Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Rabu, 28 Julai 2010

PERANAN KELUARGA AS-SIDDIQ DI DALAM KEBANGKITAN ISLAM DI TIMUR



Sekarang mari kita fokus kepada gerakan menyelamat Umat yang telah dibuat selepas jatuhnya kerajaan Bani Hasyim Ahlul-Bait di Hijaz iaitu Mekah, Madinah, Taif dan Bani Hasyim Ahlul-Bait Merong Mahawangsa di Nusantara. Ini kerana apabila tumbangnya Kekhalifahan Hijaz dan Nusantara di tangan British laknatullah, maka usaha menjarah sejarah Islam pun mula dilakukan secara licik dan halus agar tidak menimbulkan kemarahan orang-orang Islam di seluruh dunia. Oleh itu telah muncul gerakan menyelamat umat yang datang kebumi Mekah sekitar tahun 50-an oleh Maulana Yusuf As-Siddiq dari benua Keling. Gerakan ini mirip dengan usaha nabi s.a.w. iaitu menjadikan masjid sebagai pejabat dan terus berziarah bersilaturahim dengan pergi rumah ke rumah, kedai ke kedai dan negeri ke negeri malahan negara ke negara. Jika gerakan di buat di kawasan sendiri pengerak akan balik hari. Jika berada di tempat yang jauh, pengeraknya akan balik setelah 3 hari. Tapi jika pengerak berada lebih jauh, maka ia akan baliknya ke kawasan masing-masing setelah 40 hari atau 4 bulan atau 7 bulan atau setahun di fi sabilliah selesai. Gerakan ini bermula pada tahun 1924 atas usaha seorang tokoh yang bernama Maulana Muhammad Ilyas as-Siddiq dari benua Keling seorang dari darah sahabat nabi s.a.w. iaitu Abu Bakar as-Siddiq r.hu. dari keturunan Bani Tamim. Dan Abu Bakar as-Siddiq r.hu ini pula ialah seorang yang paling akrab dengan nabi Muhammad s.a.w.



RUMAH SEWA KAMI DI ATAS BUKIT, IANYA ANTARA RUMAH YANG TERTINGGI DI MEKAH. KELIHATAN DI BELAKANG MENARA-MENARA MASJIDIL HARAM DI MEKAH



Semasa jatuhnya bumi berkat ini di tangan musuh-musuh Allah ini, usaha menyelamat tidak dapat di jalankan kerana selepas pembunuhan Yamtuan Syarif Abu Bakar Syah di tahun 1821 dan pembunuhan cicitnya Maharaja Melayu Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah ( 1862-1876 ) di Gurun, Kedah maka kekuatan bangsa Melayu dan Islam telah menjadi luntur. Satu demi satu pula Panglima-Panglimanya di Turki Usmaniyyah 1910 dan Islam Manchu 1911 dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah. Jika dahulu Panglima-Panglima Usmaniyyah dapat datang menolong menghalau puak-puak Saud balik ke Riyadh, tapi selepas mereka di ikat oleh syaitan Mustafa Kamal Attarturk ( 1881-1938 ) maka bantuan dan pertolongan untuk membantu Syarif-Syarif Mekah tidak dapat di lakukan. Maka pembunuhan dan penghalauan keatas orang-orang Melayu malah orang-orang Balkan. Benua Keling (India, Pakistan Dan Bangladesh), Turki dan lain-lainnya giat di jalankan dengan licin sekali.
-------------
-------------
-----------------
Mujurlah dengan kasih sayang Allah didatangkannya Tuan Guru Haji Muhammad Zain ( 1901-1976 ) dari Seberang Prai yang ketika menuntut ilmu di sana datang berunding dengan puak Saud, menyebabkan orang-orang Melayu Kedah, Patani, Cham, Indonesia dan negeri-negeri Melayu lain khususnya dari Kelantan dan Terengganu dan Filipina selamat serta dapat belajar dan meneruskan kegiatan sosial mereka seperti berniaga dan lain-lain dapat di teruskan. Malah ada ramai dikalangan orang-orang Melayu ini mendapat kerakyatan di sana, contohnya Tuan Guru Haji Salleh Pondok Penanti dan Tuan Syeikh Ahmad Mendili dari Pendang, Kedah. Usaha penghapusan gerakan-gerakan Islam di Mekah dan di Turki di gantikan pula dengan kebatilan. Contohnya Kelab Bola Sepak Turki di tubuhkan pada tahun 1923 untuk menggantikan pertubuhan-pertubuhan sufi yang sebelum itu banyak di negara Turki. Di Istanbul, Damsyik, Halab dan kota-kota ilmiah pula semua gerakan Ilmiah atau Pengajian Islam di bekukan bantuan pelajaran. Malah setengah kampung-kampung yang ramai ulamaknya di musnah dengan zalimnya.




SEORANG ULAMAK DARI BENUA KELING, MAULANA SHAUKAT PENJAGA KAWASAN NUSANTARA LANTIKAN KELUARGA AS-SIDDIQ DARI TIMUR



Keadaan yang sama berlaku di Mekah, malah lebih dahsyat lagi. Semua Rumah Mazhab-Mazhab di pecahkan dan Mufti Hijaz yang bermazhab Imam Syafie di sembelih di depan rumahnya. Ini memaksa Syarif Hussein pemerintah Mekah dan Hijaz pada masa itu melarikan diri ke utara Sempadan Mekah dan Hijaz. Bila ini terjadi orang-orang Islam mula hilang pedoman untuk membuat rujukan di Rumah-Rumah Mazhab yang telah di lantik khas oleh umat Islam bagi benua masing-masing bertaraf Syeikh Besar. Rumah Mazhab ini di bina sekitar tahun 923 masihi dan bersamaan dengan tahun 310 hijrah untuk diguna pakai oleh umat di seluruh dunia. Contohnya bila ada masalah Talkin atau Tahlil di kalangan pengikut mazhab Syafie, masalah dapat di selesaikan dengan mudah bila merujuk kepada Syeikh Besar yang di lantik sebulat suara oleh Umat. Tapi sekarang bila permasalahan ini atau yang lain cuba di bawa ke Rumah Mazhab berkenaan, bukan sahaja Syeikh Besarnya tiada malah Rumah-Rumah Mazhabnya habis lenyap di nyah jahanamkam oleh syaitan Wahabi dan puak Saud. Bila rujukan tentang khilafiah dan masalah umat dari mazhab Maliki dari Afrika, mazhab Hanafi dari China, Turki dan Hindustani, mazhab Hambali dari semenanjung Arab dan mazhab Syafie dari Nusantara dan bumi Syam ( Jordan, Syria, Palestin dan Lubnan ) tidak dapat di buat, sebenarnya masing-masing kehilangan penunjuk yang penting dalam permasalahan agama dan bangsa. Tidak peliklah sekarang ini orang Islam mengalami masalah pegangan Mazhab sehingga ada golongan yang tidak mengaku mengamalkan mazhab nenek moyang mereka dan ada pula yang berani menghina Imam Syafie seperti Kes Aduka Teruna di blog beliau.





Ramai ulamak-ulamak besar dari Turki, Arab Saudi dan Iraq yang telah melarikan diri ke negara Jordan malah dari Damsyik, Syria yang pada masa itu di bawah pemerintahan sosialis Hafez Assad ( 1930-2000 ). Ini kerana tempat bersidang mereka di negeri masing-masing khususnya di negeri Mekah telah di ambil alih musuh-musuh Allah ini. Contohnya seorang ketua Hadis atau Muhaddisin di zaman ini yang lari dari Mekah yang bernama Syeikh Albani yang sekarang ini menetap di Zarqok, Jordan. Musuh-musuh Allah ini juga menyusahkan urusan visa dan tambang ke Mekah. Sesiapa yang ingin membuat umrah hanya dibenarkan 2 minggu. Ini menyebabkan masa yang dapat di beri khusus untuk ziarah makam nabi s.a.w. di Madinah cuma 2 dan 3 hari dan masa untuk ziarah dan urusan umrah di Mekah cuma untuk seminggu. Belanja dan tambang pula dinaikkan kononnya mengikut peredaran zaman. Jika untuk umrah 2 minggu cuma rm 2,500 tapi terpaksa di bayar mahal rm 4,000 dan sehingga mencecah rm 7,500. Jika hendak menetap lama di Mekah hanya di beri visa sebulan. Ini suatu perkara yang membebankan umat yang semakin rosak imannya dan umat pada masa ini berada di pinggir-pinggir kemurtadan, juga ramai yang telah murtad pun. Fail-fail Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon tukar nama dan agama semakin bertambah setiap hari. Semua ini terjadi kerana umat terlalu dahagakan ilmu dan belaian kasih sayang dari golongan ulamak.




MAULANA SHAUKAT SEDANG BERGERAK KE TAPAK SETERUSNYA DI BENUA SIAM ATAU INDO-CHINA KE BANGKOK, CAMBODIA, VIETNAM SERTA NEGARA FILIPINA DAN INDONESIA




Nabi s.a.w. pernah bersabda : "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur. " Maka Maulana Shaukat seorang ulamak yang setiap tahun beliau bersama bossnya Maulana Muhammad Saad as-Sidiq ke Mekah untuk menunaikan Haji dan Umrah, telah di lantik untuk menjaga kawasan Nusantara dan juga Benua Siam atau Indo-China serta di Kepulauan Pasifik. Di bawah ini merupakan surat terbuka Maulana Shaukat penjaga kawasan Nusantara lantikan Maulana Muhammad Saad as-Siddiq. Maulana Shaukat yang di hantar khas dari Nizamuddin, Benua Keling India dan beliau merupakan penceramah utama semasa Perhimpunan Besar Orang-Orang Islam @ Istimak @ Jor Berseri, di Perlis tempoh hari. Di paparkan di sini surat beliau kepada rakyat Malaysia untuk kita menghayati dan bermuhasabah tentang masa depan agama dan bangsa kita tercinta. Dengan munculnya golongan dakwah dari Kandahlawi, India ini serta membuat markaz dakwah yang besar di Nizamuddin, ianya insyaallah dapat memulih kekusutan di seluruh dunia ini.
-----------------------------
-------------------
---------------------
Sekarang ini setiap tahun Maulana Syaukat dan kawan-kawannya akan datang ke Bumi Mekah untuk membuat usaha dakwah dan pemantauan walaupun semua gerakan Islam di sini habis di ganggu gugat oleh puk-puak Saud ini. Malah perhimpunan di masjid lebih daripada 3 orang tidak di benarkan walaupun untuk membaca kitab Hadis dan bacaan Yasin juga, di halau keluar dari Masjidil Haram. Tapi sekarang semua sudah berubah sejak wujud Markaz Dakwah di Masjid Pakistan sekitar Madinah. Pergerakan Maulana Muhammad Saad as-Siddiq menjadi mudah di Arab Saudi kerana di kalangan bangsa Arab kabilah bani Tamim mendiami sekitar Kota Mekah dan keturunan beliau dari Abu Bakar as-Siddiq berasal dari Bani Tamim. Dan kabilah Bani Tamim ini bertebaran di hampir seluruh tanah Arab. Mari kita lihat isi Watikah @ Kedat @ Kedah @ Kradat beliau ini. Semoga ianya menjadi batu loncatan untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat. Dan semoga kita dapat meneruskan usaha menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia seperti usaha junjugan besar nabi kita Habibina Wa MAULANA Muhammad s.a.w. Aaamin.


DIATAS INI ADALAH CONTOH KEDAT @ KEDAH @ KRADAT @ WATIKAH BELIAU, TAPI DI BAWAH INI LEBIH TERANG UNTUK DIBACA






13 ulasan:

  1. Hubbul Watan minal iman itu hadis maudhu'/palsu

    hrp kaji baik2 hadis yg dipaparkan dlm blog ini.

    wassalam

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam warah matullah pemuda timur...

    utk makluman pemudatimur "Hubbul Watan minal iman" itu bukan hadis. salah bila anta kata itu hadis. salah lagi bila diletak ia ketogori jenis2 hadis, dan salah lagi sbb tak pernah terjumpa mana2 kitab ianya sejenis hadis, MALAH BUKAN HADIS PALSU, dan ianya juga bukan sejenis atsar atau kata2 sahabat tapi kata-kata hukamak iaitu perkara yg kata2 nya ada hikmah yg dalaaam maksudnya.

    harap anta dapat belajar lagi mengenali hadis didlm ulumul hadis dan sejarah penulisan hadis. ttg KATA-KATA HUKAMAK atau kata2 ulamak yg bijaksana.makna ialah "mencintai negara ahlulbait separuh dari iman" iaitu mencintai negara ahlubait itu ianya satu perkara yg baik. trimakasih kerana berani membuat ulasan. wasslamualaikm.

    BalasPadam
  3. owh..itu kata2 ulamak..
    mungkin dia takut kluar 4 bulan kot,sbb 2 bhasa dia cam keras.
    ana dh kluar 40h taun ni..
    insyaAllah azam utk taun depan lak..

    wassalam..

    BalasPadam
  4. waalaikumusslm tuan maulana...

    ana dan isteri pulak azam tahun dpn 2 bulan jemaah wanita @ masturat.

    mungkin tahun depan sebulan di mekah,madinah, taif dan sebulan d jordan.

    moga anta maju jaya dlm semua bidang, wsslm.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Syabas atas artikel Yg mengkagumkan. Selongkar semua kajian & sejarah di keluaran akan datang....

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. Syabas atas segala artikel yg mengagumkan . Teruskan menyelongkar segala artifak dan sejarah Islam pada keluaran akan datang.

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam saudari rita...

    trima kasih atas sokongan anti. skrg ana tengah buat kajian projek di negara arab sblm ana pulang ke alam nusantara.Sbb banyak artifak dan manuskrip melayu yg tersembunyi disini. insyaalah tunggulah artikel akan datang yg lebih membina jati diri kpd agama, bangsa dan negara kita tercinta.

    BalasPadam
  8. Salam Tuanku Megat...

    Bila nak keluar artikel yang baru utk tatapan kami.

    sekian.

    BalasPadam
  9. waalaikm salaaam hafis

    artikel baru ni akn d keluar bulan ramadhan dlm masa terdekat insyaalah. tujuan d jarakkan setengah2 artikel kerna utk pembaca mendapat peluang mendalami, mengambil iktibar dan mghayati sejarah nusa bangsa.jika artikel d keluarkan begitu banyak dlm sebulan d takuti hanya menjadi santapan bacaan semata2 dan mainan, bukannya penghayatan sepenuh hati . thanks.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikom saudara Megat..

    Adakah kedatangan Mahdi Muntazar semakin dekat jika benar Pemuda Bani Tamin telah muncul.

    Dan terima kasih saudara Megat atas kemunculan Blog ini. Anda muncul dengan Blog yang bernas ini tepat pada waktunya.

    BalasPadam
  11. Waalaikumsalam tuan auji,

    Dunia dah semakin ke hujungnya, kemunculan mahdi muntazar ini sebenar setelah pemuda bani tamin dah betul2 bersedia lengkap dgn prasarananya.

    manakala kemunculan mahdi pula utk mengembirakan pemuda bani tamin dan umat islam seluruhnya.

    baginda akan berganding bahu dgn umat islam utk mendaulatkan agamanya dan klimaknya menyambut ketibaan nabi isa a.s. utk memusnahkan salib, khinzir dan dajjal.

    kemunculan mahdi yg berdarah berkat nabi s.a.w sudah teeerlalu dekat. nntikan dgn baginda dgn persediaan iman dan amal bukan dgn angan2...
    wassalam.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum...wrt,
    Syabas Saudara Megat al-Jefri, Semoga Tuan akan terus membongkar kebenaran yang selamaini telah disembunyikan oleh para musuh-musuh Allah swt...
    Satu lagi maklumat yang saya ingin tuan ceritakan dan jelaskan yakni bagaimanakah segala maklumat yang hak ini akan membantu kebangkitan dan kemenangan agama Islam di akhir zaman ini. Sekian wassalam..

    BalasPadam
  13. Waalaikm salam ewa...

    maklumat yg hak ini akan membantu kebangkitan dan kemenangan agama Islam d akhir zaman apabila kita tahu dan faham sejarah nusa bangsa yg benar dan telus.

    sbb itulah musuh2 allah membuat penulisan semula sejarah kita dan sembunyikan fakta sebenar agar kita jatuh terus lagi dan lagi.

    bila umat sudah kenal diri mereka sebenarnya dan apa agenda yg d arahkan pada mereka oleh allah azzawajalla, barulah mereka kenal allah dan rasulnya. maka perkara inilah yg sebenar d takuti oleh musuh2 allah ini.

    sekian, KULLU AM WA ANTUM BIL KHAIR.

    BalasPadam