Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Khamis, 27 Disember 2012

SELAMAT TINGGAL TAHUN MERONG SERTA HUBUNGAN MERONG NAGA DENGAN ISLAM


 

‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’ GAMBAR BERTARIKH 1598 KELIHATAN KAPAL KERAJAAN NAGA ‘A CHINESE JUNK’  ATAU JONG CHINA SEDANG BERLAYAR DENGAN PANJI-PANJI ISLAM DAN MEMANG BENAR PENGGANTI DATUK YTM RAJA MERONG MAHA WANGSA IAITU TAI ZHONG  ( 599-651 ) DAN SEMUA RAJA-RAJA DI CHINA BERAGAMA ISLAM UNTUK MEMASTIKAN PANJI ISLAM DAN HUKUM ALLAH S.W.T. TERUS TERPELIHARA DI MUKA DUNIA



Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Azzawajalla kerana di beri kesempatan menulis di dalam blog walaupun sibuk dengan aktiviti Umat iaitu 10 hari beriadah di sekitar Baling, Kota Kuala Muda dan Merbuk. Di Tahun Merong ini berbagai-bagai peristiwa ajaib yang berlaku tanpa di jangka oleh kita, antaranya kematian ibu Tuanku Nai Long Kasim, rejectnya cucu Mat Daban setelah mendapat maklumat dari kawan-kawan tercinta terutamanya dari Daus Besi yang sekarang ini sibuk di negara jauh Surinam, Amerika Selatan bersebelahan negara Brazil,  berlakunya Perhimpunan Zon Utara Masjid Pokok Sena Pak Kio, kemangkatan YM Tuanku Bendahara sendiri serta pertabalan Tuanku Nai Long Zaki, jamuan besar-besaran Keluarga Merong Maha Wangsa di Tunjang dan lain-lain yang merupakan kesinambungan perjuangan sahabat nabi s.a.w. Saad Bin Abi Waqas di bumi China. Dinasti Tang yang pada masa itu di perintah oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yang memerintah China di tahun 626 masihi dan merupakan datuk kepada YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Kemasukan raja ke dalam agama Islam oleh Raja China Sai Tee Sung di tangan sahabat nabi s.a.w. Penakluk Empayar Parsi iaitu Saad bin Abi Waqas r.hu ( 595-664 ) di sekitar tahun 650 masihi. Dengan keislaman baginda raja ini, seperti orang Islam yang lain baginda juga memastikan pengganti baginda juga seorang Islam sepertinya. Begitu juga dengan semua raja-raja China mereka akan memastikan pengganti-pengganti mereka juga seorang Muslim untuk memastikan Hukum-hukum Allah dan Panji-panji Islam dapat di tegakkan di negara sehingga ke hari kiamat. Tidak ada pemerintah Islam sebegitu bodoh membiarkan pengganti-pengganti mereka beragama kafir walaupun anak mereka sendiri seperti yang di anggan-anggan oleh Kafir Harbi Presiden Mao Tze Tong ( 1893-1976 ) dan penulis-penulis  Orientalis musuh-musuh Allah ini.




 
NAGA IALAH BINATANG YANG JINAK TETAPI DI GERUNI ORANG KERANA SIFAT MATANYA YANG TERSEMBOL  TELAH DI HANTAR KHAS OLEH ALLAH S.W.T. KE MUKA DUNIA INI MERUPAKAN BINATANG PEMBANTU NABI ISKANDAR ZULKARNAIN A.S. DAN PENJAGA NABI MUSA A.S. SERTA ADAPULA DI PEDANG RASUL S.A.W. SEKARANG MENJADI BINATANG SEMBAHAN PUJAAN OLEH ORANG-ORANG CHINA KAFIR




Berbalik kepada 10 hari kami di Baling, kami berpeluang ke Mukim Siong serta mandi manda bersama keluarga di Air Panas di Ulu Lenggong dan kebetulan pula Surau yang kami duduki itu betul-betul  bersebelahan sungai bukit yang segar airnya seperti di sungai Janda Baik, Pahang kebun buah-buah milik ayah angkat ana  Tan Sri Muhammad Jamil. Di Taman Tema Air Panas Ulu Lenggong itu kami seramai 6 pasang tidak di kenakan bayaran ‘ Terima Kasih Daun  Keladi ‘ kerana ada di antara mereka mengenali ana dan bila di tanya mereka memaklumkan ada melihat wajah ana di blog mass media. Patutlah sejak kebelakangan ini ramai yang ingin bergambar dengan ana dan sering memberi salam kepada ana di pekan Jitra dan Kota Star termasuk di  pasaraya yang ana sering kunjungi seprti Tesco, Giant dan Pasific. Ana agak gambar ana ini mungkin di dedahkan oleh orang-orang ana dahulu yang menyebabkan ana menjadi sohor sekarang ini. Budak ini yang dulunya di ambil oleh ana untuk menyiapkan sedikit sebanyak tugas-tugas ana untuk Umat tercinta tapi tidak di ambil semula untuk bersama ana kerana terbukti dia ini dari musuh-musuh Allah wal EWYA  zubillah iaitu musang berbulu ayam. Tapi jika kita melihat secara positif bagus juga sebab ana jadi glamour tanpa bersusah payah. Lagipun nabi s.a.w. pernah bersabda ‘ Seseorang yang tidak mahu di kenali tetapi di dedahkan juga oleh orang ini merupakan hadiah masyhur dari Allah taala ‘. Semasa ana bersama kakak ana dan baginda  dulu kami sering ke Janda Baik setiap hari Sabtu dan Ahad melintasi Terowong High Way Karak yang bagi ana pada usia 10 tahun ketika itu satu pengalaman yang manis dan menakjubkan. Baginda seorang insan yang hebat serta warak yang ana panggil  ‘Bapak’  dan kakak ana Puan Sri Asiah sering bercerita pengalaman mereka dahulu dan sejarah realiti sebelum kami sampai ke kebun bua-buahan mereka yang turut mempunyai 5 kolam ikan tilapia hitam dan merah.






KAKAKKU PUAN SRI ASIAH BERSAMA TAN SRI MUHAMMAD JAMIL DI ISTANA NAGARA LAMA, KUALA LUMPUR





Ana yang di pelihara oleh mereka sejak kehilangan abah akibat sakit tua ketika  ana berusia 9 tahun ‘ Bagai Mengantuk di sorongkan Bantal ’ hanya menurut sahaja ke mana mereka pergi kerana anak mereka sudah besar dan sibuk dengan pengajian masing-masing di luar negara. Kita tinggalkan dahulu kenangan manis ana bersama kakak ana itu dan semasa di  Laguna Merbuk kami di hebohkan dengan penemuan 40 buah kapal di Taman Sejarah Nagara di Sungai Batu dan Lembah Bujang. Jadi esoknya kami tanpa membuang masa terus ke tapak carigali menziarahi tapak aerkologi Sungai Batu untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya. Di sana kami di maklum 5 lubang baru hendak di gali tapi masih dalam proses menaikkan khemah di kelima-lima lubang tersebut. Kami juga di sana berkesempatan menziarahi makam Mujahid Agung zaman silam juga suami kepada Syarifah Mariam iaitu Sultan Muzaffar Syah Merong Maha Wangsa. Setelah itu kami di bawa oleh orang tempatan ke masjid purba yang bertarikh 900 masihi. Sesungguhnya kehebatan Raja Merong Maha Wangsa menyiar Islam di blok sebelah sini di bawah naugan kerajaan Naga sungguh mengkagumkan tapi di nafikan habis-habisan oleh sejarawan Barat dengan mengatakan ianya bukannya masjid tapi kuil hindu dan Islam di semenanjung ini pula hanyalah  di tahun 1400 dengan melupakan sejarah Islamnya Kedah Phra Ong di tahun 1136 masihi yang juga di cipta oleh mereka yang raja ini asalnya juga beragama Hindu seperti cerita dongeng Barat Hindunya Parameswara. Usaha Sultan Muzaffar Syah 1  @ DYMM Merong Mahawangsa menyebarkan Islam menjadi induk Islam di Nusantara ini berada di Kedah, Pelabuhan Melaka yang sebenar. Dan daripada jalan pintas dari Laut Kedah atau Selat Melaka ke Laut Champa atau Laut China Selatan itulah pendakwah-pendakwah membawa syiar Islam sehingga ke Oceana. 








NAGA TIDUR YANG JELAS TERPAMPANG DI SURAT KHABAR PERDANA MERUPAKAN BUKTI KEWUJUDAN NAGA LAMBANG KEKAISARAN RAJA CHINA ISLAM RAJA TAI ZHONG DAN ANAKNYA SHEIKH HUANG TI @ LI SHIH MIN @ RUM CHIN SER WONG YG. MERUPAKAN TOKOH YANG TERSOHOR DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH SEPERTI ZURIAT MEREKA RAJA MERONG MAHA WANGSA



 

Sekarang mari kita ke persoalan utama iaitu apa itu Merong atau Naga ? Adakah ianya sejenis Dinasour atau sejenis Ular ? Di zaman manakah ia mula muncul ? Benarkah ianya wujud ? Di sini kita dapat melihat kekaburan umat akhir zaman ini tentang perkara ini yang sebenarnya satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Di Barat, Naga difitnah sering dijadikan kisah makhluk yang mengganggu ketenteraman manusia. Naga di anggap ganas. Ia di anggap hidupan yang menakutkan. Ada beberapa pihak mendakwa pernah raksasa ini merayau dan timbul di permukaan air dan ada yang telah terlanggar suatu objek aneh ketika belayar di lautan. Pengalaman penyelidik  ikan Paus dan Jerung di tahun 2003 memasang umpan bekas berbau darah hanyir yang terus di kerumuni oleh ikan-ikan Jerung yang turut di pasang kamera. Tidak lama kemudian di kedalaman lautan 1,500 meter dari paras laut satu objek besar telah melalui kamera mereka menyebabkan ikan-ikan jerung tadi bertempiaran lari. Peristiwa ini telah di rakam oleh kamera mereka dan mendapati raksasa besar sepanjang 60 meter sedang melalui kamera mereka.  Di Timur pula, Naga adalah makhluk yang menyebabkan kekayaan serta keuntungan dan haiwan yang menyeramkan kerana sifat matanya yang tersembul tapi Naga sebenarnya seekor binatang yang Pengasih dan Adil. Naga berbadan yang menyerupai ular tapi punya kaki dan cakar ini berperanan sebagai pelindung Umat. Kebanyakan legenda tentang naga berasal. tinggal di laut / sungai yang dapat juga menyebabkan banjir naga sangat dekat dengan lambang kekaisaran atau Kaisar. Di Jepun, para penyelidik yang melakukan kajian di Teluk Suruga iaitu salah satu tempat paling dalam di dunia terkejut apabila melihat seekor raksasa laut melintasi kamera mereka. 







KEHEBATAN MERONG NAGA LAUT MEMBANTU MENGUATKAN AGAMA SUNGGUH HEBAT SEHINGGA IA MENJADI METOS DAN LAGENDA BAGI BANGSA-BANGSA SELURUH DUNIA




Sebenar kewujudan Naga bermula di zaman nabi Iskandar Zulkarnain a.s. apabila Naga ini menyemburkan api untuk meleburkan ketul-ketul tembaga untuk menyiap dan memplaster Tembok raksasa pada masa itu. Naga ini sejenis haiwan bersaiz besar, kuat dan memiliki kuasa mistik serta ajaib tidak seperti haiwan-haiwan yang lain. Ia memiliki mata yang berapi tersembul yang mengerunkan pada sesiapa yang melihtnya buat pertama kali. Ianya Ia mempunyai kepak serta mampu terbang tinggi dan laju sehingga melepasi awan dan mampu menyelam ke dalam air sungai sehingga ke dasar lautan. Ia memiliki batu Mutira atau Geliga yang sesiapa memiliki bola mainannya ini akan memiliki kuasa mistik yang hebat seperti Raja Iskandar Zulkarnain dan panglima-panglimanya seperti nabi Khidir a.s. dan nabi Ilyas a.s. Naga memiliki kaki burung Helang dan terdapat tanduk di kepalanya seperti Rusa. Ia boleh bercakap-cakap dan memahami bahasa  manusia. Seluruh badannya dipenuhi dengan sisik Ikan serta bertelur dan sesetengah Naga mempunyai kepala 7 serta mampu hidup di dalam air. Naga yang matang dan tua memiliki janggut serta misai yang panjang seperti ikan Keli. Ceritanya bukan hanya terdapat di Quran dan Hadis malah kajian mendapati ianya turut di kisahkan 30 kaum dari berbagai bangsa memperkatakan tentang Naga di dunia ini yang menepati seperti ciri-ciri di atas dalam bentuk lagenda dan mitos antaranya sebagai penjaga harta karun dalam lagenda Kota Baghdad Kisah 1001 Malam dan Lagenda Greek Purba. Saintis mempercayai terdapat 2 bilion jumlah keseluruhan spesis di lautan. Jadi kewujudan Naga dengan penemuan beberapa raksasa yang memiliki rupa yang menakutkan di kawasan yang gelap serta dasar lautan Tasik dan Laut yang dalam kerap kali terjadi. Dan saintis juga kerap menjumpai pelbagai kehidupan pelik dan purba di dasar laut seperti Micro Algae, Diatom, Geo Duck dan lain-lain lagi. 







DARI TONGKAT NABI MUSA A.S. TELAH MENJELMA MERONG NAGA YANG TERLIBAT DENGAN KERJA DAKWAH UNTUK MENYEBARKAN AGAMA ILAHI



Naga  juga muncul di zaman Firaun raja Mesir semasa nabi Musa a.s. berjuang menyebarkan Islam di bumi Piramid berkenaan. Allah menjaga keselamatan baginda sehingga dikala baginda tidur, di datangkan Merong 2 ekor  dari tongkatnya bila baginda nabi Musa a.s. nyenyak tidur untuk menjaganya. Kayu Tongkat baginda di sepakati oleh kebanyakan ulama dari pohon syurga yang di bawa turun oleh nabi Adam a.s. ke muka bumi. Ianya di simpan oleh setiap nabi-nabi setelah kewafatan nabi Adam a.s. untuk di wariskan kepada nabi Musa a.s. Tongkat Nabi Musa a.s. yang sebelum ini di dalam simpanan nabi Syuaib a.s. tanpa di sedari oleh Musa a.s. kerap kali membantunya melicinkan tugas harian antaranya menjadi 2 ekor Merong bila baginda nabi a.s. tidur utk menjaganya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah menceritakan darihal tongkat ini pernah bertukar menjadi 2 ekor Merong ketika nabi Musa a.s. tidur dan melompat masuk ke dalam sungai serta membunuh musuh nabi Musa a.s. yang tidur berdekatan dengan sungai berkenaan. Jika baginda dahaga ia akan minum madu dari salah satu hujung cabang tongkat berkenaan dan air susu pula dari cabang yang lagi satu. Jika ia lapar Nabi Musa akan memukul bumi maka akan muncul hidangan syurga untuknya. Semasa Firaun laknatullah telah memanggil semua ahli sihir handal dikumpulkan untuk mengalahkan Nabi Musa, ahli-ahli sihir Firaun mencampakkan tali – tali dan tongkat yang berubah bentuk menjadi ular – ular yang banyak. Nabi Musa kemudian mencampak tongkatnya dan menjadi ular yang besar iaitu Naga lantas ia memakan dan menelan kesemua ular-ular ahli sihir tersebut. Kesemua ahli sihir Firaun itu kemudiannya insaf dan beriman pada tuhan sekalian alam selepas peristiwa ini.Cerita ini di ceritakan sendiri oleh Allah yang berrfirman artinya: “Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang.” . Dengan mukjizatnya menukarkan tongkat menjadi makhluk yang hebat iaitu Big Snake atau Merong Naga sebenarnya memudah dan melancarkan lagi baginda Musa a.s.  menyampaikan dakwah dan kebenaran agama Ilahi.




MERONG NAGA LAUT IALAH KEHEBATAN ARMADA LAUT BANGSA MELAYU TUA SERTA PENGUASAAN KE ATAS PERAIRAN MARITIM DUNIA MENGGERUNKAN MUSUH DAN WARISAN INI MASIH ADA DI ALAM PERSILATAN MELAYU




Di zaman nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w.  ( 571 – 632 ) wujud Pedang yang mempunyai dua kepala Merong Naga. Ia merupakan Pedang Pusaka dari ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib yang bernama al-Maksur. Sebelum baginda di lantik menjadi rasul lagi pedang ini sentiasa bersama baginda dan pedang yang panjangnya 99sm ini masih sentiasa ada bersama baginda hatta ketika di lantik menjadi rasul. Pedang ini perkenalkan kepadanya oleh keluarga yang menyimpannya setelah kematian bapanya ketika ibunya masih lagi mengandungkannya ketika  meletusnya peperangan Fijar ketika baginda bersama bapa saudaranya bertempur dengan musuh Quraisy Jahiliyyah ketika baginda berumur 15 tahun di. Semasa baginda di lantik menjadi rasul pedang ini selalu di gunakan oleh baginda ketika berlakunya peperangan antara kafir musuh-musuh Allah dengan orang-orang Islam. Menurut Sirah Nabi s.a.w. ada mencatatkan Pedang al-Maksur ini adalah Pedang utama bagi nabi s.a.w. yang turut mempunyai 9 bilah pedang iaitu :
1.  Pedang Zul Fikar
2.  Pedang al-Battar
3.  Pedang al-Hatif
4.  Pedang al-Mikhzam
5.  Pedang al-dasub
6.  Pedang al-Adab
7.  Pedang al-AlQadib
8.  Pedang al-Qalif
9.  Pedang ai-Maksur
Sebahagian daripada Pedang-Pedang ini di perolehi oleh baginda s.a.w. daripada harta rampasan perang atau al-Ghanimah dari peperangan yang di sertai oleh baginda nabi Muhammad s.a.w.






PEDANG KESAYANGAN NABI S.A.W. YANG MEMPUNYAI 2 EKOR MERONG SEPERTI TONGKAT NABI MUSA A.S. YG MEMPUNYAI CABANG 2 EKOR MERONG



Nabi besar kita s.a.w. pernah menghunuskan pedang ini di hari penikahan puterinya Fatimah az-Zahra r.ha dengan Saidina Ali Karamahallahu Wajhah di kelilingi oleh Bani Hasyim yang turut sama beramai-ramai memegang Pedang ini. Di zaman pemerintahan  Usmaniah Monggol Turki, Pedang ini telah mereka hiasi dengan batu-batu permata dari Delima dan Fairusa. Pemegang asalnya dari kayu begitu juga dengan sarung yang panjangnya 85sm asalnya dari kayu yang kemudiannya di lapisi kulit binatang  serta di salut dari emas di zaman pemerintahan  Usmaniah Monggol Turki dengan hujungnya terdapat kepala Merong yang telah lama wujud di zaman ayahnya Abdullah Bin Abdul Mutalib. Pemegangnya ini di baiki di abad 16 masihi kerana telah rosak dan usang di makan usia. Nabi sangat menyayangi Pedang ini dan tidak pernah memberi kepada sesiapapun di kalangan Sahabatnya kerana tingginya nilai darjat Pedang ini yang di miliki oleh Bani Hasyim. Setelah kewafatan baginda s.a.w. Pedang ini di wariskan kepada Fatimah az-Zahra melalui suaminya Panglima Besar Islam Saidina Ali r.hu. Semasa pemerintahan Penjaga Ribat Barat iaitu Ottomans atau Usmaniah Monggol Turki ianya di gunakan oleh raja Monggol ini dengan cara menarik Pedang ini dari sarungnya serta berdoa mengharapkan kemenangan dari Allah s.w.t. ketika hendak mengutuskan bala tenteranya ke sesuatu negeri atau ketika menahan serangan musuh. Pedang yang berkepala Merong ini juga di gunakan oleh Kaum Monggol Turki ini ketika pertabalan dan perlantikan raja-raja mereka di bandar Bursa dan Islambul atau Istanbul. Sesungguhnya hubungan Merong dan Islam cukup rapat dan mempunyai talian yang cukup lama tapi di nafikan habis-habisan oleh musuh-musuh Allah seperti mereka menafikan wujudnya ketamadunan Islam yang hebat dan makmur di Lembah Bujang dan Sungai Batu sejak zaman nabi Allah Ibrahim a.s. lagi.