Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Khamis, 17 Mac 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 5 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM DARI JURAI DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA MB KEDAH

---------------


-------------




SURAT KERAJAAN NAGARA MALAYSIA DARI PEJABAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA YB DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM KEPADA YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD IBNI NAI LONG MAHMUD





-----------------


-----------------


Assalamualaikum semua, semoga sentiasa di dalam sihat walafiat di bawah pemuliharaan Allah s.w.t. Dalam artikel ini kita paparkan surat resmi YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Menteri Besar Kedah Darul Aman. Untuk makluman pembaca sekelian, sebenarnya ada banyak permintaan dari kawan-kawan agar ana memaparkan kisah DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Syah I melalui kisah edisi ke dua buat menangkis cerita dongeng di atas dongeng ciptaan dan keluaran KRU Studio seperti dongeng fantasi mereka di dalam filem Cicakman. Tetapi tidak mengapa, hikmahnya mungkin untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia bagi menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca iaitu siapa Merong Maha Wangsa serta dari mana asal-usulnya. Sebenarnya menjadi suatu kewajipan kita semua kepada Allah s.w.t untuk membela Pendakwah Islam, Khalifah, Panglima dan Kekasihnya serta menceritakan perkara yang sebenar kepada umat tentang ketokohan seseorang jika namanya dicemari dan di burukan serta di tokok tambah keperibadiannya. Jadi insyaalah kita akan membersihkan nama baginda di mata dunia melalui artikel yang akan datang dalam tajuk Merong Maha Wangsa " Second Edition ". Kami dengan ini menurut YM Tuanku Nai Long Kasim membuat bantahan sekeras-kerasnya diatas sikap KRU Studio membelakangkan keluarga dan waris-waris terdekat yang masih ada dan membuat filem tanpa meminta izin dari mereka terlebih dahulu. DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa bukanlah seorang hamba abdi atau manusia murahan dan baginda bukannya berasal dari Goa, India tetapi baginda merupakan keturunan yang mulia dari jurai keturunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dan baginda merupakan cucunda kepada Maharaja China Sai Tee Sung yang di Islamkan oleh sahabat tersohor baginda Rasulullah s.a.w ke China iaitu Saad bin Abu Waqas r.hu.


.


SEKARANG INI NAMPAKNYA KITA SEMUA SUDAH MENDEKATI MUSIM PILIHANRAYA, MAI KITA TENGOK SIKIT PARTI-PARTI YANG SEDANG MEMERINTAH DI SEMENANJUNG YANG BERTUAH INI

Menurut YM Tuanku Nai Long Kasim, DYMM Merong Maha Wangsa sebenarnya seorang yang gigih meyebarkan agama Allah dan baginda juga merupakan lambang idola seorang lelaki yang tekun menjalankan usaha dakwah dan menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia di bawah pemantauan mertuanya Syed Jamal al-Jefri. Ini bukan kisah lagenda atau metos tetapi baginda merupakan raja pertama bagi Empayar Islam Benua Siam Kedah di tahun 125 hijrah atau lebih kurang di tahun 745 masihi. Menurut Tuanku Nai long Kasim sebelum filem ini di tahap untuk difilemkan ada ura-ura pihak KRU Studio untuk berjumpa dengan baginda. Menurut baginda ia bukan ingin mencari pergaduhan dan baginda sebenarnya merupakan waris mutlak kerajaan Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan ini diakui oleh Jabatan Warisan Negara, beliau sebagai waris mutlak berhak keatas jalan cerita yang sebenarnya dan itu hak baginda. Menurut baginda pihak baginda bersikap terbuka dan boleh dibawa berunding. Baginda bukanlah jenis orang yang suka membuat kacau tetapi lebih suka membuat penyelesaian di luar Mahkamah Putrajaya " Palace of Justice " di atas nama Hak Asasi Manusia. Menurut baginda waris terdekat masih ada, wujud dan diakui oleh Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Dato' Profesor Emeritus Zuraina Majid. Jika menyeleweng, suka-suka, menghina dan bercanggah dengan penceritaan sebenar di filemkan, tuntutan gantirugi salah laku akan dibuat. Sepatutnya benda seperti ini belum terlewat dan apa yang salah bolehlah sama-sama kita memperbetulkannya.






DI DEPAN RUMAH USANG TINGGALAN PENJAJAH KAFIR BRITISH YANG SEKARANG MENJADI RUMAH RESMI KERAJAAN NEGERI, MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN. TETAPI BANGUNAN-BANGUNAN KETAMADUNAN MELAYU TUA DI BIAR DAN DI MUSNAHKAN SEMENTARA BANGUNAN PENJAJAH PULA DI GUNAPAKAI DENGAN SEMAKSIMUN YANG BOLEH, SUNGGUH JELEK DAN MENYEDIHKAN



YM Tuanku Nai Long Kasim berharap seperti yang di coretkan di ulasan artikel bulan Februari lepas oleh pencinta sejarah nusa bangsa sejarah realiti Kedah Cyber Syburi iaitu pihak KRU Studio perlu insaf, bersikap jujur dan berani kerana benar untuk datang mengadapnya dengan seberapa segera kerana pihak mereka telah membelakangkan kerabat Merong Maha Wangsa dalam pembikinan filem tersebut. Tuanku Nai Long Kasim seorang yang baik dan bertimbangrasa, beliau seorang yang berharta dan berkedudukan mulia, beliau tidak murka dengan perbuatan mereka tetapi beliau ada hak dan berhak tentang segala perkara yang berkaitan tentang keturunan beliau kerana beliau adalah waris mutlak Maharaja Merong Maha Wangsa Sultan Muzafar Shah I yang mengasas dan pemerintah pertama kerajaan Benua Siam Kedah bermula 125 hijrah lagi. Disini saya sebagai penyokong dan pembela kebenaran berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian yang serius dengan segala tuntutan hak berdasarkan Khutbah Wida' Rasulullah saw yang selama ini telah dilakukan oleh YM Tuanku Nai Long Kasim. Terima kasih kepada Ewa atas keprihatinan serius di dalam permasalahan ini. Ini kerana baginda DYMM Maharaja Merong Maha Wangsa juga merupakan antara tokoh-tokoh di dalam sejarah kepahlawanan Islam dan sebaris dengan Panglima Khalid al-Walid r.hu, Salahuddin al-Ayubi, Raja Muhammad al-Fatih dan lain-lain lagi. Apa-apa pun di bawah ini dipersembahkan surat tuntutan yang ke 5 oleh YM Tuanku Nai Long Kasim bertarikh 8hb. Februari 2011 untuk penelitian dan bacaan kita bersama. Sekian, semoga kita semua mendapat ilmu dan pengajaran dari surat baginda ini, wassalam.


-------------------


--------------------