PENGUASAAN KELUARGA MERONG DI TIMUR JAUH SEHINGGA KE KAWASAN KEPULAUAN OCEANIA DI BUKTIKAN OLEH GAMBAR INI APABILA TENTERA PUTIH MERONG RAJA ALI ALBANI IAITU BERUNIFORM PUTIH BERTOPI TINGGI INI MEMANTAU PERGERAKAN CAPTAIN SAMUEL WALLIS ( 1728-1795 ) DI KALA ASKAR BRITISH SEDANG BERJUMPA DENGAN ORANG TEMPATAN DI PULAU YG BERDEKATAN DGN TANAH LUAS ALBANI AUSTRALIA PADA TAHUN 1766
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinnya dapat kita bertemu semula di sesawang internet setelah 5 bulan ana berkabung di atas kemangkatan YM Tuanku Nai Long Kasim yang berjuang untuk meninggikan sejarah agama nusa bangsa kita yang tercinta. Perkabungan ini termasuklah talian Handphone Utama ana di tutup tetapi selepas ada rungutan mengenai kepayahan hendak berhubung maka ana gantikan dengan talian Handphone ke 2 dan Hari Raya Aidil Fitri juga Hari Raya Aidil Adha serta sambutan Awal Muharam tidak di sambut seperti biasa. Kita yang sebelum ini telah di kejutkan dengan berita kemangkatan ibu baginda yang berusia 100 tahun januari 2012 dan baginda Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad pula telah menyahut seruan yang Maha Esa dan ana sendiri telah menerima banyak panggilan telefon dari kawan-kawan Lembah Kelang, dari Pantai Timur dan lain-lain bertanya khabar adakah betul berita ini. Kemangkatan baginda di usia 75 tahun berlaku setelah baginda Dato’ Bendahara ini ada mengadu pada ana yang baginda sering merasa gering atau sakit sejak 2 minggu sebelum kemangkatan baginda. Tapi baginda masih kuat semangat bersiar-siar dengan ana di sekitar kampung baginda.Tapi malam sabtu iaitu sebaik saja menunaikan solat Maghrib pada 25 Mei 2012. Mak Ngah memaklumkan kepada ana sebaik sahaja selesai solat maghrib , baginda telah batuk beberapa kali dan menghembuskan nafas terakhir diatas ribaannya Mak Ngah iaitu disisi isterinya dan telah mengucapkan syahadah 2 kali, alhamdulillah. Ana yang pada waktu itu sedang beriktikaf di Masjid Pokok Sena bersama Nai Zulkifli dari kampung Kunluang Asun Binjal, Changloon sedang berehat setelah makan malam bersama jemaah untuk persiapan lagi 2 hari untuk menyambut Ijtimak Zon Utara. Ijtimak atau Jor ini yang telah berlansung selama 3 hari iaitu pada 28, 29 dan 30hb. Mei 2012 yang lalu dan sehari perhimpunan untuk golongan Alim Ulama Zon Utara Malaysia. Kami berdua terus berkejaran ke rumah Tuanku Nai Long Kasim dan betullah apa yang di maklumkan oleh Nai Mazlan yang Pak Ngah telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita semua.
KENANGAN BERSAMA YM TUANKU NAI LONG KASIM SEMASA MAJLIS ‘ HIMPUNAN BESAR KELUARGA MERONG MAHA WONG SER ‘ TITISAN WARIS YANG DI PERTUAN, PADA 22HB. DISEMBER 2007 DI PRAYA ATAU PAYA PAHLAWAN, KUBANG PASU, KEDAH
Setelah jam 3.00 pagi selepas melihat Nai Zulkifli telah tidur keletihan setelah mengantuk menguasainya ana pun meminta izin dari Mak Ngah untuk pulang semula ke tapak istimak. Ana pun pagi esoknya memaklum kepada adik beradik Merong dan kawan-kawan tentang berita sedih ini. ... Jangan kita bersedih durja sangat sebab ini qada dan qadar ketentuan dari Allah Taala. Kalau nak di ikutkan hati, ana pun bersedih hati, tapi bila memikirkan balik baginda sudah tua, biarlah baginda berjumpa dengan tuhannya setelah membanting tulang memperjuangkan sejarah nusa bangsa dan agama. Baginda tidak membiarkan panji-panji Merong Maha Wangsa tumbang, yang sebelum ini mempunyai empayar yang berdaulat dan mempunyai keluasan dari Hanoi hingga ke Perth, Australia dan Tasmania dan Pulau Hainan ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan ISLAM CHINA, manakala Pulau Sanglang @ CEYLON (Sri Lanka) ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan Delhi Moghul ISLAM INDIA terus di angkat, selagi hayatnya di kandung badan. Kita yang mempunyai bilangan yang ramai ini musti dan wajib meneruskan apa yang telah di usahakannya seperti almarhum abah ana dan moyang kita perbuat dahulu, begitu kental iaitu berjuang menegakkan kebenaran sejarah yang telah diwasiatkan kepada mereka sehingga ke akhir hayat mereka.Semangat ini di warisi dari nenek moyang Kedah Tua iaitu DYMM Sultan Muzaffar Syah I Merong Maha Wangsa di tahun 745 masihi lagi iaitu Sultan Pertama Kedah Pasai Ma. Dan sekarang ini Tuanku Nai Long Muhammad Zaki, merupakan pengganti Waris Mutlak kepada Yang Di Pertuan Kedah Khalifah Rahman Yang Maha Mulia Yamtuan Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Nagara Kedah (@ Yamtuan Kedah Sultan Syarif Abu Bakar Syah Boromoraja Eka Taat V ( 1758-1821 ).
DI PERHIMPUNAN KETURUNAN RAJA KEDAH TUA YANG DI BUAT DI HARI RAYA KE DUA. LOKASI KAMI INI BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PULAU MAHARAJA, MEGAT DEWA DAN KOTA SEPUTIH PRESTON JOHN ATAU YANG DI PERTUAN JOHAN
Bila ana menghadiri perjumpaan minggu lepas setelah di jemput ke rumah Nai Nazrin, yang turut di hadiri oleh Tuanku Nai Long Zaki dan lain-lain alhamdulillah ana dapati Nai Mazlan telah sembuh sepenuhnya dari sakitnya. Di perjumpaan itu kami bersantai sambil menikmati kuih jamuan hari raya sambil berbincang tentang nasib Umat ini adakah terbela setelah kemangkatan Tuanku Nai Long Kasim. Nai Nazrin turut membawa kami melawat rumah Perdana Menteri Kedah Pasai Ma Tengku Kudin yang sungguh cantik pemandangannya kerana mengadap laut. Baginda Tuanku Nai Long Muhammad Zaki yang menggantikan Almarhum Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad merupakan anak saudara kandung dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya di dalam bidang pertanian iaitu nenas dan ternakan udang harimau serta ikan. Baginda seperti ana juga pernah menuntut ilmu persilatan dan antara jagoan silat di Malaysia. Tuanku Nai Long Muhammad Zaki selaku Waris Mutlak Yang Di Pertuan Kedah merupakan antara bumiputera yang Pertama membuka pusat penetasan benih udang dan ikan di Kedah di tahun 1990. Baginda merupakan orang yang fasih berbahasa Siam Kedah dan bahasa Thai telah di baiah oleh seluruh keluarga dan waris-waris Yang Di Pertuan Kedah Pasai Ma. Dengan perlantikan baginda ini usaha membela Agama, Nusa dan Bangsa dapat di teruskan dengan lancar dan teratur setelah ana berkabung selama beberapa bulan sempena kemangkatan Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim pada bulan akhir bulan Mei yang lalu. Ana yang menggantikan abah ana membantu menegakkan Sejarah Realiti, yang mana abah ana Nai Man telah hidup lama dari zaman Nai Yassin dan anaknya Penghulu Nai Mud.
ABANG IPAR ANA TAN SRI MUHAMMAD JAMIL DAN SEKALIGUS MERUPAKAN AYAH ANGKAT ANA, BAGINDA JUGA MERANGKAP BAPA SAUDARA DATO’ DR. AFIFUDDIN, HERO KAMPUNG BINJAL ASUN DI KUNLUANG. SESUNGGUHNYA BILA KITA MENJEJAKI KETURUNAN KEDAH TUA KITA AKAN MENEMUI KEGEMILANGAN KELUARGA KEDAH TUA AHLUL-BAIT TIMUR ZURIAT RAJA MERONG MAHA WANGSA TAHUN 745 MASIHI DAN KEGEMILANGAN KELUARGA INI MASIH WUJUD HINGGA KE HARI INI
Mereka ini telah lama bekerjasama meninggikan kebenaran bersama mereka termasuk melantik Nai Badlishah sebagai Sultan Badlishah ( 1894 – 1958 ) Kedah Darulaman setelah lama hidup di dalam buangan ke sekitar perkampungan Ban Kelang, Tualang, Kedah. Peristiwa ini berlaku selepas ibunya Syarifah Sofea di ceraikan oleh Raja Kedah Abd Hamid Halim Syah ( 1860-1943 ) Selepas menceraikan Syarifah Sofea, Raja Kedah Abdul Hamid Halim Shah mengahwini Jendral Manjalara anak kepada Penjajah Suhothai Kafir Buddha Bangkok Raja Chulalongkorn yang mengwujudkan Kedah Palsu di tahun 1881. Setelah kemangkatan abah ana di tahun 1979 yang di gelar ‘Orang Kaya Kota Mengkuang’, keluarga Merong tetap meneruskan gerakan pemulihan Kerabat Diraja Kedah Tua al-Jefri Merong Maha Wangsa dengan mengadakan Perhimpunan Keluarga Pertama di tahun 2001 yang turut di hadiri oleh ibu ana, abang sulung ana Dato’ Megat Ali ..., abang Megat Ahmad ... juga sepupu ana Ma ntan Mufti Kedah Tan Sri Dato' Mursyid Diraja Syeikh Majid dan abang ipar ana Tan Sri Muhammad Jamil seorang tokoh ilmuan terulung dari kampung Kunluang Asun Binjal. Tan Sri Muhammad Jamil yang sekarang menetap di Kuala Lumpur merupakan keturunan ke 5 Megat dari Kerabat Diraja Waris Yang Dipertuan seperti ana dan baginda merupakan anak tempatan Pertama serta layak mengambil alih Jawatan Pengarah Pertanian Persekutuan Tanah Melayu dari Pegawai British yang memonopoli jawatan itu walaupun selepas kemerdekaan kita dan baginda di gelar orang ‘The First Malaysian Director of Agriculture’.
UMAT INI DEKAT DI HATI PAK NGAH DAN MEGAT
AL-JEFRI DAN ANA AKAN MEMIMPIN UMAT KE ARAH KEMAKMURAN DAN KEGEMILANGAN
WLPN SESUDAH KEMANGKATAN YM TUANKU NAI LONG KASIM. SEMPENA DI TAHUN MERONG INI
KITA BERAZAMLAH UNTUK MENJAGA WARISAN
BANGSA DENGAN BAIK DAN JUJUR.
Ana tidak menghadiri Perhimpunan Keluarga 2001 itu kerana ibu ana hadir mewakili keluarga ana lagipun ana sangat sibuk pada masa itu dengan penulisan Tesis ana di UKM, Bangi dan baru pula melansungkan perkahwinan dengan Kerabat Che’ di Pantai Timur. Pantai Timur yang terkenal dengan nama Pattani Legeh merupakan kawasan yang pernah di perintah oleh Tunku Long Putera yang merupakan anak saudara Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ). Dato’ Megat Ali ... tokoh agama dan yang sangat di segani di Kota Star dan merupakan ‘The First Malay Contractor in Kedah‘ turut membina Taman Malaysia, Taman Sri Jitra, Taman Pantai Johor dan Taman paling kontroversi iaitu Taman Badlishah kerana tidak terdapat di awal perkataannya Sultan. Taman yang di resmikan pembukaannya oleh Raja Kedah Abd. Halim Syah di tahun 1984 akhirnya di tukar nama kepada Taman Sultan Badlishah setelah terdapat komplen dari sesetengah individu tentang ketidakpuasan mereka kenapa Dato’ Megat Ali ... tidak mengiktiraf Badlisah sebagai As-Sultan bagi negeri ini, perkara ini berlaku kerana abang ana menganggap Sultan Kedah hanyalah milik mutlak keluarga tertua Merong Maha Wangsa. Penukaran nama ini pula hanya di buat setelah bertahun-tahun lamanya ia bergelar Taman Badlishah dan di tahun 2002 setelah kemangkatan baginda yang berkelahiran di zaman penjajahan British 1925 baru nama bertukar kepada nama Taman Sultan Badlishah.
KEBERADAAN TENTERA SEPERTI
MALAIKAT INI BERUNIFORM KURTAH DAN BERTOPI TINGGI PUTIH IAITU TENTERA MERONG DI
ALBANI, AUSTRALIA DI BAWAH PANJI-PANJI RAJA ALI ALBANI TIDAK PELIK KERANA BANGSA MELAYU SIAM INI
MAMPU SAMPAI SEHINGGA MEKAH KEMUDIAN KE PERANCIS UNTUK MENYEBARKAN ISLAM SEPERTI
GAMBAR DI ATAS
Dato’ Megat Ali … merupakan sepupu dan kawan karib kepada Syura Tabligh Malaysia Allahyarham Tuan Guru Hj. Salleh Penanti. Dato’ Ali ... telah mengabadikan juga di Taman Badlishah ini Jalan Teratai yang betul-betul bersebelahan pula dengan Food Court di situ juga bernama Medan Makan Teratai merupakan juga Abang Saudara (Menakan) Pupu kepada Tuanku Nai Long Kasim. Yang mana bungai Teratai ini merupakan warisan agung Khalifah Rahman Ekataat Ayuthia Benua Siam Kedah Parsi Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ) dan bukannya milik kerajaan kafir Buddha Sukhothai dari Bhutan Tibet utara India. Susulan dari Perjumpaan Keluarga Merong Maha Wong Ser di 2001 maka muncullah blog yang pertama dari Kerabat Diraja Kedah Tua iaitu milik YM Tuanku Nai Long Kasim itu ‘Sejarah Nagara Kedah’ pada tahun 2005 dan blog kedua oleh Nai Mazlan iaitu ‘Empayar Benua Siam Islam Kedah’ yang mana nama ini adalah dari cadangan Kementerian Warisan Nagara Malaysia di tahun 2007. Dan di susuli oleh blog-blog Merong lainnya selepas itu seperti cendawan tumbuh selepas hujan, termasuk oleh Naim Firdausi yang sibuk dengan pengajiannya di Iran dan sekarang ini melanjutkan pengajiannya ke Indonesia. Kronologi dari itu di adakan Perhimpunan kedua di Paya Pahlawan, Kubang Pasu iaitu ‘Himpunan Besar Keluarga Merong Maha Wong Ser’ di tahun 2007 yang turut di hadiri oleh Dato’ Dr. Afifuddin yang merupakan anak saudara kepada Tan Sri Mohd. Jamil juga merupakan cucu saudara pupu abah ana. Majlis ‘Himpunan Besar Keluarga Merong Maha Wong Ser’ ini di resmikan pula oleh Dato’ Wira Johari Baharom.
Seterusnya muncullah blog ini di tahun 2010 setelah Tuanku Nai Long Kasim meminta ana menyambung usaha membuat blog kerana Nai Mazlan mengalami keuzuran sakit. Tapi alhamdulillah bila kami membuat perjumpaan di Sungai Petani iaitu sebelum Ramadhan 2012, serta ana dan Nai Yusuf ke rumah Nai Mazlan dan ke rumah Tuanku Nai Long Zaki ana dapati baginda sudah semakin sihat, semakin berisi dan kuat semangatnya. Perhimpunan seperti gambar di atas ialah Perhimpunan seterusnya yang telah di buat di bandar Tunjang pada hari raya kedua bersamaan dengan 20hb. Ogos 2012 yang lalu berdekatan dengan kawasan Kampung Pulau Maharaja bersebelahan dengan kawasan Megat Dewa yang mana di situ terdapat kota lama milik raja Kedah Tua yang telah musnah di bom oleh kerajaan British. Kawasan Megat Dewa pula berhampiran dengan Kota Siputih milik Sultan Johan Syah Berdaulat ( 1424-1448 ) yang di sanjung oleh golongan Bangsawan Barat Purba sebagai Preston John di timur. Sesungguhnya nenek moyang kita dan perjuangan abah ana yang merupakan Bapa Saudara Pupu kepada Tuanku Nai Long Kasim bersama-sama abang-abang ana yang lain yang tidak mengenal erti penat lelah membuahkan hasil dan antaranya apabila pada bulan Julai 2011, TV9 sendiri hadir merakam perhimpunan besar keluarga merong ini yang sedang lancar berlansung dan menemuramah Tuanku Nai Long Kasim sendiri untuk mengetahui secara lebih terperinci tentang sejarah nusa bangsa kita.
YANG BERBAJU KUNING CERAH
BERSEBELAHAN NAI MAZLAN IALAH TUANKU NAI LONG ZAKI PEWARIS MUTLAK KERAJAAN
KEDAH TUA, DI MANAKAH MEGAT AL-JEFRI, TAK PAYAH TANYALAH YE
Usaha
mereka ini sebenarnya di teruskan oleh ana sendiri semenjak di bangku sekolah lagi sehinggalah
ke menara gading termasuk ana membuat research di sekitar tempat pengajian ana
di Kolej al-Haram, Mekah dan Universiti Yarmouk di Jordan. Di bumi Syam yang
merangkumi Negara Syria, Palestin, Lubnan, daerah Antakiya Turki dan Mosul Iraq.
Semasa berada di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di tapak berlaku peperangan ‘Battle
of Yarmouk’ juga berkesempatan
menziarahi tapak Perperangan Muktah, kota-kota Rom dan kota-kota Islam,
kubur-kubur sahabat dan ana juga berkesempatan ke Baitul Muqaddis di tahun 1996
untuk Allah s.w.t. memudahkan ana membuat kajian tentang sejarah nusa, bangsa
dan agama kita yang tercinta. Dan di
hari Jumaat pada 22hb. Januari 2010 usaha ini di teruskan dengan pelancaran
blog ini untuk pencerahan Umat tentang Sejarah Nusa Bangsa kita. Abang ana
Megat Ahmad... yang bergelar ‘The First Malay to Own a Hotel in Kedah’ dengan berani dan faham sejarah nusa bangsa
telah menamakan hotelnya sebagai Hotel Regent bermaksud ‘Hotel Pemangku
Maharaja’ atau Raja Muda Megat Khalifatullah yang beroperasi di bandar Kota
Star Kedah. Baginda Megat Ahmad.. juga merupakan Penerima Pingat Jaksa Pendamai
adalah kawan persekolahan dan kawan karib kepada menteri Dato’ Daim Zainuddin
bekas ahli Parlimen Merbuk yang dulu merupakan sebahagian dari Pelabuhan Melaka
bagi semenanjung bertuah ini tempat di mana tersergam megah Candi Lembah Bujang,
kononnya pusat penyebaran agama Hindu, kerana candi dalam bahasa Siam Kedah
bermaksud ‘Susunan Elok Bangunan’ dan
juga tersergam utuh Gunung Jerai yang kedua-duanya ini merupakan kawasan Pusat
Penyebaran Islam yang tersohor di dunia ketika itu.
Sesungguhnya
kemangkatan YM Tuanku Nai Long Kasim dan Pertabalan Tuanku Nai Long Zaki
merupakan bukti yang Kerabat Diraja
Kedah Tua al-Jefri Merong Maha Wangsa di tahun 745 masihi dari Titisan Khalifah
Sultan Syarif Syah Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat
Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ) masih wujud terpelihara oleh Allah s.w.t. dan tetap
mekar serta suci terpelihara Salasilah Kesultanan Kedah Pasai Ma walaupun ada
pihak yang cuba mencemarinya mengaku dari keturunan ini. Kita tunggulah
bersama-sama pergerakan seterusnya Keturunan Syah Alam ini di episod-episod
seterusnya untuk mewujud kemakmuran dan keselamatan rantau kita yang di akui
oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana
di bawah maharaja Preston John atau Pertuan Johan iaitu Yang Di Pertuan Raja
Siam Islam Rama Tibodi II atau
di gelar orang Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni
Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Ahlul-Bait
Timur. Empayar Teratai ini yang rakyatnya sehingga sekarang di gelar ‘Penghulu
Segala Bangsa’ kerana bersopan santun sentiasa sentosa dan selamat terpelihara
dari kejahatan di laut dan darat. Hatta di dalam pelayaran laut dalam sekalipun,
kerana rakyat di zaman Sri Johan
Berdaulat atau The Preston John ini kebanyakannya suatu bangsa yang bersopan
santun dan takut melanggar perintah Allah s.w.t. turun temurun sehingga ke
keturunannya mutaikhirin ini iaitu Tuanku Nai Long Zaki anak saudara kandung
kepada allahyarham Tuanku Nai Long Kasim. Kepuasan Pak Ngah Tuanku Nai Long
Kasim berjuang menegakkan kebenaran sejarah yang telah diwasiatkan kepadanya
sehingga ke nafas yang terakhir sungguh mengkagumkan. Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atas roh Almarhum baginda di sana, aaamin.
Salam Hormat kepada Tuan , setelah lama mendiam tanap sebarang berita disini akhirnya muncul semula dengan aritkel yang lebih bersemangat kepada kami semua waris-waris Almarhum Sharif Yang DiPertuan untuk sama-sam berjunag menegakkan kebenaran dalam sejarah Realiti Nagara Kedah Pasai Ma . Syabas Tuan Megat teruskan lagi usaha anta semuga di berkati Allah hendaknya. Amin.
BalasPadamajoi Imran telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BERSAMA DENGAN BLO... " anda:
BalasPadamRaja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yg memerintah China d tahun 626. Baginda memeluk Islam d tangan Saad Bin Abu Waqas r.hu dan datuk kpd YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Pemerintah slps baginda merupakan Penjaga Ribat d Timur. Separuh rakyatnya beragama Buddha
maafkan sy tuan, dr petikan tulisan di atas..sy agak terkejut apabila membaca tentang iskandar zulkarnnain. maaf sekadar bertanya....setahu dan apa yg sy pernah pelajari hanya ada 313 nabi sahaja....dan nama I.Zulkarnain tidak termasuk dalam senarai nabi. mohon tuan tlg jelaskan..tentang hal ni.
Dicatat oleh ajoi Imran ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 16 November 2012 5:41 PTG
koya ilam Harun telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 10 DARI WARIS ... " anda:
BalasPadamassalamualaikum...saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sultan ismail raja siam dr susur ank pertama raja madzafar...harap kalian dapat menbantu saya..
Dicatat oleh koya ilam Harun ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 2 November 2012 6:32 PG
naitekpi telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BHG. KE 3 BERSAMA ... " anda:
BalasPadamassalamua'laikum
YM Nai Megat,
Alhamdulillah, satu penceritaan sejarah yg secara kebetulan sama seperti hipotesis saya berkenaan Silat Warisan Panglima Kedah sepertimana yang saya bincangkan dengan YM tempoh hari. Saya tak tahu pun YM buat artikel ini. Allah SWT Maha Kuasa memberikan saya peluang untuk membaca sejarah realiti ini.
Cuma mungkin ada sedikit kekeliruan dari segi pepecahan demi perjuangan yang berlaku diantara Panglima Taib dan Panglima Rashid. Didalam artikel YM disebut Panglima Taib berundur ke Kerian manakala Panglima Rashid di Baling.
Untuk makluman YM semula, sepertimana yg saya beritahu tempoh hari, menurut sejarah yang diwarisi oleh Cicit kepada Panglima Taib iaitu Pakguru Hj. Sani bin Zainol Abidin (yang masih menetap di Baling, iaitu di Kg. Siput), Panglima Taib dan Panglima Rashid memang telah berjanji untuk berpecah hingga tidak bertemu sealiran sungai. Allahyarham Panglima Taib lah yang terus menetap di Baling, berkhidmat di Baling dan menurunkan ilmu persilatan Almarhum Raja Ismail kepada org Baling. Warisan ini dipelihara dengan kemas dan rapi oleh anak tunggal Panglima Taib iaitu Allahyarhamah Siti Aminah, yang pernah diberi gelar Srikandi Kedah. Pada waktu beliau, org kampung menggelar persilatan ini sebagai Menela. Kemudian diwarisi pula oleh anak Siti Aminah iaitu Allahyarham Hj. Zainol Abidin, yang juga merupakan Sepupu kepada Allahyarham Pak Yahaya Said, iaitu pewaris persilatan Almarhum Raja Ismail yang telah diwariskan kepadanya oleh Allahyarham Panglima Rashid. Pada waktu Hj. Zainol lah persilatan ini dinamakan sebagai Silat Tekpi disebabkan permainannya menggunakan senjata Tekpi, senjata kegemaran Panglima Taib. Kemudian apabila anak Hj. Zainol iaitu pewaris sekarang, Hj. Sani mengambil alih teraju persilatan daripada ayahnya lah persilatan ini didaftarkan sebagai Silat Kuntau Tekpi untuk membezakannya dengan silat2 lain pada waktu itu yg juga menggelar ilmu mereka sebagai Silat Tekpi tetapi bukan dari warisan Almarhum Raja Ismail Kinta.
Sekian dahulu dari Nai Mir Tekpi....
Dicatat oleh naitekpi ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 15 Oktober 2012 12:08 PTG
mara telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U... " anda:
BalasPadamYG BENAR TTP BENAR YG BATIL PASTIKAN MUSNAH.SEMOGA ALLAH MEMELIHARA TUAN DN SELURUH KETURUNAN BANGSA MELAYU DIALAM INI.
Dicatat oleh mara ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 23 September 2012 3:32 PG
Assalamualaikum....Nai Megat,terima kasih dengan artikel terbaru...Ana dah baca selepas dapat mesej tempohari....x sempat nak balas....sebab duk perhati peristiharan bandar Muar jadi bandar D raja..Katanya bandar ini adalah berusia 125 tahun..Betulka?Muar dalam bahasa Siam adalah Topi Raja Siam(Mongkut)..Istana Bukit Tereh yg di musnahkan ada d sini...rasanya usia dah lebih 500 tahun...12 Ogos 2012 hingga ke belakang 12 Ogos 1887...genaplah Puak Temenggung Rakhine mengambil alih pemerintahan dari Paduka Seri Sultan Raja Yusuff Al Mahadi yg juga sepupu kepada DYMM Tuanku Sultan Jaafar Mad Azam Syah yg dibunuh mereka...kemudian menggelarkan mereka Sultan Iskandar,makluman mereka mengambil nama Iskandar dari Megat Iskandar yg mereka bunuh..Puak temenggung Rakhine ini kemudian berpakat dengan British dan Menggelarkan diri mereka Maharaja Johor...Negeri Ciput....perasan jadi Maharaja?kemudian dari puak ini turunlah turunan yg menjadi idola antaranya...Perak lawan Johor dalam bolasepak di Johor,pergaduhan berlaku .1 kayu hoki dilibas ke penjaga gol Perak...Ada juga idola ini yg menunggang kuda,tetiba sebuah bas melintas,lalu tembak tayar bas..ada juga idola bila bola golf x masuk lubang...adik prebet ....jadi mangsa...d golfnya adik itu hingga mati...semua ini INNALILAHHIWAINNAILAIHI ROOOJIUUNNNN...ORANG ORANG 1 MALAYSIA TAHU INI.Persoalannya:kenapa yg mereka ini mengaku kononnya Ahlul Bait Dari Keturunan Nabi Muhammad buat sesuatu yg lain dari ajaran Nabi dan Rasullulah?kenapa Blogger diam?sebab Allah x kata apa kot..Kenapa Mufti diam?kenapa kenapa kenapa?las tinggal celepa dan ketog.Adakah ahlul bait ini akhlaknya?sebagai contoh Rejim Syiria pernah mengebom bandar dan membunuh orang awam pada masa bapanya menjadi Raja..beribu orang mati..kemudian anaknya...rakyat mati juga...ingat...apabila janji Allah sampai pasti kalian dan manusia durjana yg lain akan di musnahkan Allah..sekian wassalam..
BalasPadamThursday, September 6, 2012 3:24 PM Nurul Iman telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " ONE KHALIFAH : SURAT TUNTUTAN 1, YM TUANKU NAI LON... " anda:
BalasPadam• Lahirnya "BANGSA MELAYU":
(1) Baginda (Raja Muzaffar Shah 1 / Maharaja Phra Ong Maha Wanser) berkenan menerima Talqin menanggung bebanan Agama Islam atas dirinya sepertimana kewajipan yang terkandung dalam Kalimah Taqwa. Lalu Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi hadir ke hadapan Baginda, kemudian Talqin ia Dua Kalimah Syahadah 3 kali, lalu diikuti oleh Baginda 3 kali, lalu Syeikhnya menukar nama Baginda kepada: "Raja Muzaffar Shah" serta membimbing dan melatih Baginda kepada asas pendirian ilmu dan amalan menumpu sepenuhnya kepada memelihara Agama, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Wilayah Takluknya.
(2) Baginda dan Gurunya serta sahabat2 mengIslamkan pula Para Pembesar Istana serta rakyat jelata secara MASSAL.
(3) Mereka semua dikumpulkan di dalam satu kumpulan yang asal menerima Agama Islam kemudian disatukan sebagai "Ahli Jawi Bangsa Kebangsaan Berpegang Teguh Agama Islam", di sinilah mula lahir harapan dari kalangan "Ahli Jawi Jadid" yang ingin kewujudan generasi bangsa manusia Agong menjadi satu keturunan, satu agama dari kelompok Ahli Jawi Jadid dalam hidup dan kehidupan berkembang biak memenuhi ruang pelosok dunia dalam tamadun kemanusiaan, di sinilah mulanya kewujudan: "BANGSA MELAYU" di Negeri Atas Angin dan Bawah Angin (Dinasti Nusantara).
(4) Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah adalah manusia Agong yang Pertama dari Kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong (Melayu), maka dari;
"Agama Islam lahir Melayu,
Nobat Sultan Raja Melayu,
Raja Melayu Bapa Melayu,
Anak Melayu Warga Melayu"
(5) Baginda dan Gurunya melakukan proses cantuman pelengkap sehingga menjadi sebati, satukan keturunan Bangsa2 yang terdapat dalam Wilayahnya, melahirkan satu sahaja keturunan yang rasmi ISLAM MELAYU MELAYU ISLAM, jadi Satu Keturunan Satu Bangsa Satu Agama hingga qiamat, lalu Baginda mesyhurkan ke Dunia Antarabangsa dengan rasmi bahawa keturunan Islam Melayu Melayu Islam (Warga Melayu) yang berpegang teguh kepada asas pendirian hidup dan kehidupan mereka itu tidak terhenti atas sesuatu susunan atau langkahan setiap masa.
(6) Selepas wafatnya Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi, Guru Murabbinya (Manusia Agong yang terpilih di akhir zaman) Sultan Aulia' Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah segera datang menziarahi makam Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi beberapa kali di Puncak Gunung Jerai (Padang Tok Syeikh), serta mengunjungi Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah, lalu mengangkat Baginda menjadi Pengasas Pendirian Daulah Kebesaran Manusia Terpilih sebagai Ketua Pemerintah yang memakai pakaian Daulah Kebesaran Manusia Agong, lalu diNobatkan membawa gelaran "SULTAN" di Alam Melayu. Lalu dibuat pengisytiharan Raja Pertama memakai nama: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Muzaffar Shah, Raja Pemerintahan Negeri Kedah, kemudian Baginda Tuanku dimasyhurkan sebagai Pengasas Pendirian Kesultanan di Alam Melayu.
(7) Dengan sebab yang demikian itu tidak boleh dinafikan bahawa Baginda Tuanku Sultan Muzaffar Shah adalah "BAPA MELAYU".
(8) Oleh yang demikian.. wujudnya "MELAYU" adalah SELEPAS kedatangan ISLAM 531Hijrah/1136M (Dinasti Nusantara) dan BUKAN sebelum kedatangan ISLAM... mana2 Bangsa yang menerima Islam samada India, Cina, Kadazan, Parsi, Monggol, Arab, Iban dan lain2 di alam ini di namakan "MELAYU"...
(9) Ada sesetengah mengatakan dirinya "Masuk Melayu" @ "Masuk Jawi" setelah ia menerima Islam sebagai Agamanya.
(8) Wilayah Gugusan Kepulauan Melayu di antara Negeri India dan China disebut "ALAM MELAYU"
"ISLAM MELAYU MELAYU ISLAM"
Dicatat oleh Nurul Iman ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 6 September 2012 12:24 PG
Assalamuaikum..
BalasPadam1 recipientsCC: recipientsYou MoreBCC: recipientsYou
Hide Details FROM:hercules dawood Assalamualaikum....
Kami jemaah ada di Greece dihantar buat dakwah di kepulauan crete di meditreanian. Kami naik kapal mewah disambut oleh pak arab. usaha di greece jemaah kami antara yang mula menerokai usaha dakwah di sini, pak arab hairan kami boleh baca Quran, agama lebih dari depa lagi, depa hormat kami, kami rasa macam orang alim besar padahal kami cokia saje. Allah pilih kami dan anta juga, insya Allah niat fikir seluruh alam, jangan takut keluar duit banyak2, boleh bayak kota2 lama dan benda2 pelik2 kat sini. insya Allah doa.
Wassalam.
Salam YM Megat Khalifatullah
BalasPadamPatutlah maklumat sejarah cukup bertenaga rupa2 nya kaum kerabat Megat pula org2 tua lama yg berketerampilan dan golongan intelektual.
Syabas YM Megat,,,teruskan perjuangan anda
walaikumusssalam semua iaitu ayuthaya, ajoi,koya ilam dan nai tekpi...
BalasPadammaaf lambat jawab, sebenarnya ana baru balik dari pattani semalam bersama 20 org ulama kedah membalas kunjungan 24 org baba ulamak pattani ke kedah bulan lepas. di sana kami menziarahi pondok posan muslihatul islam, pondok tok jong, pondok aziz stan, pondok tasik baba amanu, pondok baba zed, pondok dalor, pondok kerasak dll dan paling best ana dapat pi ke kota langkasuka d yarang @ jarang atau JERAI di samping mendengar penjelasan dan perbincangan sejarah dari dari pakar sejarah pattani iaitu prof. dr ... mail dari universiti prince of songkla yg d hantar khas kpd jemaah kami khususnya ttg sejarah pattani. sungguh mengsayikkan...
amboi panjaqngnya ulasan nai mir tekpi, kirim salam kat ayahanda anta dato' dr afifuddin kerana menghantar anta meneruskan tradisi keluarga kita menuntut ilmu d negara luar iaitu australia dan kelangsungan silat tersebar di sana dari semangat moyang kita MAHAraja merong maha wangsa. bahagia nampak kat sana. bila nak balik sini, kita ziarah sama2 di rumah tan sri muhammad jamil, WASSSLAM.
walaikumusssalam juga pada mara, nai long din, nurul iman, hercelus dawood dan nagaapi...
BalasPadamtrima kasih kpd mara atas sokongan anda.
kpd nai long din syabas di kefahaman sejarah yg tinggi dan bersemangat.
juga kpd nurul iman utk pengetahuan saudari muzaffar 1 bernama merong maha wangsa dan bukannya firaun atau phra ong spt yg d tulis oleh musuh2 allah barat. tahunnya pula bukan 1136 spt buku yg d tulis hanya d tahun 1925 oleh kuli raja abd hamid halim syah kedah tapi d tahun 745 d zmn tabi tabiin.
amboi che wood dah pakai nama hercules pula ka ? p brapa hari d sana, 4 bln ke 7 bln ke atau setahun. patut lama taknampak d ulasan. minta maaflah nak habag sikit... hercules tu nama abg kpd askar Theodore, Panglima besar Rom yang kalah prang yarmouk kpd panglima besar khalid r.hu. Maharaja Rom, Hercules yg mana tenteranya ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah dikalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai kalah kpd tentera khalid al-walid yg hanya barjumlah 41 ribu org shj dlm masa 6 hari aja tentera raja rom hercules ni musnah. jadi moralnya jgn lah guna nama org rom tu, takhebat manapun ye.
trima kasih daun keladi kpd nagaapi dan jazakallah atas sokongan anda itu. HAZA MIN FADZLILLAH- iaitu ini KELEBIHANanugerah dari allah, wassslm.
Assalamualaikum Abe Megat.,
BalasPadamSelamat kembali. Terima kasih Abe Megat kerana muncul semulo setelah lama menghilang. Mengenai surat ajoi tak dijawab Abe Megat, dah lupo ke nak jawab tentang bilagan nabi ni.
Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat tahun baru 2013 dari kami sekeluarga.
dah tak ado artikel ke ingatkan nak baca artikel baru bulan ni. Terima kasih
Al-Banjari telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U... " anda:
BalasPadamsalam..saya amat tertarik tentang keilmuan tuan dalam menulis sejarah berpandukan agama..saya sedang menulis penulisan tentang kronologi masyarakat Guar Kepah hingga ke pengkalan Bujang..saya amat tertarik untuk mengetahui Kedah Tua dari perpekstif Islam kerana kebanyakan sumber saya adalah arkeologi..jika tuan sedia berkongsi dan bersua dengan saya tentang kebenaran ilmu..saya tinggalkan email saya..termizi_hasni@yahoo.com..saya mengharapkan pertemuan kita adalah kerana keredaan Allah..
Dicatat oleh Al-Banjari ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 20 Disember 2012 9:36 PG
waalaikumsalam cik sofea...
BalasPadammaaf kerna lupa nak jawab soalan saudara ajoi tu, sebenarnya nabi2 tu banyak lbh kurang 124.000 anbiyak di hantar ke dunia ini, jadi antara nabi yg kita tak wajib tau tapi ada dlm hadis nabi ialah nabi LUKMAN AL-HAKIM, nabi UZAIR, nabi ISKANDAR ZULKARNAIN, nabi GEORGE atan JURAIJ dln bahasa arabnya, nabi JACKSON iaitu pengikut isa a.s.dll, sekian wssslm.
Askm Abe Megat,
BalasPadamTahniah dan terima kasih abe Megat Kalifatullah, syok baca tentang keluarga abe di blog ni dan ni satu penulisan sejarah antara terbaik yang pernah saya baca.
trima kasih atas sokongan saudari sofea...
BalasPadamttg penulisan sejarah ini insyaallah ana akan hidangkan maklumat yg terbaik utk tatapan cik sofea dan umat tercinta, wssslm.
askm
BalasPadamTuan hamba Megat,
salam perkenalan, Raja pertama bergelar nabi ialah Raja Iskandar Zulkarnain dan beliau org Islam. Al Quran d masa itu belum diturunkan untuk di bariskan oleh para sahabat dan tabien, kitabnya ialah suhuf-suhuf nabi ibrahim a.s. sekian.
Nama Asal Kedah bukan KADAHA dan KADARAM. Dulu moyang kita membawa masuk agama dgn susah payah, . Ini bermaksud di zaman dahulu mereka susah utk agama jadi kita pun perlu menyucikan sejarah meraka, bahasa dunia ialah bahasa adam iaitu bahasa arab. Tapi tempat di Malaysia sebenarnya di berikan nama dgn bahasa Arabaya spt Sabah - Sabaha (suci), Malaka (Raja). Agama nabi telah dirosakkan apabila org munafik bergabung dgn Inggeris. Hamba ini umat nabi Muhammad dan hamba akan tuntut setiap inci Nusantara juga tanah Malayu Malaka ini samada dgn baik atau dgn kasar agar menjadi al-quran dan sunnah.
BalasPadamselamat dtg ke blog ini pak indra semoga sentisa berjaya d dunia dan akhirat. wassslm.
BalasPadamSalaam ust.. Lama x singgah dlm blog ni al maklumlah komputer rosak.. Takziah diatas kemangkatan Nai Long Kasim. Muga ust tabah n teruskan perjuangn demi agama islam tercinta
BalasPadamsalam tuan...saya nk bertanya...adakah perkaitan dgn waris2 keturunan raja jembal yang bertebaran di terengganu dan kelantan???ingin tahu...sbb saya xberapa tahu n fhm..
BalasPadamSalam tuan, sya anak jati Kg Titi Hj Idris amat brbangga dgn blog ni. Teruskan usaha tuan. -
BalasPadamAssalamualaikum... mohon tuan dapat jelaskan tentang keturunan raja satun yang sebenarnya untuk rujukan anak2 Tengku Abdul Jalil@Hamzah bin Tengku Saad bin Tengku Musa
BalasPadamLongsim ayah agkt ana..lincan
BalasPadamMelayu bukan bangsa tapi bahasa dunia
BalasPadamJawi agama islam hanif nabi ibrahim
Adakah ini tepat tuan?