Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 16 Mei 2010

CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH DAN PERISTIWA PENGEBOMAN KOTA-KOTA DI BANDAR HILIR

------------------------------
Sempena hari guru ini mari kita melihat dan menyelongkar sejarah silam yang telah dirosakkan oleh seorang tokoh kesayangan British dan kawan baik pemberontak Kedah Tua, Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka. Namanya Munsyi Abdullah dilahirkan di Kampung Pali pada tahun 1796m di Bandar Hilir dan merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradiknya. Nama asalnya adalah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah dianugerahkan oleh pihak Inggeris sebagai "Tokoh Penulisan Moden" selepas menterjemahkan kitab Bible Matius ke Bahasa Melayu dan membantu memudahkan pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian di Bandar Hilir dan Singapura. Padahal pada zamannya terdapat ramai tokoh-tokoh penulisan besar yang junior dan senior di alam Melayu pada zaman itu yang menghasilkan banyak kitab-kitab yang bernilai tinggi seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Daud Pattani, Raja Haji, Abdul Samad Palambangi dan lain-lain. Paderi C.H. Thomsen dan paderi W.Milney di tahun 1819,1825 dan 1830 telah belajar Bahasa Melayu dengan guru mereka Munsyi Abdulllah, ini menyebabkan mereka menjadi mudah membawa orang -orang tempatan ke agama Kristian. Inggeris juga mencanangkan beliau sebagai " Tokoh Yang Melampau Abadnya ". Ini kerana beliau merupakan penafsir dan jurutulis bukan sahaja kepada Stamford Raffles bahkan kepada pegawai-pegawai British, tentera-tentera upahan British seperti askar-askar Hindu Gurkha, askar-askar kafir Sikh Punjabi dan golongan-golongan gereja Kristian.

-------------------------

Beliau dikatakan berperanakan Tamil dan Arab, ibunya berbangsa Tamil tetapi ayahnya dipertikaikan keturunannya. Dikatakan ayahnya Arab dari Yaman tapi berbangsa Turki dan ada mengatakan ayahnya berperanakan Tamil campuran Arab, ini menunjukkan kesimpulannya mudah, iaitu ayahnya berketurunan Yahudi seperti kes presiden pertama Republik Turki. Yang mana Kamal Atarturk yang mana ayahnya tidak berapa jelas keturunannya, rupa-rupanya ayahnya merupakan seorang berketurunan Yahudi. Tokoh yang tidak jelas keturunannyalah yang selalu menjadi pilihan musuh-musuh Allah, kerana golongan jenis ini selalunya telah diaturkan kewujudan dari mula lagi. Didalam penulisannya Munsyi Abdullah banyak menghina bangsa Melayu kerana mengikut arahan bossnya. Ini disebabkan sejarah silam menunjukkan yang bangsa Melayulah menerima kedatangan ahlul-bait ke alam ini dari Timur Tengah dan melantik mereka menjadi raja atau pemerintah Melayu di nusantara. Antara kritikan beliau keatas orang-orang Melayu ialah dia megatakan orang-orang melayu itu "BODOH" kerana tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris, kerana pada masa itu anak-anak kita dihantar ke Madrasah. Beliau juga mencela orang-orang Melayu kerana tidak berminat belajar Bahasa Inggeris, kerana pada masa itu mereka menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Arab.



PENULISAN MUNSYI ABDULLAH DIBUAT UNTUK MENUTUP SEJARAH TUAN PUNYA (SEMENANJUNG) MELAKA IAITU EMPAYAR KEDAH TUA YANG PERNAH BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT, NEGERI SEMBILAN YANG BERADA TAK JAUH DARI BANDAR HILIR

------------------------

Beliau merupakan sasterawan abad ke-19 dan mahir berbahasa Melayu, Tamil dan Arab. Pada tahun 1840m selepas kematian isterinya seorang yang berbangsa Tamil, beliau telah berhijrah ke Singapura. Ini kerana ditempat kelahirannya beliau dipulaukan oleh orang-orang tempatan kerana tidak suka dengan tabiatnya suka bergaul rapat dengan penjajah-penjajah Inggeris. Beliau menjadi pujaan bangsa Inggeris dan Belanda kerana memudahkan musuh -musuh Allah ini menunaikan cita-cita Kolonialisme Barat. Beliau pernah mempelajari kitab Bible Matius daripada Dr. Marrison semasa di Singapura. Sebagai P.A kepada Stamfford Raffles, beliau diarahkan mencari buku-buku Hikayat tua Melayu dimana sahaja berada untuk di serahkan kepada kerajaan Inggeris. Selain menyunting kitab tua Sejarah Melayu mengikut selera dan agenda kerajaan Britain beliau juga antara orang yang bersubahat dan dalang menghasilkan cerita hantu-hantu Melayu diantaranya ialah watak Hantu Penanggal.

---------------------------------------------

Seorang pegawai kerajaan yang bernama Faizal pernah menceritakan tentang Munsyi Abdullah ini sewaktu menerima kehadiran bertugas Stamfod Raffles (1781-1826) dari England. Munsyi Abdullah mengatakan yang bossnya ini sudah fasih berbahasa Melayu ketika hari pertama bertemu dengannya. Ini terjadi apabila Munsyi Abdullah megatakan " how are you sir? ", Stamfford Raffles menjawab " Khabar baik". Ketika menerima undangan kenduri, gabenor Inggeris ini juga hadir dan membuka kasut ketika memasuki rumah Munsyi Abdullah. Dan yang lebih menghairankan beliau lagi ia bersalam-salaman dengan orang-orang kampung dan duduk bersila seolah-olah dia sudah biasa dengan adat di tempat itu. Padahal pada masa itu tuan rumah sibuk mencari kerusi yang pada kebiasaannya orang-orang inggeris tidak faham dengan adat istiadat orang-orang Melayu ketika itu. Ketika tuan rumah sibuk pula mencari sudu dan garfu mereka dapati si Inggeris ini sudah makan dengan tangannya sahaja. Faizal memberi tahu orang-orang Melayu di zaman itu dan Munsyi Abdullah tidak perlu takjub dan hairan tentang kearifan orang-orang inggeris tentang Adat Istiadat Melayu kerana setiap pegawai Inggeris yang akan bertugas di jajahan-jajahan mereka seperti di India, Afrika dan Nusantara perlu mempelajari adat resam orang-orang tempatan di Universiti mereka bahagian Fakulti School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.----------------


SIFAT KEBINATANGAN MUNSYI ABDULLAH TERSERLAH APABILA BELIAU MENYOKONG PENGEBOMAN KOTA-KOTA ARTIFAK NEGARA OLEH KERAJAAN BRITAIN DENGAN TERHASILNYA BUKU HIKAYAT BINATANG KARANGAN BELIAU



Beliau pernah mengikut bossnya ke negeri-negeri Melayu sekitar jajahan British dan Belanda di Indonesia juga sekitar wilayah Pantai Timur Semenanjung Melaka ( Kelantan dan Terengganu ). Hasil dari lawatan itu beliau mengatakan orang Melayu ini pengotor, malas, tidak bertamadun dan hidup atas ihsan orang lain. Sikap benci beliau terhadap Bahasa al-Quran dapat dilihat seperti kata-kata beliau seperti berikut, "Maka belum pernah aku melihat,baik orang Melayu ,baik peranakan atau barang yang lain-lain menggunakan Bahasa Arab dalam pekerjannya. Baik dari hal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim salam atau membalas surat, melainkan sekelian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melain dalam sembahyang dan berdoa itulah sahaja." Padahal nabi s.aw bersabda : Kebencian kepada Bani Hasyim dan orang-orang Ansar adalah kufur. Kebencian kepada orang-orang Arab pula adalah nifak. ( Hadis Riwayat Tabrani )


------------------------------------
Sebagaimana pemberontak dari Kuala Muda iaitu Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka mendapat gelaran dari British sebagai "Penaung Penulisan Sejarah" selepas berjaya menghasilkan Hikayat Hang Tuah dan cerita dongeng "Kesultanan Melayu Melaka" . Munsyi Abdullah (1796-1854) pula di beri gelaran "Bapa Kesusasteraan Moden" kerana jasanya menafsir kitab Hindu Kuno dan juga merupakan guru bahasa kepada Persatuan Mubaligh Kristian. Semasa Musuh Bisik 1821m beliau berada di Bandar Hilir untuk meyambut ketibaan pemberontak kerajaan Kedah Tua yang bernama Ahmad Tajuddin al-Marhum Melaka. Beliau yang telah berjaya membawa masuk tentera Siam-Thai ke Kota Star, telah diselamat dan dilarikan oleh bossnya ke Bandar Hilir selepas di kejar oleh tentera Kedah Tua di bawah pimpinan Panglima Bukit Gantang Maharaja Melayu Sultan Syed Alang Alauddin (1824-1862) yang bersemayam di Istana Kuning, Kota Star. Al-Marhum Melaka ini adalah musuh dalam selimut bagi Empayar Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan merupakan aset yang penting bagi kerajaan Britain untuk agendanya dimasa depan dan beliaulah yang telah berganding bahu dengan Munsyi Abdullah untuk menulis buku dongeng Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan Hikayat Hang Tuah yang isinya penuh dengan dongeng, khurafat, tahyul dan metos.


GERBANG YANG TELAH DI 'CONVERT' GEROMBOLAN KEDUA PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARINI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM


Semasa British menguasai Bandar Hilir (kononnya Melaka) gabenornya ialah Major Cook kemudian diganti pula tidak lama selepas itu oleh Colenail William Farquhar. Semasa zaman inilah Kota Portugis Islam dan kota-kota sekitar bandar hilir telah dibuang dan dimusnahkan oleh pihak British sebelum musuh-musuh Allah ini menjarah kota-kota yang lainnya di luar bandar Hilir seperti Kota Lukut, kota-kota di Johor Lama, Muar , Kota Mengkuang dan lain-lain. Peristiwa pengeboman Kota Islam Potugis ini berlaku pada masa Munsyi Abdullah berada disana. Didalam Hikayat Abdullah, sila rujuk muka surat 42, beliau menceritakan tinggi Kota Islam Potugis itu kira-kira 10 depa sampai keatas dan di dasar tanahnya. Beliau menulis, " Lebarnya pula ialah 13 depa dan disitu lah diaturnya meriam berkeliling dan tebal sepanjang kota itu adalah setengah 3 depa dan dibawah kota ini di tiap-tiap katlumnya ada rumah bawah tanah lengkap dengan perigi dan kandang kuda dan beliau memberitahu kota itu berbentuk empat segi. Kota ini mempunyai empat pintu dan satu pintu besar dengan mempunyai jambatan yang besar. Didalamnya mempunyai pintu yang besar dan terdapat satu pintu kecil. Maka dari pintu itulah orang keluar dan masuk."



PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYU SULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN

------------------------------------

Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina . British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu disitu tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. "Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati," sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. "Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. Apabila William Farqular melihat pekara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46.

--------------------------------

KASIHAN ! BERSUSAH PAYAH KERAJAAN KITA MENCARI SAKI BAKI KOTA-KOTA YANG HILANG, AKIBAT DI BOM DAN DI KAMBUS OLEH BRITISH SEKITAR BANDAR HILIR UNTUK TATAPAN GENERASI BARU KITA YANG TERCINTA

----------------------------------------------------

Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam dikota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) didalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang didalamnya yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh. "Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang ditangannya. Maka disuruh orang naik kekota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minit meletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut. Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.




CUBA LIHAT KOTA ISLAM PORTUGIS ASKAR UPAHAN MERONG MAHA WANGSA INI YANG MEMPUNYAI MENARA MASJID TAPI KONONNYA MENARA SANTIAGO TINGGAL KEPALA KOTA SAHAJA HASIL PENGKHIANATAN MUSUH-MUSUH ALLAH

--------------------------------------------

Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britian ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya. Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling. Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England. Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh. "Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya...Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu," sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.


--------------------------------------------------------

Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan "Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya. Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya." Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakan " Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada di tidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya ", rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47. Pada tahun 1854m Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain. Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada dibawah pengaruh empayar Usmaniyyah manakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam.

Jumaat, 7 Mei 2010


KEHANCURAN KOTA STAR DAN PENUKARAN NAMANYA KEPADA ALOR STAR



Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan. Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah. Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain. Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlisah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sutan Badlisah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.






Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO' KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh


Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri. Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau. Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.


--------------

KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI


Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku "Sejarah Kedah Sepintas Lalu", mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-


1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.


2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .


3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548m .


4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .


5. Istana Sultan Shiekh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904m di pekan Langgar, Kedah.


6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.


7. Istana Dato' Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau
Maharaja, Tunjang.


8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.


9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.


10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syiekh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.


11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.


12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.


13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.






BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DISELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA



14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.


15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.


16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.


17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788M.


18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almahrum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.


19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.


20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.


21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.


22. Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.


23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.






INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN



Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara. Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah. Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama "Alor". Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.



KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA




Apabila Imperialis Belanda kalah ditangan tentera Perancis dibawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti. Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di "convert" menjadi candi kafir Buddha. Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.



BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES



Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu disitu seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang disana. JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja. Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun. Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi dizaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.


MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR



Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia, sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar. Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua. Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut. Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.