Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 22 Mei 2012

SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN UMAT DI POKOK SENA , KEDAH 2012


TUN SYAABAN ATAU HANG TUAH ADALAH RAJA DAERAH BAGI AYUTHIA DAN ACEH YANG DI LUKIS DI PERANCIS MERUPAKAN FIKIRMAN YANG CUBA MEMASTIKAN AGAMA ISLAM SAMPAI KESELURUH DUNIA





Selamat berbahagia dan Selamat Tahun Merong semua,  harap antum semua sentiasa di dalam iman yang sempurna untuk memudahkan kita menyempurnakan amalan agama dengan tekun serta penuh dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Kita tinggalkanlah kisah si Amirol keturunan Ketua Penyamun Mat Daban dari Perlis Darul Sunnah kerana banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan demi kebahagian kita dan Umat di dunia dan di akhirat, walaupun ana dapati 3 buah buku ana di dapati hilang termasuk keris purba berukuran kecil yang ana letakkan di depan komputer yang sentiasa menemani ana semasa menghasilkan sesuatu artikel. Sikap ana tak ambil pusing hal ini sebab orang jenis ini ana dah jumpa ramai dah, lagi pun ana berharap melalui dakwah ila Allah mereka ini  akan berubah serta mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Membiarkan perkara ini terus berlaku contohnya ‘ beliau pernah mengaku merupakan pemilik Kilang membuat rempah ratus di Jejawi, Perlis dan UJAR BELIAU semua pekerjanya di galakkan berpuasa dan wajib membuat  tiap-tiap hari Solat Dhuha 12 rakaat, tapi bila ana pergi melawat kilang rempah itu, ana dapati beliau juga sebenarnya sebahagian dari pekerja di situ, iaitu di bahagian designer sahaja, bukannya pemilik atau bos di situ seperti yang di dakwanya, tapi perkara ini ana diamkan sahaja sambil ana tersenyum sinis sambil terfikir,  tinggi juga angan-angan dan halusinasi  si Amirul ni,  ‘ rupanya membawa padah pada ana pabila budak ini secara senyap-senyap telah melarikan buku ana dan lain-lain tanpa ana sedari.  Di harap saudara Amirol dapat memulangkan semula barang-barang ana itu termasuklah kereta mainan remote control milik anak ana yang anta telah ambil tempohari untuk di baiki sejak 7 bulan yang lalu kerana setiap perbuatan kita ada balasannya dari Allah s.w.t.  






BAGINDA WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANA BERKETURUNAN ABDULLAH MUKARAM ANAK GUNDIK PM KEDAH MUHAMMAD JIWA YG MEMBAWA KPD AHMAD TAJUDDIN SEBAGAI KONONNYA SULTAN KEDAH




Semasa ana pergi ke Kota O atau Kota Aur di sempadan Thailand bersama Pak Ngah Tuanku Nai Long Kasim minggu lepas, baginda mengatakan siapa lagi yang nak ambil barang-barang hang tu kalau bukan budak Amirol tu, sebab dia saja yang kerap dokpi rumah hang… Ops dah terlajak ana ni bergurindam dan beremosi pula dengan budak Perlis ni, biarlah dia dengan labu-labunya. Ana sebenarnya terpaksa menceritakan hal si Rol ini kerana ada arahan dari nabi s.a.w agar memberitahu umat supaya  mengenal siapakah penjenayah, penzina, pembunuh, pencuri dan perompak agar umat dapat mengenali mereka dan tidak ditipu serta diperdaya oleh mereka dan menyelamatkan umat dari mara bahaya disebabkan oleh golongan ini.  Semasa ana bersiar-siar makan angin dengan baginda YM Tuanku Nai Long Kasim  menziarahi saudara mara di sekitar Kota O minggu yang lalu, baginda meminta ana menyiarkan Surat Tuntutan ke 11 bulan ini juga, sebab surat berkenaan telah baginda hantar kepada penerima masing-masing tapi tidak di ketahui lagi oleh rakyat jelata. Perkara ini perlu di ketahui oleh rakyat guna untuk hidup bebas tanpa di bayangi oleh raja-raja lantikan penjajah Inggeris yang sentiasa ingin perkara yang buruk untuk kita tapi yang terbaik untuk krono-kroni mereka. Ini menyebabkan ana terpaksa menangguhkan dahulu artikel mengenai si Yahudi Munsyi Abdullah (1796-1854) atau Moshe Havdallah Part 3 sambungan dari artikel yang sudah yang bertarikh Ahad, 16 Mei 2010 bertajuk CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH DAN PERISTIWA PENGEBOMAN KOTA-KOTA DI BANDAR HILIR  dan artikel pada bulan Mei juga bertarikh Ahad, 15 Mei 2011  CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH EPISOD KE 2 yang merupakan P.A. kepada Stamfod Raffles (1781-1826) .












BELIAU BUKANNYA BERKETURUNAN SULTAN JAAFAR MUADZAM SHAH 1862-1876 BUKTI DARI SUMBER BUKU CEMPAKA SARI DAN BUKAN DARI KETURUNAN SULTAN MUZAFFAR SHAH 111 KUALA KANGSAR PERAK WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANA







 



Baginda juga ingin suratnya segera di siarkan suratnya bulan ini agar kita tahu benda penting yang terkandung di dalam surat yang di paparkan iaitu Surat Tuntutan dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang ke 11 kepada kerajaan Malaysia yang mana mereka ini telah diamanahkan untuk menyempurnakan agama Allah dengan memerintah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. dan menunaikan hukum agama Islam serta perlembagaan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkandung di dalamnya Khutbah Wida' Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlembagaan negara pertama Islam Madinatul Munawarah. Disini ana juga berkeinginan  mengiklankan disini tentang perhimpunan Umat Islam yang akan diadakan di Masjid an-Nur, Pokok Sena, Kedah. Perhimpunan Umat atau Ijtimak atau Jor ini  ialah untuk Zon Utara merangkumi Kayang (Perlis), Langkapuri (Langkawi)  dan Kota Star  juga semua kawasan Utara. Anda semua dijemput hadir ke Ijtimak ini yang akan berlangsung pada 28, 29 dan 30hb Mei 2012. Pada 29hb Mei 2012 pula akan berlangsung perhimpunan untuk golongan Alim Ulama  Zon Utara  Malaysia. Di majlis itu antum juga akan berpeluang menyaksikan dan mendengar di majlis ini yang akan memperkata dan membesarkan nama ALLAH dan hari Akhirat di sana dengan izin ALLAH s.w.t. Di Jor ini juga kita dapat bermuhasabah dan bertafakur setelah penat bekerja untuk mencari nafkah kehidupan seharian dan menyelongkar penipuan penjajah yang berlaku dengan begitu licik sekali. Perjuangan nenek moyang kita dahulu melawan pemerintahan British sama dengan semangat Panglima Tun Syaaban iaitu Laksamana Hang Tuah ( 1656 – 1688 ) keatas raja-raja boneka seperti Raja Petra Thai Inggeris Kelantan, Raja Phra Ong Thai Kedah,  Raja Mail  British Terengganu, Raja Melewar Belanda Negeri Sembilan, Raja Temenggung Victoria Johor, Raja Hisyam Inggeris Selangor dan Raja Abdullah Inggeris Perak amat mengkagumkan.







KETURUNAN BELIAU WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANA MEREKA BERKETURUNAN PEMBERONTAK LONG SENIK MULUT MERAH DAN BUKANNYA BERKETURUNAN JEMBAL RAJA NIK MUHAMMADIAH LEGEH, AYER LANAS JELI  KELANTAN





Di negeri buatan British iaitu Kedah Darul Aman dan Perak Darul Ridwan nama seperti Panglima Nayan, Awang Pho, Sulaiman Kerkau, YM Nai Mud dan ramai lagi tidak asing lagi bagi orang-orang Tua dahulu semasa di zaman mereka. Panglima Sulaiman Kerkau misalnya walaupun bukan seorang yang Alim tapi perjuangannya menentang pemerintahan Boneka Sultan Abdul Hamid serta kroni-kroninya dan tuannya iaitu kerajaan Inggeris di era sebelum kemasukan Jepun ke Semenanjung Melaka ini cukup menghairankan rakyat jelata yang pada itu cukup takut pada Polis-polis inggeris. Beliau cukup di geruni oleh musuh-musuh Allah itu dan Kampung Kerekau atau Kerkau merupakan kubu dan kawasan perlindungan bagi jagoan dan panglima-panglima berkumpul serta kediaman beliau yang terletak bersebelahan dengan kampung Jelutung, Pendang , Kedah.  Panglima Sulaiman Kerkau ini mempunyai tubuh badan yang besar dan tegap  serta amat mahir bermain silat dan senjata serta bertempur secara Gerila. Beliau di hormati  dan di anggap Raja di kampungnya pada zaman  itu.  Di zaman Raja Kedah Darulaman Pra Ong iaitu Sultan Abdul Hamid (1860-1943), British tidak berani  lansung memasuki kawasan beliau. Segala harta yang di rampas oleh Panglima Nayan dari kroni-kroni British akan di agihkan di rumah beliau. Malah mereka tidak mengambil manafaat pun dari harta berkenaan malah di infakkan semuanya kepada Asnaf Fakir Miskin. Kerekau dalam bahasa Siam Melayunya bermaksud Pelompat Lama iaitu Kere atau Keran bermaksud Pelompat manakala Kau atau Qau bermaksud Lama .Bahasa mudahnya ialah Pelompat Lama atau Tempat Turun  Al[ran Air Dari Petak Bendang atau Sungai dan Ikan Turun bersama dengan Mengalirnya Air. Semua  ini berlaku di zaman pemberontakan YM Tuanku Nai Mud terhadap pemerintahan Raja Perak Palsu dan Raja Kedah Pra Ong setelah syahidnya emperor Melayu terakhir DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah .








KETURUNAN BELIAU WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANAIALAH LANTIKAN INGGERIS DAN BUKANNYA BERKETURUNAN RAJA MANDALIKA TERENGGANU 1300 BUKTI DARI BERSURAT TERENGGANU BERTULISAN KAWI








Panglima Sulaiman Kerkau ialah orang yang terlatih dalam perjuangannya melawan penjajah Inggeris dan Sultan Boneka Kedah Pra Ong Hindu Darulaman Abdul Hamid serta Raja Perak Darul Ridwan. Ini kerana semasa kecilnya Sulaiman Kerkau telah di pelihara oleh Datuk Saudara kepada  isteri Pak Ngah YM Tuanku Nai Long Kasim termasuk yang di pelihara oleh datuk Mak ngah ialah Panglima Awang Pho dan Panglima Nayan ( 1890-1920 ). Mereka telah di tarbiah dengan akhlak yang murni oleh datuk saudara  Mak Ngah serta di latih menjadi Satria untuk membela agama, nusa dan bangsa. Suatu ketika dulu semasa berlaku sparred dan sparring iaitu latihan antara Sulaiman Kerkau dan Aniyey atau namanya Nai Yey iaitu anak saudara kepada DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ( 1825-1876 ), di putuskan di padang gelanggang iaitu Nai Yey yang  bertubuh kecil mesti berlawan dengan Sulaiman Kerkau bertubuh sasa. Oleh itu semasa berlaku pertempuran sparing tanpa senjata, baginda Nai yey yang gerun dengan tubuh sasa Sulaiman Kerkau telah memeluk erat kepala Sulaiman Kerkau terlalu lama sehingga Sulaiman Kerkau jatuh lembik menyembah bumi di kalahkan oleh Nai Yey yang takutkan kepada tubuh badan Sulaiman Kerkau juga merupakan  jagoan di dalam ilmu persilatan. Ops tanpa membuang masa lagi  ayuh marilah kita menghayati surat tuntutan yang ke 8 dari YM Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad ibni Nai Mud waris mutlak kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Empayar Kedah Tua Benua Siam Kedah al-Jefri yang ke 11. Sekian, wassslam.













KETURUNAN BELIAU  WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993 KERANABERKETURUNAN TEMENGGUNG DAN BUKANNYA BERKETURUNAN RAJA SYED MOHD YUSUF AL- MAHDI DARI KOTA DIRAJA MUAR, JOHOR






PERHIMPUNAN UMAT @ IJTIMAK @ JOR NILAI SPT PERHIMPUNAN UMAT DI SELURUH SPT DI INDIA, ENGLAND DAN PARIS TETAPI JOR TONGI MENCATATKAN ANGKA KEHADIRAN TERTINGGI DI DUNIA TAHUN LEPAS IAITU MENCECAH SEHINGGA 7 JUTA JIWA

 
RAJA SELANGOR BUKANNYA BERKETURUNAN SYAH ALAM SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SHAH YANG BERSEMAYAM DI KOTA JUGRA DAN RAJA N.SEMBILAN BUKANNYA BERKETURUNAN SULTAN MAHMUD SHAH YG BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT N.SEMBILAN. KETURUNAN MEREKA BERDUA WAJIB DI PECAT MENGIKUT PINDAAN PERLEMBAGAAN NAGARA MALAYSIA 1993

   

35 ulasan:

  1. Salam YM Megat. Kalau ikut pemahaman saya, Tun Syaaban, Narai, Tuah dan Iskandar Muda ialah individu yg sama. Betul ke ni? Mohon YM Megat buat satu artikel khas utk baginda Tuah. Boleh saya jadikan satu profuile sejarah utk anak isteri dan kawan-kawan (ada yg bertanya dari masa ke semasa). Terima kasih tuan. Wassalam dari Melbourne

    BalasPadam
  2. jai othman telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U... " anda:

    Salam YM Megat. Kalau ikut pemahaman saya, Tun Syaaban, Narai, Tuah dan Iskandar Muda ialah individu yg sama. Betul ke ni? Mohon YM Megat buat satu artikel khas utk baginda Tuah. Boleh saya jadikan satu profuile sejarah utk anak isteri dan kawan-kawan (ada yg bertanya dari masa ke semasa). Terima kasih tuan. Wassalam dari Melbourne

    Sederhanakan ulasan untuk blog ini.

    Dicatat oleh jai othman ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 24 Mei 2012 9:30 PG

    BalasPadam
  3. yta_razak ! telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " KEHANCURAN KOTA STAR DAN PENUKARAN NAMANYA KEPADA... " anda:

    assalamualaikum..

    saya sangat gemar tentang sejarah ini dan saya juga sering mencari dan mmbaca artikel mengenainya..saya harap lebih bnyak info lagi dapat saudara kongsikan..sebelum terlupa,saya anak jati kedah ini menambahkan minat saya untuk mengetahuinya :)



    Dicatat oleh ieyta_razak ! ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 29 Mei 2012 10:22 PG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Abe Aji Megat ,

      Betul ke Tengku Kasim meninggal dunia spt yg di war-warkan. Macam mimpi ajo, adakah ianya realiti atau fantasi. Rasa nak nangis ajo sbb Tengku Megat dan Tengku Kasim bagi kami merupakan aset berharga negara sbb maklumat ni penting untuk jati diri anak bangsa kito.
      jazakallah, saya nak dengar sendiri dari Abe Megat ttg berita kemangkatan nya, benar atau tidaknya, trima kasih.

      Padam
    2. waalaikumusssalam kpd jai, yta dan sofea...

      ttg kemangkatan baginda itu benar dan kajadian itu berlaku ketika Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad berusia 75.Baginda ada mengadu sakit sejak 2 minggu yang lalu tapi masih kuat semangat bersiar2 dgn ana d sekitar kg. baginda. tapi mlm sabtu iaitu sebaik saja menunaikan solat Maghrib pada 25 Mei 2012 mak ngah memaklumkan kpd ana sebaik shj selesai solat maghrib , baginda telah batuk beberapa kali dan menghembuskan nafas terakhir diatas ribaan mak ngah iaitu disisi isterinya dan telah mengucapkan syahadah 2 kali alhamdulillah.

      jgn sofea sedih sangat sbb ini qada dan qadar dari allah taala. kalau nak d ikutkan hati ana pun sedih tapi memikirkan balik baginda sudah tua, biarlah baginda berjumpa dgn tuhannya setelah mmbanting tulang mmperjuangkan sejarah nusa bangsa dan agama . kita yg ramai ni musti dan wajib meneruskan apa yg telah d usahakannya spt abah ana dan moyang kita perbuat dahulu begitu kental iaitu berjuang menegakkan kebenaran sejarah yang telah diwasiatkan kepada mereka sehingga ke nafas yang terakhir. wssslm.

      Padam
  4. mrY13 Jun 2012 10:24 PTG
    assalamulaikum.

    benarkah kedah dan kawasan jajahannya dulu dikenali sbg saiburi oleh Siam dan sehingga sekarang orang yg lahir di saiburi boleh membeli tanah di thailand dan tinggal di sana.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Nai Megat,t
    tg keahlian tu anta dah join ke nik ya dan siapa pengerusinya?
    Utk makluman anta benar Pertubuhan SHarif Shah ditubuhkan dah 2 tahun dah.
    Sayan yg war-warkan dalam fb tu dan pengerusinya diTikam Batu, Kedah.

    BalasPadam
  6. Sebelum itu ana baru tahu bila dihubungi Tunku Azizan. Melalui bual bicara beliau mempelawa ana dan kerabat lain yg ada utk menyertainya. Kemudian itu ana kena ambil borang utk diagihkan pada semua kerabat.

    BalasPadam
  7. Lupa nak beritahu, ana tak join lagi. pengerusinya pula rasanaya Azizan Hasyim.

    BalasPadam
  8. waalaikumusssalam mry13 dan ya omar...

    minta maaf kerna lambat menyiarkan ualasan dan lambat menjawab surat antuma berdua sbb ana baru pulang dari pantai timur dan masih lagi berkabung di atas kemangkatan tuanku nai long kasim tempohari. dan pada hakikatnya ana sudah sebulan tidak membuka komputer kerena sibuk dgn saudaramara ana d kg pakngah dan d pantai timur legeh yg kononnya d gelar british sg. satan dan sg. jakar.



    tth syburi ini sebenarnya ianya ialah kedah timur yg skrg ini menjadi negeri palsu iaitu PATANI DARUSALAM. sbb patani yg sebenarnya ialah negeri2 pantai timur iaitu kelantan dan terengganu. Syburi juga ialah panggilan lama untuk Kedah. Sebab itulah, terdapat panggilan Kedah Syburi oleh rata-rata masyarakat yala, narathiwat, songkla dan takbai kerna mereka disitu pernah bernaung kepada kerajaan Kedah Tua pada ketika itu sblb d wujudkan oleh british dan thai nya negeri palsu iaitu KEDAH DARUL AMAN.


    wssslm.

    BalasPadam
  9. Bertemu semula dan salam takziah utk Tuanku Nai Long Kasim, al fatehah.

    BalasPadam
  10. Bila pulang ke Pantai Timur hati-hati di jalanraya. Semuga perjalana selamat tiba. hati-hati memandu.

    BalasPadam
  11. Asalamualaikm Tuanku Megat ,
    kullu nafsin Zaiqatul Maut,
    Saya di sini ingin mengucapkan Slm takziah kpd Tuanku Kasim , maaf atas segala kesalahan kerana lambat mengucapkan takziah. Sehingga kematian Tuanku Kasim pun tidak kami sedari.

    Pasal keturunan Mr Rol Ibnu Mat Daban ni kenapa Megat tak ambil tindakan kerana orang ini sebenar jenayah koler putih sebab melibatkan ribuan ringgit.
    Bila pula Megat nak up-date artikel baru ni kerana dah nak habis bulanlah,wsalamualaikum warahmatullah.

    BalasPadam
  12. waalaikumusssalam ya omar dan auji...

    trimakasih ya omar dan auji d atas keprihatinan antuma berdua. ana masih lagi berkabung d atas kematian pak ngah sehingga semasa ana ke pantai timur tempohari ada 145 missed call dari adikberadik dan sahabat taulan sbb ana tak buka h.phone dan komputer sbb sibuk dgn kenduri doa selamat dan meeting family, jika komputer d bukapun oleh anak ana tu megat bongsu sbb sibuk dgn game nya. miggu ni pulak nak buat lembu sekor utk adik beradik jauh dan dekat hajat dari makngah utk pahala pakngah d sana, wah lagila sibuk ana bulan jun serta julai ni.2 h lepas kami sibuk proses udang harimau dan susu kerbau juga utk doa selamat menyambut adikberadik yg dtg menziarahi kami sekeluarga.




    ttg IBNU MAT DABAN ni ana malas nak buat tindakan sbb dulu dia banyak bantu ana settle buat komputer, maklumlah sejak ana menghabiskan pengajian dan menlangsaikan tesis UKM ana d tahun 2001 ana terus meninggalkan penggunaan komputer sehinggalah ana menggunakannya kembali d tahun 2009. kalau ikut ana mmg ana akan bawak tuan rumah taman yg d sewa tak d bayarnya 3 bulan dan sorang ustaz yg menyewakan kedainya juga maulana d kuala nerang dan sg petani yg tidak d bayar yuran madrasah 2 tahun lamanya, juga prof. universiti maps berjumpa dgnnya ...tapi biarlah mr rol ni seattle sendiri bila dia insaf nnti jika dia ada TAKWA dgn ALLAH. lagipun pada mr rol itu semua mungkin perkara biasa baginya kerana itu mmg kebiasaannya.



    mengenai artikel ana berkabung sekejap 2 bulan ye, apa2 bacalah artikel lama tu kerna ianya juga bermanafaat bagi mereka yg mahu berubah dan berfikir.


    wssslm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah,pulang nanti anta pandu keta hati musim hujan. Keselamatan anta sekeluarga diharapkan. Semuga selamat kembali dari pantai timur nanti.

      Padam
  13. [No Subject]
    FROM:The Malay Press

    TO: You + 7 More8 recipientsCC: recipientsYou MoreBCC: recipientsYou
    Hide Details TO:mawarasmadi@yahoo.com pupaqsi@yahoo.com hafiz_aquafauna@yahoo.com 5 More...Message flagged Wednesday, June 20, 2012 11:57 AM
    http://www.b-co.ca/blog/wp-content/themes/bco/pedkls.html?efm=vv.mdjgp&avaa=yp.mp&zfbm=mjsg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Abe Megat ,

      Saya mencintai keluarga abe Megat malah di sini saya juga ingin mengucapkan Salam Takziah semoga roh Tuanku Nai long Kasim semoga dicucuri rahmat disana dan keluarga Abe Megat. Singgahlah rumah kami jika Abe Megat balik kePantai Timur.
      Banyak masalah kecik remeh temeh jadi besar mengenai budak Rol, takdok org nasihatkan dia ke Abe Megat ?

      Padam
  14. Waalaikumusssalam cik sofea, nik ya dan malaypress...
    Alhamdulillah, kelmarin telah selesai kelmarin makngah membuat doa selamat sempena hari ke 40h kemangkatan Tuanku Nai long Kasim.. Ramailah yg hadir termasuk sanak handai taulan dari jauh. Pastu lps manghrib maghrib baru ana pulang, trimakasih atas ucapan takziah tuan2 sekalian dan lantikan pengganti pakngah pun telah selesai d jlnkan, Lbh kurang 8.15 mlm baru ana balik, masa tu tinggai org2 kuat makngah jelah. Penat betul, lantikan pengganti pakngah pun dah d buat, alhamdulillah... syukur.
    Ttg soalan org menasihati mr rol ini ada, antara ialah hj ghazali, ustaz ali dan syam, malah ana sendiri tapi ini suratnya emailnya pada ana,
    [Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate] Ulasan baru mengenai SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U....
    1 recipients
    CC: recipientsYou More
    BCC: recipientsYou
    Hide Details
    FROM:
    • Anek Bertuah
    Message flagged
    Monday, July 2, 2012 2:28 PM
    Anek Bertuah telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U... " anda:

    Semoga Allah ampuni dosa kamu..., buat lah tindakan takut apa? Berani kerana benar, takut kerana salah.... Terima kasih banyak2 kerana bagi pahala free hari2. Umpat lagi dan lagi, fitnah lagi dan lagi... Alhamdulillah.


    Message flagged
    Tuesday, July 3, 2012 11:28 PM
    Anek Bertuah telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U... " anda:

    Nak lawan??? Ada berani???? Nak nyamuk atau yg lebih kecil dari nyamuk??? Hahahaha....

    Dia pulak bagi nasihat pula kat ana iaitu, astagfirullah :
    [Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate] Ulasan baru mengenai SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U....
    Friday, July 6, 2012 1:45 AM
    Anek Bertuah telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " SURAT TUNTUTAN KE 11 DAN JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN U... " anda:

    Firman Allah Ta’ala dalam hadis Qudsi : “Hai anak Adam, memadailah dengan yang sedikit, supaya kayalah engkau, dan tinggal olehmu dengki supaya senanglah hatimu, dan jauh olehmu akan segala yang haram supaya ikhlas agamamu, dan barangsiapa meninggal akan mengumpat nescaya zahirlah kasih untuknya, dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada semua manusia nescaya sejahteralah ia dari segala fitnahnya. Dan barangsiapa yang sedikitlah perkataannya nescaya sempurnalah akalnya. Dan siapa yang redha dengan barang yang sedikit nescaya percayalah ia kepada Allah s.w.t.”

    BalasPadam
  15. Assalamualaikom Tuanku Ustaz Megat alJefri. Terima kasih bebanyak saya ucap kepada Tuanku Megat sebab banyak ilmu yang saya dapat sejak blog tuanku ustaz Megat di lancarkan.

    Wah marah betul Raja Sapu Mr Rol Daban kat Tuanku Megat . Ni nasihatb apeni dari seorang Rol Peyamun kepada ustaz Megat.Ada Hadis pula nasihatkan ustaz Megat supaya jangan dedahkan kejahatannya tipu nasab adakan tuanku megat. Wakaka.
    Ada tak hadis ttg wajib memberitahu org ramai ttg kejahatan seseorg itu?

    BalasPadam
  16. Daniel Zaydi telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 6 DARI YM TUAN... " anda:

    assalamualaikum dan hi...

    saya dari selangor ingin bertanya, adakah anda sedang mencari keturunan panglima-panglima yang diatas ini?

    saya maksudkan ialah, keturunan pada masa kini.

    terima kasih,
    Daniel Zaydi.


    Dicatat oleh Daniel Zaydi ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 20 Julai 2012 9:57 PTG

    BalasPadam
  17. waalaikumusssalam auji dan daniel...

    mengenai kata auji " Ni nasihatb apeni dari seorang Rol Peyamun kepada ustaz Megat.Ada Hadis pula nasihatkan ustaz Megat supaya jangan dedahkan kejahatannya "
    dan soalan auji " Ada tak hadis ttg wajib memberitahu org ramai ttg kejahatan seseorg itu? "


    ada hadis dan banyak cuma org jahil dan yg mengambil kesempatan saja yg tidak mempedulikan hadis ini, kononnya jgn cakap benda ni tak baik , mengumpat sbb dia takut org tahu perbuatan mencurinya d ketahui org.



    yg terbaru ana tlh d maklumkan oleh pak ya yg mr rol mat daban dah amik komputer adikberadiknya utk d repair pastu dia kata belilah sbb naktolong beli repair pun susah nak elok, at last sampai lani tak bayag pun.

    BalasPadam
  18. opsss, ana terlupa nak beritahu ttg hadis nabi s.a.w. penwawaran utk keselamatan umat...sorry le auji terlupa dan banyak sangat fikir benda lain sejak kemangkatan tuanku nai long kasim dah tu sbb bulan ni sibuk sangat, jadi imam tarawelah, majlis berbuka puasa dgn kerabat2lah, meeting d sg. peteni dgn ORG 10 lah, meeting dgn ...nak buat ucapan sikit ye




    " Terima Kasih kepada Yang Mulia Tuanku Nai Dato' Bendahara Muhammad Zaki Waris Mutlak YDP Kedah, YM Nai Nazri Kepala Batas Penang, YM Omar Man Bertam , YM Nai Junip Mahang, YM Nai Zamri Tunjang yang sudi hadir dalam perbincangan malam mggu lps.", dan sibuk ziarah makngah dll.



    hadis dari moyang ana ni nabi MUHAMMAD s.a.w. ialah,
    Sabda nabi saw : " sesungguhnya pemberi hutang berhak membuat aduan kepada hakim." Dan " Orang-orang yang menangguhkan pembayaran hutang sedangkan ia mampu, harus dihukum dan didedahkan perbuatannya."


    Aisyah, ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, " aku melihat si orang munafiq dan orang munafiq itu tidaklah mengetahui sedikitpun dari perkara agama kami. "




    org yg menipu salasilah keturunan atau nasab pula ialah,

    nabi s.a.w. bersabda : " sesiapa memaksakan dirinya kepada selain walinya (garis keturunannya) maka baginya laknat dari Allah SWT, Malaikat dan sekalian manusia, Allah SWT tidak akan menerima adanya penggantian atau pertukaran nasab secara sembarang dan serampangan darinya ”.


    sabda Nabi saw :“ Barang siapa yang mengaku (bernasab) pada selain ayahnya maka ia terlaknat. ”




    jika tipu mengenai mimpi pula, nabi s.a.w. bersabda : " Seungguhnya sebesar-besar pembohongan adalah mengaku bermimpi sesuatu yang tidak dia lihat, atau dia berkata atas nama Rasulullah apa yang tidak beliau katakan ".


    isssh banyak pula che adik auji oi jadi ulasan ni, seelok2nya benda panjang mcm ni ana letak dlm artikel, wssslm.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..selamat berpuasa Saudara yang Mulia Megat didoakan dirahmati ALLAH SWT selalu...ingin bertanya kepada saudara,bagaimana dengan Kitab Sulallatus Salatin adakah ia dongengan dan rekaan atau asli?dan apa kaitan dengan Batu Bersurat Trengganu dengan DYMM Merong Maha Wangsa?adakah batu bersurat itu asli atau hanya ciptaan?sungguh terkeliru dengan sejarah yang sebenar benarnya sebelum islam yakni agama hanif dan semasa kedatangan islam dan selepas itu..Harap Saudara dapat huraikan secara ringkas kerana saya benar benar keliru dengan semua ini.

    BalasPadam
  20. Salam..tambahan sikit...dan bagaimanakah pula dengan sejarah mengatakan Merah Silu atau Sultan Malikul Salleh adalah raja pertama memeluk islam dan apa kaitannya..harap saudara mulia megat dapat menghuraikannya..sebab semakin terkeliru dengan sejarah melayu ini.

    BalasPadam
  21. Message flagged Sunday, July 29, 2012 6:58 AM Grant Foxy telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " KERAJAAN ISLAM SRI WIJAYA " anda:

    BODOH KER KORANG NIE MEMAKAI KAIN SUTERA TU KAN HARAM.....CAKAP ISLAM YG JUJUR....BAB HALAL HARAM PUN TAK BOLEH BEZA KER.....QUOTE "Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China'."



    Dicatat oleh Grant Foxy ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 28 Julai 2012 3:58 PTG

    BalasPadam
  22. waalaikumusssalam kamy dan grant ...

    kpd kamy tq dan selamat berpuasa kembali. mengenai Kitab Sulallatus Salatin ini tidak dapat tidak mmg ada tgn2 munsyi abdullah dan bapanya serta para talibarut british takdak masalah merosakkannya sbb ini kerja ahlul kitab spt mereka merosakan kitab taurat dan injil.

    mengenai Batu Bersurat Trengganu pula telah d pecah LETTER HEAD nya d zmn raja mail kroni british slps tengku ali d pecat dari takhta terengganu, menyebabkan sejarawan kita menjadi keliru ttgnya tapi tiada masak=lah sbb allah ada...malah termaktub d dlmnya pula nama RAJA MANDALIKA menyebabkan kita tahu milik siapa batuan Batu Bersurat Trengganu ini.


    mengenai Merah Silu atau Sultan Malikul Salleh adalah raja pertama memeluk islam ianay bertentangan dgn makam puteri maimun dari kerabat kedah tua yg syahid kepulauan jawa yg lebih awal 100 tahun dari aceh Merah Silu atau Sultan Malikul Salleh. ini semua kerja para sarjana barat yg cuba mengelirukan sejarah hebat kita .



    ttg komen Grant Foxy mengenai " Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China'." ini catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi, beliau sendiri telah singgah di Kedah. jadi sutera itu kita semua maklum pakaian isteri2 dan anak2 perempuan kita kitalah serta perempuan tawanan perang gundik2 d zmn itu kecuali utk abd rahman bin auf r.hu. yg d izin oleh nabi s.a.w. sbb berpenyakit gatal2 kulit.

    selamat berpuasa, wssslm.

    BalasPadam
  23. Asalamualaikum,,,
    Mandalay=mandalika...kena baca betul betul apa yang ditulis di batu itu.Gaya bahasa dan tulisannya adalah pada 1303 Masihi..pada masa masyarakat pada tahun itu dan kehidupan mereka...Penyebaran Agama Islam contohnya jika Islam di China kena tulis dan terjemah cara tulisan China...kalau di Perancis kena ikut Bahasa dan Tulisan Perancis..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum,kepada semua kaum Rohingya yang beragama Islam...salam takziah..semoga semua yang syahid mati dirogol ,dibunuh kejam,dibakar mayatnya dan kemusnahan yang terjadi semoga Allah akan memberikan pertolongan kepada mereka dan perjuangan menentang puak Rakhine teraveda yang kejam.Kepada orang Islam Rohingya...anda yang bermastautin disini dan mempunyai kerakyatan disini anda semua mestilah membantu undi menegakkan kerajaan Islam di Malaysia...kerana sebelum ini parti Islam dikawasan yang ditandingi ditumbangkan dengan undi anda sendiri demi kerana ugutan pemerintah,tak perlulah saya sebutkan di sini apa yang pemerintah arahkan kepada anda semua.Jika disatu masa dahulu Almarhum Maharaja Babur dan juga nenek moyangku Maharaja Ayuthia Syed Alang Allaudin berkuasa tentu tentera Islam akan sampai memerangi mereka (rakhine)..tetapi apakan daya kerajaan Islam Babur,Toong O dan Ayutthia telah tumbang angkara raja raja daerah telah mabuk kuasa dan menjatuhkan kerajaan Islam ini.Selepas aku mengunjungi pusara nenek moyangku Syed Alang Allaudin yang pernah menewaskan Tentera Rakhine yang dipimpin Alaungpaya yang kejam dan zalim ini di Segenting Kra,terlintas di fikiranku,kenapa ini berlaku,,adakah kesilapan kaum Rohingya..atau puak talibarut Rakhine,Rohingya..Allah dan rasulnya yang lebih mengetahui..
    Sesungguhnya amat perit kaum islam ini dengan tidak bersenjata dengan mudahnya ditumpaskan tanpa tentangan..Insyaallah kami akan membantu anda semua Umat Islam Rohingya dan Arakan jika anda membantu memenangkan Islam dibumi Malaysia ini....Kami pegang janji Allah..demi islam dan Kemenangannya..jangan kamu berpaling hanya kerana janji pemerintah yang hanya sementara...janji Allah bersifat selamanya..wassalam.

    BalasPadam
  25. Asalamualaikum TENGKU MEGAT AL-JEFRI, terima kasih kerana memeparkan segala kebenaran yang telah lama terpendm dek kerana perebutan kuasa dan sekongkokolnya raja raja dulu bersama Sukotai dan Inggeris, saya salah seorang dari keturunan Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah yang membuat kota istana di Kota Meang Kuang, sekarang ini kami sedang meneliti dan mencari salasilah keturunan kami, Alhamdulillah pada 2 syawal nanti kami akan mengadakan perjumpaan di Kampung Gelung Rambai Mukim Jeram...

    BalasPadam
  26. jai othman telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 10 DARI WARIS ... " anda:

    Salam Tuan Megat. Terlalu lama rasanya blog anta tidak ada update.. Mohonlah diberi sedikit ruang utk ana melepas rindu membaca perkongsian baru. Selamat meneruskan ibadah. Wassalam. Jai Othman


    Dicatat oleh jai othman ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 31 Julai 2012 7:05 PG

    BalasPadam
  27. waalaikumusssalam kpd n.l.din, zulkefly dan jai ...


    kpd n.l.din slps berkunjung semula ke blog ana ni.



    juga kpd saudara zulkefly selamat bertandang ke blog ana ini daN ana rasa ana kenal anta , tapi jgn risau kerana ana akn menjemput anta melalui kerabat diraja ana d sana ke jamuan sempena raya d bulan syawal ini. makngah ana pun tak sabar2 nakbuat kenduri doa selamat utk tuanku nai long kasim sempena hariraya ini. tolong kirim salam daun keladi utk nai zamri dan kpd megat a... dari kg. pulau maharaja di tunjang tu.



    kpd jai, kita sudah pun berada d penghujung bulan islam iaitu sepuluh mlm akhir ramadhan, kita sebenarnya kena utamakan mencari mlm lailatul qadar utk kepentingan akhirat dulu sbb lailatul qadar hanya dtg sekali shj dlm setahun. lgpun slps raya kami kena pergi ke USM utk mengganti pak ngah membentangkan penulisan semula sejarah malaysia. jadi selain sibuk dgn berkabung atas kemangkatan tuanku nai long kasim dan sibuk dgn acara d bulan ramadhan, persiapan seminar sejarah kita pun ini pun penting utk jati nusa bangsa kita. wssslm.

    BalasPadam
  28. YG BENAR TTP BENAR YG BATIL PASTIKAN MUSNAH.SEMOGA ALLAH MEMELIHARA TN DN SELURUH KETURUNAN BANGSA MELAYU DIALAM INI.

    BalasPadam
  29. salam..saya amat tertarik tentang keilmuan tuan dalam menulis sejarah berpandukan agama..saya sedang menulis penulisan tentang kronologi masyarakat Guar Kepah hingga ke pengkalan Bujang..saya amat tertarik untuk mengetahui Kedah Tua dari perpekstif Islam kerana kebanyakan sumber saya adalah arkeologi..jika tuan sedia berkongsi dan bersua dengan saya tentang kebenaran ilmu..saya tinggalkan email saya..termizi_hasni@yahoo.com..saya mengharapkan pertemuan kita adalah kerana keredaan Allah..

    BalasPadam