KEUTUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI INDOCHINA ATAU BENUA SIAM KEDAH AHLUL- BAIT AL-JEFRI YANG BERPUSAT DI AYUTHIA TELAH TERCABAR DENGAN KEDATANGAN PUAK-PUAK KAFIR SUKHOTHAI, VIETKONG, PENJAJAH PERANCIS SERTA BRITISH TELAH MEMECAH BELAHKAN UNDANG-UNDANG ISLAM YANG TELAH DIAMALKAN DI SINI SEJAK 1300 TAHUN YANG LALU
Assalamualaikum semua dan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI serta MAAF ZAHIR BATIN pada semua pembaca blog, semoga sentiasa di dalam iman yang sempurna untuk memudahkan kita menyempurnakan puasa dengan tekun serta penuh dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Di artikel bulan ini kita paparkan surat tuntutan dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang ke 8 kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Negeri yang mana mereka ini telah diamanahkan untuk menyempurnakan agama Allah dengan memerintah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. dan menunaikan hukum agama Islam serta perlembagaan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkandung di dalamnya Khutbah Wida' Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlembagaan negara pertama Islam Madinatul Munawarah. Ini penting kerana dengan mengamalkan perlembagaan agama Islam dan bukan perlembagaan British di bawah kelolaan Lord Wiliam Reid yang bercanggah langsung dengan hukum agama Islam dan perlembagaannya yang mengandungi hukum khutbah wida' Nabi Muhammad s.a.w. kita akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Ketidak endahan kita terhadap perlembagaan Islam menyebabkan kita tidak faham tentang undang-undang Islam itu sendiri dan ianya telah melalut hingga kepada amalan-amalan agama Islam yang lain contohnya solat Terawih yang pada realitinya dibuat dalam keadaan tidak mempunyai kefahaman dan tujuan sebenar solat Terawih itu dibuat walaupun ianya merupakan amalan sunnah nabi s.a.w. Waktu solat ini ialah biasanya di buat selepas menunaikan solat fardhu Isyak atau di waktu ke tengah malam sehinggalah ke larut malam sebelum waktu solat Subuh.
Solat sunat Terawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Insyak. Sebaliknya, kita boleh juga melewatkan menunaikan solat sunat Terawih mengikut pilihan masa, kerana solat sunat Terawih boleh dibuat sehingga sebelum Subuh. Ada yang menunaikan lapan rakaat dan ada pula nak membuat 20 rakaat. Apapun bilangannya solat Terawih ini dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan Ijma’ oleh sahabat-sahabat r.hum yang ada pada zamannya serta diwarisi oleh umat Islam pula turun temurun. Pada zaman sekarang di Malaysia , solat Terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya Imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali Terawih dan menamatkan seluruh al-Quran 30 juzuk pada malam ke-29 Ramadan, solat ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat solat Witir. Perkara ini mengembirakan Umat atau boleh memberatkan Umat terutama orang-orang awam, sehingga mereka akan marah serta akan menyebabkan timbulnya kebencian terhadap ibadah. Ini boleh terjadi jika Umat kurang arif tentang sejarah sirah nabi s.a.w. sehingga menimbulkan sikap permusuhan dan kemalasan terhadap agama kita sendiri. Jadi penting bagi kita mengetahui gerak amal dan kerjabuat orang-orang terdahulu dan sejarah sirah nabawi agar kita tidak membuat kesalahan untuk kali kedua untuk membawa Umat kepada realiti amalan murni agama Islam yang sebenarnya.
AL-QURAN MERUPAKAN ASAS KEPADA BUKU UNDANG-UNDANG KEDAH ATAU KEDAH LAW SEMASA PEMERINTAHAN DYMM SULTAN MUZAFFAR SHAH PERTAMA BERSAMA ISTERINYA SYARIFAH MARIAM YANG TELAH DISEMPURNAKAN UNDANG-UNDANG KEDAH INI DI ZAMAN CUCUNYA DYMM SULTAN BADRUL MUNIR ANAKANDA KEPADA DYMM SULTAN MUZAFFAR SHAH II MERONG MAHA PODISET
Terawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan solat empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Terawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Terawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Terawih bererti solat dengan rasa lega tanpa tekanan, senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Terawih dan membaca zikir, al-Quran ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat waktunya. Ianya berpanjangan sehingga ke akhir malam. Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Terawih. Abu Hurairah r.hu berkata; “Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Terawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau." Solat Terawih pada masa dahulu, apabila mereka selesai sesuatu rakaatnya, Tuan Imam solat Terawih akan memerhatikan anak-anak buahnya di belakang saf. Adakah mereka masih kuat, mengantuk dan sebagainya. Jika keadaan mereka tidak berapa sempurna, Tuan Imam akan mengedarkan makanan dan minuman berupa buah tamar, buah tin dan sebagainya.
Jika tidakpun Tazkirah akan di buat sehingga keadaan jemaah kembali kuat dan normal. Dalam sesetengah keadaan di waktu tempoh rehat, makmum sempat berdoa serta membaca al-quran dan beramah mesra juga bertanya khabar berita. Jika ini tidak berlaku seperti zaman Solefusolihin atau pada zaman dahulu maka cepatnya pergerakan Terawih akan berlaku sebagaimana cepatnya gerakan ayam mematuk makanan. Bahkan sebahagian imam telah melakukan solat Terawih mereka cuma dalam masa 23 rakaat sahaja, dalam waktu kurang dari 20 minit. Ini cukup melucukan. Solat Terawih pula di lakukan pula dalam keadaan jemu dan terpaksa serta di dalam kepenatan dan pula dengan cepat. Ini memberatkan kaum muslimin terutama orang awam, sehingga mereka akan marah dan mula kebencian terhadap ibadah. Padahal perkara jelek yang sedang berlaku sekarang ini dianggap baik oleh sebagian besar orang awam. Akibatnya sunnah-sunnah solat Terawih yang dianjurkan iaitu REST OF THE REST atau SOLAT REHAT DI DALAM REHAT, banyak kehilangan bentuk dan kemurniannya dengan solat Terawih orang di zaman kegemilangan Islam dahulu. Imam masjid seperti ini jika di lihat oleh golongan terdahulu atau Solifusolihin akan di anggap seolah-olah kurang memiliki akal sihat dan pengetahuan agama yang kurang baik. Hal itu nampak dari cara mereka melakukan solat dan membimbing anak buah mereka semasa menunaikan solat ini.
BUKU PERLEMBAGAAN ISLAM UNDANG-UNDANG KEDAH INI TELAH DIGUNA PAKAI OLEH ORANG-ORANG MELAYU SEMENJAK ABAD KE 8 LAGI, TAPI IANYA DIMANSUHKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN UNDANG-UNDANG BRITISH DI TAHUN 1957 DI BAWAH KELOLAAN LORD REID SEORANG PEGAWAI BRITISH YANG BERAGAMA KRISTIAN
Sebenarnya, solat Terawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid Nabawi . Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi pada malam berikutnya, baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. Baginda tidak hadir sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan begitu - tiada jamaah Terawih di masjid”. ( Bukhari dan Muslim). Imam al-Zuhri, salah seorang rawi hadith ini berkata : "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w. sedang perkara ( Terawih ) itu berkeadaan demikian” - iaitu tidak dikerjakan dengan berjamaah ( Bukhari ). Namun baginda s.a.w. berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar r.hu, terlalu singkat masanya, dan maka beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad, ancaman musuh-musuh Allah di sempadan dan seumpamanya. Beliau tidak melihat keperluan untuk memikirkan perkara ini secara serius kerana kesibukan tadi.
Kemudian, situasi ini berjalan terus sehinggalah ke zaman pemerintahan Saidina Umar r.hu, barulah solat Terawih itu dikerjakan dengan secara sistematik di masjid cara menurut seorang imam yang telah dilantik oleh Saidina Umar r.hu sendiri seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut: “Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba kami dapati orang ramai di situ berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti oleh beberapa orang. Melihatkan hal yang demikian maka Saidina Umar r.hu berkata: “Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya.” Kemudian ia mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab. Setelah itu, saya mengiringi Saidina Umar r.hu pada suatu malam yang lain ia pergi ke masjid, pada ketika itu orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka. Melihatkan yang demikian, Saidina Umar r.hu berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid’ah yang baik …”( Bukhari ). Maksud hadith ini diterangkan: Pada suatu malam Saidina Umar r.hu bersama-sama dengan seorang pengiringnya telah pergi ke masjid Nabi s.a.w. di Madinah, lalu dilihatnya orang ramai sedang mengerjakan solat Terawih dengan berpecah-pecah kepada beberapa kelompok di sana-sini. Ada yang solat seorang diri, ada dua tiga orang yang menurut seorang imam dan ada pula yang lebih daripada itu menurut imam yang lain.Melihatkan yang demikian, Saidina Umar r.hu pun mengarahkan mereka semuanya supaya menurut seorang imam yang dilantik olehnya mulai malam itu dan supaya mereka meneruskannya di sepanjang-panjang bulan Ramadhan.
TAZKIRAH RAMADHAN OLEH USTAZ AZMIL MUSTAFA (ALI SETAN ) YANG SEBELUM INI PERNAH BELAJAR 5 TAHUN DI DAMSYIK, SYRIA, TEMPAT ILMUAN ISLAM ANTARA YANG TERTUA SERTA TERSOHOR DI DUNIA DAN BUKANNYA DI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR YANG SEBENARNYA HANYALAH DI WUJUDKAN PADA TAHUN 1889 OLEH BRITISH KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN DAHULU
Pada zaman Rasulullah s.a.w.8 rakaat saja di buat supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah s.a.w. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini wajib di buat berjemaah. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w. Ummul Mukminin Aishah r.ha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadhan, di jawab beliau: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat sunat, bulan Ramadhan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat , kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat Terawih, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Tiada had rakaat yang ditetapkan oleh nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh, berwitirlah.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, kes murtad, penentangan dan pemberontakan Musailamah al-Kazzab serta ancaman musuh-musuh negara seperti empayar Rom dan juga Parsi menyebabkan beliau tidak dapat memberi tumpuan mengenai perkara ini. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula beliau menambah lagi solat Terawih menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam kitab al-Muwatta karya Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar r.hu perintahkan telah dilaksanakan adalah sebanyak sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid: “Umar r.hu telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik). Di zaman pemerintahan Khalifah Usman r.hu dan Dinasti Umayyah muncul pula golongan Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, mereka tidak pernah menghadkan jumlah rakaat dalam solat Terawih mereka. Menurut Imam Maliki, pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat Terawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang Tabieen di dalam kitab Fathul Bari, yang dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Asqolani rah. , kata beliau : “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah, mereka melaksanakan solat Terawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Semoga kita semua faham dan tahu asal usul sejarah serta sejarah sirah amalan agama Islan tercinta yang telah kita buat agar ianya secucuk dengan apa yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.hum ajmain. Sekarang marilah kita menghayati surat tuntutan yang ke 8 dari YM Tuanku Nai Long Kasim waris mutlak kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Empayar Kedah Tua Benua Siam Kedah al-Jefri. Sekian, KULLU AM WA ANTUM BILKHAIR, wassalam.
Assalamualaikom Dato' Paduka Maharaja Megat...
BalasPadamAna di sini ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidil Fitri dan untuk pengetahuan Megat , Syeikh Muhammad Yunus ( Jerlun, Jitra ) mempunyai 3 orang anak iaitu Syeikh Muhammad Hasyim, Syeikh Muhammad Saad dan Syeikh Muhammad Akil datuk ibu ana. Jika diJerlun dikenali dgn nama Mat bin Yunus. Antara ibu dan bapa ana menguatkan pertalian ana dan anta.
Untuk Makluman Tuanku Megat juga , ana dah kena 2 X hantaran orang dalam tempoh 2 minggu bln lepas.
BalasPadamTapi alhamdulillah dapat di buang oleh pawang.Ana syorkan pada anta supaya kita stanby Pawang ini untuk kerabat-kerabat kita.
5 Pawang ini ada satu kelainan dari yang lain. Perubatan cara Islam dan satu kumpulan pertapaan.
Kerana sesuai untuk keadaan kita sekarang ini dalam menangkis buatan musuh. Ana sarankan sahaja jika anta setuju.
Ana nakmaklumkan lagi yang ana disahkan keturunan Tok Pherang. Dan cicitanda yang terpilih memiliki sundang dan keris keturunan.
BalasPadamAna disini lupa nak tanya bagaimana kesihatan Tuanku Nai Mazlan. Maaf kan ana kerana tak dapat ziarah.Ana pun tak sihat sejak 24hb lagi,terkejut dengar berita Tuanku Nai Mazlan.
BalasPadamwaalaikumussalam TNL CHIK...
BalasPadamanta jgn risau ttg kesihatannya. ianya tidak membimbangkan. ana dah jumpa dgn dia hari tu masa geng media - utusan, kosmo dan tv 9 mai, dia semakin kuat nampaknya...alhamdulillah.
Askm Tuanku Megat.
BalasPadamselamat menyambut hari raya aidilfitri 2011.
Bertemu semula di arena ulasan blog Nai Megat,
BalasPadamsekarang kesihatan ana semakin menurun. Ana reda atas apa yg berlaku. Soal wafak nanti ana minta tolong kawan key in.Ana nak bangun pun rasa pening.Biarlah org buat kat ana janji hasrat ana nak memartabatkan keturunan kita semula dimata dunia tercapai.
Ana dah lama tak keluar rumah tak sihat. Ana dapat msj memgenai Tuanku Nai Mazlan, ana terkejut terus demam.Apa-apa berita maklumkan ana sama. Ana X berdaya nak ziarah.
BalasPadamTuanku Nai Megat,
BalasPadamAna diamanahkan oleh moyanganda ana supaya tidak bebicara diluar maksudnya bercakap.Sekadar begini boleh.Didalam hati.
Mereka ganas dan bengis disana. Siapa lah kita.Perbanyakkan amalan dan zikir pendinding kita. Semoga apa yg dikehendaki termakbul aamin.
waalaikumussalam fwzsoleh,
BalasPadamtrimakasih saudara fwz d atas ucapan itu.
kepada tnl chik sabarlah d atas ujian allah itu. org yg membenci keluarga kita tu mmg ganas dan bengis tapi t.ksh d atas ingatan anta itu...wsslm.
Adoi Tuanku Nai Long Chik, punyalah sayang kan keluarga Tuanku Megat hinggakan Nai Mazlan demam pun sampai kamu sakit susahati.Macamlah dia sorang prihatin kepada keluarga diraja ni.Melawk aje, jangan marah nanti kena jual macam kera dan tupai kat pasar Jom Heboh.
BalasPadamKalaulah ramai orang berprihatin macam Tuanku Chik ni nescaya amanlah dunia ni, maklumlah kegemilangan Asia Tenggara ni akn kembali semula jika keluarga Syah Alam Megat memerintah. Betulkan kawan-kawan?
Saya taklupa ingin juga mengucapkan Selama Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin. Harap-harap Tuanku Syah Alam jaga kesihatan makan minum secukupnya agar tidak sakit gundah gulana seperti mereka itu, selamat beraya.
Assalamualaikum Abe Megat ,Selamat Hari Raya Eidil Ftri wal faizin.....
BalasPadamSaya pun mencintai keluarga abe Megat malah saya pon sependapat dgn ako mulai hari nih saya isytiharkan diri saya rakyat bawah naungan pemilik takhta sebenar warisan ahlulbayt, dr warisan Merong mahawangsa sebenar, pendukung hukum Allah dan RasulNya, Muhammad saw. Allahu akbar !
Semoga Allah mempercepatkan pemerintahan Tuanku Nai Long Kasim nih, saya dah taktahan dok bawah pemerintahan orang lain. Banyak masalah kecik remeh temeh jadi besar wlpn sayo bukan orang kedah, tp hari nih saya isytiharkan diri saya rakyat bawah naungan pemilik takhta sebenar warisan ahlulbayt, dr warisan Merong mahawangsa sebenar, pendukung hukum undang-undang Allah Kedah Law dan RasulNya, Muhammad saw. Allahu akbar !
Assalamu'alaikum...wrt
BalasPadamRasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada tuan Megat al-Jefri dan keluarga serta para pembaca sekalian. Juga ucapan selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia. Penjajah kafir dah bagi kemerdekaan kepada negara tapi kenapa kita semua masih terjajah sebab mengikut undang2 ciptaan mereka?
Sekian wassalam.
Askm Abe Megat . Kenapa tak jawab surat kami. Abe Megat tolak dah ko ke bandar Koto Star dari pantai timur? Hati-hati djln raya.
BalasPadamwaalaikumussalam che wood, adik sofea dan ewa,
BalasPadamselamat hari raya kembali...
trimakasih kasih che wood atas nasihat anta tu.
pada adik sofea, baiat anti tu kami trima, tq.maaf lambat jawab sbb artikel ana kena serang dgn virus tanpa ana sedari sehinggalah d beritahu oleh herman dan cikgu musa. tapi skrg alhamdulillah semuanya selamat dapat d atasi oleh pakar komputer merong bernama nai fai abu adam.
Assalamualaikom Nai Megat..mohon jawapan dari anta. Berkaitan salasilah moyanganda ana. Adakah YM Tuanku Nai Long Kasim sudah ada jawapan ?
BalasPadamwaalaikum salam kerabat tnl chik...
BalasPadaminyaallah, ana cuba tidak menghampakan anta dan pembaca2 yg lain. ana akan menyiarkan jawapan utk soalan2 anta termasuk soalan jai othman melbourn , australia ttg PANGLIMA ISMAIL melawan POLIS BRITISH dan qul hakim ttg artikel bulan sept. 2010 mengenai universiti british al-azhar.
INSYAALAH, kullu am waatum bil khair.
Salam Perkenalan Dari Kerabat WAN..
BalasPadamsalam perkenalan
BalasPadamUNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR YANG SEBENARNYA HANYALAH DI WUJUDKAN PADA TAHUN 1889 OLEH BRITISH KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN DAHULU
BalasPadam1)Hamba masih menunggu jawapannya...
2)Setiap yg kita bicara akan dipersoalkan kelak di akhirat...
3)Jika tiada buktinya, maka perlu 'ditarik semula' apa yg terlepas...
jawab la megat.. soklan Tengku Amirul hakim..
BalasPadamjawapan di atas persoalan qul amirul hakim tlh ana jawap di artikel bulan oktober 2011.
BalasPadamkullu am waantum bil khair.wsslm.
kpd wmtarmizi85 dan rosli ...ahlan wasahlan ke blog ana yg tak seberapa ini.
BalasPadamwsslm.
As Salam...hOrmat Di-raja drpd hamba kpd DYMM Tuanku selaku Ketua tertinggi Angkatan Perang ...hamba dr angkatan Burung Ababil (cucu cicit dr keturunan "Kedah Timur" yg ditempatkan di Kg Guar Kepayang sblm perang 1876M)....jutaan terima kasih diucapkan kerana sejarah2 realiti sebenar yg telah dibongkar...
BalasPadam