Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Khamis, 17 Mac 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 5 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM DARI JURAI DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA MB KEDAH

---------------


-------------




SURAT KERAJAAN NAGARA MALAYSIA DARI PEJABAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA YB DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM KEPADA YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD IBNI NAI LONG MAHMUD





-----------------


-----------------


Assalamualaikum semua, semoga sentiasa di dalam sihat walafiat di bawah pemuliharaan Allah s.w.t. Dalam artikel ini kita paparkan surat resmi YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Menteri Besar Kedah Darul Aman. Untuk makluman pembaca sekelian, sebenarnya ada banyak permintaan dari kawan-kawan agar ana memaparkan kisah DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Syah I melalui kisah edisi ke dua buat menangkis cerita dongeng di atas dongeng ciptaan dan keluaran KRU Studio seperti dongeng fantasi mereka di dalam filem Cicakman. Tetapi tidak mengapa, hikmahnya mungkin untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia bagi menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca iaitu siapa Merong Maha Wangsa serta dari mana asal-usulnya. Sebenarnya menjadi suatu kewajipan kita semua kepada Allah s.w.t untuk membela Pendakwah Islam, Khalifah, Panglima dan Kekasihnya serta menceritakan perkara yang sebenar kepada umat tentang ketokohan seseorang jika namanya dicemari dan di burukan serta di tokok tambah keperibadiannya. Jadi insyaalah kita akan membersihkan nama baginda di mata dunia melalui artikel yang akan datang dalam tajuk Merong Maha Wangsa " Second Edition ". Kami dengan ini menurut YM Tuanku Nai Long Kasim membuat bantahan sekeras-kerasnya diatas sikap KRU Studio membelakangkan keluarga dan waris-waris terdekat yang masih ada dan membuat filem tanpa meminta izin dari mereka terlebih dahulu. DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa bukanlah seorang hamba abdi atau manusia murahan dan baginda bukannya berasal dari Goa, India tetapi baginda merupakan keturunan yang mulia dari jurai keturunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dan baginda merupakan cucunda kepada Maharaja China Sai Tee Sung yang di Islamkan oleh sahabat tersohor baginda Rasulullah s.a.w ke China iaitu Saad bin Abu Waqas r.hu.


.


SEKARANG INI NAMPAKNYA KITA SEMUA SUDAH MENDEKATI MUSIM PILIHANRAYA, MAI KITA TENGOK SIKIT PARTI-PARTI YANG SEDANG MEMERINTAH DI SEMENANJUNG YANG BERTUAH INI

Menurut YM Tuanku Nai Long Kasim, DYMM Merong Maha Wangsa sebenarnya seorang yang gigih meyebarkan agama Allah dan baginda juga merupakan lambang idola seorang lelaki yang tekun menjalankan usaha dakwah dan menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia di bawah pemantauan mertuanya Syed Jamal al-Jefri. Ini bukan kisah lagenda atau metos tetapi baginda merupakan raja pertama bagi Empayar Islam Benua Siam Kedah di tahun 125 hijrah atau lebih kurang di tahun 745 masihi. Menurut Tuanku Nai long Kasim sebelum filem ini di tahap untuk difilemkan ada ura-ura pihak KRU Studio untuk berjumpa dengan baginda. Menurut baginda ia bukan ingin mencari pergaduhan dan baginda sebenarnya merupakan waris mutlak kerajaan Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan ini diakui oleh Jabatan Warisan Negara, beliau sebagai waris mutlak berhak keatas jalan cerita yang sebenarnya dan itu hak baginda. Menurut baginda pihak baginda bersikap terbuka dan boleh dibawa berunding. Baginda bukanlah jenis orang yang suka membuat kacau tetapi lebih suka membuat penyelesaian di luar Mahkamah Putrajaya " Palace of Justice " di atas nama Hak Asasi Manusia. Menurut baginda waris terdekat masih ada, wujud dan diakui oleh Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Dato' Profesor Emeritus Zuraina Majid. Jika menyeleweng, suka-suka, menghina dan bercanggah dengan penceritaan sebenar di filemkan, tuntutan gantirugi salah laku akan dibuat. Sepatutnya benda seperti ini belum terlewat dan apa yang salah bolehlah sama-sama kita memperbetulkannya.






DI DEPAN RUMAH USANG TINGGALAN PENJAJAH KAFIR BRITISH YANG SEKARANG MENJADI RUMAH RESMI KERAJAAN NEGERI, MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN. TETAPI BANGUNAN-BANGUNAN KETAMADUNAN MELAYU TUA DI BIAR DAN DI MUSNAHKAN SEMENTARA BANGUNAN PENJAJAH PULA DI GUNAPAKAI DENGAN SEMAKSIMUN YANG BOLEH, SUNGGUH JELEK DAN MENYEDIHKAN



YM Tuanku Nai Long Kasim berharap seperti yang di coretkan di ulasan artikel bulan Februari lepas oleh pencinta sejarah nusa bangsa sejarah realiti Kedah Cyber Syburi iaitu pihak KRU Studio perlu insaf, bersikap jujur dan berani kerana benar untuk datang mengadapnya dengan seberapa segera kerana pihak mereka telah membelakangkan kerabat Merong Maha Wangsa dalam pembikinan filem tersebut. Tuanku Nai Long Kasim seorang yang baik dan bertimbangrasa, beliau seorang yang berharta dan berkedudukan mulia, beliau tidak murka dengan perbuatan mereka tetapi beliau ada hak dan berhak tentang segala perkara yang berkaitan tentang keturunan beliau kerana beliau adalah waris mutlak Maharaja Merong Maha Wangsa Sultan Muzafar Shah I yang mengasas dan pemerintah pertama kerajaan Benua Siam Kedah bermula 125 hijrah lagi. Disini saya sebagai penyokong dan pembela kebenaran berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian yang serius dengan segala tuntutan hak berdasarkan Khutbah Wida' Rasulullah saw yang selama ini telah dilakukan oleh YM Tuanku Nai Long Kasim. Terima kasih kepada Ewa atas keprihatinan serius di dalam permasalahan ini. Ini kerana baginda DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa juga merupakan antara tokoh-tokoh di dalam sejarah kepahlawanan Islam dan sebaris dengan Panglima Khalid al-Walid r.hu, Salahuddin al-Ayubi, Raja Muhammad al-Fatih dan lain-lain lagi. Apa-apa pun di bawah ini dipersembahkan surat tuntutan yang ke 5 oleh YM Tuanku Nai Long Kasim bertarikh 8hb. Februari 2011 untuk penelitian dan bacaan kita bersama. Sekian, semoga kita semua mendapat ilmu dan pengajaran dari surat baginda ini, wassalam.


-------------------


--------------------





19 ulasan:

  1. sokong...kami hamba rakyat nak kan penjelasan ini

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..buleh saya tanya pendapat pada saudara megat atau sapa2 yg singgah d sni tentang pondok2 agama yg ada d kedah..saya nekad nk belajaq agama d pondok..kalau buleh d belah2 utara ni la..kalau saudara2 ada maklumat boleh la kongsi kt cni..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...saya nk tanya pendapat saudara megat atau sapa2 la yg singgah kt cni pasai pondok2 agama yg ada d kedah sebab saya nekad nk p belajaq agama kt pondok ni.cuma saya tatau yg mana yg ok la..yg saya tau mmg byk dok ada belah2 utara ni..harap2 saudara2 boleh la berkongsi maklumat dengan saya ni

    BalasPadam
  4. wualaikumussalam kpd ibnu hussain , komeng dan cecapoi...

    maaf lambat jawab sbb tadi sibuk dgn tukang yg sibuk dgn stor utk persatuan kami, trimakasih kerna bertanya soalan yg bernas dan nnti jika bertanya hukum hakam pun insyaalah ana cuba jawab yg terbaik utk kemajuan umat kita d masa depan.

    pada pendapat ana elok anta masuk hafazan dulu jika itu pilihn ana, sbb jika kita tidak dapat hafaz semua sekurang2nya kita dapat juga ingat 2 atau 3 juzuk quran, ini memudahkan pembelajaran agam kita d masa depan kelak.

    ttg tempat tu eloklah mengaji d pondok madrasah al hilmiah dekat airport kedah dan kota naga tu milik cikgu bakar atau d madrasah pondok bkt cegar dekat kota sarang semut milik maulana shah rulnizam.

    kalau nak ke utara lagi eloklah d markaz dakwah yala atau pondok pattani d kerasak, situ mmg pure asli pengajian antara tersohor d dunia bukan nya d universiti british alazhar sbb tiap2 hari sibuk urusan sendiri sbb situ tempat mai ambik periksa saja bukanya mengaji... inna lillah...

    BalasPadam
  5. Assalamualeykum kepada saudara cecapoi....semoga Allah kabulkan dan Rahmatkan perjalanan anta untuk belajar mengaji diPondok dikawasan Utara ni...Nai Salahuddin juga pernah belajar di tangga tangga pondok dan dari pondok inilah saya dapat mendalami ilmu bahasa,peradaban,geografi,sains serta lograt persediaan untuk bahasa asing serta perbandingan agama..semoga Allah meredoimu teman.salam

    BalasPadam
  6. maaf kalau saya ni byk tanya..pondok2 ni depa terima ka plajaq yg umoq dia bkn umoq bdak2 skolah?mcm saya ni dah nk ujung2 20 dh..bahasa arab pon tak berapa tau

    BalasPadam
  7. waaleykum salam naisalahudin...

    trima kasih kerna membri sokongan kpd cecapoi utk blajar agama.

    kpd cecapoi pulak setiap pondok2 atau pasentren mereka mmpunyai kelas pra persekolahan utk menguji tahap seseorg pelajar ejaan jawi, bahasa arab, qiraati dan kemmpuannya mmbaca quran.

    cecapoi jgn risau ttg penolakan blajar d sana atau tidak sbb guru2 agama ini menerima siapa saja tanpa mengira usia utk matlamat utama, penyebaran agama allah dan usaha islah diri utk menjadi insan yg baik kpd nusa, agama dan nagara.wsslm.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum buat saudaraku Cecapoi...usia bukan halangan dan rintihan...Niat saudara amat kami alu alukan...Malaikat Jibril akan membentangkan sayapnya kepada anda ke perjalanan Ilmu Allah..ingat kepada saudara kita Ustaz Riduan Tee Abdullah dan Ustaz Ravi,bagaimana mereka istiqomah dan kesukaran mereka alami...tetapi dengan izin Allah dan Rasulnya mereka berjaya dan anda seorang darinya..wasssalam.

    BalasPadam
  9. terima kasih atas sokongan saudara berdua...saya ada satu crita nk berkongsi..dalam bulan lepas saya ada p melawat kebun kawan saya kt puncak bkt selambau...kt c2 saya p mandi kt 1 sungai ni kawan saya kt cabang dr sungai muda..mmg sungai tu bkn tmpat org p kcuali bdak2 kmpung kt c2..tgh dok jln2 dlm sungai tu ada 1 tempat yg bt dia mmg plek..bt tajam2 mcm bkn bt besa..dkat area tu juga ada batu yg kalau kita tgk mcam dinding bgnan.besaq siap bleh dok bersantai lg kt ataih 2.sy korek kikih2 baru tau rpanya bt tu bata merah yg bersambung2 mcm blok bgnan..plek gk tgk menda2 mcm tu lam sungai.sy rasa sungai 2 dulu dlm dia lbeh kurang 4-5 meter.tp mngkin da lama surut tnggai semeter lebeh mcm tu ja.tp ada gk tmpat yg dlm..

    BalasPadam
  10. elok juga cecapoi adukan perkara ini kpd jabatan warisan yg berdekatan dgn pihak cecapoi. spt kami d kedah ni bila terserempak dgn benda2 mcm ni terus aja kami laporkan kpd pihak berkuasa jabatan warisan.

    blok bangunan yg cecapoi jumpa itu ialah candi yg dlm bahasa melayu siamnya bermakna SUSUNAN BATA YG SEMPURNA. bawa mereka utk d buat kajian dan pemuliharaan , bukan apa tapi berguna buat tatapan generasi akn dtg. spt d merbuk tu ...org kg jumpa blok bangunan dlm hutan, dlm sungai, kebun kelapa sawit dan mcm2 lagi, di tajar dan sungai mati pula depa jumpa kapal besar terpendam situ dah ratusan tahun siap dgn dindingnya ada ukiran awan larai , sungguh cantik sekali warisan nenekmoyang kita dulu, waalahuaklam bissowab.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Abang Megat,
    amboi-amboi dok berkecek bab mengaji ilmu pulak. Puak awak sedar ko sekarang ni Mokcik Sri Tuo Anonymous dengan Abang Dee Mulut Celupar tu dok sibuk mengumpat tentang korang. Siapakah yang dok reko anonymous bebanyak tu ratusan butir tu. Abang Megat tahulah jawapannya tapi saya tau dia orang budiman, dia dah maklum kat kita taktik kotor Mokcik Sri Nyayuk tu keh kehkeh.

    Hati-hatilah dengan orang seperti ini, mengaji matematik Magnum Loteri , Dah tu taksub dengan nombor macam orang Cina...Keh keh keh. Dok tu sibuk nak lawan ustaz abang Megat. Mokcik Sri Nyayuk tu pulak sibuk menjawab interview pulok kononnya di UIA ....porah.Nak tunjuk muka pun tak berani, macamana nak jumpa orang, bayang-bayang pun taknampak. Dok menipu dengan muka orang putih yahudi tak tutup aurat mana tah keh, keh keh keh.

    BalasPadam
  12. Abang Megat sayang faham ko apa yang saya beritahu tadi? Saya bukan apo cuma prihatin dengan sejarah yang benar Abang Megat tak di cemari oleh tangan-tangan yang kotor. Datuk saya kirim salam, bye abang Megat.

    BalasPadam
  13. Burung sudah terbang, lepas ni cik adik Sofea takmasuk tengok blog pak dee lah ye..
    kesian Pak Dee..burung sudah terbang.

    Tak perlu risau Sofea apa yang di beritahu tu, Tuanku Megat dah faham tu tentang 2 makhluk parasit ni.Sorang menumpang bini nya dan sorang lagi menumpang blog M.O. Lagi pun banyak andaian tentang sejarah kita di buat oleh dua makhluk Parasit ini , macam dongeng KRU Botak Bersaudara tu juga sama seperti di buat oleh Pak Dee dan Mak Cik Sri ni.,

    Soalnya sekarang aku dah cop Mok Cik Sri Nyayuk Jawaka Perahu dan Pak Dee Nombor Ekor Mangnum P.I ni The History of Nenek Kebayan,hee hee hee hee.

    BalasPadam
  14. waalaikum salam sofea dan che wood...


    BUDI BAHASA BUDAYA KITA, spt yg tertera d surat dato dr rais yatim tu, depa tak baca ka? biarlah mereka dok buat andaian palsu sejarah dongeng nagara kita, kajian sesat tanpa merujuk kpd kami mcm KRU, mengumpat dan memaki hamun keluarga kami, allah ada. org berpangkat serta berharta ni mmg ada org dengki spt kata tok guru pondok PROF. DR HAMKA.


    pak dee org taksub nombor, kata cik sofea. betul jugak tu keh keh,tapi dengarlah nasihat ana ni: bini anta tu kami nampak akar rambut, tak mengaji hukum ka? takutilah allah. kalau tak faham jugak p la ikut cecapoi dan mak cik sri nyayuk tu mengaji pondok d utara, kerna mak cik sri dah tua sangat dah, nak pencen dah awal bulan 12 ni.taklah berdosa tapi belagak alim.


    mok cik sri nyayuk pulak nasihatlah sikit anak murid mok cik tu dlm bab nombor, mcm cik sofea britahu tu mcm cina gila nombor. bab nombor ni ana takut anta jadi khurafat, semua amalan d tolak, nauzubillah. mokcik sri bolehlah ajak sekali pak dee loteri MAGNUM P.I. tu p pondok. jadi anak murid tok guru agama pulak. sambil2 senang cari makan jual buku2 anta kat sana, tapi jgn buat hal jual nombor ekor magnum kat tok guru pondok sudahlah. takut tak berkat mengaji, wal iyazubillah.

    wsslm.

    BalasPadam
  15. ASSALAMUALEYKEM.
    Buat tatapan saudaraku yang berasal dari Trang ,Thailand,terutama anak kepada arwah Tuanguru Haji Sulung Al Fattani dan semua keturunan syeikh Daud Al Fattani.Dari pesanan arwah datukku nai Wahab atau Pak Tih Wahab dari datuknya Nai Abdullah Putih (Panglima Perang) .Pesanan dari Nai Haji Sulung di Kg Batu 17 padang Lumat,1 masa nanti hantarlah utusan kepada saudara kamu kepada kami kepada anak cucu kamu yang masih kecil,agar pertalian kekeluargaan tidak terputus.Kakak kepada kamu Nai Hj Sulung yang berada Di Kuala Lumpur telah berusia seusia Nai Long Kassim tidak di benarkan pulang kewilayah Thailand hanya kerana menentang rejim Thai yang membunuh ayahnya juga ayah kamu serta abangnya Nai Ahmad semasa Kempen Kemerdekaan Pattani.Kakakmu telah membayar harga yang tinggi dengan mempertahankan pendapatnya dan tidak dapat menerima apa yang telah diibaratkan pembunuhan terancang Pihak Pemerintah Thai yang jasadnya tidak ditemui sehingga sekarang.Ini diakui oleh orang orang Pattani yang Berniaga di Malaysia.Daku sedang Berusaha menjejaki kakakmu Di Kuala Lumpur namau gagal ditemui akibat masalah keselamatan beliau..Dr Muhammad Sonthi Capricohn yang pernah saya temui memberitahu tentang diri anda Yang Dikenali sebagai adik kepada Nai Ahmad yang dibunuh tadi,kamu rela menurut dan taat kepada Raja Thai(kenapa)hanya kerana ganti rugi nasib Orang Melayu Pattani menjadi korban.Hal ini Saya ketahui dari pemilik beberapa pemilik kedai tomyam. Ingatlah kalian
    Orang orang Kemboja yang berasal dan menetap di Permatang Tok Mahat mengetahui tentang keturunan Maharaja PO Chan Sultan Muzaffar Shah 3 yang baik dan kini mereka tinggal dan menetap diantara Tanah dari keturunan ini di Parit Buntar dan Mereka tahu Adik Muhammad hafiz yang Kecil itu (Azan dan mengaji yang sering ada dalam rancangan TV)adalah dari darah keturunan kamu bersaudara.Dan kini Nai Raheed menjaga anak dari Kemboja dan orang Kemboja amat menyayangi mereka kerana dari turunan Ulama dan Khalifah yang baik.
    Juga kepada anak Cucu Haji Lah Tomoi,yang berada di Malaysia anda diminta berinteraksi dengan kami di Blog ini agar dapat berjumpa dengan kamu semua.. Taatilah perintah Allah dan Rasulnya .sekian wassalam.

    BalasPadam
  16. Assalamualeykum.
    NYA PIEN KIAT, JOTAI KEPROK…
    Kenapa ,Fikirkan?
    Apabila jemaah meninggal dunia diatas kapal haji,pada zaman kapal wap,dimana mayatnya disemadikan?disembahyangkan arah kiblat,tapi kalau selepas takbir,kapal berputar arah yang lain lagumana?.Anda tak payah risau sebab Allah telah befirman mengatakan semua arah didunia ini adalah Dia yang punya.Begitu juga nelayan atas bot atau sampan,ankat takbir arah kiblat,lepas tu sembahyanglah macam biasa.Islam mudah,its so easy man,.Kenapa kita nak bersusah payah?yang kata payah sebsb tak mengaji hukum Islam dan ruksoh Solat.Tapi bagaimana Agama Haniff?lagumana mereka sembahyang?Dimana pula burung Ababil lancarkan serangan?mana dapat batu Neraka Sijjil?Nabi Muhammad naik Israk Ikut Google map mana?Dimana laluan kapal Nabi Daud AS?Macammana rupa acuan Nabi Adam?Kenapa ada Bangsa yang berlainan?Anda sila Jawab.
    Baiklah inilah persoalan kepada kaki No dan Magnum P.I .Anda bercakap seperti orang bodoh dan penting sekali anda mengaku dari Bugis dan Keturunan Moyang Sultan Malikus Soleh yang pastinya seorang Islam..tentang arah kiblat bagaimana orang di Barat,Selatan ,Utara?apa arah merekapula?
    Dr Zakir Naik dari India pernah mengadakan perbahasan Agama dengan Pendita Hindi tentang Similarity Agama Hindu Dan Islam ,anda terlupa barangkali atau terlepas pandang…Anda fikirlah sendiri.
    Nabi Muhammad diutuskan pada semua bangsa di dunia..ketika Muhammad masih kecil menyusu,kami bangsa Iran ,Melayu ,Siamen,Kemboja,CinaBugis,orang semai Dan lain lagi belum terima Islam Dari sahabatnya..Termasuk nenek moyang Sultan Malikus Salleh mungkin menganut Ajaran Haniff Dari nabi Ibrahim..atau mungkin kapiaq tak beragama..Anda orang Islam tetapi Benci Kepada Orang Cina yang bukan Islam termasuk bangsa Lain juga..Ini terbukti dengan Tulisan Anda Sendiri…tentang anda membenci orang Cina..sebagai seorang berlebai dikepala, Anda bersama pembaca anda menyebarkan semangat Assobiyah yang keterlaluan dan ini terang anda melanggar Nasihat Junjungan Muhammad
    Tentang bangsa..yang masuk Syurga adalah golongan beriman,bukan bangsa..Mungkin Sultan Malikus Saleh perintah satu suku saja kot(Maaf)tu yang Anda Benci kepada bangsa lain,laguni dakwah Islam terbantut la…
    Tentang mahkota Raja Siam(Mongkut bermaksud Mahkota)anda tak faham bahasa Siam bukan bahasa Thai.Kawan anda termasuk Anda kenapa tak pergi sendiri kekawasan Kg Syed Sokun Dan Syed pew Disempadan Thailand dan Kemboja?Ke Preah VI hear?ke Wat Kai?dan 21 tapak Masjid yang dikatakan oleh professor Wanita di Universiti Bangkok?kenapa takut?
    Sultan yang adil dijunjung,Sultan yang zalim disanggah,Ulilamri Atau Malik yang Nabi syorkan Beriman dan Takwa untuk kaum Muslimin.Tapi Kalau Ulilamri Kaki Botol<kaki Judi<kaki Betina,kaki rampas hak rakyatnya dan rampas tanah rakyatnya,memakan hak orang lain serta menganiaya,tambahan kamu tahu pula,tapi diam,macamni cucu cicit Sultan Al Malikus Saleh …buat malu je..tak berani macam moyang kamu tegakkan kebenaran.lBuat ikut teks penjajah…orang Islam hebat tetapi anda dan teman anda hanya melakukan kerosakan akidah mereka..Fikir fikirkan.Bukan saya membenci anda,tetapi saya saying saudara seagama..wassalam..

    BalasPadam
  17. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.
    1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
    2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
    3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
    4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
    5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
    6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
    7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
    8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
    9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
    10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
    11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
    1. Keluarga di Benua jauh kan
    2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
    3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
    4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
    5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
    6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
    7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
    8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
    9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
    10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
    11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
    12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
    1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
    2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
    3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
    4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
    5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
    6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
    1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
    2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
    3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
    4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
    5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

    BalasPadam
  18. Tarikh tepat
    Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.
    Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.[1]
    Banyak inskripsi yang dikesan diAlam Melayu yang diantaranya saya sebut disini iaitu :-
    1.DiChampa,Vietnam diberi tarikh 1035 Masehi,menyebut Sultan Mahmud
    2.Batu Nisan,Abu Kamil,diberi tarikh 1039,diChampa,Vietnam
    3.Batu Nisan,diBrunei diberi tarikh 1418 Masehi
    4.Batu Nisan,diBrunei bagi Putri Makhdarah binti Ali,diberi tarikh 1048 Masehi
    5.Batu Nisan Sultan Muhammad Shah I Pahang,bertarikh 1475 Masehi
    6.Batu Nisan,diPematang Pasir,Pekan, bertarikh 1028 Mesehi(dijelaskan)
    7.Batu Nisan,Fatimah binti Maimunbin Habatallah,bertarikh 1082 Masehi,Jawa Timur
    8.Duit timah, era Sultan Muzaffar Shah,Melaka
    9.Makam Ahmad Majanu,Negeri Sembilan, bertarikh 1463 Masehi
    10.Batu Nisan,Sultan Malik al-Salih,Pasai,bertarikh 1297 Masehi
    11.Duit Arab,diberi tarikh 848 Masehi dijumpai diLembah Bujang,Kedah.Membuktikan Pedagang Arab mengunjungi Kedah.
    12.Batu Bersurat Trengganu diberi tarikh 1303 Masehi.

    BalasPadam