Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Isnin, 26 September 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 9 DARI WARIS MUTLAK YM TUANKU NAI LONG KASIM KEPADA PERDANA MENTERI THAILAND


TINGGAL KENANGAN, SEBUAH WAKAF DI RANONG, THAILAND. TAPI ALHAMDULILLAH, WARISAN BERHARGA KITA INI MASIH TERPELIHARA DI SANA



Assalamualaikum semua, berjumpa kita lagi di persada sejarah nagara. Di artikel kali ini marilah kita hayati Surat Tuntutan ke 9. Surat Tuntutan kali ini kita tunaikan permintaan saudari Sofea Umudi yang pernah menghantar ulasan untuk menatap Surat Tuntutan yang telah di hantar kepada ketua-ketua kerajaan luar negara. Surat Tuntutan kali ini dihantar kepada Perdana Menteri Thailand yang baru setelah berjaya memenangi pilihanraya di negaranya yang telah di buat baru-baru ini. Beliau ialah adik kepada Perdana Menteri yang telah di gulingkan dahulu oleh Jeneral Thailand yang juga seorang muslim yang berasal dari bandar Ayuthia, yang mana keIslaman jeneral yang bernama Jeneral Sonthi ini bukannya baru tapi sejak ribuan tahun yang lalu. Perdana Menteri yang baru bernama Ying Luck Shinawatra yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri yang digulingkan dahulu iaitu Thaksin Shinawatra telah menjadi orang buangan di negara asing dibawah suaka politik yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara Thailand yang dahulunya berasal dari nama negeri Siam dan wilayah dibawahnya bernama negeri ( semenanjung ) Melaka merupakan sebahagian dari Benua Siam Kedah yang merangkumi dari selatan bandar Chitaggong sehingga menjangkau ke Pulau Tasmania di selatan Australia, dari Pulau Madagaskar pula sehingga ke Pulai Hawaii dan juga dari Jepun sehinggalah ke Bandar Hanoi merupakan wilayah yang luas didiami oleh bangsa Jawi atau Melayu dibawah rajanya suku Siam Islam dari bangsa Jawi atau Melayu dari zuriat keturunan Nabi s.a.w. Penghulu Segala Nabi.





SUASANA DI DALAM MASJID GERISIK, THAILAND YANG MANA JELAS LARANGAN MEMPLASTER DINDINGNYA DAN DIBANGUNKAN KUBAHNYA SEMULA SPT DI ZAMANNYA. HANYA DIBENARKAN, PENAMBAHAN LANTAI SAHAJA OLEH KERAJAAN THAILAND




Negara Thailand yang telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1938 ialah sebuah negeri Siam yang telah dibuka oleh Raja Merong Maha Podiset yang bergelar DYMM Sultan Muzaffar Shah II ( 800m ). Setelah kekalahan teruk Raja Boromoraja Ekataat V yang bergelar DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ( 1767-1821 ), pihak musuh-musuh Allah telah membahagi-bahagikan benua atau negara Islam ini kepada jajahan masing-masing seperti Francis, British, Sepanyol, Belanda dan Amerika Syarikat kedalam wilayah masing-masing. Negeri Siam bukanlah hak milik raja Thai Buddha tetapi adalah hak milik Raja Siam Islam dari bukti Hikayat Merong Maha Wangsa berhubung penghantaran bunga emas kepada maharaja Benua Siam Kedah. Bukti ini juga ada di dalam buku Warisan Maha Wangsa milik persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Kedah Darul Aman dibawah peyelenggaraan Mahani Musa Ahmad Jailani Hamili di muka surat 11 dan 12. Raja Daerah Siam Lancang Merong Maha Podiset ( 800m ) ini, sebelum di lantik sebagai as-Sultan Kedah atau Maharaja empayar Benua Siam Kedah, iaitu orang yang membuka negara Thailand bermaksud 'Naga Laut Pembesar Lelaki Yang Terbaik'. Kita boleh rujuk di manuskrip Undang-Undang Kedah dibawah peyelenggaraan Mariyam Salim dibawah Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur tahun 2005.





MASJID GERISIK DI THAILAND YANG MENJADI MANGSA PENJAJAHAN BANGSA SUKHOTHAI YANG MANA DINDINGNYA TELAH DI KUPAS SERTA DI KIKIS DAN KUBAHNYA TELAH DIROBOHKAN BESERTA DENGAN MENARANYA SEPERTI MEREKA TELAH LAKUKAN DI BANDARAYA AYUTHIA AGAR SEJARAH BANGSA MELAYU TERKUBUR




Raja Merong Maha Podiset yang bergelar Sultan Muzaffar Shah II juga seperti ayahnya Raja Merong Maha Wangsa ( 745M ) ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan Islam dengan pesatnya di Benua atau Negara Islam ini. Cucunya Raja Merong Maha Wangsa Badrul Munir yang bergelar DYMM Sultan Saidina Jamalul Alam pula seorang yang telah berjaya menyiapkan undang-undang Islam di tahun 812 masihi bersamaan tahun 222 hijrah yang pada masa itu sedang berkhidmat di Negeri Aceh. Ayahnya Raja Merong Maha Podiset telah menggelarkan negara yang dibukanya di Utara Negeri Melaka atau di utara negeri Semenanjung Melaka dengan gelaran Negeri Siam Lancang. Raja Merong Maha Podiset juga orang yang bertanggungjawab berdakwah bersama-sama rakyatnya dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat gelaran Lelaki Terbaik atau dalam bahasa Melayu Siamnya 'Podiset' .Atas usaha bersungguh-sungguhnyalah menyebabkan menculnya pusat-pusat penyebaran Islam terkenal seperti bandaraya Pagan Mandalay, Ayuthia dan sebagainya. Oleh itu negeri Siam Lancang ini atau bernama Siam ialah sebuah negeri Siam yang telah dijajah oleh raja Bhudda Thailand Chakri Sukhothai yang merupakan penjajah dari negara kafir Tibet dan perkara ini perlu dirujuk kepada waris mutlak kepada keturunan Raja Merong Maha Wangsa YM Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Tuanku Nai Long Ahmad.






ORANG PUTIH DAN NEGRO PUN KENAL PAK NGAH YM TUANKU NAI LONG KASIM, KORANG BAGAIMANA?




Raja Siam Islam atau Raja Mandalika digelar oleh ahli sejarah Inggeris DG Hall dari bukunya A History Of South East Asia 1955 sebagai pengasas kepada bandaraya Ayuthia ditahun 1350 bernama Shahri-i-Nao yang bermakna Bandar di Raja dalam bahasa Parsi yang sekarang ini bila kajian dibuat mempunyai 21 buah masjid. Sejarawan Inggeris ini juga memberitahu Raja Mandalika ini bernama Rama Tibodi I ( 1300-1360 ) yang bergelar Sultan Madzaffar Shah telah membina bandaraya Ayuthia pada tahun 1350M. Rama Tibodi dalam bahasa Melayu Siamnya bermaksud 'Kemaraan puak Baik dari Negeri Kedah'. Raja Rama Tibodi I ialah putra kepada DYMM Sultan Muhammad yang Adil ( 1201-1300 ) manakala datuknya ialah DYMM Sultan Sheikh Abdul Kadir Husin Shah Alam di tahun 903M yang telah dimakamkan di Makam Tanjung Inggeris, Mukim Langgar, Kota Star, Kedah Darul Aman. Raja Siam Lancang inilah iaitu Rama Tibodi I yang mencipta batu bersurat Terengganu yang tercatat didalamnya perkataan nama baginda iaitu Mandalika dan ditangan beliaulah terbinanya istana Pagan di Bandar Pagan Mandalay, Tenang Sari yang masih wujud di Negara Mynmar sehingga ke sekarang ini. Mereka ini semua ialah berketurunan Raja Islam China Sai Tee Sung ( 599-651 ) yang merupakan seorang Tabiin atau pengikut sahabat nabi s.a.w. yang mana baginda telah memelok Islam di tangan Saad bin Abi Waqas r.a. Bukti dari buku Warisan Maha Wangsa Kedah penyelenggaraan Mahani Musa Ahmad Jailani Halimi membuktikan bahawa Raja-raja negeri Siam beragama Islam (sila rujuk muka surat 11 dalam hikayat Merong Maha Wangsa peristiwa penghantaran Bunga Emas Raja Siam Kedah kepada abangnya Putra Sulong di Negeri Siam oleh Raja Siam Merong Maha Podiset yang bererti Raja Siam ini adalah mutlak dari keturunan sultan Kedah yang beragama Islam dan bukannya beragama kafir Buddha suku Thai raja Thailand. Sekarang ayuh mari kita baca Surat Tuntutan baginda YM Tuanku Nai Long Kasim kepada kerajaan penjajah negeri Siam dari empayar Benua Islam Siam Kedah iaitu Perdana Menteri Thailand Ying Luck Shinawatra. Wassalam.