Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 15 Mei 2011

CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH EPISOD KE 2


HIMPUNAN BESAR KERABAT DIRAJA MERONG MAHA WANGSA KEDAH TUA AL-JEFRI SERING MENDAPAT PERHATIAN DARI MASYARAKAT SETEMPAT WALAUPUN IANYA DIBUAT SECARA SEDERHANA



Alhamdulillah, esok merupakan hari guru, masih ingatkah antum semua artikel bertarikh 16hb Mei 2010 tentang Munsyi Abdullah ( 1796-1854 ) ini. Tokoh Guru kontroversi ini merupakan tokoh yang tidak jelas keturunannya yang selalunya menjadi alat pilihan musuh-musuh Allah yang telah di atur kewujudannya sejak dari mula lagi. Kewujudannya di bandar Hilir Melaka dan Singapura semasa Peperangan Musuh Bisik sedang berkecamuk hebat di antara Tentera Berikat Kafir ini ( British, Sukuthai, dan Tentera Pemberontak Ahmad Tajuddin Halim Syah 11 ) dengan Tentera Sultan Kedah DYMM Yamtuan Syarif Syah ini menguatkan lagi dakwaan berkenaan. Di dalam penulisan sejarah, ayahnya bernama Abdul Kadir dan datuknya pun bernama Abdul Kadir seperti di dalam salasilah Kedah Darulaman yang kita dapati nama Ahmad Tajuddin di ulang dua kali. Nama Abdul Kadir di gunakan oleh ayah Munsyi Abdullah kononnya nama itu untuk mengambil keberkatan nama datuknya, padahal datuknya ini di datang khas oleh British dari luarnegara kemudian transit sementara ke negeri Tagor, India dan dari India pula belayar dan menetap di Bandar Hilir Melaka. Datuk Munsyi Abdullah di katakan berbangsa Arab dari Yaman tapi berbangsa Turki dan ada pula catatan sejarah lain mengatakan beliau berperanakan Tamil campuran Turki. Ayah Munsyi Abdullah pula di katakan berkahwin dengan perempuan yang beragama Hindu dari wilayah Kedah dan menggunakan nama Salmah. Dari Salmah pula lahirnya Munsyi Abdullah atau Moshe Havdallah yang bahasa mudahnya di dalam bahasa Yahudi. Beliau di lahirkan lapan bulan setelah British mengambil alih pemerintahan Belanda di Bandar Hilir Melaka di Semenanjung Melaka ini. Ayahnya Abdur Kadir merupakan juga seorang Guru yang mengajar orang-orang Belanda bahasa Melayu dan Tamil dan sangat pandai di dalam matematik, membaca dan menulis. Ini merupakan alat terpenting di zaman itu guna untuk berkhidmat dengan musuh-musuh Allah yang sedang membuat persedian menghancurkan orang-orang Islam di Nusantara setelah mereka berjaya mendarat di Pulau Pinang, Bangkahulu dan Betawi di Pulau Jawa.



INI MERUPAKAN VIDEO KLIP PENGEMBARAAN MEGAT AL-JEFRI KE SELURUH DUNIA DALAM USAHA MENCARI KEBENARAN SEJARAH REALITI NUSA BANGSA DAN BERUSAHA UNTUK MEMBELA UMAT SERTA KELUARGA MERONG MAHA WANGSA KEDAH TUA AL-JEFRI. TERIMA KASIH KEPADA NAI DIN KOTA KUALA KEDAH ATAS KREATIVITI VIDEO KLIP INI



Sebelum kedatangan kerajaan British ke Bandar Hilir Melaka, Abdul Kadir bekerja dengan Syahbandar Melaka yang ketika itu masih di bawah pemerintahan Belanda. Kerajaan Belanda tidak dapat menjajah Semenanjung Melaka, tapi dapat menawan hanya Kota Portugis Bandar Hilir yang pada masa itu telah mengeluarkan perintah agar semua buku-buku, catitan-catitan dan semua hikayat-hikayat milik Melayu di kumpul setakat yang mampu dengan cara meminta, membeli atau di hadiah oleh orang ramai kepada Kerajaan Belanda sehingga jumlahnya dapat di kumpul sebanyak 70 buah semuanya dengan berbagai isi dan cerita di dalamnya. Ayahnyalah antara yang telah di pilih oleh penjajah barat ini dan ayahnyalah yang banyak menyalin kembali, mengubah dan meminda dari isi-isi asalnya dengan arahan kafir penjajah ini seperti mereka mengubah kitab suci mereka Taurat dan Injil. Beliau juga merupakan jurubahasa bagi kerajaan Belanda ini. Semasa huruhara pertukaran kuasa memerintah antara British dan Belanda di Bandar hilir Melaka ini, ayahnya bekerja sebagai saudagar, membawa barang dagangan dari Melaka ke negeri Siak di Sumatera. Setelah Major Cook datang dengan juruteranya Colenial Farquhar bagi pihak British berjaya menjejaki kaki mereka di Semenanjung Melaka ini di Bandar Hilir Melaka yang kononnya Melaka, ayah Munsyi Abdullah pun bekerja dengan Adriaan yang merupakan Timbalan Gavernor Melaka atau bergelar orang pada zaman itu Raja Muda Melaka. Beliau di tugaskan menjadi nakhoda dan setelah itu berkhidmat pula dengan Colenail William Farquhar ( 1770-1839 ) sehingga di iktiraf oleh British di dalam bentuk Surat Pujian. Sebagai Nakhoda kapal, Abdul Kadir ini sering berulang alik ke Kedah di dalam urusan yang mencurigakan. Dari situlah ia berkahwin dengan seorang wanita Hindu yang kemudian mengguna nama Salmah dan merupakan ibu kepada Moshe Havdallah atau Munsyi Abdullah di dalam bahasa tempatan, seperti Napoleoan Bonaparte menukar namanya ketika berpindah ke tanah besar Perancis untuk menyesuaikan namanya dengan penduduk tempatan di bandar Paris ketika itu.






GERBANG KOTA STAR INI MERUPAKAN LAMBANG KESULTANAN KELUARGA AHLUL BAIT AL-JEFRI KEATAS WILAYAH TIMUR JAUH INI CUBA DI NAFIKAN HABIS -HABISAN OLEH MUSUH-MUSUH BARAT DENGAN MENBUAT BERBAGAI-BAGAI SALASILAH DONGENG UNTUK RAJA-RAJA MELAYU LANTIKAN MEREKA



Selepas kematian ayahnya, Munsyi Abdullah pula menggantikan tugas ayahnya menjadi alat pihak penjajah Inggeris merialisasikan tugas mereka menjajah pemikiran, ekonomi dan segala-gala secara total anak-anak jajahan mereka. Semasa beliau bertugas di Riau pihak British telah di serang dan di usir keluar oleh tentera Bugis. Beliau kemudian kembali ke Bandar Hilir dan telah di tawarkan menterjemah KitabTaurat iaitu Old Tastement dan Kitab Injil iaitu New Tastement ke dalam bahasa Melayu. Beliau di tunjukkan contoh oleh seorang Paderi Kristian tiga buah Kitab Injil yang bercetak berbahasa Melayu yang di dakwa oleh Paderi berkenaan di terjemah oleh orang-orang Belanda. Penulisan pertama yang di terjemah oleh Munsyi Abdullah ialah Kitab Taurat sambil beliau memberitahu orang Melayu di sekitarnya ketika itu bahawa Allah telah menurunkan 10 amanat yang penting kepada kita di gunung Tursina. Sikap beliau itu menyebabkan orang-orang Melayu pada zaman itu semakin benci kepada beliau yang terlalu rapat dengan penjajah Inggeris dan orang-orang Melayu ketika itu mula mempertikai pula anutan agama beliau. Beliau selepas itu berganding dengan Paderi C.H. Thomsen menterjemahkan buku Vocabulary dan Metematik serta Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu. Perkahwinan Munsyi Abdullah di taja dan di sponsor oleh kawan baiknya Paderi W.Milney sekali dengan di baiki rumahnya di hadiahkan pula wang sebanyak 50 ringgit yang merupakan nilai yang besar pada zaman itu untuk peralatan perkahwinannya. Selepas selesai majlis perkahwinan, beliau meneruskan aktiviti gilanya lagi dengan menterjemahkan kitab Bible Matias atas sokongan kuat yang juga merupakan kawan baiknya juga Paderi C.H. Thomsen. Tindakan Munsyi Abdullah di dalam hidupnya ini amatlah merendahkan martabatnya dan ini membuktikan beliau bukannya seorang Melayu malah seorang Yahudi peranakan Tamil yang bergelar Moshe Havdallah. Cacian-cacian yang di buatnya ke atas orang-orang Melayu dan puji-pujian beliau ke atas para penjajah tidak harus di pandang ringan oleh kita.





WAJAH DAN BERITA TENTANG BAGINDA SETIAP HARI TERPAMPANG DI AKHBAR-AKHBAR UTAMA KITA MENYEBABKAN BAGINDA MENJADI SOHOR SEKARANG INI. SEKARANG MARI KITA TENGOK SIKIT KOMEN ANAK CUCU CICIT KETURUNAN RAJA DAERAH SELAMA SEBELAH IBUNYA INI TENTANG MASALAH MINYAK DAN NAGARA




Semasa tokoh kesayangan Imperialis Barat ini belayar dengan tuannya Stamford Raffles, mereka telah sampai di Pantai Timur negeri Pahang. Beliau mengatakan orang-orang Pahang ini tidak mengambil tahu lansung mengenai kebersihan dan kesihatan. Pasar-pasarnya, tempat jualan dan rumah-rumah kediamannya tersangatlah kotor hanya menunggu sampah dan kotoran-kotoran itu hilang dengan sendirinya. Tiada orang yang ingin mahu mengambil tahu tentang hal kebersihan ini.
Antara cacian maki hamunnya pada orang-orang Kelantan dan Terengganu pula ialah para wanitanya rajin berniaga TAPI barang-barang yang di jual semuanya busuk-busuk. Antaranya ialah cencaluk, tempoyak, budu dan belacan dan pada pandangannya mengatakan orang-orang Melayu ini tidak tahu tentang pemakanan yang baik dan sedap seperti makanan tuannya iaitu mentega, minyak sapi, telur dan lain-lain lagi. Kehidupan pula di Kelantan dan Terengganu teruk dan teraniaya, huru-hara dan kacau bilau. Antara pujian beliau pula kepada penjajah laknatullah ini yang memusnahkan ekonomi, artifak ketamadunan nagara dan budaya ialah dalam bentuk pantun iaitu, 1- Buai kendur jangan di tarik, Bagai teguh perbuatan sendiri, Tuan Gabernor orang yang baik, Pandai sungguh memerintah negeri. 2- Bagai teguh buatan sendiri, Tali kecil jangan di kerat, pandai sungguh memerintah negeri, Tahu pula mengambil hati segala rakyat. 3- Tali kecil jangan di kerat, Sama tunduk memintal benang, Tahu pula mengambil hati segala rakyat, Semuanya duduk di dalam senang. Jadi moralnya bagi kita semua, janganlah kita membuat kesalahan dan kesilapan kali ke dua setelah merdeka, menyanjung orang yang sepatut di tong sampah segala penulisan beliau sehingga sesetengah kita meletak dan mengabadikan nama beliau di sekolah-sekolah kita. Sebenarnya penulisan, terjemahan dan penyuntingan si musuh Allah Munsyi Abdullah atau nama Yahudinya Moshe Havdallah ini lebih kepada untuk menutup sejarah tuan punya Semenanjung Melaka ini yang pernah bersemayam di Kota Lukut, Ayuthia, Mandalay, Kota Palas dan Kota Star Kedah di Empayar Islam Kedah Tua Merong Maha Wangsa.


33 ulasan:

  1. Assalamualaikum Nai Megat.,
    Semalam perjumpaan kerbat dikampung lindungan raja, Sedim. Dari info Kerabat Kedah sendiri, bukan dari jurai kita.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Nai Megat ,

    Ana sehari dua ni bila terlelap asyik nampak tepak sireh berbentuk Bunga Teratai shj. Dalamnya ada kaligrafi tulisan jawi. Ada ke tepak sireh spt itu dalam keturunan kita. Ana juga sering di datangi Tok Cepoh @ Harimau Berantai itu katanya pada ana kenapa jadi begitu ? Adakah itu dari keturunan kita ? Ana takut alami benda aneh-aneh ni nak tidur jadi takut. Nak rujuk tak tahu tempat. Pernah pengamal perubatan tradisi kata kat ana ni diekori oleh harimau puteh. Kalau anta boleh berikan pandangan pada ana soal Alam Malakut. Tabarut ana tak pandai soal ini.

    BalasPadam
  3. Lagi satu ana lupa nak bagitau, ini ada maklumat sulit....... ada dikalangan kerabat tengku bukan Tuanku nak memintas keturunan kita. Sekarang ana sedang di pantau.
    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan Megat,
    Masih ingat lagi saya....
    pada 28 Mei 2011 saya akan tiba di Alor Star Kedah dari KL... saya berharap tuan dapat meluangkan sedikit masa utk kita berjumpa bagi membincangkan ttg maklumat salasilah keturunan kita... ni no hp saya, Amri- 0195160631, mohon tuan menghubungi saya utk tetapkan tarikh perjumpaan... atau tuan dapat mesej sy tempat perjumpaan... Wassalam

    BalasPadam
  5. waalaikumussalam tnl chik dan amri...

    utk tnl chik, eloklah anta tidur tu dgn berwuduk dan membaca 3 qul 3x gosok seluruh badan, serta 3x bacaan ayat kursi. ni utk mengelakkan sihir yg mgkin d hantar musuh pada anta atau mgkin ada gangguan durjana dari jin saka.wallahualam.


    pada amri ana masih ingat kat anta cuma tarikh perjumpaan tu ana nak kena fikir balik sbb cuti sekolah. sbb selalunya putera2 salju ana tu dan ummi depa ajak ana balik kg depa. anta cuti brapa hari ?

    BalasPadam
  6. Mungkin juga gangguan jin tu, patutla ana susah nak tidur 3,4 malam ni. sembah ana untuk Nai Long Kasim dari keturunan Nai Chik akan berada dibelakang Tuanku Nai Long Kasim bila-bila masa, setia dan taat sentiasa.

    BalasPadam
  7. Untuk makluman Nai Megat ana ada bertemu keturunan Nyak Puteh menetap di kawasan Sg. Pasir. Sg. Patani. katanya Wafa Tengku Puteh masih tersimpan elok lagi. An akan pergi tengok Wafa tersebut dan maklumkan pada anta.

    Tengku Puteh mangkat di Baling di bunuh Thai 1821. Keturunannya Dasli salah seorang darinya. Manakala Junip berasal dari Selama dikenalkan oleh Tunku Nai Long Mazlan alJefri kepada ana. Apa2 maklumat ana sampaikan pada anta.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Tuanku Megat,

    Untuk makluman Tuanku Megat dan semua kawan-kawan saya ada info istimewa untuk kita fikir bersama mengenai minyak ni. Moga menjadi pengajaran pada yang mahu berfikir seprti kata Tuanku Megat Kita Jangan Jadi Katak Bawah Tempurung :


    Malaysia
    Harga Petrol : RM 2.90
    Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

    Qatar
    ......Harga Petrol : RM 0.75
    Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

    Oman
    Harga Petrol : RM1.00
    Oman pengeluar ke-28 di dunia.

    Egypt @ Mesir
    Harga Petrol : RM 1.06
    Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

    Iran
    Harga Petrol : RM 0.35
    Iran pengeluar ke-8 di dunia..

    Terima Kasih

    BalasPadam
  9. apa kaitan DSAI dengan raja daerah selama???

    untuk harga minyak dan pengeluar minyak sila rujuk
    http://www.oil-price.net/

    http://www.nationmaster.com/red/pie/ene_oil_pro-energy-oil-production

    http://chartsbin.com/view/1115

    BalasPadam
  10. Minyak itu kurniaan Allah kepada rakyat negara-negara Islam, sepatutnya hasil keuntungan dikembalikan kepada rakyat. Sepatutnya harga minyak dunia naik kita lebih makmur bukannya makin sengsara.Yang dok pi banding dengan Singapore dan Thailand tu ingat kita bodo kah...

    BalasPadam
  11. waalaikum salam tnl chik, che wood dan saudara living...


    kpd tnl chik mimpi anta mungkin sesetengah ada benarnya terutamanya jam 3, 4, 5pagi lebih lagi dekat dgn waktu subuh. mimpi ini sebenar separuh dari kenabian jadi contohnya jika brmimpi binatang buas spt harimau menanda org itu ujub sombong d depan allah, jika bermimpi serigala ia suka makan benda2 haram dan syubhat tanpa usul priksa, jika anjinng hubbul dunia, jika ular org itu bersifat marah, celupar dan suka brbohong...semua ini ada dari kitab sirrul asrar.


    trima kasih bebanyak che wood atas maklumat harga minyak trsebut.


    kpd living , baginda anwar ni merupakan keturunan raja daerah selama KERAMAT TOK PERANG syahid d bunuh british, merangkap saudara pupu pak lah badawi dan tuan guru hj salleh pondok tabligh markaz penanti, tapi dari sebelah ibunya spt tun mahathir muhammad juga dari sebelah ibunya dari jurai keluarga merong maha wangsa.

    BalasPadam
  12. kpd saudara salmi, mmg akhir ni zmn ramai org mcm tu dan terutamanya ttg buta sejarah nusa bangsa.

    BalasPadam
  13. oooo DSAI, Pak Lah , Tun M ni ada darah keturunan raja la juga rupanya ya...apa pasal la depa ni bergaduh sakan??? ka depa bertiga ni main wayang saja??

    la ni kalau PAS dan Umno tak bersatu, nampak mcm goyah perpaduan islam kita..

    wallahuallam...

    BalasPadam
  14. Salam,

    Rupanya DSAI & TDM sama keturunan dengan kita. Padanlah ana rasa sayang aja kedua-duanya.

    Pak Lah dari kecik ana memang dah tahu keluarga kita

    BalasPadam
  15. waalaikumussalam living dan mohd...

    dato sri anwar ibrahim dan tun dr mahathir ni satu jurai merong maha wangsa tapi pergaduhan berlaku sbb batu apinya org putih, pak lah ni org tengah la.


    tapi sejak bini dia sakit 3 tahun dulu, pak lah tak boleh nak tumpu kat karier politiknya. kita pun kalau bini 3 hari sakit cukuplah, muka jadi tak siap. tapi dia tabah dan takhabag kat org sehingga bini baginda datin indon meninggal dunia, org tahu yg pak lah selama ini sdg bergelut dgn penyakit kanser bini dia.

    kerna sblm ni dia cukup d geruni dan d takuti oleh musuh2 politiknya ketika dia terlibat dgn TEAM B dan dgn KU LI, wallau aklam bis sowab.

    BalasPadam
  16. Salam,
    sy time cuti sekolah memang akan ada di alor star, saya balik ke miri 11 jun 2011... harap dapat jumpa antara 6 - 11 Jun, sbb sblum tue busy ngan kenduri kawen adik... :)

    Rupa2nya TDM, pak lah dan DSAI dari susur galur yg sama ngan sy upanya....baru tau...lepas nie kana cari balik clue yg hilang... :)

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum En Megat.

    Saya sudah mengikuti blog tuan dan blog. EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH sejak beberapa bulan sudah.

    Boleh tak saya dapatkan email tuan. Ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan. Semoga dapat bantuan dari pihak tuan. Syukran

    Semoga dirahmati Allah sentiasa.

    BalasPadam
  18. "tapi pergaduhan berlaku sbb batu apinya org putih, pak lah ni org tengah la."


    cer citer?? cer citer??

    BalasPadam
  19. waalaikumussalam saudara amri,mohd nor dan living...

    ana dah janji dgn wife nak balik ke pantai timur sbb dia nak jenguk ibu dan ayahnya sementara masih ada sbb org tua ana dah lama meninggal.

    citer ttg family ni sampai bila pun tak habis, sat senyum sat sebek sat senyum, biarlah mereka dgn labu2 nya. ini rahsia family.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
    Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.
    Salam sejahtera kepada Nai Megat dan seluruh warga pembaca di sini.
    Islam adalah Agama yang mengajar dan mentadbir bumi bagi golongan Mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasulnya..Tanpa kuasa pemerintahan kita akan diusir seperti mana berlaku di Masjid Babri yang telah diruntuhkan…dan juga pengusiran umat Islam Rohingya di Burma/ Myanmar serta selatan Di negeri Siam Lancang Pattani dan Nakorn (Nambang=Air Teluk.)dan juga kita yang telah diusir hingga kesemenanjung Malaysia..
    Sejarah Nabi Muhammad di dalam filem Muhammmad The Last Messenger mengingatkan kita bahawa Nabi Muhammad telah berundur dari bumi Mekah ke Madinah.Berundur setapak ,maju kedua langkah.Berundur bukan kalah tetapi membentuk 1 kekuatan ketenteraan yang besar bagi menawan seluruh jazirah Al Arabiyah dan menghantar pasukan perang kepada Kisra Parsi ,Rom Bizantine dan pemerintah Mesir.Assalamualaikum,Ni Kaung La,Kaung bade,tammir sapi bila,mashadei bavu.Sebenarnya penulisan ini hendak ditujukan kepada orang orang Rohingya yang lari berpuluh tahun kesini.Bukan niat hendak memburukkan anda semua,kerana anda semua adalah saudara Islamku juga anda adalah sebahagian dari Tentera nenek Moyangku (Sultan Babur Monggol India)dan askar Kerajaan Islam Ayutthia..anda disini lari terus dari negeri anda,bertabligh disini,bina kekayaan di Malaysia.sembahyang disini..Sebenarnya anda semua adalah baik..tetapi anda tidak menurut seperti yang junjungan junjungan nabi lakukan .Berundur setapak maju 2 langkah.And terlalu mnurut kepada seorang yang bernama Raja Noq.Untuk pengetahuan anda ini adalah raja dari titisan Buddha yang menyerang dan membunuh kaum Islam Rohingya.Anda perlu malu kepada Pemberontak Karen yang dipimpin seorang kanak kanak wanita,walaupun dia tidak seorang Islam ,keberaniaannya memimpin dan melawan pemerintah Junta Myanmar amat berani sekali..Anda Rohingya disini lari dari tanah air yang ditawan,sepatutnya anda sudah mampu menyediakan 1 pasukan Tentera Islam Rohingya.Tetapi anda lari membuang AK Kalashnikaov,Igla,meriam meriam,dan senjata lain.Anda biarkan saudara anda disana diancam setiap hari..Ayuh sekarang orang orang Islam Rohingya ,bangun dan bersihkan arang yang menconteng wajah tanah ,darah nenek moyang terdahulu,bebaskan bumi Rohingya…Kepada saudara ketua Kg Bukit Malut,di Bandar Bandar…anda semua sangat mahir tentang jalan jalan disana..
    Kewangan anda sudah mencukupi.Aku pernah bertemu kalian diwaktu remaja..Aku tidak tahu bahawa kalian adalah dari kuasa Monggol yang hebat..Kamu adalah pimpinan Komander Islam Rohingya..jangan berpatah semangat..bebaskan bumi kalian.. salam .

    BalasPadam
  21. Askm Tuanku Megat,

    Syabas artikel baru ni best, dahsyat dan hebatlah sekali dengan ada 2 video klip.Ada pula video klip pengembaraan Tuanku Megat ke seluruh dunia. Siapa Nai Din Kota Kuala Kedah tu ? Pandai sungguh dia menggarap video klip tu.

    Tapi macam biasalah Tuanku, ada setan datang semula, sekali terhenggeh-henggeh kutuk nak gaduh, bila Tuanku Megat jawab kat dia balik dia pulak naik angin, sebab cerita Nenek Kebayan Ibnu Berus Pok Kra mengenai orang Melayu ni lemah dan Hindu Budha telah di baiki dan di sangkal oleh Tuanku.

    Doa Tuanku Megat agar Pok Kra dapat hidayat rupanya Ibnu Brus Pok Kra ni tak dapat hidayat lagi. Dahlah blog dia tak laku keh, keh, keh, entah -entah Tuanku Megat tak pernah baca artikel Pok Kra dan tak sedar tentang kelakuannya yang huduh tu.Kesian.

    BalasPadam
  22. waalaikum salam che wood...

    setanmana pula mai, setan hindu ka setan budha...? ana tengah bercuti ni. ana dah lama dah taklihat blog pok kera ni sbb tak minat asyik2 ulang pasal segenting kra dan kajian batilbarat, ...emmm, ana tengok adalan 23 ANONYMOUS dlm ulasan ibnu brus pok kra ni. buat sendirilah tu dgn tok guru dia mok cik sri anonymous almanjalara, sanggup menipu pembaca2 blog. keh, keh keh. kesian , . nak tegakan benang yg basah, nak bergaduh d luar musim. tak ambil iktibar ka dgn alpondan tani kena bala penyakit BUASIR.


    che wood jgn risau, depa ni sebenarnya dah tak laku dah dgn teori2 basi dari barat tu. pas tu nak korek rahsia siapa DR. tupulak, soalan pok kera ni sambil terketar2 ingin tahu segera rahsia ini , contoh soalan ibnu brus pok kera:


    Pengkaji dalam bidang seni universiti tempatan ka? Kalau betul dakwaan pengkaji bergelar Dr. itu, penulis tak ada masalah. Boleh berikan nama dan nombor telefon pengkaji tersebut kepada penulis, dan penulis sendiri akan menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dakwaannya tentang ‘fakta terbaru’ itu


    wek nak termuntah, dia nak musuh dgn kita dan dia pula ingin tahu maklumat kita, keh, keh, keh. sbb dulu depa ni berjaya korek rahsia siapa anai-anai siap d cabar perkenalkan diri. yg depa tu sembunyikan diri depa , hanya brani tunjuk muka negatif film. tarok la gambar terbaru 3r kalau brani. tunjuk la muka anta yg sebenar tu, antakan baik dgn anai2 bolehlah jadi anak murid dia. pastu bolehlah baiat pak ngah kami nai long kaSIM SEBAGAI raja siam anta, jumpa lagi, sayang pok kera, kirim salam kat mok cik sri ye... wsslm.

    BalasPadam
  23. Aha, kalau cuci negatif filem tu entah-entah keluar muka beruklah atau kra ? heh, heh,nak gaduh dengan Abang Megat sebab dengkilah tu.

    "The Planet of Apes" atau bahasa senangnya Planet Pok Kra. Abang Megat sayang sangat Kera milik Mok Cik Sri tu buat apa, takut dia merajuk tak panjat amik nyior dan pauh ka ?

    Buang ajo kra tu sbb rumah datuk saya banyak beruk-beruk yang boleh ganti kera mok ck sri to heh, heh,heh lebih tera dan hensem dari kra tu.

    BalasPadam
  24. Assalamualleykum,
    Salam Hormat kepada semua hadirin.
    Apa khabar orang Pontian Johor?Ana harapkan anda semua sihat bersama keluarga tersayang.
    Tulisan ini ana tujukan kepada Dr sanusi Daeng Mariuk yang merupakan mantan Pas Johor yang amat dikenali dan terkenal...tolong sampaikan salam Ana kepada beliau.Sebenarnya,melalui Tengku Nai Long Kassim Ibni Nai Long Ahmad telah memberitahu kepada saya bahawa beliau ingin sekali bertemu dengan beliau.Melalui Nai Long yussuff memberitahu kepada ana bahawa Dr Sanusi Daeng Mariok ada terdapat susur galur dari keturunan Raja Lumu (Sultan Salahuddin pertama Selangor yang berkahwin dengan anak saudara Sultan Muzaffar Shah 3)juga mempunyai Ikatan dengan Sultan Abdul Samad.Semasa pemberontakan dan serangan raja raja Lanun Penyamun,Sultan Nai Long Paduka Seri Sultan Johor Riau Lingga,Sultan Yussuf Al Mahadi telah bersama dengan sebahagian Raja Raja BUgis Selangor dari Daeng yang baik ini berundur sehingga ke Pontian dan sebahagian Riau Lingga hingga ada kalangan Raja Raja Bugis INI Dibunuh British dan Belanda dan Raja Raja Penyamun subahat.Kami rasa kemungkinan besar terdapat keturunan Daeng dari kaum keluarga Dr Sanusi Daeng Mariuk yang tahu kisah ini..Kami mengharapkan agar disuatu masa nanti agar dapat bertemu dan mengeratkan kembali tali kekeluargaan yang terputus panjang..salam ana sekeluarga kepada semua saudara Bugis dari daeng yang baik baik sekalian..semoga dapat bertemu sendiri dengan Dr Sanusi Daeng Mariuk..

    BalasPadam
  25. Saya ada terbaca komen dr fb seorang ni..kasaq gila tulisan dia...antaranya bertulis begini

    "BACA, FIKIR, NILAI.....jangan asik nak marah....

    pada puak2 melayu bebal, bodoh sangat ke korang ni???......korang betul2 lebih hina dari babi!!!! sokong madey paria yg nyata tindas melayu, apa melayu dpt hasil pemerintahan babi tua selama 20thn??? hnya cebisan.. melayu tetap haprak, cina india kaya raya dibumi melayu....korang cari tmpat ke 10 BILLIONAIRE orang melayu, kata bumi melayu.....baik korang sokong najis tau yideen, walaupun mereka menjahamkan MELAYU... MEREKA TETAP MELAYU bukan darah daging KELING!!!!"


    "ANTARA PERBUATAN ANJING yg di kenali MADEY PARIA....kononya jaga melayu

    Siapakah yang menghalau
    Melayu Pulau Pinang dengan
    helah pembangunan hingga
    mereka merempat ke Seberang
    Jaya dan Kedah Selatan..
    Siapakah yang membolot
    saham AP untuk menantu dan
    kroni, sedang ia adalah hak
    setiap rakyat dibawah dasar
    DEB? ..
    Siapa yang melingkupkan
    dasar DEB hingga milikan ekuiti
    Melayu tersekat kepada 18%
    pada 2000...
    Siapakah yang menukar
    wang Royalti kepada wang
    Ehsan pada tahun 2000 apabila
    PAS berjaya merampas negeri
    Terengganu dari tangan BN
    dalam PRU 1999...

    melayu tetap bodoh...erti kata lain BEBAL"

    yang yang palin kasar

    "sesapa blh bagitahu aku....bila tun madey nak KO"


    kadang2 tu saya pon rasa sedih kalau ada sedara2 mara seagama kita ni berpolitik dgn cara kasar dan tiada hikmah

    so sebagai sedara-mara Tun, saudara megat ada komen akan hal mcm ni???

    BalasPadam
  26. waalaikum salam kpd cik sofea, naisalahuddin dan living ...

    cukuplah tu marah kat planet of apes kera tu, kita doalah agar dia insaf menjadi kawan baik ana pulak lps dia brbangga berkawan dgn anai2. jgn jadi kwn mokcik sri tu takut rosak iman.spt kwn dgn tukang besi takut kena habuk dan busuk dapur arangnya.

    kpd naisalahuddin tahniah, info yg bagus ttg kerabat2 daeng ni.


    kpd living ...mmg tun mahathir ni dari dulu lagi org dok kata kat dia dan ada yg menyokong...biasalah politik cara british ni kena berkelahi dan bab cakap2 hikmah tiadalah dlm senarai, baru boleh menang. kembalilah kita semua kpd sistem KHALIFAH dan cara demokrasi yg d atur oleh imam hambali, baru adil dan aman dunia ni.

    BalasPadam
  27. Penyelamat umat bergelar khalifah akhirul zaman pasti akan datang..

    BalasPadam
  28. saya ragu-ragu dengan keturunan anwar ibrahim ni...boleh jelaskan?

    BalasPadam
  29. maaf saudara living dan cecapoi sbb lambat jwb ulasan kerna ana baru balik kursus ICT 4hari d kota bruas dan lawatan sambil belajar d kompleks pasir salak perak, kami baru balik smlm 10.30 mlm.


    ya saudaraku living, khalifah itu milik kita brsama umat akhir zaman, baginda berdarah ahlul-bait tapi seorg ajam dari timur.



    utk pengetahuan cecapoi pula, anwar tu suku SIAM bangsa melayu jawi dari sebelah ibunya tetapi dari keturunan raja daerah. mmpunyai berkat darah nabi s.a.w. keberaniannya dan KEPETAHAN BERKATA2 itu d warisi dari sifat berani nabi s.a.w kerna beliau dari keturunan ahlul-bait TIMUR.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum, kenapa bila saya pergi berubat..orang yang berubat kata nenek moyang saya dari kerabat Diraja mereka cerita rupa paras tok moyang lelaki memakai Tengkolok, bersampin, rupa elok, sederhana tinggi, bcakap baik2 dan berdaulat. bila datang ke sini depa tdk memakai gelaran..payah nk trace cata ghaib..

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum kawan saya bernama Shafie, dia ada mmebritahu semasa dia berumur 10 tahun , bapanya sebelum mehmbus nafas terakhir..bertahu mereka berketurunan dari Diraja yang atas, waris Merong Maha Wangsa.semasa beberapa prg dari Serawak datang mencari beliau , mereka telah dibawa oleh kawan saya mlawat Kota Kuala Kedah, semasa itu kawan2 mereka yang lain lari lintang pukang kerana ternampak raja zaman dulu dan bala tentera berdiri di belakang kawan saya.kawan saya tidak nampak tetapi org yg berada dekatnya nampak, dan minta kawan saya secarai iklas ceritakan sipakan diri kawan saya sebenar..kawan saya tk maengaku apa2 cuma dia dapat dalam alam ghaib bahwa beliau ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.Kawan saya buta huruf tetapui mpuanyi hati yang terang, mhafal surah2 Al Kuran yang didapati secara ghaib. Bru2 ni saya baru dapat tahu belaiu pernah bguru dengan Syiekh Abdullah al Mashri ,bapa saudara bapa saya sebelah nenek ppuan saya.Buat masa ini saya sedang mercari salah silah saya yang bapa saya bertau moyan gberasal dari Acheh dan alim ulama yang m,endaprat di Kuala Muda..setakat saya mgikuti blog sejarah1 ni hampir kesemua kesultanan ada kaitan dengan kesultanan merong mhawangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tiffalia,

      sungguh aneh cerita ni spt kisah kawan ana waris daeng perani dan kerabat nai long chik. eloklah tiffalia menghantar ulasan ini ke artikel terbaru ana ni.

      bolehlah waris2 merong memperhalusi dan membantu meleraikan misteri2 yg menyelubungi diri tiffalia itu.sekian salam berkunjung ke blog ini.


      wsslm.

      Padam
  32. wahai musyrik , wahai ahlul bid'ah...la'natullahi 'alaikum

    BalasPadam