Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 28 Februari 2010

Asal Usul Kerajaan Islam Daerah PaTTani, LEGEH, KELANTAN dan TeRENGGANU



Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia). Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. DYMM Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis @ Bugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Mynmar hingga ke selatan Mynmar. Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas adanya pemerintah di sini.


Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan kerabat Kedah Merong Maha Wangsa dari Jammu Kashmir bersama askar Upahan Portugis yang berkhidmat dengan tentera Kedah Merong Maha Wangsa, manakala askar Islam Kedah Merong Maha Wangsa berjubah



Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut, Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa dan bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.



Raja Kedah Syburi DYMM Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.


Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)




DYMM Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh Ali digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.



Semasa peristiwa kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar Sri Sutammaraja pada tahun 1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik DYMM Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor. Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana kekandanya Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya. Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.

--------------------------------------------------------------------------


Istana Jugra, Selangor yang dibina oleh DYMM Sultan Muhyidin Mansor Syah

-------------------------------------------------------------------

Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya. Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda. Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.

------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat 3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya 3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam Seri Negara dan meriam Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam Mahalela. Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak diatas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu. Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, "Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan".
-------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------


Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki maka DYMM Sultan Kedah Syarif Abu Bakar yang berpusat di Nambang atau Air Teluk di Ligor telah mengambil alih semua wilayah pantai timur dan menyerahkan kepada keturunan Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani dengan nama Negeri Legeh pada tahun 1778M di bawah pemerintahan Long Putra anak saudara DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Syah

-----------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar ( DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Syah ) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun 1199H bersamaan dengan tahun 1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah. Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

Isnin, 1 Februari 2010

KERAJAAN ISLAM SRI WIJAYA


Pemandangan Gunung Jerai yang dilihat dari Pantai Merdeka, Kedah

--------------------------------------------------------------

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, DYMM Raja Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam keseluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah. Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Wali Abdal Syed Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Allah Nuh a.s. yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna dalam bahasa Melayu Siam iaitu Datuk Puak. Selepas kematian Yafis atau Tok Kong generasi selepas beliau membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut. Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. ke sebelah sini. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa Melayu Siam bermakna 'Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain'. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Maharaja Melayu DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876 yang di tangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

--------------------------------------------------------------------------------------


Gerbang Pintu Masuk KUALA BAHANG ke Penempatan Para Pedagang dan Pelawat di Pelabuhan Melaka, Kedah



Bukti sirah Nabi S.A.W, baginda ada mengutuskan sahabatnya Saad Bin Abu Waqas r.hu untuk mengIslamkan Raja China, Sai Ti Song yang sebelum itu merupakan pengikut ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s dari ajaran kitab Allah Suhuf iaitu agama Hanif. Anaknya Sheikh Huang Ti ialah ayahanda kepada DYMM Raja Merong Maha Wangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Shah I. Beliau telah berkahwin dengan puteri raja Turki 'Wali Allah Abdal' Syed Jamal al-Jefri. Semasa mereka berkerajaan di Kedah, adik Sharifah Mariam telah pergi berdagang di benua Hindi (India). Rombongan perdagangannya telah menarik perhatian raja Hindu yang bernama Soka. Dengan takdir Allah Raja Soka telah memeluk Islam dan mengahwini adik Sharifah Mariam yang bernama Sharifah Mumtaz al-Jefri. Jadi oleh kerana itu hubungan DYMM Raja Merong Maha Wangsa telah menjadi sebagai biras dengan Raja Soka, India.


Duit Dirham PERAK Fahri" Kerajaan Kedah

Dari catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi, beliau sendiri telah singgah di Kedah. Katanya 'Saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang 'Qala'i' iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda. Rajanya tunduk kepada negara Islam China dan menyebut maharaja Islam China dalam khutbah jumaat dan mempunyai sikap PANDANG KE TIMUR (mencontohi Raja China). Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China'. Abu Dulaf juga mengatakan orang Kedah pandai menggunakan tepung gandum, memakan buah kurma, roti dan sayur seperti kebudayaan orang-orang Arab.


Pengembara China pula mengatakan di Kedah ramai orang yang mempunyai nama berpangkal 'Pu'. Ahli kaji bahasa China bersetuju ia bermakna 'Abu' ini membuktikan Kedah mempunyai ramai orang Islam. Ini membukti yang kerajan Kedah Tua telah lama wujud iaitu sejak tahun 700 tahun masihi lagi dan mempunyai hubungan rapat dengan negara China, Benua Keling dan negara-negara Arab. Ini dari bukti dengan pemakaian sutera, pedang Hindi dan pemakanan gandum serta buah kurma. Tapi seperti biasa sejarawan-sejarawan akan berhabis-habisan dengan teori palsu dan batil mereka untuk menegakkan Benang Yang Basah yang kononnya Ketamadunan kita di sini sebenarnya Ketamadunan Hindu dan Barat yang Ketamadunan Agama Hanif berteraskan Agama Tauhid peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s. Di tambah pula dengan ketibaan agama Islam di rantau ini di bawa oleh Syarifah Maryam al-Jefri bersama suaminya DYMM Raja Merong Maha Wangsa.



Pelabuhan KUALA BAHANG di Kedah, tempat Kapal-kapal Perang dan Perdagangan berlabuh



Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah. Ramai orang tidak tahu di manakah tempat tetap pemerintahan kerajaan Sri Wijaya ini, malah ada yang mengatakan di Palembang, Jawa dan di Kelantan. Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa kerajaan Sri Wijaya adalah kerajaan Buddha tetapi tanpa bukti yang kukuh, hanya pada andaian sahaja. Sri Wijaya dalam bahasa Melayu Tua atau bahasa Melayu Siam bermakna Penempatan Tentera Islam Menyebar Nasihat Raja. Raja Sri Wijaya iaitu Shah Jihan I telah menempatkan tenteranya di kota yang bernama Kota Samarahan di Sarawak, Kepulauan Borneo dan baginda juga membina sebuah Masjid yang besar di Kepulauan Jawa Indonesia berbentuk seperti kuil hindu dan Masjid itu masih wujud sehingga sekarang.


Ada catatan sejarah mengatakan pada tahun 1000 masihi kerajaan Kedah pernah menyerang Selatan India, ini menyebabkan sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel itu yang rajanya bernama Rajendra Chola yang mempunyai angkatan laut yang kuat telah membuat serangan balas. Kedah telah disebut-sebut oleh Raja Rajendra Chola sebagai negeri yang paling hebat membuat tindakan balas dan kita sedari ini kerana Kedah mempunyai Raja Islam dan paling ramai penduduk yang beragama Islam. Pada tahun 1025 masihi raja Rajendra Chola telah menyerang Sri Wijaya dan menyebut bahawa Kedah adalah antara kota-kota yang penting bagi kerajaan Sri Wijaya. Pulau Langkawi telah berjaya dimusnahkan dengan teruknya oleh armada perang raja Hindu tersebut. Paul Wheatley telah menterjemahkan batu bersurat raja Hindu tersebut katanya "Beta Rajendra, menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora dan telah berjaya menawan Raja Kadaram (Kedah) sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat, beta juga telah berjaya merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaan raja tersebut yang dikumpulnya dengan JUJUR sejak beberapa lama".


Dalam Hikayat Merong Maha Wangsa diceritakan tentang serangan keatas Raja Kedah : " Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri (Langkawi) itu selepas peninggalan perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa pun duduk ".





Pintu Masuk Pelabuhan Melaka "Gerbang Kacapuri" di Kuala Bahang, Kedah, YANG BERDEKATAN DENGAN KUALA MELAKA, KEDAH




DYMM Maharaja Melayu Raja Merong Maha Wangsa telah memilih Kedah sebagai Pelabuhan Melaka, kerana ia mempunyai keistemewaan berikutan wujudnya Gunung Jerai yang dapat menjadi panduan kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang dari timur dan barat dan menjadi panduan armada laut Sri Wijaya yang melalui Selat Melaka. Kota Portugis yang terdapat di Bandar Hilir Melaka hanyalah kota untuk tentera upahan Portugis Islam pada tahun-tahun selepas itu yang tidak mempunyai sebarang Gunung untuk panduan kapal-kapal yang ingin berlabuh di situ. Dan Ulu Melaka ialah Pulau Langkawi satu nama yang masyhur ketika itu dan berdekatan pula dengan tanah besar Kedah. Selain dari itu Gunung Jerai juga menjadi daya penarik kepada ekonomi kerajaan Merong Maha Wangsa yang selalu singgah di Kota Aur di Lembah Bujang. Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah. Bukti dari sejarah menunjukkan pelabuhan Melaka di Kuala Bahang merupakan tempat berlakunya peperangan yang sengit sebelum British dan Belanda mengambil keseluruhan Nusantara ke dalam empayar mereka. Hasil-hasil dari Syburi iaitu Kedah Timur yang di bawa dari Songkla dan pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu di eksport dari sini, di antaranya termasuklah emas dan geliga. Moorhead mengatakan pelabuhan di Kedah membekalkan TIMAH yang paling banyak di dunia pada masa itu dan kekal sebagai pembekal utama buat beberapa kurun.