ASAL RUMAH RESMI MENTERI BESAR ANAK BUKIT BAGI EMPAYAR KEDAH TUA YANG DAHULUNYA BERGELAR RUMAH RESMI SRI PERDANA MENTERI ANAK BUKIT, BAGI EMPAYAR TERATAI YANG MAHARAJA MELAYUNYA BERSEMAYAM DI BANDAR KOTA STAR. SEKARANG RUMAH RESMI MB KEDAH TUA INI MENJADI ISTANA BAGI NEGERI BARU CIPTAAN BRITISH BERGELAR KEDAH DARULAMAN DI TAHUN 1881
Apakhabar semua ? Di harapkan semuanya berada di dalam sihat walafiat di bawah lindungan Allah Jalla Jalalah. Di artikel kali ini marilah kita hayati dan renungi Surat Tuntutan Ke 6 dari YM Tuanku Nai Long Kasim Ibni Almarhum Nai Long Ahmad waris mutlak Kesultanan Melayu Tua Merong Maha Wangsa. Beliau yang sebelum ini telah memberi amaran kepada 3 beradik KRU Studio agar mengadapnya dan memberi penjelasan tentang penghasilan filem batil dan penuh dongeng, merupakan ahli Keluarga Diraja Ahlul Bait Ajam Timur yang fasih berbahasa Siam dan mempunyai pertalian darah yang kuat dengan DYMM Sultan Muzaffar Syah 1 Maharaja Merong Maha Wangsa. Dengan bantuan datuk bagindalah, YM Nai Mahmud membantu Nai Badlishah mengenali perisik Jepun tersohor K.Shiba dan seterusnya mengangkat Nai Badlishah ke tahkta kerajaan Kedah Darulaman dengan gelaran Sultan Badlishah. Jadi tidak peliklah bagi kita apabila Sultan Badlishah ialah antara orang yang paling lantang melawan penubuhan Malayan Union oleh British dan antara orang kenamaan paling aktif memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Bagindalah yang mengaturkan perjumpaan antara Dato' Onn Jaafar dengan keluarga Merong Maha Wangsa iaitu keluarga YM Tuanku Nai Long Kasim. Mereka berbincang dan mengambil nasihat petunjuk daripada YM Nai Long Mahmud yang pada masa itu merupakan Penghulu bagi mukim Tajar. Perkara ini dapat di hidu oleh unit perisikan British, menyebabkan Dato' Onn Jaafar di musuhi dan di geruni oleh pihak kerajaan British dan seterusnya di " Terminate" kan terus dari kepimpinan parti UMNO sekutu British dan seterusnya di gantikan oleh pimpinan baru kesukaan British Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai al-Manjalara.
DI ATAS INI IALAH VIDEO KLIP TENTANG PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI YANG MEMERINTAH MALAYSIA. SAUDARA YAB NAJIB TUN RAZAK YANG BERDARAH BUGIS DARI GOA, SULAWESI PERLULAH MENERUSKAN DASAR ADAT TRADISI NENEK MOYANG ANTA MEMBANTU DAN MEMBELA KELUARGA AHLUL BAIT MERONG MAHA WANGSA MENUNAIKAN SURAT TUNTUTAN YM TUANKU NAI LONG KASIM, JIKA ANTA INGINKAN ALLAH S.W.T. MENGEKALKAN ANTA DI KERUSI NOMBOR SATU SEMENANJUNG INI, SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Semua tentangan dan pemerintahan yang di buat oleh Sultan Badlishah di pantau dan di kawal selia oleh kawan baik dan kerabat beliau YM Tuanku Nai Long Mahmud tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan British, kerana fobia dengan penentangan bersenjata yang pernah di lakukannya oleh datuk YM Tuanku Nai Long Kasim yang bernama YM Tuanku Nai Long Mahmud ini, bersama-sama anak buahnya Panglima Nayan, Salleh Tui, Sulaiman Kerekau dan Awang Pho suatu masa dulu sekitar tahun 1909 sehingga 1929. Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa. Panglima Nayan adalah seorang yang kacak, berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Beliau ini di geruni lawan dan di sayangi oleh kawan, juga merupakan orang yang bermati-matian melawan penjajahan British dan pemerintahan Boneka Thai British Sultan Abdul Hamid di bawah seliaan Mak Cik Manjalara dan kulinya bernama Suwei. Baginda seorang yang mahir bersilat dan di katakan kebal orangnya. Rakyat jelata ketika itu yang kagum dengan keberaniannya menentang " British Emperor ", menggelar beliau dengan gelaran " Robin Hood " kerana sentiasa menyamun harta benda pegawai-pegawai British dan kuncu-kuncunya yang korup dan memberi bantuan kepada rakyat jelata semasa menghadapi masalah dan keperitan hidup di era penjajahan British dan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang penuh dengan kezaliman itu. Beliau mati syahid akhirnya di bunuh oleh kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap oleh polis kafir British. Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya.
DI DEWAN MAKAN RUMAH RESMI MB KEDAH DI ALOR MERAH, INI TERJADI BILA KEDAH TUA DI TURUNKAN DARJATNYA DENGAN CUMA " NEGERI KEDAH " MANAKALA TEMPAT BERSEMAYAM DAN MEMERINTAH NAGARA KEDAH OLEH MAHARAJA MELAYU AHLUL BAIT DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH DI TUKAR NAMA DARI BANDAR KOTA STAR KEPADA NAMA ALOR STAR SAHAJA
Walaupun semua raja-raja Melayu di pecat dari jawatan Sultan dan di gantikan dengan Sultan Boneka British setelah tibanya tentera British di Semenanjung Melaka setelah kekalahan Jepun, seperti kata-kata dari Leftenan Kolonel D.Headly yang pernah memimpin pasukan Gerila British Force 136 menentang pemerintahan Jepun di Semenanjung Melaka ini . Kata beliau kepada Sultan Ali Terengganu atau Tengku Ali sebelum Raja Terengganu yang malang ini di pecat British : " Pada masa ini barangkali Tuanku sudah tahu bahawa semua Sultan pada masa Jepun di anggap tidak sah " . Tapi semua ini tidak menjadi masalah kepada Sultan Badlishah malah sering sahaja di ziarahi oleh kawan karibnya K.Shiba yang pada masa itu menetap di Singapura setelah pulang sekejap ke Jepun kemudian terus menetap di Singapura setelah kekalahan teruk Jepun di tangan Tentera Berikat Kuffar Barat. Bukan sahaja tindakan keatas ke atas Sultan Badlishah tidak di ambil malah ke atas K.Shiba juga tidak ambil oleh kerajaan British kerana tentera Jepun telah di beri pengampunan setelah Maharaja Jepun Hirohito ( 1926-1989 ) bersedia menyerah kalah dan mengeluarkan semua tenteranya dari alam Nusantara ini dan di semua tanah jajahannya. Inilah kelebihan Semenanjung Melaka ini yang merangkumi Surat Thani, Legor, Malaysia, Singapura dan Kepulauan Riau Bantam yang sentiasa aman, damai dan makmur serta di luar Lingkaran Api Pasifik pula. Sehingga di gelar " New Jerusalem " oleh golongan Pendita Yahudi , maka tidak peliklah pemimpin Komunis Chin Peng dan Tan Sri Lim Goh Tong tidak ingin balik ke China kerana ingin menetap di Semenanjung ini atas kelebihan yang di berikan oleh Allah s.w.t ke atas Semenanjung yang bertuah ini. Begitu juga dengan anak tukang masak K.Shiba yang berbangsa dan berasal dari Jepun yang mempunyai anak perempuan. Anak beliau inipun tidak pulang ke Jepun malah berkahwin dengan tauke ayam di Pasar Lama, Jalan Wan Mat Saman, Alor Star, Kedah dan menetap pula di Kedah. Bila tukang masak K.Shiba telah datang ke Kedah untuk menziarahi anaknya, beliau telah memaklumkan kepada sahabat handainya di Alor Star bahawa K.Shiba telah menetap di Singapura dan meninggal dunia di rumahnya di Singapura.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, YANG MANA PERDANA MENTERI BAGI EMPAYAR MELAYU PURBA MERONG MAHA WANGSA BERTEMPAT DI ANAK BUKIT MANAKALA MAHARAJA BAGI KESULTANAN EMPAYAR MELAYU DI BANDAR KOTA STAR. SALASILAH KEDAH PULA DI TUKAR DAN DI DONGENGKAN KE TAHUN 1136 MASIHI DAN YANG SEBENARNYA KESULTANAN KEDAH BERMULA PADA TAHUN 745 MASIHI LAGI
Sebab itulah Sultan Badlishah menukar istana penginapannya ke Anak Bukit, iaitu Rumah Resmi Sri Perdana Menteri kerajaan Nagara Kedah Tua dahulukala, setelah Sultan Abdul Hamid meninggal dunia sebab baginda mengetahui darjat dan taraf dirinya jika di bandingkan dengan YM Tuanku Nai Long Mahmud yang merupakan cucu dan waris mutlak Pemerintahan Nagara Kedah kepada DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah. Sejak itulah rumah Anak Bukit di jadikan penempatan tetapnya dan bukannya di bandar Kota Star tempat bersemayam dan merupakan pusat pemerintahan Maharaja-Maharaja Melayu Merong Maha Wangsa. Di dalam sejarah dunia pun di catatkan yang rumah ini pernah di ziarahi oleh Mr. Page seorang berbangsa Perancis yang datang melawat bandar Kota Star. Beliau mencatatkan : " Isnin, 22 hb Oktober 1883, saya tiba dengan kapal The Fly dari Pulau Pinang di muara Sungai Kedah, jam 4 petang. Saya nampak di situ ada dua pucuk meriam di benteng pertahanan di situ. " Dari bandar Kota Star, Mr. Qua seorang lelaki yang juga berbangsa Perancis di mana beliau telah lama menetap di Kedah telah membawa Mr. Page yang juga seorang Mubaligh Kristian bersiar-siar di sekitar bandar Kota Star melalui enam batang jalan selama 15 minit. Pada malam itu beliau membawa Mr. Page atau Father Page ke Anak Bukit untuk menginap dan bermalam di sana. Menurut Mr. Page, beliau di bawa dengan kereta kuda sejauh 5 batu ke Rumah Anak Bukit tersebut. Beliau mencatatkan rumah itu di saluti marmar dan terletak di atas puncak sebuah bukit yang terletak pula di sebuah pulau dengan di kelilingi oleh dua buah cawangan sungai. Di sekitar rumah itu ( yang sekarang ini bergelar Istana Anak Bukit bagi kerajaan baru ciptaan British Kedah Darulaman ) di penuhi dengan pokok manggis, ciku dan limau bali. Beliau juga mencatatkan, di kaki bukit Istana Anak Bukit itu terdapat sebuah kolam yang dindingnya berkerawang serta di penuhi dengan ikan-ikan besar yang sering melompat-lompat menyambar bunga yang di lontarkan oleh para pelawat. Ish... panjang pula ceritanya ni, jadi tanpa melengahkan masa ( kita sambung cerita sejarah realiti ini di lain artikel nanti ) sekarang marilah kita baca dan hayati isi surat dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang di tujukan khas kepada PM kita YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, sekian wassalam.
Kebangkitan Umat sudah bermula, seorang yang sedia membantu, berbincang dan berkongsi maklumat yang sebenar demi untuk Ketamadunan Alam Islam Melayu yang telah rosak ditangan penjajah. Merupakan graduan UKM Bangi di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam yang sebelum ini belajar di Ma'ahad Mahmud, Kedah. Pernah belajar di Kolej Universiti Al-Haram di Masjidil Haram, Mekah dan Universiti Yarmouk, Jordan. Oleh kerana kefahaman Umat sekarang tentang sejarah nusabangsa dan dunia sekarang semakin teruk dan malap, baginda Megat al-Jefri terpanggil untuk bangun dan menyinsing lengan untuk berganding bahu membaiki kepincangan tersebut dengan izin Allah s.w.t.
ISLAMNYA KERAJAAN SIAM SHAHRUN NURI AYUTHIA @ AYUTTHAYA
YM Raja Siam Kedah Tuanku Nai Hisbu
Bala Tentera Islam Siam Kedah Ayuthia
Serban Megat al-Jefri
Hang Tuah @ Tun Syaaban Di Perancis
SELAMAT TAHUN MERONG 2012
Pedang Merong milik Nabi s.a.w.
Pedang Merong milik Abu Bakar r.hu
Pedang Merong milik Usman r.hu
Pedang Zulfikar berhulukan 'Young Dragon'
Pedang Merong 'Zulfikar' milik Khalifah Mahdi Muntazar
Pedang berukir Merong milik Nabi s.a.w.
Tongkat Merong milik Nabi s.a.w.
Tongkat Nabi Musa a.s. menjadi Merong 2 ekor bila baginda nabi a.s. tidur utk menjaganya
Simbolik 'Merong Maha Wangsa bertarung dgn burung Garuda'
Di tengah-tengah pusaran Merong lambang Atlantis ini ialah Geliga Merong
Raja Ali Haji ( 1803-1873 ) dari panglima-panglima Bugis Goa, Tanah Trojan, Sulawesi @ Portugis Andalas yang menjaga kemaslahatan Ahlul-Bait Ajam Merong Maha Wangsa d Nusantara
Tentera Upahan PORTUGIS ANDALAS @ BUGIS GOA, yg berkhidmat dgn Empayar Teratai Kerajaan Melayu Tua
Pengikut
IBU PANJI-PANJI HITAM YG DI RAMPAS DARI KAMPUNG MELAKA, LANGKAWI
Ia di rampas dari Tentera Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa oleh Tentera Berikat Kafir ( British, Sukhothai, Pembelot Pemberontak Lanun Ahmad Tajuddin atau al-Marhum Melaka dan Tentera Selat ) semasa Musuh Bisik 1821
Panji-panji Hitam kelihatan sedang megah berkibar setiap kali Tentera-Tentera Ahlul-Bait Timur Merong Maha Wangsa Kedah Tua bertempur dgn musuh-musuh Allah s.w.t.
GALERI MERONG II
" Hai Merong Mesuk Nai Semulai. Lebih baiklah engkau jangan duduk dengan si anu tu. Dia nak pukul dan beri engkau, nak jual engkau pada orang lain. Lagipun tuan itu cemerkap, tidak jaga engkau dengan baik. Lebih baiklah engkau mari duduk dengan aku. Aku telah siap dengan tempat yang elok untuk engkau. "
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak halal bagi seorg Islam utk memutuskan hubungan dgn Muslim lain melebihi 3 hari. Sesungguhnya kedua mereka sebenarnya berpaling dari kebenaran selama mana mereka masih memutuskan hubungan sesama mereka. Dan sesiapa yg memulakan dulu perdamaian dia yg dahulu memperoleh Kifarah iaitu penghapusan dosa permusuhan. Jika ia memberi salam dan tidak di jawab oleh seorg lagi maka Malaikat akn menjawabnya. Sedangkan bagi pihak yg masih bermusuhan itu Syaitan akn menjawab bagi pihaknya. Jika kedua-dua mereka mati di dlm keadaan putus hubungan silaturahmi maka kedua-dua mereka tidak akn masuk Syurga dan tidak akan dapat berkumpul di dlm Syurga". [ Ibnu Hibban ]
Tentera-tentera Allah s.w.t. dari langit. Imej dari langit yg berbentuk Ghomam @ Awan Hitam d waktu hampir solat maghrib iaitu 4 orang Malaikat Berkuda Tentera Allah Jalla Jalalah sedang turun dari langit ketika berlansungnya Ijtimak Dakwah Tabligh Malaysia d daerah Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2009
YTM Nai Hisbu Muadzam Shah ( 1570-1628 ) Ahlul-Bait Ajam Quraisy Hasyimi Timur yg memerintah Kota Beruas Gangga Nagara d tahun 1610. Baginda merupakan ayahanda Hang Tuah dan Hang Tuah pula datuk saudara kpd DYMM Maharaja Melayu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Kota Mengkuang. Majoriti rakyatnya beragama Islam
Raja Syarif Hussein Mekah ( 1853-1931 ) Ahlul-Bait Arab Quraisy Hasyimi yg memerintah Semenanjung Tanah Arab, Mekah, Madinah, Taif dan Jeddah. Baginda d halau dari Hijaz oleh Syaitan Wahabi dan British d bawah kelolaan sang Inggeris bergelar Lawrence of Arabia d tahun 1917. Majoriti rakyatnya beragama Islam
Raja Daerah Benua Keling Raja Bahadur Syah II Monggol ( 1775-1862 ), raja terakhir Islam Delhi Moghul. Baginda d tangkap dan d buang oleh British ke Myanmar. Separuh rakyatnya beragama Hindu
Raja Daerah Turki Raja Salim II Monggol ( 1789-1808 ) yg d pecat sebagai Raja dan Penjaga Ribat d Barat kerana kejatuhan wilayah Mesir ke tangan kerajaan Kristian Perancis. Separuh rakyatnya beragama Kristian
Raja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yg memerintah China d tahun 626. Baginda memeluk Islam d tangan Saad Bin Abu Waqas r.hu dan datuk kpd YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Pemerintah slps baginda merupakan Penjaga Ribat d Timur. Separuh rakyatnya beragama Buddha
Merong ( Big Dragon )
Maha ( Royal Staff )
Wangsa ( Tiger Race )
GALERI MERONG I
Bekas Kedah @ Kedat @ Kradat @ Watikah ini seratus peratus Perak Tulen sehingga ke rantai-rantainya
Di gunakan oleh Hulubalang untuk membawa Watikah Diraja yang di isi di dalamnya dengan pantas sambil menaiki gajah @ kuda @ dgn berjalan kaki
Replika Meriam Diraja Melayu hadiah seorang Raja kepada Menterinya
Replika Meriam Diraja purba ini berharga RM 3500 ( Tiga ribu lima ratus ringgit sahaja ). Sesuai untuk hiasan ruang tamu. Meriam yg dibuat dari tembaga ini berlapikkan kayu kemuning empat segi juga berusia ratusan tahun lamanya.
Al-Quran purba dan antik ini merupa warisan berkat umat Islam Melayu utk. tatapan anak-anak nusa dan bangsa dimasa hadapan
Mempunyai Khat Melayu dan tulisan tangan oleh ulamak zaman silam ini lengkap 30 juzuk. Mengambil masa 5 tahun untuk menyudahkannya, berharga sembilan ribu ringgit sahaja.
IKLAN SEMPENA AIDILFITRI. IANYA D HIASI DGN PERAK YG D SEPUH EMAS DAN MATA KERIS INI BERUSIA RATUSAN TAHUN. HARGANYA CUMA RM 9000 ( 9 RIBU RINGGIT ).
EMPAYAR TERATAI
RAJA DAERAH MALAYSIA
Agong bersama Permaisurinya dari Kedah, Syarifah Nur Zahirah al-Jefri
Sudah Terang Lagi Bersuluh.
Blog ini ialah blog yang menyokong blog-blog yang sewaktu dengannya untuk memberitahu kepada umat Melayu Islam,sejarah yang sebenar dan tipu daya musuh-musuh Allah s.w.t. terhadap sejarah bangsa kaum ini dan sejarah di seluruh dunia amnya.
SYEIKH MUHAMMAD ILYAS AS-SIDDIQ 1924
SYEIKH MUHAMMAD SAAD AS-SIDDIQ 2010
Makam Maharaja Kedah Syburi, DYMM Sultan Syeikh Ali Kai Fa Tabim Che Nai Aulia (Tok Canai) d Perlis
Lambang Istana Kota Merong
Lambang Teratai Langkasuka
Dari Jabir r.a. : Beliau dengar Umar r.a. berkata kepada orang ramai ketika dia berkahwin dengan anak perempuan Ali Karamallahu Wajhah bahawa daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Terputus setiap keturunan dan nasab dihari kiamat melainkan keturunan dan nasab daku". [ Tabrani ] Kitab Mu'jamul Kabir.
DAULAT TUANKU
Cucu kpd YTM Nai Sofea @ Syarifah Sofea al-Jefri Hasyimi dari jurai nabi Ibrahim a.s., nabi Iskandar Zulkarnain a.s., nabi Muhammad s.a.w dan DYMM Maharaja Melayu Merong Maha Wangsa. YTM Nai Sofea juga merupakan ibunda Sultan Badlishah dan juga merupakan anak saudara kpd Maharaja Melayu terakhir DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah Kota Star
Anak Permaisuri Syarifah Sofea al-Jefri
Raja Syed Hamzah adik kepada Syed Alwi dihalau British dari Perlis diganti dengan Harun(Syed Putra)
Raja Syed Alwi Ibni Syed Safi ibni Syed Alwi ibni Syed Ahmad (Nai Ta), tiada mempunyai zuriat.
Masjid di bandar Muadzam Shah Pahang
Raja Pahang
Dataran di Bandaraya Shah Alam
Raja Musa Ghiatuddin Riayat Shah Selangor dihalau British ke Pulau Cocos di ganti dgn Hishamuddin
Makam DYMM Sultan Syeikh Abdul Qadir Ibni Almarhum Sultan Husein Shah Alam, Tanjung Inggeris, Kedah
Nathawi ( Menang Bendera Berkibar )
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika sekiranya seorang lelaki berdiri di antara ar-rukun dan al-maqam lalu bersolat dan berpuasa kemudian ia mati dalam keadaan ia membenci keluarga Ahlul-bait Muhammad s.a.w. pastilah ia memasuki neraka".
[ Riwayat Nai Syburi ] Kitab al-Mustadrak m.s. 148
Hikayat Merong Maha Wangsa
Hikayat ini telah diolah oleh pihak penjajah seperti mana mereka telah mengolah hikayat-hikayat Melayu yang lain contohnya Hikayat Hang Tuah, Hikayat Inderaputra dan lain-lain seperti mereka mengolah kitab agama mereka Taurat dan Injil sehingga menjadi seperti metos dan dongeng.
BERSAMA KANAK-KANAK BERPAKAIAN TRADISI KERABAT TURKI USMANIYYAH SEBELUM MEREKA BERKHATAN
Rasulullah bersabda: "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik Raja dan Tenteranya adalah sebaik-baik Tentera".
MERONG AND THE GANG
JAMBATAN RAJA FAROUK DI ISKANDARIAH, MESIR
TEMPAT NABI MUSA A.S. MELINTASI LAUT MERAH
Raja Daerah Turki Muhammad Khan al-Fatih
Raja Omar Ali Saifuddin (Raja Brunei)
University College al-Haram, Mecca
PUTERA MEGAT AL-JEFRI
Pedang milik Imam Mahdi Muntazar pusaka dari Saidina Ali Karamallahu Wajhah, Zulfikar