Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 23 Ogos 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 8 DARI YM NAI LONG KASIM KEPADA PADUKA SRI PERDANA MENTERI SULTAN NAJIB TUN RAZAK DAN PEMBESAR-PEMBESAR NAGARA




KEUTUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI INDOCHINA ATAU BENUA SIAM KEDAH AHLUL- BAIT AL-JEFRI YANG BERPUSAT DI AYUTHIA TELAH TERCABAR DENGAN KEDATANGAN PUAK-PUAK KAFIR SUKHOTHAI, VIETKONG, PENJAJAH PERANCIS SERTA BRITISH TELAH MEMECAH BELAHKAN UNDANG-UNDANG ISLAM YANG TELAH DIAMALKAN DI SINI SEJAK 1300 TAHUN YANG LALU



Assalamualaikum semua dan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI serta MAAF ZAHIR BATIN pada semua pembaca blog, semoga sentiasa di dalam iman yang sempurna untuk memudahkan kita menyempurnakan puasa dengan tekun serta penuh dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Di artikel bulan ini kita paparkan surat tuntutan dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang ke 8 kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Negeri yang mana mereka ini telah diamanahkan untuk menyempurnakan agama Allah dengan memerintah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. dan menunaikan hukum agama Islam serta perlembagaan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkandung di dalamnya Khutbah Wida' Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlembagaan negara pertama Islam Madinatul Munawarah. Ini penting kerana dengan mengamalkan perlembagaan agama Islam dan bukan perlembagaan British di bawah kelolaan Lord Wiliam Reid yang bercanggah langsung dengan hukum agama Islam dan perlembagaannya yang mengandungi hukum khutbah wida' Nabi Muhammad s.a.w. kita akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Ketidak endahan kita terhadap perlembagaan Islam menyebabkan kita tidak faham tentang undang-undang Islam itu sendiri dan ianya telah melalut hingga kepada amalan-amalan agama Islam yang lain contohnya solat Terawih yang pada realitinya dibuat dalam keadaan tidak mempunyai kefahaman dan tujuan sebenar solat Terawih itu dibuat walaupun ianya merupakan amalan sunnah nabi s.a.w. Waktu solat ini ialah biasanya di buat selepas menunaikan solat fardhu Isyak atau di waktu ke tengah malam sehinggalah ke larut malam sebelum waktu solat Subuh.




Solat sunat Terawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Insyak. Sebaliknya, kita boleh juga melewatkan menunaikan solat sunat Terawih mengikut pilihan masa, kerana solat sunat Terawih boleh dibuat sehingga sebelum Subuh. Ada yang menunaikan lapan rakaat dan ada pula nak membuat 20 rakaat. Apapun bilangannya solat Terawih ini dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan Ijma’ oleh sahabat-sahabat r.hum yang ada pada zamannya serta diwarisi oleh umat Islam pula turun temurun. Pada zaman sekarang di Malaysia , solat Terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya Imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali Terawih dan menamatkan seluruh al-Quran 30 juzuk pada malam ke-29 Ramadan, solat ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat solat Witir. Perkara ini mengembirakan Umat atau boleh memberatkan Umat terutama orang-orang awam, sehingga mereka akan marah serta akan menyebabkan timbulnya kebencian terhadap ibadah. Ini boleh terjadi jika Umat kurang arif tentang sejarah sirah nabi s.a.w. sehingga menimbulkan sikap permusuhan dan kemalasan terhadap agama kita sendiri. Jadi penting bagi kita mengetahui gerak amal dan kerjabuat orang-orang terdahulu dan sejarah sirah nabawi agar kita tidak membuat kesalahan untuk kali kedua untuk membawa Umat kepada realiti amalan murni agama Islam yang sebenarnya.






AL-QURAN MERUPAKAN ASAS KEPADA BUKU UNDANG-UNDANG KEDAH ATAU KEDAH LAW SEMASA PEMERINTAHAN DYMM SULTAN MUZAFFAR SHAH PERTAMA BERSAMA ISTERINYA SYARIFAH MARIAM YANG TELAH DISEMPURNAKAN UNDANG-UNDANG KEDAH INI DI ZAMAN CUCUNYA DYMM SULTAN BADRUL MUNIR ANAKANDA KEPADA DYMM SULTAN MUZAFFAR SHAH II MERONG MAHA PODISET



Terawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan solat empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Terawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Terawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Terawih bererti solat dengan rasa lega tanpa tekanan, senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Terawih dan membaca zikir, al-Quran ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat waktunya. Ianya berpanjangan sehingga ke akhir malam. Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Terawih. Abu Hurairah r.hu berkata; “Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Terawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau." Solat Terawih pada masa dahulu, apabila mereka selesai sesuatu rakaatnya, Tuan Imam solat Terawih akan memerhatikan anak-anak buahnya di belakang saf. Adakah mereka masih kuat, mengantuk dan sebagainya. Jika keadaan mereka tidak berapa sempurna, Tuan Imam akan mengedarkan makanan dan minuman berupa buah tamar, buah tin dan sebagainya.




Jika tidakpun Tazkirah akan di buat
sehingga keadaan jemaah kembali kuat dan normal. Dalam sesetengah keadaan di waktu tempoh rehat, makmum sempat berdoa serta membaca al-quran dan beramah mesra juga bertanya khabar berita. Jika ini tidak berlaku seperti zaman Solefusolihin atau pada zaman dahulu maka cepatnya pergerakan Terawih akan berlaku sebagaimana cepatnya gerakan ayam mematuk makanan. Bahkan sebahagian imam telah melakukan solat Terawih mereka cuma dalam masa 23 rakaat sahaja, dalam waktu kurang dari 20 minit. Ini cukup melucukan. Solat Terawih pula di lakukan pula dalam keadaan jemu dan terpaksa serta di dalam kepenatan dan pula dengan cepat. Ini memberatkan kaum muslimin terutama orang awam, sehingga mereka akan marah dan mula kebencian terhadap ibadah. Padahal perkara jelek yang sedang berlaku sekarang ini dianggap baik oleh sebagian besar orang awam. Akibatnya sunnah-sunnah solat Terawih yang dianjurkan iaitu REST OF THE REST atau SOLAT REHAT DI DALAM REHAT, banyak kehilangan bentuk dan kemurniannya dengan solat Terawih orang di zaman kegemilangan Islam dahulu. Imam masjid seperti ini jika di lihat oleh golongan terdahulu atau Solifusolihin akan di anggap seolah-olah kurang memiliki akal sihat dan pengetahuan agama yang kurang baik. Hal itu nampak dari cara mereka melakukan solat dan membimbing anak buah mereka semasa menunaikan solat ini.




BUKU PERLEMBAGAAN ISLAM UNDANG-UNDANG KEDAH INI TELAH DIGUNA PAKAI OLEH ORANG-ORANG MELAYU SEMENJAK ABAD KE 8 LAGI, TAPI IANYA DIMANSUHKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN UNDANG-UNDANG BRITISH DI TAHUN 1957 DI BAWAH KELOLAAN LORD REID SEORANG PEGAWAI BRITISH YANG BERAGAMA KRISTIAN



Sebenarnya, solat Terawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid Nabawi . Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi pada malam berikutnya, baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. Baginda tidak hadir sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan begitu - tiada jamaah Terawih di masjid”. ( Bukhari dan Muslim). Imam al-Zuhri, salah seorang rawi hadith ini berkata : "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w. sedang perkara ( Terawih ) itu berkeadaan demikian” - iaitu tidak dikerjakan dengan berjamaah ( Bukhari ). Namun baginda s.a.w. berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar r.hu, terlalu singkat masanya, dan maka beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad, ancaman musuh-musuh Allah di sempadan dan seumpamanya. Beliau tidak melihat keperluan untuk memikirkan perkara ini secara serius kerana kesibukan tadi.



Kemudian, situasi ini berjalan terus sehinggalah ke zaman pemerintahan Saidina Umar r.hu, barulah solat Terawih itu dikerjakan dengan secara sistematik di masjid cara menurut seorang imam yang telah dilantik oleh Saidina Umar r.hu sendiri seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut: “Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba kami dapati orang ramai di situ berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti oleh beberapa orang. Melihatkan hal yang demikian maka Saidina Umar r.hu berkata: “Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya.” Kemudian ia mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab. Setelah itu, saya mengiringi Saidina Umar r.hu pada suatu malam yang lain ia pergi ke masjid, pada ketika itu orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka. Melihatkan yang demikian, Saidina Umar r.hu berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid’ah yang baik …”( Bukhari ). Maksud hadith ini diterangkan: Pada suatu malam Saidina Umar r.hu bersama-sama dengan seorang pengiringnya telah pergi ke masjid Nabi s.a.w. di Madinah, lalu dilihatnya orang ramai sedang mengerjakan solat Terawih dengan berpecah-pecah kepada beberapa kelompok di sana-sini. Ada yang solat seorang diri, ada dua tiga orang yang menurut seorang imam dan ada pula yang lebih daripada itu menurut imam yang lain.Melihatkan yang demikian, Saidina Umar r.hu pun mengarahkan mereka semuanya supaya menurut seorang imam yang dilantik olehnya mulai malam itu dan supaya mereka meneruskannya di sepanjang-panjang bulan Ramadhan.






TAZKIRAH RAMADHAN OLEH USTAZ AZMIL MUSTAFA (ALI SETAN ) YANG SEBELUM INI PERNAH BELAJAR 5 TAHUN DI DAMSYIK, SYRIA, TEMPAT ILMUAN ISLAM ANTARA YANG TERTUA SERTA TERSOHOR DI DUNIA DAN BUKANNYA DI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR YANG SEBENARNYA HANYALAH DI WUJUDKAN PADA TAHUN 1889 OLEH BRITISH KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN DAHULU





Pada zaman Rasulullah s.a.w.8 rakaat saja di buat supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah s.a.w. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini wajib di buat berjemaah. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w. Ummul Mukminin Aishah r.ha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadhan, di jawab beliau: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat sunat, bulan Ramadhan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat , kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat Terawih, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Tiada had rakaat yang ditetapkan oleh nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh, berwitirlah.




Pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, kes murtad, penentangan dan pemberontakan Musailamah al-Kazzab serta ancaman musuh-musuh negara seperti empayar Rom dan juga Parsi menyebabkan beliau tidak dapat memberi tumpuan mengenai perkara ini. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula beliau menambah lagi solat Terawih menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam kitab al-Muwatta karya Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar r.hu perintahkan telah dilaksanakan adalah sebanyak sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid: “Umar r.hu telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik). Di zaman pemerintahan Khalifah Usman r.hu dan Dinasti Umayyah muncul pula golongan Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, mereka tidak pernah menghadkan jumlah rakaat dalam solat Terawih mereka. Menurut Imam Maliki, pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat Terawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang Tabieen di dalam kitab Fathul Bari, yang dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Asqolani rah. , kata beliau : “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah, mereka melaksanakan solat Terawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Semoga kita semua faham dan tahu asal usul sejarah serta sejarah sirah amalan agama Islan tercinta yang telah kita buat agar ianya secucuk dengan apa yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.hum ajmain. Sekarang marilah kita menghayati surat tuntutan yang ke 8 dari YM Tuanku Nai Long Kasim waris mutlak kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Empayar Kedah Tua Benua Siam Kedah al-Jefri. Sekian, KULLU AM WA ANTUM BILKHAIR, wassalam.





...