-------------------------
PENULISAN MUNSYI ABDULLAH DIBUAT UNTUK MENUTUP SEJARAH TUAN PUNYA (SEMENANJUNG) MELAKA IAITU EMPAYAR KEDAH TUA YANG PERNAH BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT, NEGERI SEMBILAN YANG BERADA TAK JAUH DARI BANDAR HILIR
------------------------
Beliau merupakan sasterawan abad ke-19 dan mahir berbahasa Melayu, Tamil dan Arab. Pada tahun 1840m selepas kematian isterinya seorang yang berbangsa Tamil, beliau telah berhijrah ke Singapura. Ini kerana ditempat kelahirannya beliau dipulaukan oleh orang-orang tempatan kerana tidak suka dengan tabiatnya suka bergaul rapat dengan penjajah-penjajah Inggeris. Beliau menjadi pujaan bangsa Inggeris dan Belanda kerana memudahkan musuh -musuh Allah ini menunaikan cita-cita Kolonialisme Barat. Beliau pernah mempelajari kitab Bible Matius daripada Dr. Marrison semasa di Singapura. Sebagai P.A kepada Stamfford Raffles, beliau diarahkan mencari buku-buku Hikayat tua Melayu dimana sahaja berada untuk di serahkan kepada kerajaan Inggeris. Selain menyunting kitab tua Sejarah Melayu mengikut selera dan agenda kerajaan Britain beliau juga antara orang yang bersubahat dan dalang menghasilkan cerita hantu-hantu Melayu diantaranya ialah watak Hantu Penanggal.
---------------------------------------------
Seorang pegawai kerajaan yang bernama Faizal pernah menceritakan tentang Munsyi Abdullah ini sewaktu menerima kehadiran bertugas Stamfod Raffles (1781-1826) dari England. Munsyi Abdullah mengatakan yang bossnya ini sudah fasih berbahasa Melayu ketika hari pertama bertemu dengannya. Ini terjadi apabila Munsyi Abdullah megatakan " how are you sir? ", Stamfford Raffles menjawab " Khabar baik". Ketika menerima undangan kenduri, gabenor Inggeris ini juga hadir dan membuka kasut ketika memasuki rumah Munsyi Abdullah. Dan yang lebih menghairankan beliau lagi ia bersalam-salaman dengan orang-orang kampung dan duduk bersila seolah-olah dia sudah biasa dengan adat di tempat itu. Padahal pada masa itu tuan rumah sibuk mencari kerusi yang pada kebiasaannya orang-orang inggeris tidak faham dengan adat istiadat orang-orang Melayu ketika itu. Ketika tuan rumah sibuk pula mencari sudu dan garfu mereka dapati si Inggeris ini sudah makan dengan tangannya sahaja. Faizal memberi tahu orang-orang Melayu di zaman itu dan Munsyi Abdullah tidak perlu takjub dan hairan tentang kearifan orang-orang inggeris tentang Adat Istiadat Melayu kerana setiap pegawai Inggeris yang akan bertugas di jajahan-jajahan mereka seperti di India, Afrika dan Nusantara perlu mempelajari adat resam orang-orang tempatan di Universiti mereka bahagian Fakulti School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.----------------
GERBANG YANG TELAH DI 'CONVERT' GEROMBOLAN KEDUA PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARINI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM
PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYU SULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN
------------------------------------
Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina . British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu disitu tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. "Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati," sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. "Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. Apabila William Farqular melihat pekara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46.
--------------------------------
KASIHAN ! BERSUSAH PAYAH KERAJAAN KITA MENCARI SAKI BAKI KOTA-KOTA YANG HILANG, AKIBAT DI BOM DAN DI KAMBUS OLEH BRITISH SEKITAR BANDAR HILIR UNTUK TATAPAN GENERASI BARU KITA YANG TERCINTA
----------------------------------------------------
Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam dikota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) didalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang didalamnya yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh. "Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang ditangannya. Maka disuruh orang naik kekota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minit meletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut. Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.
CUBA LIHAT KOTA ISLAM PORTUGIS ASKAR UPAHAN MERONG MAHA WANGSA INI YANG MEMPUNYAI MENARA MASJID TAPI KONONNYA MENARA SANTIAGO TINGGAL KEPALA KOTA SAHAJA HASIL PENGKHIANATAN MUSUH-MUSUH ALLAH
--------------------------------------------
Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britian ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya. Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling. Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England. Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh. "Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya...Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu," sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.
--------------------------------------------------------
Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan "Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya. Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya." Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakan " Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada di tidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya ", rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47. Pada tahun 1854m Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain. Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada dibawah pengaruh empayar Usmaniyyah manakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam.
salam, blog anda sangat menarik dan maklumat yang disampaikan sangat mengagumkan. jika tidak keberatan bolehkah sekiranya saya mendapatkan email anda. anda juga ada meletakkan logo ukm dalam bog ini, adakah anda pelajar, alumni atau kakitangan UKM kerana saya adalah pelajar UKM. ingin rasanya untuk berkenalan dengan saudara lebih dekat jika boleh.
BalasPadammualaikmsalam
BalasPadamana adalah bekas pelajar UKM, jika anda ingin brkenalan dgn anda bolehlah tinggalkan alamat anda . jika ada rezki kami akan jemput anda ke prhimpunan merong maha wangsa dan anta akn dapati ana ada d sana insyaallah.
Salam saudara Megat.
BalasPadamBerkenaan penghapusan tinggalan sejarah ni sememangnya saya akui sbb berlaku juga dikalangan keluarga saya.
Rumah datuk di Kg. Ketul, Tunjang adalah merupakan tapak asal rumah moyangnya yg merupakan org penting di Kota Seputeh (datuk hanya ingat nama moyangnya sebagai Tok Mat Kasa). Rumah asalnya telah dimusnahkan British tanpa sebab munasabah. yg ada la ni cuma tapak dapur rumah saja. Begitu juga dengan rumah di Kota Seputeh yg dibina lama sebelum keluarga datuk berpindah ke Kg. Ketul, dirobohkan oleh orang Thai. langsung tak ada kesan atau sisa.
Hal yg sama terjadi kat Kg. Pulau Maharaja (sebelah saja dgn Kg. Ketul). Istana menteri dekat situ dirobohkan dan sisanya dikatakan dibawa ke Padang Sera untuk dibuat Wat Buddha. Yang ada sekarang cuma kubur pemilik istana tersebut di sebelah rumah bapa saya (maaf, saya tak ingat nama pemilik istana tersebut. Sekadar ingat nama gelarannya saja - Datuk Maharajalela).
Rasanya mmg byk rumah2 mereka yg berkaitan dgn pihak istana Kedah Lama yg dimusnahkan samada untuk menghapuskan bukti ataupun disebabkan dendam oleh golongan penyokong puak Thai dulu.
pengkianat bangsa dan agama ada dimana2 sahaja. Tindakan munsyi abdullah didalam penulisannya amatlah merendahkan martabatnya.
BalasPadamsaya adalah anak kelahiran tunjang, kedah. Kota mengkuang dan juga kota di pulau maharaja amatlah berdekatan dengan kampung saya. tetapi saya baru2 ini baru tahu tentang kewujudan kota2 ini melalui blog tuan dan blog sejarah realiti kedah.
ada lagi ke tinggalan kota2 itu. bagaiman untuk sy menjejakinya?
terima kasih atas penerangan ini. Sebagai anak kedah, saya sentiasa tertanya2 nama tempat2 yang seolah2 membayangkan sesuatu tetapi tiada bukti. Puas bapa dan ibu saya terangkan tapi tak dapat dikaitkan dengan mata kepala. Namun bila membaca blog ini dan blog sejarahnagarakedah, barulah saya faham. Terima kasih sekali lagi.
BalasPadamkpd saudara kawie 2020 yg mmpunyai niat yg suci, kota-kota yg anda tanyakan itu ada brdkatan dgn kg anda spt d megat dewa brdekatan dgn satu telaga yg tidak prnh kering wlpn d musim kemarau dan kota seputeh.
BalasPadamkpd saudara amni yg brminat dgn sejarah realiti, semoga allah mmberi anda pencerahan yg telah dikaburkan sejarah bangsa kita oleh musuh-musuh allah ini.
salam tuan,
BalasPadamsaya telah menjelajah blog2 yg sealiran dengan pihak tuan seperti sejarahnagarakedah, empayarislambenuasiam, the malay press, naimfirdaus dan sebagainya.
dari maklumat yang saya dapati adalah, pihak thai dan pihak2 yg berkomplot dengannya, telah memusnahkan buku hikayat merong mahawangsa pada tahun 1821.
manuskrip yang ada sekarang diterbitkan pada zaman penjajahan. ada 7 versi seperti Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201 dam sebagainya.
dan kajian terhadap hikayat ini pada masa sekarang adalah berdasarkan terbitan pada zaman penjajahan dulu.
1. apakah masih wujud lagi manuskip hikayat merong mahawangsa yang benar2 original seperti yg dibakar oleh pihak thai pada 1821 dulu?
2. ada pihak yang mempertikaikan berdasarkan tempoh masa kerana dalam hikayat ini ada menceritakan tentang nabi sulaiman, yg jarak masa terkemudian terlalu lama kalau nak dibandingkan dengan tempoh masa merong mahawangsa membuka negeri kedah dulu.
3. begitu juga dengan isteri merongmahawangsa yg berketurunan aljefri, dimana terdapat blog yg mempertikaikan kewujudan keluarga aljefri pada zaman merong mahawangsa masih hidup.
bolehkah pihak tuan membuat satu n3 untuk membicarakan perkara ini.
terima kasih.
W.salam saudara kawie...
BalasPadammmg wujud yg asal spt kitab injil dan taurat yg asal tapi dimusnah slps depa kafir tu menyelewengkan isinya.kitab hikayat merong maha wangsa yg asal dipercayai masih ada di holland, mekah,sri lanka dan switzerland, berdoalah kpd allah taala semoga kitab warisan nusabangsa ini d ketemukan oleh allah s.w.t.
mmg dipertikaikam isinya dan mmg itulah matlamat mereke slps diubah dan diolah seleweng tahun dan zmn agar melayu bosan dgn sejarahnya sendiri, spt kes sultan muhyidin mansur shsh berkahwin dgn hang li po d ubah oleh british tahun dan d buang nama muhyidin, tinggal cuma mansur dan watak hang li po masih dikekalkan.
blog yg mempertikai aljefri atas dasar jual buku. dia cuba menimbulkan keraguan sbb buku-buku dia tu sumber pendapatan tetap dia, dia tak yakin ada banyak lagi sumber rezki cara lain dari allah jalla jalalah. ttg aceh yg dia anggap sebuah empayar yg maha kuat padahal tukangjaga kawasan saja dari utara sumatra sampai tengah sumatra. rujukan ttg salasilah ahlulbait pula diambil dari negara komunis yaman yg sblm ini kuat fahaman sosiolisnya, padahal penempatan aljefri dah berlambak pun masa itu di china dan indo-china( benua siam ).dia penulis buku berpetualang di aceh tu takut buku dia tak laku. salasilah perak yg dia dokpi ziarah pulak sebenar bukan raja-raja melayu tapi geng lanun dihilir, lanun di tengah dan pemberontak lanun di hulu.jadi bila buku dia tak laku dia mengaku pula yg dia tu kerabat anak-anak raja aceh dan raja perak, mcm crita pembuat berhala takpercaya kat nabi s.a.w. sbb takut berhala tak laku yg telah banyak dicetak atau dibuat berlambak dlm stor dia takut tak laku d jual. sekian wsslm.
terima kasih tuan diatas kesudian tuan memberi respon terhadap persoalan saya.
BalasPadamtuan,
1. adakah sultan kedah, sultan abdul halim muadzam shah merupakan keturunan susur galur dari pewaris yg kuat merong mahawangsa?
2. Saya difahamkan bahawa tuanku sultan abdul halim muadzam shah, tidak mempunyai anak lelaki. begitu juga dengan Raja muda kedah, yg turut tidak mempunyai anak lelaki. Andaikata, kedua2nya kembali kerahmatullah pada suatu hari, siapa yg berhak mewarisi tahta kesultanan kedah?
apa pendapat tuan tentang perkara ini?
terima kasih.
syukran..walaupun hamba kurang mengerti,tp skurangnya insyallah hamba akn lebih mengetahuinya nanti... syukran tuan... 266,a kampong masjid pekan atap 08300 gurun kedah ..alamat hamba... muhammad fathi b abdul rahim nama hamba...
BalasPadamsama-sama
BalasPadamsultan abd halim ialah cucu kpd nang sofea anak saudara kpd nai jaafar sultn ori terakhir org-org melayu.
itu atas kebijaksanaanya sendiri siapa lps baginda kelak, sbb keluarga kedah tua tidak mmrlukan kedah darulaman kerna ia cuma daerah. tapi kedah darulaman perlu lebih pro dan bekerjasama brsama-sama selangor & pahang menyokong kedah tua sbb mereka ini lantikan kedah tua merong maha wangsa.manakala perlis, johor & brunei telah d convert dan ditukar kuasanya kpd boneka british contohnya kononya syed, iaitu syed putra yg nama asalnya harun dilantik slps syed hamzah d pecat dan tengku (syed) ali tregganu d tukar kpd ismai kononnya sultan ismail nasarudin syah, sekian wsslm...
kpd saudara dokpikiag, afwan...
harap lps ni d beri kefahaman oleh allah s.w.t.
terima kasih tuan megat diatas ulasan anda.
BalasPadamdiharap persoalan2 yg dikemukakan oleh saya tidak mengjengkelkan pihak tuan.
Ini adalah kerana saya masih terfikir2 dan mencari jawapan yg jelas.
1. Dari pembacaan saya, terdapat beberapa blog yg menyatakan bahawa keluarga tuanku nai long kassim cuba menuntut hak kesultanan kedah. Adakah ini benar ataupun ianya merupakan satu tohmahan semata2.
2. tuan menyatakan bahawa kedah darul aman hanyalah sebuah daerah sahaja. persoalannya mengapakah hanya perlis menggunakan gelaran raja, sedangkan negeri2 beraja melayu yg lainnya menggunakan sultan?
3. adakah kesultanan perak sekarang ini merupakan keturunan kedah tua merong mahawangsa?
sebenarnya saya berasa bangga dengan pendedahan tuanku nai long kassim tentang sejarah realiti nagara kedah ini. dan saya amat berminat untuk menyertai perhimpunan keluarga nai kerana saya mahu mendengar sendiri kisah2 ini dalam ucaptama tuanku nai long kassim.
Adakah org awam seperti saya boleh menyertainya ataupun hanya ahli keluarga kedah tua sahaja yg boleh menghadirinya.
terima kasih.
"blog yg mempertikai aljefri atas dasar jual buku. dia cuba menimbulkan keraguan sbb buku-buku dia tu sumber pendapatan tetap dia, dia tak yakin ada banyak lagi sumber rezki cara lain dari allah jalla jalalah."
BalasPadamyang ni aku malas nak sebut...tapi bila dah sebut paham2 ajelahhhh
saya pernah tinggal dengan tokwan saya di megat dewa sewaktu kecil2 dulu. saya selalu ikut pakcik2 saya bermain2 disekitar telaga yg dimaksudkan tuan itu.
BalasPadamtetapi saya tidak tahu sejarah telaga tersebut ketika itu. cuma kawan2 sepermainan pernah berkata bahawa telaga itu kepunyaan dewa2, sebab tuh tempat ini dipanggil megat dewa.
saya pernah bertanyakan pada tok saya kenapa tempat ini dinamakan megat dewa, tapi tok saya mengatakan dulu2 ada megat yg baik hati telah hilang. dikatakan bahawa megat itu menjadi dewa.
apabila tuan menyebut tentang telaga yg x pernah kering di megat dewa, ini telah mengingatkan nostalgia saya dulu bersama tok dan tokwan saya di megat dewa.
kawie2020, sepanjang pembacaan saya tak pernah saya terbaca yang Tuanku Nai Long Kasim nak tuntut hak kesultanan kedah. sebab sultan abdul halim la ni pon mmg keturunan maharaja kedah merong mahawangsa cuma dari silsilah sultan badlishah sebelah bundanya iaitu syarifah sofea. dalam islam ikut sebelah ibu pon boleh sebab nabi pon keturunannya dari anak2 perempuan baginda.
BalasPadamtuanku nai long cuma nak sejarah hat ada la ni diperbetulkan dan berilah hak2 yang sepatutnya kepada orang yang berhak menerimanya. ni depa pi hapus sejarah ttg pembunuhan maharaja kedah yang dibunuh dengan gajah pada tahun musuh bisik tu. kalau kita tak baca blog2 ni, kita sampai la ni takkan dapat tau.
wallahu a'alam
sama-sama saudara kawie
BalasPadamya tuntutan dibuat agar bekerjasama mmbaiki sejarah bangsa yg telah rosak padahal melayu itu penghulu sgala bangsa dan raja-raja melayu pula berketurunan iskandar zulkarnain dan nabi s.a.w. Kita juga perlu meletakkan shah alam nai long kasim d tempat yg layak dgn baginda. tuntutan juga mewujudkan jawatan shah alam utk seluruh nusantara kedah syburi langkasuka bukannya kedah darulaman dan ayahanda sultn abd halim ialah lantikan para nai dan yg teramat mulia nai long mahmud boss kpd badlishah dan panglima nayan.
mereke mmg tidak layak dgn title sultan sbb ia milik mutlak kedah tua, lagipun dlm bahasa arab sultan itu brmaksud org yg memegang kekuasaan tapi depani cuma makan gaji jaga kwsn dan layak sebagai raja daerah mcm tenku razaleigh org asli panggil dia raja iaitu raja daerah dlm klantan.yg sedar diri diatu raja daerah cuma perlis sahaja iaitu penghulu kayang.
raja-raja perak skrg nisemuanya mutlak keturunan penderhaka kedah tua dlm bahsa mudah geng-geng lanun talibarut inggeris.juga pelingkup raja selama, kinta dan larut.
yang tu kena refer kat nai cau dr afifuddin bekas YB kuala nerang.kalau ada rezki dia panggil la mai majlis.
salam saudara herman
sebenar merong takkacau dia pun maklumlah rakyat jelata, tapi dia yg kacau merong dulu siap buh dlm blog dia lagi.
tahniah kawie, kalau boleh ambillah gambar telaga tu sekali.
terima kasih tuan megat, tmp dan amni diatas penjelasan anda.
BalasPadamsaya kini dalam proses pembacaan undang-undang kedah yang telah menjadi rujukan blog empayar islam benua siam kedah.
saya ingin bertanya mengapakah blog-blog menyebut nama:
1. empayar islam benua siam kedah
2. nagara kedah siam
3. empayar benua islam siam ayuthia
4. nagara kedah pasai ma
5. benua siam islam kedah
6. kedah syburi langkasuka
7. benua siam islam nagara kedah
nama-nama ini berbeza tetapi ia adalah benda yang sama ataupun adakah saya yang tersalah tafsir. kalau ianya sama, mengapakah perlu disebut dalam nama yg berbeza2, ataupun mungkin ianya berbeza2...
Bolehkah pihak tuan membuat 1 n3 yang menceritakan tentang gelaran2 bagi ketua negara, putera2, menteri2, raja2 daerah, kerabat dan sebagainya.
adakah raja daerah juga menggunakan gelaran paduka seri sultan?
saya mohon maaf sekiranya terlalu banyak persoalan yang telah dikemukakan diatas kecetekan pengetahuan saya.
saya telah membuka blog tuan setiap hari bagi mengetahui sama ada tuan memberi respon ataupun tidak, ataupun sama ada terdapat n3 yang baru dari pihak tuan.
ini adalah kerana saya menjadi ghairah terhadap sejarah realiti kedah bagi mengetahui kebenaran sejarah tanah air kita.
sama-sama kawie
BalasPadamnama-nama ini adalah gelaran kedah tua dan secara tak lansung mmberi kefahaman kpd yg kedah tua ialah tuan kpd umat islam d timur dan pemegang panji-panji nabi s.a.w.
maksud-maksud bagi perkataan itu ialah:
1 kedah menguasai indo-china
2 siam itu kedah
3 ayuthia pernah menjadi ibunegeri kedah d abad ke 13
4 kedah control selat melaka
5 indo-china milik mutlak kedah bukan thai kafir
paduka seri sultan ialah gelaran utk D.O.
trima kasih kerna mengambil berat ttg realiti sejarah nusabangsa agama kita merong maha wangsa.
4kedah menguasai
Assalamualaikum megat,
BalasPadamdidalam akhbar kosmo hari ini (01/06/10) ada memperkatakan tentang pembetulan tarikh pembukaan melaka dari 1400 kepada 1262. Pada pendapat saya ini mungkin kerana terdapat persoalan tentang jangkamasa pemerintahan bagi sultan-sultan yg memerintah melaka kerana sememangnya tidak logik jika diukur dgn waktu pemerintahan sebenar. Selain itu, mungkin juga untuk menaikkan balik nama melaka yg sudah tenggalam kerana rata-rata penyelidik dilantik oleh kerajaan negeri.
Namun begitu, saya hairan kenapa maklumat tentang sejarah kedah tua ini masih belum diwartakan? umum tahu tentang kewujudan kedah lebih lama dari melaka (kononnya melaka hari ini) tapi pendedahan kisah dan maklumat yang disiarkan di blog ini dan blog-blog yg sewaktu dengannya tidak langsung diambil kisah. tak adakah usaha dari mana-mana pihak untuk cuba mengetengahkan perkara ini?
waalaikumsalam zaid...
BalasPadamttg tarikh tu ia satu perkembangan yg sihat tapi kita akan berjuang lagi sehingga semenanjung melaka ini diberi tarikh 700m zaman pemerintahan umayyah.
dan pusat pemerintahan pertama bukan d bandar hilir tapi berdekatan dgn hulu melaka iaitu kuala muda dekat sangat dgn gunung jerai.
sohibul jazirah @ tuan punya NEGERI melaka(semenanjung ni) kedah yg juga memerintah NEGERI siam(indo-china) NEGERI aceh(sumatra) dan seluruh nusantara juga autralia dan tasmania hingga ke NEGERI keling(benua india zmn raja soka).
Masya Allah...
PadamSalam semua. Tentang nasab Al-Jefri harap para pembaca budiman merujuk pada badan-badan diiktiraf yang menjaga nasab Ahlul Bait seperti Rabitah Alawiyah di Jakarta atau Persatuan Asyraaf di Malaysia sendiri. Ini adalah badan yang dianggotai keturunan Rasulullah SAW yang diiktiraf, bukan Komunis Yaman apalagi penyamun sejarah realiti. Jadi orang yang adil, jangan taksub hendak menegakkan benang basah. Cuba masuk ke sini...
BalasPadamhttp://forum.asyraaf.net/forumdisplay.php?fid=44
Tanya mereka dengan hati terbuka...
1. Apakah sudah wujud keluarga Al-Jefri pada tahun 700 hingga 800 Masihi?
2. Kalau betulpun ada orang bernama Sharifah Mariam Al-Jefri pada zaman tersebut, adakah anak dan keturunannya layak lagi dipanggil Al-Jefri jika mereka adalah keturunan si Sharifah yang berkahwin dengan lelaki yang bukan keturunan Nabi Muhammad SAW?
Tentang buku Undang-undang Kedah yang konon menjadi rujukan mutlak, fikirkan. Bagaimana sebuah buku yang isi penulisannya bermula dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku abad ke 17 Masihi diikuti abad ke 18 boleh berakhir dengan dakwaan yang menyebut isi buku itu tamat ditulis pada tahun 222 iaitu abad ke 3 Masihi.
Tanya soalan-soalan ini dengan jujur, bukan dengan ketaksuban dan sifat pembohong. Wassalam.
salam kembali pak dee mulut merah...
BalasPadamrujukan yg anta minta tengok itu mcm buku dongeng kesultanan melaka yg lawan penjajah hanya dgn golok dan lembing sehingga harun yg mai dari thai cenak dikatakan confirm darah nabi dari buku rujukan kesayangan anda kononnya diiktiraf, jad si lanun harun cenak tu pakai dgn gelaran raja syed putra jamalullail semua angguk kepala.
1 ttg nasab al-jefri ana syor anta rujuk dgn tun mahathir dan dr rais yatim habis cerita.
2 gelaran itu boleh diguna pakai sbb darah mereka ini spt husin r.hu dari maknya fatimah r.ha mengandungi berkat darah nabi s.aw. mengalir. tapi ahlul bait nusantara d sini mmbentuk ajam dari campuran darah nabi s.a.w dan darah nabi iskandar zulkarnain melalui merong maha wangsa.
ttg buku 'uuk' seelok anda rujuk dgn mariyam salim sbb nmpk sangat anta tak pernah baca buku ini sbb ia mgandungi 4 bhg pnulisn.
kecetekan anta ttg sejarah terbonkar apabila anta sanggup meletakkan nama anak anta yg tak brdosa dgn nama lebai malang AMIN AR RASYID yg mati d bunuh dlm keadaan bogel.mungkin bisikan makluk halus yg mendiami kubur2 lanun yg anta sangkakan kubur2 raja mengilham dan mengajar anta nama sedih itu.dan jika benar anta keturunn lanun2 perak yg d aggap british sbagai raja2 perak,maka tidak pelik anta menghina dan mengeji dgn prkataan bodoh dan lain-lain sbb itu mmg sifat lanun yg suka melanun dan mmberontak sesuai pulak dgn nama amin arrasyid yg bersifat melanun dan memberontak jawatan putra mahkota milik abgnya makmun khalifah abasiyyah slps itu.
nampak gayanya ana kena buat artikel dari baghdad ttg arrasyid ni sblm ana pulang ke negeri(semenanjung) melaka.wsslm.
Terima kasih. Peribadi anda begitu terserlah dengan jawaban ini. Tamat cerita.:]
BalasPadambagusssss...
BalasPadambagus..
BalasPadamkita perlu menegakkan suatu yg banar
ya benar, pak ngah nai long kasim pernah mmberitahu kita wahai pak dee dan maulana nabi pernah bersabda quulu haq walau murrun, katakan yg benar walaupun pahit.
BalasPadamsekian.
salam... sy org baru dsni... sy ingin bertanye pakah bukti lain portugis di melaka itu ISLAM dan kenapa ad rekod portugis serang melaka?? apkah kaitan tun mahadhir dan rais yatmi dlm crite nie??
BalasPadamsoalan anta tlh ana bawa ke artikel terbaru utk tatapan umat.
BalasPadamsalam saudara artikel yg manakah saudara maksudkan....
BalasPadamkalau tak silap saya, berdasarkan buku Duka Tuan Bertakhta karya Isa Kamari, Munsyi ni sempat bertaubat dan berjumpa dengan seorang wali Allah kat Singapura bernama Habib Nuh. Habib Nuh berpesan kepadanya supaya bertaubat dan jika sempat bertaubat, Insyaalah Munsyi akan mati dalam perjalanan ke Mekah.. Wallahualam..
BalasPadamkalau tak silap saya, berdasarkan buku Duka Tuan Bertakhta karya Isa Kamari, Munsyi ni sempat bertaubat dan berjumpa dengan seorang wali Allah kat Singapura bernama Habib Nuh. Habib Nuh berpesan kepadanya supaya bertaubat dan jika sempat bertaubat, Insyaalah Munsyi akan mati dalam perjalanan ke Mekah.. Wallahualam..
BalasPadamkalau tak silap saya, berdasarkan buku Duka Tuan Bertakhta karya Isa Kamari, Munsyi ni sempat bertaubat dan berjumpa dengan seorang wali Allah kat Singapura bernama Habib Nuh. Habib Nuh berpesan kepadanya supaya bertaubat dan jika sempat bertaubat, Insyaalah Munsyi akan mati dalam perjalanan ke Mekah.. Wallahualam..
BalasPadam