‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’ GAMBAR BERTARIKH 1598 KELIHATAN KAPAL
KERAJAAN NAGA ‘A CHINESE JUNK’ ATAU JONG
CHINA SEDANG BERLAYAR DENGAN PANJI-PANJI ISLAM DAN MEMANG BENAR PENGGANTI DATUK
YTM RAJA MERONG MAHA WANGSA IAITU TAI ZHONG ( 599-651 ) DAN SEMUA RAJA-RAJA DI CHINA
BERAGAMA ISLAM UNTUK MEMASTIKAN PANJI ISLAM DAN HUKUM ALLAH S.W.T. TERUS TERPELIHARA
DI MUKA DUNIA
Alhamdulillah bersyukur
kepada Allah Azzawajalla kerana di beri kesempatan menulis di dalam blog
walaupun sibuk dengan aktiviti Umat iaitu 10 hari beriadah di sekitar Baling,
Kota Kuala Muda dan Merbuk. Di Tahun Merong ini berbagai-bagai peristiwa ajaib
yang berlaku tanpa di jangka oleh kita, antaranya kematian ibu Tuanku Nai Long
Kasim, rejectnya cucu Mat Daban setelah mendapat maklumat dari kawan-kawan
tercinta terutamanya dari Daus Besi yang sekarang ini sibuk di negara jauh
Surinam, Amerika Selatan bersebelahan negara Brazil, berlakunya Perhimpunan Zon Utara Masjid Pokok
Sena Pak Kio, kemangkatan YM Tuanku Bendahara sendiri serta pertabalan Tuanku
Nai Long Zaki, jamuan besar-besaran Keluarga Merong Maha Wangsa di Tunjang dan
lain-lain yang merupakan kesinambungan perjuangan sahabat nabi s.a.w. Saad Bin
Abi Waqas di bumi China. Dinasti Tang yang pada masa
itu di perintah oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong (
599-651 ) yang memerintah China di tahun 626 masihi dan merupakan datuk kepada
YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Kemasukan raja ke dalam agama Islam oleh Raja China Sai
Tee Sung di tangan sahabat nabi s.a.w. Penakluk Empayar Parsi iaitu Saad bin
Abi Waqas r.hu ( 595-664 ) di sekitar
tahun 650 masihi. Dengan keislaman baginda raja ini, seperti orang Islam yang
lain baginda juga memastikan pengganti baginda juga seorang Islam sepertinya.
Begitu juga dengan semua raja-raja China mereka akan memastikan
pengganti-pengganti mereka juga seorang Muslim untuk memastikan Hukum-hukum
Allah dan Panji-panji Islam dapat di tegakkan di negara sehingga ke hari kiamat.
Tidak ada pemerintah Islam sebegitu bodoh membiarkan pengganti-pengganti mereka
beragama kafir walaupun anak mereka sendiri seperti yang di anggan-anggan oleh
Kafir Harbi Presiden Mao Tze Tong ( 1893-1976 ) dan penulis-penulis Orientalis musuh-musuh Allah ini.
NAGA IALAH BINATANG YANG JINAK TETAPI DI GERUNI ORANG KERANA SIFAT
MATANYA YANG TERSEMBOL TELAH DI HANTAR
KHAS OLEH ALLAH S.W.T. KE MUKA DUNIA INI MERUPAKAN BINATANG PEMBANTU NABI
ISKANDAR ZULKARNAIN A.S. DAN PENJAGA NABI MUSA A.S. SERTA ADAPULA DI PEDANG
RASUL S.A.W. SEKARANG MENJADI BINATANG SEMBAHAN PUJAAN OLEH ORANG-ORANG CHINA
KAFIR
Berbalik kepada 10 hari
kami di Baling, kami berpeluang ke Mukim Siong serta mandi manda bersama
keluarga di Air Panas di Ulu Lenggong dan kebetulan pula Surau yang kami duduki
itu betul-betul bersebelahan sungai
bukit yang segar airnya seperti di sungai Janda Baik, Pahang kebun buah-buah
milik ayah angkat ana Tan Sri Muhammad Jamil.
Di Taman Tema Air Panas Ulu Lenggong itu kami seramai 6 pasang tidak di kenakan
bayaran ‘ Terima Kasih Daun Keladi ‘
kerana ada di antara mereka mengenali ana dan bila di tanya mereka memaklumkan
ada melihat wajah ana di blog mass media. Patutlah sejak kebelakangan ini ramai
yang ingin bergambar dengan ana dan sering memberi salam kepada ana di pekan
Jitra dan Kota Star termasuk di pasaraya
yang ana sering kunjungi seprti Tesco, Giant dan Pasific. Ana
agak gambar ana ini mungkin di dedahkan oleh orang-orang ana dahulu yang
menyebabkan ana menjadi sohor sekarang ini. Budak ini yang dulunya di ambil
oleh ana untuk menyiapkan sedikit sebanyak tugas-tugas ana untuk Umat tercinta
tapi tidak di ambil semula untuk bersama ana kerana terbukti dia ini dari
musuh-musuh Allah wal EWYA zubillah
iaitu musang berbulu ayam. Tapi jika kita melihat secara positif bagus juga
sebab ana jadi glamour tanpa bersusah payah. Lagipun nabi s.a.w. pernah
bersabda ‘ Seseorang yang tidak mahu di kenali tetapi di dedahkan juga oleh
orang ini merupakan hadiah masyhur dari Allah taala ‘. Semasa ana bersama kakak
ana dan baginda dulu kami sering ke
Janda Baik setiap hari Sabtu dan Ahad melintasi Terowong High Way Karak yang
bagi ana pada usia 10 tahun ketika itu satu pengalaman yang manis dan
menakjubkan. Baginda seorang insan yang hebat serta warak yang ana panggil ‘Bapak’ dan kakak ana Puan Sri Asiah sering bercerita
pengalaman mereka dahulu dan sejarah realiti sebelum kami sampai ke kebun bua-buahan
mereka yang turut mempunyai 5 kolam ikan tilapia hitam dan merah.
KAKAKKU PUAN SRI ASIAH BERSAMA TAN SRI MUHAMMAD JAMIL DI ISTANA
NAGARA LAMA, KUALA LUMPUR
Ana yang di pelihara oleh
mereka sejak kehilangan abah akibat sakit tua ketika ana berusia 9 tahun ‘ Bagai Mengantuk di
sorongkan Bantal ’ hanya menurut sahaja ke mana mereka pergi kerana anak mereka
sudah besar dan sibuk dengan pengajian masing-masing di luar negara. Kita
tinggalkan dahulu kenangan manis ana bersama kakak ana itu dan semasa di Laguna Merbuk kami di hebohkan dengan
penemuan 40 buah kapal di Taman Sejarah Nagara di Sungai Batu dan Lembah
Bujang. Jadi esoknya kami tanpa membuang masa terus ke tapak carigali
menziarahi tapak aerkologi Sungai Batu untuk mengetahui keadaan yang
sebenarnya. Di sana kami di maklum 5 lubang baru hendak di gali tapi masih
dalam proses menaikkan khemah di kelima-lima lubang tersebut. Kami juga di sana
berkesempatan menziarahi makam Mujahid Agung zaman silam juga suami kepada
Syarifah Mariam iaitu Sultan Muzaffar Syah Merong Maha Wangsa. Setelah itu kami
di bawa oleh orang tempatan ke masjid purba yang bertarikh 900 masihi.
Sesungguhnya kehebatan Raja Merong Maha Wangsa menyiar Islam di blok sebelah
sini di bawah naugan kerajaan Naga sungguh mengkagumkan tapi di nafikan
habis-habisan oleh sejarawan Barat dengan mengatakan ianya bukannya masjid tapi
kuil hindu dan Islam di semenanjung ini pula hanyalah di tahun 1400 dengan melupakan sejarah
Islamnya Kedah Phra Ong di tahun 1136 masihi yang juga di cipta oleh mereka
yang raja ini asalnya juga beragama Hindu seperti cerita dongeng Barat Hindunya
Parameswara. Usaha Sultan Muzaffar Syah 1 @ DYMM Merong Mahawangsa menyebarkan Islam
menjadi induk Islam di Nusantara ini berada di Kedah, Pelabuhan Melaka yang
sebenar. Dan daripada jalan pintas dari Laut Kedah atau Selat Melaka ke Laut
Champa atau Laut China Selatan itulah pendakwah-pendakwah membawa syiar Islam
sehingga ke Oceana.
NAGA TIDUR YANG JELAS TERPAMPANG DI SURAT KHABAR PERDANA MERUPAKAN
BUKTI KEWUJUDAN NAGA LAMBANG KEKAISARAN RAJA CHINA ISLAM RAJA TAI ZHONG DAN
ANAKNYA SHEIKH HUANG TI @ LI SHIH MIN @ RUM CHIN SER WONG YG. MERUPAKAN TOKOH
YANG TERSOHOR DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH SEPERTI ZURIAT MEREKA RAJA MERONG
MAHA WANGSA
Sekarang mari kita ke
persoalan utama iaitu apa itu Merong atau Naga ? Adakah ianya sejenis Dinasour
atau sejenis Ular ? Di zaman manakah ia mula muncul ? Benarkah ianya wujud ? Di
sini kita dapat melihat kekaburan umat akhir zaman ini tentang perkara ini yang
sebenarnya satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Di Barat, Naga difitnah
sering dijadikan kisah makhluk yang mengganggu ketenteraman manusia. Naga di
anggap ganas. Ia di anggap hidupan yang menakutkan. Ada beberapa pihak mendakwa
pernah raksasa ini merayau dan timbul di permukaan air dan ada yang telah
terlanggar suatu objek aneh ketika belayar di lautan. Pengalaman
penyelidik ikan Paus dan Jerung di tahun
2003 memasang umpan bekas berbau darah hanyir yang terus di kerumuni oleh
ikan-ikan Jerung yang turut di pasang kamera. Tidak lama kemudian di kedalaman
lautan 1,500 meter dari paras laut satu objek besar telah melalui kamera mereka
menyebabkan ikan-ikan jerung tadi bertempiaran lari. Peristiwa ini telah di
rakam oleh kamera mereka dan mendapati raksasa besar sepanjang 60 meter sedang
melalui kamera mereka. Di Timur pula, Naga
adalah makhluk yang menyebabkan kekayaan serta keuntungan dan haiwan yang
menyeramkan kerana sifat matanya yang tersembul tapi Naga sebenarnya seekor
binatang yang Pengasih dan Adil. Naga berbadan yang menyerupai ular tapi punya
kaki dan cakar ini berperanan sebagai pelindung Umat. Kebanyakan legenda
tentang naga berasal. tinggal di laut / sungai yang dapat juga menyebabkan
banjir naga sangat dekat dengan lambang kekaisaran atau Kaisar. Di Jepun, para
penyelidik yang melakukan kajian di Teluk Suruga iaitu salah satu tempat paling
dalam di dunia terkejut apabila melihat seekor raksasa laut melintasi kamera
mereka.
KEHEBATAN MERONG NAGA LAUT MEMBANTU MENGUATKAN AGAMA SUNGGUH HEBAT
SEHINGGA IA MENJADI METOS DAN LAGENDA BAGI BANGSA-BANGSA SELURUH DUNIA
Sebenar kewujudan Naga
bermula di zaman nabi Iskandar Zulkarnain a.s. apabila Naga ini menyemburkan
api untuk meleburkan ketul-ketul tembaga untuk menyiap dan memplaster Tembok
raksasa pada masa itu. Naga ini sejenis haiwan
bersaiz besar, kuat dan memiliki kuasa mistik serta ajaib tidak seperti
haiwan-haiwan yang lain. Ia memiliki mata yang berapi tersembul yang
mengerunkan pada sesiapa yang melihtnya buat pertama kali. Ianya Ia mempunyai
kepak serta mampu terbang tinggi dan laju sehingga melepasi awan dan mampu
menyelam ke dalam air sungai sehingga ke dasar lautan. Ia memiliki batu Mutira atau
Geliga yang sesiapa memiliki bola mainannya ini akan memiliki kuasa mistik yang
hebat seperti Raja Iskandar Zulkarnain dan panglima-panglimanya seperti nabi
Khidir a.s. dan nabi Ilyas a.s. Naga memiliki kaki burung Helang dan terdapat
tanduk di kepalanya seperti Rusa. Ia boleh bercakap-cakap dan memahami
bahasa manusia. Seluruh badannya
dipenuhi dengan sisik Ikan serta bertelur dan sesetengah Naga mempunyai kepala
7 serta mampu hidup di dalam air. Naga yang matang dan tua memiliki janggut
serta misai yang panjang seperti ikan Keli. Ceritanya bukan hanya terdapat di
Quran dan Hadis malah kajian mendapati ianya turut di kisahkan 30 kaum dari
berbagai bangsa memperkatakan tentang Naga di dunia ini yang menepati seperti
ciri-ciri di atas dalam bentuk lagenda dan mitos antaranya sebagai penjaga
harta karun dalam lagenda Kota Baghdad Kisah 1001 Malam dan Lagenda Greek
Purba. Saintis mempercayai terdapat 2 bilion jumlah keseluruhan spesis di
lautan. Jadi kewujudan Naga dengan penemuan beberapa raksasa yang memiliki rupa
yang menakutkan di kawasan yang gelap serta dasar lautan Tasik dan Laut yang
dalam kerap kali terjadi. Dan saintis juga kerap menjumpai pelbagai kehidupan
pelik dan purba di dasar laut seperti Micro Algae, Diatom, Geo Duck dan
lain-lain lagi.
DARI TONGKAT NABI MUSA A.S. TELAH MENJELMA MERONG NAGA YANG TERLIBAT
DENGAN KERJA DAKWAH UNTUK MENYEBARKAN AGAMA ILAHI
Naga juga muncul di zaman Firaun raja Mesir semasa nabi Musa a.s. berjuang menyebarkan Islam di bumi Piramid
berkenaan. Allah menjaga keselamatan baginda sehingga dikala baginda tidur, di
datangkan Merong 2 ekor dari tongkatnya
bila baginda nabi Musa a.s. nyenyak tidur untuk menjaganya. Kayu Tongkat baginda
di sepakati oleh kebanyakan ulama dari pohon syurga yang di bawa turun oleh
nabi Adam a.s. ke muka bumi. Ianya di simpan oleh setiap nabi-nabi setelah
kewafatan nabi Adam a.s. untuk di wariskan kepada nabi Musa a.s. Tongkat Nabi Musa a.s. yang sebelum ini di dalam simpanan nabi
Syuaib a.s. tanpa di sedari oleh Musa a.s. kerap kali membantunya melicinkan
tugas harian antaranya menjadi 2 ekor Merong bila baginda nabi a.s. tidur utk
menjaganya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah menceritakan darihal tongkat ini pernah
bertukar menjadi 2 ekor Merong ketika nabi Musa a.s. tidur dan melompat masuk
ke dalam sungai serta membunuh musuh nabi Musa a.s. yang tidur berdekatan
dengan sungai berkenaan. Jika baginda dahaga ia akan minum madu dari salah satu
hujung cabang tongkat berkenaan dan air susu pula dari cabang yang lagi satu.
Jika ia lapar Nabi Musa akan memukul bumi maka akan muncul hidangan
syurga untuknya. Semasa Firaun laknatullah telah memanggil semua ahli sihir
handal dikumpulkan untuk mengalahkan Nabi Musa, ahli-ahli sihir Firaun
mencampakkan tali – tali dan tongkat yang berubah bentuk menjadi ular – ular
yang banyak. Nabi Musa kemudian mencampak tongkatnya dan menjadi ular yang besar
iaitu Naga lantas ia memakan dan menelan kesemua ular-ular ahli sihir tersebut.
Kesemua ahli sihir Firaun itu kemudiannya insaf dan beriman pada tuhan sekalian
alam selepas peristiwa ini.Cerita ini di ceritakan sendiri
oleh Allah yang berrfirman artinya: “Dan lemparkanlah apa yang ada di
tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa
yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang
sihir itu dari mana saja ia datang.” . Dengan mukjizatnya menukarkan
tongkat menjadi makhluk yang hebat iaitu Big Snake atau Merong Naga sebenarnya
memudah dan melancarkan lagi baginda Musa a.s. menyampaikan dakwah dan kebenaran agama Ilahi.
MERONG NAGA LAUT IALAH KEHEBATAN ARMADA LAUT BANGSA MELAYU TUA SERTA
PENGUASAAN KE ATAS PERAIRAN MARITIM DUNIA MENGGERUNKAN MUSUH DAN WARISAN INI MASIH
ADA DI ALAM PERSILATAN MELAYU
Di zaman nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w. (
571 – 632 ) wujud Pedang yang mempunyai dua kepala Merong Naga. Ia merupakan Pedang
Pusaka dari ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib yang bernama al-Maksur. Sebelum
baginda di lantik menjadi rasul lagi pedang ini sentiasa bersama baginda dan pedang
yang panjangnya 99sm ini masih sentiasa ada bersama baginda hatta ketika di
lantik menjadi rasul. Pedang ini perkenalkan kepadanya oleh keluarga yang
menyimpannya setelah kematian bapanya ketika ibunya masih lagi mengandungkannya
ketika meletusnya peperangan Fijar ketika
baginda bersama bapa saudaranya bertempur dengan musuh Quraisy Jahiliyyah
ketika baginda berumur 15 tahun di. Semasa baginda di lantik menjadi
rasul pedang ini selalu di gunakan oleh baginda ketika berlakunya peperangan
antara kafir musuh-musuh Allah dengan orang-orang Islam. Menurut Sirah Nabi
s.a.w. ada mencatatkan Pedang al-Maksur ini adalah Pedang utama bagi nabi
s.a.w. yang turut mempunyai 9 bilah pedang iaitu :
1. Pedang Zul Fikar
2. Pedang al-Battar
3. Pedang al-Hatif
4. Pedang al-Mikhzam
5. Pedang al-dasub
6. Pedang al-Adab
7. Pedang al-AlQadib
8. Pedang al-Qalif
9. Pedang ai-Maksur
Sebahagian daripada
Pedang-Pedang ini di perolehi oleh baginda s.a.w. daripada harta rampasan
perang atau al-Ghanimah dari peperangan yang di sertai oleh baginda nabi
Muhammad s.a.w.
PEDANG KESAYANGAN NABI S.A.W. YANG MEMPUNYAI 2 EKOR MERONG SEPERTI
TONGKAT NABI MUSA A.S. YG MEMPUNYAI CABANG 2 EKOR MERONG
Nabi besar kita s.a.w.
pernah menghunuskan pedang ini di hari penikahan puterinya Fatimah az-Zahra
r.ha dengan Saidina Ali Karamahallahu Wajhah di kelilingi oleh Bani Hasyim yang
turut sama beramai-ramai memegang Pedang ini. Di zaman pemerintahan Usmaniah Monggol Turki, Pedang ini telah
mereka hiasi dengan batu-batu permata dari Delima dan Fairusa. Pemegang asalnya
dari kayu begitu juga dengan sarung yang panjangnya 85sm asalnya dari kayu yang
kemudiannya di lapisi kulit binatang
serta di salut dari emas di zaman pemerintahan Usmaniah Monggol Turki dengan hujungnya
terdapat kepala Merong yang telah lama wujud di zaman ayahnya Abdullah Bin Abdul
Mutalib. Pemegangnya ini di baiki di abad 16 masihi kerana telah rosak dan
usang di makan usia. Nabi sangat menyayangi Pedang ini dan tidak pernah memberi
kepada sesiapapun di kalangan Sahabatnya kerana tingginya nilai darjat Pedang
ini yang di miliki oleh Bani Hasyim. Setelah kewafatan baginda s.a.w. Pedang
ini di wariskan kepada Fatimah az-Zahra melalui suaminya Panglima Besar Islam Saidina
Ali r.hu. Semasa pemerintahan Penjaga Ribat Barat iaitu Ottomans atau Usmaniah
Monggol Turki ianya di gunakan oleh raja Monggol ini dengan cara menarik Pedang
ini dari sarungnya serta berdoa mengharapkan kemenangan dari Allah s.w.t.
ketika hendak mengutuskan bala tenteranya ke sesuatu negeri atau ketika menahan
serangan musuh. Pedang yang berkepala Merong ini juga di gunakan oleh Kaum
Monggol Turki ini ketika pertabalan dan perlantikan raja-raja mereka di bandar Bursa
dan Islambul atau Istanbul. Sesungguhnya hubungan Merong dan Islam cukup rapat
dan mempunyai talian yang cukup lama tapi di nafikan habis-habisan oleh musuh-musuh
Allah seperti mereka menafikan wujudnya ketamadunan Islam yang hebat dan makmur
di Lembah Bujang dan Sungai Batu sejak zaman nabi Allah Ibrahim a.s. lagi.