Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Rabu, 15 Disember 2010

ONE KHALIFAH : SURAT TUNTUTAN KE 2 YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD KEPADA AGONG MALAYSIA DAN KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MALAYSIA

------------



KELIHATAN AGONG DAERAH MALAYSIA SUAMI KEPADA PERMAISURI AGONG MALAYSIA SYARIFAH NUR ZAHIRAH AL-JEFRI SEDANG MEMBERI TABIK HORMAT KEPADA PANJI-PANJI HITAM DAN BENDERA DIRAJA



KEWAJIPAN MENWUJUD DAN MENJAGA KHALIFAH MERUPAKAN BUKTI KEIMANAN KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM KEPADA ALLAH JALLA JALALAH




Assalamualaikum semua, selamat Tahun Baru Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1432. Semoga semuanya selamat sejahtera di bawah naungan Allah S.W.T. Dalam artikel ini ana siarkan surat terbuka bertarikh 15 September 2010 tentang tuntutan aset-aset dan tahkta Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman yang berpusat di Kota Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan, negeri ( semenanjung ) Melaka, yang dulunya berada di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Kota Lukut ini sekarang telah pun hancur menyembah bumi di musnahkan oleh si laknat British, manakala penjaga Kota Lukut yang terakhir iaitu Raja Bot di halau serta di buang daerah ke pulau Singapura. Hanya yang ada sekarang di Kota Lukut bersejarah dan hebat ini cuma pagar dan tembok-tembok batu sahaja. Baginda Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman merupakan nenda atau datuk kepada Sultan Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Almarhum "Sultan Maulana" Sultan Muhiyyuddin Mansur Syah. Sultan Muhiyyiddin Mansur Syah pula merupakan orang yang bertanggungjawab membuka penempatan yang besar di Kota Palas, Langkawi selepas ibundanya Ratu Kuning atau Nang Kemuning atau lebih dikenali sebagai Puteri Sa'adong bersama suaminya Sultan Mahmud Syah kalah teruk di tangan penjajah kafir Kristian Belanda pada tahun 1641M. Bandar Baru Pusat Pentadbiran Nagara " Putrajaya " atau nama lamanya Prang Besar menjadi saksi bagaimana Raja Daerah Minangkabau yang memberontak membantu pihak kafir Kristian Belanda merampas Kota Islam Portugis iaitu kota pertahanan tentera upahan Portugis Islam yang bertugas mengawal Selat Melaka dan mempertahankan kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa di negeri (Semenanjung) Melaka ini.







MENGATAKAN MONGGOL TURKI USMANIYYAH SEBAGAI KHALIFAH OLEH SEJARAWAN BARAT IALAH SATU PEMBOHONGAN BESAR DI ABAD INI UNTUK MENUTUP KEKHALIFAHAN AHLUL-BAIT QURAISY SYARIF SYAH MERONG MAHA WANGSA DAN SYARIF MEKAH YANG BERPUSAT DI MEKAH DAN ALAM NUSANTARA



Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim juga merupakan orang yang ditimpa peristiwa malang seperti kisah berkenaan yang mana pemberontak Abdul Hamid telah membantu kafir Kristian British dengan membantu tentera Thai membunuh moyangnya iaitu Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ibni Almarhum Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang di Gerun atau nama barunya Gurun, Kedah. Selepas itu Abdul Hamid telah dilantik sebagai Sultan Kedah Darulaman yang pertama dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1864 - 1943). Kemudian Abdul Hamid menceraikan nenek Sultan Abdul Halim Syah untuk berkahwin dengan puteri raja kafir Buddha Thailand iaitu Chulalongkorn yang digelar orang Mak Cik Manjalara pada tahun 1881M. Mak Cik Manjalara pula mengarahkan penulis buku salasilah palsu Kesultanan Kedah Darul Aman Dato' Kerani Mohd Hasan juga penulis buku dongeng Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah yang mengatakan kononnya kesultanan Kedah diasaskan pada 1136M, untuk membunuh Nai Sofea iaitu nenek kepada Sultan Abdul Halim Syah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Dengan kuasa Allah SWT, Nai Sofea berjaya menyembunyikan diri di Kulim sementara itu anak Nai Sofea iaitu Nai Badlishah (1894 - 1958) telah diusir dari istana dan tinggal di dalam buangan bersama dengan keluarga Nik Muhammadiah bekas raja Legeh Kelantan yang juga melarikan diri ke Kedah selepas dihalau oleh Raja Daerah Kelantan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad II.






Hasil perkahwinan Mak Cik Manjalara dengan Sultan Abdul Hamid Halim Syah ini, mereka telah dikurniakan dengan 12 orang putera dan puteri. Dan di antara anak-anak Mak Cik Manjalara ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai, Tunku Yaakob dan Tunku Nong Jiwa. Beliau iaitu Mak Cik Manjalara meninggal dunia di Kedah dalam usia 70 pada tahun pada 23 April 1941 dan dimakamkan di makam di Raja Langgar. Selepas kemangkatan puteri Raja Kafir Thai Chulalongkorn ini, Sultan Abdul Hamid telah melantik YTM Nai Mahmud sebagai Penghulu di Tajar yang merupakan datuk kepada YM Tuanku Nai Long Kasim selepas di katakan menginsafi kesalahan beliau bersubahat dengan musuh-musuh Allah menjatuhkan Kesultanan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Dan dimasa usia tua ini jugalah Nai Badlishah dipanggil balik ke istana oleh Sultan Abdul Hamid setelah sekian lama berada didalam buangan. Semasa berada di dalam buangan ini baginda Nai Badlishah di pelihara dan di jaga oleh bekas Permaisuri Legeh Kelantan iaitu Dato' Nang Mariam yang digelar orang Nai Riam. Nai Riam ini merupakan isteri kepada Nik Muhammadiah yang bergelar Sultan Muhammad I. Baginda Sultan Muhammad I juga digelar orang sebagai Tok Lebai atau Tak Bai merangkap cucu kepada Raja Long Toha ibni Almarhum Tengku Long Putra dan merangkap sebagai Perdana Menteri Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Sempena tahun baru Islam ini iaitu di bulan Muharram 1432 marilah kita hayati surat rasmi dari sejarawan yang hebat dan waris mutlak serta zuriat Merong Maha Wangsa iaitu YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Raja Daerah Malaysia, semoga kita dapat menghayati sejarah realiti nusabangsa yang sebenarnya sekian, wassalam.