKANNYA BERKETURUNAN SULTAN MAHMUD SHAH YG BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT N.SEMBILAN. KETURUNAN MEREKA BERDUA WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993