Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Isnin, 21 Februari 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 4 YM NAI LONG KASIM TITISAN ZURIAT DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA MENTERI BESAR PERAK

DI RUMAH RESMI MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN YANG MERUPAKAN BANGUNAN LAMA TINGGALAN BRITISH


Alhamdulillah, selamat menyambut Maulidul Rasul Muhammad s.a.w 1432 hijrah. Semoga pemerintahan keluarga Kekhalifahan Ahlul-Bait Ajam Quraisy Hasyimi yang pernah memayungi Alam Nusantara selama seribu tahun lebih yang lalu akan kembali semula kepangkuan kita, untuk memastikan survival bangsa ini dan agama Allah s.w.t. terus mekar, semekar bunga Teratai lambang Ketamadunan Ahlul-Bait di sebelah Timur ini. Kita juga bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita berpeluang untuk menatap Surat Tuntutan yang ke 4, surat YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Menteri Besar Perak Darul Ridwan. Baginda merupakan pewaris mutlak kerajaan Islam Kedah Tua Merong Maha Wangsa yang berdarah Ahlul Bait, Ajam Quraisy Timur dari golongan nasab al-Jefri. Yang mana golongan dari nasab al-Jefri inilah yang telah mendapat arahan dari Wali Allah Abdal Syed Jamal al-Jefri untuk membuka kerajaan Daulah Islamiah di Alam Nusantara ini. Pada masa itu Alam Nusantara ini sudah mempunyai ketamadunan yang tinggi yang diasaskan oleh putera Nabi Nuh a.s. iaitu Yafis atau Tok Kong.
-------------
--------------------
----------------
------------
Kemudiannya datang pula Putera Nabi Allah Iskandar Zulkarnain a.s. yang bernama Phonain telah melengkapkan lagi ketamadunan umat di sebelah sini dengan membina lebih banyak bangunan buat prasarana penyebaran agama Allah Jalla Jalalah, yang mana ketika itu bumi Nusantara ini di penuhi oleh bangunan-bangunan prasarana yang cukup lengkap, bangunan-bangunan yang hebat yang kelak bakal diguna oleh anak-anak Syarifah Mariam al-Jefri untuk perkembangan dakwah Islamiah di sebelah timur ini. YM Tuanku Nai Long Kasim merupakan anak cucu-cicit Khalifah Daulah Islamiah Maharaja Melayu Sharif Abu Bakar Syah yang berdarah berkat Nabi s.a.w Ajam Quraisy Timur Hashimi. Datuk baginda pula YTM Nai Mud seorang penghulu di Mukim Tajar di era tahun 20an, merupakan ialah orang yang bertanggungjawab melantik Nai Badlishah sebagai Sultan Kedah Darul Aman, selepas meninggal dunianya Tunku Sulung @ Tunku Aziz yang ketika itu merupakan Raja Muda bagi negeri Kedah Darul Aman.



DI ATAS INI ADALAH VIDEO KLIP YANG BERLATAR BELAKANGKAN BUNYI-BUNYIAN NOBAT YANG TELAH WUJUD SEJAK ZAMAN NABI IBRAHIM A.S. LAGI




Semasa era pemerintahan Jepun 1943 Sultan Abdul Hamid Halim Shah seorang raja lantikan British telah mangkat. Maka pihak Istana Anak Bukit yang pada masa itu masih lagi mempunyai saki-baki musuh-musuh Allah, antaranya yang bernama Suwei. Suwei sebelum zaman kemasukan Jepun ke Semenanjung lagi merupakan orang kuat Jeneral Manjalara dan mengguasai pentadbiran negeri dan Istana Anak Bukit. Dan pihak beliau telah mencadangkan kepada pemerintahan kerajaan Jepun agar melantik Tunku Muhammad Jiwa anak kepada Jeneral Manjalara iaitu puteri raja kafir Thai Chulalongkorn sebagai Sultan Kedah kerana pihak beliau memberitahu pada pihak Jepun kononnya Nai Badlishah bukan anak gahara dan tidak layak menjadi Sultan Kedah. Pada ketika itulah YTM Nai Mud @ Nai Long Mahmud yang merupakan cucu Maharaja Melayu yang terakhir Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah dengan sokongan orang kuat keluarga Merong ketika itu Dato' Syariff Awang membantah cadangan pihak istana tersebut. Oleh kerana itu Nai Badlishah pun ditabalkan oleh YTM Nai Mud dengan sokongan pegawai Jepun K.Shiba di Balai Besar untuk menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman bergelar Sultan Badlishah.

------------------------

--------------------------

--------------------------

Bila Nai Badlishah dilantik sebagai Sultan Kedah Darul Aman dari sinilah bermulanya keturunan DYMM Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Kota Mengkuang dari titisan darah Raja Merong Maha Wangsa mendapat tempat untuk campurtangan dalam urusan kerajaan Negeri Kedah. YTM Nai Mahmud ibni Almarhum Nai Long Haji Yasin ialah cucu kepada DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah. Baginda adalah abang pupu kepada Nai Badlishah sebelah bondanya Nai Sofea. Pada tahun 1909 pihak penjajah kafir Thailand telah menyerahkan Semenanjung Siam Melaka Benua Siam Kedah kepada penjajah Inggeris. Pada tahun 1941 Nai Badlishah dan Nai Mud penghulu Melayu Siam mukim Tajar telah membawa masuk tentera Jepun melalui Bukit Kayu Hitam untuk menghalau keluar penjajah British dari Malaya. Usaha tersebut berjaya menyebabkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah kehilangan kuasa dan mangkat dan digantikan oleh adik pupu YTM Nai Mud menjadi Sultan Kedah Darul Aman Malaysia dengan gelaran Sultan Badlishah.



K.SHIBA SEORANG PEGAWAI TENTERA YANG DITUGASKAN MENGINTIP SEMPADAN NEGERI KEDAH DAN THAILAND SEBELUM KEMASUKAN TENTERA JEPUN DARI THAILAND DENGAN HANYA BERJALAN KAKI SAHAJA


Semua ini atas kesungguhan pihak K.Shiba dan anak buahnya yang memastikan kesinambungan jurai Merong Maha Wangsa dan penglibatan keluarga DiRaja ini dapat diteruskan atas jasa usaha beliau ini kerajaan Jepun telah melantiknya sebagai setiausaha dan penasihat kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada masa itu. Ini juga untuk merealisasikan slogan kerajaan Jepun pada masa itu yang berbunyi " Kemakmuran Bersama Asia " dan " Asia untuk Asia". Pada masa kemaraan tentera Jepun tersebut pada 8 Disember 1941 tentera Jepun telah dapat pula mengalahkan tentera British di pekan Sadao dan seterusnya dapat mengalahkan tentera pertahanan British di Changloon, Asun dan Jitra. Dengan bantuan risikan dari pihak K.Shiba dan anak-anak buahnya juga unit pertahanan utama British yang dijangka dapat bertahan selama 3 bulan, tapi dapat dimusnahkan dalam masa 15 jam sahaja oleh tentera Jepun. Pada 13 Disember 1941 mereka telah berjaya bergerak ke Alor Setar dengan mudah sekali dan mendirikan ibu pejabat tentera di sana pada 14 Disember 1941. Raja Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang ketika itu melarikan diri ke Kampung Sedim, Kulim bersama anak-anaknya kecuali Nai Badlishah atas idea dan cadangan dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai, tapi telah di panggil pulang ke Alor Star oleh pihak Jepun pada 22 Disember 1941.

-----------------------

---------------------

Komander Tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Alor Setar yang bernama Jeneral Yamashita telah memberi penghormatan kepada pegawai Jepun K.Shiba untuk membuat ucaptama kepada orang ramai di Alor Setar. Dalam ucapan itu beliau K.Shiba berkata: " Kami Anak Matahari Terbit telah merampas Semenanjung ini daripada British. Kami sebenarnya adalah penyelamat anda. Maka anda tidak perlu berasa takut, sebaliknya kembalilah dengan gembira dari tempat persembunyian anda dan teruskan urusan anda seperti biasa. Pada masa yang sama taatlah kepada peraturan kerajaan Nippon ". Semasa di Alor Setar ini Jepun telah mengeluarkan surat khabar khas yang bernama Akhbar Matsirohi yang merupakan satu-satunya akhbar harian bertulisan Jawi pada tahun 1942, yang mana sebelum itu Inggeris bersungguh-sungguh mencetak akhbar bertulisan rumi sahaja. Kemudian Jepun telah membawa Nai Badlishah ke Persidangan Syonan-To di Singapura, yang mana persidangan ini dihadiri oleh hampir semua Raja-raja Melayu dan para pemimpin tertinggi Tentera Jepun. Selain Nai Badlishah, yang hadir dengan K.Shiba turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Kedah ketika itu bernama Haji Mohd Syarif Osman pada 12 April 1942. Ini sebenarnya menbelakangkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebagai Raja Kedah yang pada masa itu memerintah negeri Kedah.

BUKTI BETAPA RAPATNYA RAJA-RAJA LANTIKAN BRITISH YANG MERUPAKAN PEMBERONTAK KEPADA KERAJAAN KEDAH TUA MERONG MAHA WANGSA SEMASA ERA KEPENDUDUKAN SEMULA BRITISH KE ATAS SEMENANJUNG INI SELEPAS KEKALAHAN JEPUN KEPADA MEREKA



Semua usaha Jepun tadi menyebabkan British menjadi sungguh marah, kerana usaha mereka melantik raja-raja palsu seperti di Perak, Perlis, Kelantan, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan negeri-negeri jajahannya yang lainnya telah diganggu-gugat oleh kerajaan Nippon Jepun ini. Jepun tidaklah sejahat mana seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan British dan musuh-musuh Allah dan apa yang digambarkan oleh mereka ialah keganasan tentera-tentera Jepun ketika detik penyerangan Jepun keatas jajahan mereka sahaja. Seperti kes tentera Jerman pimpinan Adolf Hitler yang digembar-gemburkan oleh pihak Barat seolah-olah terlalu jahat dan kejam. Pada hal, penduduk Semenanjung ini menjadi makmur diatas daya usaha kerajaan Jepun membawa teknologi pertanian contohnya penanaman padi di Daerah Yan yang sungguh efisyen sehingga ada sesetengah pengkaji-pengkaji sejarah berani membuat andaian sekiranya tempoh pemerintahan Jepun lebih lama lagi di Malaysia maka Malaysia mencapai wawasan 2020 dengan lebih awal dan cepat lagi. Kesungguhan kerajaan Jepun untuk memajukan masyarakat Malaya pada ketika itu sedikit sebanyak dapat diikuti dari catatan hasil lawatan Pendita Za'ba pada 21 Ogos 1943 dan ucapan Gabenor Kedah ketika itu iaitu Mejer Jeneral Sukigawa Seichi, katanya: " Penduduk Kedah pada masa ini cukup berpuas hati dengan kehidupan masing-masing sehingga kerbau di dalam bendang mereka pun menjadi gemuk ". Sekarang marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan Surat Tuntutan baginda YM Tuanku Nai Long Kasim yang di tuju khas kepada Menteri Besar Perak Darul Ridwan, sekian, wassalam.