Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Isnin, 1 Februari 2010

KERAJAAN ISLAM SRI WIJAYA


Pemandangan Gunung Jerai yang dilihat dari Pantai Merdeka, Kedah

--------------------------------------------------------------

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, DYMM Raja Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam keseluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah. Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Wali Abdal Syed Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Allah Nuh a.s. yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna dalam bahasa Melayu Siam iaitu Datuk Puak. Selepas kematian Yafis atau Tok Kong generasi selepas beliau membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut. Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. ke sebelah sini. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa Melayu Siam bermakna 'Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain'. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Maharaja Melayu DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876 yang di tangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

--------------------------------------------------------------------------------------


Gerbang Pintu Masuk KUALA BAHANG ke Penempatan Para Pedagang dan Pelawat di Pelabuhan Melaka, Kedah



Bukti sirah Nabi S.A.W, baginda ada mengutuskan sahabatnya Saad Bin Abu Waqas r.hu untuk mengIslamkan Raja China, Sai Ti Song yang sebelum itu merupakan pengikut ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s dari ajaran kitab Allah Suhuf iaitu agama Hanif. Anaknya Sheikh Huang Ti ialah ayahanda kepada DYMM Raja Merong Maha Wangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Shah I. Beliau telah berkahwin dengan puteri raja Turki 'Wali Allah Abdal' Syed Jamal al-Jefri. Semasa mereka berkerajaan di Kedah, adik Sharifah Mariam telah pergi berdagang di benua Hindi (India). Rombongan perdagangannya telah menarik perhatian raja Hindu yang bernama Soka. Dengan takdir Allah Raja Soka telah memeluk Islam dan mengahwini adik Sharifah Mariam yang bernama Sharifah Mumtaz al-Jefri. Jadi oleh kerana itu hubungan DYMM Raja Merong Maha Wangsa telah menjadi sebagai biras dengan Raja Soka, India.


Duit Dirham PERAK Fahri" Kerajaan Kedah

Dari catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi, beliau sendiri telah singgah di Kedah. Katanya 'Saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang 'Qala'i' iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda. Rajanya tunduk kepada negara Islam China dan menyebut maharaja Islam China dalam khutbah jumaat dan mempunyai sikap PANDANG KE TIMUR (mencontohi Raja China). Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China'. Abu Dulaf juga mengatakan orang Kedah pandai menggunakan tepung gandum, memakan buah kurma, roti dan sayur seperti kebudayaan orang-orang Arab.


Pengembara China pula mengatakan di Kedah ramai orang yang mempunyai nama berpangkal 'Pu'. Ahli kaji bahasa China bersetuju ia bermakna 'Abu' ini membuktikan Kedah mempunyai ramai orang Islam. Ini membukti yang kerajan Kedah Tua telah lama wujud iaitu sejak tahun 700 tahun masihi lagi dan mempunyai hubungan rapat dengan negara China, Benua Keling dan negara-negara Arab. Ini dari bukti dengan pemakaian sutera, pedang Hindi dan pemakanan gandum serta buah kurma. Tapi seperti biasa sejarawan-sejarawan akan berhabis-habisan dengan teori palsu dan batil mereka untuk menegakkan Benang Yang Basah yang kononnya Ketamadunan kita di sini sebenarnya Ketamadunan Hindu dan Barat yang Ketamadunan Agama Hanif berteraskan Agama Tauhid peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s. Di tambah pula dengan ketibaan agama Islam di rantau ini di bawa oleh Syarifah Maryam al-Jefri bersama suaminya DYMM Raja Merong Maha Wangsa.



Pelabuhan KUALA BAHANG di Kedah, tempat Kapal-kapal Perang dan Perdagangan berlabuh



Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah. Ramai orang tidak tahu di manakah tempat tetap pemerintahan kerajaan Sri Wijaya ini, malah ada yang mengatakan di Palembang, Jawa dan di Kelantan. Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa kerajaan Sri Wijaya adalah kerajaan Buddha tetapi tanpa bukti yang kukuh, hanya pada andaian sahaja. Sri Wijaya dalam bahasa Melayu Tua atau bahasa Melayu Siam bermakna Penempatan Tentera Islam Menyebar Nasihat Raja. Raja Sri Wijaya iaitu Shah Jihan I telah menempatkan tenteranya di kota yang bernama Kota Samarahan di Sarawak, Kepulauan Borneo dan baginda juga membina sebuah Masjid yang besar di Kepulauan Jawa Indonesia berbentuk seperti kuil hindu dan Masjid itu masih wujud sehingga sekarang.


Ada catatan sejarah mengatakan pada tahun 1000 masihi kerajaan Kedah pernah menyerang Selatan India, ini menyebabkan sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel itu yang rajanya bernama Rajendra Chola yang mempunyai angkatan laut yang kuat telah membuat serangan balas. Kedah telah disebut-sebut oleh Raja Rajendra Chola sebagai negeri yang paling hebat membuat tindakan balas dan kita sedari ini kerana Kedah mempunyai Raja Islam dan paling ramai penduduk yang beragama Islam. Pada tahun 1025 masihi raja Rajendra Chola telah menyerang Sri Wijaya dan menyebut bahawa Kedah adalah antara kota-kota yang penting bagi kerajaan Sri Wijaya. Pulau Langkawi telah berjaya dimusnahkan dengan teruknya oleh armada perang raja Hindu tersebut. Paul Wheatley telah menterjemahkan batu bersurat raja Hindu tersebut katanya "Beta Rajendra, menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora dan telah berjaya menawan Raja Kadaram (Kedah) sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat, beta juga telah berjaya merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaan raja tersebut yang dikumpulnya dengan JUJUR sejak beberapa lama".


Dalam Hikayat Merong Maha Wangsa diceritakan tentang serangan keatas Raja Kedah : " Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri (Langkawi) itu selepas peninggalan perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa pun duduk ".





Pintu Masuk Pelabuhan Melaka "Gerbang Kacapuri" di Kuala Bahang, Kedah, YANG BERDEKATAN DENGAN KUALA MELAKA, KEDAH




DYMM Maharaja Melayu Raja Merong Maha Wangsa telah memilih Kedah sebagai Pelabuhan Melaka, kerana ia mempunyai keistemewaan berikutan wujudnya Gunung Jerai yang dapat menjadi panduan kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang dari timur dan barat dan menjadi panduan armada laut Sri Wijaya yang melalui Selat Melaka. Kota Portugis yang terdapat di Bandar Hilir Melaka hanyalah kota untuk tentera upahan Portugis Islam pada tahun-tahun selepas itu yang tidak mempunyai sebarang Gunung untuk panduan kapal-kapal yang ingin berlabuh di situ. Dan Ulu Melaka ialah Pulau Langkawi satu nama yang masyhur ketika itu dan berdekatan pula dengan tanah besar Kedah. Selain dari itu Gunung Jerai juga menjadi daya penarik kepada ekonomi kerajaan Merong Maha Wangsa yang selalu singgah di Kota Aur di Lembah Bujang. Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah. Bukti dari sejarah menunjukkan pelabuhan Melaka di Kuala Bahang merupakan tempat berlakunya peperangan yang sengit sebelum British dan Belanda mengambil keseluruhan Nusantara ke dalam empayar mereka. Hasil-hasil dari Syburi iaitu Kedah Timur yang di bawa dari Songkla dan pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu di eksport dari sini, di antaranya termasuklah emas dan geliga. Moorhead mengatakan pelabuhan di Kedah membekalkan TIMAH yang paling banyak di dunia pada masa itu dan kekal sebagai pembekal utama buat beberapa kurun.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara Megat.

    saya sememangnya tertarik dengan kisah-kisah sejarah negara apatah lagi ketika sebelumnya zaman pemerintahan Jepun keatas bumi Melayu ini. Ini kerana sememangnya sejarah negara yang ditulis dan dipelajari pada hari ini dilihat banyak kecelaruannya. Mungkin benar kerana pengaruh penjajah British dan sekutu-sekutunya mengolah sejarah demi memperlekehkan bangsa Melayu.

    Disebabkan kecelaruan itulah saya harap saudara dapat menjelaskan tentang beberapa perkara ini:

    1. Perkahwinan Merong Mahawangsa dengan Syarifah Mariam Al-Jefri dikatakan berlaku diawal pembukaannya Kedah. Namun begitu nasab keturunan Al-Jefri dikhabarkan wujud pada jauh zamannya selepas pembukaan negara Kedah. Oleh yang demikian, terdapat sedikit kecelaruan waktu diantara zaman Merong Mahawangsa dan lahirnya keturunan Al-Jefri. Saya ada terbaca tentang perkara ini di salah satu blog yang penulisnya juga seorang yang mendekati sejarah bangsa.

    http://merahsilu.blogspot.com/2010/03/kepala-naga-merong-mahawangsa-dan.html

    Mungkin saudara boleh menjelaskannya selepas membaca tulisan tersebut dan mungkin boleh mengadakan perbincangan dengan penulis blog ini mengenainya.

    2. Semenanjung Melaka adalah sebuah kerajaan yang cukup besar dimana bernaungnya beberapa buah negeri dibawahnya. antaranya Perak. Memandangkan kesultanan Perak dikatakan bernasab terus dengan kesultanan Melaka, dan Melaka seperti mana saudara nyatakan tidak hanya disekitar Melaka kini. jadi, bolehkah saudara jelaskan tentang persambungan rantaian kesultanan 2 kerajaan ini. Adakah terdapat mana-mana Sultan diantara 2 kerajaan ini yang boleh dikaitkan persamaannya antara satu sama lain?

    Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara kerana membuka blog ini. Dan ianya pasti menjadi satu lagi medan untuk kita berkongsi pandangan mengenai sejarah.

    BalasPadam
  2. waalaikumus salam saudara noelement,

    ttg ahlul bait al jefri yg d katakan jauh dari zamannya itu tidak realistik dgn hanya berpandukan buku-buku salasilah dari yaman yg d anggap berautoriti sbb buku itupun tadak terlepas dari pamantauan musuh-musuh allah.buktinya salasilah JAMALULAIL PERLIS yg kononnya nasab dari yaman. slps d selidiki rupa-rupanya dari pecahan syed mohd hatta raja daerah arau kayang sempena nama moyangnya JAMALULALAM badrul munir.penipuan ini brlaku kerna campurtangan raja-raja daerah itu slps syed hamzah d halau british dari perlis.

    penempatn ahlul bait pulak bukan setakat d yaman malah terdapat penempatan ahlulbait yg besar d china dan combodia veitnam.

    ahlulbait pula tak semesti syed kawin dgn syarifah atau syarifah kawin dgn syed.itu geng al-arab nam anya, kalau mcm tu takdaklah ajam dari kalangan ahlulbait spt mahdi muntazar, sbb dia bukan arab tapi ajam (bukan arab) dari darah rasul s.a.w. ini bukan bab kecairan nasab tapi bab darah-darah mereka ini ada mengalirnya darah muhammad s.a.w. spt sultan syarif syah, tengku ali terengganu, sultan abdul halim muadzam shah, yg teramat mulia nai long kasim dll.

    ttg kerajaan melaka itu bukannya melaka tapi kota portugis BANDAR HILIR, orner (semenanjung) melaka ialah kota star , kedah pasai ma.

    ttg kerajaan perak pula bukannya perak tapi kota gangga nagara yg slps itu wujud krajaan kinta, manjung, larut dll. perak skrg sebenarnya rentetan dari lanun-lanun raja abdullah bersubahat membunuh raja ismail dari kinta dan raja selama keramat tok prang lantikan kedah tua.

    BalasPadam
  3. terima kasih saudara megat mengenai maklumat tersebut. terlebih dahulu nama saya hamdi. noelement sekadar nick di internet saja.
    rasanya terlalu banyak yang perlu didalami sebelum membaca bulat-bulat tentang sesuatu di internet. Apatah lagi apabila melihat komen terkini saudara di entri terkini mengenai "blog yg satu lagi".

    Saya kini juga didalam proses untuk mengenalpasti setiap percanggahan yang terdapat didalam penulisan sejarah moden dgn maklumat2 yang tertera seperti didalam blog anda dan rakan2 seperti sejarahnagarakedah, dsb. Mungkin dengan setiap perician tersebut dapat merungkai sedikit sebanyak persoalan yg mungkin kita boleh saling bertukar pandangan.

    Oh ya, saya ada mendengar tentang kisah sultan kedah yang dilantik tetapi hanya sempat memerintah sehari/seminggu sahaja sebelum mati kerana dikatakan kurang daulat. Mungkinkah saudara ada maklumat tentang perkara tersebut? jika ada, apa salahnya kira dikongsi maklumat tersebut di entri seterusnya.. mungkin sekadar "sound bites" (istilah yg sering digunakan Tun Mahathir di blognya).

    BalasPadam
  4. sama-sama

    trima kasih kerna sokongan anda dan kerrihatinan anda ttg sejarah bangsa juga agama tercinta. ttg entri seterus kita skrg tengah buat projek timur tengah ,tak balik ke nusantara sbb sibuk dgn munsyi abdullah d jeddah.

    jgn risau dgn ana di sana sbb pintu star gate d lokasi yg rahsia dan selamat, insyallah .bukan balik dgn keretapi tapi lipatbumi saja (maaf melawak saja).

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, di atas kelahiran blog ini yang tambah merancakkan lagi perjuangan sejarah Islam realiti khususnya di nusantara ini.

    Penulisan saudara berjaya mengurai persoalan tentang Sri Wijaya dan kaitannya dengan Kedah Tua.

    BalasPadam
  6. trima kasih kerna kesudian anta mengunjungi blog ini. kerna banyak ketamadunan bangsa ini yg raja2nya dari keturunan suci spt nabi ibrahim, nabi iskandar zulkarnain dan nabi s.a.w telah dikambus dan d tutup oleh penjajah kafir. ana akan mengurai dan mengeluar ketamadunan yg hebat ini dari (kuala) lumpur yg pekat,hitam dan kotor dgn izin allah.

    BalasPadam
  7. Salam Tuan,
    Saja nak maklum, saya sedang buat revision artikel lama-lama. Harap tuan sentiasa bersemangat.. Jangan lemah semangat

    BalasPadam
  8. ana skrg ni tengah sibuk sikit dgn pendaftaran anak d madrasah hafazan. lagipun 4 hari lepas ibu kpd tuanku nai long kasim meninggal dunia. jadi minggu ni sibuk sikitlah dgn mengemas rumah yg kami tinggalkan selama sebulan lebih.

    esok pula nak turun KL jap ada urusan family dan kekawan d sana. thanks kerana memberi semangat dan sokongan kpd ana .
    wsslm.

    wslm.

    BalasPadam
  9. nak tanya sikit, anta buat pengajian apa d australia sana ? dah berapa tahun d sana dan d malaysia dok kat negeri mana ? wslm.

    BalasPadam
  10. BODOH KER KORANG NIE MEMAKAI KAIN SUTERA TU KAN HARAM.....CAKAP ISLAM YG JUJUR....BAB HALAL HARAM PUN TAK BOLEH BEZA KER.....QUOTE "Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China'."

    BalasPadam
  11. yang dimaksudkan dengan "mereka" untuk kontak pemakaian pakaian dari kain sutera adalah kaum wanita dari kalangan penduduk setempat yang mana kain sutera diketahui oleh mereka sebagai pakaiain golongan kaya. Kain untuk pakaian golongan orang-orang kaya dibuat dari kain sutera yang diamati sebagai komoditi mahal dari Negara China.

    BalasPadam