Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 10 April 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 6 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM DARI DARAH KETURUNAN DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA SRI PERDANA MENTERI

ASAL RUMAH RESMI MENTERI BESAR ANAK BUKIT BAGI EMPAYAR KEDAH TUA YANG DAHULUNYA BERGELAR RUMAH RESMI SRI PERDANA MENTERI ANAK BUKIT, BAGI EMPAYAR TERATAI YANG MAHARAJA MELAYUNYA BERSEMAYAM DI BANDAR KOTA STAR. SEKARANG RUMAH RESMI MB KEDAH TUA INI MENJADI ISTANA BAGI NEGERI BARU CIPTAAN BRITISH BERGELAR KEDAH DARULAMAN DI TAHUN 1881




Apakhabar semua ? Di harapkan semuanya berada di dalam sihat walafiat di bawah lindungan Allah Jalla Jalalah. Di artikel kali ini marilah kita hayati dan renungi Surat Tuntutan Ke 6 dari YM Tuanku Nai Long Kasim Ibni Almarhum Nai Long Ahmad waris mutlak Kesultanan Melayu Tua Merong Maha Wangsa. Beliau yang sebelum ini telah memberi amaran kepada 3 beradik KRU Studio agar mengadapnya dan memberi penjelasan tentang penghasilan filem batil dan penuh dongeng, merupakan ahli Keluarga Diraja Ahlul Bait Ajam Timur yang fasih berbahasa Siam dan mempunyai pertalian darah yang kuat dengan DYMM Sultan Muzaffar Syah 1 Maharaja Merong Maha Wangsa. Dengan bantuan datuk bagindalah, YM Nai Mahmud membantu Nai Badlishah mengenali perisik Jepun tersohor K.Shiba dan seterusnya mengangkat Nai Badlishah ke tahkta kerajaan Kedah Darulaman dengan gelaran Sultan Badlishah. Jadi tidak peliklah bagi kita apabila Sultan Badlishah ialah antara orang yang paling lantang melawan penubuhan Malayan Union oleh British dan antara orang kenamaan paling aktif memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Bagindalah yang mengaturkan perjumpaan antara Dato' Onn Jaafar dengan keluarga Merong Maha Wangsa iaitu keluarga YM Tuanku Nai Long Kasim. Mereka berbincang dan mengambil nasihat petunjuk daripada YM Nai Long Mahmud yang pada masa itu merupakan Penghulu bagi mukim Tajar. Perkara ini dapat di hidu oleh unit perisikan British, menyebabkan Dato' Onn Jaafar di musuhi dan di geruni oleh pihak kerajaan British dan seterusnya di " Terminate" kan terus dari kepimpinan parti UMNO sekutu British dan seterusnya di gantikan oleh pimpinan baru kesukaan British Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai al-Manjalara.





DI ATAS INI IALAH VIDEO KLIP TENTANG PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI YANG MEMERINTAH MALAYSIA. SAUDARA YAB NAJIB TUN RAZAK YANG BERDARAH BUGIS DARI GOA, SULAWESI PERLULAH MENERUSKAN DASAR ADAT TRADISI NENEK MOYANG ANTA MEMBANTU DAN MEMBELA KELUARGA AHLUL BAIT MERONG MAHA WANGSA MENUNAIKAN SURAT TUNTUTAN YM TUANKU NAI LONG KASIM, JIKA ANTA INGINKAN ALLAH S.W.T. MENGEKALKAN ANTA DI KERUSI NOMBOR SATU SEMENANJUNG INI, SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA




Semua tentangan dan pemerintahan yang di buat oleh Sultan Badlishah di pantau dan di kawal selia oleh kawan baik dan kerabat beliau YM Tuanku Nai Long Mahmud tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan British, kerana fobia dengan penentangan bersenjata yang pernah di lakukannya oleh datuk YM Tuanku Nai Long Kasim yang bernama YM Tuanku Nai Long Mahmud ini, bersama-sama anak buahnya Panglima Nayan, Salleh Tui, Sulaiman Kerekau dan Awang Pho suatu masa dulu sekitar tahun 1909 sehingga 1929. Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa. Panglima Nayan adalah seorang yang kacak, berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Beliau ini di geruni lawan dan di sayangi oleh kawan, juga merupakan orang yang bermati-matian melawan penjajahan British dan pemerintahan Boneka Thai British Sultan Abdul Hamid di bawah seliaan Mak Cik Manjalara dan kulinya bernama Suwei. Baginda seorang yang mahir bersilat dan di katakan kebal orangnya. Rakyat jelata ketika itu yang kagum dengan keberaniannya menentang " British Emperor ", menggelar beliau dengan gelaran " Robin Hood " kerana sentiasa menyamun harta benda pegawai-pegawai British dan kuncu-kuncunya yang korup dan memberi bantuan kepada rakyat jelata semasa menghadapi masalah dan keperitan hidup di era penjajahan British dan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang penuh dengan kezaliman itu. Beliau mati syahid akhirnya di bunuh oleh kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap oleh polis kafir British. Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya.



DI DEWAN MAKAN RUMAH RESMI MB KEDAH DI ALOR MERAH, INI TERJADI BILA KEDAH TUA DI TURUNKAN DARJATNYA DENGAN CUMA " NEGERI KEDAH " MANAKALA TEMPAT BERSEMAYAM DAN MEMERINTAH NAGARA KEDAH OLEH MAHARAJA MELAYU AHLUL BAIT DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH DI TUKAR NAMA DARI BANDAR KOTA STAR KEPADA NAMA ALOR STAR SAHAJA





Walaupun semua raja-raja Melayu di pecat dari jawatan Sultan dan di gantikan dengan Sultan Boneka British setelah tibanya tentera British di Semenanjung Melaka setelah kekalahan Jepun, seperti kata-kata dari Leftenan Kolonel D.Headly yang pernah memimpin pasukan Gerila British Force 136 menentang pemerintahan Jepun di Semenanjung Melaka ini . Kata beliau kepada Sultan Ali Terengganu atau Tengku Ali sebelum Raja Terengganu yang malang ini di pecat British : " Pada masa ini barangkali Tuanku sudah tahu bahawa semua Sultan pada masa Jepun di anggap tidak sah " . Tapi semua ini tidak menjadi masalah kepada Sultan Badlishah malah sering sahaja di ziarahi oleh kawan karibnya K.Shiba yang pada masa itu menetap di Singapura setelah pulang sekejap ke Jepun kemudian terus menetap di Singapura setelah kekalahan teruk Jepun di tangan Tentera Berikat Kuffar Barat. Bukan sahaja tindakan keatas ke atas Sultan Badlishah tidak di ambil malah ke atas K.Shiba juga tidak ambil oleh kerajaan British kerana tentera Jepun telah di beri pengampunan setelah Maharaja Jepun Hirohito ( 1926-1989 ) bersedia menyerah kalah dan mengeluarkan semua tenteranya dari alam Nusantara ini dan di semua tanah jajahannya. Inilah kelebihan Semenanjung Melaka ini yang merangkumi Surat Thani, Legor, Malaysia, Singapura dan Kepulauan Riau Bantam yang sentiasa aman, damai dan makmur serta di luar Lingkaran Api Pasifik pula. Sehingga di gelar " New Jerusalem " oleh golongan Pendita Yahudi , maka tidak peliklah pemimpin Komunis Chin Peng dan Tan Sri Lim Goh Tong tidak ingin balik ke China kerana ingin menetap di Semenanjung ini atas kelebihan yang di berikan oleh Allah s.w.t ke atas Semenanjung yang bertuah ini. Begitu juga dengan anak tukang masak K.Shiba yang berbangsa dan berasal dari Jepun yang mempunyai anak perempuan. Anak beliau inipun tidak pulang ke Jepun malah berkahwin dengan tauke ayam di Pasar Lama, Jalan Wan Mat Saman, Alor Star, Kedah dan menetap pula di Kedah. Bila tukang masak K.Shiba telah datang ke Kedah untuk menziarahi anaknya, beliau telah memaklumkan kepada sahabat handainya di Alor Star bahawa K.Shiba telah menetap di Singapura dan meninggal dunia di rumahnya di Singapura.






SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, YANG MANA PERDANA MENTERI BAGI EMPAYAR MELAYU PURBA MERONG MAHA WANGSA BERTEMPAT DI ANAK BUKIT MANAKALA MAHARAJA BAGI KESULTANAN EMPAYAR MELAYU DI BANDAR KOTA STAR. SALASILAH KEDAH PULA DI TUKAR DAN DI DONGENGKAN KE TAHUN 1136 MASIHI DAN YANG SEBENARNYA KESULTANAN KEDAH BERMULA PADA TAHUN 745 MASIHI LAGI




Sebab itulah Sultan Badlishah menukar istana penginapannya ke Anak Bukit, iaitu Rumah Resmi Sri Perdana Menteri kerajaan Nagara Kedah Tua dahulukala, setelah Sultan Abdul Hamid meninggal dunia sebab baginda mengetahui darjat dan taraf dirinya jika di bandingkan dengan YM Tuanku Nai Long Mahmud yang merupakan cucu dan waris mutlak Pemerintahan Nagara Kedah kepada DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah. Sejak itulah rumah Anak Bukit di jadikan penempatan tetapnya dan bukannya di bandar Kota Star tempat bersemayam dan merupakan pusat pemerintahan Maharaja-Maharaja Melayu Merong Maha Wangsa. Di dalam sejarah dunia pun di catatkan yang rumah ini pernah di ziarahi oleh Mr. Page seorang berbangsa Perancis yang datang melawat bandar Kota Star. Beliau mencatatkan : " Isnin, 22 hb Oktober 1883, saya tiba dengan kapal The Fly dari Pulau Pinang di muara Sungai Kedah, jam 4 petang. Saya nampak di situ ada dua pucuk meriam di benteng pertahanan di situ. " Dari bandar Kota Star, Mr. Qua seorang lelaki yang juga berbangsa Perancis di mana beliau telah lama menetap di Kedah telah membawa Mr. Page yang juga seorang Mubaligh Kristian bersiar-siar di sekitar bandar Kota Star melalui enam batang jalan selama 15 minit. Pada malam itu beliau membawa Mr. Page atau Father Page ke Anak Bukit untuk menginap dan bermalam di sana. Menurut Mr. Page, beliau di bawa dengan kereta kuda sejauh 5 batu ke Rumah Anak Bukit tersebut. Beliau mencatatkan rumah itu di saluti marmar dan terletak di atas puncak sebuah bukit yang terletak pula di sebuah pulau dengan di kelilingi oleh dua buah cawangan sungai. Di sekitar rumah itu ( yang sekarang ini bergelar Istana Anak Bukit bagi kerajaan baru ciptaan British Kedah Darulaman ) di penuhi dengan pokok manggis, ciku dan limau bali. Beliau juga mencatatkan, di kaki bukit Istana Anak Bukit itu terdapat sebuah kolam yang dindingnya berkerawang serta di penuhi dengan ikan-ikan besar yang sering melompat-lompat menyambar bunga yang di lontarkan oleh para pelawat. Ish... panjang pula ceritanya ni, jadi tanpa melengahkan masa ( kita sambung cerita sejarah realiti ini di lain artikel nanti ) sekarang marilah kita baca dan hayati isi surat dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang di tujukan khas kepada PM kita YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, sekian wassalam.