Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Jumaat, 16 November 2012

KEMANGKATAN YM TUANKU NAI LONG KASIM DAN PERTABALAN TUANKU NAI LONG ZAKI



 

 

  PENGUASAAN KELUARGA MERONG  DI TIMUR JAUH SEHINGGA KE KAWASAN KEPULAUAN OCEANIA DI  BUKTIKAN OLEH GAMBAR INI APABILA TENTERA PUTIH MERONG RAJA ALI ALBANI  IAITU BERUNIFORM PUTIH BERTOPI TINGGI INI MEMANTAU PERGERAKAN CAPTAIN SAMUEL WALLIS ( 1728-1795 ) DI KALA ASKAR BRITISH SEDANG BERJUMPA DENGAN ORANG TEMPATAN DI PULAU YG BERDEKATAN DGN TANAH LUAS ALBANI AUSTRALIA PADA TAHUN 1766

 


 

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinnya dapat kita bertemu semula di sesawang internet setelah 5 bulan ana berkabung di atas kemangkatan YM Tuanku Nai Long Kasim yang berjuang untuk meninggikan sejarah agama nusa bangsa kita yang tercinta. Perkabungan ini termasuklah talian Handphone Utama ana  di tutup tetapi selepas ada rungutan mengenai kepayahan hendak berhubung maka ana gantikan dengan talian Handphone ke 2 dan Hari Raya Aidil Fitri juga Hari Raya Aidil Adha serta sambutan Awal Muharam tidak di sambut seperti biasa. Kita yang sebelum ini telah di kejutkan dengan berita kemangkatan ibu baginda yang berusia 100 tahun januari 2012 dan baginda Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad  pula telah menyahut seruan yang Maha Esa dan ana sendiri telah menerima banyak panggilan telefon dari kawan-kawan  Lembah Kelang, dari Pantai Timur dan lain-lain bertanya khabar adakah betul berita ini. Kemangkatan baginda di usia 75 tahun berlaku setelah baginda Dato’ Bendahara ini ada mengadu pada ana yang baginda sering merasa gering atau sakit sejak 2 minggu sebelum kemangkatan baginda.  Tapi baginda masih kuat semangat bersiar-siar dengan ana di sekitar kampung baginda.Tapi malam sabtu iaitu sebaik saja menunaikan solat Maghrib pada 25 Mei 2012. Mak Ngah memaklumkan kepada ana sebaik sahaja selesai solat maghrib , baginda telah batuk beberapa kali dan menghembuskan nafas terakhir diatas ribaannya Mak Ngah iaitu disisi isterinya dan telah mengucapkan syahadah 2 kali, alhamdulillah. Ana  yang pada waktu itu sedang beriktikaf di Masjid Pokok Sena bersama Nai Zulkifli dari kampung Kunluang Asun Binjal, Changloon sedang berehat setelah makan malam bersama jemaah untuk persiapan lagi 2 hari untuk menyambut Ijtimak Zon Utara. Ijtimak atau Jor ini yang  telah berlansung selama 3 hari iaitu pada 28, 29 dan 30hb. Mei 2012 yang lalu dan sehari perhimpunan untuk golongan Alim Ulama  Zon Utara  Malaysia. Kami berdua terus berkejaran ke rumah Tuanku Nai Long Kasim dan betullah apa yang di maklumkan oleh Nai Mazlan yang Pak Ngah telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita semua. 

 

 

 


KENANGAN BERSAMA YM TUANKU NAI LONG KASIM SEMASA MAJLIS ‘ HIMPUNAN BESAR KELUARGA MERONG MAHA WONG SER ‘  TITISAN WARIS YANG DI PERTUAN,  PADA 22HB. DISEMBER 2007 DI PRAYA ATAU PAYA PAHLAWAN, KUBANG PASU, KEDAH

 

 

 

 

Setelah jam 3.00 pagi selepas melihat Nai Zulkifli telah tidur keletihan  setelah mengantuk menguasainya ana pun meminta izin dari Mak Ngah untuk pulang semula ke tapak istimak. Ana pun pagi esoknya  memaklum kepada adik beradik Merong dan kawan-kawan tentang berita sedih ini. ... Jangan kita bersedih durja sangat sebab ini qada dan qadar ketentuan dari Allah Taala. Kalau nak di ikutkan hati, ana pun bersedih hati, tapi bila memikirkan balik baginda sudah tua, biarlah baginda berjumpa dengan tuhannya setelah membanting tulang memperjuangkan sejarah nusa bangsa dan agama. Baginda tidak membiarkan panji-panji Merong Maha Wangsa tumbang, yang sebelum ini mempunyai  empayar yang berdaulat dan mempunyai keluasan dari Hanoi hingga ke Perth, Australia dan Tasmania dan Pulau Hainan ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan ISLAM CHINA, manakala Pulau Sanglang @ CEYLON (Sri Lanka) ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan Delhi Moghul ISLAM INDIA terus di angkat, selagi hayatnya di kandung badan. Kita yang mempunyai bilangan yang ramai ini musti dan wajib meneruskan apa yang telah di usahakannya seperti almarhum abah ana dan moyang kita perbuat dahulu, begitu kental iaitu berjuang menegakkan kebenaran sejarah yang telah diwasiatkan kepada mereka sehingga ke akhir hayat mereka.Semangat ini di warisi dari nenek moyang Kedah Tua iaitu DYMM Sultan Muzaffar Syah I Merong Maha Wangsa di tahun 745 masihi lagi iaitu Sultan Pertama Kedah Pasai Ma. Dan sekarang ini Tuanku Nai Long Muhammad Zaki, merupakan pengganti Waris Mutlak kepada Yang Di Pertuan Kedah Khalifah Rahman Yang Maha Mulia Yamtuan Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Nagara Kedah (@ Yamtuan Kedah Sultan Syarif Abu Bakar Syah Boromoraja Eka Taat V ( 1758-1821 ).

 

 

 

 

DI PERHIMPUNAN  KETURUNAN RAJA KEDAH TUA YANG DI BUAT DI HARI RAYA KE DUA. LOKASI KAMI INI BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PULAU MAHARAJA, MEGAT DEWA DAN KOTA SEPUTIH PRESTON JOHN ATAU YANG DI PERTUAN JOHAN

 

 

 

Bila ana menghadiri perjumpaan minggu lepas setelah di jemput  ke rumah Nai Nazrin, yang turut di hadiri oleh  Tuanku Nai Long Zaki dan lain-lain alhamdulillah ana dapati Nai Mazlan telah sembuh sepenuhnya dari sakitnya. Di perjumpaan itu kami bersantai sambil menikmati kuih jamuan hari raya sambil berbincang tentang nasib Umat ini adakah terbela setelah kemangkatan Tuanku Nai Long Kasim. Nai Nazrin turut membawa kami melawat rumah Perdana Menteri Kedah Pasai Ma Tengku Kudin yang sungguh cantik pemandangannya kerana mengadap laut. Baginda Tuanku Nai Long Muhammad Zaki yang menggantikan Almarhum Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad merupakan anak saudara kandung dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya di dalam bidang pertanian iaitu nenas dan ternakan udang harimau serta ikan. Baginda seperti ana juga pernah menuntut ilmu persilatan dan antara jagoan silat di Malaysia. Tuanku Nai Long Muhammad Zaki selaku Waris Mutlak Yang Di Pertuan Kedah merupakan antara bumiputera yang Pertama membuka pusat penetasan benih udang dan ikan di Kedah di tahun 1990. Baginda  merupakan orang yang fasih berbahasa Siam Kedah dan bahasa Thai  telah di baiah oleh seluruh keluarga dan waris-waris Yang Di Pertuan Kedah Pasai Ma.  Dengan perlantikan baginda ini usaha membela Agama, Nusa dan Bangsa dapat di teruskan dengan lancar dan teratur setelah ana berkabung selama beberapa bulan sempena kemangkatan Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim pada bulan akhir bulan Mei yang lalu. Ana yang menggantikan abah ana membantu menegakkan Sejarah Realiti, yang mana abah ana Nai Man telah hidup lama dari zaman Nai Yassin dan anaknya Penghulu Nai Mud.

 

 

 

  ABANG IPAR ANA TAN SRI MUHAMMAD JAMIL DAN SEKALIGUS MERUPAKAN AYAH ANGKAT ANA, BAGINDA JUGA MERANGKAP BAPA SAUDARA DATO’ DR. AFIFUDDIN, HERO KAMPUNG BINJAL ASUN DI KUNLUANG. SESUNGGUHNYA BILA KITA MENJEJAKI KETURUNAN KEDAH TUA KITA AKAN MENEMUI KEGEMILANGAN KELUARGA KEDAH TUA AHLUL-BAIT TIMUR ZURIAT  RAJA MERONG MAHA WANGSA  TAHUN 745 MASIHI DAN KEGEMILANGAN KELUARGA INI MASIH WUJUD HINGGA KE HARI INI

 

 

 

Mereka ini telah lama bekerjasama meninggikan kebenaran bersama mereka termasuk melantik Nai Badlishah sebagai Sultan Badlishah ( 1894 – 1958 ) Kedah Darulaman setelah lama hidup di dalam buangan ke sekitar perkampungan Ban Kelang, Tualang, Kedah. Peristiwa ini berlaku selepas ibunya Syarifah Sofea di ceraikan oleh Raja Kedah Abd Hamid Halim Syah ( 1860-1943 ) Selepas menceraikan Syarifah Sofea, Raja Kedah Abdul Hamid Halim Shah mengahwini Jendral Manjalara anak kepada Penjajah Suhothai Kafir Buddha Bangkok Raja Chulalongkorn yang mengwujudkan Kedah Palsu di tahun 1881. Setelah kemangkatan abah ana di tahun 1979 yang di gelar ‘Orang Kaya Kota Mengkuang’, keluarga Merong tetap meneruskan gerakan pemulihan Kerabat Diraja Kedah Tua al-Jefri Merong Maha Wangsa  dengan mengadakan Perhimpunan Keluarga Pertama di tahun 2001 yang turut di hadiri oleh ibu ana, abang sulung ana Dato’ Megat Ali ..., abang Megat Ahmad ... juga sepupu ana Ma ntan Mufti Kedah Tan Sri Dato' Mursyid Diraja Syeikh Majid dan abang ipar ana Tan Sri Muhammad Jamil seorang tokoh ilmuan terulung dari kampung Kunluang Asun Binjal. Tan Sri Muhammad Jamil yang sekarang menetap di Kuala Lumpur  merupakan keturunan ke 5 Megat dari Kerabat Diraja Waris Yang Dipertuan seperti ana dan baginda merupakan anak tempatan Pertama serta layak mengambil alih Jawatan Pengarah Pertanian  Persekutuan Tanah Melayu dari Pegawai British yang memonopoli jawatan itu walaupun selepas kemerdekaan kita dan baginda di gelar orang ‘The First Malaysian  Director of Agriculture’. 

 

 

 

UMAT INI DEKAT DI HATI PAK NGAH DAN MEGAT AL-JEFRI DAN ANA AKAN MEMIMPIN UMAT KE ARAH KEMAKMURAN DAN KEGEMILANGAN WLPN SESUDAH KEMANGKATAN YM TUANKU NAI LONG KASIM. SEMPENA DI TAHUN MERONG INI KITA  BERAZAMLAH UNTUK MENJAGA WARISAN BANGSA DENGAN BAIK DAN JUJUR.

 

 

 

Ana tidak menghadiri Perhimpunan Keluarga 2001 itu kerana ibu ana hadir mewakili keluarga ana lagipun ana sangat sibuk pada masa itu dengan penulisan Tesis ana di UKM, Bangi dan baru pula melansungkan perkahwinan dengan Kerabat Che’ di Pantai Timur. Pantai Timur yang terkenal dengan nama Pattani Legeh merupakan kawasan yang pernah di perintah oleh Tunku Long Putera yang merupakan anak saudara Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ). Dato’ Megat Ali ... tokoh agama dan yang sangat di segani di Kota Star dan merupakan ‘The First Malay Contractor in Kedah‘ turut membina Taman Malaysia, Taman Sri Jitra, Taman Pantai Johor dan Taman paling  kontroversi iaitu Taman Badlishah kerana tidak terdapat di awal perkataannya Sultan. Taman yang di resmikan pembukaannya oleh Raja Kedah Abd. Halim Syah di tahun 1984 akhirnya di tukar nama kepada Taman Sultan Badlishah setelah terdapat komplen dari sesetengah individu tentang ketidakpuasan mereka kenapa Dato’ Megat Ali ... tidak mengiktiraf Badlisah sebagai As-Sultan bagi negeri ini, perkara ini berlaku  kerana abang ana menganggap Sultan Kedah hanyalah milik mutlak keluarga tertua Merong Maha Wangsa. Penukaran nama ini pula hanya di buat setelah bertahun-tahun lamanya ia bergelar Taman Badlishah dan di tahun 2002 setelah kemangkatan baginda yang berkelahiran di zaman penjajahan British 1925 baru nama bertukar kepada nama Taman Sultan Badlishah.

 

 

 
KEBERADAAN TENTERA SEPERTI MALAIKAT INI BERUNIFORM KURTAH DAN BERTOPI TINGGI PUTIH IAITU TENTERA MERONG DI ALBANI, AUSTRALIA DI BAWAH PANJI-PANJI RAJA ALI ALBANI  TIDAK PELIK KERANA BANGSA MELAYU SIAM INI MAMPU SAMPAI SEHINGGA MEKAH KEMUDIAN KE  PERANCIS UNTUK MENYEBARKAN ISLAM SEPERTI GAMBAR DI ATAS


 

 

 

Dato’ Megat Ali … merupakan sepupu dan kawan karib kepada Syura Tabligh Malaysia Allahyarham Tuan Guru Hj. Salleh Penanti. Dato’ Ali ... telah mengabadikan juga di Taman Badlishah ini Jalan Teratai yang betul-betul bersebelahan pula dengan Food Court di situ juga bernama Medan Makan Teratai merupakan juga Abang Saudara (Menakan) Pupu kepada Tuanku Nai Long Kasim.  Yang mana bungai Teratai ini merupakan warisan agung Khalifah Rahman Ekataat Ayuthia Benua Siam Kedah Parsi Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ) dan bukannya milik kerajaan kafir Buddha Sukhothai dari Bhutan Tibet utara India. Susulan dari Perjumpaan Keluarga Merong Maha Wong Ser di 2001 maka muncullah blog yang pertama dari Kerabat Diraja Kedah Tua iaitu milik YM Tuanku Nai Long Kasim itu ‘Sejarah Nagara Kedah’ pada tahun 2005 dan blog kedua oleh Nai Mazlan iaitu ‘Empayar Benua Siam Islam Kedah’  yang mana nama ini adalah dari cadangan Kementerian Warisan Nagara Malaysia di tahun 2007. Dan di susuli oleh blog-blog Merong lainnya selepas itu seperti cendawan tumbuh selepas hujan, termasuk oleh Naim Firdausi yang sibuk dengan pengajiannya di Iran dan sekarang ini melanjutkan pengajiannya ke Indonesia. Kronologi dari itu di adakan Perhimpunan kedua di Paya Pahlawan, Kubang Pasu iaitu ‘Himpunan Besar Keluarga Merong Maha Wong Ser’ di tahun 2007  yang turut di hadiri oleh Dato’ Dr. Afifuddin yang merupakan anak saudara kepada Tan Sri  Mohd. Jamil juga merupakan cucu saudara pupu abah ana.  Majlis ‘Himpunan Besar Keluarga Merong Maha Wong Ser’ ini di resmikan pula oleh Dato’ Wira Johari Baharom.

 

 

 

 

Seterusnya muncullah blog ini di tahun 2010 setelah Tuanku Nai Long Kasim meminta ana menyambung usaha membuat blog kerana Nai Mazlan mengalami keuzuran sakit. Tapi alhamdulillah bila kami membuat perjumpaan di Sungai Petani iaitu sebelum Ramadhan 2012, serta ana dan Nai Yusuf   ke rumah Nai Mazlan dan ke rumah Tuanku Nai Long Zaki ana dapati baginda sudah semakin sihat, semakin berisi dan kuat semangatnya. Perhimpunan seperti gambar di atas ialah Perhimpunan seterusnya yang telah di buat di bandar Tunjang pada hari raya kedua  bersamaan dengan 20hb. Ogos 2012 yang lalu berdekatan dengan kawasan Kampung Pulau Maharaja bersebelahan dengan kawasan Megat Dewa yang mana di situ terdapat kota lama milik raja Kedah Tua yang telah musnah di bom oleh kerajaan British. Kawasan Megat Dewa pula berhampiran dengan Kota Siputih milik Sultan Johan Syah Berdaulat ( 1424-1448 ) yang di sanjung oleh golongan Bangsawan Barat Purba sebagai Preston John di timur. Sesungguhnya nenek moyang kita dan perjuangan abah ana yang merupakan Bapa Saudara Pupu kepada Tuanku Nai Long Kasim bersama-sama abang-abang ana yang lain yang tidak mengenal erti penat lelah membuahkan hasil dan antaranya apabila pada bulan Julai 2011, TV9 sendiri hadir merakam perhimpunan besar keluarga merong ini yang sedang lancar berlansung dan menemuramah Tuanku Nai Long Kasim sendiri untuk mengetahui secara lebih terperinci tentang sejarah nusa bangsa kita.

 

 

 
YANG BERBAJU KUNING CERAH BERSEBELAHAN  NAI MAZLAN IALAH TUANKU NAI LONG ZAKI PEWARIS MUTLAK KERAJAAN KEDAH TUA, DI MANAKAH MEGAT AL-JEFRI, TAK PAYAH TANYALAH YE




 

 

Usaha mereka ini sebenarnya di teruskan oleh ana sendiri  semenjak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke menara gading termasuk ana membuat research di sekitar tempat pengajian ana di Kolej al-Haram, Mekah dan Universiti Yarmouk di Jordan. Di bumi Syam yang merangkumi Negara Syria, Palestin, Lubnan, daerah Antakiya Turki dan Mosul Iraq. Semasa berada di Universiti Yarmouk, Jordan  yang berada di tapak berlaku peperangan ‘Battle of Yarmouk’  juga berkesempatan menziarahi tapak Perperangan Muktah, kota-kota Rom dan kota-kota Islam, kubur-kubur sahabat dan ana juga berkesempatan ke Baitul Muqaddis di tahun 1996 untuk Allah s.w.t. memudahkan ana membuat kajian tentang sejarah nusa, bangsa dan agama kita yang tercinta. Dan  di hari Jumaat pada 22hb. Januari 2010 usaha ini di teruskan dengan pelancaran blog ini untuk pencerahan Umat tentang Sejarah Nusa Bangsa kita. Abang ana Megat Ahmad... yang bergelar  ‘The First Malay to Own a Hotel in Kedah’  dengan berani dan faham sejarah nusa bangsa telah menamakan hotelnya sebagai Hotel Regent bermaksud ‘Hotel Pemangku Maharaja’ atau Raja Muda Megat Khalifatullah yang beroperasi di bandar Kota Star Kedah. Baginda Megat Ahmad.. juga merupakan Penerima Pingat Jaksa Pendamai adalah kawan persekolahan dan kawan karib kepada menteri Dato’ Daim Zainuddin bekas ahli Parlimen Merbuk yang dulu merupakan sebahagian dari Pelabuhan Melaka bagi semenanjung bertuah ini tempat di mana tersergam megah Candi Lembah Bujang, kononnya pusat penyebaran agama Hindu, kerana candi dalam bahasa Siam Kedah bermaksud ‘Susunan Elok Bangunan’  dan juga tersergam utuh Gunung Jerai yang kedua-duanya ini merupakan kawasan Pusat Penyebaran Islam yang tersohor di dunia ketika itu.





Sesungguhnya kemangkatan YM Tuanku Nai Long Kasim dan Pertabalan Tuanku Nai Long Zaki merupakan bukti yang Kerabat  Diraja Kedah Tua al-Jefri Merong Maha Wangsa di tahun 745 masihi dari Titisan Khalifah Sultan Syarif Syah Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ) masih wujud terpelihara oleh Allah s.w.t. dan tetap mekar serta suci terpelihara Salasilah Kesultanan Kedah Pasai Ma walaupun ada pihak yang cuba mencemarinya mengaku dari keturunan ini. Kita tunggulah bersama-sama pergerakan seterusnya Keturunan Syah Alam ini di episod-episod seterusnya untuk mewujud kemakmuran dan keselamatan rantau kita yang di akui oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana di bawah maharaja Preston John atau Pertuan Johan iaitu Yang Di Pertuan Raja Siam Islam Rama Tibodi II atau di gelar orang Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Ahlul-Bait Timur. Empayar Teratai ini yang rakyatnya sehingga sekarang di gelar ‘Penghulu Segala Bangsa’ kerana bersopan santun sentiasa sentosa dan selamat terpelihara dari kejahatan di laut dan darat. Hatta di dalam pelayaran laut dalam sekalipun, kerana rakyat di zaman  Sri Johan Berdaulat atau The Preston John ini kebanyakannya suatu bangsa yang bersopan santun dan takut melanggar perintah Allah s.w.t. turun temurun sehingga ke keturunannya mutaikhirin ini iaitu Tuanku Nai Long Zaki anak saudara kandung kepada allahyarham Tuanku Nai Long Kasim. Kepuasan Pak Ngah Tuanku Nai Long Kasim berjuang menegakkan kebenaran sejarah yang telah diwasiatkan kepadanya sehingga ke nafas yang terakhir sungguh mengkagumkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum baginda di sana, aaamin.