PETA YANG BERTARIKH 1565 INI MEMAPARKAN KOTA ISLAM SHAH
ALAM SIAM KEDAH AYUTHIA SHAHRUN NURI DI BAWAH AJAM AHLUL-BAIT TIMUR ZURIAT SYED
JAMAL AL-JEFRI DAN KOTA ISLAM CHINA
Selamat
menyambut Maulidur Rasul pada hijrah nabi s.a.w. 1434 dan di artikel kali ini mari kita menghayati
satu gelaran yang hebat di mana suatu ketika dahulu merupakan gelaran
yang di geruni oleh musuh dan di segani oleh kawan. Shah Alam bermaksud Raja
Dunia dan Shah merupakan bahasa Parsi yang bermaksud Raja yang bertentangan dengan
bahasa Arab yang bermaksud Kambing. Gelaran Shah Alam yang mana pada suatu
ketika dahulu adalah satu gelaran yang bermaksud ‘Kekhalifahan’ atau ‘Khilafah’
warisan keturunan agung DYMM Raja Merong Mahawangsa, pendukung hukum Allah dan ia mula di gunakan
oleh keturunan baginda iaitu Sultan Hussain Syah Alam ( 840-881 ) Pemerintah atau Sultan ke 4 dari Kesultanan Kedah Pasai Ma dan penggantinya pula
ialah anaknya Sultan Syeikh Abdul Khadir Syah Alam ( 881-903 ) yang berkuturunan
junjungan mulia Muhammad saw. di timur. Mengenai penceritaan dongeng tentang Raja Kedah iaitu Raja Derbar Phra Ong yang penuh dengan dongeng dan mitos, iaitu kononnya
Syeikh Abdullah Yamani yang bersahabat dengan Iblis telah terbang kesana kemari
hingga sampai ke istana Raja Hindu di Bukit Meriam. Di istana itu mereka telah
memasuki kamar tidur si Raja Hindu ini dan Iblis menghidangkan arak untuk di minum oleh Tuan
Syeikh. Beliau pun memarahi Iblis kerana berkelakuan demikian dan pertengkaran
kecil pun berlaku lantas Iblis merebut tongkat sakti Tuan Syeikh dan terjaga si
Raja maka si Raja Kedah pun ternampaklah lembaga Tuan Syeikh. Si Syeikh Arab Yaman pun
mendakwah Islam kepada Raja Kedah dan dengan itu Raja Hindu Phra Ong (Firaun) pun terus
memeluk Islam dan memakai nama Sultan Muzaffar Syah I. Padahal perkataan Syah
adalah terlalu asing bagi orang Arab Yaman kerana Syah bermaksud dalam bahasa
arab ialah kambing. Ini kerana jika benar ia memeluk Islam di tangan ulama
Yaman ini ia pasti akan menggunakan nama Sultan Muzaffar sahaja atau al-Malik
Muzaffar tanpa menggunakan perkataan Shah kerana Shah bukannya bahasa Arab
tapi ianya merupakan bahasa Parsi dan Shah itu dalam bahasa Arabnya ialah kambing. Jadi penggunaan gelaran Sultan Muzaffar Shah sungguh melucukan dan mengaibkan bagi bangsa Arab serta makna Shah Alam pula
bermaksud Kambing Dunia.
SETELAH KEKHALIFAHAN
BAGHDAD DI KUASAI OLEH MUKTAZILAH DAN SYIAH MAKA KEKHALIFAHAN DI TUKAR TIMUR
YANG KETIKA ITU MAKMUR DI BAWAH KELUARGA QURAISY AHLUL-BAIT HASYIMI AJAM DARI
SUSUR GALUR AL-JEFRI
Kekhalifahan
di Timur ini bermula apabila Baghdad mula di kuasai oleh kefahaman Muktazillah
dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171). Kekhalifahan
Melayu ini diberi penghormatan istimewa oleh Raja Monggol Turki Usmaniyyah, Maharaja Delhi Moghul Benua Keling dan
Maharaja Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah s.a.w.
dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja
Merong Maha Wangsa. Ketokohan keturunan DYMM Merong Maha Wangsa atau bergelar
Sultan Mudzafar Shah I terserlah apabila baginda DYMM Merong Maha Wangsa
membawa dengan banyaknya barangan dagangan kain sutera China ke Kedah serta kawasan
Nusantara lainnya sehingga ke India dan mengislam raja Soka India. Barang
dagang yang berkapal-kapal banyaknya ke kawasan ini menyebabkan wujudnya
Empayar Islam Benua Siam Kedah. Ianya sebuah
kerajaan besar maritim yang ada kaitan dengan sejarah Gunung Jerai Merbuk Kedah
dan Ayuthia serta mempunyai kaitan dengan cucu Maharaja Islam China
Merong Mahawangsa.
seperti yang di buktikan oleh catatan tokoh
ilmuan Islam al-Biruni ( 973-1048 ) dengan katanya. "Pulau-pulau sebelah timur di lautan
ini, yang lebih dekat ke China dari
India, adalah pulau Zabaj,... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai
wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu" . Menurut Abu Zaid al-Sirafi ( 934 ) pula,
penyunting Kitab Akhbar China dan Hindi iaitu salah satu sumber tenteng sejarah mengenai India dan
China serta Timur Jauh, katanya “Negara Kedah pada suatu ketika dulu di
perintah oleh Raja Zabaj”. Al-Masudi ( 896-956 ) pula menceritakan "Di
lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja
kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak
terhitung. Bahkan kapal yang paling
cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi
pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini
menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan
lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai
tanah."
Makam KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR Sultan
Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN
KEDAH PASAI MA
Penggunaan
terminologi Benua ini tidak bermakna Benua Siam Kedah ini sama macam Benua
Asia, Eropah atau Amerika yang kita pelajari dalam ilmu geografi. Ini hanya
persoalan remeh.Tetapi Benua ini menunjukkan besarnya empayar Siam Kedah
dahulu. Jadi setelah Kekhalifahan Ahlul-Bait Baghdad di kuasai oleh kefahaman
Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171) serta penguasaan kekuasaan dinasti Bani Buwaih
(945 M - 1055 M) dan kekuasaan Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah
Abbasiyah pemerintahan Khulafah di pindah ke Timur iaitu ke tangan keluarga al-Jefri Ahlul-Bait
Bani Hasyim Quraisy Ajam. Mu’tazilah adalah satu aliran yang menyelesaikan
berbagai masalah keagamaan dengan menggunakan akal pikiran atau dalil aqliah. Ianya
di asaskan oleh Washil bin Atha', hidup pada masa Kekhalifahan Umayyah. Mu'tazilah
berasal dari kata "i'tazala" (memisahkan) dan fahaman ini di tentang
keras oleh Khalifah Harun ar-Rasyid tetapi di di terima pakai semasa Khalifah
Abbasiyah al-Ma'mun ( 786-833 ) iaitu selepas berlakunya rampasan kuasa yang
memalukan dengan kematian kontroversi Khalifah Amin ar-Rasyid ( 787-813 ). Si Amin ar-Rayid yang malang ini berkuasa selama 4 tahun 8 bulan. Dan setelah naiknya Khalifah Ma’mun ar-Rasyid yang terpengaruh dengan Falsafah
Barat Yunani sesat ia mula melakukan kezaliman dengan melaksanakan al-Mihnah atau ujian Aqidah di kalangan ulamanya. Ia
dibagi kepada empat macam tingkatan:
Pertama, mereka yang menolak tidak dapat lagi diterima kesaksiannya di Pengadilan.
Kedua, mereka diputuskan tunjangan hubungan
wang saraan yang diperoleh dari Khalifah.
Ketiga, jika tetap menolak akan di rotan dan
dirantai kemudian dimasukkan ke penjara.
Keempat, yang terakhir dari segalanya adalah
hukuman ialah Mandotori iaitu mati dengan leher dipancung.
DI DLM CERAMAH INI BELIAU ADA MENYENTUH TTG KOTA ISLAM AYUTHIA, KEKHALIFAHAN DI TIMUR, ISLAM TERATAI, KOTA ISLAM BOROBUDUR DAN BENARLAH SESUNGGUHNYA KEBIJAKSANAAN NABI S.A.W. DAN KETURUNANNYA SHAH
ALAM DI TIMUR MENTADBIR NAGARA CUBA DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH
Ramai
Ulama yang menolak fahaman sesat ini terpaksa menerima fahaman Mu’tazilah
bahkan ianya dijadikan sebagai mazhab resmi negara. Dengan kekuasaan yang
dimiliki, Khalifah Makmun ar-Rasyid menghadapi lawan-lawannya dengan cara-cara
yang dengan penuh kekerasan. Imam Ahmad ibn Hanbal dan Syeikh Muhammad Nuh
adalah dari kaum ulama yang bersikap keras tetap menolak fahaman sesat ini. Imam
Ahmad ibn Hanbal yang mampu
menghafal 700.000 hadits dan mempunyai 30.000 hadits dalam kitab hadisnya yang
bernama al-Musnad tidak di hormati Khalifah malah di hina dan di caci maki serta di seksa oleh Khalifah ini. Peristiwa
ini di rakamkan oleh seorang ulama bernama Ibnu al-Ashbag, menurut catitannya, "Saya datang menghadiri majlis
pengadilan negara yang akan memeriksa perkara hal ehwal Imam Hambali. Dalam majlis
pengadilan itu terlihat pedang-pedang telah dihunuskan, tombak-tombak telah
ditegakkan, panah-panah telah disiapkan, dan cambuk siap diayunkan untuk
menimbulkan kegerunan kepada Imam Hambali. Khalifah al-Ma'mun ar-Rasyid lalu
duduk di atas kursi yang telah disiapkan di balai persidangan. Imam Hambali
dipanggil menghadap kemudian khalifah berkata, “Atas nama saya sebagai kerabat
Rasulullah s.a.w. saya akan memukul kamu dengan cambuk sampai kamu membenarkan
apa yang telah saya benarkan atau engkau menyatakan seperti apa yang saya katakan.
"Cambuk dia!" perintah khalifah pada algojo. Sang Algojo segera bertindak tanpa ragu. Imam Hambali diseret lalu dicambuk.
Cambukkan pertama tepat mengenai punggung beliau. "Bismillah... " ucap Imam Hambali menahan sakit. Pada cambukan yang kedua
beliau mengucapkan kalimah "Laa haula wala quwwata illa billah." Pada
cambukan yang ketiga dengan lantang beliau berucap, "al-Qur'an kalamullahi
ghairu makhluqin!" maksudnya ‘ al-Quran itu Kalamullah dan bukannya
Makhluk’’ . Lalu mendaratlah cambuk yang keempat dan kali ini beliau bahkan sempat
membacakan ayat al-Qur’an "Qul lan yushiibanaa illa ma kataballahu
lana!"
SEMUA DI JEMPUT HADIR UNTUK MENGEKALKAN KEGEMILANGAN INSTITUSI PONDOK
TRADISIONAL ZAMAN SILAM DAN MENGHORMATI SERTA MENGASIHI PARA ALIM ULAMA DAN BUKANNYA UTK DI CAMBUK, DI HINA DAN DI PENJARAKAN
Ucapan-ucapan
Imam Hambali tidak menghentikan cambukan gila sang algojo hingga lebih 20
cambukan menghentam punggungnya. Darah segar pun mengucur dan menitis di
lantai. Aku tidak peduli dengan penjara, bagiku penjara dan rumahku sama saja!” ujar
Imam Hambali. Seorang ulama besar
bernama Ishak bin Ibrahim pula berkata “Aku belum pernah melihat seseorang yang berada di depan penguasa di mana ia
lebih tegar daripada Imam Ahmad bin Hambal. Kami saat itu di mata penguasa
Khalifah hanyalah seperti lalat” . Setelah kemangkatan si al-Ma’mun, pemerintahan
di ambil alih oleh anaknya Khalifah al-Mu’tashim. Namun demikian, ia tetap berfahaman
Muktazilah yang pernah di anuti oleh si al-Ma’mun. Ia tetap menahan dan
memenjarakan Ahmad ibn Hambal selama 18 bulan. Kemudian Ahmad ibn Hambal dikeluarkan dan dibebaskan untuk di
paksa menyampaikan fatwa sesat Khalifah al-Mu’tashim ( 794–842 ). Kedudukan khalifah selanjutnya dipegang oleh Watsiq ( 842 – 847 ) putra al-Mu’tazim. Ia dalam melaksanakan tindakan
al-Mihnah itu lebih ketat, bahkan memperlakukan para penentangnya dengan lebih
kasar. Ahli fiqh Sunni seperti Yusuf ibn Yahya al-Buwaity, Ahmad ibn Nasir dan
Naim ibn Hammad adalah termasuk orang-orang yang mati dalam penganiayaan yang
dilakukan oleh Khalifah al-Watsiq. Pada zamannyalah Imam Hambali meninggal
dunia. Selepas dua peristiwa pembunuhan khalifah Amin al-Rasyid dan penyiksaan
ke atas ulama-ulama yang muktabar termasuk Imam Hambali di tambah dengan
penguasaan pemerintahan orang luar yang asalnya dari hamba-hamba abdi tawanan
perang seperti Bani Buwaih dan Bani Seljuk maka tampuk kekhalifahan dari
keturunan Abbas r.a telah bertukar ke keturunan Husain r.a di timur iaitu kepada
Kesultanan Kedah Pasai Ma. Di tahun 1194 Baghdad yang sudah kehilangan
Kekhalifahannya hanya berkuasa di sekitar kota Baghdad sahaja dan pada tahun 1258
- Tentara Monggol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Jutaan penduduknya yang berfahaman
Muktazilah di bunuh.
HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA, PATTANI, ACEH, UNITED KINGDOM DAN SYRIA KITAB THURATH AKAN DI ADAKAN BESAR-BESARAN SELAMA 3 HARI DAN 3 MALAM
Pemerintahan
Baghdad yang telah tua serta nyanyuk ini telah dimusnahkan secara total oleh
pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan ( 1217-1265 ) yang dilabelkan oleh musuh-musuh
Allah dan sejarawan barat sebagai kononnya bukan beragama Islam termasuk datuknya Genggis Khan ( 1162-1227 ) juga dari golongan kafir padahal kedua-dua orang ini
merupakan panglima Islam yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk
menghapuskan pengaruh sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota
Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan. Sebelum kita berpisah buat seketika, di sini ana ingin
mengiklankan bahawasanya Insyallah pada 7, 8, 9 Februari 2013 Pondok- Pondok
Seluruh Pattani dan Malaysia khususnya dari Malaka, Negeri Sembilan dan Perak Kedah
akan berhimpun di Pondok Tuan Guru Hj Yahya Telok, Bukit Pinang Kedah. Di jangkakan 200 orang ulama akan hadir di Himpunan Ulama Pondok Malaysia -
Thailand secara besar - besaran ini yang di buat pada hari Khamis, Jumaat dan
Sabtu. Himpunan Ulama Malaysia Thailand bakal menghimpunkan Ulama Pondok
seluruh Fathani Thailand dan Malaysia . Syarikat minyak petrolium Buroq Oil
juga bergabung bagi menjayakan Majlis Himpunan Ulama Malaysia
Thailand ini. Dan menerusi ijtimak ini para ulama dan ahli agama dapat
duduk berbincang mencari kata sepakat, bersetuju untuk tidak bersetuju dengan
pendapat ahli yang lain tanpa mengaibkan mahupun menjatuhkan martabat mana-mana
pihak tentang bagaimana mengekalkan Pengajian Pondok malah membanyakkan pengajian Kitab Thurath di
seluruh dunia. Selain menghimpunkan tok-tok guru tempatan dan Thailand kita juga akan di hadiri ulama dan ahli agama dari Aceh,
Syria dan United Kingdom. Dan di sini ana paparkan juga program yang akan
berlangsung selama 3 hari 3 malam tersebut, sekiam, wasssalam.
Salam Yg Mulia Tuan Megat. Alhamdulilah, dapat sambung membaca blog ini. Harap diteruskan kisah mengenai keIslaman tentera Monggol. Pernah saya terdengar secara umum tanggapan bahawa tentera Monggol adalah pejuang Islam. Harap dapat lebih description mengenai keIslaman mereka dan apa yg berlaku selepas kejatuhan Baghdad. Jai Melbourne (Sekarang, Jai Newcastle/Kota Bharu)
BalasPadamAssalamualaikom Tuanku Ustaz Megat alJefri. Terima kasih bebanyak saya ucap kepada Tuanku Megat kerana maklumat sejarah hingga ke Tanah Arab. Untuk maklumat Tuanku Ustaz Megat alJefri saya juga maklumat mengenai hertage Melayu kita iaitu
BalasPadamCincau !!! Ha ha ha !! Agar-agar rumpai laut di cinciang buat air di jual di tepi jalan !!! Bukan tapi
Makna Chin Chou adalah Negari Emas!!!
Jadi mereka mahu cincang lumat macam agar agar hitam rumpai laut buat air jual tepi jalan kepada semua orang !!!
Ok taka pa !!!
Orang dulu dulu dan purba kala !!! Terutama Nabi Nabi sebelum Rasulullah S.A.W telah tinggalkan banyak wasiat dan harta Pusaka !!
Nabi Sulaiman A.S , Dzulkarnain A.S malah di katakana Maharaja Shi Huang Ti pun Islam juga di zaman tersebut …. Ada tinggalkan Pusaka untuk Umat Akhir Zaman …. Strategy Peperangan !!!
BalasPadamLord of 3 Alam > 3 Kingdom
1.Asma 2. Sifat 3.Af’aal ( Zat > Rahsia )
1.Iman 2. Islam 3.Ehsan
1.Feqah 2. Tauhid 3.Tajwid
1.Syariat 2. Tarikat 3.Hakikat ( Makrifat >> Rahsia)
Lord Of Three World >> Tan Sri Buana
1.Manusia 2.Jin 3.Haiwan
1.Darat 2.Laut 3.Udara
1.Warna 2.Bau 3.Rasa
Jadi untuk penerangan lebih lanjut kena Tuan Guru syarahkan !!!
Peperangan 3 Kingdom ???? Red Cliff ( Gunung Jerai atau Bukit Pelindung !!! ) Laluan Selat yang dahulunya adalah Sungai berlumpur !!!
BalasPadamKena tonton movie 3 Kingdom dan Red Cliff !!!
Bukit Phoenic dengan 5 Legendry General !!! Gunung Jerai dengan Tuah Jebat Kasturi Lekir dan Lekiu>>>> berjuang bermati-matian di akhir zaman mempertahankan Islam sampai ketitisan darah yang terakhir !!
Kemudian mereka menyusur sungai menuju ke Red Cliff !!! menuju ke Bukit Pelindung !!! mencari Uyun Hayat !!!
Untuk Pengetahuan Shah Alam Ustaz Megat, Banyak manuskrip lama dan Kuno di situ!!!
Waalaikumusssalam Jai Melbourne dan adik Auji...
BalasPadamsebenarnya saudara jai kisah ttg kisah mengenai keIslaman tentera Monggol sudah lama ana ceritakan tanpa antara sedari antaranya ialah kerajaan Benua Keling dan Turki Ottoman kerana mereka ini sebenarnya ialah bangsa monggol dari titisan panglima utk ahlul-bait iaitu panglima islam genghiz khan, hulagu khan dan kublai khan. selamat kembali menetap di malaysiam, wssslm.
juga minta maaf kpd adik auji lupa mmbalas surat anta sbb anta masih lagi keletihan memgemas barang2 khemah dan kursi2 gotong royong slps pondok pak ya berjaya menganjurkan majlis maulud 3h 3mlm secara besar2an. bukan apa cuma ana cukup berbangga menjayakan majlis itu kerna aruah tuan guru pak ya merupakn rakan seperguruan abah ana NAI MAN berguru dgn tok kenali.
BalasPadamamboi auji banyak maklumat nampak, baru balik bertapa ke? ana rasa auji kalau sambung belajar nnti eloknya ke kuliah UKM Bangi di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam sbb ana tengok auji ni minat sejarah dan boleh d asah bakat itu di kuliah sejarah dan d latih agar penyampaian sejarah lebih mantop dan teratur, syabas dan wssslm.
Salam Yg Mulia Tuan Megat. Ana di Kelantan. Teringing sangat utk baca sejarah Kelantan dan kaitannya dgn Benua Qadah. Ana cuma perasan beberapa kali di blog ini mengenai Kelantan-Champa. Anai-anai pun tak banyak buat coverage secara direct mengenai Legeh dan Kelantan. Ana masih tak berapa jelas siapa yg mula dilantik selaku Raja di sebelah sini, zaman (tahun bila), apa kaitan dgn keturunan Long Ghaffar yg kemudiannya diganti oleh keturunan Mohamad sekarang. Kalau Yg Mulia Tuan Megat tak dapat menulis, bagi ana rujukan/website utk ana baca punsudah memadai. Terima kasih sekali lagi. Teruskanlah meneraju kebangkitan ummah ini
BalasPadamAssalamualaikom kembali Shah Alam Abang Ustaz Megat. saya nak sambung kembali kajian saya dengan abang Megat...boleh ke? ke tak boleh ?
BalasPadama`kum..
BalasPadammohon pencerahan dr tuan megat tentang keturunan Sultan Abdul Halim,agong sekarang..adakah beliau waris dr Nai Long Jaafar atau tidak?
sebelum ini tuan megat ada mengatakan bhw dia tak layak naik takhta kerana bukan waris sebenar tp ada artikel di blog ni juga mengatakan bhw bapa beliau almarhum sultan badlishah adalah waris dr nai long jaafar..
mohon pencerahan..
waalaikumusssalam jai, auji dan cecapoi...
BalasPadamuntuk makluman saudara jai yang sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam.negeri pattani legeh ini d utaranya terdapat kelantan dan d selatan negeri terengganu.
anta boleh rujuk mengenai kewujudan negeri legeh pattani di artikel ini pada Ahad, 28 Februari 2010
Asal Usul Kerajaan Islam Daerah PaTTani, LEGEH, KELANTAN dan TeRENGGANU Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani yg sebenarnya.
opsss lupa, kpd saudara adik auji ... syabas, teruskan kajian anta tu dan jgn malu bertanya ye nnti sesat jln tapi kalau sesat jln takpa boleh u-turn balik rumah tapi kalau sesat sejarah anakcucu kita nusa bangsa yg merana, layu dan jatuh jati diri , agama dan nagara...walieazubillah.
BalasPadamkpd cecapoi, sebenar beliau adalah cicit ahmad tajuddin pemberontak dari kota kuala muda dan di catitkan juga d dlm buku konvensyen kedah darulaman beliau ini BERKETURUNAN ABDULLAH MUKARAM ANAK GUNDIK PM KEDAH MUHAMMAD JIWA YG JUGA MEMBAWA KPD AHMAD TAJUDDIN SEBAGAI KONONNYA SULTAN KEDAH. Ia berdarah merong cuma d sebelah perempuan bukannya lelaki iaitu neneknya dari darah DYMM SULTAN nai long jaafar iaitu dari ibu badlishah yg d ceraikan oleh raja abd hamid halim shah yg mengia dan membenarkan sejarah moyangnya Raja Kedah palsu itu Raja Hindu Phra Ong (Firaun).
wssslm.
Ini untuk perkongsian saya dengan Syah Alam Megat dan pada semua pembaca,
BalasPadampertukaran dari Zaman Kegelapan Teknologi Material menuju kepada Zaman Keemasan Kerohanian !!!
Siapa yang dapat bertahan dan takhluk Semenanjung Emas !!! Agama itu lah yang Haq !!! dan akan Perintah Dunia !!!
Jadi satu dunia akan datang ke sini !!! untuk merebut peluang Keemasan Ini !!!
Untuk Yahudi dan Nasrani !!! Semenanjung Emas adalah New Jerusalem !!!! mereka akan pasti datang !!! Kononnya adalah Perjanjian Tuhan untuk mereka di akhir zaman !!!
Selain daripada Yahudi ……….Pasti akan di bunuh atau di halau dari Bumi ini …….. New Jerusalem utnuk mereka ????
Insha ALLAH S.W.T dalam attachment ada Strategy Kuno !!! boleh gunakan sebagai rujukkan.
Kita sebenarnya kena rujuk dengan Sunnah dan Sirah Nabi rasulullah!!! untuk mantapkan jati diri kita !!!
BalasPadamKena Hati Hati dengan Pengkhianatan dari dalam yang mengaku keturunan Tuanku Megat tanpa bukti dan salasilah!!!!
Sebabnya mengikut catitan bawah ni Megat sedang memperjuangkan benda yang penting,
inilah ianya-
Suvarnadvipa as learning center
As early as the T'ang Dynasty , Chinese texts tell of a renowned Buddhist learning center somewhere in Insular Southeast Asia .
The traveler I-Tsing (Yijing) describes this center in a place called Fo-hsi. The location of Fo-shi is important and he says that one travels there from Canton sailing toward the asterisms Yi and Tchen, which in the Chinese sidereal compass represent the directions between south-southeast and southeast. The explorer Kie Tan gives a detailed itinerary for the journey to Fo-his , which also locates it southeast of Canton . I-Tsing also calls Fo-Shi by the name Chin-chou "Gold Country ," which is probably a translation of Sanskrit Suvarnadvipa .
ainun salsabila telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " PANGLIMA-PANGLIMA AHLUL-BAIT DAN SYARAT-SYARAT MEN... " anda:
BalasPadamAd Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman
Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.
Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah
Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://dimelayu.com.nu
Dicatat oleh ainun salsabila ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 27 Februari 2013 6:24 PG
selamat dtg ainun ke blog ana ini...
BalasPadamdan kpd adik auji catitan b.inggeris kalau boleh terjemahlah siap2 agar mudah d fahami oleh umat melayu.
wssslm
salam... sy nk tnye antara kerajaan melaka dan kedah tua mne yg wujud dlu?? apakah dye semenanjung melaka?? kenape dnamakan semenanjung melaka adkh melaka sebuah negara??
BalasPadamsoalan anta ana bawa ke artikel baru utk tatapan umat, wssslm.
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamLama sungguh ana tidak membaca penulisan terbaru dari yg mulia tuan megat. Apalah kahabarnya tuan sekarang? Risau juga lama tidak ada khabar berita langsung. Anai anai ada juga sekali sekala keluar artikel diblognya. Tuan megat sepi terus. Keluar setahun? Pun begitu, harap tuan megat sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Ana sudah pulang ke tanah air hampir setahun. Harap dapat bersua muka di suatu hari yg indah di utara semenanjung atau di pantai Timur. Ana akan berada di sekitar pulau pinang masa cuti sekolah. Kalau pulang ke kampung isteri, sudilah hubungi ana. Selagi tidal bersua, hati ana tidal puas. Semoga Allah berkati tuan megat sekeluarga, amiin
Assalamualaikum Tuan Megat, saya ingin memohon bantuan tuan sekiranya tuan mempunyai maklumat mengenai salasilah keturunan saya yang terputus ini.
BalasPadamUntuk maklumat lanjut tuan sila rujuk di website di bawah. Sekian terimakasih.
http://toklongsolleh.blogspot.com/2010/09/salasilah-keturunan-tok-long-salleh.html
skrg ana dok sibuk setting balik... megat al jefri return insyaallah
BalasPadam