Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 19 Jun 2011

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BERSAMA DENGAN BLOGGER FAIRUS

-----------------
----------------
-----------
RUNTUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM DI BENUA SIAM KEDAH BERHUBUNG RAPAT DENGAN PERANCANGAN SULIT MUSUH-MUSUH ALLAH UNTUK MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN KELUARGA NABI S.A.W. SEBAGAI PEMERINTAH YANG UNGGUL




Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dalam kesibukan kita berseminar, berkursus ICT, dan berkursus perguruan serta menziarahi umat, tapi Allah s.w.t. masih lagi memberi peluang bagi kita untuk menghayati artikel pada bulan ini. Ana pernah berjanji kepada blogger Fairus Azian di dalam artikel yang bertajuk KERJAAN ISLAM LEGEH, PATTANI BARU, KELANTAN, TERANGGANU DAN JOHOR-RIAU untuk menjawab segala soalan beliau di dalam bentuk artikel. Kita sememangnya menghargai kepada usaha saudara Fairus ini mencari asal-usulnya dan kerana minat beliau terhadap sejarah realiti nusa bangsa. Ini kerana di zaman kerosakan umat ini sangat kurang orang yang mempunyai minat dan semangat juang yang tinggi untuk mengetahui dan membuat kajian sejarah seperti seperti saudara Fairus kita ini. Minatnya yang tinggi menyebabkan ulasan yang beliau hantar berbentuk soalan ini ana anggap antara yang terbaik setakat ini untuk kita renungi dan hayati bersama-sama. Agar suatu hari kelak bangsa Melayu Jawi ini akan bangun semula mentadbir dunia dibawah pimpinan raja mereka keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Ahlul-Bait Ajam Timur yang memimpin pula bangsa Jawi ini berketurunan Nabi Ibrahim a.s. yang dikenali sebagai ' Bapa segala Ambia '. Dan Nabi Muhammad s.a.w. juga ialah dari zuriatnya tetapi dikenali sebagai ' Nabi Akhir Zaman ' serta ' Penghulu segala Nabi-nabi atau Ambia' . Jadi anak-anak zuriat Nabi s.a.w ini merupakan pemerintah dunia, manakala rakyatnya dan merangkap kakitangannya bangsa Melayu Jawi merupakan anak cucu zuriat Nabi Ibrahim a.s. yang sangat dibenci oleh musuh-musuh Allah yang cuba menakluki dunia dengan kebatilan mereka. Sekarang mari kita hayati soalan-soalan daripada blogger ini.



KEUPAYAAN KELUARGA ZURIAT NABI S.A.W. MENTADBIR KAWASAN NUSANTARA INI DAN DUNIA AMNYA AMAT DICEMBURUI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH S.W.T. YANG DI KEPALAI OLEH BANGSA INGGERIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH EMPIRE




Soalan :


i. Salam Tuan Megat al-Jefri, adakah ini bermakna pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa 1711-1778 ialah pemerintah yang betul setelah beliau menaiki tahkta selepas kemangkatan adindanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 1706-1711?

Jawapan :

Ini tidak betul, kerana beliau hanyalah Paduka Seri Perdana Menteri Sultan dan hanyalah adik ipar kepada Sultan Kedah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah dari bukti makalah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, forum yang bertajuk Ceritera Sultan Syarif Shah pada 20 Ogos 2009, sila rujuk muka surat 4, Salasilah Yamtuan Syarif Shah dan Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bukanlah putera Sultan Kedah Yamtuan Muhiyuddin Mansur Shah.


Soalan :

ii. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa jugalah terjadinya peristiwa di mana Sultan Syarif Shah Abu Bakar melarikan diri dari Pattani dan membina kota/Istana di Kota Mengkuang sebelum peristiwa MUSUH BISIK yang membunuh semua kerabat termasuk anakanda Sultan Muhammad Jiwa melalui perkahwinan dengan adinda Sultan Syarif Abu Bakar.

Jawapan :

Semasa DYMM Sultan Sharif Abu Bakar Shah membina istana Kota Mengkuang di dalam bukit, Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa hanyalah berjawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar, sila rujuk mukasurat 26 dan 27 buku Undang-Undang Kedah. " Catitan disalin Seri Perdana Menteri dari hukum-hukum Dato' Besar Kota Star masa itu. Sebermula banyak emas ditempah Bunga Emas dihantar ke Benua Siam dua puluh Emas masa Raja dahulukala. "


Soalan :

iii. Jika dikaji dari salasilah Sultan Muhammad Jiwa, baginda adalah dari jurai Merong Maha Wangsa juga. Malah Beliau amat dimuliakan kerana kuatnya pegangan Baginda kepada agama Islam setelah sanggup merantau menimba ilmu agama dan menyamar sebagai orang kebanyakkan.

Jawapan :

Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bukan jurai keturunan Merong Maha Wangsa, kerana salasilah beliau hanya pada tahun 1136 Masihi sahaja. Tapi kelahiran DYMM Sultan Muzaffar Shah I Merong Maha Wangsa ialah pada tahun 125 hijrah atau pada tahun 745 Masihi. Tetapi dakyah musuh-musuh Allah dan penulisan palsu mereka mencatatkan keturunan Muhammad Jiwa ini di tahun 1136 masihi daripada keturunan Raja Hindu yang bernama Sultan Muzaffar Shah Phra Ong ( Firaun). Inilah sejarah penipuan yang dibuat oleh musuh-musuh Allah untuk menutup dakwah Islamiah dan kewujudan Negara Islamiah yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah pada tahun 220 hijrah di zaman DYMM Sultan Badrul Munir jurai keturunan Merong Maha Wangsa serta darah keturunan Rasulullah s.a.w. bukannya Hindu atau Buddha. Pengembaraan beliau sebenarnya bukannya untuk mencari ilmu tetapi mengikuti isterinya Nang Che Puan adinda kepada DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ke negeri Ayuhtia di Indo-China atau Benua Siam untuk bersemayam di sana.






OLEH KERANA BANYAK ULASAN DI BULAN JUN TIDAK MENYEBUT LANGSUNG TENTANG MUNSYI ABDULLAH TAPI LEBIH RAMAI MEMPERKATAKAN TENTANG BAGINDA MAKA MARI KITA LIHAT SEJENAK SEJARAH TENTANG BAGINDA DI TAHUN 1998




Soalan :


iv. Berbalik kepada Sultan Abu Bakar, adalah baginda juga dikenali sebagai Raja Bakar di Pattani?

Jawapan :

Ya, memang betul ! DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ialah juga Penaung kepada Negeri Pattani. Baginda berasal daripada Maharaja Siam Dinasti Ayutai ke33 Boromoraja V Ekataat. Beliau pernah memerintah dan bersemayam di negeri Tenangsari (Myanmar), negeri Ayuthia, Ligor dan Kota Mengkuang. Baginda ialah Agong atau Shah Alam bagi empayar Benua Siam Kedah Pasai Ma.


Soalan :

v. Berkenaan isteri Sultan Hamid pula, ada rekod mengatakan mempunyai 8@9 isteri (sorry dah lupa) dan Syarifah Sofia adalah isteri ketujuh dan Manjalara isteri keenam Sultan.

Jawapan :

Itu tidak betul ! Syarifah Sofea atau Nai Sofea ialah isteri yang kedua dan Manjalara pula isteri yang ketiga selepas Raja Abdul Hamid dilantik menjadi Sultan Kedah Darul Aman yang pertama oleh Raja Thailand Bangkok Bhudda yang merupakan penjajah Negara Siam yang berpusat di Bangkok dari dinasti Chakri Sukuthai yang bernama Chulalongkorn pada tahun 1881 masihi. Raja Abdul Hamid bukan putera Sultan Kedah, bahkan dia adalah keturunan Lanun Abdullah Mukarram yang merangkap Raja Daerah Pulau Pinang yang belot menyerahkan daerah dari bahagian empayar Nagara Kedah kepada penjajah kafir British yang bernama Kapten Francis Light pada tahun 1786 masihi.





INI PULA STRATEGI MUSUH DALAM PERANG DEMOKRASI, CIPTAAN BRITISH YANG PENUH DENGAN FITNAH, CACI HAMUN DAN BATU API YANG MATLAMATNYA UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT, JADI MARILAH KITA KEMBALI KEPADA SISTEM DEMOKRASI YANG DIGARISKAN OLEH IMAM HAMBALI YANG MENDOKONG SISTEM KHALIFAH DARUL ISLAMIAH





Soalan :


vi. Selain itu, salah seorang panglima Kedah yang menentang Siam adalah Tengku Muhammad Saad, baginda adalah anak sulong kepada Sultan Abdullah iaitu anak sulung pula kepada Sultan Ahmad Tajuddin II yang dikenali sebagai Marhum Melaka yang juga digelar tali barut Thai dan British serta orang yang bertanggungjawab ke atas serangan Thai (orang biasa sebut Siam) keatas Kota Kuala Kedah semasa majlis kenduri Sultan Syarif Abu Bakar. Persoalan, adalah jika Tok Wan dia seorang pembelot kenapa Tengku Muhammad Saad belot dan berperang dengan Siam pula. Mohon pencerahan tuan.

Jawapan :

Muhammad Saad sebenarnya adalah pemberontak dan bukan pejuang dan panglima Kedah. Beliau menentang pemerintahan kerajaan Ahlul-Bait Merong Mahawangsa Kedah Pasai Ma dan beliau sememangnya putera Raja Abdullah Mukarram Raja Daerah Pulau Pinang. Pemberontakan beliau di zaman Maharaja Siam Dinasti Ayutia ke33 Boromoraja V Ekataat DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ialah satu perjuangan membantu British dan Thai Bangkok menjarah empayar Nagara Kedah. Muhammad Saad bukan menentang tentera Kafir Buddha Thai tetapi bersubahat menentang tentera Islam Benua Siam Kedah yang pada masa itu dibawah pemerintahan putera kepada DYMM Sultan Muhiyuddin Mansor Shah yang permaisurinya bernama Hang Li Po. Sesungguhnya sejarah realiti bangsa perlu dihayati agar tidak tertipu dengan penulisan barat yang sering kali memutarbelitkan sejarah untuk menghalalkan penjajahan dan penjarahan mereka di Semenanjung Siam Melaka yang tercinta ini.

Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.