Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Jumaat, 22 Januari 2010

Empayar Kedah Tua MERONG MAHA WANGSA

--------------------------------------------------------------------------------

KEDAH sebuah empayar yang berdaulat dan mempunyai keluasan dari Hanoi hingga ke Perth, Australia dan Tasmania. Pulau Hainan ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan CHINA, manakala Pulau Sanglang @ CEYLON (Sri Lanka) ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan Islam Delhi Moghul INDIA. Manakala selatan bandaraya Chittagong iaitu kerajaan Islam Melayu Tenangsari @ TENASSARIGN (Myanmar) hingga ke kepulauan Pasifik juga merupakan kawasan Empayar Teratai ini. Sebab itulah kita dapati bangsa Polynesia, contohnya kepulauan Fiji, Jepun, Taiwan dan di Pulau Hainan ada setengah perkataannya dan nombornya sama dengan bahasa Melayu.
-------------------------------------------------------------------------------


Berdasarkan makam Syeikh Abdul Qadir ibni Almarhum Hussein Shah Alam pada tahun 904 Masihi dan salasilah raja-raja Kedah, ternyatalah bahawa Islam telah dibawa ke Kedah oleh Syarifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya Maharaja Melayu DYMM Merong Maha Wangsa, cucu Maharaja China dinasti Tang iaitu Sai Tee Sung sekitar tahun 700 dan 750 Masihi. Beliau merupakan nenek moyang kepada keturunan raja-raja Kedah Merong Maha Wangsa sekarang. Dari keturunan Quraisy Ahlul-Bait Ajam Bani Hashim. Ditangan merekalah dengan arahan Syed Jamal al-Jefri yang menetap di China dipertanggungjawabkan menyebarkan Islam di wilayah ini.

-----------------------------------------------------------------------------

Meriam Kerajaan Islam Palembang yang bertarikh 1225H(1810M) di Kota Ligor-Kedah, Nakon Sritamarat, Thailand

--------------------------------------------------------------------------------

Oleh kerana itu keturunannya diberi ufti berupa bunga emas setiap tahun sebagai tanda taat setia oleh raja-raja daerah walaupun dimana mereka bersemayam samaada di kerajaan Islam Palembang Darus Salam, Ayuthia, Kencanapuri, Toung Oo, Ligor, Kerajaan Islam Selangor, Kerajaan Islam Dili Timur Timur, Kerajaan Islam Beruas, Bugis Goa @ Makassar, Bandar Hilir Melaka-Johor Riau, Kerajaan Islam Aceh-Pasai, Siak, Jambi, Kerajaan Islam Albani ( Perth ) , Kerajaan Islam Amanilla, Sulu, Brunei, Kerajaan Islam Pattani-Legeh, Kerajaan Islam Papua, Kerajaan Islam Demak, Mataram dan lain-lain. Dan lebih menyebabkan kemarahan musuh-musuh Allah terutamanya British bila raja-raja Melayu ini turut diberi penghormatan istemewa oleh kerajaan Monggol Turki Usmaniyyah, Delhi Moghul India dan Kerajaan Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah S.A.W dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja Merong Maha Wangsa, sehingga Col. James Low pengkaji sejarah dahulu menganggap binaan-binaan di Semenanjung Melaka ini adalah dari penganut-penganut agama Hindu dan Buddha.



Gerbang Purba KOTA STAR


Pada abad ke-18, Francis Light telah menawan Pulau Pinang dengan bantuan lanun Abdullah Mukarram anak gundik Paduka Seris Sultan Muhammad Jiwaz daripada kekuasaan Khalifah Islam Sultan Syarif Syah Ligor, Kedah. Pada tahun 1786, kemudian anaknya pula Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram membuat rundingan dengan wakil British yang bernama George Leigh untuk mendapatkan sejaluran wilayah yang dikenali sebagai Seberang Perai. Ia dikenali sebagai Perjanjian Keamanan, Persahabatan dan Perikatan dengan Syarikat British Hindia Timur di tahun 1800. British akan membayar sewa tahunan $6,000 dollar sepanyol untuk Pulau Pinang dan $4,000 dollar sepanyol untuk Seberang Perai kepada lanun berkenaan, tapi sebenarnya pembiayaan daripada kerajaan Britain kepada pemberontak itu untuk menghancurkan Maharaja Melayu Kesultanan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama berpusat di Kota Star. Siam-Thai menuntut kekuasaannya keatas Empayar Siam-Kedah tetapi Maharaja Melayu Sultan Syarif Syah enggan mengakuinya, oleh itu pada tahun 1821 Tahun Musuh Bisik, Siam-Thai Bangkok telah menyerang Kerajaan Kedah Tua dengan bantuan Inggeris dan lanun Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram.



Siam-Kedah telah dibantu oleh Raja Pasai, Kerajaan Islam Majapahit, Kerajaan Islam Minang, Kerajaan Islam China Mancu dan lain-lain kerajaan daerah yang masih setia dengannya sehinggalah musuh berjaya menakluk Kedah setelah benteng ribatnya yang terakhir, Kota Ligor rebah. Sepanjang jangkamasa perang itu tentera pemberontak (Ahmad Tajuddin) telah mengusir kerajaan Siam-Kedah keluar dengan melepasi Singgora, tentera pemberontak juga menduduki Patani. Orang-orang Eropah yang berada di Pulau Pinang telah menolong pemberontak untuk menyerang dari bahagian Selatan dengan menyediakan senjata dan bekalan. Manakala Kerajaan Negeri-negeri Selat memberi bantuan kepada Siam-Thai untuk menyerang dari bahagian atas (Utara). Selepas itu melalui perjanjian Burney 1826, pihak negeri-negeri Selat telah berunding dengan Siam-Thai untuk membawa pulang ketua lanun pemberontak (Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram) yang disimpan di Hilir Melaka pada tahun 1826 untuk dilantik sebagai raja Kedah, tetapi gagal kerana Maharaja Melayu pada ketika itu masih ada iaitu Maharaja Melayu terakhir DYMM Sultan Syed Jaafar Muazam Syah al-Jefri.


Raja Abdullah lantikan British untuk negeri barunya bernama Perak


Berakhirnya Empayar Siam-Kedah Merong Maha Wangsa dari darah Iskandar Zulkarnain dan Nabi Muhammad s.a.w apabila rajanya yang terakhir DYMM Sultan Syed Jaafar atau Sultan Nai Long Jaafar dari Khilafah Ahlul-bait Ajam al-Jefri Bani Hashim Ibni Almarhum Sultan Syed Alang Alauddin berjaya dibunuh di Gurun @ Gerun, Kedah. Dengan itu kerajaan Kedah berjaya ditawan musuh-musuhnya selama 5 tahun oleh tentera bersekutu iaitu Thailand, England, Negeri-negeri Selat dan pemberontak Abdullah Mukarram merangkap bapa mentua Francis Light. Selepas itu pada tahun 1881 Kedah dibahagi dua, di sebelah kanannya dibuat negeri Pattani Baru yang asalnya bernama Syburi dengan rajanya seorang lanun dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan ( Pattani ) dan di sebelah kirinya dibuat negeri Kedah Darul Aman. Manakala di utaranya diwujudkan negeri Perlis Darul Sunnah dan di selatannya diwujudkan negeri Perak Darul Ridwan dengan rajanya bernama Abdullah setelah gabenor Kedah yakni Ngah Ibrahim, Larut ditangkap dan Raja Ismail Kinta serta Raja Selama iaitu Keramat Tok Perang ( Moyang Tun Abdullah Ahmad Badawi ) syahid dibunuh oleh British.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Suami Kepada Puteri Raja Kafir Thai Raja Chulalongkorn Iaitu Jeneral Manjalara

Abdul Hamid telah dipilih dan diangkat menjadi raja Kedah dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Halim Syah dan telah diperintahkan menceraikan isterinya yang pertama YTM Syarifah Sofea al-Jefri atau Nai Sofea anak saudara kepada Maharaja Melayu terakhir Sultan Nai Long Jaafar Muadzam Shah juga merangkap ibu kepada Nai Badlishah. Nai Badlishah telah dihalau dari istana manakala Raja Daerah Kota Kuala Muda Abdul Hamid ini pula telah dikahwinkan dengan Jeneral Manjalara anak perempuan kepada Raja Chulalongkon. Manjalara merupakan ibu kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai. Semua peristiwa ini telah diatur oleh British agar orang Melayu menganggap rajanya orang biasa yang beragama Hindu-Buddha yang telah memeluk agama Islam.