Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Jumaat, 20 Januari 2012

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BHG. KE 3 BERSAMA JAI MELBOURNE, AUSTRALIA MENGENAI PANGLIMA ISMAIL

---------
--------

KETUMBUKAN TENTERA DARAT PANGLIMA ISMAIL YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA ALAT-ALAT KEBESARAN KEDAH TUA SELEPAS SYAHIDNYA MAHARAJA SIAM MELAYU DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SYAH DI TAHUN 1876 DI TANGAN MUSUH-MUSUH ALLAH



Assalamualaikum semua , bertemu semula di arena penulisan blog setelah dua bulan ana tidak menulis artikel di sebabkan ' out station ' selama dua bulan di luarnegara. Lagipun saudara Jai Othman meminta ana berehat panjang buat sementara setelah ana baru pulang dari ' over sea ' pada 29hb disember 2011 yang lalu bersama keluarga. Penulisan blog juga tidak dapat di buat kerana tempat yang ana pergi mengembara itu pula kebetulan tidak mempunyai bekalan elektrik di tambah dengan penuh bukit bukau yang betul-betul sejuk, misteri dan mencabar daya saing pemikiran kita. Tapi ini semua perlu sebab ada arahan dari Allah s.w.t. untuk kita pergi mengembara melihat kebesaran Allah s.w.t. dan menyebarkan agamanya. Berbalik kepada penulisan blog ini ana berterima kasih kepada saudara Jai Othman kerana sabar menunggu jawapan dari ana setelah bertanya-tanya berbulan lamanya tentang jawapannya. Dan soalan Jai Othman Melbourne, Autralia ini bagi ana merupakan antara soalan-soalan terbaik di tanya oleh pembaca-pembaca blog sebab ianya melibatkan maruah BANGSA, AGAMA DAN NAGARA serta konspirasi Tentera Berikat menghancurkan Syah Alam dari dinasti Ahlu-Bait Merong Maha Wangsa yang memayungi kepada Raja-Raja Daerah Melayu yang memerintah daerah-daerah Nusantara dan Alam Melayu yang luas ini yang sekarang ini mempunyai 500 juta jiwa. Tidak lupa juga kepada blogger Kerabat Nai Long Chik, insyallah jawapan untuk anta akan ana sediakan di ' next episode ' dengan izin Allah Taala. Di sini tidak terlambat mungkin untuk ana mengucapkan selamat Tahun baru 2012 kepada keluarga dan kawan-kawan serta pembaca-pembaca blog yang di kasihi. Lagipun bukannya masuk lagi bulan Februari dan tahun baru untuk bangsa Cina ...kan.




Di artikel kali ini mari kita mengupas siapakah sebenarnya Panglima Ismail ? Siapakah tuannya ? Mengapakah di akhir bulan Disember di tahun 1875 ' Panglima Besar ' ini memulakan kempen ketenteraannya dengan penyerangan ke atas kepentingan British di Perak setelah anakbuahnya berjaya membunuh wakil British di Perak J.W.W. Birch ( 1826-1875 ) menjadi tumpul ? Dan kenapakah gerakan ketenteraan sabilnya mula lumpuh serta bagaimana gerakan ketenteraannya yang hebat dan mengerunkan musuh-musuh Allah berjaya di sekat selepas kesyahidan Sultannya iaitu ' Khalifah Rahman ' DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ( 1825-1876 ) warisan Merong Mahawangsa kekhalifahan DYMM Syarif Syah ( 1758-1821 ) Yang Di Pertuan Kedah ? Kenapa sejarahnya di putarbelitkan ? Dan kenapa British sanggup melantik raja lain untuk menggantikannya dan ...seperti artikel-artikel sebelumnya sila sediakan segelas air masak dan panadol sebelum antum semua melayarinya. Tapi jika antum semua seorang yang tabah dan kuat semangat tidak perlulah menyediakan itu semua cuma banyakkanlah Tasbihah, takut-takut antum semua meracau-racau atau mamai di dalam tidur sebab semua yang di paparkan ini penuh dengan misteri, konspirasi bangsa kafir barat dan tipu helah yang kejam untuk menjahanamkan artifak, ketamadunan, kehebatan dan sejarah manis silam Melayu Tua di masa lalu. Peranan Melayu dengan raja-rajanya dari keturunan Ahlul-Bait berkat darah nabi s.a.w. berperanan mengepalai empayar Monggol Turki Usmaniyyah, empayar Monggol China Islam dan empayar Moghul India Delhi dalam menyebarkan agama keseluruh dunia dan khususnya di Asia Tenggara. Kehebatan bangsa inilah menyebabkan pihak British terpaksa melantik As-Sultan palsu agar ketamadunan bangsa ini dan sejarahnya di ubah juga di sekat, sekaligus menafikan penglibatan keluarga nabi s.a.w. dalam skala yang besar dalam penyebaran agama Islam di dalam sejarah dunia.




KENANGAN GERBANG KOTA KUALA MUDA, MENJADI SAKSI PUSAT PEMBERONTAK ALMARHUM MELAKA YANG MENJADI DALANG PENANGKAPAN PANGLIMA ISMAIL OLEH BRITISH JUGA DENGAN TENTERA SUKHOTHAI SELEPAS RUNTUHNYA SIAM LANCANG DI NEGERI SIAM KEDAH ISLAM AYUTHIA DAN " EMPAYAR KESULTANAN KEDAH PASAI MA " AMNYA





jai othman berkata...

Tuanku Megat, saya mohon kongsi maklumat kiranya ada mengenai salahsilah Hulubalang bernama Panglima Ismail. Terima kasih. jaiothman@yahoo.com

Melbourne, Australia

23 Jun 2011 7:18 AM

jai othman berkata...



SALAM TUAN. Saya sedang bercuti ziarah keluarga di Malaysia. Akan kembali terbang ke Australia dalam 2 minggu. Memang kedapatan nama-nama Melayu di benua Australia sejak dulu. Bukan sahaja di Albani (Perth) di Barat, malah di sebelah timur banyak nama seperti Tanah Merah di Quensland. Menurut kefahaman saya (juga BARU didokumenkan dalam buku Malay in Victoria oleh Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2011), penjajah telah menghalau orang Melayu dan mengisytiharkan Autralia sebagai "White Country". Selepas perang dunia ke 2, golonganMelayu dipujuk semula ke Australia melalui Biasiswa Colombo. Ada beberapa orang yg KITA semua kenal dan masih hidup merupakan penerima biasiswa ini.

Saya mohon sekali lagi tuan menceritakan salahsilah Panglima Ismail kpd saya. Selaku pengamal Silat Cekak, saya sangat tertarik utk mengetahu siapakah beliau sebenarnya. Apa yg saya faham, beliau ialah seorang pegawai Sultan yg sangat rapat dgn baginda. Sultan sangat mengambil berat tentang pendapat beliau. Saya percaya beliau bukan sekadar seorang pegawai malah anak beranak sultan. Setakat yg saya tahu, semasa berlaku Perang Musuh Bisik beliau turut terlibat dan terpaksa menyembunyikan diri. Beliau menarik diri dari berkhidmat kpd "RAJA" yg baru dan kemudian berundur dari Istana.

Beliau telah menyerahkan persilatan Silat Cekak atau Silat Kedah ini kepada Panglima Tok Rashid. Kemudian silat ini diperturnkan kpd anak negeri kedah yang bernama Ustaz Hanafi. Sekarang ini guru utama silat ini ialah Md Radzi Hj Hanafi.

Saya mohon agar tuan luangkan sedikit masa utk berkongsi dgn saya mengenai Panglima Ismail. Sudilah hubungi saya di jaiothman@yahoo.com atau jaiusman@gmail.com.

Terima kasih yang tidak terhingga.
Wassalam

10 September 2011 11:29 AM

jai othman berkata...

YM Megat, nampaknya, berbaloi sungguh ana bersabar kerana bunyinya semaca satu artikel yang sangat menarik utk dikongsi. Ana di Malaysia Eidul Fitri baru ini. Tak ada rezeki utk bersua. Suatu hari nanti insya Allah. Ana di Melbourne, perlahan-lahan cuba ketengahkan sejarah alternatif. Setakat ini ada tanda2 sambutan yg baik. Contohnya pemahaman terhadap siapa sebenarnya Abdullah Munsyi, apa itu Siam, dan mengapa Kedah ialah negeri istimewa. Terima kasih atas usaha anta. Teruskanlah..

17 November 2011 6:39 PG

jai othman berkata...

Saya harap dapat membaca artikel Januari 2012 ini, amin. All the best utk Tuan sekeluarga

12 Disember 2011 7:25 PG

jai othman berkata...

Salam YM Tuan Megat. Berehat dulu banyak2. Dan semoga mendapat ilham yg baik utk artikel bulan Januari ini. Saya harap dapat terjawab beberapa persoalan mengenai Panglima Ismail dan salah silah beliau hingga ke hari ini. Juga beberapa persoalan lain yang pernah saya utarakan

5 Januari 2012 6:01 PG






SENI SILAT GAYONG MENJADI SOHOR SEPERTI SILAT KEDAH @ SILAT CEKAK DI ZAMAN ALLAHYARHAM DAENG KUNING DATO' MEOR ABDUL RAHMAN DI TAIPING PERAK DAN SEORANG TOKOH HEBAT YANG DI KENALI DI SELURUH DUNIA






JAWAPAN :

Hulubalang dan Panglima berwibawa ini sebenarnya bernama YM Nai Ismail sebenarnya adalah Raja-raja Daerah Benua Siam Kedah atau Empayar Islam Siam Kedah Syburi Merong Maha Wangsa antara yang paling kaya serta kuat dan merupakan panglima kanan DYMM Sultan Kedah Pasai Ma yang berjuang disamping Panglima Bukit Gantang dan Long Jaafar iaitu Yang Dipertuan Kedah Pasai Ma. Baginda juga bergelar Datuk Maharaja Panglima Kinta ialah bergelar ' The Supreme Lord of The KINTA VALLEY ' juga di gelar dalan sejarah sebagai ' The Datuk Maharaja Panglima Kinta Bangsa DiRaja '. Baginda terlibat dengan Peristiwa Musuh Bisik 1821 - 1839 . Peperangan ini melibatkan ramai ulama, para ilmuan dan jagoan silat yang berkumpul di Kota Star Kedah untuk melawan British, Pemberontak, Tentera Selat yang berpusat di Singapura dan tentera Thai yang berpusat di Legor dan Bangkok. Di antara yang berjuang dan syahid dalam peperangan Musuh Bisik termasuklah Syeikh Abdul Samad Palembangi, Tok Lebai Keramat, Tok Perang Keramat, Tok Pasai, Syeikh Mas’ud Al-Banjari dan lain-lain yang ada tersebut kisahnya dalam penceritaan mengenai Syeikh Haji Zain.



Ini membawa kepada Syeikh Tuan Hussain Kedah iaitu ayahanda angkat abah ana ( 1877-1979 ) dan Tuan Haji Ahmad guru kepada Tuan Haji Ishak Itam antara guru Silat Cekak hari ini. Yang mana pada masa itu abah ana dan kerabat-kerabat yang lain di bawa lari ke Pondok Pokok Sena, Prai sebelum mereka beramai-ramia di ‘ Transfer ‘ ke Pondok-pondok Tok Kenali Kelantan ( 1870-1933 ). Ini berlaku setelah British meminta Tuan Guru ini kembali ke Kedah Darulaman menjadi Mufti Kedah konon atas arahan Sultan Boneka Abdul Hamid Halim Syah ( 1882-1943 ). Oleh kerana Tuan Hussain bimbangkan tentang keselamatan anak-anak kerabat Merong yang di simpan oleh beliau, lantas beliau menghantar semua anak-anak kerabat Merong yang masih mentah ini ke sana. Pada Seminar Ulama Berjiwa Panglima yang di Universiti Islam Malaysia suatu ketika dahulu Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah mengandaikan bahawa harus Panglima Ismail Silat Cekak ini berjuang bersama-sama Tok Moris Kota Star dan lain-lain lagi menentang Thailand . Satu lagi silat iaitu Silat Seni Gayong walaupun berkembang pada zaman Kedah Darulaman yang pada mulanya kerana Mahaguru Daeng Kuning Dato’ Meor Abdul Rahman di khatamkan ilmu silatnya dalam mimpi di hutan Kuala Nerang dan pada peringkat awal beliau mendirikan gelanggang silatnya di Kota Sarang Semut selepas dijemput anak-anak muda di sana. Ana dahulu semasa masih di bangku sekolah Maktab Mahmud pernah berguru dengannya dan beliau membawa kami melawat ke Muzium Taiping dan berbagai-bagai aktiviti di jalankan sepanjang kami di sana termasuk penceritaan beliau ketika Tragedi Berdarah Peristiwa 13 Mei 1967 termasuklah kami berlatih secara intensif di pantai Pulau Jerejak, Pulau Pinang.





SILAT INI MASIH LAGI BERFUNGSI ,RELEVAN DAN UTUH DI UKM BANGI WALAUPUN SETELAH KEMATIAN TOKOHNYA JUGA YANG HEBAT BERNAMA USTAZ HAJI HANAFI SENI WARISAN BERHARGA KERAJAAN AHLUL-BAIT MERONG MAHA WANGSA






Raja Ismail Kinta atau Panglima Ismail ini sebenarnya mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman Tentera Berikat. Panglima Ismail ini turut berjuang sabil menghalang kemaraan tentera Thai dan British dan pemberontak juga penderhaka kepada Kesultanan Syah Alam Kedah Pasai Ma iaitu lanun Ahmad Tajuddin II Almarhum Melaka ( 1804-1845 ) di selang seli dengan salasilah Dongeng ciptaan British dengan nama Ahmad Tajuddin II Mukarram Shah ( 1854-1879 ) padahal pada realiti sejarahnya orang yang sama, sila rujuk 'Syair Kedah Darul Aman' terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia m.s. 95 untuk menyiapkan salasilah dongeng Kedah Pra Ong Darulaman ini atas seliaan Dato' Kerani atas arahan Raja Kedah Pra Ong Boneka British Abdul Hamid Halim Syah ( 1882-1943 ). Di tambah pula dengan pemberontakan dan pengkhianatan tali barut kepercayaan British bernama lanun Abdullah juga bermuafakat dengan British di dalam Perjanjian Pangkor 1874. Ismail Kinta kononya termaktub dalam sejarah nagara tidak hadir Perjanjian Pangkor sebab dia di katakan lambat menerima surat jemputan. Dalam sejarah dongeng Perjanjian Pangkor ciptaan British itu, penjajah Inggeris di katakan melantik dan mengiktiraf Abdullah sebagai raja Perak dan Raja Perak dari Kinta di lantik kononnya Raja Muda Perak. Padahal pada realitinya mengenepikan sepupu Maharaja Siam Melayu iaitu as-Sultan DYMM Syed Jaafar Muadzam Syah sebagai wakil sah bagi daerah Perak. Selepas Perjanjian Pangkor Raja Ismail Kinta berundur ke Kedah selepas di buru oleh Pemberontak Melayu Raja Abdullah dan tuannya tentera-tentera British dan Tentera Berikat. Dalam huru hara dalam Perang Musuh Bisik pada tahun 1875 itu, wakil British di Perak J.W.W. Birch berjaya di bunuh di Pasir Salak.






Raja Abdullah kononnya di persalahkan dan di buang negeri padahal lanun ini pergi melawat dan makan angin sambil melihat dan menikmati oskestra pancaragam British mencipta lagu resmi negeri Perak Baru untuknya dan melihat pembesar-pembesar Kerajaan Melayu Tua di seksa dan di bunuh untuk di ambil maklumat tentang di mana keberadaan Maharaja Siam Melayu ketika itu. DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah pada ketika itu sebenarnya berada di Istana Pulau Tiga Merbuk , Kedah dan terus di demdami oleh pihak kafir British. Atas peristiwa itu jugalah Tentera China Manchu di hantar gerombolan demi gerombolan untuk membantu Kesultanan Kedah Pasai Ma dan sehingga mencecah sehingga 36,000 ribu orang tentera di hantar oleh Maharaja China Manchu untuk mempertahankan kekuasaan Kesultanan Kedah Ahlul-Bait ini dari di injak-injak oleh musuh-musuh Allah Azzawajalla. Mengikut salasilah pula Panglima Ismail ada kaitan keluarga dengan Kesultanan Kedah Pasai Ma dan ia sebenarnya ialah sepupu DYMM Sultan Jaafar Muadazam Syah Duli Yang Dipertuan Kedah yang mempunyai hak atas wilayah Kinta dan daerah Perak lain yang kaya dengan bijih timah. Di sinilah timbuk konflik duduknya Panglima Ismail yang dikatakan menjadi Panglima Kanan kerajaan Kedah Tua. Raja Ismail Kinta iaitu Panglima Ismail diserang hendap oleh musuh-musuh Allah setelah selesai pergi menziarahi perkuburan maharaja Islam Siam terakhir dan menyimpan segala peralatan Kebesaran Nagara. Tentera Thai kafir, Pemberontak Almarhum Melaka dan British telah menyerang hendapnya di Baling, Kedah selepas mengetahui tentang hal ini.










VIDEO KLIP INI MENGENAI KEHEBATAN ORANG-ORANG DULU MENYEBARKAN ISLAM DENGAN KAPAL BAHTERA DIRAJA ANAK CUCU CICIT DYMM RAJA MERONG MAHA WANGSA KE NEGERI SIAM LANCANG DAN KESULURUHAN NUSANTARA DGN CERITA BERLATAR BELAKANGKAN NEGERI ALBANI @ AUSTRALIA TEMPAT PENGAJIAN JAI MELBOURNE




Kawannya Panglima Rashid dan Panglima Taib pernah mempelajari 'Silat Kedah' daripada baginda. Sewaktu di serang hendap oleh Tentera Berikat yang di ketuai oleh Ahmad Tajuddin II ( 1804-1821-1845-1879 ) ke atas Tentera Panglima Ismail di Baling, menyebab panglima-panglima ini berpecah dan terjadilah perpisahan baginda dengan Panglima Taib serta Panglima Rasyid yang merupakan kawan karibnya. Panglima Rashid berundur atas sebab-sebab strategi peperangan di wilayah Baling, manakala Panglima Taib pula berundur ke wilayah Kerian. Oleh kerana Paduka Seri Sultan Kinta iaitu Panglima Ismail ini mempunyai segala kelengkapan dan peralatan Kebesaran Diraja yang sah di jaga selepas kemangkatan DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah termasuk Keris Taming Sari warisan Laksamana Hang Tuah menyebabkan di serang oleh musuh-musuh Allah dan baginda dapat bertahan menangkis serangan musuh-musuh Allah habis-habisan selama 6 bulan lamanya bersama 300 orang tentera dan 20 ekor gajah. Baginda bersama-sama armada bala tenteranya berlindung dan bertahan di kampung Chiak, Kupang di wilayah Baling. Ketika tentera baginda di serang oleh pemberontak Ahmad Tajuddin II tapi gagal mengalahkan baginda Panglima Besar ini , menyebabkan ketua pemberontak ini menghantar menterinya Wan Mat Saman dan Abdul Rahman iaitu seorang penghulu mukim Kupang, juga hadir pada waktu itu wakil Tentera British bernama Hewitt yang merupakan seorang Hakim kerajaan British Empire. Rundingan ini gagal menyebabkan rundingan kedua di buat di Padang Gias yang mana Ahmad Tajuddin II menghantar sekali lagi Penghulu Abdul Rahman bersama Wan Muhammad Taib bertemu dengan Panglima Ismail. Di sini Tentera Kafir Berikat dengan tipu helah sedaya yang mungkin menyerang habis-habisan Tentera Raja Ismai Kinta serta berjaya menewaskan baginda dan menangkap baginda raja hidup-hidup.






Baginda raja di kurung di dalam bandar Kota Kuala Muda dan pada 20hb. Mac 1876 Panglima Besar ini di buang daerah oleh British ke wilayah Skudai Johor. Barang-barang Kebesaran Kedah Tua di rampas semuanya oleh kerajaan British. Sesetengah barang Kebesaran Kedah Tua ini di berikan kepada Raja Daerah lantikan British di Perak dan Kedah Palsu iaitu kepada Raja Kedah Darulaman. Bakinya setelah berjaya merampas dan memusnahkah empayar Kedah Tua oleh
British, di punggah barang Kebesaran Kedah Tua dan di bawa lari ke England setelah mendapati raja-raja tajaannya berpuashati dengan sesetengah harta rampasan barangan Kebesaran Kedah Tua di beri agihkan kepada mereka ini. Di gerbang Kota Kuala Muda dahulu ada tercatat papan tanda lama ber ‘ background’ hitam mengatakan “ telah berlaku perang saudara pada tahun 1824 sehingga Sultan terpaksa memindahkan ibunegerinya ke Alor Setar ". Maksudnya pada realiti sejarahnya, Kekhalifahan DYMM Syarif Abu Bakar dan nenek moyangnya serta pemerintah di Kota Star itu ialah Sultan Melayu Tua yang menjadi penyelamat bangsa Melayu cuba di lenyapkan oleh musuh-musuh Allah. Para sejarawan Persatuan Negeri Kedah ini nampaknya berpihak kepada penjajah kafir British dan keluarga pemberontak Ahmad Tajuddin 11 yang berpusat di Kota Kuala Muda. Dan Persatuan Sejarah ini cuba menghapuskan pemerintahan dari bloodline 'Khalifah Rahman' iaitu DYMM Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Kedah. Di sebabkan pembunuhan telah di lakukan secara mengejut dan akibat tipu helah British di tahun 1876 keatas DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah yang ayahandanya ialah Panglima Bukit Gantang DYMM Sultan Syed Alang Alauddin Kota Star ( 1815-1862 ) dan bondanya adalah Puteri Raja Islam China Manchu berjaya, Persatuan Sejarah Negeri pula telah mencuba menghapuskan sejarah waris-waris Kesultanan Maharaja Benua Islam Siam Kedah ini dari buku Sejarah Dunia. Selepas terbunuhnya Sultan Long Jaafar dan ' Panglima Besar ' dan ' Paling Kanannya ' maka terlerailah ikatan segala wilayah Benua Siam Kedah dan raja-raja daerah tadi secara mudahnya menjadi raja naungan British dan menggunakan gelaran ' Sultan ' yang diperkenankan oleh Inggeris. Lalu terjadilah sempadan negeri seperti hari ini.




KETUA TENTERA PEMBERONTAK KOTA KUALA MUDA AHMAD TAJUDDIN II ALMARHUM MELAKA MERANGKAP KAWAN KARIB SI YAHUDI MUNSYI ABDULLAH @ MOSHE HAVDALLAH. LANUN KOTA KUALA MUDA INI BERKETURUNAN SRI PERDANA MENTERI SULTAN SAHAJA BERNAMA MUHAMMAD JIWA DAN BUKANNYA SULTAN KEDAH




Persatuan Sejarah Negeri Kedah sepatutnya tidak berpihak kepada Ahmad Tajuddin 11 yang berpusat di Kota Kuala Muda yang telah berjaya menghapuskan pemerintahan dari bloodline ' Khalifah Rahman ' iaitu DYMM Sultan Syarif Yang Dipertuan Kedah. Akibat tipu helah British di tahun 1876 , sejarah DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah yang ayahandanya ialah DYMM Sultan Syed Alang Alauddin dan bondanya adalah Puteri Raja Islam China Manchu telah di hilangkan dari sejarah perlulah di ceritakan semula agar memberitahu sejarah realiti kepada Umat tercinta. Walaupun mereka telah berjaya menghapuskan sejarah waris Maharaja Benua Islam Siam Kedah tapi pada realitinya mereka masih gagal menghapuskan kewujudan zuriat Keluarga Diraja Merong keseluruhannya. Dan walaupun telah terlerai ikatan segala wilayah Siam Kedah dan raja-raja daerah tadi secara mudahnya menjadi raja naungan British dan menggunakan gelaran ' Sultan ' yang diperkenankan oleh musuh-musuh Allah mereka masih gagal secara realitinya menghapuskan sejarah realiti yang dari pengetahuan Umat. Berbalik kepada kisah Panglima Ismail ini setelah baginda dan armadanya di musnahkan oleh Tentera Kafir Berikat dan di buang daerah ke wilayah Skudai, Johor. Dan pada tahun 1899 baginda pun mangkat dalam keadaan tanpa penghormatan, gelaran dan kerajaan. Walaupun sejarah Kesultanan Kedah Syburi Melayu Siam Islam telah di hapuskan, sejarah Kedah Palsu atau Kedah Darulaman hari ini masih mengambil nama DYMM Raja Merong Maha Wangsa sebagai rujukan utama tapi mengikut jalan cerita yang di reka, di ubah dan di buat mengikut acuan British.




Pembunuhan Emperor Siam Melayu atau Maharaja Siam Melayu terakhir iaitu Islamic Empire atau Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma Sultan Long Jaafar berlaku selepas Perjanjian Pangkor dan selepas pembunuhan pada tahun 1875 ke atas J.W.W. Birch di Pasir Salak. Baginda ' Sultan ' ini syahid di bunuh pada tahun 1876 dengan dipijak gajah angkara talibarut Pemberontak Lanun Melayu, Sukhothai dan Inggeris dengan cara dipijak dan patah-dipatahkan badan baginda Sultan. Isi perutnya dibawa dengan dulang oleh pengawal peribadinya balik ke Makam Diraja Siam Tualang, Kedah melalui jalan sungai. Kesannya paling besar kalau dilihat lebih luas dari luar konteks sejarah realiti Empayar Benua Islam Siam Kedah ialah titik mulanya Inggeris dan kaum lain masuk campur dalam pentadbiran, sejarah Ketamadunan Melayu, pendidikan dan pemerintahan Semenanjung Melaka, disitu lah kesan-kesan keagungan Melayu mula dilenyapkan, Pelabuhan mega milik Melayu iaitu Pelabuhan Melaka, Kota Melaka di Bandar Lukut, kota-kota, kubu-kubu, gelaran dan banyak kehebatan Islam di sini berjaya di hapuskan. Kaum kafir Cina di biarkan menguasai dan di bantu untuk berniaga di bandar-bandar 'moden' dan baru di buka. Kaum kafir India pula di letakkan di pedalaman sekitar estet milik British yang juga baru di buka. Kaum Melayu tidak dinaikkan taraf dan di biarkan merempat di bandar-bandar baru contohnya apabila Geoge Town, Kuala Lumpur, Taiping dan lain-lain dijadikan sebagai contoh 'bandar baru dan moden' oleh Inggeris.