Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Rabu, 28 Julai 2010

PERANAN KELUARGA AS-SIDDIQ DI DALAM KEBANGKITAN ISLAM DI TIMUR



Sekarang mari kita fokus kepada gerakan menyelamat Umat yang telah dibuat selepas jatuhnya kerajaan Bani Hasyim Ahlul-Bait di Hijaz iaitu Mekah, Madinah, Taif dan Bani Hasyim Ahlul-Bait Merong Mahawangsa di Nusantara. Ini kerana apabila tumbangnya Kekhalifahan Hijaz dan Nusantara di tangan British laknatullah, maka usaha menjarah sejarah Islam pun mula dilakukan secara licik dan halus agar tidak menimbulkan kemarahan orang-orang Islam di seluruh dunia. Oleh itu telah muncul gerakan menyelamat umat yang datang kebumi Mekah sekitar tahun 50-an oleh Maulana Yusuf As-Siddiq dari benua Keling. Gerakan ini mirip dengan usaha nabi s.a.w. iaitu menjadikan masjid sebagai pejabat dan terus berziarah bersilaturahim dengan pergi rumah ke rumah, kedai ke kedai dan negeri ke negeri malahan negara ke negara. Jika gerakan di buat di kawasan sendiri pengerak akan balik hari. Jika berada di tempat yang jauh, pengeraknya akan balik setelah 3 hari. Tapi jika pengerak berada lebih jauh, maka ia akan baliknya ke kawasan masing-masing setelah 40 hari atau 4 bulan atau 7 bulan atau setahun di fi sabilliah selesai. Gerakan ini bermula pada tahun 1924 atas usaha seorang tokoh yang bernama Maulana Muhammad Ilyas as-Siddiq dari benua Keling seorang dari darah sahabat nabi s.a.w. iaitu Abu Bakar as-Siddiq r.hu. dari keturunan Bani Tamim. Dan Abu Bakar as-Siddiq r.hu ini pula ialah seorang yang paling akrab dengan nabi Muhammad s.a.w.



RUMAH SEWA KAMI DI ATAS BUKIT, IANYA ANTARA RUMAH YANG TERTINGGI DI MEKAH. KELIHATAN DI BELAKANG MENARA-MENARA MASJIDIL HARAM DI MEKAH



Semasa jatuhnya bumi berkat ini di tangan musuh-musuh Allah ini, usaha menyelamat tidak dapat di jalankan kerana selepas pembunuhan Yamtuan Syarif Abu Bakar Syah di tahun 1821 dan pembunuhan cicitnya Maharaja Melayu Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah ( 1862-1876 ) di Gurun, Kedah maka kekuatan bangsa Melayu dan Islam telah menjadi luntur. Satu demi satu pula Panglima-Panglimanya di Turki Usmaniyyah 1910 dan Islam Manchu 1911 dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah. Jika dahulu Panglima-Panglima Usmaniyyah dapat datang menolong menghalau puak-puak Saud balik ke Riyadh, tapi selepas mereka di ikat oleh syaitan Mustafa Kamal Attarturk ( 1881-1938 ) maka bantuan dan pertolongan untuk membantu Syarif-Syarif Mekah tidak dapat di lakukan. Maka pembunuhan dan penghalauan keatas orang-orang Melayu malah orang-orang Balkan. Benua Keling (India, Pakistan Dan Bangladesh), Turki dan lain-lainnya giat di jalankan dengan licin sekali.
-------------
-------------
-----------------
Mujurlah dengan kasih sayang Allah didatangkannya Tuan Guru Haji Muhammad Zain ( 1901-1976 ) dari Seberang Prai yang ketika menuntut ilmu di sana datang berunding dengan puak Saud, menyebabkan orang-orang Melayu Kedah, Patani, Cham, Indonesia dan negeri-negeri Melayu lain khususnya dari Kelantan dan Terengganu dan Filipina selamat serta dapat belajar dan meneruskan kegiatan sosial mereka seperti berniaga dan lain-lain dapat di teruskan. Malah ada ramai dikalangan orang-orang Melayu ini mendapat kerakyatan di sana, contohnya Tuan Guru Haji Salleh Pondok Penanti dan Tuan Syeikh Ahmad Mendili dari Pendang, Kedah. Usaha penghapusan gerakan-gerakan Islam di Mekah dan di Turki di gantikan pula dengan kebatilan. Contohnya Kelab Bola Sepak Turki di tubuhkan pada tahun 1923 untuk menggantikan pertubuhan-pertubuhan sufi yang sebelum itu banyak di negara Turki. Di Istanbul, Damsyik, Halab dan kota-kota ilmiah pula semua gerakan Ilmiah atau Pengajian Islam di bekukan bantuan pelajaran. Malah setengah kampung-kampung yang ramai ulamaknya di musnah dengan zalimnya.




SEORANG ULAMAK DARI BENUA KELING, MAULANA SHAUKAT PENJAGA KAWASAN NUSANTARA LANTIKAN KELUARGA AS-SIDDIQ DARI TIMUR



Keadaan yang sama berlaku di Mekah, malah lebih dahsyat lagi. Semua Rumah Mazhab-Mazhab di pecahkan dan Mufti Hijaz yang bermazhab Imam Syafie di sembelih di depan rumahnya. Ini memaksa Syarif Hussein pemerintah Mekah dan Hijaz pada masa itu melarikan diri ke utara Sempadan Mekah dan Hijaz. Bila ini terjadi orang-orang Islam mula hilang pedoman untuk membuat rujukan di Rumah-Rumah Mazhab yang telah di lantik khas oleh umat Islam bagi benua masing-masing bertaraf Syeikh Besar. Rumah Mazhab ini di bina sekitar tahun 923 masihi dan bersamaan dengan tahun 310 hijrah untuk diguna pakai oleh umat di seluruh dunia. Contohnya bila ada masalah Talkin atau Tahlil di kalangan pengikut mazhab Syafie, masalah dapat di selesaikan dengan mudah bila merujuk kepada Syeikh Besar yang di lantik sebulat suara oleh Umat. Tapi sekarang bila permasalahan ini atau yang lain cuba di bawa ke Rumah Mazhab berkenaan, bukan sahaja Syeikh Besarnya tiada malah Rumah-Rumah Mazhabnya habis lenyap di nyah jahanamkam oleh syaitan Wahabi dan puak Saud. Bila rujukan tentang khilafiah dan masalah umat dari mazhab Maliki dari Afrika, mazhab Hanafi dari China, Turki dan Hindustani, mazhab Hambali dari semenanjung Arab dan mazhab Syafie dari Nusantara dan bumi Syam ( Jordan, Syria, Palestin dan Lubnan ) tidak dapat di buat, sebenarnya masing-masing kehilangan penunjuk yang penting dalam permasalahan agama dan bangsa. Tidak peliklah sekarang ini orang Islam mengalami masalah pegangan Mazhab sehingga ada golongan yang tidak mengaku mengamalkan mazhab nenek moyang mereka dan ada pula yang berani menghina Imam Syafie seperti Kes Aduka Teruna di blog beliau.





Ramai ulamak-ulamak besar dari Turki, Arab Saudi dan Iraq yang telah melarikan diri ke negara Jordan malah dari Damsyik, Syria yang pada masa itu di bawah pemerintahan sosialis Hafez Assad ( 1930-2000 ). Ini kerana tempat bersidang mereka di negeri masing-masing khususnya di negeri Mekah telah di ambil alih musuh-musuh Allah ini. Contohnya seorang ketua Hadis atau Muhaddisin di zaman ini yang lari dari Mekah yang bernama Syeikh Albani yang sekarang ini menetap di Zarqok, Jordan. Musuh-musuh Allah ini juga menyusahkan urusan visa dan tambang ke Mekah. Sesiapa yang ingin membuat umrah hanya dibenarkan 2 minggu. Ini menyebabkan masa yang dapat di beri khusus untuk ziarah makam nabi s.a.w. di Madinah cuma 2 dan 3 hari dan masa untuk ziarah dan urusan umrah di Mekah cuma untuk seminggu. Belanja dan tambang pula dinaikkan kononnya mengikut peredaran zaman. Jika untuk umrah 2 minggu cuma rm 2,500 tapi terpaksa di bayar mahal rm 4,000 dan sehingga mencecah rm 7,500. Jika hendak menetap lama di Mekah hanya di beri visa sebulan. Ini suatu perkara yang membebankan umat yang semakin rosak imannya dan umat pada masa ini berada di pinggir-pinggir kemurtadan, juga ramai yang telah murtad pun. Fail-fail Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon tukar nama dan agama semakin bertambah setiap hari. Semua ini terjadi kerana umat terlalu dahagakan ilmu dan belaian kasih sayang dari golongan ulamak.




MAULANA SHAUKAT SEDANG BERGERAK KE TAPAK SETERUSNYA DI BENUA SIAM ATAU INDO-CHINA KE BANGKOK, CAMBODIA, VIETNAM SERTA NEGARA FILIPINA DAN INDONESIA




Nabi s.a.w. pernah bersabda : "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur. " Maka Maulana Shaukat seorang ulamak yang setiap tahun beliau bersama bossnya Maulana Muhammad Saad as-Sidiq ke Mekah untuk menunaikan Haji dan Umrah, telah di lantik untuk menjaga kawasan Nusantara dan juga Benua Siam atau Indo-China serta di Kepulauan Pasifik. Di bawah ini merupakan surat terbuka Maulana Shaukat penjaga kawasan Nusantara lantikan Maulana Muhammad Saad as-Siddiq. Maulana Shaukat yang di hantar khas dari Nizamuddin, Benua Keling India dan beliau merupakan penceramah utama semasa Perhimpunan Besar Orang-Orang Islam @ Istimak @ Jor Berseri, di Perlis tempoh hari. Di paparkan di sini surat beliau kepada rakyat Malaysia untuk kita menghayati dan bermuhasabah tentang masa depan agama dan bangsa kita tercinta. Dengan munculnya golongan dakwah dari Kandahlawi, India ini serta membuat markaz dakwah yang besar di Nizamuddin, ianya insyaallah dapat memulih kekusutan di seluruh dunia ini.
-----------------------------
-------------------
---------------------
Sekarang ini setiap tahun Maulana Syaukat dan kawan-kawannya akan datang ke Bumi Mekah untuk membuat usaha dakwah dan pemantauan walaupun semua gerakan Islam di sini habis di ganggu gugat oleh puk-puak Saud ini. Malah perhimpunan di masjid lebih daripada 3 orang tidak di benarkan walaupun untuk membaca kitab Hadis dan bacaan Yasin juga, di halau keluar dari Masjidil Haram. Tapi sekarang semua sudah berubah sejak wujud Markaz Dakwah di Masjid Pakistan sekitar Madinah. Pergerakan Maulana Muhammad Saad as-Siddiq menjadi mudah di Arab Saudi kerana di kalangan bangsa Arab kabilah bani Tamim mendiami sekitar Kota Mekah dan keturunan beliau dari Abu Bakar as-Siddiq berasal dari Bani Tamim. Dan kabilah Bani Tamim ini bertebaran di hampir seluruh tanah Arab. Mari kita lihat isi Watikah @ Kedat @ Kedah @ Kradat beliau ini. Semoga ianya menjadi batu loncatan untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat. Dan semoga kita dapat meneruskan usaha menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia seperti usaha junjugan besar nabi kita Habibina Wa MAULANA Muhammad s.a.w. Aaamin.


DIATAS INI ADALAH CONTOH KEDAT @ KEDAH @ KRADAT @ WATIKAH BELIAU, TAPI DI BAWAH INI LEBIH TERANG UNTUK DIBACA






Rabu, 7 Julai 2010

PANGLIMA-PANGLIMA AHLUL-BAIT DAN SYARAT-SYARAT MENJADI KHALIFAH

----------------
Di artikel kali ini marilah kita melihat pula peranan Panglima-Panglima Ahlul-Bait, yang menjaga ketua-ketua mereka dari jatuh ke tangan musuh-musuh Allah. Ini adalah maklumat yang digelapkan oleh musuh-musuh Allah seperti mana mereka menggelapkan sejarah pemerintahan Syarif Yang Dipertuan Kedah Tua Ahlul-Bait di Nusantara, pengelapan dana-dana atau elaun-elaun khas untuk keluarga Ahlul-Bait nabi S.A.W dan penghapusan Kuliah Fadhilat dari Pengajian Islam yang didalamnya terdapat fadhilat-fadhilat tentang Ahlul-Bait yang semua ini dihilangkan secara halus dan terperinci. Kesungguhan Panglima-Panglima Ahlul-Bait ini dari kerajaan Moghul Hindi, kerajaan Islam China Tang, Yuan, Ming serta Manchu yang mana komunis Mao Tse Tung ( 1893-1976 ) menganggap kerajaan-kerajaan ini Budhha Kafir dan kerajaan Turki Usmaniyyah serta kerajaan Islam dari Panglima Soka atau nama Islamnya Shah Jihan Pertama dari kerajaan Islam Sri Wijaya yang berpusat di Kota Samarahan, Sarawak sejak ribuan tahun yang lalu sungguh menakjubkan. Tapi sekarang jasa-jasa mereka ini di sia-siakan oleh musuh-musuh Allah dengan membuat penulisan palsu tentang kerajaan-kerajaan daerah ini. Kerajaan-kerajaan daerah ini di gelapkan sejarah perhubungan mereka dengan empayar-empayar Ahlul-Bait ini khususnya Empayar Islam Melayu Merong Maha Wangsa. Ini kerana bencinya musuh-musuh Allah ini dengan nabi s.a w. dan ahli keluarga keturunan baginda s.a.w. ini.

BENDERA PUTIH DARI BENDERA NABI S.A.W. SEDANG DIARAK OLEH PANGLIMA-PANGLIMA TURKI MONGGOL DARI PENJAGA RIBAT DI BLOK SEBELAH BARAT DARI RAJA DAERAH TURKI USMANIYYAH, DI APIT OLEH BENDERA-BENDERA DAERAH KERAJAAN MEREKA


Panglima-Panglima Usmaniyyah merupakan antara pemegang Bendera Putih atau penjaga keluarga nabi S.A.W. di sebelah Barat. Mereka inilah datang untuk menyelamatkan Syarif-Syarif Mekah ketika tentera-tentera Boneka British iaitu Wahabi Saud yang membuat serangan pertama keatas bumi Hijjaz pada tahun 1805 atau 1220 Hijrah. Syaitan-syaitan Wahabi ini telah membunuh orang-orang Islam termasuk kerabat diraja Syarif Mekah sebelum lari tunggang langgang pulang ke Riyadh setelah di kejar oleh Panglima-panglima Ahlul-Bait iaitu tentera Turki Monggol Usmaniyyah. Dalam penulisan moden, kerajaan Turki Usmaniyyah ini di gelar sebagai Khalifah Islam. Ini sebenarnya satu penipuan di dalam penulisan Barat untuk menutup Kekhalifahan Ahlu-Bait Quraisy terutamanya Kekhalifahan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa di Nusantara. Keberkesanan penipuan musuh-musuh Allah ini begitu ketara sehingga pemerintahan Raja Syed Ali iaitu Gabenor atau Raja Daerah wakil Kedah Tua di negeri Albani atau Australia dapat ditutup dengan begitu rapi sekali. Maka keluarlah penulisan barat yang benua kecil Australia ini dibuka dan dimajukan oleh orang-orang mereka dari Barat.




Sebab itulah apabila Kafir Sukuthai datang melanggar Kota Ayuthia, mereka terus melantik Tak Sin atau Mukhtar Hussin sebagai Maharaja Ayuthia. Ini kerana mereka takut ancaman dari Panglima-Panglima Islam Ahlul-Bait dari negeri China. Ada penulisan mengatakan yang Tak Sin ini seorang lelaki yang murtad. Setelah beliau di lantik sebagai Maharaja Ayuthia, kerana berjaya membantu tentera kafir Sukhuthai menghalau ayah angkatnya iaitu Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1767-1821 ) dari Benua Siam atau Indo-China yang sebelum ini pernah bersemayam di Kota Pagan Myanmar, Kota Ayuthia, Kota Legor dan akhir sekali gugur syahid di Kota Mengkuang, Kedah. Kemudian tentera kafir ini meminta Mukhtar Husin ini menghantar perwakilan untuk memaklumkan kepada Raja China iaitu Panglima-Panglima Islam penjaga ribat Timur ini yang Khalifah telah mangkat dan penggantinya ialah Mukhtar Husin. Siapa yang mengajar pihak Thai sehingga begitu bijak sekali membuat helah sedemikian, tidak lain dan tidak bukan melainkan syaitan dari Culcutta, iaitu British Empire. Mereka sentiasa memberi dorongan, semangat dan tunjuk ajar kepada puak-puak Nomad Kafir ini agar pemerintahan Ahlul-Bait dapat di musnahkan secara beransur-ansur dari muka bumi ini.



KELIHATAN KEAKRABAN ARAB BADWI ARAB SAUDI, KING ABDULLAH SAUDARA KING FAHD DENGAN PIHAK BARAT DARI MUSUH-MUSUH ISLAM



Nabi s.a.w. bersabda " Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi Ahlul-Baitku, maka mereka akan berselisih, kemudian menjadilah mereka dari kelompok Iblis ". Sekarang pihak-pihak musuh Allah sedang membodek Raja Abdullah untuk menghakis kesan-kesan Islam dibumi Arab termasuk keinginan mereka agar kerajaan Saud meruntuhkan Kubah Hijau Makam Nabi S.A.W dimasjid Nabawi. Semua ini mudah dilakukan bila mereka berjaya meruntuhkan kerajaan Panglima-Panglima Ahlul-Bait Islam Moghul, Delhi di benua Hindi. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1858 bila rajanya bernama Abu Zafar Sirajuddin Muhammad Bahadur Shah Zafar atau lebih di kenali sebagai Bahadur Shah Kedua di buang daerah ke Burma atau Myanmar. Bila bantuan dari kerajaan Moghul Hindi dapat dilumpuhkan terus keatas orang-orang Melayu berjaya dibuat, kepungan ke kawasan Kota Star mula di rencanakan. Walaupun ada gerakan menyelamat Khalifah-Khalifah Islam Merong Maha Wangsa Ahlul-Bait di buat oleh Panglima-Panglima Islam Manchu China dan sekitarnya seperti kerajaan Majapahit, Minang, Pasai dan lain-lain namun usaha ini gagal dan sia-sia. Ini kerana Raja Islam Manchu China sibuk dengan ancaman dari kuasa baru Jepun selepas diperkasakan oleh oleh negara-negara Barat yang di ketuai oleh si laknat Britain di samping Perancis dan Amerika Syarikat. Di samping itu kerajaan Islam Manchu sibuk dengan ancaman kuasa-kuasa Impearalis Barat yang mula mengerumuninya, sehingga tercetusnya Perang Candu di tahun 1839 sehingga tahun 1860 seperti semut mengerumuni gula.



Selepas tentera British bersusah payah bersama Tentera Berikatnya yang terdiri dari Tentera Pemberontak Ahmad Tajudin Almarhum Melaka, Tentera-Tentera Selat dan pasukan Tentera Kafir Buddha Thai mengasak Kekhalifahan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa yang ketika itu berpusat di Kota Star, hasilnya mereka berjaya membunuh Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah di Gurun, Kedah pada tahun 1867. Selepas tumbangnya Empayar Merong Maha Wangsa ini usaha di teruskan oleh kuasa Imperialis ini sehingga berjaya melenyapkan penguasaan mutlak kawasan laut samudera di wilayah timur ini oleh Kerajaan Melayu Merong Maha Wangsa. Kemudian pada tahun 1910 kerajaan Islam Usmaniyyah pula berjaya di tumbangkan pemberontak iaitu Boneka British yang bernama Kamal Pasha atau Mustafa Kamal Attarturk apabila rajanya Abdul Hamid Khan Kedua di gulingkan dari pemerintahan. Ini diikuti oleh penawanan Kota Islambul atau Istanbul oleh Tentera British pada tahun-tahun berikutnya. Dan akhirnya pembubaran kerajaan Islam Manchu China di tahun 1911 serta penguasaan total bumi Hijaz di tahun 1924 oleh juga Boneka British iaitu kerajaan Saud dari tangan Syarif Husein Ahlul Bait nabi s.a.w.





Video ini melakarkan gambar-gambar tokoh-tokoh Panglima dari kalangan orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam. Ada dikalangan mereka berjaya menjadi Maharaja, Presiden dan Perdana Menteri ditempat masing-masing seperti Salahuddin al-Ayubi, Napoleon Bonaparte, Ghengis Khan, Khalid al-Walid r.hu dan George Washington. Tapi bukannya jawatan Khalifah dan Sultan, sebab ianya milik mutlak keluarga keturunan nabi s.a.w. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar al-Faruq r.hum adalah bapa mertua nabi s.a.w. hasil pernikahan baginda dengan Aisyah dan Hafsah r.huma. Khalifah Usman r.hu dan Khalifah Ali Karamallahu Wajhah r.hu pula ialah menantu kepada nabi s.a.w. hasil perkahwinan mereka dengan Ruqayyah, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahrah r.hun. Manakala Khalifah Muawiyah r.hu ialah ipar nabi s.a.w melalui perkahwinan baginda s.a.w. dengan Ummu Habibah r.ha.



MAKAM TANGAN PANGLIMA AHLUL-BAIT YANG BERNAMA JAAFAR AT-TAYYAR BIN ABU TALIB R.HU YANG TERPUTUS DIKEDUA-DUANYA UNTUK MEMBELA RASUL S.A.W. YANG KETIKA ITU BERADA DI KOTA MADINAH. BELIAU JUGA MERUPAKAN SEPUPU NABI S.A.W YANG MENENTANG 400,000 TENTERA ROM


Ketika Nabi Muhammad s.a.w. hendak menghantar Panglima-Panglimanya ke Medan Muktah di Jordan, nabi s.a.w. telah menghantar rombongan dakwah guna untuk mengajak orang-orang Rom disana dan orang-orang Badwi Ghassan untuk memeluk agama Islam tetapi puak-puak kafir ini telah membunuh utusan-utusan tersebut. Di dalam penulisan sejarah mencatatkan " Baginda s.a.w, telah membuat satu bendera putih dan telah menyerahkan bendera itu kepada Panglima Zaid r.hu. Baginda s.a.w. sendiri telah keluar bersama satu kumpulan daripada mereka untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka," sila rujuk m.s 116 kitab Kisah Sahabat. Baginda telah melantik tiga orang Panglima untuk peperangan Muktah ini yang di ketuai oleh Panglima Zaid r.hu. Sabda nabi s.a.w " Sekiranya beliau syahid maka Jaafar bin Abu Talib akan menjadi Amir dan jika beliau juga syahid Abdullah bin Rawahah akan menjadi Amir. Sekiranya beliau juga syahid maka orang-orang Islam bolehlah melantik sesiapa sahaja mereka suka menjadi Amir. Seorang Yahudi yang mendengar perbualan itu berkata ketiga-tiga mereka pasti akan syahid. Itulah maksud yang dibawa oleh kata-kata sedemikian daripada para nabi yang terdahulu," sila rujuk m.s 116 kitab Kisah Sahabat. Benar seperti yang tercatat dalam sejarah. Panglima-Panglima ini bermati-matian berjuang sehingga bendera itu diambil alih oleh Panglima Jaafar Tayyar r.hu setelah Panglima Zaid r.hu gugur mati syahid.




Oleh sebab beliau sebagai Panglima maka beliau perlu membawa bendera itu ke mana saja beliau berada. Sejarah mencatatkan " Pada mulanya bendera itu berada di tangan kanan. Orang kafir telah memotong tangan kanannya, supaya bendera itu jatuh. Dengan segera beliau telah menyambar bendera itu dengan tangan kiri. mereka telah memotong tangan kirinya juga. Maka beliau telah menahan bendera itu dengan dua lengannya serta menggigitnya kukuh dengan gigi. Seorang kafir telah datang dari belakang lalu menetaknya sehingga beliau terbelah dua. Yang menyebabkan beliau terus jatuh. Pada masa itu umurnya baru tiga puluh tiga tahun. Abdullah bin Umar r.huma berkata selepas itu apabila kami menggangkat mayat Jaafar r.hu daripada mayat-mayat, didapati sembilan puluh liang luka ada di bahagian hadapan badannya," sila rujuk m.s. 118 kitab Kisah Sahabat. Beliau mendapat gelaran at-Tayyar dari nabi s.a.w. iaitu bermaksud Dua Sayap. Iaitu di akhirat kelak hanya beliau seorang sahaja dari ahli syurga yang akan mempunyai dua sayap. Kemudian tugas Panglima Perang di pangku pula oleh Abdullah bin Rawahah r.hu juga gugur syahid sebelum dipilih sebulat suara oleh tentera Islam Khalid bin al-Walid r.hu sebagai Panglima yang mana semua peristiwa itu berlaku semasa nabi s.a.w masih hidup dan berada di Kota Madinah al-Munawwarah.

KITAB TESIS ANA YANG BERTAJUK " HAK-HAK BERPOLITIK BAGI RAKYAT JELATA "



Kitab kajian dan terjemahan ana ini yang berjudul " Huquq al-Siasah Lil Raiyyah " yang bermaksud " Hak-Hak Berpolitik Bagi Rakyat Jelata " merupakan buku karangan Syeikh Dr. Ahmad al-Iwadi. Ia membincangkan tentang Definisi Hak dan Politik dalam Islam. Di dalam kitab ini ada termaktub Syarat-Syarat menjadi Khalifah dan Ketua Negara dalam Islam. Antaranya ialah :


1. Beragama Islam yang Mukmin.


2. Syarat Bermastautin, iaitu tinggal tetap di kawasan kota pemerintahan berkenaan.


3. Cukup Umur dan Berakal.


4. Lelaki, tidak boleh perempuan walaupun sebagai HAKIM SYARIE.


5. Merdeka dan Bebas, tidak boleh seorang hamba abdi seperti keluarga Saud di Riyadh.


6. Adil, tidak boleh dikenali sebagai pelaku DOSA BESAR ATAU KECIL.


7. Berilmu, iaitu yang faham ilmu selok-belok mengenai Ijtihad.


8. Mampu untuk Melihat,Mendengar dan Boleh Berkata-Kata.


9. Al-Qurasyiyyah, iaitu seseorang yang mesti berdarah keturunan Quraisy.

Semoga Allah s.w.t. memberi kefahaman serta pencerahan kepada kita untuk memahami kehendak Allah dan Rasul s.a.w. di dalam kehidupan seharian kita. Dan memahami sejarah, jalan cerita dan teknik yang digunakan oleh-oleh musuh-musuh guna untuk menjahanamkan kita. Semoga Allah Azza Wajalla menjaga kita, masyarakat kita, anak cucu cicit kita tercinta dan negara kita amnya dari ancaman dan gangguan mereka, aaamin yarabbal aaalamin.