Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 23 Ogos 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 8 DARI YM NAI LONG KASIM KEPADA PADUKA SRI PERDANA MENTERI SULTAN NAJIB TUN RAZAK DAN PEMBESAR-PEMBESAR NAGARA




KEUTUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI INDOCHINA ATAU BENUA SIAM KEDAH AHLUL- BAIT AL-JEFRI YANG BERPUSAT DI AYUTHIA TELAH TERCABAR DENGAN KEDATANGAN PUAK-PUAK KAFIR SUKHOTHAI, VIETKONG, PENJAJAH PERANCIS SERTA BRITISH TELAH MEMECAH BELAHKAN UNDANG-UNDANG ISLAM YANG TELAH DIAMALKAN DI SINI SEJAK 1300 TAHUN YANG LALU



Assalamualaikum semua dan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI serta MAAF ZAHIR BATIN pada semua pembaca blog, semoga sentiasa di dalam iman yang sempurna untuk memudahkan kita menyempurnakan puasa dengan tekun serta penuh dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Di artikel bulan ini kita paparkan surat tuntutan dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang ke 8 kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Negeri yang mana mereka ini telah diamanahkan untuk menyempurnakan agama Allah dengan memerintah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. dan menunaikan hukum agama Islam serta perlembagaan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkandung di dalamnya Khutbah Wida' Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlembagaan negara pertama Islam Madinatul Munawarah. Ini penting kerana dengan mengamalkan perlembagaan agama Islam dan bukan perlembagaan British di bawah kelolaan Lord Wiliam Reid yang bercanggah langsung dengan hukum agama Islam dan perlembagaannya yang mengandungi hukum khutbah wida' Nabi Muhammad s.a.w. kita akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Ketidak endahan kita terhadap perlembagaan Islam menyebabkan kita tidak faham tentang undang-undang Islam itu sendiri dan ianya telah melalut hingga kepada amalan-amalan agama Islam yang lain contohnya solat Terawih yang pada realitinya dibuat dalam keadaan tidak mempunyai kefahaman dan tujuan sebenar solat Terawih itu dibuat walaupun ianya merupakan amalan sunnah nabi s.a.w. Waktu solat ini ialah biasanya di buat selepas menunaikan solat fardhu Isyak atau di waktu ke tengah malam sehinggalah ke larut malam sebelum waktu solat Subuh.




Solat sunat Terawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Insyak. Sebaliknya, kita boleh juga melewatkan menunaikan solat sunat Terawih mengikut pilihan masa, kerana solat sunat Terawih boleh dibuat sehingga sebelum Subuh. Ada yang menunaikan lapan rakaat dan ada pula nak membuat 20 rakaat. Apapun bilangannya solat Terawih ini dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan Ijma’ oleh sahabat-sahabat r.hum yang ada pada zamannya serta diwarisi oleh umat Islam pula turun temurun. Pada zaman sekarang di Malaysia , solat Terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya Imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali Terawih dan menamatkan seluruh al-Quran 30 juzuk pada malam ke-29 Ramadan, solat ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat solat Witir. Perkara ini mengembirakan Umat atau boleh memberatkan Umat terutama orang-orang awam, sehingga mereka akan marah serta akan menyebabkan timbulnya kebencian terhadap ibadah. Ini boleh terjadi jika Umat kurang arif tentang sejarah sirah nabi s.a.w. sehingga menimbulkan sikap permusuhan dan kemalasan terhadap agama kita sendiri. Jadi penting bagi kita mengetahui gerak amal dan kerjabuat orang-orang terdahulu dan sejarah sirah nabawi agar kita tidak membuat kesalahan untuk kali kedua untuk membawa Umat kepada realiti amalan murni agama Islam yang sebenarnya.






AL-QURAN MERUPAKAN ASAS KEPADA BUKU UNDANG-UNDANG KEDAH ATAU KEDAH LAW SEMASA PEMERINTAHAN DYMM SULTAN MUZAFFAR SHAH PERTAMA BERSAMA ISTERINYA SYARIFAH MARIAM YANG TELAH DISEMPURNAKAN UNDANG-UNDANG KEDAH INI DI ZAMAN CUCUNYA DYMM SULTAN BADRUL MUNIR ANAKANDA KEPADA DYMM SULTAN MUZAFFAR SHAH II MERONG MAHA PODISET



Terawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan solat empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Terawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Terawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Terawih bererti solat dengan rasa lega tanpa tekanan, senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Terawih dan membaca zikir, al-Quran ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat waktunya. Ianya berpanjangan sehingga ke akhir malam. Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Terawih. Abu Hurairah r.hu berkata; “Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Terawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau." Solat Terawih pada masa dahulu, apabila mereka selesai sesuatu rakaatnya, Tuan Imam solat Terawih akan memerhatikan anak-anak buahnya di belakang saf. Adakah mereka masih kuat, mengantuk dan sebagainya. Jika keadaan mereka tidak berapa sempurna, Tuan Imam akan mengedarkan makanan dan minuman berupa buah tamar, buah tin dan sebagainya.




Jika tidakpun Tazkirah akan di buat
sehingga keadaan jemaah kembali kuat dan normal. Dalam sesetengah keadaan di waktu tempoh rehat, makmum sempat berdoa serta membaca al-quran dan beramah mesra juga bertanya khabar berita. Jika ini tidak berlaku seperti zaman Solefusolihin atau pada zaman dahulu maka cepatnya pergerakan Terawih akan berlaku sebagaimana cepatnya gerakan ayam mematuk makanan. Bahkan sebahagian imam telah melakukan solat Terawih mereka cuma dalam masa 23 rakaat sahaja, dalam waktu kurang dari 20 minit. Ini cukup melucukan. Solat Terawih pula di lakukan pula dalam keadaan jemu dan terpaksa serta di dalam kepenatan dan pula dengan cepat. Ini memberatkan kaum muslimin terutama orang awam, sehingga mereka akan marah dan mula kebencian terhadap ibadah. Padahal perkara jelek yang sedang berlaku sekarang ini dianggap baik oleh sebagian besar orang awam. Akibatnya sunnah-sunnah solat Terawih yang dianjurkan iaitu REST OF THE REST atau SOLAT REHAT DI DALAM REHAT, banyak kehilangan bentuk dan kemurniannya dengan solat Terawih orang di zaman kegemilangan Islam dahulu. Imam masjid seperti ini jika di lihat oleh golongan terdahulu atau Solifusolihin akan di anggap seolah-olah kurang memiliki akal sihat dan pengetahuan agama yang kurang baik. Hal itu nampak dari cara mereka melakukan solat dan membimbing anak buah mereka semasa menunaikan solat ini.




BUKU PERLEMBAGAAN ISLAM UNDANG-UNDANG KEDAH INI TELAH DIGUNA PAKAI OLEH ORANG-ORANG MELAYU SEMENJAK ABAD KE 8 LAGI, TAPI IANYA DIMANSUHKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN UNDANG-UNDANG BRITISH DI TAHUN 1957 DI BAWAH KELOLAAN LORD REID SEORANG PEGAWAI BRITISH YANG BERAGAMA KRISTIAN



Sebenarnya, solat Terawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid Nabawi . Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi pada malam berikutnya, baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. Baginda tidak hadir sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan begitu - tiada jamaah Terawih di masjid”. ( Bukhari dan Muslim). Imam al-Zuhri, salah seorang rawi hadith ini berkata : "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w. sedang perkara ( Terawih ) itu berkeadaan demikian” - iaitu tidak dikerjakan dengan berjamaah ( Bukhari ). Namun baginda s.a.w. berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar r.hu, terlalu singkat masanya, dan maka beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad, ancaman musuh-musuh Allah di sempadan dan seumpamanya. Beliau tidak melihat keperluan untuk memikirkan perkara ini secara serius kerana kesibukan tadi.



Kemudian, situasi ini berjalan terus sehinggalah ke zaman pemerintahan Saidina Umar r.hu, barulah solat Terawih itu dikerjakan dengan secara sistematik di masjid cara menurut seorang imam yang telah dilantik oleh Saidina Umar r.hu sendiri seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut: “Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba kami dapati orang ramai di situ berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti oleh beberapa orang. Melihatkan hal yang demikian maka Saidina Umar r.hu berkata: “Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya.” Kemudian ia mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab. Setelah itu, saya mengiringi Saidina Umar r.hu pada suatu malam yang lain ia pergi ke masjid, pada ketika itu orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka. Melihatkan yang demikian, Saidina Umar r.hu berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid’ah yang baik …”( Bukhari ). Maksud hadith ini diterangkan: Pada suatu malam Saidina Umar r.hu bersama-sama dengan seorang pengiringnya telah pergi ke masjid Nabi s.a.w. di Madinah, lalu dilihatnya orang ramai sedang mengerjakan solat Terawih dengan berpecah-pecah kepada beberapa kelompok di sana-sini. Ada yang solat seorang diri, ada dua tiga orang yang menurut seorang imam dan ada pula yang lebih daripada itu menurut imam yang lain.Melihatkan yang demikian, Saidina Umar r.hu pun mengarahkan mereka semuanya supaya menurut seorang imam yang dilantik olehnya mulai malam itu dan supaya mereka meneruskannya di sepanjang-panjang bulan Ramadhan.






TAZKIRAH RAMADHAN OLEH USTAZ AZMIL MUSTAFA (ALI SETAN ) YANG SEBELUM INI PERNAH BELAJAR 5 TAHUN DI DAMSYIK, SYRIA, TEMPAT ILMUAN ISLAM ANTARA YANG TERTUA SERTA TERSOHOR DI DUNIA DAN BUKANNYA DI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR YANG SEBENARNYA HANYALAH DI WUJUDKAN PADA TAHUN 1889 OLEH BRITISH KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN DAHULU





Pada zaman Rasulullah s.a.w.8 rakaat saja di buat supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah s.a.w. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini wajib di buat berjemaah. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w. Ummul Mukminin Aishah r.ha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadhan, di jawab beliau: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat sunat, bulan Ramadhan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat , kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat Terawih, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Tiada had rakaat yang ditetapkan oleh nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh, berwitirlah.




Pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, kes murtad, penentangan dan pemberontakan Musailamah al-Kazzab serta ancaman musuh-musuh negara seperti empayar Rom dan juga Parsi menyebabkan beliau tidak dapat memberi tumpuan mengenai perkara ini. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula beliau menambah lagi solat Terawih menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam kitab al-Muwatta karya Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar r.hu perintahkan telah dilaksanakan adalah sebanyak sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid: “Umar r.hu telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik). Di zaman pemerintahan Khalifah Usman r.hu dan Dinasti Umayyah muncul pula golongan Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, mereka tidak pernah menghadkan jumlah rakaat dalam solat Terawih mereka. Menurut Imam Maliki, pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat Terawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang Tabieen di dalam kitab Fathul Bari, yang dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Asqolani rah. , kata beliau : “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah, mereka melaksanakan solat Terawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Semoga kita semua faham dan tahu asal usul sejarah serta sejarah sirah amalan agama Islan tercinta yang telah kita buat agar ianya secucuk dengan apa yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.hum ajmain. Sekarang marilah kita menghayati surat tuntutan yang ke 8 dari YM Tuanku Nai Long Kasim waris mutlak kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Empayar Kedah Tua Benua Siam Kedah al-Jefri. Sekian, KULLU AM WA ANTUM BILKHAIR, wassalam.





...



Selasa, 19 Julai 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 7 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM KEPADA KETUA PEMBANGKANG DEWAN PARLIMEN MALAYSIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

------------
------------


KELIHATAN YM TUANKU NAI LONG KASIM SEDANG DITEMURAMAH OLEH WARTAWAN TV DI KEDIAMAN BAGINDA BARU-BARU INI SEMASA PERHIMPUNAN KERABAT DIRAJA AL-JEFRI BENUA SIAM KEDAH MERONG MAHA WANGSA





Apa khabar semua ? Di harap sentiasa selamat dan diharap kita mendapat taufik dari Allah s.w.t. untuk beramal dengan amalan yang soleh di bulan sya'aban ini iaitu bulan junjungan nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat bulan kekasih Allah s.w.t. ini, memberi peluang kepada kita untuk mengerjakan amal ibadat sebanyak yang boleh. Termasuklah menghormati anak cucu cicit dari darah nabi s.a.w. dengan cara menyediakan wang elaun khas dari baitulmal sepertimana yang dilaksanakan oleh Khalifah ar-Rasyidin di zaman keemasan Islam dahulu dan memberi sokongan serta berganding bahu dengan mereka mendirikan Watan Darul Islamiyyah di bawah pemerintahan seorang Khalifah, ini kerana mereka ini diharamkan memakan zakat tetapi di jaga rapi oleh pencinta-pencinta nabi s.a.w Kerana keluarga Ahlul-bait merupakan aset yang sangat berharga kepada negara Islam dan musuh ketat kepada golongan kafir Ahlul Kitab. Di bulan Nabi s.a.w. yang mulia ini marilah kita menghayati Surat Tuntutan dari anak cucu cicit nabi Muhammad s.a.w. iaitu dari jurai Merong Maha Wangsa dan Syarifah Mariam Al-Jefri. Di dalam surat ini ialah permintaan yang mulia dan suci murni dari anak keturunan nabi Muhammad s.a.w. dan juga waris mutlak bagi empayar Islam Benua Siam Kedah Merong Maha Wangsa iaitu YM Tuanku Nai Long Kasim agar baginda Nai Fai Dato' Seri Anwar apabila terpilih menjadi Perdana Menteri kelak, usul agar baginda membatalkan perlembagaan Malaysia yang menolak hukum khutbah Wida Nabi Muhammad s.a.w. dan juga usul menolak Raja-raja Melayu Berpelembagaan Negara Malaysia kerana mereka ini bukan dari waris mutlak Maharaja Islam Benua Siam Kedah tahun 1199 Hijrah DYMM Khalifah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Di mana baginda ini bersemayam di istana Kota Mengkuang di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.






TINGGALAN BANGUNAN PURBA WARISAN MERONG MAHA WANGSA DI BENUA SIAM KEDAH ATAU INDOCHINA MASIH LAGI UTUH DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN VIETNAM SEKARANG SERTA TERSELAMAT DARI DIRUNTUHKAN OLEH BRITISH DAN PEMBERONTAK TALI BARUTNYA KERANA KAWASAN INI BUKANNYA DI BAWAH JAJAHAN MEREKA





Pemerintahan di bawah seorang Khalifah di bawah panji-panji Ahlul-Bait penting kerana ianya dapat memantau segala amalan dan pemerintahan itu agar benar-benar berlandas sunnah nabi s.a.w. Seperti amalan Nisfu Syaaban yang sekarang boleh di katakan semua masjid-masjid di tempat kita. Ianya sebenarnya bukan amalan sunnah nabi s.a.w tetapi ianya perlu di niat dan boleh di buat atas dasar silaturahim, acara-acara agama dan perpaduan tapi jangan di anggap sebagai amalan sunnah nabi s.a.w. Ini kerana asalnya di mulakan oleh pengikut-pengikut sahabat-sahabat nabi s.a.w. di Syam pada zaman pemerintahan Bani Umayyah oleh penduduk di negeri Syam oleh tokoh-tokoh mereka yang bernama Khalid bin Mi'dan, Makhul, Lukman dan lain-lain. Syam sekarang telah di pecah belahkan oleh musuh-musuh Allah s.w.t kepada negara Lubnan, Palestin, Syria serta Mosul sekarang berada di dalam negara Iraq dan Antakia di dalam negara Turki.
Tokoh-tokoh hebat ini beribadah bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban dan di turuti oleh orang awam yang merasakannya adalah amalan mulia kerana di lakukan oleh idola mereka. Sedangkan amalan membaca Yasin dan lain amalan sebanyak mungkin tidak di khususkan pada malam Nisfu Syaaban sahaja, kita di galakkan membuat sebanyak-banyaknya juga di hari yang lain tidak di khususkan hanya di malam tersebut kerana di takuti ianya menjadi Bida'ah. Begitu juga doa, tidak ada dalil yang ianya dari nabi s.a.w. kerana semua hadis-hadis tentang doa itu ialah kesemuanya hadis Mauduk atau hadis rekaan semata-mata. Tidak ada riwayat yang Sahih daripada nabi s.a.w. ataupun para Sahabatnya r.hum membuat amalan berdoa di sepanjang Malam Nisfu Syaaban ini.







VIDEO KLIP TENTANG PERJUANGAN BAGINDA ANAK CUCU CICIT RAJA SELAMA DI KAGUMI OLEH RAKYAT MALAYSIA MALAHAN JUGA DI KAGUMI OLEH PEMERHATI-PEMERHATI POLITIK DARI LUAR NAGARA





Di dalam hadis-hadis Sahih pula misalnya, Imam Bukhari ( 810-870 ) tidak menyebut secara khusus berqiamullail di Malam Nisfu Syaaban tetapi di sebut berqiamulail di setiap malam di bulan Syaaban. Mengikut Imam Hasan al-Banna ( 1906-1949 ) yang hidup ketika Mesir di waktu itu merupakan negara yang kaya raya dan pengeluar bijirin gandum dunia " Tiada halangan di buat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masaalah Khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama ke arah itu untuk mencapai perkara yang Hak. Tanpa usaha tersebut ianya akan membawa kepada perdebatan tercela dan membawa kepada perasaan Taksub. " Lagipun sambutan Nisfu Syaaban yang di anggap penting di Malaysia tidak di amalkan di tempat lain di negara-negara seluruh dunia. Jadi tidak peliklah jika tiada Fatwa Ulama Muktabar di keluarkan masakini tentang adakah Sahih atau Batilnya amalan ini. Imam Ahmad bin Hambal ( 781-855 ) anak murid Imam Syafie pun tidak pernah di ketahui menyebut apa-apa tentang sambutan Malam Nisfu Syaaban ini. Manakala Al-Hafiz bin Rejab juga mengesahkan bahawa tidak ada lansung riwayat Sahih dari Rasullah s.a.w serta sahabat-sahabatnya menggandakan amalan di Malam Nisfu Syaaban tersebut. Jadi ana berharap kita faham dan sedar tentang duduknya perkara sebenar perkara ini berdasarkan sejarah sirah nabi s.a.w dan para sahabatnya dalam perkara Malam Nisfu Syaaban ini. Jadi untuk tidak membuang masa, marilah kita menghayati Surat Tuntutan ke tujuh daripada YM Tuanku Nai Long Kasim kepada YM Nai Fai Dato' Anwar Ibrahim ini untuk menjadi pedoman dan pengetahuan kepada kita semua di hari depan kelak. Sekian, wassalam.









Ahad, 19 Jun 2011

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BERSAMA DENGAN BLOGGER FAIRUS

-----------------
----------------
-----------
RUNTUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM DI BENUA SIAM KEDAH BERHUBUNG RAPAT DENGAN PERANCANGAN SULIT MUSUH-MUSUH ALLAH UNTUK MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN KELUARGA NABI S.A.W. SEBAGAI PEMERINTAH YANG UNGGUL




Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dalam kesibukan kita berseminar, berkursus ICT, dan berkursus perguruan serta menziarahi umat, tapi Allah s.w.t. masih lagi memberi peluang bagi kita untuk menghayati artikel pada bulan ini. Ana pernah berjanji kepada blogger Fairus Azian di dalam artikel yang bertajuk KERJAAN ISLAM LEGEH, PATTANI BARU, KELANTAN, TERANGGANU DAN JOHOR-RIAU untuk menjawab segala soalan beliau di dalam bentuk artikel. Kita sememangnya menghargai kepada usaha saudara Fairus ini mencari asal-usulnya dan kerana minat beliau terhadap sejarah realiti nusa bangsa. Ini kerana di zaman kerosakan umat ini sangat kurang orang yang mempunyai minat dan semangat juang yang tinggi untuk mengetahui dan membuat kajian sejarah seperti seperti saudara Fairus kita ini. Minatnya yang tinggi menyebabkan ulasan yang beliau hantar berbentuk soalan ini ana anggap antara yang terbaik setakat ini untuk kita renungi dan hayati bersama-sama. Agar suatu hari kelak bangsa Melayu Jawi ini akan bangun semula mentadbir dunia dibawah pimpinan raja mereka keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Ahlul-Bait Ajam Timur yang memimpin pula bangsa Jawi ini berketurunan Nabi Ibrahim a.s. yang dikenali sebagai ' Bapa segala Ambia '. Dan Nabi Muhammad s.a.w. juga ialah dari zuriatnya tetapi dikenali sebagai ' Nabi Akhir Zaman ' serta ' Penghulu segala Nabi-nabi atau Ambia' . Jadi anak-anak zuriat Nabi s.a.w ini merupakan pemerintah dunia, manakala rakyatnya dan merangkap kakitangannya bangsa Melayu Jawi merupakan anak cucu zuriat Nabi Ibrahim a.s. yang sangat dibenci oleh musuh-musuh Allah yang cuba menakluki dunia dengan kebatilan mereka. Sekarang mari kita hayati soalan-soalan daripada blogger ini.



KEUPAYAAN KELUARGA ZURIAT NABI S.A.W. MENTADBIR KAWASAN NUSANTARA INI DAN DUNIA AMNYA AMAT DICEMBURUI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH S.W.T. YANG DI KEPALAI OLEH BANGSA INGGERIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH EMPIRE




Soalan :


i. Salam Tuan Megat al-Jefri, adakah ini bermakna pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa 1711-1778 ialah pemerintah yang betul setelah beliau menaiki tahkta selepas kemangkatan adindanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 1706-1711?

Jawapan :

Ini tidak betul, kerana beliau hanyalah Paduka Seri Perdana Menteri Sultan dan hanyalah adik ipar kepada Sultan Kedah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah dari bukti makalah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, forum yang bertajuk Ceritera Sultan Syarif Shah pada 20 Ogos 2009, sila rujuk muka surat 4, Salasilah Yamtuan Syarif Shah dan Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bukanlah putera Sultan Kedah Yamtuan Muhiyuddin Mansur Shah.


Soalan :

ii. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa jugalah terjadinya peristiwa di mana Sultan Syarif Shah Abu Bakar melarikan diri dari Pattani dan membina kota/Istana di Kota Mengkuang sebelum peristiwa MUSUH BISIK yang membunuh semua kerabat termasuk anakanda Sultan Muhammad Jiwa melalui perkahwinan dengan adinda Sultan Syarif Abu Bakar.

Jawapan :

Semasa DYMM Sultan Sharif Abu Bakar Shah membina istana Kota Mengkuang di dalam bukit, Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa hanyalah berjawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar, sila rujuk mukasurat 26 dan 27 buku Undang-Undang Kedah. " Catitan disalin Seri Perdana Menteri dari hukum-hukum Dato' Besar Kota Star masa itu. Sebermula banyak emas ditempah Bunga Emas dihantar ke Benua Siam dua puluh Emas masa Raja dahulukala. "


Soalan :

iii. Jika dikaji dari salasilah Sultan Muhammad Jiwa, baginda adalah dari jurai Merong Maha Wangsa juga. Malah Beliau amat dimuliakan kerana kuatnya pegangan Baginda kepada agama Islam setelah sanggup merantau menimba ilmu agama dan menyamar sebagai orang kebanyakkan.

Jawapan :

Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bukan jurai keturunan Merong Maha Wangsa, kerana salasilah beliau hanya pada tahun 1136 Masihi sahaja. Tapi kelahiran DYMM Sultan Muzaffar Shah I Merong Maha Wangsa ialah pada tahun 125 hijrah atau pada tahun 745 Masihi. Tetapi dakyah musuh-musuh Allah dan penulisan palsu mereka mencatatkan keturunan Muhammad Jiwa ini di tahun 1136 masihi daripada keturunan Raja Hindu yang bernama Sultan Muzaffar Shah Phra Ong ( Firaun). Inilah sejarah penipuan yang dibuat oleh musuh-musuh Allah untuk menutup dakwah Islamiah dan kewujudan Negara Islamiah yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah pada tahun 220 hijrah di zaman DYMM Sultan Badrul Munir jurai keturunan Merong Maha Wangsa serta darah keturunan Rasulullah s.a.w. bukannya Hindu atau Buddha. Pengembaraan beliau sebenarnya bukannya untuk mencari ilmu tetapi mengikuti isterinya Nang Che Puan adinda kepada DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ke negeri Ayuhtia di Indo-China atau Benua Siam untuk bersemayam di sana.






OLEH KERANA BANYAK ULASAN DI BULAN JUN TIDAK MENYEBUT LANGSUNG TENTANG MUNSYI ABDULLAH TAPI LEBIH RAMAI MEMPERKATAKAN TENTANG BAGINDA MAKA MARI KITA LIHAT SEJENAK SEJARAH TENTANG BAGINDA DI TAHUN 1998




Soalan :


iv. Berbalik kepada Sultan Abu Bakar, adalah baginda juga dikenali sebagai Raja Bakar di Pattani?

Jawapan :

Ya, memang betul ! DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ialah juga Penaung kepada Negeri Pattani. Baginda berasal daripada Maharaja Siam Dinasti Ayutai ke33 Boromoraja V Ekataat. Beliau pernah memerintah dan bersemayam di negeri Tenangsari (Myanmar), negeri Ayuthia, Ligor dan Kota Mengkuang. Baginda ialah Agong atau Shah Alam bagi empayar Benua Siam Kedah Pasai Ma.


Soalan :

v. Berkenaan isteri Sultan Hamid pula, ada rekod mengatakan mempunyai 8@9 isteri (sorry dah lupa) dan Syarifah Sofia adalah isteri ketujuh dan Manjalara isteri keenam Sultan.

Jawapan :

Itu tidak betul ! Syarifah Sofea atau Nai Sofea ialah isteri yang kedua dan Manjalara pula isteri yang ketiga selepas Raja Abdul Hamid dilantik menjadi Sultan Kedah Darul Aman yang pertama oleh Raja Thailand Bangkok Bhudda yang merupakan penjajah Negara Siam yang berpusat di Bangkok dari dinasti Chakri Sukuthai yang bernama Chulalongkorn pada tahun 1881 masihi. Raja Abdul Hamid bukan putera Sultan Kedah, bahkan dia adalah keturunan Lanun Abdullah Mukarram yang merangkap Raja Daerah Pulau Pinang yang belot menyerahkan daerah dari bahagian empayar Nagara Kedah kepada penjajah kafir British yang bernama Kapten Francis Light pada tahun 1786 masihi.





INI PULA STRATEGI MUSUH DALAM PERANG DEMOKRASI, CIPTAAN BRITISH YANG PENUH DENGAN FITNAH, CACI HAMUN DAN BATU API YANG MATLAMATNYA UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT, JADI MARILAH KITA KEMBALI KEPADA SISTEM DEMOKRASI YANG DIGARISKAN OLEH IMAM HAMBALI YANG MENDOKONG SISTEM KHALIFAH DARUL ISLAMIAH





Soalan :


vi. Selain itu, salah seorang panglima Kedah yang menentang Siam adalah Tengku Muhammad Saad, baginda adalah anak sulong kepada Sultan Abdullah iaitu anak sulung pula kepada Sultan Ahmad Tajuddin II yang dikenali sebagai Marhum Melaka yang juga digelar tali barut Thai dan British serta orang yang bertanggungjawab ke atas serangan Thai (orang biasa sebut Siam) keatas Kota Kuala Kedah semasa majlis kenduri Sultan Syarif Abu Bakar. Persoalan, adalah jika Tok Wan dia seorang pembelot kenapa Tengku Muhammad Saad belot dan berperang dengan Siam pula. Mohon pencerahan tuan.

Jawapan :

Muhammad Saad sebenarnya adalah pemberontak dan bukan pejuang dan panglima Kedah. Beliau menentang pemerintahan kerajaan Ahlul-Bait Merong Mahawangsa Kedah Pasai Ma dan beliau sememangnya putera Raja Abdullah Mukarram Raja Daerah Pulau Pinang. Pemberontakan beliau di zaman Maharaja Siam Dinasti Ayutia ke33 Boromoraja V Ekataat DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ialah satu perjuangan membantu British dan Thai Bangkok menjarah empayar Nagara Kedah. Muhammad Saad bukan menentang tentera Kafir Buddha Thai tetapi bersubahat menentang tentera Islam Benua Siam Kedah yang pada masa itu dibawah pemerintahan putera kepada DYMM Sultan Muhiyuddin Mansor Shah yang permaisurinya bernama Hang Li Po. Sesungguhnya sejarah realiti bangsa perlu dihayati agar tidak tertipu dengan penulisan barat yang sering kali memutarbelitkan sejarah untuk menghalalkan penjajahan dan penjarahan mereka di Semenanjung Siam Melaka yang tercinta ini.

Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ahad, 15 Mei 2011

CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH EPISOD KE 2


HIMPUNAN BESAR KERABAT DIRAJA MERONG MAHA WANGSA KEDAH TUA AL-JEFRI SERING MENDAPAT PERHATIAN DARI MASYARAKAT SETEMPAT WALAUPUN IANYA DIBUAT SECARA SEDERHANA



Alhamdulillah, esok merupakan hari guru, masih ingatkah antum semua artikel bertarikh 16hb Mei 2010 tentang Munsyi Abdullah ( 1796-1854 ) ini. Tokoh Guru kontroversi ini merupakan tokoh yang tidak jelas keturunannya yang selalunya menjadi alat pilihan musuh-musuh Allah yang telah di atur kewujudannya sejak dari mula lagi. Kewujudannya di bandar Hilir Melaka dan Singapura semasa Peperangan Musuh Bisik sedang berkecamuk hebat di antara Tentera Berikat Kafir ini ( British, Sukuthai, dan Tentera Pemberontak Ahmad Tajuddin Halim Syah 11 ) dengan Tentera Sultan Kedah DYMM Yamtuan Syarif Syah ini menguatkan lagi dakwaan berkenaan. Di dalam penulisan sejarah, ayahnya bernama Abdul Kadir dan datuknya pun bernama Abdul Kadir seperti di dalam salasilah Kedah Darulaman yang kita dapati nama Ahmad Tajuddin di ulang dua kali. Nama Abdul Kadir di gunakan oleh ayah Munsyi Abdullah kononnya nama itu untuk mengambil keberkatan nama datuknya, padahal datuknya ini di datang khas oleh British dari luarnegara kemudian transit sementara ke negeri Tagor, India dan dari India pula belayar dan menetap di Bandar Hilir Melaka. Datuk Munsyi Abdullah di katakan berbangsa Arab dari Yaman tapi berbangsa Turki dan ada pula catatan sejarah lain mengatakan beliau berperanakan Tamil campuran Turki. Ayah Munsyi Abdullah pula di katakan berkahwin dengan perempuan yang beragama Hindu dari wilayah Kedah dan menggunakan nama Salmah. Dari Salmah pula lahirnya Munsyi Abdullah atau Moshe Havdallah yang bahasa mudahnya di dalam bahasa Yahudi. Beliau di lahirkan lapan bulan setelah British mengambil alih pemerintahan Belanda di Bandar Hilir Melaka di Semenanjung Melaka ini. Ayahnya Abdur Kadir merupakan juga seorang Guru yang mengajar orang-orang Belanda bahasa Melayu dan Tamil dan sangat pandai di dalam matematik, membaca dan menulis. Ini merupakan alat terpenting di zaman itu guna untuk berkhidmat dengan musuh-musuh Allah yang sedang membuat persedian menghancurkan orang-orang Islam di Nusantara setelah mereka berjaya mendarat di Pulau Pinang, Bangkahulu dan Betawi di Pulau Jawa.



INI MERUPAKAN VIDEO KLIP PENGEMBARAAN MEGAT AL-JEFRI KE SELURUH DUNIA DALAM USAHA MENCARI KEBENARAN SEJARAH REALITI NUSA BANGSA DAN BERUSAHA UNTUK MEMBELA UMAT SERTA KELUARGA MERONG MAHA WANGSA KEDAH TUA AL-JEFRI. TERIMA KASIH KEPADA NAI DIN KOTA KUALA KEDAH ATAS KREATIVITI VIDEO KLIP INI



Sebelum kedatangan kerajaan British ke Bandar Hilir Melaka, Abdul Kadir bekerja dengan Syahbandar Melaka yang ketika itu masih di bawah pemerintahan Belanda. Kerajaan Belanda tidak dapat menjajah Semenanjung Melaka, tapi dapat menawan hanya Kota Portugis Bandar Hilir yang pada masa itu telah mengeluarkan perintah agar semua buku-buku, catitan-catitan dan semua hikayat-hikayat milik Melayu di kumpul setakat yang mampu dengan cara meminta, membeli atau di hadiah oleh orang ramai kepada Kerajaan Belanda sehingga jumlahnya dapat di kumpul sebanyak 70 buah semuanya dengan berbagai isi dan cerita di dalamnya. Ayahnyalah antara yang telah di pilih oleh penjajah barat ini dan ayahnyalah yang banyak menyalin kembali, mengubah dan meminda dari isi-isi asalnya dengan arahan kafir penjajah ini seperti mereka mengubah kitab suci mereka Taurat dan Injil. Beliau juga merupakan jurubahasa bagi kerajaan Belanda ini. Semasa huruhara pertukaran kuasa memerintah antara British dan Belanda di Bandar hilir Melaka ini, ayahnya bekerja sebagai saudagar, membawa barang dagangan dari Melaka ke negeri Siak di Sumatera. Setelah Major Cook datang dengan juruteranya Colenial Farquhar bagi pihak British berjaya menjejaki kaki mereka di Semenanjung Melaka ini di Bandar Hilir Melaka yang kononnya Melaka, ayah Munsyi Abdullah pun bekerja dengan Adriaan yang merupakan Timbalan Gavernor Melaka atau bergelar orang pada zaman itu Raja Muda Melaka. Beliau di tugaskan menjadi nakhoda dan setelah itu berkhidmat pula dengan Colenail William Farquhar ( 1770-1839 ) sehingga di iktiraf oleh British di dalam bentuk Surat Pujian. Sebagai Nakhoda kapal, Abdul Kadir ini sering berulang alik ke Kedah di dalam urusan yang mencurigakan. Dari situlah ia berkahwin dengan seorang wanita Hindu yang kemudian mengguna nama Salmah dan merupakan ibu kepada Moshe Havdallah atau Munsyi Abdullah di dalam bahasa tempatan, seperti Napoleoan Bonaparte menukar namanya ketika berpindah ke tanah besar Perancis untuk menyesuaikan namanya dengan penduduk tempatan di bandar Paris ketika itu.






GERBANG KOTA STAR INI MERUPAKAN LAMBANG KESULTANAN KELUARGA AHLUL BAIT AL-JEFRI KEATAS WILAYAH TIMUR JAUH INI CUBA DI NAFIKAN HABIS -HABISAN OLEH MUSUH-MUSUH BARAT DENGAN MENBUAT BERBAGAI-BAGAI SALASILAH DONGENG UNTUK RAJA-RAJA MELAYU LANTIKAN MEREKA



Selepas kematian ayahnya, Munsyi Abdullah pula menggantikan tugas ayahnya menjadi alat pihak penjajah Inggeris merialisasikan tugas mereka menjajah pemikiran, ekonomi dan segala-gala secara total anak-anak jajahan mereka. Semasa beliau bertugas di Riau pihak British telah di serang dan di usir keluar oleh tentera Bugis. Beliau kemudian kembali ke Bandar Hilir dan telah di tawarkan menterjemah KitabTaurat iaitu Old Tastement dan Kitab Injil iaitu New Tastement ke dalam bahasa Melayu. Beliau di tunjukkan contoh oleh seorang Paderi Kristian tiga buah Kitab Injil yang bercetak berbahasa Melayu yang di dakwa oleh Paderi berkenaan di terjemah oleh orang-orang Belanda. Penulisan pertama yang di terjemah oleh Munsyi Abdullah ialah Kitab Taurat sambil beliau memberitahu orang Melayu di sekitarnya ketika itu bahawa Allah telah menurunkan 10 amanat yang penting kepada kita di gunung Tursina. Sikap beliau itu menyebabkan orang-orang Melayu pada zaman itu semakin benci kepada beliau yang terlalu rapat dengan penjajah Inggeris dan orang-orang Melayu ketika itu mula mempertikai pula anutan agama beliau. Beliau selepas itu berganding dengan Paderi C.H. Thomsen menterjemahkan buku Vocabulary dan Metematik serta Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu. Perkahwinan Munsyi Abdullah di taja dan di sponsor oleh kawan baiknya Paderi W.Milney sekali dengan di baiki rumahnya di hadiahkan pula wang sebanyak 50 ringgit yang merupakan nilai yang besar pada zaman itu untuk peralatan perkahwinannya. Selepas selesai majlis perkahwinan, beliau meneruskan aktiviti gilanya lagi dengan menterjemahkan kitab Bible Matias atas sokongan kuat yang juga merupakan kawan baiknya juga Paderi C.H. Thomsen. Tindakan Munsyi Abdullah di dalam hidupnya ini amatlah merendahkan martabatnya dan ini membuktikan beliau bukannya seorang Melayu malah seorang Yahudi peranakan Tamil yang bergelar Moshe Havdallah. Cacian-cacian yang di buatnya ke atas orang-orang Melayu dan puji-pujian beliau ke atas para penjajah tidak harus di pandang ringan oleh kita.





WAJAH DAN BERITA TENTANG BAGINDA SETIAP HARI TERPAMPANG DI AKHBAR-AKHBAR UTAMA KITA MENYEBABKAN BAGINDA MENJADI SOHOR SEKARANG INI. SEKARANG MARI KITA TENGOK SIKIT KOMEN ANAK CUCU CICIT KETURUNAN RAJA DAERAH SELAMA SEBELAH IBUNYA INI TENTANG MASALAH MINYAK DAN NAGARA




Semasa tokoh kesayangan Imperialis Barat ini belayar dengan tuannya Stamford Raffles, mereka telah sampai di Pantai Timur negeri Pahang. Beliau mengatakan orang-orang Pahang ini tidak mengambil tahu lansung mengenai kebersihan dan kesihatan. Pasar-pasarnya, tempat jualan dan rumah-rumah kediamannya tersangatlah kotor hanya menunggu sampah dan kotoran-kotoran itu hilang dengan sendirinya. Tiada orang yang ingin mahu mengambil tahu tentang hal kebersihan ini.
Antara cacian maki hamunnya pada orang-orang Kelantan dan Terengganu pula ialah para wanitanya rajin berniaga TAPI barang-barang yang di jual semuanya busuk-busuk. Antaranya ialah cencaluk, tempoyak, budu dan belacan dan pada pandangannya mengatakan orang-orang Melayu ini tidak tahu tentang pemakanan yang baik dan sedap seperti makanan tuannya iaitu mentega, minyak sapi, telur dan lain-lain lagi. Kehidupan pula di Kelantan dan Terengganu teruk dan teraniaya, huru-hara dan kacau bilau. Antara pujian beliau pula kepada penjajah laknatullah ini yang memusnahkan ekonomi, artifak ketamadunan nagara dan budaya ialah dalam bentuk pantun iaitu, 1- Buai kendur jangan di tarik, Bagai teguh perbuatan sendiri, Tuan Gabernor orang yang baik, Pandai sungguh memerintah negeri. 2- Bagai teguh buatan sendiri, Tali kecil jangan di kerat, pandai sungguh memerintah negeri, Tahu pula mengambil hati segala rakyat. 3- Tali kecil jangan di kerat, Sama tunduk memintal benang, Tahu pula mengambil hati segala rakyat, Semuanya duduk di dalam senang. Jadi moralnya bagi kita semua, janganlah kita membuat kesalahan dan kesilapan kali ke dua setelah merdeka, menyanjung orang yang sepatut di tong sampah segala penulisan beliau sehingga sesetengah kita meletak dan mengabadikan nama beliau di sekolah-sekolah kita. Sebenarnya penulisan, terjemahan dan penyuntingan si musuh Allah Munsyi Abdullah atau nama Yahudinya Moshe Havdallah ini lebih kepada untuk menutup sejarah tuan punya Semenanjung Melaka ini yang pernah bersemayam di Kota Lukut, Ayuthia, Mandalay, Kota Palas dan Kota Star Kedah di Empayar Islam Kedah Tua Merong Maha Wangsa.


Ahad, 10 April 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 6 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM DARI DARAH KETURUNAN DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA SRI PERDANA MENTERI

ASAL RUMAH RESMI MENTERI BESAR ANAK BUKIT BAGI EMPAYAR KEDAH TUA YANG DAHULUNYA BERGELAR RUMAH RESMI SRI PERDANA MENTERI ANAK BUKIT, BAGI EMPAYAR TERATAI YANG MAHARAJA MELAYUNYA BERSEMAYAM DI BANDAR KOTA STAR. SEKARANG RUMAH RESMI MB KEDAH TUA INI MENJADI ISTANA BAGI NEGERI BARU CIPTAAN BRITISH BERGELAR KEDAH DARULAMAN DI TAHUN 1881




Apakhabar semua ? Di harapkan semuanya berada di dalam sihat walafiat di bawah lindungan Allah Jalla Jalalah. Di artikel kali ini marilah kita hayati dan renungi Surat Tuntutan Ke 6 dari YM Tuanku Nai Long Kasim Ibni Almarhum Nai Long Ahmad waris mutlak Kesultanan Melayu Tua Merong Maha Wangsa. Beliau yang sebelum ini telah memberi amaran kepada 3 beradik KRU Studio agar mengadapnya dan memberi penjelasan tentang penghasilan filem batil dan penuh dongeng, merupakan ahli Keluarga Diraja Ahlul Bait Ajam Timur yang fasih berbahasa Siam dan mempunyai pertalian darah yang kuat dengan DYMM Sultan Muzaffar Syah 1 Maharaja Merong Maha Wangsa. Dengan bantuan datuk bagindalah, YM Nai Mahmud membantu Nai Badlishah mengenali perisik Jepun tersohor K.Shiba dan seterusnya mengangkat Nai Badlishah ke tahkta kerajaan Kedah Darulaman dengan gelaran Sultan Badlishah. Jadi tidak peliklah bagi kita apabila Sultan Badlishah ialah antara orang yang paling lantang melawan penubuhan Malayan Union oleh British dan antara orang kenamaan paling aktif memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Bagindalah yang mengaturkan perjumpaan antara Dato' Onn Jaafar dengan keluarga Merong Maha Wangsa iaitu keluarga YM Tuanku Nai Long Kasim. Mereka berbincang dan mengambil nasihat petunjuk daripada YM Nai Long Mahmud yang pada masa itu merupakan Penghulu bagi mukim Tajar. Perkara ini dapat di hidu oleh unit perisikan British, menyebabkan Dato' Onn Jaafar di musuhi dan di geruni oleh pihak kerajaan British dan seterusnya di " Terminate" kan terus dari kepimpinan parti UMNO sekutu British dan seterusnya di gantikan oleh pimpinan baru kesukaan British Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai al-Manjalara.





DI ATAS INI IALAH VIDEO KLIP TENTANG PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI YANG MEMERINTAH MALAYSIA. SAUDARA YAB NAJIB TUN RAZAK YANG BERDARAH BUGIS DARI GOA, SULAWESI PERLULAH MENERUSKAN DASAR ADAT TRADISI NENEK MOYANG ANTA MEMBANTU DAN MEMBELA KELUARGA AHLUL BAIT MERONG MAHA WANGSA MENUNAIKAN SURAT TUNTUTAN YM TUANKU NAI LONG KASIM, JIKA ANTA INGINKAN ALLAH S.W.T. MENGEKALKAN ANTA DI KERUSI NOMBOR SATU SEMENANJUNG INI, SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA




Semua tentangan dan pemerintahan yang di buat oleh Sultan Badlishah di pantau dan di kawal selia oleh kawan baik dan kerabat beliau YM Tuanku Nai Long Mahmud tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan British, kerana fobia dengan penentangan bersenjata yang pernah di lakukannya oleh datuk YM Tuanku Nai Long Kasim yang bernama YM Tuanku Nai Long Mahmud ini, bersama-sama anak buahnya Panglima Nayan, Salleh Tui, Sulaiman Kerekau dan Awang Pho suatu masa dulu sekitar tahun 1909 sehingga 1929. Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa. Panglima Nayan adalah seorang yang kacak, berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Beliau ini di geruni lawan dan di sayangi oleh kawan, juga merupakan orang yang bermati-matian melawan penjajahan British dan pemerintahan Boneka Thai British Sultan Abdul Hamid di bawah seliaan Mak Cik Manjalara dan kulinya bernama Suwei. Baginda seorang yang mahir bersilat dan di katakan kebal orangnya. Rakyat jelata ketika itu yang kagum dengan keberaniannya menentang " British Emperor ", menggelar beliau dengan gelaran " Robin Hood " kerana sentiasa menyamun harta benda pegawai-pegawai British dan kuncu-kuncunya yang korup dan memberi bantuan kepada rakyat jelata semasa menghadapi masalah dan keperitan hidup di era penjajahan British dan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang penuh dengan kezaliman itu. Beliau mati syahid akhirnya di bunuh oleh kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap oleh polis kafir British. Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya.



DI DEWAN MAKAN RUMAH RESMI MB KEDAH DI ALOR MERAH, INI TERJADI BILA KEDAH TUA DI TURUNKAN DARJATNYA DENGAN CUMA " NEGERI KEDAH " MANAKALA TEMPAT BERSEMAYAM DAN MEMERINTAH NAGARA KEDAH OLEH MAHARAJA MELAYU AHLUL BAIT DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH DI TUKAR NAMA DARI BANDAR KOTA STAR KEPADA NAMA ALOR STAR SAHAJA





Walaupun semua raja-raja Melayu di pecat dari jawatan Sultan dan di gantikan dengan Sultan Boneka British setelah tibanya tentera British di Semenanjung Melaka setelah kekalahan Jepun, seperti kata-kata dari Leftenan Kolonel D.Headly yang pernah memimpin pasukan Gerila British Force 136 menentang pemerintahan Jepun di Semenanjung Melaka ini . Kata beliau kepada Sultan Ali Terengganu atau Tengku Ali sebelum Raja Terengganu yang malang ini di pecat British : " Pada masa ini barangkali Tuanku sudah tahu bahawa semua Sultan pada masa Jepun di anggap tidak sah " . Tapi semua ini tidak menjadi masalah kepada Sultan Badlishah malah sering sahaja di ziarahi oleh kawan karibnya K.Shiba yang pada masa itu menetap di Singapura setelah pulang sekejap ke Jepun kemudian terus menetap di Singapura setelah kekalahan teruk Jepun di tangan Tentera Berikat Kuffar Barat. Bukan sahaja tindakan keatas ke atas Sultan Badlishah tidak di ambil malah ke atas K.Shiba juga tidak ambil oleh kerajaan British kerana tentera Jepun telah di beri pengampunan setelah Maharaja Jepun Hirohito ( 1926-1989 ) bersedia menyerah kalah dan mengeluarkan semua tenteranya dari alam Nusantara ini dan di semua tanah jajahannya. Inilah kelebihan Semenanjung Melaka ini yang merangkumi Surat Thani, Legor, Malaysia, Singapura dan Kepulauan Riau Bantam yang sentiasa aman, damai dan makmur serta di luar Lingkaran Api Pasifik pula. Sehingga di gelar " New Jerusalem " oleh golongan Pendita Yahudi , maka tidak peliklah pemimpin Komunis Chin Peng dan Tan Sri Lim Goh Tong tidak ingin balik ke China kerana ingin menetap di Semenanjung ini atas kelebihan yang di berikan oleh Allah s.w.t ke atas Semenanjung yang bertuah ini. Begitu juga dengan anak tukang masak K.Shiba yang berbangsa dan berasal dari Jepun yang mempunyai anak perempuan. Anak beliau inipun tidak pulang ke Jepun malah berkahwin dengan tauke ayam di Pasar Lama, Jalan Wan Mat Saman, Alor Star, Kedah dan menetap pula di Kedah. Bila tukang masak K.Shiba telah datang ke Kedah untuk menziarahi anaknya, beliau telah memaklumkan kepada sahabat handainya di Alor Star bahawa K.Shiba telah menetap di Singapura dan meninggal dunia di rumahnya di Singapura.






SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, YANG MANA PERDANA MENTERI BAGI EMPAYAR MELAYU PURBA MERONG MAHA WANGSA BERTEMPAT DI ANAK BUKIT MANAKALA MAHARAJA BAGI KESULTANAN EMPAYAR MELAYU DI BANDAR KOTA STAR. SALASILAH KEDAH PULA DI TUKAR DAN DI DONGENGKAN KE TAHUN 1136 MASIHI DAN YANG SEBENARNYA KESULTANAN KEDAH BERMULA PADA TAHUN 745 MASIHI LAGI




Sebab itulah Sultan Badlishah menukar istana penginapannya ke Anak Bukit, iaitu Rumah Resmi Sri Perdana Menteri kerajaan Nagara Kedah Tua dahulukala, setelah Sultan Abdul Hamid meninggal dunia sebab baginda mengetahui darjat dan taraf dirinya jika di bandingkan dengan YM Tuanku Nai Long Mahmud yang merupakan cucu dan waris mutlak Pemerintahan Nagara Kedah kepada DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah. Sejak itulah rumah Anak Bukit di jadikan penempatan tetapnya dan bukannya di bandar Kota Star tempat bersemayam dan merupakan pusat pemerintahan Maharaja-Maharaja Melayu Merong Maha Wangsa. Di dalam sejarah dunia pun di catatkan yang rumah ini pernah di ziarahi oleh Mr. Page seorang berbangsa Perancis yang datang melawat bandar Kota Star. Beliau mencatatkan : " Isnin, 22 hb Oktober 1883, saya tiba dengan kapal The Fly dari Pulau Pinang di muara Sungai Kedah, jam 4 petang. Saya nampak di situ ada dua pucuk meriam di benteng pertahanan di situ. " Dari bandar Kota Star, Mr. Qua seorang lelaki yang juga berbangsa Perancis di mana beliau telah lama menetap di Kedah telah membawa Mr. Page yang juga seorang Mubaligh Kristian bersiar-siar di sekitar bandar Kota Star melalui enam batang jalan selama 15 minit. Pada malam itu beliau membawa Mr. Page atau Father Page ke Anak Bukit untuk menginap dan bermalam di sana. Menurut Mr. Page, beliau di bawa dengan kereta kuda sejauh 5 batu ke Rumah Anak Bukit tersebut. Beliau mencatatkan rumah itu di saluti marmar dan terletak di atas puncak sebuah bukit yang terletak pula di sebuah pulau dengan di kelilingi oleh dua buah cawangan sungai. Di sekitar rumah itu ( yang sekarang ini bergelar Istana Anak Bukit bagi kerajaan baru ciptaan British Kedah Darulaman ) di penuhi dengan pokok manggis, ciku dan limau bali. Beliau juga mencatatkan, di kaki bukit Istana Anak Bukit itu terdapat sebuah kolam yang dindingnya berkerawang serta di penuhi dengan ikan-ikan besar yang sering melompat-lompat menyambar bunga yang di lontarkan oleh para pelawat. Ish... panjang pula ceritanya ni, jadi tanpa melengahkan masa ( kita sambung cerita sejarah realiti ini di lain artikel nanti ) sekarang marilah kita baca dan hayati isi surat dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang di tujukan khas kepada PM kita YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, sekian wassalam.






Khamis, 17 Mac 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 5 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM DARI JURAI DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA MB KEDAH

---------------


-------------




SURAT KERAJAAN NAGARA MALAYSIA DARI PEJABAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA YB DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM KEPADA YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD IBNI NAI LONG MAHMUD





-----------------


-----------------


Assalamualaikum semua, semoga sentiasa di dalam sihat walafiat di bawah pemuliharaan Allah s.w.t. Dalam artikel ini kita paparkan surat resmi YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Menteri Besar Kedah Darul Aman. Untuk makluman pembaca sekelian, sebenarnya ada banyak permintaan dari kawan-kawan agar ana memaparkan kisah DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Syah I melalui kisah edisi ke dua buat menangkis cerita dongeng di atas dongeng ciptaan dan keluaran KRU Studio seperti dongeng fantasi mereka di dalam filem Cicakman. Tetapi tidak mengapa, hikmahnya mungkin untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia bagi menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca iaitu siapa Merong Maha Wangsa serta dari mana asal-usulnya. Sebenarnya menjadi suatu kewajipan kita semua kepada Allah s.w.t untuk membela Pendakwah Islam, Khalifah, Panglima dan Kekasihnya serta menceritakan perkara yang sebenar kepada umat tentang ketokohan seseorang jika namanya dicemari dan di burukan serta di tokok tambah keperibadiannya. Jadi insyaalah kita akan membersihkan nama baginda di mata dunia melalui artikel yang akan datang dalam tajuk Merong Maha Wangsa " Second Edition ". Kami dengan ini menurut YM Tuanku Nai Long Kasim membuat bantahan sekeras-kerasnya diatas sikap KRU Studio membelakangkan keluarga dan waris-waris terdekat yang masih ada dan membuat filem tanpa meminta izin dari mereka terlebih dahulu. DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa bukanlah seorang hamba abdi atau manusia murahan dan baginda bukannya berasal dari Goa, India tetapi baginda merupakan keturunan yang mulia dari jurai keturunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dan baginda merupakan cucunda kepada Maharaja China Sai Tee Sung yang di Islamkan oleh sahabat tersohor baginda Rasulullah s.a.w ke China iaitu Saad bin Abu Waqas r.hu.


.


SEKARANG INI NAMPAKNYA KITA SEMUA SUDAH MENDEKATI MUSIM PILIHANRAYA, MAI KITA TENGOK SIKIT PARTI-PARTI YANG SEDANG MEMERINTAH DI SEMENANJUNG YANG BERTUAH INI

Menurut YM Tuanku Nai Long Kasim, DYMM Merong Maha Wangsa sebenarnya seorang yang gigih meyebarkan agama Allah dan baginda juga merupakan lambang idola seorang lelaki yang tekun menjalankan usaha dakwah dan menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia di bawah pemantauan mertuanya Syed Jamal al-Jefri. Ini bukan kisah lagenda atau metos tetapi baginda merupakan raja pertama bagi Empayar Islam Benua Siam Kedah di tahun 125 hijrah atau lebih kurang di tahun 745 masihi. Menurut Tuanku Nai long Kasim sebelum filem ini di tahap untuk difilemkan ada ura-ura pihak KRU Studio untuk berjumpa dengan baginda. Menurut baginda ia bukan ingin mencari pergaduhan dan baginda sebenarnya merupakan waris mutlak kerajaan Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan ini diakui oleh Jabatan Warisan Negara, beliau sebagai waris mutlak berhak keatas jalan cerita yang sebenarnya dan itu hak baginda. Menurut baginda pihak baginda bersikap terbuka dan boleh dibawa berunding. Baginda bukanlah jenis orang yang suka membuat kacau tetapi lebih suka membuat penyelesaian di luar Mahkamah Putrajaya " Palace of Justice " di atas nama Hak Asasi Manusia. Menurut baginda waris terdekat masih ada, wujud dan diakui oleh Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Dato' Profesor Emeritus Zuraina Majid. Jika menyeleweng, suka-suka, menghina dan bercanggah dengan penceritaan sebenar di filemkan, tuntutan gantirugi salah laku akan dibuat. Sepatutnya benda seperti ini belum terlewat dan apa yang salah bolehlah sama-sama kita memperbetulkannya.






DI DEPAN RUMAH USANG TINGGALAN PENJAJAH KAFIR BRITISH YANG SEKARANG MENJADI RUMAH RESMI KERAJAAN NEGERI, MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN. TETAPI BANGUNAN-BANGUNAN KETAMADUNAN MELAYU TUA DI BIAR DAN DI MUSNAHKAN SEMENTARA BANGUNAN PENJAJAH PULA DI GUNAPAKAI DENGAN SEMAKSIMUN YANG BOLEH, SUNGGUH JELEK DAN MENYEDIHKAN



YM Tuanku Nai Long Kasim berharap seperti yang di coretkan di ulasan artikel bulan Februari lepas oleh pencinta sejarah nusa bangsa sejarah realiti Kedah Cyber Syburi iaitu pihak KRU Studio perlu insaf, bersikap jujur dan berani kerana benar untuk datang mengadapnya dengan seberapa segera kerana pihak mereka telah membelakangkan kerabat Merong Maha Wangsa dalam pembikinan filem tersebut. Tuanku Nai Long Kasim seorang yang baik dan bertimbangrasa, beliau seorang yang berharta dan berkedudukan mulia, beliau tidak murka dengan perbuatan mereka tetapi beliau ada hak dan berhak tentang segala perkara yang berkaitan tentang keturunan beliau kerana beliau adalah waris mutlak Maharaja Merong Maha Wangsa Sultan Muzafar Shah I yang mengasas dan pemerintah pertama kerajaan Benua Siam Kedah bermula 125 hijrah lagi. Disini saya sebagai penyokong dan pembela kebenaran berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian yang serius dengan segala tuntutan hak berdasarkan Khutbah Wida' Rasulullah saw yang selama ini telah dilakukan oleh YM Tuanku Nai Long Kasim. Terima kasih kepada Ewa atas keprihatinan serius di dalam permasalahan ini. Ini kerana baginda DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa juga merupakan antara tokoh-tokoh di dalam sejarah kepahlawanan Islam dan sebaris dengan Panglima Khalid al-Walid r.hu, Salahuddin al-Ayubi, Raja Muhammad al-Fatih dan lain-lain lagi. Apa-apa pun di bawah ini dipersembahkan surat tuntutan yang ke 5 oleh YM Tuanku Nai Long Kasim bertarikh 8hb. Februari 2011 untuk penelitian dan bacaan kita bersama. Sekian, semoga kita semua mendapat ilmu dan pengajaran dari surat baginda ini, wassalam.


-------------------


--------------------