Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Isnin, 18 Oktober 2010

YOU ARE THE ONE : SEORANG ALIM, KHALIFAH, MAHARAJA, PANGLIMA DAN PENDAKWAH ISLAM YG HEBAT BERNAMA MERONG MAHA WANGSA DAN PENYEBARAN ISLAM DI NUSANTARA


Assalamualaikum semua orang-orang Nusantara dan Umat Muhammad s.a.w. di mana sahaja anda berada. Sudahkah antum habis beraya, sudahkah antum puas beraya.? Bulan Syawal pun sudah berakhir, atas permintaan ramai serta kawan-kawan yang ingin mengetahui tentang, siapa Merong Maha Wangsa ? Adakah dia beragama Hindu ? Adakah dia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s. ? Benarkah baginda ini dari benua India ? Di sini kita dapat melihat kekaburan umat akhir zaman ini tentang baginda ini sebenarnya satu perkara yang merbahaya dan tidak sepatutnya berlaku. Bila ini berlaku maka celaan keatas perjuangan generasi terdahulu di anggap sebagai perkara biasa. Ini disebabkan oleh kejahilan, buta sejarah dan pengetahuan mengenai pejuang-pejuang ini dan perit jerih mereka memperjuang dan mengembang agama Islam tercinta tidak di ketahui ramai. Nabi s.a.w bersabda : Apabila Generasi sekarang mulai melaknat Generasi awal terdahulu , jika ini sudah berlaku maka bersiap-siaplah kamu kerana angin merah yang ganas, gegaran bumi, tengelam manusia ke dalam tanah, kecacatan muka, hujan batu akan datang melanda dan berbagai musibah lagi akan datang berturut-turut dan bersusun-bersusun seperti tasbih yang terputus talinya, maka berjatuhanlah ia secara berselerakan, hadis riwayat Tarmizi, sila rujuk Kitab Muntakhab Hadis m.s. 129. Sekarang mari kita rungkai dan terangkan tentang tokoh yang hebat ini, seorang Maharaja Melayu, Panglima dan Pendakwah agama Allah yang gagah perkasa. Ianya bukan dari Fantasi orang-orang Barat, tapi Realiti yang sebenarnya tentang siapakah sebenarnya Merong Maha Wangsa ini. Pepatah Melayu ada mengatakan " Tidak kenal maka tidak cinta ".

KELIHATAN MASJID PURBA CHINA YANG MENYERUPAI BATU NISAN ACEH PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH PASAI MA

Baginda merupakan pejuang agama Allah yang masyhur dan hidup di tahun 700 masihi. Keluarga baginda merupakan pengikut kuat ajaran Islam Hanif sebelum datangnya Islam Nabi Muhammad s.a.w. yang mengamalkan ajaran Kitab Allah Suhuf milik Nabi Ibrahim a.s. Baginda merupakan cucu kepada Raja China dinasti Tang iaitu Sai Tee Sung yang memeluk Islam di tangan Panglima Besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Saad Bin Abi Waqas r.hu. di tahun 650 masihi. Baginda berketurunan Syeikh Huang Ti dan menetap di bandar kuno Xian. Sebuah kawasan pergunungan yang besar di tengah-tengah China. Baginda DYMM Merong Maha Wangsa merupakan cucu sulung kepada Raja China yang bernama Sai Tee Sung yang mana mereka ini dari darah keturunan Syeikh Huang Tie juga di kenali di dalam penulisan barat dengan nama Shih Huang Ti seorang pengasas empayar pertama China untuk Dinasti Chin. Baginda Shih Huang Ti pula merupakan anak keturunan dari Nabi Allah Raja Iskandar Zulkarnain. Rekod China tahun 651 masihi mengakui mereka menerima utusan dari Han Mi Mo Moni atau Amirul Mukminin dan di kurun masihi ke 7, Raja China yang bernama Sai Tee Sung telah memeluk Islam di ikuti oleh rakyat baginda. Tapi bagaimanapun majoriti rakyat baginda masih lagi beragama Buddha, seperti kes Raja Delhi Benua Keling seperti Raja Muhammad Aurangzeb beragama Islam tapi majoriti rakyatnya masih beragama Hindu, juga pemerintahan Raja Turki Usmaniyyah tapi majoriti rakyatnya beragama Kristian seperti di Serbia, Poland, Greece dan semenanjung Balkan.


MASJID PURBA CHINA DI TONGXIN MENUNJUKKAN BUKTI SUDAH LAMA UMAT NUSANTARA BERAGAMA ISLAM YANG DATANG DARI UTARA BENUA SIAM ATAU INDO-CHINA, IAITU DI TAHUN 700 MASIHI LAGI


Raja China Sai Tee Sung telah memerintahkan cucu baginda, Duli Yang Maha Mulia Mulia Merong Maha Wangsa ke Gunung Jerai dengan menyerahkan Kertas Kuasa Memerintah di gelar Kedah Atau Kedat. Di dalam bahasa Melayu Siamnya bermakna " Kertas Kuasa Memerintah " di bawah pemantauan Syed Jamal al-Jefri yang pada masa itu mempunyai penempatan besar orang-orang Arab di negara China. Nama isteri baginda ialah Syarifah Mariam al-Jefri dan telah mendapat arahan dari bapa mertuanya Jamal al-Jefri agar mendirikan kerajaan berdekatan dengan Gunung Jerai yang mempunyai Haikal atau Masjid Kuno milik Yafis putera kepada Nabi Nuh a.s. DYMM Merong Maha Wangsa telah datang ke Kedah dengan satu gerombolan yang besar bersama isterinya dengan menaiki Kapal Arang dengan Bendera Panji bertulis kalimah syahadah berwarna merah beserta gambar naga berwarna hijau. Mereka mudik di Sungai Bujang dan di sungai inilah yang memberi kepada Nagara Kedah kemasyhuran purbanya sebagai pelabuhan utama di Lautan Hindi. Semenanjung Melaka ketika itu dan sekarang ini maju kerana berkat atas pengorbanan DYMM Merong Maha Wangsa kerana baginda sanggup meninggalkan ayahandanya, kerajaan dan kesenangan duniawi semata-mata untuk menyebarkan Islam di sebelah sini. Profesor S.Q. Fatimi mengatakan di dalam bukunya " Comes To Malaysia " telah berlaku perpindahan beramai-ramai orang Islam dari China ke Asia Tenggara pada tahun 876 masihi. Mengikut Syed Naquib, tumpuan mereka adalah ke Kedah dan Palembang. Beliau juga berkata penghijrahan mereka ke wilayah lain juga berlaku iaitu ke Champa, Pantai Timur Semenanjung, Brunei dan Kepulauan Jawa Timur untuk membantu perkembangan Islam di kawasan ini.

MASJID PURBA DI BENUA KELING HINDI DI KASHMIR YANG MENYERUPAI SENI BINA CHINA DAN SENIBINA BANGUNAN MAHARAJA MELAYU MERONG MAHA WANGSA

Baginda DYMM Merong Maha Wangsa mendapat arahan khas dari Jamal al-Jefri agar membuat penempatan di bandar kuno milik Phonain, iaitu putera kepada Nabi Allah Raja Iskandar Zulkarnain a.s. Phonain yang di dalam bahasa Melayu Siamnya bermaksud " Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain ". Baginda memiliki banyak bangunan kuno di sekitar Gunung Jerai, Benua Siam atau Indo-China iaitu Kemboja, Laos dan Vietnam. Oleh itu baginda membuat penempatan yang berpusat di Sungai Mas, Merbuk, Kedah betul-betul berdekatan dengan laut dan Gunung Jerai. DYMM Merong Maha Wangsa dan permaisuri baginda, Syarifah Jamal ai-Jefri bersungguh-sungguh menunaikan amanat Wali Allah Abdal Jamal al-Jefri menyebarkan Islam di Nusantara ini telah di sambung oleh anak-anak sehingga ke zaman DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah. Cucu baginda DYMM Sultan Saidina Ali Jamalul Alam Badrul Munir di tahun hirah 220 atau 812 masihi berjaya menghasilkan Kitab Undang-Undang Kedah. Kitab ini di guna pakai oleh semua jajahan Kedah di Nusantara contohnya pembayaran ufti berupa Bunga Emas dan Warna Kuning oleh semua Raja-Raja Daerah baginda. Baginda DYMM Merong Maha Wangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan mula menyebar Islam dengan tekunnya selepas di bumi bertuah ini Kedah Pasai Ma.

WAKAF MASJID PRAMBANAN YANG DI "CONVERT" PENJAJAH BARAT KEMUDIAN DI GELAR KONONNYA KUIL HINDU YANG DUDUK BERSEBELAHAN DENGAN MASJID BOROBUDUR YANG KONONNYA KUIL BUDDHA DI DALAM WILAYAH SEMARANG, JAWA

Oleh kerana itu, keturunan baginda DYMM Merong Maha Wangsa di beri ufti Bunga Perak dan Bunga Emas sebagai tanda taat setia oleh Raja-Raja Daerah walau di mana sahaja Maharaja Melayu ini berada, samada di Ayuthia, Kota Star, Beruas Gangga Nagara, Albani Australia, Acheh, Kemboja Cempaka Sari, Bangkok Kenchana Puri, Legeh, Brunei, Amanillah, Toung Oo Tenang Sari dan lain-lain. Tetapi di dalam penulisan Barat mengatakan kononnya Bunga Perak dan Emas itu di hantar kepada kerajaan Budha Sukuthai di Bangkok. Padahal kerajaan Sukuthai ini di buka oleh anakanda DYMM Merong Maha Wangsa yang bernama Merong Maha Pudiset. Konsep kesetiaan yang tidak berbelah bagi di kalangan orang-orang Melayu terhadap keturunan Merong ini boleh di anggap sebagai salah satu faktor utama perluasan Islam di Nusantara ini. Profesor A.H. Johns mengatakan " Bahawa rakyat memeluk Islam kerana mencontohi Sultan mereka ". DYMM Merong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Shah I juga merupakan ipar kepada Syarifah Mumtaz al-Jefri yang juga isteri kepada Raja Soka India. Baginda DYMM Merong Maha Wangsa berjaya mengislamkan Benua India dengan cara mengislamkan rajanya yang sebelum ini merupakan penganut agama Hindu.




FILEM BATIL YANG MEMAPARKAN KONONNYA MAHARAJA MELAYU INI, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUZAFFAR SHAH I MERONG MAHA WANGSA INI BERASAL DARI GOA INDIA DAN TIADA AGAMA SERTA ASAL-USULNYA


Filem ini memaparkan ketokohan DYMM Merong Maha Wangsa yang bukan sahaja seorang jagoan malah seorang Tokoh Evergreen yang di sayangi oleh semua orang. Nama beliau harum di sepanjang zaman, dari generasi ke generasi sehingga datangnya penjajah-penjajah Barat mengubah perspektif umat keatas baginda. Dengan datangnya musuh-musuh Allah yang paling kuat memusuhi keluarga rasul s.a.w ini dan kekhalifahan Ahlul-Bait, mereka menggelapkan sejarah baginda dan di letakkan pula nama baginda di zaman Nabi Sulaiman a.s. Filem ini bukan sahaja bercanggah dengan dongeng orang putih, yang kerja mereka mendongengkan semua Hikayat Melayu, malah lebih teruk lagi burung Garuda di gambarkan dalam bentuk gerombolan lanun. Lebih teruk lagi mengikut dongeng filem ini yang DYMM Merong Maha Wangsa ini di katakan berasal dari Goa, India dan DI UPAH OLEH KERAJAAN ROM untuk membawa mereka ke China dan ini di yakini pula oleh sesetengah sejarawan kita yang buta sejarah nusa bangsa wal iazubillah. Mengikut dongeng ini yang memang sudah di rosakkan oleh penulisan Barat, di katakan pula DYMM Merong maha Wangsa ini dari keturunan indera-indera dan ibunya berasal dari dewa-dewa raksasa. Dongeng merapu dan karut itu juga melaporkan selepas baginda terselamat dari serangan Garuda, baginda pun belayar masuk ke Kuala Merbok dan di lantik menjadi Raja Kedah yang pertama.
MASJID PURBA DI KOMPLEKS KOTA SOKA DI KAMPAR, INDONESIA. BAGINDA BERASAL DARI BENUA KELING SERTA BERAGAMA HINDU DAN MEMELUK ISLAM DI TANGAN DYMM MAHARAJA MELAYU MERONG MAHA WANGSA

Memang ada cerita dari masyaikh kita tentang Nabi Sulaiman a.s. sebagai Maharaja dan Khalifah yang menguasai empayar Rom dan empayar China seperti golongan Quraisy Ahlul-Bait ARAB Syarif Mekah dan Quraisy AJAM Ahlul-Bait Syarif Merong Maha Wangsa sebagai Khalifah dan Maharaja yang menguasai Empayar Usmaniyyah, Empayar Delhi dan Empayar China. Dan memang ada juga cerita dari masyaikh kita tentang Bab Takdir bagaimana burung raksasa atau burung Garuda dalam versi Melayu ingin memgubah Takdir Allah Jalla Jalalah ke atas jodoh perkahwinan antara Putera Raja Rom dengan Puteri Raja China. Tapi bila musuh-musuh Allah Taala memasukkan kisah ini di dalam Hikayat Merong Maha Wangsa dan menjadikan DYMM Merong Maha Wangsa sebagai hero di dalam zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan secara automatiknya buku ini menjadi dongeng penuh dengan khurafat, metos dan khayalan seperti musuh-musuh Allah ini mendongengkan Kitab Taurat dan Injil juga penuh juga dengan metos dan khayalan. Kitab yang telah di dongengkan oleh penjajah-penjajah kafir ini yang lucunya pula menjadi rujukan ahli sejarawan zaman sekarang dan di jadikan rujukan sejarah negara. Sebab itulah sejarah negara kita tidak relevan lansung dengan rakyat negara kita yang sudah merdeka dan memang sejarah negara kita perlu di ubah. Mari kita hayati seketika kisah sebenar, apa yang berlaku antara Nabi Sulaiman a.s. dan burung Garuda berkenaan.



MASJID PURBA MILIK RAJA DAERAH SRI WIJAYA IAITU RAJA SOKA DENGAN GELARAN SHAH JIHAN I YANG DUDUK DI BAWAH PEMERINTAHAN YTM MERONG MAHA WANGSA, MEMPUNYAI 9 ANAK TANGGA SEPERTI MIMBAR KHALIFAH MUAWIYAH R.HU


Pada zaman Raja Sulaiman a.s. setelah kematian ayahanda baginda Raja Daud a.s. pucuk pimpinan kerajaan telah di ambil oleh putera bongsu Raja Daud a.s. iaitu Nabi Sulaiman a.s. Baginda terpilih kerana bijaksana, lagipun 99 anak Raja Daud a.s. yang lainnya semua mempunyai kecacatan tubuh badan. Dan oleh kerana itu baginda Nabi Sulaiman mempunyai mukjizat menguasai udara, binatang-binatang darat serta lautan dan jin syaitan, maka mudahlah baginda Nabi Allah Sulaiman a.s. menguasai timur dan barat. Segala pemberontakan dari abang-abangnya yang di hasut oleh para menteri yang menpunyai kepentingan diri, dapat di hapuskan dengan mudah hasil dari kerahan tentera-tentera baginda dari kalangan jin dan manusia. Semua haiwan dari timur dan barat datang menghambakan diri kepada baginda, kerana mukjizat baginda dapat memahami bahasa semua makhluk-makhluk Allah jalla jalalah meskipun bahasa seekor semut sekalipun. Tapi dalam banyak-banyak haiwan tersebut ada seekor sahaja binatang yang tidak mengadap atau berbaiat kepada baginda, iaitu burung Garuda. Burung ini menurut masyaikh bermukim di Pulau Langkapuri. Maka wakil-wakil Khalifah atau Maharaja di hantar kepada burung Garuda ini untuk mengadap Nabi Sulaiman a.s. sebagai Sultan yang menguasai dunia sekalipun ke atas Empayar Rom dan Empayar China.


HIKAYAT SESAT, KARUT DAN PENUH DENGAN METOS SERTA DONGENG, MENJADI RUJUKAN UTAMA PENSYARAH-PENSYARAH BATIL YANG MENGANDAIKAN DYMM MERONG MAHA WANGSA HINDU DAN BERASAL DARI INDIA PADAHAL IANYA IALAH RAJA SOKA, BIRAS KEPADA YTM MERONG MAHA WANGSA

Di sebelah pihak burung Garuda pula, beliau tidak melayan sesiapa pun yang menjemput beliau ke Kota Maharaja, mengadap Nabi Sulaiman a.s. Pernah satu ketika seekor gajah dan seekor ular di datang khas untuk menjemput burung Garuda ke Istana Khalifah bagi kerajaan timur dan barat. Tapi dari jauh lagi sudah kedengaran suara gergasi burung Garuda ingin memakan daging gajah dan ular jika mereka datang dekat dengan penempatannya. Ini menyebabkan haiwan-haiwan ini lari ketakutan, risau di sambar makan oleh burung Garuda yang ngeri berkenaan. Ini menyebab Raja Sulaiman a.s. menghantar pula burung Layang-Layang, untuk maksud yang sama. Burung Layang-Layang pergi terus ke Pulau Langkapuri dan tanpa amaran, terus nekad terbang ke dalam telinga burung Garuda derhaka perintah Sultan berkenaan. Burung Layang-Layang pun membuat bising sambil mematuk-matuk di dalam telinga burung Garuda sehingga burung garuda memekik melolong kesakitan. Burung Layang-Layang pun memberi arahan kepada burung Garuda, agar mengadap Khalifah Islam berkenaan jika ingin beliau berhenti menyeksanya di dalam telinga. Maka taatlah burung Garuda, terus terbang ke Kota Baitul Muqaddis buat mengadap raja segala raja di muka bumi iaitu Nabi Allah Sulaiman a.s.

DI KOTA RAJA DAERAH BENUA HINDI-KOTA MUHAMMAD AURANGZEB, LAHORE, PAKISTAN. SEMUA AMALAN KEBAJIKAN UMAT ISLAM DI INDIA, PAKISTAN, BANGLADESH, NEPAL DAN SRI LANKA MASUK KE DALAM BUKU AMALAN YTM MERONG MAHA WANGSA KERANA USAHA BELIAU YANG BERJAYA MENGISLAMKAN RAJA SOKA


Bila beliau mengadap Maharaja Sulaiman a.s. maka Baginda Khalifah bertanya apakah gerangannya menyebabkan beliau tertahan untuk berbaiat atau mengiktiraf kepadanya. Maka di jawab burung Garuda bahawa beliau besar, tiada tolok bandingnya dan semua binatang di muka dunia ini gerun dengannya. Maka tak perlulah beliau mengiktiraf kekuasaan Maharaja Sulaiman a.s. keatasnya. Titah Khalifah Sulaiman a.s. jika beliau terasa hebat sangat, cubalah ubah Takdir Allah, yang mana akan berlaku perkahwinan antara dua kerajaan, satu di barat dan satu lagi jauh di timur sana. Iaitu akan berlaku perkahwinan antara putera Rom dan puteri China. Jika dia berjaya mengubah takdir ilahi itu, tak perlulah burung Garuda berada di bawah pemerintahan baginda Sultan yang menguasai Timur dan Barat. Maka pulanglah burung Garuda ke sarangnya nun jauh tinggi di atas pokok di Pulau Langkapuri memikiri bagaimana beliau dapat mengubah takdir Allah Taala. Maka beliaupun terbang jauh ke negeri China untuk meninjau kawasan kota istana raja China, apa yang perlu beliau buat di sana. Tiba-tiba beliau mendapat peluang untuk melarikan sang puteri dengan cara menyambar puteri raja China dengan kukunya lalu di terbangkan serta di simpannya di sarangnya nun atas pokok yang berkabus dengan awan, lantaran tingginya pokok berkenaan.

AKSI BURUNG GARUDA YANG MENYAMBAR TUAN PUTERI CHINA DI UBAH MENJADI DONGENG ZAMAN MODEN KEPADA AKSI SERANGAN LANUN DAN WUJUDNYA DYMM MERONG MAHA WANGSA DI ZAMAN YANG TIDAK MUNASABAH TARIKHNYA

Burung Garuda berazam menahan perkahwinan diraja itu, berjanji sebelum ini kepada Raja Sulaiman a.s. tidak akan mengapa-apakan puteri China tersebut. Dan akan menyerahkan kembali puteri China selepas semuanya selesai. Maka riuh rendahlah rakyat negara China di atas kehilangan sang puteri Raja Daerah berkenaan. Maka bergeraklah burung Garuda untuk langkah seterusnya dengan memantau laluan terpanjang di dunia iaitu Selat Melaka, jika sudah tiba Rombongan Meminang dari pihak raja daerah dari Rom untuk ke laut Champa sebelum sampai ke negara China. Pemantauan beliau berhasil, bila beliau dapat mengesan di mana Rombongan Meminag itu berada. Setelah rombongan ini sampai melepasi Lautan Hindi dan memasuki utara Selat Melaka maka mereka telah di serang sebegitu ngeri dan sadis oleh burung Garuda berkenaan, sehingga pecah musnah kapal-kapal diraja rombongan ekspidisi angkara burung Garuda berkenaan. Semua ahli rombongan mati kecuali dengan takdir Allah Taala seorang sahaja terselamat iaitu putera raja berkenaan yang berjaya bertaut di sekeping papan lalu hanyut ke Pulau Langkapuri. Burung Garuda pun berlalu pergi dengan bangganya, bila berjaya memusnahkan armada Rombongan Meminang Rom walaupun di kawal ketat oleh tentera-tentera Rom berkenaan.



WALAUPUN ADA PERCUBAAN MENGHINA KERIS DENGAN DI SANDARKAN PADA PANTUN BATIL KONONNYA DARIPADA TUK KENALI, TAPI KERIS SEBAGAI LAMBANG KEKUASAAN MELAYU MERONG MAHA WANGSA TETAP DI TERUSKAN


Putera raja Rom pula, selepas selang beberapa hari terdampar keletihan di pantai di Pulau berkenaan, mulalah mencari makanan dan meninjau keadaan pulau berkenaan, sehinggalah pada suatu hari beliau terkejut melihat satu bebayang yang besar bergerak kearahnya dari bahagian atas. Maka terkejutlah baginda bila mendapati seekor burung yang terlalu besar sedang melintasi baginda menuju kesebatang pokok yang saiznya juga besar di tengah-tengah hutan belantara di pulau berkenaan. Baginda pun mengekori pergerakan burung raksasa itu setiap hari. Baginda dapati burung berkenaan setiap pagi keluar meninggalkan sarangnya dan pulang ke sarangnya setelah dinihari. Jadi beliau memberanikan diri memanjat pokok berkenaan untuk melihat sarang burung raksasa berkenaan, setelah burung itu berlalu pergi. Bila baginda sampai di atas sana, alangkah terkejutnya baginda apabila di dapati sang puteri China ada di atas sarang pokok gergasi berkenaan. Tuan puteri China itu memberitahu yang ia selamat disitu dan burung Garuda itu akan kembali untuk memberi puteri China itu makan dan akan akan menunaikan segala-gala hajat puteri China itu sebaik yang boleh.


MAKAM DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MERONG MAHA WANGSA SUAMI SYARIFAH MARIAM AL-JEFRI, YANG MEMBOLOT SEMUA PAHALA ORANG-ORANG ISLAM NUSANTARA DAN ORANG-ORANG BENUA KELING KERANA USAHA KERAS BAGINDA MENGISLAMKAN MEREKA


Sebagai penganut agama Islam Hanif Nabi Ibrahim a.s. yang taat iaitu di zaman Nabi Sulaiman a.s. Putera raja Rom pun kembali ke tempat persembunyian sambil berharap akan datang bantuan dari Allah s.w.t. Dengan takdir Allah, keesokan harinya puteri China terlihat suatu objek besar di tengah lautan bujur seperti telur. Maka baginda pun meminta agar burung Garuda itu mengambil objek itu, guna untuk baginda bermain. Maka burung Garuda pergi mengambilnya dan memberi kepada tuan puteri raja China, lantas meninggalkan baginda untuk mencari makanan. Objek itu dengan kehendak Allah s.w.t. boleh di buka dan di tutup. Maka baginda puteri China pun bercadang menyembunyikan putera raja Rom di dalamnya bila tiba masanya nanti iaitu di suatu masa yang sesuai dengan keadaan nanti. Pada masa yang di rancangkan burung Garuda, burung Garuda pun membawa tuan Puteri bersama objek barang mainan itu bersamanya, menggadap Khalifah Sulaiman a.s. dan mengkhabarkan berita gembira, kejayaannya menggagalkan perkahwinan antara dua benua empayar berkenaan. Tiba-tiba keluar dari dalam objek bulat seperti telur itu, putera raja Rom. Ini menghairankan burung Garuda dan Nabi Sulaiman a.s. Baginda Sulaiman terus bersujud diatas Takdir, Kudrat dan Iradat Allah Taala, atas kehendak Allah Jalla Jalalah yang di tentukan olehnya itu. Selepas peristiwa itu burung Garuda menjadi makhluk yang taat kepada Allah dan Nabi serta Rasulnya iaitu Raja dan Khalifah Sulaiman a.s.


BUKU INDUK SALASILAH KELUARGA DIRAJA TUANKU MERONG MAHA WANGSA, JAGOAN SILAM YANG MENINGGIKAN KALIMAH ALLAH S.W.T DI ALAM MELAYU INI


Tapi bila kisah di atas, di masukkan watak DYMM Merong Maha Wangsa yang bukan dari zaman baginda maka ini sebenarnya merupakan rancangan sulit musuh-musuh Allah untuk merosakkan nama baginda, serta keturunan baginda. DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa kemudiannya meletakkan Raja Soka yang merupakan biras kepada baginda untuk membuka penempatan baru di Samarahan, Borneo Sarawak yang agak strategik di tengah-tengah Nusantara untuk menyebar agama Islam yang suci serta mangawal selia kawasan laut maritim di situ. Raja Soka ini telah memakai nama Islamnya dengan gelaran Shah Jihan I pula, mengasaskan Empayar Sri Wijaya yang berpusat di Kota Samarahan di kepulauan Borneo, berdekatan dengan Bandaraya Kuching, Sarawak. Walaupun Raja Sri Wijaya ini mempunyai banyak kota yang di jadikan sebagai tempat transit bala tenteranya juga Kota Samarahan Sarawak, tetapi Pelabuhan Melaka yang berpusat dari Kuala Perlis, Kuala Kedah Teluk Bahang, Kota Star, kaki Gunung Jerai, Lembah Bujang, Sungai Mas, Merbok sehingga ke Kota Aur Bukit Mertajam juga di jadikan sebagai pelabuhan penting baginda yang merupakan raja pertama kerajaan Sri Wijaya. Di tambah pula dengan keberadaan Maharaja Melayu yang juga birasnya iaitu DYMM Merong Maha Wangsa di Sungai Mas Kuala Merbok, Kedah. Jadi bila berlaku pemberontakan Raja Hindu Rajendra Chola di selatan India, Kedahlah yang dahulu di serangnya, kerana di situlah letaknya Pelabuhan Melaka yang masyhur itu, beradanya pula pusat pemerintahan keturunan anak-anak cucu Merong Maha Wangsa berkubu. Ketokohan DYMM Merong Maha Wangsa atau bergelar Sultan Mudzafar Shah I yang telah berdakwah ke Benua Keling Hindi dan Albani Australia terserlah apabila baginda DYMM Merong Maha Wangsa membawa dengan banyaknya barangan dagangan kain sutera China ke kawasan Nusantara ini. Barang dagang yang berkapal-kapal banyaknya ke kawasan ini menyebabkan wujudnya Empayar Islam Benua Siam Kedah Merong Maha Wangsa.

20 ulasan:

  1. "Yang Teramat Mulia Merong Maha Wangsa telah datang ke Kedah dengan satu gerombolan yang besar bersama isterinya dengan menaiki Kapal Arang"

    apakah yang dimaksudkan kapal arang itu? adakah kapal steam (wap)? bukankah pada zaman dahulu menggunakan kapal layar?

    BalasPadam
  2. Tentang Kapal Arang tidak pelik jika sudah ada di zaman itu kerana orang-orang Cina di zaman itu sudah pun pandai membuat mercun dan bahan letupan dari belerang.

    Lagipun teknologi kertas dan bermacam lagi teknologi canggih cina dan orang timur cuba di sembunyikan oleh barat mula timbul sekarang. Betul dak wahai Khutubul Alam Megat ?

    BalasPadam
  3. Peperangan fikiran yang diteruskan kini merupakan senjata yang digunakan bagi menunjukkan Melayu Nosantara/Siam/China terpisah dengan Islam.

    Orientalis tidak perlu bersusahpayah untuk mempelajari bahasa kita dan bahasa Timur Tengah jika bukan kerana nak memperlekehkan keupayaan dan pencapaian kita yang bersandarkan lslam.

    Lihat bagaimanakah Quraish dapat menjadi bangsa yang lebih hebat apabila mereka menerima lslam secara komprehensif?

    Bila meninggalkan lslam, merelakan diri dijajah dengan ketinggian (kononnya Barat) janganlah bermimpi kita berupaya mengalahkan musuh.

    Jika dulu Light, Raffles kini siapakah mereka? Latar belakang apakah yang menguasai aspek akademia, kewangan berteraskan Riba yang ditentang di kalangan mereka, media baik akhbar mahu pun filem, ekonomi, politik, sosial, pendidikan dsbnya?

    Bukan hanya di USA, UKGB malah di negara-negara umat lslam menjadi pendokong mereka.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum semua khususnya pada zabedah, auji dan khairul anwar...

    ttg kapal arang itu bukan perkara baru bagi china dan orang2 melayu d masa itu. malah kawasan ALOR CHINA d tualang d zmn dulu terkenal dgn perusahaan membuat arang dari kayu balak dari jenis KAYU GELAM @ KAYU BAKAU.
    mereka juga pandai membuat senjati api, menjanik malah lebih dari itu tapi akan ana ceritakan d artikel yg lain ianyaallah.

    tahniah auji atas kefahaman yg tinggi di atas sejarah nusa bangsa. jadilah insan yg bertuhan kan allah, bukannya bertuhankan wang sehingga sanggup menafikan buku kuno melayu purba berkualiti tinggi yg d bawa pulang oleh tun mahathir muhammad dari London UNDANG-UNDANG KEDAH bertarikh 220 demi sesuap nasi dan hidup berihsan duit isterinya yg bekerja. tapi berlagak faham sejarah ( dengan menziarahi kubur2 lanun yg d rujuknya buku sejarah komik kartun serta fantasi ) dan berlagak faham mistik serta agama tapi setiap artikelnya memapar dan mendedahkan wajah isterinya sehingga menampakkan leher dan bentuk badan isteri nya, astagfirullahal azim, moga allah memberi petunjuk kepada beliau.

    juga trimakasih daun keladi kpd saudara khairul anwar atas maklumat dan kesedaran yg tinggi dari beliau.

    sekian wassalam.

    BalasPadam
  5. Tahniah Megat,

    Andalah MIN yang dinantikan selama ini.
    Semoga Allah merahmati tuan dalam membongkarkan rahsia2 sejarah pada masa akan datang

    BalasPadam
  6. http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/10/seyyed-mohammad-marandi-tentang.html

    On Academic Orientalism. Good view though he maybe a Shiite.

    BalasPadam
  7. harap dapat update selalu blog ni, saya memang minat baca sejarah ni, terutama sejarah bagaimana penipuan dilakukan oleh musuh2 Allah

    BalasPadam
  8. trima kasih sekali lagi kpd khairul anwar dan kpd zabedah bersabarlah.

    insyaallah, atas keperihatinan anda, artikel seterusnya akan keluar d bulan ini dgn entri2 berguna dan utk renungan kita bersama. guna utk pembinaan ketamadunan kita dunia dan akhirat, agar kita tidak kalah dan tertipu oleh musuh2 Allah juga talibarutnya yg sentiasa brkeliaran d sekitar kita utk mencari kelemahan kita. mereka bukan hendak membantu dan memberi semangat ats kelemahan kita, tapi utk mencaci, menghina dan mengkafir nenekmoyang kita yg mempunyai keperibadian dan sejarah yg hebat.

    sekian.

    BalasPadam
  9. Tahniah atas penulisan ini. Saya mohon agar Tuan berkongsi sumber rujukan berkenaan salasilah Baginda Merong Mahawangsa ini. Terima kasih dari Melbourne, Australia

    BalasPadam
  10. Salam Tuanku Merong Megat apakhabar , Selamat Aidil Adha ........


    Tahniah atas artikel ini, saya nak tanya Megat ttg tuntutan tahta yg di warwarkan oleh geng-geng yg memusuhi family Megat dan sejarah hebat org-orn=ang Melayu.

    Bolehkah Megat paparkan surat tuntutan itu utk tatapan kami, sbb memang layak pun. Depa tu nak marah buat apa sbb memang depa tak layak. Nak tuntun bonus penuh tak dapat nak tuntut yg ha ha ha, lagi la tak layak.

    BalasPadam
  11. Aaaalamualaikm Tuanku Megat,

    Saya di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    Untuk pengetahuan tuanku megat, saya menyokong saudara firespeckl 666, agar Tuanku Megat menyiarkan artikel surat resmi tuntutan tahkta tu sbb artikel tentang sejarah sudah banyak kami tengok.Dan setakat ini artikel ni paling best tak jemu di baca walaupun berulang-ulang saya baca Nak nangis pun ada sebab baru saya tau siapa sebenarhya Merong Maha Wangsa ni dan betapa hebatnya keislaman orang-orang Melayu ni sejak 700 masihi lagi !

    Pasal Mak Cik Sri yang kata dia tak tuntut tahkta tu memang dia tak layak pun. Tuntut bonus pun tak dapat nak cakap banyak. Dah la merapu dengan ulasan Tanpa Nama yang dia buat bersususn-susun. Kononnya penulis blog paling top, padahal Mak Cik Sri tulis ulasan sendiri dengan anakmuridnya. Cuma ad 2 atau 3 yang orang hantar yang ori keh, keh ,keh. Dalam artikel dia terbaru saya kira ada 170 ulasan palsu yang Tanpa Nama, ish dahsyat Tuanku Megat saya tengok penipuan makcik tua tak sedar diri ni.

    Dah la menyamar jadi anak dara tu lani mengamuk dok marah kat Umno sbb tuntutan mereka yang makan gaji dengan kerajaan utk dapat bonus cuma dapat sagu hati hujung tahun sahaja.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum saudara Megat.

    Mak Cik Sri tu sebenarnya gila glamor. Sebab tu dia buat beratus-ratus ulasan. Sekarang ni kita suruh dia buat 1000 ulasan,biar padan dengan muka dia,yang hidup dengan angan-angan dan imaginasi walaupun umur nya sudah separuh dekad.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Tuan Megat dan kpd semua pembaca dan pengunjung blog ini, sempena Aidiladha yg bakal menjelma sy ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidiladha dgn ucapan "Kullu Am wa Antum bikhair".

    BalasPadam
  14. Selamat Hari Raya Aidul Adha semua pembaca yg di sayangi terutama kpd fire, auji, che wood dan zack waalaikumussalam..

    boleh bawa keluar artikel baru, hanya utk org yg dahaga ilmu sangat.

    Ikutlah surt resmi ke, artikel resmi ke, tak kisah, insyaallah ana akan update.

    Lani ana sibuk dgn banjir, maklumlah ana ni sebahagian dari sukarelawan yg sdg bertugas,,,

    .....Wassalam.

    BalasPadam
  15. ASSALAMUALAIKUM MEGAT..... selamat hari raya korban......... kesian orng melayu dahla negara mereka dijajah serta hikayat melayu pun dijajah dengan di kelentongkan isinya.

    Walaupun hikayat-hikayat ini dah jadi merapu para sejarawan tetap mengambil menjadi sukatan pelajaran malaysia. Tanpa membuat kajian yang terperinci dan perhalusi isi kandungannya.

    BalasPadam
  16. Waalaikum salam saudara hardiha...

    selamat hari raya korban kembal...sebenarnya hardiha, buku hikayat ttg bugis pun ada yg penuh dgn metos dan khurafat tapi di tolak mentah2 oleh kerajaan indonesia dari menjadi buku teks mereka.

    tapi berlainan dgn negara kita malaysia yg menerima bulat2 sejarah org putih wlpn sebenarnya bercanggah dgn agama dan lojik pemikiran kita spt merong maha wangsa di letak nama baginda di zmn nabi sulaiman a.s.

    BalasPadam
  17. trima kasih saudara Jai dari Melbourne, Australia atas sokongan anda.

    ana tercicir nak baca surat anta tempohari, minta maaf zahirbatin dan selamat hariraya aidul adha, doalah moga ana dapat kesana terutamanya d perth dan sydney sbb ada sesuatu yg kami sdg cari d sana.

    sekian, wssalam.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum.Tahniah saudara.Saya percaya dan yakin anda telah buktikan dengan terbaik sekali sejarah dan orang orang Siam Melayu pada harini.Diharapkan pendaftaran anda berjaya,insyaallah.Disini,saya nak berkonsi sesuatu yang boleh direnungkan bersama.Sebenarnya,kehebatan orang orang Siam Melaka amat hebat.1:Oang Melayu Siam amat pandai main panjut atau kumbloi(belon udaralah)aruah datuk,pernah ceritakan yang moyangnya critakan bahawa ,jika almarhum Sultan Jaafar Madazam Shah tidak dibunuh,kemungkinan besar kita mempunyai tentera udara (belon Udara).Ini adalah rancangannya yang dicuri penjajah selepas menawan Beruas dan Kinta dan Semenanjung Siam.Secara logiknya Eropah Ada m 4 musim,Negara seperti penjajah jerman perancis,Britain dan belanda telah mencuri teknologi dan dibawa balik ke Eropah.2:Hasil pemerhatian saya terdapat ilmu paramedic kita diciplak mereka.Mereka tinggalkan pada kita (PETUA).Sebenarnya perubatan kita melangkaui perbatasan.Saya pernah berdialog dengan pakar kedoktoran Hospital Kuala Lumpur semasa pemilihan anggota paramedic.Berbagai persoalan yg diajukan pada saya bagi orientasi berikut.Saya ada membuat kajian kampong tentang seni perubatan silam.Hasil penelitian saya namakan kajian tersebut sebagai V –MEDIK BERMAKSUD PERUBATAN KAMPUNG. Saya gabungkan ilmu yang dikutip disekitar asia dan benua india.Sebagai contoh bengkong wanita bersalin,Eropah menciplak menjadi baju bagi membentuk tubuh badan(body slim).ini adalah warisan kita yg dibawa pulang keeropah.3.Contoh yang lain ialah terkena racun ular,mengikut perubatan moden hanya vaksin bisa ular
    Disuntik doctor bagi melawan penyakit tersebut,sama seperti penggunaan kuman cacar bagi melawan penyakit cacar.Buktinya ada seorang lelaki di daerah Pendang maut dipatuk ular hamper 2 tahun lalu(lelaki Cina)mangsa koma dan pengsan sambil tangan nya memegang ular tersebut sampai ular itu mati dicekik beliau,surat khabar ada gambar itu,saya tunjukkan pada doctor yang belajar diluar Negeri dan bertanya kepadanya mengapa?jawabnya tidak tahu.Saya menjelaskan bahawa dengan ilmu perubatan V MEDIK BAHAWA MANGSA TIDAK AKAN MATI APABILA HEMPEDU ULAR TERSEBUT DIBERIKAN PADA BELIAU.orang orang Melayu Siam ini amat terkenal dengan pakar translit bahasa eropah dan asia. Lagumana ceritanya?begini orang orang parsi selepas islam menggunakan aksara huruf arab bagi menggantikan tulisan parsi kuno.orang melayu siam turut menggunakan aksara arab ini bagi membaca alquran dan tulisan jawi serta mengarang kitab bahasa kawi.Kita dengan mudah membaca aksara parsi dengan tulisan jawi.Banyak teknologi diambil dari parsi dibawa ke kalaha dan shahri nao.Bangsa parsi amat hairan bangsa kita mam pu mempelajari budaya dan percakapan mereka.Tuan tuan nak tau ka?dengan bahasa jawi kita boleh mempelajari bahasa dunia dengan mudah.,.banyak contoh nak diberikan nanti,saya simplekan saja.Tau jawi baca quran mudah,mudah baca quran mudah belajar parsi,hazara Hindustan arab,pashtun ,Uzbek,avestan Sanskrit Aryan jerman, perancis ,bahasa cina dan lain lain..tuan tuan kajila..betul atau tidak..nanti saya berikan contoh lain lagi. Bersambung nanti episode seterusnya.ALLAH BUKTIKAN KEBENARAN.

    BalasPadam
  19. waalaikumussalam saudaraku yang mulia dedat...

    wah panjang dan hebat betul ulasan anta ni. berjela2 tapi sungguh menarik.

    trima kasih kerna menghantar informasi ilmu yg menarik ini. mmg org tua2 d kedah tahu ttg kehebatan kerajaan kedah tua dulu cuma kitalah yg perlu pandai bertanya serta mengoreknya dari mereka. sbb kebanyakan mereka dokpaham kita semuani dah taudah pasal kedah tua, tu yg dia tak beritahu tu.

    alih2 meninggal dunia, kita semua rugi takdapat sumber maklumat sejarah dunia yg agong tu. ana ni dari ibu ke 3 aruah bapak ana, abg kakak ana ni dari ibu pertama. dah tua dah ada yg berumur 73, 73 dan 77. yg meninggal dah pun ada. aruah abah ana pulak ana murid tok kenali sblm balik ke kota star tahun 1921 yg pada masatu thai dan inggeris tengah menggila tangkap bunuh geng2 syed d seluruh semenanjung sbb ada hubung kait dgn kesultanan merong.

    geng2 syed yg ada lani baru ada, sbb baru mai dgn cina dan india ke malaya saja sekitar sblm kita merdeka. abah ana dan anak2 kerabat diraja kedah tua di larikan oleh syeikh tuan husein ke seberang prai d pondok pokok sena sblm mereka ini d transfer pula ke bawah jagaan tok kenali. ah jadi panjang pula dan emosional pulak penulisan ni.

    JUMPA LAGI D LAIN penulisan kullu am waantum bilkhair. sekian,,,,,...

    BalasPadam