Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 21 Mac 2010

Lawatan Keluarga SULTAN SYARIF SYAH ke KOTA KUALA MUDA, Kedah

-----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------
Pada 18 Mac 2010 bersamaan dengan hari khamis yang lalu, keluarga Sultan Syarif Syah Ligor ayahanda kepada Sultan Muzaffar Syah III Kuala Kangsar @ Putera Ligor, telah membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan kawasan peranginan di Daerah Kota Kuala Muda. Mereka seramai 43 orang telah membuat lawatan dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darulaman dibawah kelolaan dan seliaan Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Kamarudin Syafie Biro Kebajikan dan Penerangan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.



Lawatan itu bermula pada pukul 9.00 pagi dengan lawatan bermula di kawasan Merbuk di UiTM cawangan Merbuk. Peserta diberi penerangan tentang batik Merbuk dan bersarapan di sana. Peserta kemudian dibawa melawat ke tapak Arkeologi di Kampung Sungai Batu yang mana cari gali sedang dibuat diatas 3 tapak di kebun kelapa sawit.




Kemudian setelah meluangkan masa selama 2 jam di sana, peserta telah dibawa melawat tapak peleburan bijih yang mana telah di sifatkan oleh YB Dato' Dr. Rais Yatim sebagai penemuan yang paling berharga dalam sejarah negara Malaysia. Dalam cari gali tapak baru itu terdapat sebuah kilang melebur bijih yang tertua di dunia, sebuah kilang purba yang tertimbus di kawasan kebun kelapa sawit. Tapak yang masih dalam proses cari gali ini dan disekitarnya mungkin akan diisytiharkan sebagai tapak Taman Sejarah Negara. Setiap bahan penemuan akan dianalisa berdasarkan berat, warna dan struktur bunyi. Semua ini akan dikenalpasti menerusi proses folouresen dan diffraction.

------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Peserta telah meneruskan lawatan mereka itu kemudiannya ke Muzium Arkeologi untuk bersolat Zohor dan makan tengahari di sana. Peserta telah disambut oleh pegawai muzium serta diberi taklimat ringkas tentang sejarah dan peristiwa kawasan Pengkalan Lembah Bujang siap dengan sessi soal jawab dari keluarga keturunan Sultan Syarif Syah, kemudian peserta beramai-ramai menunaikan solat Zohor di Menaksah yang terletak berhampiran dengan bangunan muzium berkenaan. Setelah makan tengahari dan berehat, peserta telah berangkat ke acara kemuncak iaitu menziarahi makam nenek moyang iaitu Sultan Muzaffar Syah I @ Merong Maha Wangsa dan makam anakandanya "Sultan Saidina Ali Wa Maulana" Merong Maha Podiset. Didalam penulisan dongeng British nama makam Sultan Muzaffar Syah I ditulis dengan nama Phra Ong Maha Wangsa (Firaun Merong Maha wangsa ?).
----------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
Dalam hikayat Merong Maha Wangsa, British telah mengolah hikayat dakwah Islamiyah ini kepada dongeng dan mitos, kononnya Syeikh Abdullah Yamani yang bersahabat dengan Iblis telah terbang kesana kemari hingga sampai ke istana Raja di Bukit Meriam. Di istana itu mereka telah memasuki kamar tidur raja dan Iblis menghidangkan arak untuk di minum oleh Tuan Syeikh. Beliau pun memarahi Iblis kerana berkelakuan demikian dan timbullah pertengkaran kecil lantas Iblis merebut kembali tongkat saktinya dan Raja Kedah pun ternampaklah lembaga Tuan Sheikh. Tuan Syeikh pun mendakwah Islam kepada Raja Kedah dengan itu Raja Phra Ong (Firaun ?) terus memeluk Islam dan memakai nama Sultan Muzaffar Syah I, padahal perkataan Syah adalah terlalu asing bagi orang Arab Yaman kerana Syah bermaksud dalam bahasa arab ialah kambing. Kisah ini telah dimasukkan oleh Muhammad Hassan ke dalam hikayat Merong Maha Wangsa setelah raja Thai telah mengumpul kesemua hikayat yang asli dan dibakar habis habisan atas alasan hikayat itu mendakwa Siam-Kedah lebih dulu wujudnya lebih dulu daripada Siam-Thai dan menerbitkan hikayat yang baru di bawah seliaan kerajaan British pada tahun 1920.



Di pusara itu sebelum peserta makan dan bersolat Asar, para peserta telah berdoa beramai-ramai agar roh baginda Sultan Muzaffar Syah I @ Merong Maha Wangsa selamat sejahtera di sisi Allah Azza Wajalla. Di pusara itu juga para peserta bertafakur dan bermuhasabah agar dakwah Islamiyah yang telah dibuat oleh Merong Maha Wangsa mengIslamkan seluruh Nusantara dan Raja Soka India serta mengIslamkan seluruh benua India diterima oleh Allah Azza Wajalla. Semoga segala jasa Baginda dan permaisurinya Syarifah Mariam al-Jefri diterima oleh Allah. Semasa keluarga Baginda tewas ditangan pihak Thai dan British, pihak musuh telah merampas harta peninggalan yang ada seperti tanah pertanian, kota-kota, syiling-syiling matawang kerajaan Kedah Tua, lambang dan bendera kerajaan, peralatan istana dan bukti-bukti bertulis contohnya hikayat-hikayat asli dan bernilai tinggi dibakar dan ditulis semula seperti kisah Raja Bersiong dan Kisah Ratu Mahsuri. Semua ini berlaku ketika Musuh Bisik sehingga rakyat Kedah khususnya di daerah Kota Star, Kubang Pasu, Bukit Raja (Kayangan) dan Tanah Merah (Pendang) hidup dalam ketakutan. Pangkat dan nama dibuang. Jika sekiranya ditangkap oleh pihak musuh iaitu Thai, British dan pemberontak (keluarga Abdullah Mukarram) mereka pasti dibunuh.



-------------------------------------------------------------------

Setelah setengah jam berada di pusara berkenaan pihak penganjur telah membawa kami ke Tanjung Dawai untuk bersolat Asar di masjid terapung, makan dan membeli-belah. Pihak keluarga Sultan Syarif Syah telah berkenan untuk membawa pulang buah tangan dan cenderahati sebagai kenangan sebelum jemaah berangkat pulang. Kami tiba ketempat masing-masing pada pukul 8.00 malam. Disini kami ingin berterima kasih kepada pihak Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah kerana mengiktiraf kewujudan kami dan mengiktiraf moyang kami as-Shahid Sultan Syarif Syah ibnu Almarhum 'Sultan Maulana' Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, walaupun nama beliau tidak disenaraikan dalam salasilah kesultanan Kedah ciptaan British.--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------


Sebelum ini pihak Persatuan Sejarah Malaysia menganggap Raja Ligor dan Putera Ligor ialah kafir buddha yang menjadi alat kepada Thai untuk menyerang Kedah tetapi alhamdulillah mereka telah dapat mengesan tipu daya musuh Islam dan menginsafi diri. Yang mengelarkan Baginda Sultan Syarif Syah (1767-1821) sebagai buddha ialah kerajaan British dan pihak pemberontak iaitu keluarga Abdullah Mukarram beserta kuncu-kuncu mereka kerana mereka ini mempunyai agenda yang tersendiri untuk orang melayu terutamanya pihak British. Agenda mereka yang paling utama ialah Nusantara ini tidak mempunyai maharaja dan raja-raja Melayu semuanya orang-orang kebanyakan yang asalnya beragama Hindu-Buddha dan memeluk agama Islam. Sultan Abdul Hamid pula menggunakan Dato' Kerani Muhammad Hasan untuk mengarang kitab Salasilah Al-Tarikh Kedah pada tahun 1920 dan dirumikan pada tahun 1924. Sekarang kitab itu menjadi antara rujukan kononnya yang terpenting dalam penulisan sejarah negara.

Isnin, 1 Mac 2010

Kerajaan Islam LEGEH, PATTANI BARU, KELANTAN, TERENGGANU dan JOHOR-RIAU.

-------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tuanku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Serisultan Muhammad Jiwaz bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka ini. Beliau merupakan anak saudara kepada DYMM Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning. Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya oleh musuh-musuh dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan negeri Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato' Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani. Dato' Nai Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah. Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Nai Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.
------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------


Queen Elizebeth II bersama suaminya
---------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato' Nai Riam dan suaminya Raja Daerah Legeh Tuanku Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja negeri baru Kelantan Darul Naim. Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka ( Thai dan British ) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja Siam-Thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.



----------------------------------------------------------------

Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah Tua yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibahagi dua. Seperti peristiwa Germany telah dibahagi kepada dua wilayah, begitulah juga Kedah, kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Ahlul-Bait Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani Baru. Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah wilayah Syburi kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar orang sebagai Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran didalam negeri baru itu terletak dibawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.




Di sebelah wilayah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad juga setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai. Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai Kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan Darul Naim dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti Sultan-Sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah palsu untuk menunjukkan kepada dunia yang sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah-darah raja keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja kononnya berdaulat dahulukala.
---------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
Begitu jugalah dengan negeri dibawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran dan penghapusan kerajaan Melayu Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu sempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah daerah negeri ini dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga berketurunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran Sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman. Padahal Terengganu dan Kelantan sebenarnya ialah berasal dari kerajaan Melayu Pattani. Manakala di daerah Syburi pula di wujudkan negeri Pattani Darus Salam yang asalnya ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara juak-juak lanun Long Senik Mulut Merah dan juak-juak lanun Tengku Besar lanun Kampung Laut. Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja kafir Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.

-------------------------------------------------------------

Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau, Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor itupun selepas menghapuskan Raja-Raja Daerah Johor yang berpusat di Muar. Beliau yang berpusat di Tanjung Puteri atau bandar Johor Bahru bagi nama barunya telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan kafir British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau, anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim. Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan-Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.



Arca Rukun Negara di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Star yang mengandungi simbol topi kerajaan kafir British Empire

---------------------------------------------------------------

Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri baru ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W. sejak tahun 700 masihi lagi. Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja kafir British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.


Lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini. Mungkin jika diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.



Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau Raja Turki Monggol Usmaniyyah Raja Muhammad Khan al-Fatih Atau Muhammad al-Fatih telah menghancurkan kerajaan empayar kafir Rom ini pada usia 21 tahun. Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Raja Daerah Turki ini dan merangkap Penjaga Ribat umat Islam di Barat iaitu Raja Muhammad al-Fatih ( 1432-1446 ) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba'al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Raja Muhammad al-Fatih adalah Raja Yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.