Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 10 April 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 6 DARI YM TUANKU NAI LONG KASIM DARI DARAH KETURUNAN DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA SRI PERDANA MENTERI

ASAL RUMAH RESMI MENTERI BESAR ANAK BUKIT BAGI EMPAYAR KEDAH TUA YANG DAHULUNYA BERGELAR RUMAH RESMI SRI PERDANA MENTERI ANAK BUKIT, BAGI EMPAYAR TERATAI YANG MAHARAJA MELAYUNYA BERSEMAYAM DI BANDAR KOTA STAR. SEKARANG RUMAH RESMI MB KEDAH TUA INI MENJADI ISTANA BAGI NEGERI BARU CIPTAAN BRITISH BERGELAR KEDAH DARULAMAN DI TAHUN 1881




Apakhabar semua ? Di harapkan semuanya berada di dalam sihat walafiat di bawah lindungan Allah Jalla Jalalah. Di artikel kali ini marilah kita hayati dan renungi Surat Tuntutan Ke 6 dari YM Tuanku Nai Long Kasim Ibni Almarhum Nai Long Ahmad waris mutlak Kesultanan Melayu Tua Merong Maha Wangsa. Beliau yang sebelum ini telah memberi amaran kepada 3 beradik KRU Studio agar mengadapnya dan memberi penjelasan tentang penghasilan filem batil dan penuh dongeng, merupakan ahli Keluarga Diraja Ahlul Bait Ajam Timur yang fasih berbahasa Siam dan mempunyai pertalian darah yang kuat dengan DYMM Sultan Muzaffar Syah 1 Maharaja Merong Maha Wangsa. Dengan bantuan datuk bagindalah, YM Nai Mahmud membantu Nai Badlishah mengenali perisik Jepun tersohor K.Shiba dan seterusnya mengangkat Nai Badlishah ke tahkta kerajaan Kedah Darulaman dengan gelaran Sultan Badlishah. Jadi tidak peliklah bagi kita apabila Sultan Badlishah ialah antara orang yang paling lantang melawan penubuhan Malayan Union oleh British dan antara orang kenamaan paling aktif memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Bagindalah yang mengaturkan perjumpaan antara Dato' Onn Jaafar dengan keluarga Merong Maha Wangsa iaitu keluarga YM Tuanku Nai Long Kasim. Mereka berbincang dan mengambil nasihat petunjuk daripada YM Nai Long Mahmud yang pada masa itu merupakan Penghulu bagi mukim Tajar. Perkara ini dapat di hidu oleh unit perisikan British, menyebabkan Dato' Onn Jaafar di musuhi dan di geruni oleh pihak kerajaan British dan seterusnya di " Terminate" kan terus dari kepimpinan parti UMNO sekutu British dan seterusnya di gantikan oleh pimpinan baru kesukaan British Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai al-Manjalara.





DI ATAS INI IALAH VIDEO KLIP TENTANG PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI YANG MEMERINTAH MALAYSIA. SAUDARA YAB NAJIB TUN RAZAK YANG BERDARAH BUGIS DARI GOA, SULAWESI PERLULAH MENERUSKAN DASAR ADAT TRADISI NENEK MOYANG ANTA MEMBANTU DAN MEMBELA KELUARGA AHLUL BAIT MERONG MAHA WANGSA MENUNAIKAN SURAT TUNTUTAN YM TUANKU NAI LONG KASIM, JIKA ANTA INGINKAN ALLAH S.W.T. MENGEKALKAN ANTA DI KERUSI NOMBOR SATU SEMENANJUNG INI, SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA




Semua tentangan dan pemerintahan yang di buat oleh Sultan Badlishah di pantau dan di kawal selia oleh kawan baik dan kerabat beliau YM Tuanku Nai Long Mahmud tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan British, kerana fobia dengan penentangan bersenjata yang pernah di lakukannya oleh datuk YM Tuanku Nai Long Kasim yang bernama YM Tuanku Nai Long Mahmud ini, bersama-sama anak buahnya Panglima Nayan, Salleh Tui, Sulaiman Kerekau dan Awang Pho suatu masa dulu sekitar tahun 1909 sehingga 1929. Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa. Panglima Nayan adalah seorang yang kacak, berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Beliau ini di geruni lawan dan di sayangi oleh kawan, juga merupakan orang yang bermati-matian melawan penjajahan British dan pemerintahan Boneka Thai British Sultan Abdul Hamid di bawah seliaan Mak Cik Manjalara dan kulinya bernama Suwei. Baginda seorang yang mahir bersilat dan di katakan kebal orangnya. Rakyat jelata ketika itu yang kagum dengan keberaniannya menentang " British Emperor ", menggelar beliau dengan gelaran " Robin Hood " kerana sentiasa menyamun harta benda pegawai-pegawai British dan kuncu-kuncunya yang korup dan memberi bantuan kepada rakyat jelata semasa menghadapi masalah dan keperitan hidup di era penjajahan British dan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang penuh dengan kezaliman itu. Beliau mati syahid akhirnya di bunuh oleh kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap oleh polis kafir British. Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya.



DI DEWAN MAKAN RUMAH RESMI MB KEDAH DI ALOR MERAH, INI TERJADI BILA KEDAH TUA DI TURUNKAN DARJATNYA DENGAN CUMA " NEGERI KEDAH " MANAKALA TEMPAT BERSEMAYAM DAN MEMERINTAH NAGARA KEDAH OLEH MAHARAJA MELAYU AHLUL BAIT DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH DI TUKAR NAMA DARI BANDAR KOTA STAR KEPADA NAMA ALOR STAR SAHAJA





Walaupun semua raja-raja Melayu di pecat dari jawatan Sultan dan di gantikan dengan Sultan Boneka British setelah tibanya tentera British di Semenanjung Melaka setelah kekalahan Jepun, seperti kata-kata dari Leftenan Kolonel D.Headly yang pernah memimpin pasukan Gerila British Force 136 menentang pemerintahan Jepun di Semenanjung Melaka ini . Kata beliau kepada Sultan Ali Terengganu atau Tengku Ali sebelum Raja Terengganu yang malang ini di pecat British : " Pada masa ini barangkali Tuanku sudah tahu bahawa semua Sultan pada masa Jepun di anggap tidak sah " . Tapi semua ini tidak menjadi masalah kepada Sultan Badlishah malah sering sahaja di ziarahi oleh kawan karibnya K.Shiba yang pada masa itu menetap di Singapura setelah pulang sekejap ke Jepun kemudian terus menetap di Singapura setelah kekalahan teruk Jepun di tangan Tentera Berikat Kuffar Barat. Bukan sahaja tindakan keatas ke atas Sultan Badlishah tidak di ambil malah ke atas K.Shiba juga tidak ambil oleh kerajaan British kerana tentera Jepun telah di beri pengampunan setelah Maharaja Jepun Hirohito ( 1926-1989 ) bersedia menyerah kalah dan mengeluarkan semua tenteranya dari alam Nusantara ini dan di semua tanah jajahannya. Inilah kelebihan Semenanjung Melaka ini yang merangkumi Surat Thani, Legor, Malaysia, Singapura dan Kepulauan Riau Bantam yang sentiasa aman, damai dan makmur serta di luar Lingkaran Api Pasifik pula. Sehingga di gelar " New Jerusalem " oleh golongan Pendita Yahudi , maka tidak peliklah pemimpin Komunis Chin Peng dan Tan Sri Lim Goh Tong tidak ingin balik ke China kerana ingin menetap di Semenanjung ini atas kelebihan yang di berikan oleh Allah s.w.t ke atas Semenanjung yang bertuah ini. Begitu juga dengan anak tukang masak K.Shiba yang berbangsa dan berasal dari Jepun yang mempunyai anak perempuan. Anak beliau inipun tidak pulang ke Jepun malah berkahwin dengan tauke ayam di Pasar Lama, Jalan Wan Mat Saman, Alor Star, Kedah dan menetap pula di Kedah. Bila tukang masak K.Shiba telah datang ke Kedah untuk menziarahi anaknya, beliau telah memaklumkan kepada sahabat handainya di Alor Star bahawa K.Shiba telah menetap di Singapura dan meninggal dunia di rumahnya di Singapura.






SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, YANG MANA PERDANA MENTERI BAGI EMPAYAR MELAYU PURBA MERONG MAHA WANGSA BERTEMPAT DI ANAK BUKIT MANAKALA MAHARAJA BAGI KESULTANAN EMPAYAR MELAYU DI BANDAR KOTA STAR. SALASILAH KEDAH PULA DI TUKAR DAN DI DONGENGKAN KE TAHUN 1136 MASIHI DAN YANG SEBENARNYA KESULTANAN KEDAH BERMULA PADA TAHUN 745 MASIHI LAGI




Sebab itulah Sultan Badlishah menukar istana penginapannya ke Anak Bukit, iaitu Rumah Resmi Sri Perdana Menteri kerajaan Nagara Kedah Tua dahulukala, setelah Sultan Abdul Hamid meninggal dunia sebab baginda mengetahui darjat dan taraf dirinya jika di bandingkan dengan YM Tuanku Nai Long Mahmud yang merupakan cucu dan waris mutlak Pemerintahan Nagara Kedah kepada DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah. Sejak itulah rumah Anak Bukit di jadikan penempatan tetapnya dan bukannya di bandar Kota Star tempat bersemayam dan merupakan pusat pemerintahan Maharaja-Maharaja Melayu Merong Maha Wangsa. Di dalam sejarah dunia pun di catatkan yang rumah ini pernah di ziarahi oleh Mr. Page seorang berbangsa Perancis yang datang melawat bandar Kota Star. Beliau mencatatkan : " Isnin, 22 hb Oktober 1883, saya tiba dengan kapal The Fly dari Pulau Pinang di muara Sungai Kedah, jam 4 petang. Saya nampak di situ ada dua pucuk meriam di benteng pertahanan di situ. " Dari bandar Kota Star, Mr. Qua seorang lelaki yang juga berbangsa Perancis di mana beliau telah lama menetap di Kedah telah membawa Mr. Page yang juga seorang Mubaligh Kristian bersiar-siar di sekitar bandar Kota Star melalui enam batang jalan selama 15 minit. Pada malam itu beliau membawa Mr. Page atau Father Page ke Anak Bukit untuk menginap dan bermalam di sana. Menurut Mr. Page, beliau di bawa dengan kereta kuda sejauh 5 batu ke Rumah Anak Bukit tersebut. Beliau mencatatkan rumah itu di saluti marmar dan terletak di atas puncak sebuah bukit yang terletak pula di sebuah pulau dengan di kelilingi oleh dua buah cawangan sungai. Di sekitar rumah itu ( yang sekarang ini bergelar Istana Anak Bukit bagi kerajaan baru ciptaan British Kedah Darulaman ) di penuhi dengan pokok manggis, ciku dan limau bali. Beliau juga mencatatkan, di kaki bukit Istana Anak Bukit itu terdapat sebuah kolam yang dindingnya berkerawang serta di penuhi dengan ikan-ikan besar yang sering melompat-lompat menyambar bunga yang di lontarkan oleh para pelawat. Ish... panjang pula ceritanya ni, jadi tanpa melengahkan masa ( kita sambung cerita sejarah realiti ini di lain artikel nanti ) sekarang marilah kita baca dan hayati isi surat dari YM Tuanku Nai Long Kasim yang di tujukan khas kepada PM kita YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, sekian wassalam.






31 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yang Mulia Megat,
    Saya ni nasab asal tak pasti tapi Nik Salleh datuk saya, ada adik tiri satu ibu nama Bunga da Tanjung skitar Sik.
    Moyang saya Nik Chik mempunyai adik nama Nik Mat dan Nik Man semasa Perang Musuh Bisik 1821m perang tu moyang saya telah melarikan diri ke Sik. Tentang gelaran Nik @ Nai tu saya tak pasti. Bapa saya kata gelaran itu d buang takut di bunuh Thai.Dan ada pantang yg saya ingat anak gadis mereka d larang keras memotong rambut. Soalan saya ujudkah keturunan nik salleh d Kedah sbb Kedah menggunakan gelaran Nai.

    BalasPadam
  2. Salam YM Megat,

    Saya sering brmimpi moyang saya tu berpakaian ala Siam dan saya boleh bertutur dlm bahasa Siam dalam masa terlelap. kerap kali, sedangkan saya tak pernah cakap Siam. Anehkan ? Kenapa jadi bgitu ? Saya tak pasti shingga dapat jawapan dari Megat sendiri apakah kturunan saya ini. Moga saya brharap YM Megat mmberi info lagi pada saya, trima kasih.

    BalasPadam
  3. Satu lagi soalan saya, adakah Nai Long Mokhtar wujud atau tidak d Kedah...
    Nai Chik saya d percayai bersusur galur dari baginda d mana moyang saya berasal dari keturunan trsebut ketika mlarikan diri dari d bunuh Sukuthai.

    Nama iti ujud bila saya mengalami sakit jantung tersumbat dan menuggu utk pembedahan pintasan. Ketika berubat pd ustaz yg arif ttg tarikat, beliau ada menyebut nama Nai Long Mokhtar. Ana d datangi mimpi-mimpi yg ana sendiri takut utk menceritakan pada semua org, Semuanya menjurus kpd keturunan.

    BalasPadam
  4. waalaikum salam yang mulia tuanku nai long chik...

    ana kagum dgn keperihatinan anta mencari salasilah yg sempurna utk keluarga anta. tapi mmg itu sebenarnya kehendak nabi kita s.a.w. supaya umatnya mencari salasilah dan menjaganya spt kekaguman nabi s.a.w di atas alim dan handalnya saidina abu bakar mengenali setiap salasilah kabilah yg dtg ke kota mekah al-mukarramah.

    ttg soalan anta ya...mmg wujud keturunan baginda nik salleh d kedah ini dan nama nai long mokhtar pun mmg wujud d sini dan ada meninggalkan keturunan baginda d sini terutamanya sekitar kawasan mat insung.

    BalasPadam
  5. Ok, terima kasih saya ucapkan.sampai sembah salam utk YM Tuanku Nai Long Kasim.

    saya ada keanehan tidak boleh mendengar nobat dmainkan. Saya tidak berniat mencari kemasyuran, cuma saya ingin menjejak keturunan. Kalau takdir saya kembali, saya puas, pencarian sudah berhasil.

    Patik dari darah Nik Salleh bin Nik @ Nai Chik bin Nik @ Nai Hj Aziz ulama Satun- Pattani. Susur galur dari Nai Long Mokhtar. Setengah nasab tak dapat , wassalam.

    BalasPadam
  6. Maaf Tuanku Megat saya ingin memberitahu berita terbaru, jam 11.45 mlm keturunan raja pattani nama Nasir seorg guru.Saya baru lepas bercakap dgn nya.

    Dan saya dah hantar secara terperinci wafa salasilah saya TNL Mokhtar sebelah bapa dan keturunan Raja Cermin @ Sunan Joko Suro Wali Loro sebelah ibu dari Tembelahan Indragiri, Pondok Jawa d Indonesia.

    Wafa tu d simpan saudara jauh d Pondok Pengajian @ Pasenteren d sana dlm keadaan baik. Nnti saya antar ke blog Tuanku Megat.

    BalasPadam
  7. Last soalan, benarkah saudara datuk saya Nai Salleh iaitu Bunga dan Tanjung berada sekitar Pendang. Jika Tuanku Megat mepunyai info waris Bunga dan Tanjung harap beritahu saya. Berharap sangat.

    BalasPadam
  8. Waalaikum salam naisalahuddin dan tuanku nl chik...

    kirim salam ana kat baginda ym nasir tu. ttg soalan tu...ya mmg waris bunga dan tanjung ramai d sana berdekatan dgn tajar dan mereka berdua ini mmg antara tokoh terkenal d sana. jemputlaH KE SANA utk mengerat hubungan sesama keluarga dan bersilaturahim dgn mereka.

    BalasPadam
  9. Terima kasih Tuanku Megat, Bunga dan Tanjung adalah adik datuk saya Nik Salleh. Tuanku Megat ada terdengar cerita Nik Salleh ni mangkat d santau d balai Polis Sg. Patani sekitar tahun 1932 dari waris Bunga dan Tanjung.

    Nik Salleh adalah polis British waktu itu. Jika Tuanku Megat ada info maklumkan pada saya.

    BalasPadam
  10. Ttg ziarah d sana tu, skrg ni saya demam , lambat sikit sembuh maklumlah darah O, takdak aktiviti diam terus.

    Saya tunggu Nai Mazlan sihat dulu baru nak ziarah saudara kat Paya Mat Inseng lagi 2 minggu la. Seronok katanya wlpn tak berapa sihat, berminat betul dia.

    BalasPadam
  11. A,kum abe Megat,
    Amboi makin comel abe Megat ni dan makin panas dan sensasi pula blog ni , di cerito ttg Panglima Nayan pula.Bunga tu nak bagi kat sayo ko heh, heh.

    Ni saya nak tanyo sikit ttg abe Dee dia tulis dalam artikel dia Tunku Abd Rahman di lahirkan di Istana Kuning tapi di blog abe Megat tu tertera di video klip tu lahir di Istana Pagoda atau Istana 3 tingkat.

    Tahniah abe Megat, syok baca blog ni dan ni satu penulisan antara terbaik yang saya bca.

    BalasPadam
  12. Mengenai Istana Kuning yang di andaikan oleh Pak Dee catatan merah silu tu tempat kelahiran Tunku Abd Rahman tu memanglah salah. Cik adik Sofea janganlah terpengaruh di layan sangat blog Pak Dee tu, buang masa saja. Baca pun tak payah, rosak dan sesat nanti di sesatkan oleh Magnum P.I ni Bukan tentang tempat kelahiran tu salah malah boleh di katakan semua penulisannya salah. Lagipun semua isi artikel Magnum Nombor ekor ni,

    lebih kepada andaian, fantasi dan nombor,
    sesuai dengan bidangnya pengajiannya iaitu Matematik dan bukannya Sejarah.
    Tapi dia ni meminati sejarah dan belagak pakar sejarah tanpa pimpinan ahli sejarah yang penuh krebiliti macam Tuanku Megat ni dan keluarga baginda. Tak macam tu Tuanku Megat.......Sekian.

    BalasPadam
  13. Assalamualeykum…kepada semua dan salam ukhuwwah Islamiyyah..Kepada Tn Nai long Chik,betulkan saya katakan mereka ada di kawasan Pendang dan berham piran juga di kawasan Sungai Jagung..insyaallah sampai masa nanti kita semua berjumpa.
    Buat anda pula al Semantani, kenapa di blog anda tidak pula nak paparkan surat yang ke 6?takut orang dah tau penipuan anda yang tidak jujur itu?anda pula menyesatkan orang lain dengan andaian yang yang anda tidak munasabah dan berniat jahat..Juga kepada wangsa,anda memang penyangak dan batuapi(dajai besar) kepada merahsilu dan penyokongnya ,hinggakan orang lain sesat dalam cahaya kerana fitnah berlaga domba anda..Kalau Allah dah tetapkan dalam rancangannya anda menggelapkan orang lain,nauzubillah.
    Kepada Tengku Chik anak bongsu Azlan yang mengaji agama di Mesir ,ketetapan Allah telah menyelamatkan tengku Chik tidak menurut ayahanda Anta untuk belajar di London seperti adik beradik yang lain..Tahniah dan salam,junjungan nabi kepada anta kerana melarang dan memusnahkan talam ancak untuk dihanyutkan di Sungai Kuala kangsar suatu ketika dulu..walaupun ayahanda anta murka dan menyumpah anta,dengan berani Anta katakan,tiada sesuatu pun akan memudaratkan aku kecuali apa Yang telah ditetapkan Allah<sesungguhnya Allah tempat aku berlindung.. Wahai saudara Islamku patuhilah apa yang nabi sebutkan pada khutbah Wida terakhir baginda Nabi Muhammad saw.

    BalasPadam
  14. waalaikumussalam kpd TNL CHIK, sofea, che wood dan naisalahuddin ...



    kpd tnl chik sungguh menarik anta dan mendapat pula semangat yg kuat utk bersilaturahim, tq tnl chik satu perkongsian kisah dan pengalaman yg menarik utk umat berkongsi bersama.d harap cepat sembuh, aaamin.



    kpd saudari sofea pula jgnlah teruja sangat ttg gambar tu sbb ana ni sudah berpunya.tempat kelahiran tunku putra al-thai tu pula di tepi belah sayap kanan istana kota setar yg bernama istana pagoda. nnti ana akn ceritakan dgn detail d artikel akn dtg ttg istana pagoda ini yg telah d pelingkup oleh tunku putra al-thai utk memberi laluan kononnya utk pembangunan buat menutup sejarah nagara.



    kpd che wood dan naisalahuddin pula ...ya benar , bila kita membaca buku sejarah saja sbb minat tanpa merujuk dan berguru sebenarnya syaitanlah guru anta kena ada guru iaitu yg ahli, begitulah jadinya penulisan pak dee lebih kpd andaian sesat pastu buat buka pula suruh umat baca innalillah, kalau anta takmau berubah wahai pak dee keluarlah 4 bulan atau 40 hari jika takmampu, anta keluarlah 3 hari utk islah diri anta d markaz dakwahtabligh johor bahru utk menjadi insan taat, tawaduk dan mengamalkan ilmu, bawa isteri menjaga aurat serta menjadi isteri solehah...jadi minat sejarah saja takjadi tapi perlu kpd takwa dan bimbingan org yg arif ttg sejarah nusabangsa.

    BalasPadam
  15. Macamana pula katanya Salman Alfarisi tu sebenarnya ialah Merong Maha Wangsa dan nabi Muhammad doa Salman Alfarisi panjang umur. Banyak abe Megat dia dok ulang pasal Sahabat nabi ni dan bendo-bendo tu.

    BalasPadam
  16. buat cik sofea cik mek molek,

    bila pula nabi s.a.w. berdoa utk salman al-farisi ni UMUR panjang? nabi muhammad s.a.w. cuma memberitahu pengembaraan beliau memcari nabi akhir zaman sehingga allah taala panjangkan umur salman al-farisi sehingga mencecah umurnya ratusan tahun. itu sahaja.TIDAK LEBIH DARI ITU.

    dia ambil maklumat mana sehingga berani membuat artikel yg menyesatkan UMAT ni ? kemudian buat buku juai. org ramai beli kemudian menyebarkan fakta2 sesat beliau, wahai pak dee mulut merah ...insaf dan bertaubatlah anta.ini bukan main2 malah melibatkan sirah nabi dan agama allah s.w.t serta sejarah tamadun islam.


    WALLAHU AKLAM BISSOWAB

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum,
    Melalui blog ini dapat sana ketahui tentang Kampung Paya Mak Insun yang ada saudara mara saya yang juga bercakap Siam macam kami di Mukim Rambai.

    Ada lagi satu kampung iaitu Kampung Rambai, Tokai yang bahasa ibunda juga Siam macam kami yang dekat sangat dengan Kota Star, tentu ada ceritanya sebab kampung ini kedudukannya agak terasing daripada kampung-kampung berbahasa Siam yang lain.

    Diharap Tuan Megat atau sesiapa dapat ulas sedikit tentang Kampung Rambai ini.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Tn. Megat...Semoga Allah panjandrum umur Tn.demi kelangsungan kerja mulai ini...Benarkah penyelewengan fakta sejarah angkara kafir laknatullah, sbnarnya b'tujuan myampaikan kpd manusia bhw sejarah tiada kaitan dgn agama smata2?

    BalasPadam
  19. waalaikumusssalam saudara salmi dan assiddiqe...

    trima kasih saudara kerna minat anta ttg bahasa siam ni wlpn sstgh sejarawan2 tu ada yg masih lagi keliru antara bahasa siam dam bahasa thai bangkok. nnti kita akn sarankan pada kerajaan agar di wajibkan sesiapa yg nak ambil kelas sejarah d wajibkan belajar bahasa thai agar boleh si sejarawan2 bawah tempurung ni boleh bezakan bahasa thai dan bahasa siam.


    kpd assiddiqe, ya benar mereka nak mmpertikaikan peranan dakwah nabi ibrahim, dakwah keluarga nabi s.a.w. ahlulbait dan para sahabat menyebarkan islam d alam nusantara dan sebelah timur ni. kerna mereka ni anakmurid kpd musuh2 allah yg melebalkan bangsa sebelah sini beragama budha dan hindu atau kafir spt mereka.

    BalasPadam
  20. Tuan Megat tak faham soalan saya tu....bahasa Siam ni memang bahasa ibunda kampung saya, cuma saya nak tau tentang kampung dekat Tokai tu...tentu ada sejarahnya sebab dekat saja dengan Kota Setar.

    BalasPadam
  21. ttg sejarah kg tokai ni ianya merupakan laluan tentera islam bantuan yg mendarat d kuala kangkong d bawah pimpinan tok tokai yg merupakan gerombolan tentera2 china utk mmbantu kerajaan kedah tua yg ketika itu nazak d himpit oleh askar2 thai, british, pemberontak ahmad tajuddin serta dtgnya pula askar2 kafir dari negeri2 selat.



    sejarah memaparkan kedatangan mereka ialah utk menyekat kemaraan tentera berikat kafir
    tadi dari menghampiri pusat pemerintahan kedah tua d kota star berkenaan. sejarah pprngan ini sungguh hebat kerna bukan shj kedah tua menerima bantuan dari raja china malah dari raja2 daerah bentan, minang, majapahit, palembang, bugis dll. untuk menyelamatkan AS-SULTAN mereka yg bersemayam d kota star yg berdekatan dgn kwsn anta itu.sekian wsslm.

    BalasPadam
  22. Terima kasih Tuan Megat di atas penerangan panjang lebar.

    BalasPadam
  23. Assalamualeykum....Ni yang bawah pautan adanya berniat tak baik...Nai Megat minta buangkan yang bawah ni?ada mankuk ayun yang taruh benda ni...Nak cari glamour bukan Blog sini (Goblog)..Ni kena smash ni....jangan makan daging saudara sendiri demi kepentingan diri..salam..

    BalasPadam
  24. Memang elok benar cadangan Nai Salahuddin tu..memang pautan di bawah tu tak ada kena mengena langsung dengan sejarah yang kita perjuangkan dan sokong dalam blog ini. Elok dibuang ke laut saja.

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah...susah bersih dari agenda-agenda mungkar.

    BalasPadam
  26. salam. thanks for the info. saya student dari utm, skudai dan bercadang nak buat kajian mengenai kerajaan kedah pasai ma. boleh saya tahu, ada tak cara untuk menghubungi Tuanku Nai Long Kasim ? jika ada sebarang maklumat, boleh emel kepada saya (nurmizatulhidayah.ismail@gmail.com) secepat mungkin. sekian terima kasih.

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam kpd salmi, naisalahuddin dan saudari nur mizatul...

    trimakasih pada naisalahuddin dan salmi atas keperihatinan antuma d atas sikap mereka2 yg meneguk d air yg keruh. ana masih lagi ni outstation, nnti ana ada masa ana buangkan pautan2 yg menyakitkan hati umat tu.

    kpd nur takperlulah nur bersusahpayah memikiri perkara yg ana dan nai long mazlan sudah keluarkan. nur boleh ambil terus dari sini artikel2 penting utk kajian tu dgn mmbritahu dari sumber asal mana saudari nur dapat utk kajian nur tu.

    BalasPadam
  28. assalamualikum..Sdr Megat saya ingin bertanya tentang seorang yang bernama Syeikh Munas berasal dr Patani yg kuburnya di Kampong Charok Kudong Pendang..dan adakah Abdul Manaf Abdullah ada kait dengan TNL Abdullah..?? Dae/Bunga..?? sekadar bertanya.. terima kasih (A.J)

    BalasPadam
  29. assalamualikum..Sdr Megat, Saya adie. Saya cuma ingin meluahkan perasaan. Kalau x silap saya Nama Arwah tok saya Tengku Baharom ibni Tunku Muhammad Jiwa. Dengar citer Arwah tok saya lari dari kedah ke perak di sebabkan masalah keluarga di kedah. Di perak arwah tok saya meminta perlindungan dari raja dihilir perak. Hingga la arwah berkahwin. Makcik2 saya pernah cerita yg masa depa kecik2 depa baik dgn salah seorang yg bernama tunku habsah di kedah.Dan tunku habsah memang kenai sgt dgn arwah tok saya ni. Tapi bila makcik2 saya dah besak tunku habsah berubah menjadi x suka dgn keluarga arwah tok saya. Dia langsung x mau ngaku saudara dan buat2 mcm x kenai aje, hinga la sampai tok saya meninggal. Adakah di sebabkan keluarga tok saya ni sudah hidup seperti org biasa dan x berharta dan di perlakukan sebegitu? sedih dan terkilan....

    BalasPadam
  30. assalamualaikum dan hi...

    saya dari selangor ingin bertanya, adakah anda sedang mencari keturunan panglima-panglima yang diatas ini?

    saya maksudkan ialah, keturunan pada masa kini.

    terima kasih,
    Daniel Zaydi.

    BalasPadam