Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Rabu, 17 November 2010

ONE KHALIFAH : SURAT TUNTUTAN 1, YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD ZURIAT DAN WARIS DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA PEMBESAR-PEMBESAR NAGARA

---------------


KOTA STAR IBU KOTA KUNO KERAJAAN PURBA KELUARGA QURAISH AHLUL-BAIT DI TIMUR DARAH ZURIAT SYARIFAH MARIAM AL-JEFRI MERONG MAHA WANGSA YANG MENYIMPAN SERIBU SATU MACAM KISAH SUKA DUKA KESULTANAN ISLAM MELAYU TUA



MEMBINA NAGARA DAULAH KHALIFAH ISLAM YANG SATU MERUPAKAN KEWAJIPAN KEPADA KITA SEMUA
-------------------
------------------------
Salam Aidul Adha semua, Kullu Am Wa Amtum Bil Khair. Sempena hari yang mulia ini, atas permintaan kawan-kawan marilah kita hayati surat resmi " Tuntutan Aset Dan Takhta Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia Di Negeri ( Semenanjung ) Melaka Pada Hijrah Nabi S.A.W 1067 Tahun Hijrah " di siarkan. Semoga kita faham dan memahami maksud hidup kita selama ini. Menyebarkan Islam sejauh dan semampu yang boleh seperti semangat yang di tunjukkan oleh DYMM Tuanku Merong Maha Wangsa di bawah pemantauan seorang Amir atau Khalifah yang akan menjaga kemaslahatan diri, keluarga dan negara kita. Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim walaupun sudah berusia lanjut, demi kehebatan dan ketuanan Melayu Raya telah berkali-kali meluangkan masa, diri dan harta beliau untuk memberitahu kita semua tentang sejarah realiti kita yang sebenarnya. Datuknya YTM Nai Mud merupakan cucu Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah dan Penghulu Tajar, Kota Star merupakan ketua kepada Panglima Nayan dan Panglima Awang Pho. YTM Nai Mud juga merupakan Pejuang Kemerdekaan menentang penjajahan British.
----------------
------------------
-----------------------------
Datuk kepada Yang Mulia Nai Long Kasim ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab melantik Nai Badlishah ( 1894-1958 ) yang sebelum itu di halau dari istana ke kampung Tualang, Kedah untuk menjadi Sultan Kedah Darul Aman yang ke dua selepas kematian Raja Boneka Abdul Hamid pada tahun 1943, walaupun mendapat tentangan yang hebat oleh anak-anak kerabat Manjalara anak cucu cicit Raja kafir Thai Bangkok, Chulalongkorn, yang merupakan isteri kedua kepada Sultan Abdul Hamid ( 1864-1943 ). Selepas baginda berjaya membawa masuk tentera Jepun ke kawasan Changloon, Kedah, baginda YTM Nai Mud pun menggunakan pengaruh ketenteraan Jepun untuk menentukan siapakah sebenarnya berkuasa keatas dasar istana selepas pengusiran pengaruh British dan Thai keatas Semenanjung Melaka ini. Sekian dan dengan ini di persembahkan Surat Tuntutan dari Dato' Bendahara iaitu Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Nai Long Ahmad, semoga kita tahu siapakah pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh, wassalam.
--------------------





SUDAH TERANG LAGI BERSULUH GAMBAR RAJA SIAM KEDAH SYBURI MERONG MAHA WANGSA DI DALAM PETA PERANCIS 1754 M JELAS TERPAMPANG MEMAKAI SERBAN, BERJUBAH DAN BERJANGGUT



KATA YTM TUANKU NAI LONG KASIM : " SAYA SERTAKAN PETA SIAM MALACCA EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH UNTUK PERHATIAN YAB "


KATA YTM TUANKU NAI LONG KASIM : " SAYA SERTAKAN LAMBANG EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH UNTUK PENGETAHUAN YAB ". INI ADALAH LAMBANG KEKHALIFAHAN SIAM KEDAH SIMPANAN RAJA DAERAH TURKI USMANIYYAH DARI MUZIUM TOPKAPI, ISLAMBOL @ ISTANBUL, TURKI



LAMBANG EMPAYAR TERATAI SYARIF SYAH QURAISY DARI BANI HASYIM AHLUL-BAIT AL-JEFRI MERONG MAHA WANGSA KEDAH TUA