Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 19 Julai 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 7 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM KEPADA KETUA PEMBANGKANG DEWAN PARLIMEN MALAYSIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

------------
------------


KELIHATAN YM TUANKU NAI LONG KASIM SEDANG DITEMURAMAH OLEH WARTAWAN TV DI KEDIAMAN BAGINDA BARU-BARU INI SEMASA PERHIMPUNAN KERABAT DIRAJA AL-JEFRI BENUA SIAM KEDAH MERONG MAHA WANGSA





Apa khabar semua ? Di harap sentiasa selamat dan diharap kita mendapat taufik dari Allah s.w.t. untuk beramal dengan amalan yang soleh di bulan sya'aban ini iaitu bulan junjungan nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat bulan kekasih Allah s.w.t. ini, memberi peluang kepada kita untuk mengerjakan amal ibadat sebanyak yang boleh. Termasuklah menghormati anak cucu cicit dari darah nabi s.a.w. dengan cara menyediakan wang elaun khas dari baitulmal sepertimana yang dilaksanakan oleh Khalifah ar-Rasyidin di zaman keemasan Islam dahulu dan memberi sokongan serta berganding bahu dengan mereka mendirikan Watan Darul Islamiyyah di bawah pemerintahan seorang Khalifah, ini kerana mereka ini diharamkan memakan zakat tetapi di jaga rapi oleh pencinta-pencinta nabi s.a.w Kerana keluarga Ahlul-bait merupakan aset yang sangat berharga kepada negara Islam dan musuh ketat kepada golongan kafir Ahlul Kitab. Di bulan Nabi s.a.w. yang mulia ini marilah kita menghayati Surat Tuntutan dari anak cucu cicit nabi Muhammad s.a.w. iaitu dari jurai Merong Maha Wangsa dan Syarifah Mariam Al-Jefri. Di dalam surat ini ialah permintaan yang mulia dan suci murni dari anak keturunan nabi Muhammad s.a.w. dan juga waris mutlak bagi empayar Islam Benua Siam Kedah Merong Maha Wangsa iaitu YM Tuanku Nai Long Kasim agar baginda Nai Fai Dato' Seri Anwar apabila terpilih menjadi Perdana Menteri kelak, usul agar baginda membatalkan perlembagaan Malaysia yang menolak hukum khutbah Wida Nabi Muhammad s.a.w. dan juga usul menolak Raja-raja Melayu Berpelembagaan Negara Malaysia kerana mereka ini bukan dari waris mutlak Maharaja Islam Benua Siam Kedah tahun 1199 Hijrah DYMM Khalifah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Di mana baginda ini bersemayam di istana Kota Mengkuang di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.






TINGGALAN BANGUNAN PURBA WARISAN MERONG MAHA WANGSA DI BENUA SIAM KEDAH ATAU INDOCHINA MASIH LAGI UTUH DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN VIETNAM SEKARANG SERTA TERSELAMAT DARI DIRUNTUHKAN OLEH BRITISH DAN PEMBERONTAK TALI BARUTNYA KERANA KAWASAN INI BUKANNYA DI BAWAH JAJAHAN MEREKA





Pemerintahan di bawah seorang Khalifah di bawah panji-panji Ahlul-Bait penting kerana ianya dapat memantau segala amalan dan pemerintahan itu agar benar-benar berlandas sunnah nabi s.a.w. Seperti amalan Nisfu Syaaban yang sekarang boleh di katakan semua masjid-masjid di tempat kita. Ianya sebenarnya bukan amalan sunnah nabi s.a.w tetapi ianya perlu di niat dan boleh di buat atas dasar silaturahim, acara-acara agama dan perpaduan tapi jangan di anggap sebagai amalan sunnah nabi s.a.w. Ini kerana asalnya di mulakan oleh pengikut-pengikut sahabat-sahabat nabi s.a.w. di Syam pada zaman pemerintahan Bani Umayyah oleh penduduk di negeri Syam oleh tokoh-tokoh mereka yang bernama Khalid bin Mi'dan, Makhul, Lukman dan lain-lain. Syam sekarang telah di pecah belahkan oleh musuh-musuh Allah s.w.t kepada negara Lubnan, Palestin, Syria serta Mosul sekarang berada di dalam negara Iraq dan Antakia di dalam negara Turki.
Tokoh-tokoh hebat ini beribadah bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban dan di turuti oleh orang awam yang merasakannya adalah amalan mulia kerana di lakukan oleh idola mereka. Sedangkan amalan membaca Yasin dan lain amalan sebanyak mungkin tidak di khususkan pada malam Nisfu Syaaban sahaja, kita di galakkan membuat sebanyak-banyaknya juga di hari yang lain tidak di khususkan hanya di malam tersebut kerana di takuti ianya menjadi Bida'ah. Begitu juga doa, tidak ada dalil yang ianya dari nabi s.a.w. kerana semua hadis-hadis tentang doa itu ialah kesemuanya hadis Mauduk atau hadis rekaan semata-mata. Tidak ada riwayat yang Sahih daripada nabi s.a.w. ataupun para Sahabatnya r.hum membuat amalan berdoa di sepanjang Malam Nisfu Syaaban ini.







VIDEO KLIP TENTANG PERJUANGAN BAGINDA ANAK CUCU CICIT RAJA SELAMA DI KAGUMI OLEH RAKYAT MALAYSIA MALAHAN JUGA DI KAGUMI OLEH PEMERHATI-PEMERHATI POLITIK DARI LUAR NAGARA





Di dalam hadis-hadis Sahih pula misalnya, Imam Bukhari ( 810-870 ) tidak menyebut secara khusus berqiamullail di Malam Nisfu Syaaban tetapi di sebut berqiamulail di setiap malam di bulan Syaaban. Mengikut Imam Hasan al-Banna ( 1906-1949 ) yang hidup ketika Mesir di waktu itu merupakan negara yang kaya raya dan pengeluar bijirin gandum dunia " Tiada halangan di buat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masaalah Khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama ke arah itu untuk mencapai perkara yang Hak. Tanpa usaha tersebut ianya akan membawa kepada perdebatan tercela dan membawa kepada perasaan Taksub. " Lagipun sambutan Nisfu Syaaban yang di anggap penting di Malaysia tidak di amalkan di tempat lain di negara-negara seluruh dunia. Jadi tidak peliklah jika tiada Fatwa Ulama Muktabar di keluarkan masakini tentang adakah Sahih atau Batilnya amalan ini. Imam Ahmad bin Hambal ( 781-855 ) anak murid Imam Syafie pun tidak pernah di ketahui menyebut apa-apa tentang sambutan Malam Nisfu Syaaban ini. Manakala Al-Hafiz bin Rejab juga mengesahkan bahawa tidak ada lansung riwayat Sahih dari Rasullah s.a.w serta sahabat-sahabatnya menggandakan amalan di Malam Nisfu Syaaban tersebut. Jadi ana berharap kita faham dan sedar tentang duduknya perkara sebenar perkara ini berdasarkan sejarah sirah nabi s.a.w dan para sahabatnya dalam perkara Malam Nisfu Syaaban ini. Jadi untuk tidak membuang masa, marilah kita menghayati Surat Tuntutan ke tujuh daripada YM Tuanku Nai Long Kasim kepada YM Nai Fai Dato' Anwar Ibrahim ini untuk menjadi pedoman dan pengetahuan kepada kita semua di hari depan kelak. Sekian, wassalam.