Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Sabtu, 25 Februari 2012

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BHG. KE 4 BERSAMA KERABAT TUANKU NONG CHIK





WARISAN SENIBINA INI SEPATUTNYA DI TERAPKAN DAN ADA DI ISTANA NAGARA BARU DI JALAN DUTA, TAPI SAYANG APA YANG ADA DI ISTANA SILAM YANG BERHARGA, HEBAT DAN CANTIK INI SEMAKIN DI LUPAKAN DAN TIDAK DI KETAHUI OLEH UMAT DI NUSANTARA INI, HANYA BUMBUNGNYA ADA DI PAPARKAN DI BENDERA NEGARA BRUNEI




Alhamdulillah bersyukur pada Allah Taala kerana dengan izin darinya kita ke artikel seterusnya untuk menjawab soalan-soalan dari Kerabat Tuanku Nai Long Chik tentang permasalahan diri juga tentang salasilah keturunannya. Masalah ini sebenarnya bukan sahaja masalah pada diri keluarganaya malah ianya merupakan permasalahan universal bagi semua orang di zaman sekarang. Tetapi perkara ini tidak menjadi masalah bagi bangsa Arab kerana mereka ini walaupun di jajah masih lagi kuat menjaga salasilah masing-masing. Malah memang ada arahan dari nabi s.a.w. untuk mempelajari salasilah dan mengambilberat untuk mengetahuinya. Tahniah dari ana kerana keperihatinan diri anta untuk mengetahui tentang nasab salasilah keluarga anta itu... cuma ana ingin memberitahu anta, sebenarnya kecelaruan anta dan keluarga meneroka dan mencari nasab salasilah itu sejak lima tahun yang lalu sebenarnya berpunca dari asal perkataan Long dan Nong. Bila anta melebalkan dengan perkataan awalan dengan ' Nai Long ' mengakibatkan berlakunya kecelaruan salasilah. ini kerana Nai Long sebenarnya hanya di gunakan oleh kaum kerabat Pak Ngah YM Tuanku Nai Long Kasim kerana baginda paling sulung dan PUTRA paling layak memegang tampuk pemerintahan nagara jika di beri peluang oleh Allah s.w.t. Jadi selain dari Nai Long dan lagi kaum kerabat terdekat pada rankingnya dalam susunan pemerintah di dalam Kesultanan Kedah Pasai Ma iaitu Nai Chau, Nai Fai, Nai Syuaib dan Nai Iskandar.




SESUNGGUHNYA UMAT MELAYU INI SEJAK PEMBUNUHAN DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SYAH SERTA PEMUSNAHAN ARMADA TENTERA DARAT PANGLIMA ISMAIL BUKAN SAHAJA KEHILANGAN KERAJAAN MELAYU TUA MALAH LAUT KEDAH DI TUKAR KEPADA SELAT MELAKA, SEMENANJUNG MELAKA, LAUT CHAMPA KEPADA LAUT CHINA SELATAN MALAH JUGA KEHILANGAN JATI DIRI DAN SENIBINA ARTIFAK KETEMADUNAN BANGSA




Jadi jika anta masih ingin menggunakan perkataan nama moyang anta, anta boleh mengggunakan perkataan Long atau bahasa mudahnya Long Chik atau Tengku Long Chik. Kerana Nai Long hanyalah penggunaan MUTLAK hak milik YM Mazlan Anai-anai dan Pak Ngah YM Nai Long Kasim. Tapi nama sebenar baginda ialah Tuanku Nong Chik yang memilki istananya di Syburi iaitu Kedah Timur. Baginda berasal dari keturunan Long Putra anak benih dari Sri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa yang merupakan adik ipar kepada Khalifah Rahman DYMM Sultan Abu Bakar Syah Boromoraja Ekataat yang memerintah negeri Siam Lancang, negeri Melaka dan keseluruhan Benua Nusantara di bawah panji-panji Kesultanan Kedah Pasai Ma di bantu oleh anak-anak lelakinya lima bersaudara iaitu Nai Long Muzaffar Syah 111, Nai Chau Abu Kassim, Nai Syuaib, Nai Fai Iskandar dan Nai Ngah Terawis. Manakala sepupu bagi lima orang anakanda Khalifah Rahman ini ialah Long Putra yang merupakan pemerintah serta Raja Daerah bagi negeri Legeh di Pantai Timur merangkumi Kelantan dan Terengganu sekarang ini. Long Putra inilah merupakan moyang bagi Tuanku Nong Chik ini. Tetapi apa-apa pun marilah kita tengok dahulu soalan-soalan dari baginda Kerabat Tuanku Nong Chik ini bersama-sama. Terima kasih ana kepada anta Nai Ya Omar sehingga sekarang tidak jemu-jemu meng' handle' blog Kerabat Nai dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Ayuh kita tengok dahulu soalan-soalan baginda semua sebelum ana menjawabnya.





KOTA ISTANA TUANKU NAI LONG CHIK ATAU SEBENARNYA BERNAMA TUANKU NONG CHIK SEKARANG INI BERADA DI WILAYAH KEDAH TIMUR ATAU SYBURI YANG KONONYA WILAYAH PATTANI DARUL SALAM. NONG BERMAKSUD ADIK BONGSU DARI KETURUNAN NANG CHE PUAN ADIK KEPADA KHALIFAH RAHMAN SULTAN SYARIF ABU BAKAR SYAH






Tuanku Nai Long Chik Jun 19, 2011 11:49 PM

Assalamualaikum Shah Alam Megat,
ana nak minta tolong tanyakan tentang hj aziz @ nai hj aziz@raja aziz, satun ada atau tidak dalam salasilah.hj aziz adalah guru ugama zaman 1700-1800. dipercayai dari jurai nai long mokhtar.

Tuanku Nai Long ChikJun 19, 2011 11:54 PM

Ana juga ingin bertanya nyak putih @ raja putih adakah dari nasab kita.makam diteluk ambon.pulau sayak.
sebab dalam minggu depan ana nak ziarah dan lihat wafak keluarga disitu

Tuanku Nai Long ChikJun 20, 2011 12:06 AM

Adalagi soalan, ingin mengesahkan sahaja.Bunga dan Tanjung berbintikan apa?

Menurut penceritaan Bunga dan Tanjung di larikan ke istana Baling bersama ayahndanya utk bersembunyi.Info ini ana tanyakan pada ayahnda ana. Manakala moyang ana Nai Chik dilarikan oleh Panglima Saad dan menetap di Sg Jawi, Sg. Bakap dan Pulau Pinang. Mohon sahkan kedudukan moyang Bunga dan Tanjung.

Adakah sama dgn penceritaan ana. Terima kasih

Tuanku Nai Long ChikJun 20, 2011 12:22 AM

Last soalan ana ingin bertanya tentan Syeikh Mohd Akil bin Syeikh Mohd Junus @ Yunus berasal Jerlun ada tak waris-warisnya lagi.

Dari keturunan Tok Bidan Susu Lanjut. Contohnyanya Syeikh Mohd Saad. Ana perlu info dari anta. Ana nak tulis dalam blog ana ni. Ana kurang mahir. Harap maaf nai Megat, ana ni bertanya saja sebab ana sering menyebut nama Tok Bidan Susu Lanjut dan Tok Itam.Berkemungkinan ia ada sangkut paut. Kedua-dua abg saya ada nama kedua iaitu Teh dan Tam sempena nama moyang saudara.

Mohon jawapan kalau diizinkan, saya takut nasab saya tak ada di Kedah tapi yakin kuat di Pattani.

Tuanku Nai Long ChikJun 20, 2011 02:48 AM

Terima kasih Tuanku Megat kerana memberi respon yang baik mengenai soalan ana tu, ana ada soalan lagi iaitu :

Anta biasa dengar @ tidak nama-nama Tok Chai moyang kita mengikut susunan, seperti Chan Lut, Chan Liang, Tok Ding, Tok Phrang, Tok Bidan Susu Lanjut, Tok Ding Phrang Bung, Tok Ding Kayangan, Syeikh Serban Putih Serai, Tok Kudung. Jika anta Tahu dalam versi Melayu mohon berikan jawapan..itulah keturunan asal ana.

Tuanku Nai Long ChikJun 20, 2011 02:59 AM

Ana mohon bantuan anta utk sahkan nama ayahanda Tuanku Nai Long Chik ibni nya apa ?
.Sebab ana tanya waris Tok Bunga depa tak tahu.

Mukadimahnya perlu ibni Tuanku Nai Long....? Baru jalan cerita tepat. Ana tak tahu, pasal Nai Long Chik tak ceritakan pada anak cucunya.

Maklumlah terpisah dlm usia 12 tahun berjambul lagi. Mohon anta jawab dan khabarkan pada ana. Mohon ya Nai Megat, berharap benar ni..

Tuanku Nai Long ChikJun 20, 2011 03:10 AM

Ana minta maaf kerana banyak sangat soalan ana ni sebab ana telah mencari waris-waris Tuanku Bunga disekitar Mahang. Dah jumpa tapi banyak berkisar pasal Raja Pattani.

Manakala Tuanku Tanjong tiada waris, timbul pula nama Tuanku Husin. Mohon Anta bantu berkaitan Tuanku Chik, Tanjung, Tuanku Bunga , Husin sekitar tahun 1818 m zaman perang Thai vs Siam.

Dari nasab dan jurai mana ana dah keliru. Bila jumpa waris yg bercerita lain-lain. Nak buat Teks x boleh sebab ada percanggahan fakta. Yang ana tahu bibir bawah YM Tuanku Kasim sama dgn bibir ayahanda ana.

Tuanku Nai Long ChikJun 20, 2011 03:13 AM

Akhir sekali Nai Megat tahu tak keturunan Syekh Muhammad Yunus ( Jerlun ) .Kalau ada info berkaitan maklumkan ana.

Tuanku Nai Long ChikJun 21, 2011 04:41 AM

Assslamualaikum Tuanku Shah Alam Nai Megat,
ana rasa ini mungkin soalan ana terakhir utk Nai letak dalam artikel Nai kelak,
ada atau tidak keterunan kita berkahwin dgn keturunan Raja majapahit iaitu Raen Pateh Gajah Mada dan pembantunya Gusti Adi Pati....yg melarikan diri ke negeri empayar islam siam kedah semasa rampasan kuasa oleh Gusti Ratu diMajapahit.

Mereka mengenakan tunggangan seekor harimau jadian bernama Tik Cepoh dan lari kesini. peristiwa ini ada hubung kait dgn keturunan Tok Bidan Susu Lanjut.

Ana didatangi tok cepoh dgn nada marah semasa ana sakit baru-baru ini semasa terlelap. Ada kah kita mempunyai darah dari Majapahit juga.

ana keliru.bila anta boleh bertemu ana secara bertentang mata sabab ana nak berikan all out carita legasi ana dan keturunan utk dimuatkan dlm blog ana. Banyak sangat moyang kita berahsia.

Apa sebabnya? Ana kena berpusing-pusing utk mencari maklumat......ana nak tahu Tengku Nai Long Chik dari jurai mana ? Ana dah buntu mencari. dah cari ada pelbagai versi timbul.pening. siapa tu Tok Phrang@ Raja Phrang @ Tok Perang Paja Patani suami Tg Bunga. yg pasti bukan tok perang Raja Selama.














Tuanku Nai Long ChikJul 19, 2011 07:29 PM

Ini pesanan dari Nai Junip SELAMA KEDAH PERAK utk YM Nai Megat -

Assalamualaikum Adinda Megat .Salam Perkenalan.Kanda Junip Huzayin cicit kepada TENGKU PUTEH. Perlu kah kita bertemu ?

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 23, 2011 08:19 PM

Assalamualaikom Dato' Paduka Maharaja Megat...

Ana di sini ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidil Fitri dan untuk pengetahuan Megat , Syeikh Muhammad Yunus ( Jerlun, Jitra ) mempunyai 3 orang anak iaitu Syeikh Muhammad Hasyim, Syeikh Muhammad Saad dan Syeikh Muhammad Akil datuk ibu ana. Jika diJerlun dikenali dgn nama Mat bin Yunus. Antara ibu dan bapa ana menguatkan pertalian ana dan anta.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 23, 2011 08:27 PM

Untuk Makluman Tuanku Megat juga , ana dah kena 2 X hantaran orang dalam tempoh 2 minggu bln lepas.
Tapi alhamdulillah dapat di buang oleh pawang.Ana syorkan pada anta supaya kita stanby Pawang ini untuk kerabat-kerabat kita.
5 Pawang ini ada satu kelainan dari yang lain. Perubatan cara Islam dan satu kumpulan pertapaan.
Kerana sesuai untuk keadaan kita sekarang ini dalam menangkis buatan musuh. Ana sarankan sahaja jika anta setuju.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 23, 2011 08:30 PM

Ana nakmaklumkan lagi yang ana disahkan keturunan Tok Pherang. Dan cicitanda yang terpilih memiliki sundang dan keris keturunan.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 23, 2011 08:34 PM

Ana disini lupa nak tanya bagaimana kesihatan Tuanku Nai Mazlan. Maaf kan ana kerana tak dapat ziarah.Ana pun tak sihat sejak 24hb lagi,terkejut dengar berita Tuanku Nai Mazlan.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 28, 2011 05:22 AM

Bertemu semula di arena ulasan blog Nai Megat,

sekarang kesihatan ana semakin menurun. Ana reda atas apa yg berlaku. Soal wafak nanti ana minta tolong kawan key in.Ana nak bangun pun rasa pening.Biarlah org buat kat ana janji hasrat ana nak memartabatkan keturunan kita semula dimata dunia tercapai.

BalasPadam

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 28, 2011 05:26 AM

Ana dah lama tak keluar rumah tak sihat. Ana dapat msj memgenai Tuanku Nai Mazlan, ana terkejut terus demam.Apa-apa berita maklumkan ana sama. Ana X berdaya nak ziarah.

BalasPadam

Kerabat Tuanku Nai Long ChikAug 28, 2011 05:34 AM

Tuanku Nai Megat,

Ana diamanahkan oleh moyanganda ana supaya tidak bebicara diluar maksudnya bercakap.Sekadar begini boleh.Didalam hati.

Mereka ganas dan bengis disana. Siapa lah kita.Perbanyakkan amalan dan zikir pendinding kita. Semoga apa yg dikehendaki termakbul aamin.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 15, 2011 09:17 AM

Assalamualaikom Nai Megat..mohon jawapan dari anta. Berkaitan salasilah moyanganda ana. Adakah YM Tuanku Nai Long Kasim sudah ada jawapan ?






SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, GAMBAR DI ATAS SEBAGAI BUKTI YANG MANA KEDAH TIMUR ATAU SYBURI DI KATANG SEPULUH. NAMA SYBURI DI EJA DENGAN SAI SAHAJA SERTA DI KECILKAN SAIZ WILAYAHNYA. DAN DI GELAR PULA SEBAGAI PATTANI DARUL SALAM PADAHAL PATTANI YANG SEBENARNYA IALAH KELANTAN DAN TERENGGANU YANG BERPUSAT PELABUHAN MEGANYA IALAH KUALA KRAI




Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 26, 2011 06:15 AM

Assalamualaikum YM Raja Megat,
Maafkan ana kerana tak key in susurgalur ana lagi. Sebenarnya ana sedang mencari susurgalur ayahanda Tnk Chik, Tnk Tanjung dan Tnk Bunga. Apabila ana sudah memperolehinya baru ana key in utk menguatkan susur galur ana.

Ada yang memberitahu ana dari jurai Raja Bersiong.Ana perlu sahkan dulu.Anta ada jawapan tentang Tnk Chik,Tanjong,Bunga asalnya dari jurai mana? Hanya Nai Ahmad Nidad beleh huraikan agaknya.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 26, 2011 06:22 AM

Tujuan ana ialah utk kukuhkan sokongan ana terhadap YM Tuanku.Sebab itu ana nak tahu secara lengkap susurgalur ana. Selepas itu baru ana hendak gegarkan Kedah bersama anta.

Itu baru gah namanya. Pantang undur.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 26, 2011 06:31 AM

Salam YM Megat, ana ada kemuskilan lagi ttg keturunan Patih Gajah Mada dan Gusti Adi Putra hubungkait dgn Tok Cepoh. Ana lihat dalam salahsilah anta tiada tertulis. Keturunan Majapahit yg melarikan diri dari Majapahit semasa perang saudara berkahwin dgn keturunan Siam Islam Kedah.

Kemana menghilangnya salasilah itu. Tok Phrang Raja Selama Tok Phrang Raja Satun yang Mana satu harus diikuti ?

Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 26, 2011 07:01 AM

Untuk Makluman anta.. di Thailand selatan Kg Bendang Karang dan Kg Pinang Sebatang Pattani, kat situ ada ramai saudara kita.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 27, 2011 05:29 AM

YM MEGAT,

Tak Mengapa lah ana lewat tahu.Jika anta dah paparkan jawapan, pasukan ana akan bantu anta utk tujuan asal kita blog Nai Long chik akan jadi pentas ke 2 membantu blog utama iaitu Kedah Cyber Syburi. Info: perkatan Tok Perang Sultan Selama sebenarnya Tok Pherang.

Ana dah carikan sebahagian keturunan.Tok Pherang adalah suami Tuanku Bunga.Tuanku Chik adalah kekanda sulung Tuanku Bunga. Cuma anta tanyakan baginda , ttg ayahanda Tuanku Chik. Tanjung dan Bunga siapakah gerangannya.

Itu saja maklumat yg ana perlu.Kita bangun mertabatkan ketuanan Raja keturunan kita. Ana sahut laungan anta demi perjuangan sama.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikSep 27, 2011 05:32 AM

Ttg anta nak jawap tu terima kasih. Jika dapat jawapan baru ana key in Susurgalur ana dln blog dan sirah setiap legasi yg ada dlm diri ana.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikOct 24, 2011 11:26 PM

Salam YM Megat,
ana masih lagi menunggu jawapan anta, ana ingin selesaikan blog ana dan masukkan legasi ana dlm blog anta sebelum ana tiada. Kerana ana ingin membantu baginda secara telus utk baginda dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Biar ana sekadar jadi warisan kita.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikOct 24, 2011 11:34 PM

Nai Megat. Bagaimana reaksi Tuanku Nai Loang Kasim yakni Pak Ngah Tengku Kasim berkaitan sokongan ana.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikOct 24, 2011 11:43 PM

Salam kembali Tuanku Megat yang di kasihi,

ana rasa keturunan kita hendak di cabar oleh pihak tertentu bila keluarga kita keluar berita TV 9 ni. Rasa-rasa ana nak buktikan kesahehan keturunan kita dgn cara mengeluarkan draf 5 PETANDA NYATA dan 1 PETANDA GHAIB dalam blog ana.

Kerabat Tuanku Nai Long ChikOct 25, 2011 08:06 PM

Selamat Hari Raya Haji YM Haji Megat,
bersua kembali.

Ana telah ziarah seorang yg mengetahui sejarah salasilah di Baling. Di kenali dgn panggilan Pak Tam. Beliau ada menceritakan perihal moyang ana Tengku Chik,Tengku Tanjung dan Tengku Bunga.

Kisah hebat katanya. Tetapi beliau tidak mahu ceritakan secara penuh, mungkin beliau tidak mengetahuinya.



JAWAPAN :

Semua soalan baginda Nik Ya Omar ini telah terjawab di Blognya dan FB nya. Silalah kita layari di sana, wasssalam.