Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 19 Jun 2011

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BERSAMA DENGAN BLOGGER FAIRUS

-----------------
----------------
-----------
RUNTUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM DI BENUA SIAM KEDAH BERHUBUNG RAPAT DENGAN PERANCANGAN SULIT MUSUH-MUSUH ALLAH UNTUK MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN KELUARGA NABI S.A.W. SEBAGAI PEMERINTAH YANG UNGGUL




Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dalam kesibukan kita berseminar, berkursus ICT, dan berkursus perguruan serta menziarahi umat, tapi Allah s.w.t. masih lagi memberi peluang bagi kita untuk menghayati artikel pada bulan ini. Ana pernah berjanji kepada blogger Fairus Azian di dalam artikel yang bertajuk KERJAAN ISLAM LEGEH, PATTANI BARU, KELANTAN, TERANGGANU DAN JOHOR-RIAU untuk menjawab segala soalan beliau di dalam bentuk artikel. Kita sememangnya menghargai kepada usaha saudara Fairus ini mencari asal-usulnya dan kerana minat beliau terhadap sejarah realiti nusa bangsa. Ini kerana di zaman kerosakan umat ini sangat kurang orang yang mempunyai minat dan semangat juang yang tinggi untuk mengetahui dan membuat kajian sejarah seperti seperti saudara Fairus kita ini. Minatnya yang tinggi menyebabkan ulasan yang beliau hantar berbentuk soalan ini ana anggap antara yang terbaik setakat ini untuk kita renungi dan hayati bersama-sama. Agar suatu hari kelak bangsa Melayu Jawi ini akan bangun semula mentadbir dunia dibawah pimpinan raja mereka keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Ahlul-Bait Ajam Timur yang memimpin pula bangsa Jawi ini berketurunan Nabi Ibrahim a.s. yang dikenali sebagai ' Bapa segala Ambia '. Dan Nabi Muhammad s.a.w. juga ialah dari zuriatnya tetapi dikenali sebagai ' Nabi Akhir Zaman ' serta ' Penghulu segala Nabi-nabi atau Ambia' . Jadi anak-anak zuriat Nabi s.a.w ini merupakan pemerintah dunia, manakala rakyatnya dan merangkap kakitangannya bangsa Melayu Jawi merupakan anak cucu zuriat Nabi Ibrahim a.s. yang sangat dibenci oleh musuh-musuh Allah yang cuba menakluki dunia dengan kebatilan mereka. Sekarang mari kita hayati soalan-soalan daripada blogger ini.



KEUPAYAAN KELUARGA ZURIAT NABI S.A.W. MENTADBIR KAWASAN NUSANTARA INI DAN DUNIA AMNYA AMAT DICEMBURUI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH S.W.T. YANG DI KEPALAI OLEH BANGSA INGGERIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH EMPIRE




Soalan :


i. Salam Tuan Megat al-Jefri, adakah ini bermakna pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa 1711-1778 ialah pemerintah yang betul setelah beliau menaiki tahkta selepas kemangkatan adindanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 1706-1711?

Jawapan :

Ini tidak betul, kerana beliau hanyalah Paduka Seri Perdana Menteri Sultan dan hanyalah adik ipar kepada Sultan Kedah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah dari bukti makalah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, forum yang bertajuk Ceritera Sultan Syarif Shah pada 20 Ogos 2009, sila rujuk muka surat 4, Salasilah Yamtuan Syarif Shah dan Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bukanlah putera Sultan Kedah Yamtuan Muhiyuddin Mansur Shah.


Soalan :

ii. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa jugalah terjadinya peristiwa di mana Sultan Syarif Shah Abu Bakar melarikan diri dari Pattani dan membina kota/Istana di Kota Mengkuang sebelum peristiwa MUSUH BISIK yang membunuh semua kerabat termasuk anakanda Sultan Muhammad Jiwa melalui perkahwinan dengan adinda Sultan Syarif Abu Bakar.

Jawapan :

Semasa DYMM Sultan Sharif Abu Bakar Shah membina istana Kota Mengkuang di dalam bukit, Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa hanyalah berjawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar, sila rujuk mukasurat 26 dan 27 buku Undang-Undang Kedah. " Catitan disalin Seri Perdana Menteri dari hukum-hukum Dato' Besar Kota Star masa itu. Sebermula banyak emas ditempah Bunga Emas dihantar ke Benua Siam dua puluh Emas masa Raja dahulukala. "


Soalan :

iii. Jika dikaji dari salasilah Sultan Muhammad Jiwa, baginda adalah dari jurai Merong Maha Wangsa juga. Malah Beliau amat dimuliakan kerana kuatnya pegangan Baginda kepada agama Islam setelah sanggup merantau menimba ilmu agama dan menyamar sebagai orang kebanyakkan.

Jawapan :

Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa bukan jurai keturunan Merong Maha Wangsa, kerana salasilah beliau hanya pada tahun 1136 Masihi sahaja. Tapi kelahiran DYMM Sultan Muzaffar Shah I Merong Maha Wangsa ialah pada tahun 125 hijrah atau pada tahun 745 Masihi. Tetapi dakyah musuh-musuh Allah dan penulisan palsu mereka mencatatkan keturunan Muhammad Jiwa ini di tahun 1136 masihi daripada keturunan Raja Hindu yang bernama Sultan Muzaffar Shah Phra Ong ( Firaun). Inilah sejarah penipuan yang dibuat oleh musuh-musuh Allah untuk menutup dakwah Islamiah dan kewujudan Negara Islamiah yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah pada tahun 220 hijrah di zaman DYMM Sultan Badrul Munir jurai keturunan Merong Maha Wangsa serta darah keturunan Rasulullah s.a.w. bukannya Hindu atau Buddha. Pengembaraan beliau sebenarnya bukannya untuk mencari ilmu tetapi mengikuti isterinya Nang Che Puan adinda kepada DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ke negeri Ayuhtia di Indo-China atau Benua Siam untuk bersemayam di sana.






OLEH KERANA BANYAK ULASAN DI BULAN JUN TIDAK MENYEBUT LANGSUNG TENTANG MUNSYI ABDULLAH TAPI LEBIH RAMAI MEMPERKATAKAN TENTANG BAGINDA MAKA MARI KITA LIHAT SEJENAK SEJARAH TENTANG BAGINDA DI TAHUN 1998




Soalan :


iv. Berbalik kepada Sultan Abu Bakar, adalah baginda juga dikenali sebagai Raja Bakar di Pattani?

Jawapan :

Ya, memang betul ! DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ialah juga Penaung kepada Negeri Pattani. Baginda berasal daripada Maharaja Siam Dinasti Ayutai ke33 Boromoraja V Ekataat. Beliau pernah memerintah dan bersemayam di negeri Tenangsari (Myanmar), negeri Ayuthia, Ligor dan Kota Mengkuang. Baginda ialah Agong atau Shah Alam bagi empayar Benua Siam Kedah Pasai Ma.


Soalan :

v. Berkenaan isteri Sultan Hamid pula, ada rekod mengatakan mempunyai 8@9 isteri (sorry dah lupa) dan Syarifah Sofia adalah isteri ketujuh dan Manjalara isteri keenam Sultan.

Jawapan :

Itu tidak betul ! Syarifah Sofea atau Nai Sofea ialah isteri yang kedua dan Manjalara pula isteri yang ketiga selepas Raja Abdul Hamid dilantik menjadi Sultan Kedah Darul Aman yang pertama oleh Raja Thailand Bangkok Bhudda yang merupakan penjajah Negara Siam yang berpusat di Bangkok dari dinasti Chakri Sukuthai yang bernama Chulalongkorn pada tahun 1881 masihi. Raja Abdul Hamid bukan putera Sultan Kedah, bahkan dia adalah keturunan Lanun Abdullah Mukarram yang merangkap Raja Daerah Pulau Pinang yang belot menyerahkan daerah dari bahagian empayar Nagara Kedah kepada penjajah kafir British yang bernama Kapten Francis Light pada tahun 1786 masihi.





INI PULA STRATEGI MUSUH DALAM PERANG DEMOKRASI, CIPTAAN BRITISH YANG PENUH DENGAN FITNAH, CACI HAMUN DAN BATU API YANG MATLAMATNYA UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT, JADI MARILAH KITA KEMBALI KEPADA SISTEM DEMOKRASI YANG DIGARISKAN OLEH IMAM HAMBALI YANG MENDOKONG SISTEM KHALIFAH DARUL ISLAMIAH





Soalan :


vi. Selain itu, salah seorang panglima Kedah yang menentang Siam adalah Tengku Muhammad Saad, baginda adalah anak sulong kepada Sultan Abdullah iaitu anak sulung pula kepada Sultan Ahmad Tajuddin II yang dikenali sebagai Marhum Melaka yang juga digelar tali barut Thai dan British serta orang yang bertanggungjawab ke atas serangan Thai (orang biasa sebut Siam) keatas Kota Kuala Kedah semasa majlis kenduri Sultan Syarif Abu Bakar. Persoalan, adalah jika Tok Wan dia seorang pembelot kenapa Tengku Muhammad Saad belot dan berperang dengan Siam pula. Mohon pencerahan tuan.

Jawapan :

Muhammad Saad sebenarnya adalah pemberontak dan bukan pejuang dan panglima Kedah. Beliau menentang pemerintahan kerajaan Ahlul-Bait Merong Mahawangsa Kedah Pasai Ma dan beliau sememangnya putera Raja Abdullah Mukarram Raja Daerah Pulau Pinang. Pemberontakan beliau di zaman Maharaja Siam Dinasti Ayutia ke33 Boromoraja V Ekataat DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Shah ialah satu perjuangan membantu British dan Thai Bangkok menjarah empayar Nagara Kedah. Muhammad Saad bukan menentang tentera Kafir Buddha Thai tetapi bersubahat menentang tentera Islam Benua Siam Kedah yang pada masa itu dibawah pemerintahan putera kepada DYMM Sultan Muhiyuddin Mansor Shah yang permaisurinya bernama Hang Li Po. Sesungguhnya sejarah realiti bangsa perlu dihayati agar tidak tertipu dengan penulisan barat yang sering kali memutarbelitkan sejarah untuk menghalalkan penjajahan dan penjarahan mereka di Semenanjung Siam Melaka yang tercinta ini.

Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

28 ulasan:

  1. Assalamualaikum Shah Alam Megat,
    ana nak minta tolong tanyakan tentang hj aziz @ nai hj aziz@raja aziz, satun ada atau tidak dalam salasilah.hj aziz adalah guru ugama zaman 1700-1800. dipercayai dari jurai nai long mokhtar.

    BalasPadam
  2. Ana juga ingin bertanya nyak putih @ raja putih adakah dari nasab kita.makam diteluk ambon.pulau sayak.
    sebab dalam minggu depan ana nak ziarah dan lihat wafak keluarga disitu

    BalasPadam
  3. Adalagi soalan, ingin mengesahkan sahaja.Bunga dan Tanjung berbintikan apa?

    Menurut penceritaan Bunga dan Tanjung di larikan ke istana Baling bersama ayahndanya utk bersembunyi.Info ini ana tanyakan pada ayahnda ana. Manakala moyang ana Nai Chik dilarikan oleh Panglima Saad dan menetap di Sg Jawi, Sg. Bakap dan Pulau Pinang. Mohon sahkan kedudukan moyang Bunga dan Tanjung.

    Adakah sama dgn penceritaan ana. Terima kasih

    BalasPadam
  4. Last soalan ana ingin bertanya tentan Syeikh Mohd Akil bin Syeikh Mohd Junus @ Yunus berasal Jerlun ada tak waris-warisnya lagi.

    Dari keturunan Tok Bidan Susu Lanjut. Contohnyanya Syeikh Mohd Saad. Ana perlu info dari anta. Ana nak tulis dalam blog ana ni. Ana kurang mahir. Harap maaf nai Megat, ana ni bertanya saja sebab ana sering menyebut nama Tok Bidan Susu Lanjut dan Tok Itam.Berkemungkinan ia ada sangkut paut. Kedua-dua abg saya ada nama kedua iaitu Teh dan Tam sempena nama moyang saudara.

    Mohon jawapan kalau diizinkan, saya takut nasab saya tak ada di Kedah tapi yakin kuat di Pattani.

    BalasPadam
  5. waalaikumussalam tnl. chik...


    wah banyak soalan anta tu, ni ana kena jawab mcm surat fairus ni dlm satu artikel , baru best.


    insyaallah, wsslm.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Tuanku Megat kerana memberi respon yang baik mengenai soalan ana tu, ana ada soalan lagi iaitu :

    Anta biasa dengar @ tidak nama-nama Tok Chai moyang kita mengikut susunan, seperti Chan Lut, Chan Liang, Tok Ding, Tok Phrang, Tok Bidan Susu Lanjut, Tok Ding Phrang Bung, Tok Ding Kayangan, Syeikh Serban Putih Serai, Tok Kudung. Jika anta Tahu dalam versi Melayu mohon berikan jawapan..itulah keturunan asal ana.

    BalasPadam
  7. Ana mohon bantuan anta utk sahkan nama ayahanda Tuanku Nai Long Chik ibni nya apa ?
    .Sebab ana tanya waris Tok Bunga depa tak tahu.

    Mukadimahnya perlu ibni Tuanku Nai Long....? Baru jalan cerita tepat. Ana tak tahu, pasal Nai Long Chik tak ceritakan pada anak cucunya.

    Maklumlah terpisah dlm usia 12 tahun berjambul lagi. Mohon anta jawab dan khabarkan pada ana. Mohon ya Nai Megat, berharap benar ni..

    BalasPadam
  8. Ana minta maaf kerana banyak sangat soalan ana ni sebab ana telah mencari waris-waris Tuanku Bunga disekitar Mahang. Dah jumpa tapi banyak berkisar pasal Raja Pattani.

    Manakala Tuanku Tanjong tiada waris, timbul pula nama Tuanku Husin. Mohon Anta bantu berkaitan Tuanku Chik, Tanjung, Tuanku Bunga , Husin sekitar tahun 1818 m zaman perang Thai vs Siam.

    Dari nasab dan jurai mana ana dah keliru. Bila jumpa waris yg bercerita lain-lain. Nak buat Teks x boleh sebab ada percanggahan fakta. Yang ana tahu bibir bawah YM Tuanku Kasim sama dgn bibir ayahanda ana.

    BalasPadam
  9. Akhir sekali Nai Megat tahu tak keturunan Syekh Muhammad Yunus ( Jerlun ) .Kalau ada info berkaitan maklumkan ana.

    BalasPadam
  10. Assslamualaikum Tuanku Shah Alam Nai Megat,
    ana rasa ini mungkin soalan ana terakhir utk Nai letak dalam artikel Nai kelak,
    ada atau tidak keterunan kita berkahwin dgn keturunan Raja majapahit iaitu Raen Pateh Gajah Mada dan pembantunya Gusti Adi Pati....yg melarikan diri ke negeri empayar islam siam kedah semasa rampasan kuasa oleh Gusti Ratu diMajapahit.

    Mereka mengenakan tunggangan seekor harimau jadian bernama Tik Cepoh dan lari kesini. peristiwa ini ada hubung kait dgn keturunan Tok Bidan Susu Lanjut.

    Ana didatangi tok cepoh dgn nada marah semasa ana sakit baru-baru ini semasa terlelap. Ada kah kita mempunyai darah dari Majapahit juga.

    ana keliru.bila anta boleh bertemu ana secara bertentang mata sabab ana nak berikan all out carita legasi ana dan keturunan utk dimuatkan dlm blog ana. Banyak sangat moyang kita berahsia.

    Apa sebabnya? Ana kena berpusing-pusing utk mencari maklumat......ana nak tahu Tengku Nai Long Chik dari jurai mana ? Ana dah buntu mencari. dah cari ada pelbagai versi timbul.pening.

    siapa tu Tok Phrang@ Raja Phrang @ Tok Perang Paja Patani suami Tg Bunga. yg pasti bukan tok perang Raja Selama.

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam t.n.l.chik...

    trima kasih sbb menghantar banyak soalan tapi ana bukannya tahu semuanya, nnti ana rujuk pada pak ngah ana ym tuanku nai long kasim. anta tanya banyak2 pun takpa ana takisah dan tak marah. yg penting ini utk kemajuan dan jati diri nusa bangsa kita. ana dan pak ngah akan cuba menjawab semuanya.insyaallah.


    tadi ana dapat panggilan telefon dari kawan2 britahu yg al pondan tani sembuh dah dan mengamuk kutuk ana. ana lama dah tak baca blog dia, tak minat sbb banyak sangat kata2 kotor d dlm ARTIKKELnya, maklumlah SI LEMBUT mengalahkan pompuan...bukankah dia sakit kena bala penyakit buasir sbb hina keturunan rasul s.a.w. tak serik2 lagi ka ...? dah la penulisan teruk, hidup2 salin musuh allah punya pastu mengaku kajian dia pulak...


    BUDI BAHASA BUDAYA KITA, anta masih tak faham ka ? sudah lah wahai pondan tani, skrg teori nenek kebayan tok guru anta ttg jawaka dan mala d anggap oleh kerajaan hanyalah khayalan dan fantasi.kesian... pastu tengok video klip nai din kota, pondan tani dgn perasaan penuh hasad dengki FITNAH, CACI HAMUN DAN BATU API kutuk habis2an video klip tu. ajak org lain join dia. KONONNYA KAMI...sudahlah wahai alpondan tani, anta tu sorang saja sebenarnya dan skrg dok hasut org lain jadi huduh mulut mcm anta.insaflah.


    jgnlah d hina che wood. dan jgn d maki hamun video klip nai din kota, dia susah payah buat bukannya penghargaan yg d berikan malah kata kelentonglah dan mcm2 fitnah anta berikan, nak bala lagi ka ?. perangai huduh yg anta mulakan dulu pun d nafi habis2an. skrg tak mengaku juga ka ? innalillahi waina ilaihi rajiun.


    nak tinggikan melayu konon, tapi dlm senyap2 kata melayu ni lemah kalah dgn tamadun barat, dah tu senyap2 anta selitkan melayu ni hindu dan buddha macam keturunan anta .ingat kami tak tahu ka ?bela pulak org buat kebatilan. anta jgn tiru mcm depa buat ulasan palsu spt annymous, pastu pondan tani ni takut ana tau rancangan batu apinya... d tukar nama tanpa nama kpd nama PENYOKONG dan AKUADANAMALA, bila nak klikkan tak boleh...annymous atau tanpa nama la tu keh, keh. keh. jangan perbodohkan pembaca2 blog wahai alpondan tani, tak baik, allah taala tahu. org batil yg pondan ni sokong tu but ulasan sampai 100, nampak sangat menipu...buatlah 1000 kenapa 100 saja, keh, keh, keh.

    tajuk alpondan tani pulak KIPAS SUSAH MATI TERLAMPAU, bahasa anta teruk la! kalah samy vellu, ntah2 al pondan tani tak lulus BM ka apa dlm SPM...lani ana nak nasihatkan anta p sekolah bahasa melayu . belajar nahu melayu BETUL2.


    mengaku mak dia bangsa melayu suku siam, tapi dia sendiri pulak terhenggeh2 nak lawan pak ngah dan anai2 serta kerabat SIAM DIRAJA. apakah hukuman utk pembelot, batu api, hina melayu dan pembelit org mcm ni ? sesiapa boleh jawab ?

    BalasPadam
  12. Askm Kutubul Alam Tuanku Megat,

    La Pondan Wau 5 Tani , tak sangka ye nama saya disebut-sebut, terima kasih lah ya.Ni jika saya buat blog mesti terkenal ni, sebab semua orng nak kenal Che Wood, fewwet, tapi yang sebut nama saya bloger yang tak glamour macam pondan tani, nasiblah.

    sebut cakap saya serang ? Seolah-olah dia dan Makcik Sri tu tak pernah buat dosa dan salah, malah lebih celupar dari Joyah.

    Dia nak kenal saya ye, ok , ehem ehem saya sebenarnya ialah..........kenalkan diri awak dulu heh, heh. Yang ada cuma gambar enternet gambar jubah Yahudi mabuk bawak lampu mana Pondan Tani pinjam aje. Siapa awak heh heh, kek.Awak tu sebenarnya ingin menumpang populariti Tuanku Megat . Betul kan Tuanku Megat? Sebab tu komplen, dahulu komplen Anai-anai mengenai artikel China Wonh Feng Hong macam pandai sejarah. Betul kata Tuanku, Pondan Tani tulis artikel main salin orang punya aje.

    Tapi yang pasti saya ni ialah DDD eh D pulak , D ni kod Mak Cik Sri dan Pondan tiru, untuk makluman Megat maksudnya Donkey ,Dungun dan Degil, saya ni penyokong tegar Ilmuan Tuanku Megat dan menyayangi baginda dan keluarganya.

    BalasPadam
  13. Tuanku Megat, saya mohon kongsi maklumat kiranya ada mengenai salahsilah Hulubalang bernama Panglima Ismail. Terima kasih. jaiothman@yahoo.com

    Melbourne, Australia

    BalasPadam
  14. Askm Abe Megat,
    Penyokong tegar abe megat ? Saya pun penyokong tegar abe Megat, tapi Che wood kenapa tak jawab soalan abe Megat mengenai apakah hukuman untuk rakyat Siam AlPondan Tani yang lawan Megat Siam diraja ni ?

    Al Pandan Tani memang tiada mengena dengan raja , teringin nak jadi raja, buanglah jubah yahudi mabuk tu dulu , tunjuklah muko you yang betul barulah jantan.Baru kami boleh lantik jadi Raja, Raja Brooke atau Raja kra. Eh memang Al Senoi Pondan Tani bukan Jantan pun.Lupo sayo. Dahla mengaku ikhlas buat blog lagi ambo tak percaya, porah, kalau jujur janganlah maki hamun keluarga ahlulbait abe Megat, buat malu kompeni ajo.

    Hati-hati abe Megat, dia puji artikel ada makna tu, dia bukan orang biasa tapi Mat Lembut, separuh Jantan. Penyakit buasir yang dia kena tupun senonim dengan benda yang di belakang tu,tu.

    BalasPadam
  15. Assalamualeykum.
    KEDAH ACHEH PASAIMA.

    Nan droeneuh soe?Nan lon nai Salahuddin.Lon landuek di gampung Kedah.Paju bu…masam keeng dan manok….chot uro…..Meurah…lon tanyon bacut..peurumah..ini bahasa Aceh yang pernah dipelajari…
    “Mereka menyerang kampong kampong halaman ,mereka juga menangkap dan membunuh lelaki,wanita,kanak kanak yang tidak berdosa.Ada juga mereka yang menjadi mangsa perkosaan rakus oleh Tentera Nasional Republik Indonesia(TNI),ujar bekas pelarian Acheh saudara Muhamad Hamdi yang terpaksa melarikan diri dari Loseumawe,Acheh dan kini menetap di Bt 5 jalan Meru Klang Selangor.
    Ianya diceritakan kepada saya bersama saudara Ayin dari Ajil Terengganu(rasanya dialah satu satunya orang Terengganu mampu belajar bahasa Aceh dengan baik).Peristiwa ini di ceritakan pada tahun 1998 semasa kami mendengar siaran Radio Doutchveller versi Indonesia dari KOHN Germany yang boleh didengar melalui gelombang SW1 setiap jam 1900.Ia mengisahkan perjuangan rakyat Aceh melalui GAM(Gerakan Acheh Merdeka).
    Ketika itu dia menceritakan bahawa nenek moyangnya dan sebahagian orang orang Acheh mengetahui bahawa Kerajaan Islam Acheh Kedah Pasaima Adalah Bersaudara..Ketika beliau menceritakan peristiwa ini,saya belum mengetahui tentang Kerajaan itu sebenarnya ialah kerajaan yang pernah dipimpin oleh nenek moyangku dahulu.Dia menceritakan kepadaku seolah olah dia mengetahui bahawa ini adalah orang Empayar Islam Kedah Pasaima sambil berkata kamu dan Aceh adalah bersaudara dan mungkin anda ada perhubungan keluarga disana..Aku menafikan pada mulanya…Tetapi sekarang baru kutahu apa maksudmu sekarang…Bumi Aceh telah merdeka dan di beri autonomi memerintah sendiri..kepada sahabatku Ayin dari Ajil Terengganu,jika anda membaca blok ini,hubungi saya kerana lama sudah tidak bersua….sahabat kita Aceh itu telah berkahwin dan menetap di Bt 8 pekan Meru Klang.Beliau tidak berniaga dengan motosikal lagi.Beliau sudah membuka kedai barangan runcit disana..sekian wassalam.
    NAISALAHUDDIN..(Nai Megat ,nanti Nai Din post berita )

    BalasPadam
  16. Assalamualaykum..
    Kepada saudara Raman Shah bin Akbar Shah bapa kepada Syed Nazim Shah (pemilik Restoran Khyber)jalan Raja Muda Musa,Taman Gembira ,Teluk Gedung Klang Selangor..sekarang dah tiada,mungkin berpindah di tempat lain..
    Kepada Syed Nazim dan saudara Raman Shah,terima kasih kerana pernah menjadi saudara dan majikan yang baik...Saudara Raman Shah,pernah menceritakan kepada saya tentang nenek moyangnya yang berada di sekitar Islamabad dan perkampungan di KHYBER PASS,dahulu saya tidak tahu...sekarang saya tahu bahawa saudara Akhbar adalah dari turunan Maharaja Monggol India..dan apa yang diceritakan oleh Arwah datuk saya Nai Long Wahab adalah sama dengan apa yang diceritakan Saudara Akhbar.kemungkinan besar datuk saya pernah sampai rumah keluarga Akhbar Di Pakistan semasa berjalan kaki ke Mekah untuk menunaikan haji.Saudara Raman adalah garang orangnya,,,tetapi saya dan sahabat saya darikedah tidak pernah marah pada kami...orang lain kena...mungkin dia pernah diberitahu oleh moyangnya bahawa ada saudaranya dari darah Babur Shah,tinggal banyak diKedah..untuk makluman pembaca,saudara Raman Shah dan anaknya masih berhubung dengan keluarga Di Pakistan dan sekitar Khyber Pass.
    Terima kasih kepada semua saudara Akhbar kerana sudi mengajar Makanan Moghul peninggalan Maharaja Mongol India.Dari tempahan buffet...maka saya dapat memasuki rumah sebahagian rumah yang dikatakan kerabat Raja Selangor dan tengok perangai mereka...yang boleh dikatakan penyombong semua...layan waiter macam hamba...mungkin konon konon taraf tertinggi kot..samada lelaki atau perempuan,Ana pernah serve 6 biji rumah mereka...semua rumah ini berhampiran Istana Klang...Depa tak tahu kot ini siapa....tapi saya dah tahu anda semua ...rumah aja besar..hati kecil jer.....sekian...Kepada saudara Akhbar,insyaallah saya akan datang temui anda../wassalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Tuan Megat, saya minta izin untuk print out artikel tuan tentang sejarah Kedah.

      Padam
  17. Biar pi kat dia la YM Tuanku Megat., lantak pi kat dia. Zaman sekarang ni macam-macam.
    Nanti YM Tuanku Nai Long Kasim naik Pondan Tani ni dia sokonglah dengan alasan mak dia Melayu Siam.
    Sekian Salam Hormat.

    BalasPadam
  18. Minta maaf Shah Alam Habibullah Tuanku Megat anak keturunan raja-raja Melayu Ahlulbait dan saudari Sofea kerana saya lupa nak jawab, apakah hukuman utk Pondan Lembutani ni.

    Hukumannya ialah sula Pondan Tani ni sampai mati macam cerita SEmerah Padi, Pok Kra azan macam P. Ramli dan DDD Degil pula tukang mandi mayat,heh heh biar beerkubur dongeng Portugis Kritian dan Ayuthia Buddhanya, betul kan Tuanku Megat, wassalam.

    BalasPadam
  19. waalaikumussalam che wood, jai, sofea, nailongdinkkk dan ewa...



    minta maaf kerna lambat menjawab ulasan kalian d sbbkan ana sibuk dgn mjlis isra' dan mikraj yg berlansung d sekitar rumah ana dan jemputan dari masjd2 sekitar kota star ini.


    kpd che wood, betul juga tu ttg serangan mereka keatas blog akn menyebbkan umat ingin lebih tahu ttg blog ni dan mengunjunginya, syukran juga atas jwpan soalan ana hukumn kpd org yg memusuhi keatas siam diraja ini.



    kpd jai, ada lagi ka soalan, bolehlah kita kumpul smua jwp dlm satu artikel. kan menarik tu dan insyaalah ana akn jwp semuanya. jika boleh masa lapang anta tu bolehlah menyuluh sikit bumi australia tu kot2 ada nama2 kg yg ganjil dan signboard mereka selalunya tercatat benda2 ni.



    kpd sofea trima ksih ats sokongan enti tu,ramadhan dah dekat ni selamat berpuasa qadho jika blum menqadhonya.



    dan kpd naidinlongkkk, trimakasih d atas kprihatinan anta ttg sejarah realiti nusabangsa ini.



    kpd ewa pula trimakasih daun keladi kerna sudi menjawab soalan ana tersebut...

    sekian semua...wsslm.

    BalasPadam
  20. tahniah tuanku megat,

    teruskan penjelasan tentang sejarah nusa bangsa
    jangan layan tomahan dan kata-kata nista dari musuh- musuh Allah

    BalasPadam
  21. Assalamualeykum..
    PENYATAAN SERANGAN BLOG SEMAN DAN MAKCIK SRIKANDI KEATAS SAYA NAI SALAHUDDIN...
    MEGAT TIDAK TERLIBAT DALAM PEMBIKINAN VIDEO KLIP TERSEBUT(PERADABAN YANG HILANG...)SAYA YANG SUSUN ATUR KLIP TERSEBUT...YA MEGAT DAN SAYA ADALAH KELUARGA MERONG...MUNGKIN KAMU SUDAH LUPA SAYA ....?CIK SRI DAN SEMAN?
    DULU KAMU PENAH ANTAR KOMEN TENTANG CUCU SULTAN PAHANG YANG LELAKI XCIDENT KAT JOHOR MASUK HOSPITAL SWASTA,SAMPAI DOKTOR TAKUT NAK MASUK ,SEBAB ADA PESTA MINUMAN KERAS KAT DALAM BILIK VVIP...SAYA TAK NAK KEROHKAN KEADAAN...
    DAN 1 LAGI DARI MAKCIK SERI DAN SEMAN,RUSYDI,ADA DALAM BLOK ANDA TENTANG CERITA KEMALANGAN TENGKU KASI(ANAK MENAKAN SULTAN KEDAH?AWAK DAH LUPA KE?...AWAK SEMUA SAJA NAK CARI PASAL DENGAN SAYA KENAPA HA?SAYA PENAH GANGGU KAMU KE?
    MINTA PIHAK POLIS SIASAT SAPA DIAORANG INI...PETUALANG ...AKU BUKAN JENIS NAK MAKI HAMUN ORANG TAU..KEPADA RAJA MAHMUD YG MENJAGA MAKAM MOYANGKU...ANA MINTA MAAF SEBAB TAK DAPAT SAMPAI DENGAN SEGERA,DAH SEPARUH JALAN KENA PATAH BALIK KE KEDAH..SEBAB AYAHNDA SAKIT..INSYAALLAH NANTI KAMI SAMPAI DI BANTING..KALAU RAJA MAHMUD SAMPAI DI KLANG,ADA SAUDARA KITA DARI TURUNAN BABUR SHAH SEBELAH KAMI PERNAH BERTUGAS SEBAGAI DSP SABA DAN ANAKNYA INSPEKTOR IJOL...MEREKA BOLEH MEMBAWA RAJA MAHMUD BERTEMU SYED RAMAN SHAH B AKHBAR SHAH... BOLEH CERITAKAN KEPADA AKHBAR TENTANG SAYA DISINI ..SEKIAN WASSALAM..

    BalasPadam
  22. Assalamualeykum….
    NEGERI KEDAH INDAHNYA BULAN,
    TEMPAT LAHIR ILMUAN DITATANG
    JERAI PEDAGANG DARATAN LAUTAN
    RINDU SIREH PULANG KE GAGANG…
    TATKALA SENJA SAUH DI BARAT..
    NAI SALAHUDDIN KEPAUH JANJI,
    HENDAH DILUAH TERASA BERAT,
    IBARAT PERGI MENUNAI HAJI…..
    LUKA SEMBILU BELATI BINTANG…
    SESEKALI KILAS DALAM HIASAN..
    OMBAK INI PASTI DATANG…
    SESEKALI TIDAK,,,,PASTI ANTAKAN…..
    USTAZ TALIBAN……NAI RASHID KERIAN…

    ALKISAH CERITA AWAL 70-AN..PATIK PENGIRING ESCORT BAGINDA DULI SULTAN…… …,PANGKAT PATIK KOPERAL BIASA,BAWA KUDA PUTIH MENGIRING BAGINDA….SETIAP ADA KERAIAN DAN PERJUMPAAN RAKYAT ,,TEMPAT DITUJU PATIK IRINGI,TUGAS DIGALAS KERANA AMANAH DEMI MENYARA ANAK KELUARGA….DARI DARATAN HINGGA KE PULAU LANGKAWI….KUSUSUR JALAN,WALAU PATIK KERING MENTARI……TERBENAK DIKALBU INGIN BERTANYA?.APAKAH DULI MENGENAL PATIK ?WALAU KINI SUDAH BERSARA…(HABIS PETIKAN 1)PETIKAN 2:ANA PULA NAI SALAHUDDIN…..ANA BERSMADRASAH T ENGKU ABDUL MALIK,SIPI MADDRASAH SULTAN BADLISHAH,SUATU KETIKA ,KUHULUR SALAM,TANGAN TAK SAMPAI ,SAUH TERLEPAS.PATIK BERTANYA..OH INILAH DULI….ALAMAT HAJAT DALAM KENANGAN…KENDIAN HALUAN MENYIRING MADRASAH PANGLIMA BESAR…..UNTUK MENJALA ILMU-ILMUAN ,WARNA WARNA CORETAN SILAM….RUPANYA KINI ADA PENAUNG…..REUNION AKAN DATANG MENJELMA…PATIK TERINGAT GERGAJI ENJIN,KISAH BERGOTONG ROYONG DIPULAU LANGKAWI…RUPANYA KUAT SRIKANDI INI….HABIS TERBELAH DEDAHAN POHON….SELAMAT RASMI TERATAK REUNION NANTI….PATIK DATANG TAPI TAK PASTI…..INSYAALLAH…..MAHA PEMBERI….WASSALAM….

    BalasPadam
  23. kpd jai, ada lagi ka soalan, bolehlah kita kumpul smua jwp dlm satu artikel.

    SALAM TUAN. Saya sedang bercuti ziarah keluarga di Malaysia. Akan kembali terbang ke Australia dalam 2 minggu. Memang kedapatan nama-nama Melayu di benua Australia sejak dulu. Bukan sahaja di Albani (Perth) di Barat, malah di sebelah timur banyak nama seperti Tanah Merah di Quensland. Menurut kefahaman saya (juga BARU didokumenkan dalam buku Malay in Victoria oleh Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2011), penjajah telah menghalau orang Melayu dan mengisytiharkan Autralia sebagai "White Country". Selepas perang dunia ke 2, golonganMelayu dipujuk semula ke Australia melalui Biasiswa Colombo. Ada beberapa orang yg KITA semua kenal dan masih hidup merupakan penerima biasiswa ini.

    Saya mohon sekali lagi tuan menceritakan salahsilah Panglima Ismail kpd saya. Selaku pengamal Silat Cekak, saya sangat tertarik utk mengetahu siapakah beliau sebenarnya. Apa yg saya faham, beliau ialah seorang pegawai Sultan yg sangat rapat dgn baginda. Sultan sangat mengambil berat tentang pendapat beliau. Saya percaya beliau bukan sekadar seorang pegawai malah anak beranak sultan. Setakat yg saya tahu, semasa berlaku Perang Musuh Bisik beliau turut terlibat dan terpaksa menyembunyikan diri. Beliau menarik diri berkhidmat kpd "RAJA" yg baru dan kemudian berundur dari Istana.

    Beliau telah menyerahkan persilatan Silat Cekak atau Silat Kedah ini kepada Panglima Tok Rashid. Kemudian silat ini diperturnkan kpd anak negeri kedah yang bernama Ustaz Hanafi. Sekarang ini guru utama silat ini ialah Md Radzi Hj Hanafi.

    Saya mohon agar tuan luangkan sedikit masa utk berkongsi dgn saya mengenai Panglima Ismail. Sudilah hubungi saya di jaiothman@yahoo.com atau jaiusman@gmail.com.

    Terima kasih yang tidak terhingga.
    Wassalam

    BalasPadam
  24. boleh tak saya bertanya nama sebenar tok bidan susu lanjut dan dimana kubur nya .????

    BalasPadam
  25. jawapan utk anta ada d artikel bulan feb.2012. utk bacaan umat yg tidak menyedari ulsan anta itu.

    wssslm.

    BalasPadam
  26. Raja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yg memerintah China d tahun 626. Baginda memeluk Islam d tangan Saad Bin Abu Waqas r.hu dan datuk kpd YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Pemerintah slps baginda merupakan Penjaga Ribat d Timur. Separuh rakyatnya beragama Buddha


    maafkan sy tuan, dr petikan tulisan di atas..sy agak terkejut apabila membaca tentang iskandar zulkarnnain. maaf sekadar bertanya....setahu dan apa yg sy pernah pelajari hanya ada 313 nabi sahaja....dan nama I.Zulkarnain tidak termasuk dalam senarai nabi. mohon tuan tlg jelaskan..tentang hal ni

    BalasPadam
  27. Salam. Tuan Megat, saya ingin minta izin tuan untuk print out artikel tuan tentang sejarah Kedah.

    BalasPadam