Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Khamis, 28 Februari 2013

CHINA, EMPAYAR ISLAM YANG TELAH DI SEMBUNYIKAN


KELIHATAN TENTERA ISLAM CHINA SEDANG KELUAR DARI KOTA ISLAM CHINA DI TAHUN 1598 YANG MANA BANGUNAN   ISLAM INI SUDAH PUN TIDAK WUJUD DAN IA ANTARA RIBUAN KOTA ISLAM YANG DI BOM OLEH TENTERA KOMUNIS CHINA ATAS ARAHAN KAFIR MAO TZE TONG


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun terpaksa ke negara China … ianya Hadis Hasan sebagaimana perkataan Imam Al-Mizi iaitu kawan karib Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah (1263 – 1328) juga salah seorang ulama besar yang menjadi mangsa orang yang tidak menghormati ulama, beliau mati di dalam penjara Damsyik di tangan raja-raja Arab yang mengaku layak menjadi Khalifah bagi Umat di masa itu. Hadis ini juga  diriwayatkan dari jalan Abu ‘Atikah al-Bashri, dari Anas bin Malik. Imam Tarmizi juga ada meriwayatkan tentang hadis mengenai nagara China ini. Di zaman Rasulullah s.a.w. bangsa Arab sangat mengenali negera China kerana rakyatnya merupakan pakar ahli pernigaan dan adalah tidak pelik akan perkara ini karena China adalah sebuah negara tua yang sudah lama masyhur di pentas dunia. Kehebatan, bijak di dalam hal  ehwal perdagangan dan ketinggian peradaban masyarakatnya ini ternyata sudah terdengar di negara Arab dan bangsa ini sudah lama berdagang dengan rakyat China 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s. lagi. Sebelum sampai ke negara China pula, para pelaut dan saudagar-saudagar  Arab akan melintasi kapalnya ke Laut Kedah atau Selat Malaka dahulu sebelum sampai ke pelabuhan Zaitun atau Guangzhou yang merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan utama China. Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah s.a.w. mendirikan pemerintahan di Madinah menurut catatan sejarah,  China sudah mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan Rasulullah s.a.w.  sebagai al-Madinah. Kota Xian  sebelum berpindah ke Beijing sekarang bermaksud Kedamaian di Sebelah Barat . China dan gelarannya di dalam penulisan moden sebagai Sian tapi pada sejarah realiti nama lamanya adalah Cháng'ān. Di zaman raja Iskandar Zulkarnain pula ia di kenali itu sebagai Negara Siamen. Ia salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti  yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . Bandaraya Xi'an adalah bandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'an sudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari  4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam Lama ini sebagai ibunegara mereka.


BUNGA TERATAI DI KUBAH MASJID XIAN YANG MERUPAKAN SIMBOL MELAYU TUA KEKHALIFAHAN SHAH ALAM KESULTANAN KEDAH PASAI MA

Kota Xian memiliki dasar tanah seperti di dasar tanah Kedah yang mempunyai ribuan artifak yang berharga di Sungai Batu, Lembah Bujang serta Pangkalan Bujang. Di Xian dasar buminya terdapat juga beribu artifak purba, antaranya ialah Patung Perajurit Purba yang berlainan wajah seperti di sumpah menjadi batu di kenali sebagai Panglima Terakota. Di dalam bahasa Indonesia China bermaksud  Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam bahasa  Siam Melayu ia di gelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’  dan ‘Na’ ialah Datuk. Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus. Tai Zhong yang merupakan Tabien dan salah seorang anak murid Penakluk Agung empayar Parsi dan seorang sahabat besar nabi s.a.w. sesudah beriman telah membina Masjid Raya Xian yang sangat besar dan unik terletak di kota Xian. Ia di anggap salah satu masjid dengan arsitektur paling indah di dunia. Pada tahun 1988 pemerintah China menetapkannya sebagai salah satu bangunan bersejarah terpenting di China. Ia mempunyai halaman berkeluasan seluas 12.000 – 13.000 m2 manakala bangunan masjidnya mempunyai keluasan lebih dari 6.000 m2. Ia berbentuk empat persegi panjang, memanjang dari Timur ke Barat. Selepas siap di bina ramailah orang-orang dari Arab dan Persia mendatangi China melalui Jalur Sutera singgah di situ. Dari Kota Xian ini sesetengah dari mereka berpindah pula ke beberapa kota seperti Zaitun, Quanzhou, Hoangzho, Yangzhou, dan seluruh China. Selain berdakwah mereka juga bermuamalat dengan orang tempatan seperti berniaga, berternak dan lain-lain sambil meninjau tempat yang perlu guna menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk setempat. Aktiviti utama Masjid Agung Xi’an iaitu Dakwah ila Allah menjadi salah satu jejak asas aktifitas dakwah mereka. Kerajaan China selepas kematian Mao Tze Tong telah menjaga masjid ini dengan teliti dan ia disenaraikan pula  sebagai bandar bersejarah lama yang terkenal oleh UNESCO manakala kotanya pula diiktiraf sebagai sebuah daripada 4 buah ibu negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan Kahirah. Ini kerana Xian merupakan ibu negara China sepanjang 13 dinasti pada sejarah zaman purbanya. 


PETA PENGHIJRAHAN PENAKLUK EMPAYAR PARSI SAAD BIN ABI WAQAS, USMAN BIN AFFAN DAN PARA SAHABAT R.HU KE HABSYAH YANG BETUL-BETUL BERHADAPAN LAUT MERAH TEMPAT SAUDAGAR-SAUDAGAR ARAB MEMBAWA BARANG-BARANG PERNIAGAAN MEREKA DAN EMPAYAR ROM KE CHINA

Selepas menerima Islam,  China mengalami zaman emasnya iaitu selepas ia menerima agama Islam dengan jujur dan saksama di dalam kehidupan rakyatnya. China terus menjadi salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan kesenian. Zaman Dinasti Tang adalah zaman permulaan keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang hebat dan ianya berlarutan daripada kurun ke 7 sehinggalah kurun ke 14 masihi. Peristiwa pengislaman Negara China berlaku dalam 3 peringkat dan ianya merupakan satu rahmat kepada dunia di sebelah timur dan pengislaman masyarakat China di dahului oleh bangsa Melayu Tua. Mari kita perhatikan kronologi ini…

Tahap Pertama :

Semasa peristiwa penghijrahan pertama para sahabat pada tahun 614 sehingga 615 masihi, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan iaitu pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda s.a.w.  berhijrah. Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita. Kesemuanya 110 orang-orang muslimin dan muslimat telah selamat berhijrah ke Habsyah termasuklah Ruqayyah r.ha  anak perempuan Nabi s.a.w. bersama suaminya tercinta Usman bin Affan ( 576-656 ) dan sejumlah sahabat lainnya r.hum ajmain. Setelah bermukim di Habsyah sesetengah dari mereka ini termasuk Saad bin Abi Waqqas termasuk tiga sahabatnya berlayar ke China dari Habsyah atau Ethopia  mengikut rombongan kapal-kapal yang selalu berlayar ke Timur. Mereka setelah menaiki kapal belayar ke China (Canton) sebelum pulang ke pangkuan nabi s.a.w.  pada tahun 631 masihi, untuk cuba menyebarkan agama Islam di sana. Beliau dan rombongan beserta Usman r.hu telah singgah di Pelabuhan Melaka yang berkeluasan 300 km ketika itu sudah masyhur dan beragama Islam Hanif Ibrahim a.s. Di negeri (Semenanjung) Melaka inilah mereka beristirehat sebelum menunggu pertukaran angin monsun berikutnya untuk belayar ke Pelabuhan Zaitun atau Canton, China. Agama Islam yang kita sangka di anuti oleh orang China dahulu sebelum bangsa Melayu sebenarnya di anuti dahulu oleh bangsa Melayu kerana mereka mempunyai Kota Pelabuhan Mega yang berkeluasan 300 km dengan gunung Jerainya sebagai rumah api yang berhadapan pula dengan kawasan lindungan angin Pulau Pinang dan Pulau Langkawi Ulu Malaka.  Ini merupakan jasa besar dari Saidina Usman r.hu dan Panglima Agung Saad bin Abi Waqas dan kawan-kawannya r.hum berdakwah di sini. 


DI DINDING RUMAH ANA TERMAKTUB KALIGRAFI CHINA ‘ HUBBUL WATAN MINAL IMAN ‘ HASIL KARYA TOKOH KHAT TERKENAL CHINA YANG BERNAMA ABDUL HAKIM





Setelah berjaya sampai di daratan China, Saad bin Abi Waqqas dan para sahabat r.hum menyebarkan Islam kepada masyarakat di Zaitun Guangzhou bersama-sama orang Melayu yang beragama Islam dengan gigihnya. Bangsa Melayu di China ini ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan di kenali dengan gelaran “Hui-Hui” ,  “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu campuran Arab-Parsi. Puak-puak Melayu campuran ini pula bergabung dengan puak-puak China yang telah beriman seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ini menjadikan ilmu mempertahankan diri atau Ilmu Persilatan Melayu di China dikenali sebagai “Kuntau Wushu” atau silat Gayong. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam yang lainnya telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa gelaran lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man. Ini berlaku pada masa pemerintahan Dinasti Sui berkuasa (581 M – 618 M). Pelabuhan Zaitun atau Canton selepas itu menjadi salah satu pusat perkembangan Islam. Bandaraya Zaitun juga ramai dikunjungi penziarah Muslim dari Arab sekarang ini karena wujudnya makam suci dua orang sahabat Rasullullah s.a.w. di situ. Dalam bahasa China, sahabat ini bernama Sa-ke-zu dan Wu-ko-su. Sekarang ini terdapat lebih kurang 10 ribu makam orang Arab dengan nama keluarga Guo di Pulau Baiqi, Quanzhou. Turut di hiasi di makam-makam ini tulisan huruf Cina dan Arab. Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Dinasti Tang di kuasai oleh orang Islam. Semasa berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Islam di China oleh Jeneral An Lu-Shan ianya telah dapat di patahkan dengan bantuan tentera Islam “Kuntau Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam . Kumpulan Melayu ini yang raja mereka di Nusantara akhirnya terpilih segagai Khalifah Amirul Mukminin Kota Star di gelar oleh orang tempatan sebagai para pendekar “Semutar Hitam”. Pihak  kerajaan berjaya menawan kembali Bandar Kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan dari kumpulan para pendekar “Semutar Hitam” ini.



SESUNGGUHNYA PENGLIBATAN MELAYU TUA DI DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA BERSAMA-SAMA TUAN MEREKA KESULTANAN KEDAH TUA YANG DI ASASKAN OLEH PUTERA HEBAT DARI KOTA XIAN, CHINA CUBA DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH

Selepas peristiwa tersebut semakin ramailah mereka ini datang dan menetap di China serta berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi pada tahun 814-847 masihi. Sebenarnya khimat yang di berikan mereka ini kepada Kerajaan China adalah simbolik kerjasama sumbangan permulaan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam Syah Alam kepada mereka.  Sumbangan tentera dan kadir-kadir dakwah ini sebenarnya bukan kepada China sahaja tapi berlanjutan bila tertubuhnya empayar Monggol India Delhi dan Monggol Turki Usmaniyyah di barat. Tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya agar bangsa Melayu ini kembali ke kampung halaman masing-masing setelah lama berkhidmat sebagai wakil Khalifah Ajam Timur Kesultanan Kedah Pasai Ma juga untuk menguatkan Islam di Nusantara apabila di tahun 877 masihi orang-orang Islam keturunan Melayu telah mengalami sejarah hitam pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman. Ketika itu di China pada tahun 876 masih berlaku pemberontakan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau dan tentera Islam tewas. Maka ramailah saudagar-saudagar Islam yang telah ratusan tahun bermukim di sana di bunuh beramai-ramai. Di anggarkan 200.000 ribu terkorban dan melarikan diri daripada serangan puak Pemberontak Kafir Harbi yang melawan kerajaan empayar Islam China ke bumi Tanah Melaka, Palembang dan Champa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam dan penyebaran ilmu agama yang kukuh di bawah panji-panji al-Jefri Ajam Quraisy di timur. Walaupun pemberontakan itu telah berjaya di padamkan ia muncul semula pada kali kedua bernama Pemberontakan Yong Chow di tahun 900 masihi tapi tidaklah seteruk di tahun sebelum itu. Korban pemberontakan kali ini ialah sekitar 5 ribu jiwa sahaja. Ini mempercepatkan lagi kepulangan orang-orang Melayu ke Nusantara untuk berkhidmat kepada  cicit DYMM Merong Maha Wangsa yang ketika itu berada di utara negeri Melaka.  Cicit DYMM Merong Maha Wangsa itu ialah  KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA.



KEGIGIHAN RAJA TAI ZHONG YANG MERUPAKAN SEORANG TABIEN MENYEBARKAN AGAMA DARI PARA SAHABAT R.HUM MENYEBABKAN AGAMA ISLAM MENJADI KUAT DI SEBELAH TIMUR

Tahap Kedua :

Semasa Usman bin Affan r.hu menjawat jawatan Khalifah , Saad Bin Abi Waqqas  bapa saudara Nabi s.a.w. sebelah ibunya telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi berdiplomatik dengan Raja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) pada 650 M di Bandaraya Xian. Saidina Ustman bin Affan, yang memerintah selama 11 tahun di Madinah al-Munawwarah sungguh mengambil berat akan hal ini kerana pengalamannya pernah berada di sana semasa zaman mudanya. Dan menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas iaitu lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqqas yang bermujahadah dengan penuh susah payah serta keperitan melalui jalan darat untuk menyebarkan agama Allah Jalla Jalalah telah melalui Jalan Sutera melalui daerah Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Bandaraya Xian telah di sambut meriah oleh Maharaja China. Jemaah Saad bin Abi Waqas ini datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yang ketika itu memerintah China semenjak tahun 626 lagi. Ia memeluk Islam di tangan Saad Bin Abu Waqqas r.hu. dan merupakan datuk kepada YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Setelah rombongan dakwah ini menyempurnakan kerjanya dengan baik di Kota Xian, rombongan ini dan penakluk empayar Parsi ini Saad Abi Waqas Saad Bin Abi Waqas  ( 595-678 ) belayar pulang ke Kota Madinah al-Munawwarah melalui jalan laut dan telah sampai ke Nusantara kira-kira pada 675 masihi dan telah singgah di Pelabuhan di kawasan Pasir Putih dan Besut/ Setiu yang pada masa itu merupakan salah satu pelabuhan Melayu Tua kuno di sempadan Kelantan dan Terengganu yang boleh di mudiki 3 jam terusannya ke pelabuhan Kuala Krai melalui pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau”. Berkat kesinggahan beliau di Pelabuhan Kuala Besut yang mengadap Pulau Perhentian yang merupakan pelabuhan wajib para pelaut berhenti di dalam safar mereka sebelum ke China seperti yang pernah di ceritakan oleh Ibnu Batutah, maka semakin ramailah orang Melayu memeluk  agama Islam.



MASJID HUAISHENG DI BANDARAYA ZAITUN ATAU CANTON MERUPAKAN LAMBANG KEISLAMAN MELAYU DI NUSANTARA SEBELUM SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. SAMPAI KE CHINA DARI JALAN LAUT


Tahap Ketiga :

Setelah beberapa lama Saad Bin Abi Waqqas r.hu berada di Tanah Arab, beliau kembali lagi ke China setelah kunjungan bersejarahnya dulu. Datangnya kali ini dengan membawa salinan al-Quran. Khalifah Usman r.hu pada masa kekhalifahannya memang menyalin al-Quran dan menyebarkannya ke berbagai nagara, demi menjaga kemurnian kitab suci ini. Pada kedatangannya pada ke tiga kali ini ia belayar menuju ke pelabuhan laut kesukaannya iaitu pelabuhan Zaitun. Menurut manuskrip purba bertarikh 1216 mencatatkan Saad bin Abi Waqqas r.hu telah datang dan membina masjid untuk kegiatan dakwahnya di situ yang bernama Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak artifak sejarah Islam paling berharga di China. Di bandar ini, mereka iaitu para sahabat nabi s.a.w. Saad Bin Waqqas r.hu dan anak buahnya dari kalangan orang-orang Melayu  telah menamakan masjid Huai-Sheng yang bergelar “Masjid Rindukan Nabi Muhammad”. Ia mempunyai menara yang tinggi lebih kepada rumah api bagi kapal-kapal yang mudik ke pelabuhan bandaraya Zaitun seperti Menara Kota Portugis di Bandar Hilir Melaka yang menjadi panduan pada kapal-kapal sebelum mudik masuk ke terusan Kota Muar Johor. Dari Kota Muar ini kapal-kapal itu akan mudik pula sehingga ke Hilir Pahang ke laut Champa atau Laut China Selatan. Kerana rindunya para sahabat r.hum kepada nabi s.a.w.  maka dinamakan demikian kerana untuk mengubati rasa rindu hati mereka terhadap nabi s.a.w yang jauh mereka tinggalkan di Madinah, maka masjid yang mereka dirikan diberi nama berkenaan. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Kemudian masjid ini di perbesar dan di perbaharui masjidnya ini pada tahun 1350 di masa Dinasti Yuan di bawah pemerintahan Zhizheng (1341-1368) dan kemudian di bangun lagi di tahun 1695 di bawah Raja Kangzi pada masa Dinasti Manchu atau Qing ( 1644-1911 ). Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati berbagai monomen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. Baru-baru ini mesjid ini di perbaiki sekali lagi dengan melibatkan pembesaran ruangan sembahyang apabila pihak pengurusan masjid membeli sedikit ruangan bahagian belakang masjid.


PANGLIMA ISLAM HULAGU KHAN MEMPUNYAI ADIK BONGSU YANG BERNAMA KUBLAI KHAN SEORANG RAJA ISLAM CHINA YANG TERKENAL DI DALAM PEMERINTAHAN ISLAM DI CHINA JUGA CUBA DI TUTUP KEISLAMANNYA OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH YANG MEMPUNYAI AGENDA MERENDAH-RENDAHKAN PENGUASAAN ISLAM DI TIMUR



Sekarang ini masjid berkenaan  menjadi pusat aktiviti orang-orang Islam untuk proses akad nikah, mengurus jenazah, mendamaikan orang yang berseteru dan lain-lain. Ianya menjadi masyhur dan di sekitar masjid ini terdapat tempat-tempat penjualan makanan, menjual makanan “Islami” seperti sayur-mayur dan daging. Masjid yang di asaskan oleh 4 orang sahabat ini mempunyai menara bertingkat, tingginya 36 meter dari permukaan bumi dan membolehkan kita melihat pemandangan seluruh bandaraya Zaitun. Dan seperti di masjid  Xian, masjid ini juga mengandungi seni bina Arab dan China tulen. Saad bin Abi Waqqas telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mengabdikan diri di sana dan meninggal dunia di Zaitun atau Guangzhou, China pada tahun 678 masihi. Kuburannya dikenal sebagai Geys’ Mazars dan menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia. Sampai di Guangzhou adalah tidak sah bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan kaki ke kubur Sahabat agung ini. Kesan dakwah beliau di sana sekarang ini menyebabkan sekarang terdapat 4 masjid yang kesemuanya digunakan untuk sembahyang berjemaah. Paling ramai jemaah adalah pada hari Jumaat:


1. Masjid Huai Sheng Guang Ta - 1500 jemaah

2. Masjid Maqam Saad - 1500 jemaah

3. Masjid Hao pan - 600 jemaah

4. Masjid Xiao Dong Yin - 500 jemaah

Semasa Baghdad dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh ajaran sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan adik bongsunya iaitu Kublai Khan ( 1215-1294 ) telah berjaya memegang tampuk pemerintahan di China. Tetapi semasa berlakunya perang saudara di China agama Islam tetap unggul di bawah raja-rajanya yang Islam. Semasa pelayaran hebat Ibnu Baitutah ( 1304-1369 ) ke China beliau ada mencatatkan telah berlaku peperangan yang hebat saudara antara Raja Kha Khan dan sepupunya Fairuz Khan. Akibat Perang Saudara itu menyebabkan Ibnu Batutah lari pulang ke Tanah Arab. Peperangan itu berjaya di menangi oleh Fairuz Khan dan Raja Kha Khan untuk terus unggul menjadi Maharaja Islam bagi empayar Islam di China.


PAHLAWAN ISLAM CHINA, ILMU PERSILATAN MELAYU KUNTAU WUSHU DAN TERATAI ISLAM MERUPAKAN KETAMADUNAN YANG DI TAKUTI DAN DI GERUNI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH



Kisah anak cucu cicit Raja Albani di kepulauan Oceana kerajaan Siam Melayu Merong Islam Albani Australia iaitu Laksamana Haji Cheng Ho ( 1371-1435 )  juga sungguh mempesonakan. Syed Cheng Ho yang merukan cucu kepada Putra Albani yang mana anak kepada  Raja Zainal Abidin Kerajaan Melayu Papua Indonesia iaitu adalah hasil dari perkahwinan baginda dengan anak raja China. Setelah dewasa putera Raja Papua iaitu Zainal Abidin yang bernama Putra Albani telah mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan dengan salah seorang Puteri Raja Islam China. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka negeri Albani di Perth, Australia dan setelah kemangkatan baginda di Australia pemerintahan baginda diganti oleh puteranya yang sulung bernama Raja Chulan Man Bau atau nama Islamnya Putra Osman. Setelah itu pemerintahan Kerajaan Islam Albani di teruskan oleh Saidina Ali ( 1350-1400 ) yang yang menjadi raja Albani Australia. Manakala adik Saidina Ali  yang bernama Saidina San Bau telah berkhidmat di Negara China dan menggunakan nama China iaitu Cheng Ho. Sebenarnya khimat yang di berikan Syed Anjal Cheng Ho kepada Kerajaan China adalah lambang kerjasama sumbangan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam kepada empayar Islam China. Ketika baginda Cheng Ho di lantik sebagai Laksamana bagi armada laut empayar Islam China baginda Haji Cheng Ho sering berulang alik ke rantau ini terutamanya ke kerajaan Melayu Albani iaitu bumi tumpah darahnya serta tempat moyangnya dan abangnya Saidina Ali memerintah. Nama penuh baginda Laksamana Cheng Ho ialah Saidina Syed Mahmud Syam Anjal San Bau ibni almarhum Raja Chulan Man Bau atau bergelar Osman Putra ibni almarhum Albani ibni almarhum  Zainal Abidin Syah. Haji Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan dan salah seorang puteri Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435 ) itu berkahwin dengan Preston John atau Pertuan Johan dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Binti Syed Jamal al-Jefri Ahlul-Bait iaitu Yang Di Pertuan Raja Siam Rama Tibodi atau di gelar orang Khalifah Syah Alam Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) yang di akui oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana.
 




Rabu, 30 Januari 2013

KEKHALIFAHAN SYAH ALAM AHLUL-BAIT AJAM QURAISY DI TIMUR DAN JEMPUTAN KE MAJLIS NUSRAH NABI S.A.W. OLEH KUFIAH AL-BARAKAH




PETA YANG BERTARIKH 1565 INI MEMAPARKAN KOTA ISLAM SHAH ALAM SIAM KEDAH AYUTHIA SHAHRUN NURI DI BAWAH AJAM AHLUL-BAIT TIMUR ZURIAT SYED JAMAL AL-JEFRI  DAN KOTA ISLAM CHINA


Selamat menyambut Maulidur Rasul pada hijrah nabi s.a.w. 1434 dan di artikel kali ini mari kita menghayati satu gelaran yang hebat di mana suatu ketika dahulu merupakan gelaran yang di geruni oleh musuh dan di segani oleh kawan. Shah Alam bermaksud Raja Dunia dan Shah merupakan bahasa Parsi yang bermaksud Raja yang bertentangan dengan bahasa Arab yang bermaksud Kambing. Gelaran Shah Alam yang mana pada suatu ketika dahulu adalah satu gelaran yang bermaksud ‘Kekhalifahan’ atau ‘Khilafah’ warisan keturunan agung DYMM Raja Merong Mahawangsa, pendukung hukum Allah dan ia mula di gunakan oleh keturunan baginda iaitu Sultan Hussain Syah Alam ( 840-881 )  Pemerintah atau Sultan ke 4 dari Kesultanan Kedah Pasai Ma dan penggantinya pula ialah anaknya Sultan Syeikh Abdul Khadir Syah Alam ( 881-903 ) yang berkuturunan junjungan mulia Muhammad saw. di timur. Mengenai penceritaan dongeng tentang Raja Kedah iaitu Raja Derbar Phra Ong yang penuh dengan dongeng dan mitos, iaitu kononnya Syeikh Abdullah Yamani yang bersahabat dengan Iblis telah terbang kesana kemari hingga sampai ke istana Raja Hindu di Bukit Meriam. Di istana itu mereka telah memasuki kamar tidur si Raja Hindu ini dan Iblis menghidangkan arak untuk di minum oleh Tuan Syeikh. Beliau pun memarahi Iblis kerana berkelakuan demikian dan pertengkaran kecil pun berlaku lantas Iblis merebut tongkat sakti Tuan Syeikh dan terjaga si Raja maka si Raja Kedah pun ternampaklah lembaga Tuan Syeikh. Si Syeikh Arab Yaman pun mendakwah Islam kepada Raja Kedah dan dengan itu Raja Hindu Phra Ong (Firaun) pun terus memeluk Islam dan memakai nama Sultan Muzaffar Syah I. Padahal perkataan Syah adalah terlalu asing bagi orang Arab Yaman kerana Syah bermaksud dalam bahasa arab ialah kambing. Ini kerana jika benar ia memeluk Islam di tangan ulama Yaman ini ia pasti akan menggunakan nama Sultan Muzaffar sahaja atau al-Malik Muzaffar tanpa menggunakan perkataan Shah kerana Shah bukannya bahasa Arab tapi ianya merupakan  bahasa Parsi dan Shah itu dalam bahasa Arabnya ialah kambing. Jadi penggunaan gelaran Sultan Muzaffar Shah sungguh melucukan dan mengaibkan bagi bangsa Arab serta makna Shah Alam pula bermaksud Kambing Dunia.




SETELAH KEKHALIFAHAN BAGHDAD DI KUASAI OLEH MUKTAZILAH DAN SYIAH MAKA KEKHALIFAHAN DI TUKAR TIMUR YANG KETIKA ITU MAKMUR DI BAWAH KELUARGA QURAISY AHLUL-BAIT HASYIMI AJAM DARI SUSUR GALUR AL-JEFRI



Kekhalifahan di Timur ini bermula apabila Baghdad mula di kuasai oleh kefahaman Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171). Kekhalifahan Melayu ini diberi penghormatan istimewa oleh Raja Monggol Turki Usmaniyyah,  Maharaja Delhi Moghul Benua Keling dan Maharaja Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah s.a.w. dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja Merong Maha Wangsa. Ketokohan keturunan DYMM Merong Maha Wangsa atau bergelar Sultan Mudzafar Shah I terserlah apabila baginda DYMM Merong Maha Wangsa membawa dengan banyaknya barangan dagangan kain sutera China ke Kedah serta kawasan Nusantara lainnya sehingga ke India dan mengislam raja Soka India. Barang dagang yang berkapal-kapal banyaknya ke kawasan ini menyebabkan wujudnya Empayar Islam Benua Siam Kedah. Ianya sebuah kerajaan besar maritim yang ada kaitan dengan sejarah Gunung Jerai Merbuk Kedah dan  Ayuthia serta mempunyai  kaitan dengan cucu Maharaja Islam China Merong Mahawangsa. seperti yang di buktikan oleh catatan tokoh ilmuan Islam al-Biruni ( 973-1048 ) dengan katanya. "Pulau-pulau sebelah timur di lautan ini,  yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj,... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu" . Menurut Abu Zaid al-Sirafi ( 934 ) pula, penyunting Kitab Akhbar China dan Hindi iaitu salah satu  sumber tenteng sejarah mengenai India dan China serta Timur Jauh, katanya “Negara Kedah pada suatu ketika dulu di perintah oleh Raja Zabaj”. Al-Masudi ( 896-956 ) pula menceritakan "Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah."


Makam KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA


 
Penggunaan terminologi Benua ini tidak bermakna Benua Siam Kedah ini sama macam Benua Asia, Eropah atau Amerika yang kita pelajari dalam ilmu geografi. Ini hanya persoalan remeh.Tetapi Benua ini menunjukkan besarnya empayar Siam Kedah dahulu. Jadi setelah Kekhalifahan Ahlul-Bait Baghdad di kuasai oleh kefahaman Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171) serta penguasaan kekuasaan dinasti Bani Buwaih (945 M - 1055 M) dan kekuasaan Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah pemerintahan Khulafah di pindah ke Timur iaitu ke tangan keluarga al-Jefri Ahlul-Bait Bani Hasyim Quraisy Ajam. Mu’tazilah adalah satu aliran yang menyelesaikan berbagai masalah keagamaan dengan menggunakan akal pikiran atau dalil aqliah. Ianya di asaskan oleh Washil bin Atha', hidup pada masa Kekhalifahan Umayyah. Mu'tazilah berasal dari kata "i'tazala" (memisahkan) dan fahaman ini di tentang keras oleh Khalifah Harun ar-Rasyid tetapi di di terima pakai semasa Khalifah Abbasiyah al-Ma'mun ( 786-833 ) iaitu selepas berlakunya rampasan kuasa yang memalukan dengan kematian kontroversi Khalifah Amin ar-Rasyid ( 787-813 ). Si Amin ar-Rayid yang malang ini berkuasa selama 4 tahun 8 bulan. Dan setelah naiknya Khalifah Ma’mun ar-Rasyid yang terpengaruh dengan Falsafah Barat Yunani sesat ia mula melakukan kezaliman dengan  melaksanakan al-Mihnah atau ujian Aqidah di kalangan ulamanya. Ia dibagi kepada empat macam tingkatan:

Pertama, mereka yang menolak tidak dapat lagi diterima kesaksiannya di Pengadilan.

Kedua, mereka diputuskan tunjangan hubungan wang saraan yang diperoleh dari Khalifah.

Ketiga, jika tetap menolak akan di rotan dan dirantai kemudian dimasukkan ke penjara.

Keempat, yang terakhir dari segalanya adalah hukuman ialah Mandotori iaitu mati dengan leher dipancung.





 DI DLM CERAMAH INI BELIAU ADA MENYENTUH TTG KOTA ISLAM AYUTHIA, KEKHALIFAHAN DI TIMUR, ISLAM TERATAI, KOTA ISLAM BOROBUDUR DAN BENARLAH SESUNGGUHNYA KEBIJAKSANAAN NABI S.A.W. DAN KETURUNANNYA SHAH ALAM DI TIMUR MENTADBIR NAGARA CUBA DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH
 

Ramai Ulama yang menolak fahaman sesat ini terpaksa menerima fahaman Mu’tazilah bahkan ianya dijadikan sebagai mazhab resmi negara. Dengan kekuasaan yang dimiliki, Khalifah Makmun ar-Rasyid menghadapi lawan-lawannya dengan cara-cara yang dengan penuh kekerasan. Imam Ahmad ibn Hanbal dan Syeikh Muhammad Nuh adalah dari kaum ulama yang bersikap keras tetap menolak fahaman sesat ini. Imam Ahmad ibn Hanbal yang mampu menghafal 700.000 hadits dan mempunyai 30.000 hadits dalam kitab hadisnya yang bernama al-Musnad tidak di hormati Khalifah malah di hina dan di caci maki  serta di seksa oleh Khalifah ini. Peristiwa ini di rakamkan oleh seorang ulama bernama Ibnu al-Ashbag, menurut catitannya,  "Saya datang menghadiri majlis pengadilan negara yang akan memeriksa perkara hal ehwal Imam Hambali. Dalam majlis pengadilan itu terlihat pedang-pedang telah dihunuskan, tombak-tombak telah ditegakkan, panah-panah telah disiapkan, dan cambuk siap diayunkan untuk menimbulkan kegerunan kepada Imam Hambali. Khalifah al-Ma'mun ar-Rasyid lalu duduk di atas kursi yang telah disiapkan di balai persidangan. Imam Hambali dipanggil menghadap kemudian khalifah berkata, “Atas nama saya sebagai kerabat Rasulullah s.a.w. saya akan memukul kamu dengan cambuk sampai kamu membenarkan apa yang telah saya benarkan atau engkau menyatakan seperti apa yang saya katakan. "Cambuk dia!" perintah khalifah pada algojo. Sang Algojo segera bertindak tanpa ragu. Imam Hambali diseret lalu dicambuk. Cambukkan pertama tepat mengenai punggung beliau. "Bismillah... " ucap Imam Hambali menahan sakit. Pada cambukan yang kedua beliau mengucapkan kalimah "Laa haula wala quwwata illa billah." Pada cambukan yang ketiga dengan lantang beliau berucap, "al-Qur'an kalamullahi ghairu makhluqin!" maksudnya ‘ al-Quran itu Kalamullah dan bukannya Makhluk’’ . Lalu mendaratlah cambuk yang keempat dan kali ini beliau bahkan sempat membacakan ayat al-Qur’an "Qul lan yushiibanaa illa ma kataballahu lana!"
  
 
SEMUA DI JEMPUT HADIR UNTUK MENGEKALKAN KEGEMILANGAN INSTITUSI PONDOK TRADISIONAL ZAMAN SILAM DAN MENGHORMATI SERTA MENGASIHI PARA ALIM ULAMA DAN BUKANNYA UTK DI CAMBUK, DI HINA DAN DI PENJARAKAN 




Ucapan-ucapan Imam Hambali tidak menghentikan cambukan gila sang algojo hingga lebih 20 cambukan menghentam punggungnya. Darah segar pun mengucur dan menitis di lantai. Aku tidak peduli dengan penjara, bagiku penjara dan rumahku sama saja!” ujar Imam Hambali. Seorang ulama besar bernama Ishak bin Ibrahim pula berkata “Aku belum pernah melihat seseorang yang berada di depan penguasa di mana ia lebih tegar daripada Imam Ahmad bin Hambal. Kami saat itu di mata penguasa Khalifah hanyalah seperti lalat” . Setelah kemangkatan si al-Ma’mun, pemerintahan di ambil alih oleh anaknya Khalifah al-Mu’tashim. Namun demikian, ia tetap berfahaman Muktazilah yang pernah di anuti oleh si al-Ma’mun. Ia tetap menahan dan memenjarakan Ahmad ibn Hambal selama 18 bulan. Kemudian Ahmad ibn Hambal dikeluarkan dan dibebaskan untuk di paksa menyampaikan fatwa sesat Khalifah al-Mu’tashim ( 794–842 ). Kedudukan khalifah selanjutnya dipegang oleh Watsiq ( 842 – 847 ) putra al-Mu’tazim. Ia dalam melaksanakan tindakan al-Mihnah itu lebih ketat, bahkan memperlakukan para penentangnya dengan lebih kasar. Ahli fiqh Sunni seperti Yusuf ibn Yahya al-Buwaity, Ahmad ibn Nasir dan Naim ibn Hammad adalah termasuk orang-orang yang mati dalam penganiayaan yang dilakukan oleh Khalifah al-Watsiq. Pada zamannyalah Imam Hambali meninggal dunia. Selepas dua peristiwa pembunuhan khalifah Amin al-Rasyid dan penyiksaan ke atas ulama-ulama yang muktabar termasuk Imam Hambali di tambah dengan penguasaan pemerintahan orang luar yang asalnya dari hamba-hamba abdi tawanan perang seperti Bani Buwaih dan Bani Seljuk maka tampuk kekhalifahan dari keturunan Abbas r.a telah bertukar ke keturunan Husain r.a di timur iaitu kepada Kesultanan Kedah Pasai Ma. Di tahun 1194 Baghdad yang sudah kehilangan Kekhalifahannya hanya berkuasa di sekitar kota Baghdad sahaja dan pada tahun 1258 - Tentara Monggol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Jutaan penduduknya yang berfahaman Muktazilah di bunuh.



HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA, PATTANI, ACEH, UNITED KINGDOM DAN SYRIA KITAB THURATH AKAN DI ADAKAN BESAR-BESARAN SELAMA 3 HARI DAN 3 MALAM



Pemerintahan Baghdad yang telah tua serta nyanyuk ini telah dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan ( 1217-1265 ) yang dilabelkan oleh musuh-musuh Allah dan sejarawan barat sebagai kononnya bukan beragama Islam termasuk datuknya Genggis Khan ( 1162-1227 ) juga dari golongan kafir padahal kedua-dua orang ini merupakan panglima Islam yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan. Sebelum kita berpisah buat seketika, di sini ana ingin mengiklankan bahawasanya Insyallah pada 7, 8, 9 Februari 2013 Pondok- Pondok Seluruh Pattani dan Malaysia khususnya dari Malaka, Negeri Sembilan dan Perak Kedah akan berhimpun di Pondok Tuan Guru Hj Yahya Telok, Bukit Pinang Kedah. Di jangkakan 200 orang ulama akan hadir di Himpunan Ulama Pondok Malaysia - Thailand secara besar - besaran ini yang di buat pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Himpunan Ulama Malaysia Thailand bakal menghimpunkan Ulama Pondok seluruh Fathani Thailand dan Malaysia . Syarikat minyak petrolium Buroq Oil juga bergabung bagi menjayakan Majlis Himpunan  Ulama Malaysia Thailand ini. Dan  menerusi ijtimak ini para ulama dan ahli agama dapat duduk berbincang mencari kata sepakat, bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pendapat ahli yang lain tanpa mengaibkan mahupun menjatuhkan martabat mana-mana pihak tentang bagaimana mengekalkan Pengajian Pondok  malah membanyakkan pengajian Kitab Thurath di seluruh dunia. Selain menghimpunkan tok-tok guru tempatan dan Thailand kita juga akan di hadiri ulama dan ahli agama dari Aceh, Syria dan United Kingdom. Dan di sini ana paparkan juga program yang akan berlangsung selama 3 hari 3 malam tersebut, sekiam, wasssalam.