Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Sabtu, 14 April 2012

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 10 DARI WARIS MUTLAK YM TUANKU NAI LONG KASIM KEPADA MEMANDA MENTERI DATO’ SERI DR. RAIS YATIM

BUKU INI MEMBUKTIKAN CAMPURTANGAN BRITISH UNTUK MEMUSNAHKAN KESULTANAN KEDAH PASAI MA DAN BANDAR HILIR MELAKA MERUPAKAN PUSAT UNTUK MENYEMBUNYIKAN PEMBERONTAK AHMAD TAJUDDIN DARI BURUAN KESULTANAN KEDAH TUA


Asssalamualaikum semua, di artikel kali ini kita akan menghayati semula Surat Tuntutan ke 10 yang bertarikh 8hb. April 2012 telah di tulis oleh baginda YM Tuanku Nai Long Kasim. Pada hari rabu jam 3 petang , YM Tuanku Nai Long Kasim menelefon ana agar segera ke rumahnya. Ana pun berkejaran ke sana selepas solat Asar. Di rumah baginda, Pak Ngah memberi arahan menyiarkan secepat mungkin Surat Tuntutan pada hari Khamis tapi hanya dapat tunai pada hari ini atas kesibukan ana yang tak dapat di elakkan. Sedang ana santai sambil menikmati air teh dan kuih yang di hidangkan oleh Mak Ngah, YM Tuanku memaklumkan dan menceritakan kepada ana yang baginda di datangi oleh 2 orang lelaki bernama Amirol dan Syed Anuar. Baginda memaklumkan kepada ana apa yang di katakan mereka tentang diri ana, Syed Anuar telah mengaku sebagai cucu Raja Perlis Syed Hamzah dari titisan darah Merong maha Wangsa manakala Amirol pula mengaku dari keturunan Nai Fai tetapi selepas di minta mengemukakan data salasilah di dapati salasilahnya tidak bersambung dengan Nai Ta dan tidak mengenali pun siapa itu Tunku Mahmud Arau. Tapi sebelum Pak Ngah bercerita tentang mereka berdua ini, yang ana tahu dia ni dulu mengaku keturunan Syed datang dengan kapal laut dari Yaman ke Indonesia dan Malaysia padahal keturunan Syed yang sebenarnya 1200 tahun dahulu datangnya dari Yunan China, bukannya dari laut seperti lanun-lanun Imperialis dari Barat. Manakala Rol ini pula setahu ana pernah mengaku keturunan Tok Janggut, tapi menukar pula sejarahnya dengan mengata ia dari keturunan Nai Fai Merong Maha Wangsa.





BUKU INI SEBAGAI YG AHMAD TAJUDDIN ADALAH PRO BRITISH DAN MENDAPAT UPAH 10 RIBU RINGGIT DI PEMBUNUHAN DYMM SULTAN SYRIF SYAH MANAKALA RAJA LIGOR SEBENARNYA DARI PEMERINTAHAN KEDAH TUA


Selepas itu baginda Tuanku menasihati ana di masa depan kelak perlulah peka dan pandai memilih kawan serta berhati-hati dan jangan mudah mempercayai orang yang kita baru kenali tanpa usul periksa. Tak perlu membawa orang yang tidak jelas tujuan hidup mereka menziarahinya dan kata baginda, Rol ini keturunannya tidak jelas dan Syed Anuar ini cucu Syed Hamzah yang mana ? Bila baginda meminta Wafak atau kertas Salasilah daripada Rol dari Perlis macam biasa hampa, beliau tidak mempunyai pun wafak salasilah keluarganya. ‘Depa cuba nak pelaga aku dengan hang, dah tu nak pelaga jugak aku dengan Kerabat Diraja Perlis ‘ getus Pak Ngah lagi bercerita kepada ana tentang 2 orang lelaki ini. Dah banyak kali depa ni mai tanpa pengetahuan hang, antara laporan baginda lagi kepada ana. Nasihat baginda kepada ana memang ada benarnya kerana semasa ana ke over sea ada kawan ana bertanya tentang hubungan Rol dengan ana, ada perselisihan ke ? Ana kata tiada masalah ana dan dia. Katanya Rol pernah berbual-bual dengannya mengatakan kawan karibnya Ustaz Megat dan keluarganya bukanya ada apa-apa pun dan semua makam-makam yang di tunjukan Nai Mazlan dan Pak Ngah dia yang tunjukkan dan raja yang sebenarnya ialah dia. Tapi bila ana merisik dari kawan-kawan ana seperti Bob, Daus Besi dan lain-lain rupa-rupanya Rol ini ialah musuh dalam selimut yang bermanis muka dengan kami tapi mengutuk keluarga Merong di belakang. Iaitu bersikap Menikam Dari Belakang. Tapi ana tak ambil pusing hal itu sebab orang jenis ini ana dah jumpa ramai dah lagipun ana berharap melalui dakwah ila Allah, mereka ini akan berubah setelah mendapat hidayah. Lagipun sekarang ini orang beranak hari Jumaat seperti di Pakistan pun meletakkan anak mereka dengan nama Syed dan mengaku keturunan raja-raja pun ramai.




ISI BUKU INI MENUNJUKKAN RAJA LIGOR SEBENARNYA DARI PEMERINTAHAN KEDAH TUA


Perangai mereka ana dah tahu dari tahun lepas lagi, tapi bila sudah mula mengganggu orang lain terutamanya Pak Ngah ana perlu bertindak sekarang. Keperihatinan Pak Ngah sendiri bersuara ada sebab dan musababnya baru ana kena lebih ambil peduli atas kerisauan baginda itu. Bila ana memaklumkan perkara ini kepada kawan-kawan, mereka kehairanan sambil bertanya kenapa mereka berdua sahaja datang tanpa Megat. Kenapa 2 budak ini membelakangi Megat padahal Megat yang memperkenalkan mereka kepada YM Tuanku Nai Long Kasim. Rol pula hanya mengenali Syed setelah di perkenalkan oleh Megat. Kata kawan-kawan , Megat yang baik hati dan sentiasa memikirkan tentang kebaikan Umat pun di tipu begitu apatah kami yang serba serbi kurang dunia dan akhirat ini. Dan banyak perkara yang pelik yang tak terpikir oleh kita tapi di fikirkan oleh Syaitan ada pada mereka berdua. Orang jenis inilah jika hidup semasa zaman penyerangan musuh-musuh Allah merupakan kesukaan pada mereka serta dengan mudah menjadi alat dan perkakasan mereka untuk menghancurkan Islam. Seperti kisah pada zaman Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bin al-Adilin ( 1710 – 1778 ) di bawah pemerintahan Khalifah Rahman DYMM Sultan Abu Bakar Syah ( 1758-1821 ) ini telah membuat mata wangnya sendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi) huruf hak dan bukannya Tak Marbutah. Semua ini dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light yang mencari kelemahan kerajaan Merong Maha Wangsa Kedah Tua. Sehingga mereka dapat mengesan yang bandar pentadbiran Kota Star pada masa itu dibawah jagaan adik ipar DYMM Sultan Kedah Sultan Abu Bakar Syarif Syah iaitu Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwa.








Si lanun Light ini berjaya menghasut Paduka Seri Sultan atau Raja Daerah Kota Star ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Maharaja Melayu di Nusantara. Light juga telah mengajar dan memberi nasihat sehingga Muhammad Jiwa ini sayang kepadanya dan terpesona serta termakan dengan janji-janji musuh Allah ini untuk menjadi as-Sultan kepada kerajaan Kedah Tua. Dari keturunannyalah munculnya anak gundik DAN BUKANNYA ANAK GAHARA Muhammad Jiwa iaitu Abdullah Mukaram kemudian Ahmad Tajuddin hingga membawa kepada Sultan Kedah Darul Aman yang pertama Raja Boneka British bernama Abdul Hamid yang memakai gelaran Sultan Abdul Hamid Halim Syah pada tahun 1881 sehingga mendapat tentangan yang hebat oleh anak-anak GAHARA Merong Maha Wangsa di bawah seliaan YM Nai Mud dengan Panglima Tersohornya yang bernama Panglima Nayan menentang kerabat Manjalara anak cucu cicit Raja kafir Thai Bangkok, Chulalongkorn ( 1868-1910 ) yang merupakan isteri kedua kepada Sultan Abdul Hamid ( 1864-1943 ). Selepas kemangkatan Sultan Badlishah ( 1894-1958 ) secara mengejut di tahun 1958 pemerintahan Kedah Darulaman Phra Ong di ganti oleh Abdul Halim dengan memakai gelaran Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Beliau yang hanya dari jurai melalui nenda baginda iaitu Bonda kepada Almarhum Sultan Badlishah sebenar perlu berusaha untuk meletak YM Tuanku Nai Lomg Kasim ke atas Takhta yang sepatutnya dari Ayah bukannya Bonda dari Titisan Darah Merong Maha Wangsa. Beliau mempunyai seorang anak iaitu Puteri Intan Shafinaz yang di lahirkan pada 22.07.1966 setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga.





SESUNGGUHNYA AMALAM MURTAD TELAH DI TUNJUKKAN OLEH KEDUA-DUA PEMBEROTAK INI KEPADA KERAJAAN KEDAH TUA DGN MENJADI ALAT MUSUH-MUSUH ALLAH IAITU MEREKA INI PRO SUKHOTHAI DAN BRITISH EMPEROR



Isteri beliau yang pertama mangkat pada 26.08.2003 di Istana Kuala Cegar kerana mengidap kanser. Beliau yang sekarang bergelar Yg di-Pertuan Agong Malaysia selain mempunyai seorang anak perempuan tunggal iaitu Tunku Puteri Intan Shafinaz hasil daripada perkongsian hidup baginda dengan Almarhumah Tuanku Bahiyah juga mempunyai 2 orang anak angkat yang bernama Tunku Sarina dan Tunku Soraya. Tunku Sarina dan Tunku Soraya adalah pasangan kembar. Tetapi yang telah di angkat sebagai Anakanda beliau pada tahun 03.05.1960. Setelah enam tahun mengambil anakanda angkat baru Almarhumah Tuanku Bahiyah melahirkan anak sendiri yang bernama Puteri Intan Shafinaz pada tahun 22.07.1966. Kakak angkat Puteri Intan Shafinaz pula Tunku Sarina yang lahir pada 30.04.1960 telah mangkat dalam usia yang muda iaitu pada 31.08.1991 ketika berusia 39 tahun. Tunku Sarina dikatakan mangkat ketika di dalam tidur dan telah dimakamkan di Makam Diraja Kedah, Langgar. Perkahwinan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah kekal sehingga sekarang tetapi tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Ana berharap Tuanku Abdul Halim MEMBANTU DAN MEMBELA KELUARGA AHLUL BAIT MERONG MAHA WANGSA DENGAN MENUNAIKAN SURAT TUNTUTAN YM TUANKU HAJI NAI LONG KASIM dengan megembalikan harta yang diamanahkan kepada anta kepada pemiliknya yang berhak. JIKA ANTA INGINKAN ALLAH S.W.T. MENGEKALKAN ANTA DI KERUSI NOMBOR SATU SEMENANJUNG INI, SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA kerana di Khutbah Wida’ nabi s.a.w yang terakhir – Pesanan rasulullah s.a.w. mengingatkan untuk kita dan Umat :





SEMASA ANA SAMPAI DI RUMAH YM TUANKU NAI LONG KASIM, ANA DI MAKLUMKAN SETENGAH JAM TADI TELAH BERLAKU GEGARAN GEMPA DI RUMAH BAGINDA . ITU ADALAH TANDA PROTES KE ATAS LANTIKAN SULTAN ABDUL HALIM SEBAGAI AGONG MALAYSIA, UJAR PAK NGAH


( Antara isi penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia,

sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.





SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, BUKU INI MEMBONGKARKAN ABDULLAH MUKARAM BUKANLAH ANAK GAHARA DAN PENGLIBATAN ANAK CUCUNYA DI DALAM PENGHANCURAN EMPAYAR MELAYU TUA KEDAH PASAI MA















Dengan peluang yang telah di beri oleh Allah s.w.t. menjadi sebagai Yang Dipertuan Agong ke 14 kepada daerah Malaysia yang kecil ini, anta perlu menzahirkan kewujudan empayar Benua Siam Kedah Tua al-Jefri Merong Maha Wangsa yang telah di hilangkan dengan rapi oleh musuh-musuh Allah agar orang-orang Islam tidak tahu peranan yang dimainkan oleh keluarga rasul s.a.w ini dalam pembangunan tamadun sehingga ke akhir zaman. Satu empayar yang menaikkan maruah bangsa Melayu sebagai Penghulu Segala Bangsa. Walaupun ana kurang fasih berbahasa Siam Kedah seperti YM Tuanku Nai Long Kasim tetapi ayahanda anta Sultan Badlishah juga antara orang boleh berbahasa dengan baik seperti ayahanda ana Tuan Guru Haji Nai... Sekian dan dengan ini di persembahkan Surat Tuntutan dari Dato' Bendahara iaitu Yang Mulia Haji Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Nai Long Ahmad ibni Nai Long Mahmud, semoga kita tahu siapakah pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam Kedah Pasai Ma, Indo-China, Lautan Hindi hingga ke pulau Sri Lanka dan pulau Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh dan bukan Kedah Palsu di bawah Raja Kedah Darul Aman sekarang iaitu Sultan Abdul Halim pemerintah ke 3 bagi Kedah Baru iaitu Kedah Darulaman Pra Ong Hindu 1136. Sekarang mari kita baca dan hayati Surat Tuntutan Baginda YM Tuanku Nai Long Kasim yang ke 10, moga kebenaran kembali kepada Umat dan Kekhalifahan berada semula di tempatnya . Aaamin ya rabbal alamin,wasssalam.





ARTIFAK NAGARA, SEBUAH RUMAH MILIK MENTERI NGAH IBRAHIM LANTIKAN DYMM SUTAN KEDAH NAI LONG JAAFAR MUADZAM SHAH DI BINA DI DLM KUBU KOTA KAWASAN MATANG, PERAK






BUKU CEMPAKA SARI MERUPAKAN JAWAPAN MUDAH SIAPAKAH RAJA KINTA DAN LONG JAAFAR MAHARAJA MELAYU RAYA





BUKU INI SEBAGAI BUKTI SIAPAKAH SEBENARNYA LONG JAAFAR, ITULAH MAHARAJA MELAYU TERAKHIR KESULTANAN KEDAH PASAI MA