Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Isnin, 3 Januari 2011

ONE KHALIFAH : SURAT TUNTUTAN KE 3 YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD KEPADA SEJARAWAN NAGARA

------------------



KESAN SEJARAH DI KOTA TERTUA DAN TERBESAR DIDUNIA YANG TERLETAK DI UTARA DAMSYIK KOTA ILMUAN ISLAM BUKANNYA DI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR KAHERAH, TAPI DI HALAB, SYRIA YANG MERUPAKAN TINGGALAN SEJARAH YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA

------------

Assalamualaikum semua dan selamat tahun baru masihi 2011. Kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang kepada kita semua untuk menatap surat terbuka YM Tuanku Nai Long Kasim ke 3 di awal tahun ini. Pada surat ini beliau mendedahkan peranan British yang berjaya menghapuskan sejarah Empayar Benua Islam Siam Kedah dengan pertolongan cucu Chulalongkorn Raja Kafir Sokuthai Bangkok, Tunku Abdur Rahman Putra al-Thai. Mereka telah berjaya menggunakan cucu raja Thai ini untuk meruntuhkan gerbang Kota Star dan Kota Kayang di Perlis serta yang terakhir sekali Kota Beruas, Kota Palas, Kota Muar Bukit Tereh dan Kota Mengkuang serta lain-lain yang mana semua ini dibuat untuk menutup sejarah kehebatan Kerajaan Melayu Tua kita. Walaupun keluarga diraja Merong Maha Wangsa berjaya membawa masuk anak zuriat keturunan Merong Maha Wangsa ke dalam pemerintahan Kedah dengan bantuan YTM Tuanku Nai Mud datuk kepada YM Tuanku Nai Long Kasim serta juga dengan bantuan penghulu-penghulu seluruh Kedah juga bantuan khas dari tentera-tentera Jepun dibawah kelolaan K.Shiba, tetapi dengan kejayaan anak Jenderal Manjalara ini menduduki kerusi nombor satu Malaysia atau Malaya pada masa itu, merupakan satu saingan dalam usaha keluarga diraja Merong Maha Wangsa menyelamatkan ketamadunan Melayu Tua dari di rosakkan oleh musuh-musuh Allah ini. Yang mana di sebelah satu pihak cuba menyelamatkan dan membela ketamadunan bangsa kita manakala di sebelah pihak yang lain pula dengan arahan British dari London cuba manghancur-leburkan Ketamadunan Islam yang telah lama diasaskan oleh nenek moyang kita sejak tahun 700 masihi lagi di Semenanjung Melaka tercinta ini.

----------


KOTA STAR YANG SEBELUM INI MENDAPAT PERHATIAN DAN KAJIAN OLEH SEJARAWAN-SEJARAWAN KITA TELAH DIMUSNAHKAN PADA TAHUN 1960 OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN SELEPAS KEMATIAN SULTAN BADLISHAH PADA TAHUN 1958

-----------------

Kisah K.Shiba yang merupakan seorang pengintip kerajaan Jepun yang mengiktiraf Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah merupakan kisah sejarah yang menarik sekali untuk kita hayati. Beliau sebenarnya seorang pegawai pengintip Jepun yang berpengaruh semasa peperintahan Jepun di Malaya yang pada mulanya datang ke Kedah menyamar sebagai penjual bunga-bungaan di kedai bunga, Alor Star, Kedah . K.Shiba kemudiannya telah menukar perniagaannya kepada menjual pinggan mangkuk di Panggung Wayang Royal milik Jeneral Manjalara atau Mak Cik Manjaiara yang merupakan seorang puteri kepada Raja Thai kafir Chulalongkhorn dan ibu kepada Tunku Abdul Rahman. Semua pekerja-pekerja K.Shiba merupakan orang-orang Melayu yang telah di rekrut sebagai tentera Jepun yang fasih berbahasa Jepun, antaranya ialah Haji Wan Senik. Haji Wan Senik dikatakan berasal dari Teluk Manik, Pattani dan beliau amat mahir memasak masakan Jepun selain fasih berbahasa Jepun. K.Shiba juga mempunyai seorang tukang masak berbangsa Jepun, yang mana mereka ini semuanya merupakan kader-kader yang telah dilatih untuk berhadapan dengan peperangan dengan British kelak. K.Shiba yang sebelum ini membuka kedai kecil di persimpangan Jalan Pekan Cina dan Jalan Pekan Melayu telah berpindah ke kedai milik Mak cik Manjalara agar beliau dengan mudah dapat menyiasat dan menyelidik dengan lebih mendalam tentang kehidupan pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu ketika itu. Beliau juga pandai bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan dengan kebolehan ini beliau sudah berani berjinak-jinak dengan anak-anak raja negeri dan di antara rakan karibnya ialah Tunku Muhamad Jiwa iaitu abang kepada Tunku Abdul Rahman.





DALAM VIDEO INI KITA DAPATI PERANAN TUNKU ABDUL RAHMAN YANG MENJADI JUARA KERAJAAN BRITISH, SELEPAS KEJAYAAN MUSUH-MUSUH ISLAM MENJATUHKAN DATO' ONN JAAFAR DARI KERUSI NOMBOR SATU SEMENANJUNG INI
------------
----------------
Sebelum meletusnya Perang Dunia ke 2 tahun 1941 di sebelah Asia ini, pekerja K.Shiba yang bernama Haji Wan Senik ini telah hilang buat beberapa ketika, yang tiba-tiba muncul bersama rombongan tentera Nippon Jepun yang berjalan kaki dari Songkhla, Thailand ke Changloon, Kedah dibawah pimpinan beliau yang juga merupakan penunjuk jalan kepada tentera-tentera Jepun. Ini amat menghairankan orang ramai yang mengenali beliau dan berurusan dengan beliau di kedai pinggan mangkuk milik K.Shiba ini. Manakala dari Changloon inilah YTM Tuanku Nai Mud datuk kepada YM Tuanku Nai Long Kasim telah membawa masuk tentera-tentera Jepun dan menghalau tentera-tentera British yang merupakan Ahlul Kitab Yahudi dan Nasara yang bertanggungjawab merosakkan pengsejarahan negara keluar dari Semenanjung Melaka ini. Berita baik yang diterima oleh K.Shiba tentang kejayaan anak buahnya Haji Wan Senik membawa masuk tentera Jepun dari Thailand dengan hanya berjalan kaki amat mengembirakan K.Shiba dan beliau telah melupuskan semua hutang orang-orang Melayu dikedainya dan membakar hangus semua buku kira-kiranya di kedai tersebut. Dibawah ini dipersembahkan surat tuntutan YM Tuanku Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad kepada Sejarawan Nagara untuk tatapan kita semua, sekian terima kasih. Agar ianya menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita semua untuk menjalani kehidupan dengan penuh jaya dan bermakna, aaamin.
-------------
----------------








27 ulasan:

  1. Salam Saudara Megat,


    saya ingin bertanya saudara tentang pertubuhan hizbut tahrir yang memperjuangkan penubuhan khalifah, bagaimana pendapat saudara megat dengan pertubuhan ini?
    maaf kerana soalan ini agak terkeluar tajuk sikit..

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam saudara living...

    ttg pertubuhan hizbut tahrir yg memperjuangkan penubuhan khalifah itu perkara yg baik.

    sbb perjuangan utk mewujudkan khalifah dan negara islam adalah kewajipan keatas kita semua.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Saudara Megat,

    Saya ingin bertanya? Adakah benar konsep One Khalifah yang digunakan?

    Bukankah Khalifah itu dipilil melalui majlis syura mahupun wasiat, kan?

    Tetapi jika surat tersebut ingin memohon tuntutan daripada waris, maka itu ialah sistem monarki, kan? Iaitu sistem raja secara warisan.

    Jadi mengapa saudara menggunakan perkataan khalifah, sedangkan sistem nya berbeza?

    Allahu a'lam

    BalasPadam
  4. 2011 ke 2020, 9 tahun lagi, Khilafah Berdiri???

    http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/2011-ke-2020-9-tahun-lagi-khilafah.html

    BalasPadam
  5. waalaikumussalam saudara islamic neutron ...

    khalifah mmg d pilih melalui syura atau wasiat tetapi jika d pilih itu anaknya itu d bolehkan jika ia seorang quraisy dan ahlulbait. kekhalifahan tak semestinya melalui syura tetapi boleh melalui warisan spt yg d sandang oleh khalifah hasan dan husin cucu rasul s.a.w tetapi d serahkan kpd muawiyah r.hu utk mengelakkan perpecahan umat dari berlaku.

    nabi s.a.w pernah bersabda KURUN YG TERBAIK ADALAH KURUNKU DAN SELEPAS ITU DAN SELEPAS ITU. maksud satu kurun ialah 100 thn, jadi
    300 thn itu ialah slps kekhalifahan saidina ali.r.hu ialah pemerintahan bercorak monarki iaitu dinasti kekhalifahan quraisy umaiyyah dan abbasiah yg tiada kejinya malah d anggap oleh nabi s.a.w sebagai kurun yg terbaik.


    dan kpd ibnuyassir...

    takperlulah menungguh kekhalifahan spt menanti bulan jatuh ke riba, sbb yg penting usaha menyedarkan umat dari tipu daya musuh2 allah dan menyebarkan islam itu yg perlu d laku baki seterusnya insyaalah akn d sempurnakan oleh allah.

    BalasPadam
  6. alahai, mcm2 org dlm dunia ni...

    BalasPadam
  7. BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM.
    MIT NAMEN GOTT ALLAH ALLMACHTIG GESHENK NOCH IMMER LEEBHAKEN.ALLAH ALLMACHTING GROSS.ALLES EMPFEHLUNG FUR ALLAH.ALLMACHTIG REIN DU ALLAH.
    ALLERDING GROPPE MUSLIM MENCH DIE SCHWESTER.
    ASSALAMUELAYKUM fur vorfuhrung KEDAHCYBERCYBURI.BLOGSPOT.COM.
    Erzahlen sein waren,de( aRtifaq Melayu) das bewahrende museum Berlin un Bonn Doutch rund Kampf Welt Zvei.FUHRER ADOLPH HITLER verhaften Spanichen und Franzreich.Er rauben un bringen zuruckgehen (aRtifaq Melayu ) geschichte von dort und bewahren mit gut auf Doutch Muzium. Dieses.Unter anderen viel skizze bild un erzahlung KAISER KONIG KORIGREICH KONTINENT [ SIAMEZ ISLAME] AYUTTHAYA.Wir schmeicheli an Korigreich Doutch und die MasseDoutch damit zuruckgehen zuruck gepack das bewahren fur Familie Wir uber Korigreich Malayzie.Wir ausdrucken danke schon fur die masse Doutch ,wegen washen gepack (aRtifaq) diese das wert fur geshihte wir sind besttzer wir .Auf sais periode Kolonisation feind Frankreich und Spanichen kommen angreifen un zerstoren KAISER KONIG KORIGREICH KONTINENT SIAMEZ DE KEDAH Klopfen Von {BOROMOKOT EKATAAT SYARIFF ABU BAKAR SYAH MAHADAMMAIYAZA AYUTTHAYA. NAMLICH HELFEN Kolonisation Britannez das grausen sie nach oben befehlen Wir.Bis spatter .Assalam.

    BalasPadam
  8. revelllll...!!!

    cikgu, bahasa apa yg cikgu cakap ni...?

    BalasPadam
  9. Bahasa Jermanlah, kau mana tahu, kau tak sekolah, kek keh keh.

    Apakhabar Tuanku Megat, saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru cina, eh cina pulak..Selamat Tahun Baru Masihi 2011.

    Terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi menyiarkan Surat Tuntutan, bukannya satu malah sampai tiga. Bolehlah saya tahu sedikit sebanyak apa aktiviti Keluarga Diraja Megat buat setakat ini.

    Terima kasih bebanyak dari saya . Wassalam.

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam , subhanallah auji...pi mana lama taknampak.

    terima kasih kerana sudi jawab lawk bodoh ana tu. kirim salam kat mak auji sekali. takdak pantun special utk kami lagi ka ?

    BalasPadam
  11. salam saudara megat, sudikah saudara membaca blog ni...
    http://tausug-global.blogspot.com/

    blog sultan sulu... kontroversi juga blog ni mcm ala2 blog sejarah kedah juga..Kali ni mengangkat bangsa tasaug@sulu pula...

    any comments?

    BalasPadam
  12. Salam kasih mesra dari saya kepada Tuanku Merong Megat Aljefri..

    Saya baru balik ni dari kursus 6 bulan PLKN. Saya balik rumah sekejap sahaja sempena raya cina lepas tu kena kembali semula kem latihan PLKN.

    Saya dan kawan-kawan di kem latihan kami doakan Tuanku Megat bersama keluarga, sahabat-sahabat Megat dan saudara sesama Islam serta makhluk Allah sesama kita seperti Mokcik Sri yang kononnya Cik Srikandi Berceloteh eee nak muntah saya, padahal Mok Cik Tua Mengumpat dan Mengfitnah dengan teori andaian dongengnya Jawaka. Datang pulak Sangtawal lepas percaya teori bodoh indon tu,mengaku dia pun Jawa. Ntah-ntah lepas ni Islamic Neutron dan Alpondan Semantani pun mengaku Jawa. Dulu si Pondan lima ni mengaku Siam lepas tu fight dengan Siam Diraja siap dengan makihamun lepastu takmengaku pula macam tokguru dia Mok Cik Sri.keh.keh orang macam ni pun ada.

    Di harap umat kita dapat menghadapi diantara tanda-tanda kekuasaan Allah dengan kemunculan huruf Mim iaitu Megat dan keluarga diraja Merong ini dengan penuh tekun, sabar dan yakin pada janji Allah dengan gelombang kebangkitan Islam ini di sebelah timur.Amin, amin, amin.

    Semoga semuanya di dalam keadaan selamat sehinggalah selesai ujian Allah tersebut dan berakhir dengan kejayaan berada di antara hamba Allah yang dekat dengannya, assalamualaikom...

    BalasPadam
  13. waalaikumussalam saudaraku living dan adik auji...

    tadi ana dah tengok blog tausug ...bagus juga isinya. trimakasih daun keladi .terutamanya ttg laporan bugis GOA SULAWESI yg kononnya makassar sulawesi, cukup menarik artikel yg d siarkan. cuma sesetengah artikel lainnya ttg dongeng melaka kalah dgn portugis bukannya dgn belanda dan elizibeth II yahudi kononnya berdarah tausug cukup meloyakan. trima kasih atas perkongsian maklumat itu.



    adik auji pula d harap belajar rajin2 dan jgn trpegaruh dgn sejarah yg semata2 dalil aqli kata ustaz zahzan tanpa merujuk agama islam sirah dan kpd nabi ibrahim dan nuh a.s. last sekali puak batil ini mengatakan semua org melayu atas rujukan sesat oreintalis barat yg mengatakan org2 timur nusantara pekat hindu dan buddha.d ulang2 pula d dlm penulisan batil mereka hindu dan buddha supaya masuk d dlm pemikiran kita. astaghfirullah hal azim.

    sekian. wassalam.

    BalasPadam
  14. cukup bagus kalau saudara megat boleh berhubung dgn blogger sultan sulu ni..

    saya ada bertanya blogger ni pasal hal perbezaan siam dan thai...
    beliau bersetuju yg siam berbeza..sependapat dgn SNK berhubung hal siam mirip kpd melayu, THAI plak golongan lain.....

    dan dia kata lg, kaum beliau iaitu tausug@sulu@sulug telah membantu tentera siam menentang burma ketika perang pembebasan ayuthaya

    seperti juga claim anai2 and the coperation bercerita tentang byk tempat menggunakan bahsa siam, blogger ni juga mendakwa byk tempat Berbahsa Sulu... Contohnya ARAU, perlis..

    mmg bagus kalau korang geng SNK dpt duduk semeja dgn penulis blog sulu ni...cuba2 la korang contact dan cari persamaan dan perbezaan....

    BalasPadam
  15. trima kasih saudara living seed atas syor cadangan yg d berikan, ana akan maklumkan perkara ini kpd keluarga kami.kerajaan sulu di bawah raja2 daerahnya mmg mempunyai talian dgn kerajaan benua siam kedah.

    bukan sahaja daerah sulu anak2 merong d hantar malah utara filipina dan borneo d hantar anak2 merong ahlul-bait utk mentadbir wilayah sana contohnya raja ismail amanillah utk luzon island baginda ialah adik kpd sultan syed alang alaudin dan raja utk daerah borneo island iaitu san tubong @ tengku hassan baginda merupakan bapa saudara kpd tun syaaban @ hang tuah raja daerah sumatra d aceh.

    sekian wsslm.

    BalasPadam
  16. A,kum Tuan Megat,
    Apa pendapat Megat tentang kejadin di Mesir, sebab saya lihat lepas artikel Megat tentang Mesir di keluar semua pelajar kita di sana semuanya di keluarkan dari universiti british tu atas sebab-sebab keselamatan.

    BalasPadam
  17. Salam Abang Megat.,,,slam mesra

    Apa makna Arau dan Perlis dalam bahasa Siam wahai cik abang Megat. Kenapa abang Megat tak hurai yang Living Seed tulis mengenai Arau dan Perlis. Tulis le sikit ok.

    Tentang Mok Cik Sri tu jangan risau Auji sebab sekarang dio cakap sorang-sorang. Sebab ulasan-ulasan palsu dio dah ramai orang tak layan.

    Biarlah dio berceloteh sorang-sorang sebab perangai orang tua memang macam tu. Semuo orng dah menyampah dengan sejarah Buddha dan Hindunya tu. Sayo raso Mokcik Sri ni asal dari Pulau Hindu, kiro Indon Hindulah tu Nenek moyang dio.

    Tapi Auji biarlah dio macam tu sebab dio nak habis umur dah. Buang tabiatlah tu. Siap dengan UJUB dan TAKABUR mengaku sorang-sorang pemusnahlah , vimpire historylah. ka gilo mokck sri tua bongka ni. Kesian kat dia dah tuo pun gilo glamor siap dengan letak gambar betino mudo.

    BalasPadam
  18. A,kum saudara Megat,

    Tadi saya berkesempatan membaca blog saudara, memang hebat. Saya kagumi hasil tulisan saudara. Tahniah dan terima kasih.

    Tentang Universiti Orang Putih tu eloklah tu kena balik sebab adik saya pun dah setahun di sana tak belajar pun, esei pun tak buat, tesis lagilah tiada, sedar-sedar dah balik kononnya sudah menghabis pengajian di sana ....,..hipokrit sungguh.

    BalasPadam
  19. waalaikumussalam semua che wood, sofea dan firespeckl...

    utk pengetahuan che wood ada masyaikh bagitau utk umat dulu slps dakwah d buat, seruan dan pemberitahuan ttg bahaya sesuatu d abaikan melawan pula seruan kebaikan maka allah bagi tangguh selama 40 thn contoh spt KAUM HARI SABTU yg menangkap ikan hari ibadat mereka, maka genap 40 thn semuamya menjadi monyet dan kera. maka utk umat akhir zmn pula tempoh tangguh 4 bulan atau 40 hari. jadi artikel ana ttg UNIVERSITI BRITISH ALAZHAR ni sept.dah genap 4 bln. pun ...at last semua kena halau keluar dari universiti provoksi barat yg kononnya tertua d dunia.alhamdulillah.


    saudari sofea pula trima kasih ttg kprihatinn ttg makna bahasa siam tu ...tapi lps ni jgn papar auratkita d kaca umum sbb lehertu aurat dan ana nasihatkaN sofea jgn spt sstengah BLOGGER tu yg rata bawa bini dia tunjuk dlm blog dahtu nampak umbut rambut dan leher bentuk badan, ingatlah takuti allah 3X...JGN LUPA o.k. Makna PERLIS dlm bahasa melayu ialah "bedak" dlm bahasa THAI pula "PEERG" dan makna ARAU dlm bahasa melayu ialah "kami" dlm bahasa THAI pula "RAU"...



    saudara fire pula trimakasih atas doronga semangat tu dan mmg budak2 tu kita kena larang terus kenegara tarian gelek tu sbb sana kita kena p dakwah depa kpd iman dan amal bukannya p brmustatain d sana serta konon p menghabiskan pengajian ...innalillah, wslm.

    BalasPadam
  20. * Hari, sebutan asalnya dalam bahasa Sulug ialah Adaw (sebutan Sulug Buranun Addaw @ Adlaw) yang kemudian disebut oleh Tagalog-Visaya dengan "Araw", kebiasaan sebutan "R" menjadi "L" maka akan berbunyi "Alau". Alau @ Allau adalah sebutan pada lidah Bugis dan Orang Laut. Arau @ Haru adalah sebutan pada lidah Mesir Purba. Hari ini di sempadan Kedah dan Perlis terdapat nama daerah yang dinamakan ARAU yang sebenarnya dianamakan berdasarkan nama Datu Arau yang pernah duduk di situ. Datu Arau adalah Sulug menurut keturunannya yang masih duduk di sekitar Arau. Di pintu masuk kawasan kampung Datu Arau terdapat gerbang batu bertulis "Sung kamu manga taimanghud" (Dipersilakan wahai saudara-saudara ku).

    Ada sedikit perbezaan tentang nama ARAU ni..



    http://tausug-global.blogspot.com/2011/02/keagungan-kepincangan-dunia-melayu.html

    BalasPadam
  21. salam Che Megat satu blog yang amat membantu saya dalam memahami segala yang yang tersirat dan tersurat dalam sejarah nenek moyang kita .

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum abang Megat, terimakasih kerana memberi nasihat membina kepada saya. Insyaallah saya akan cubo amalkan dan sayo berazam tidak degil seperti sesetengah blogger tu tentang pemakaian tudung yang sempurna.

    Tentang bahasa Siam di Arau tu memang bahasa Siam sebab jika saudara Living Seed mengatakan ianya bahasa Sulug itu kebetulan sahaja sebab Kodiang, Jitra, Asun itu datuk sayo kato seperti di Kelantan majoriti bahasa Siam seperti Koktua, Kok Dollah, Ayer Lanas dan Nakon Namboa. Apapulo nak di padankan dengan bahasa Sulug Filipina tu, nakallah kau ni Living Seed.

    Saya harap abang Megat sayang jangan lambat sangat nak keluar artikel tu, terseksa batin kami tau. Sekian.

    BalasPadam
  23. "Tentang bahasa Siam di Arau tu memang bahasa Siam sebab jika saudara Living Seed mengatakan ianya bahasa Sulug itu kebetulan sahaja sebab Kodiang, Jitra, Asun itu datuk sayo kato seperti di Kelantan majoriti bahasa Siam seperti Koktua, Kok Dollah, Ayer Lanas dan Nakon Namboa. Apapulo nak di padankan dengan bahasa Sulug Filipina tu, nakallah kau ni Living Seed.

    Saya harap abang Megat sayang jangan lambat sangat nak keluar artikel tu, terseksa batin kami tau. Sekian. "


    i just read from another blog....
    standard la sejarah kan mempunyai pelbagai tafsiran...

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum tuan.Semoga tuan sentiasa dirahmati Allah dgn perkongsian maklumat sebenar bersama seluruh umat.Di sini hanya ingin meluahkan sedikit cetusan rasa...Ana menjangkakan bhw kemajuan usaha dakwah kini akan mmberi kesan kpd pmerintahan negara kita tidak lama lg.Tambahan pula,teori RAHMAN nampaknya telah berakhir dgn bermulanya pemerintahan PM baru kita.Mungkin juga UMNO tidak akan mmerintah negara lg kerana...Wallahua'lam

    BalasPadam
  25. walaikumussalam living, qayyum, sofea dan as-siddiqe...

    maaf lewat jawab sbb sibuk dgn nusrah jemaah luarnegeri d sini...

    baguslah living ada atas minat dan keprihatian anta mengenai bahasa2 suku kaum bangsa melayu d nusantara ini, juga ttg sejarah realiti nagara.

    utk saudara qayyum pula trima kasih daun keladi atas sokongan anta tu.

    sofea pula emmm...tahniah saudari telah berubah atas taufik dan hidayat dari allah s.w.t dulu yg sebut pulau hindu tu pulau apa?

    buat saudaraku as-siddiqe pula ...dakwh mmg maksud hidup kita dan maksud hidup kita ialah menjadi samada muhajirin atau ansar utk keselamatan hidup kita dunia dan akhirat.

    wsslmualaikum warahmatullah

    BalasPadam
  26. selepas saya baca blog sejarah negara kedah
    saya rasa sangat2 obses pada sejarah

    BalasPadam
  27. Salam,

    Mohon bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British?

    wassalam
    QAH

    BalasPadam