Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 19 Julai 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 7 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM KEPADA KETUA PEMBANGKANG DEWAN PARLIMEN MALAYSIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

------------
------------


KELIHATAN YM TUANKU NAI LONG KASIM SEDANG DITEMURAMAH OLEH WARTAWAN TV DI KEDIAMAN BAGINDA BARU-BARU INI SEMASA PERHIMPUNAN KERABAT DIRAJA AL-JEFRI BENUA SIAM KEDAH MERONG MAHA WANGSA





Apa khabar semua ? Di harap sentiasa selamat dan diharap kita mendapat taufik dari Allah s.w.t. untuk beramal dengan amalan yang soleh di bulan sya'aban ini iaitu bulan junjungan nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat bulan kekasih Allah s.w.t. ini, memberi peluang kepada kita untuk mengerjakan amal ibadat sebanyak yang boleh. Termasuklah menghormati anak cucu cicit dari darah nabi s.a.w. dengan cara menyediakan wang elaun khas dari baitulmal sepertimana yang dilaksanakan oleh Khalifah ar-Rasyidin di zaman keemasan Islam dahulu dan memberi sokongan serta berganding bahu dengan mereka mendirikan Watan Darul Islamiyyah di bawah pemerintahan seorang Khalifah, ini kerana mereka ini diharamkan memakan zakat tetapi di jaga rapi oleh pencinta-pencinta nabi s.a.w Kerana keluarga Ahlul-bait merupakan aset yang sangat berharga kepada negara Islam dan musuh ketat kepada golongan kafir Ahlul Kitab. Di bulan Nabi s.a.w. yang mulia ini marilah kita menghayati Surat Tuntutan dari anak cucu cicit nabi Muhammad s.a.w. iaitu dari jurai Merong Maha Wangsa dan Syarifah Mariam Al-Jefri. Di dalam surat ini ialah permintaan yang mulia dan suci murni dari anak keturunan nabi Muhammad s.a.w. dan juga waris mutlak bagi empayar Islam Benua Siam Kedah Merong Maha Wangsa iaitu YM Tuanku Nai Long Kasim agar baginda Nai Fai Dato' Seri Anwar apabila terpilih menjadi Perdana Menteri kelak, usul agar baginda membatalkan perlembagaan Malaysia yang menolak hukum khutbah Wida Nabi Muhammad s.a.w. dan juga usul menolak Raja-raja Melayu Berpelembagaan Negara Malaysia kerana mereka ini bukan dari waris mutlak Maharaja Islam Benua Siam Kedah tahun 1199 Hijrah DYMM Khalifah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Di mana baginda ini bersemayam di istana Kota Mengkuang di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.






TINGGALAN BANGUNAN PURBA WARISAN MERONG MAHA WANGSA DI BENUA SIAM KEDAH ATAU INDOCHINA MASIH LAGI UTUH DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN VIETNAM SEKARANG SERTA TERSELAMAT DARI DIRUNTUHKAN OLEH BRITISH DAN PEMBERONTAK TALI BARUTNYA KERANA KAWASAN INI BUKANNYA DI BAWAH JAJAHAN MEREKA





Pemerintahan di bawah seorang Khalifah di bawah panji-panji Ahlul-Bait penting kerana ianya dapat memantau segala amalan dan pemerintahan itu agar benar-benar berlandas sunnah nabi s.a.w. Seperti amalan Nisfu Syaaban yang sekarang boleh di katakan semua masjid-masjid di tempat kita. Ianya sebenarnya bukan amalan sunnah nabi s.a.w tetapi ianya perlu di niat dan boleh di buat atas dasar silaturahim, acara-acara agama dan perpaduan tapi jangan di anggap sebagai amalan sunnah nabi s.a.w. Ini kerana asalnya di mulakan oleh pengikut-pengikut sahabat-sahabat nabi s.a.w. di Syam pada zaman pemerintahan Bani Umayyah oleh penduduk di negeri Syam oleh tokoh-tokoh mereka yang bernama Khalid bin Mi'dan, Makhul, Lukman dan lain-lain. Syam sekarang telah di pecah belahkan oleh musuh-musuh Allah s.w.t kepada negara Lubnan, Palestin, Syria serta Mosul sekarang berada di dalam negara Iraq dan Antakia di dalam negara Turki.
Tokoh-tokoh hebat ini beribadah bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban dan di turuti oleh orang awam yang merasakannya adalah amalan mulia kerana di lakukan oleh idola mereka. Sedangkan amalan membaca Yasin dan lain amalan sebanyak mungkin tidak di khususkan pada malam Nisfu Syaaban sahaja, kita di galakkan membuat sebanyak-banyaknya juga di hari yang lain tidak di khususkan hanya di malam tersebut kerana di takuti ianya menjadi Bida'ah. Begitu juga doa, tidak ada dalil yang ianya dari nabi s.a.w. kerana semua hadis-hadis tentang doa itu ialah kesemuanya hadis Mauduk atau hadis rekaan semata-mata. Tidak ada riwayat yang Sahih daripada nabi s.a.w. ataupun para Sahabatnya r.hum membuat amalan berdoa di sepanjang Malam Nisfu Syaaban ini.







VIDEO KLIP TENTANG PERJUANGAN BAGINDA ANAK CUCU CICIT RAJA SELAMA DI KAGUMI OLEH RAKYAT MALAYSIA MALAHAN JUGA DI KAGUMI OLEH PEMERHATI-PEMERHATI POLITIK DARI LUAR NAGARA





Di dalam hadis-hadis Sahih pula misalnya, Imam Bukhari ( 810-870 ) tidak menyebut secara khusus berqiamullail di Malam Nisfu Syaaban tetapi di sebut berqiamulail di setiap malam di bulan Syaaban. Mengikut Imam Hasan al-Banna ( 1906-1949 ) yang hidup ketika Mesir di waktu itu merupakan negara yang kaya raya dan pengeluar bijirin gandum dunia " Tiada halangan di buat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masaalah Khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama ke arah itu untuk mencapai perkara yang Hak. Tanpa usaha tersebut ianya akan membawa kepada perdebatan tercela dan membawa kepada perasaan Taksub. " Lagipun sambutan Nisfu Syaaban yang di anggap penting di Malaysia tidak di amalkan di tempat lain di negara-negara seluruh dunia. Jadi tidak peliklah jika tiada Fatwa Ulama Muktabar di keluarkan masakini tentang adakah Sahih atau Batilnya amalan ini. Imam Ahmad bin Hambal ( 781-855 ) anak murid Imam Syafie pun tidak pernah di ketahui menyebut apa-apa tentang sambutan Malam Nisfu Syaaban ini. Manakala Al-Hafiz bin Rejab juga mengesahkan bahawa tidak ada lansung riwayat Sahih dari Rasullah s.a.w serta sahabat-sahabatnya menggandakan amalan di Malam Nisfu Syaaban tersebut. Jadi ana berharap kita faham dan sedar tentang duduknya perkara sebenar perkara ini berdasarkan sejarah sirah nabi s.a.w dan para sahabatnya dalam perkara Malam Nisfu Syaaban ini. Jadi untuk tidak membuang masa, marilah kita menghayati Surat Tuntutan ke tujuh daripada YM Tuanku Nai Long Kasim kepada YM Nai Fai Dato' Anwar Ibrahim ini untuk menjadi pedoman dan pengetahuan kepada kita semua di hari depan kelak. Sekian, wassalam.









17 ulasan:

  1. Assalamualaikum YM Nai Megat,
    Keturunan Nyak Putih menetap di kawasan sg Pasir. sg Petani.katanya wafa Tengku Putih masih tersimpan elok lagi. Ana akan pergi tengok wafa tersebut dan maklumkan pada anta.

    Tengku Puteh mangkat di Baling pada 1821 di bunuh Thai. Keturunannya Dasli salah seorang darinya. Manakala Junip berasal dari Selama dd kenalkan oleh TNL Mazlan Majid alJefri kepada ana.

    Apa-apa mmaklumat ana sampaikan pada anta nanti.

    BalasPadam
  2. Makluman utk YM Nai Megat, Mahkota pemerintahan Kedah ada tersimpan dekat Putra Indra Sakti dan ana paling rapat dengannya.

    BalasPadam
  3. Ini pesanan dari Nai Junip SELAMA KEDAH PERAK utk YM Nai Megat -

    Assalamualaikum Adinda Megat .Salam Perkenalan.Kanda Junip Huzayin cicit kepada TENGKU PUTEH. Perlu kah kita bertemu ?

    BalasPadam
  4. Untuk makluman YM Nai Megat, maklumat lengkap keturunan ana .sebelah ibu dari keturunan Syeikh Yunus berkahwin dgn keturunan Tok Bidan Susu Lanjut @ Tok Itam.sebelah bapa Tuanku Nai Long Chik iaitu abg Tanjung dan Bunga. Perjumpaan dgn waris Bunga mengesahkan peralatan kebesaran keturunan di buang ke sungai SELAMA dan bekas lombong.

    Ana hanya ada keris dan sundang sahaja. Ana akan mempersembahkan salasilah ana pada YM Tuanku pada hujung bulan ini. Anta akan di jemput sekali untuk menjadi saksi ana. Sumpah taat setia ana pada YM Tuanku .Aamin.

    BalasPadam
  5. Waalaikum salam tnl chik...

    pak ngah nai long kasim cukup gumbira dgn sumpah taat setia anta tu... dia kata tudia sampai mcm tu sekali.

    kirim salam ana kat junip SELAMA tu ya, wsslm.

    BalasPadam
  6. Insyaallah demi maruah keluarga kita, ana sanggup berkorban.

    BalasPadam
  7. Sememangnya itu lah hakikat penceritaan sebenar keluarga kita juga dari ayahanda Nai Man. Trajis dan penuh dgn suka duka.

    Menangis bila ana ceritakan Tuanku Nai Long Kasim mirip ayahanda jika dilihat dari sisi. Ayahanda teringin bertemu Tuanku dgn izin.

    BalasPadam
  8. Utk makluman anta dan kerabat yg lain.Ana tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini. Jantung ana ada masalah dan kronik nak dimasukkan 3 stand awal bulan nanti dihospital Pulau Pinang.

    Ana tidak dapat memasukkan beberapa legaci kedalam blog ana utk memastikan teka teki dan persoalan terjawab. Ana pohon maaf. Hasrat utk bertemu baginda bagi memastikan pengesahan jurai ana tidak kesampaian kerana keadaan ana.

    Walaupun ana tahu ana dari jurai man. Ana juga tahu bagaimana harus mengesahkan status keturunan melalui 2 petanda yg mungkin tidak ramai kerabat kita tahu hal itu.

    Pertama dgn alam nyata Kedua dgn alam ghaib. Itu adalah rahsia keturunan kita. Jika anta ingin tahu, ana akan beritahu jika hayat ana panjang. Akhirnya Rahsia itu hebat.

    BalasPadam
  9. bersabarlah di atas apa yg menimpa anta sbb itu semua ketentuan allah taala...nabi s.a.w bagitau jika seseorg d uji , itu bukti allah taala sayangkan kita dan meninggikan darjat kita d sisinya.

    semoga anta d beri kesihatan dan banyakkanlah berehat agar d sembuhkan oleh allah.jangan lupa makan tiap2 pagi yogurt @ susu masam agar jantung anta kuat, ianya makanan resmi nabi s.a.w dan sblm mikraj ke langit pun baginda makan benda ni, wsslm.

    BalasPadam
  10. Apakah hukum kita sambut mlm Nisfu Syaaban wahai ust Megat

    BalasPadam
  11. Assalamualaikm Tuanku Shah Alam Ustaz Megat,

    Berjumpa kita lagi di arena penulisan ulasan. Saya tak pernah pun sambut Nisfu Syaaban sebab zaman nabi ustaz saya beritahu semua malam nabi kuat ibadat terutamanya pada Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

    Mana ada istilah Nisfu Syaaban zaman tu kan ? Ahmad Niisfu ada le, keh,keh,keh,keh.
    Saya dikesempatan ini ingi mengucapkan pada Ustaz Megat Alam Shah selamat berpuasa pada bulan Ramadhan. Semua ahli keluarga saya kirim salam kat Ustaz.

    BalasPadam
  12. waalaikum salam saudara auji dan fwzsoleh...

    ttg nisfu syaaban ni hukumnya akn menjadi bida'ah jika d anggap ianya amalan nabi s.a.w tapi hukumnya bukan bida'ah jika d anggap sebagai acara tahunan utk kenduri-kendara, silaturahmi, kasihsayang dan perpaduan.misalnya acara sambutan ma'al hijrah ianya baik utk memberi hadiah, anugerah dan temasya sedekah menyedekah. ianya bukan amalan nabi s.a.w sbb kelendar islam hijrah secara resminya hanya di buat d zmn saidina UMAR AL-KHATTAB. tapi sambutan maal hijrah, maulid nabi dll ianya berfaedah utk acara2 agama utk sambutan org islam yg d selang-seli dgn ceramah2 nasihat dll.


    kpd auji , syabas sbb kecik2 lagi dah dapat membeza amalan sunnah dan bukan sunnah dan dapat membezakan perkara hak dgn yg batil, tahniah dari ana sekali lagi.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum ustaz Megat Alam Shah

    pertama sekali, terima kasih atas jawapan yg telah diberi. Saya rasa setakat ini tiada lagi sesiapa yang mengucapkan Selamat Hari Raya kpd Ustaz Megat.
    oleh itu,saya disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum tuan Megat..

    Sebagai makluman tuan, saya ada menyediakan satu fanpage di FB dibawah tajuk sama sebagai tribute kepada blog ini.

    setiap artikel di page itu adalah sama dengan apa yang ditulis di blog ini, dan setiap kali tuan meletakkan post baru ia akan dicopy secara automatik ke bahagian nota page itu.

    Setakat ini cuma saya seorang admin page tersebut. Walaubagaimanapun tuan adalah dialu alukan untuk menjadi admin.

    Sekiranya tuan tidak bersetuju dengan perkara ini, saya dengan berbesar hati boleh memadamkannya pada bila-bila masa saja..

    Semoga dirahmati Allah sentiasa.

    https://www.facebook.com/pages/Kedah-Cyber-Syburi-Kota-Star-Gate/151856614893663

    BalasPadam
  15. walaikumsalam fwz dan perindu...

    maaf kerana lambat membalas surat kalian kerna sibuk dgn aktiviti masjid, nusrah jamaah dan kegiatan kemasyarakatan d halkah kami ini. trima kasih fwzsoleh dan selamat hariraya kembali.

    baguslah PERINDU YANG CURANG atas idea yg bernas. itu semua tiada halangan pada ana malah satu cetusan idea yg baik cuma IKHLASKAN ILMU KITA dgn memaparkan nama penulis d dlmnya dan jgn bersikap spt setengah blogger contohnya TAQIUDDIN yg banyak mengambil artikel orgramai tapi tidak d paparkan siapa penulisnya. ini pengkhianatan ilmu namanya contoh lagi spt DOA NISFU SYAABAN hanya d paparkan HADIS NABI tanpa nama BUKHARI, MUSLIM , ABU DAWOOD DLL d dlm penulisan. ini satu kekeliruan yg plg tragis d dlm penulisan dunia dan akhirat.

    yg terbaru mengambil artikel ttg 'hitler' dan 'empayar islam sampai d amerika' , dah merata2 tersebar tanpa kita ketahui siapa penulis asalnya, ini satu kerugian pada kita yg ingin pencerahan dan soaljwb dari tuan asalnya, sekian wsslm.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. Insya Allah, artikel yang disertakan sememangnya di sertakan sumber asal sebagai memudahkan untuk rujukan..

    ( Perindu Yang Curang )

    BalasPadam
  17. suka baca salasilah YMT Tuanku Nai Long kasim. pada tahun 2004 saya dan keluarga penah pegi rumah YM Tuanku Nai Long Kasim. Saya panggil Tok Ngah sbb sebelah ayah sy ada pertalian juga dengan YM Tuanku Nai Long Kasim. Memang teruja la bila YM Tuanku cerita sejarah kerabat ni.

    BalasPadam