Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Ahad, 28 Februari 2010

Asal Usul Kerajaan Islam Daerah PaTTani, LEGEH, KELANTAN dan TeRENGGANU



Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia). Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. DYMM Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis @ Bugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Mynmar hingga ke selatan Mynmar. Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas adanya pemerintah di sini.


Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan kerabat Kedah Merong Maha Wangsa dari Jammu Kashmir bersama askar Upahan Portugis yang berkhidmat dengan tentera Kedah Merong Maha Wangsa, manakala askar Islam Kedah Merong Maha Wangsa berjubah



Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut, Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa dan bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.



Raja Kedah Syburi DYMM Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.


Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)




DYMM Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh Ali digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.



Semasa peristiwa kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar Sri Sutammaraja pada tahun 1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik DYMM Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor. Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana kekandanya Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya. Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.

--------------------------------------------------------------------------


Istana Jugra, Selangor yang dibina oleh DYMM Sultan Muhyidin Mansor Syah

-------------------------------------------------------------------

Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya. Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda. Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.

------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat 3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya 3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam Seri Negara dan meriam Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam Mahalela. Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak diatas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu. Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, "Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan".
-------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------


Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki maka DYMM Sultan Kedah Syarif Abu Bakar yang berpusat di Nambang atau Air Teluk di Ligor telah mengambil alih semua wilayah pantai timur dan menyerahkan kepada keturunan Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani dengan nama Negeri Legeh pada tahun 1778M di bawah pemerintahan Long Putra anak saudara DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Syah

-----------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar ( DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Syah ) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun 1199H bersamaan dengan tahun 1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah. Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum....saudara Megat al-Jefri,

    Saya ingin bertanyakan beberapa perkara berkaitan keturunan Raja Nang Che Yam binti Raja Kuifa Tabim sheikh Ali.

    1. Adakah Puteri Saadon@Nang Kemuning binti Sultan Ismail ini merupakan org yg sama dgn 'Puteri Saadong binti Raja loyor' yg mana namanya tercatit dalam salasilah keturunan Raja jembal Kelantan sekrg ini (web raja-christopher buyers)? kalau rujuk wiki sejarah kelantan, katanya Puteri saadong ini pernah diculik oleh panglima tentera Siam utk dikahwinkan dgn Maharajanya? dan kalau mengikut wiki tersebut, keturunan Jembal di Kelantan skrg adalah berasal dari Raja Bersiung yg dtg dr Kedah yg membawa anak angkat bersamanya bernama 'Raja sakti', dan dr Raja Sakti inilah terbitnya Puteri Saadong(Putri Saadong binti Raja loyor bin Raja Sakti). Minta tuan ulaskan dgn jelas?

    2. Bolehkah tuan ceritakan Kemanakah perginya putera kpd Raja Patani Sultan Mudzaffar Shah iaitu Raja Pak Teh Siam? Setakat ini rasanya tiada pula penceritan kesah tentang diri baginda secara sempurna kecuali blog sejarahnagarakedah ada menyebut baginda berkahwin dgn puteri Majapahit. Kalau dapat tuan ceritakanlah sedikit-sebanyak kesah baginda.

    3. Dimanakah terletaknya makam Uthompon@Sultan Mudzafar Shah ibni Sultan Ismail Jammu Patani?

    4. Dalam tulisan tuan diatas ada disebut selepas kemangkatan Ratu Hijau maka takhta Patani diambil alih oleh adinda2 baginda iaitu Ratu Biru dan seterusnya Ratu Ungu dan Ratu Kuning (Hikayat Patani). Disini ada kemusykilan kerana Ratu Hijau ialah Nang Che Yam dan kalau mengikut blog sejarahnagarakedah, selepas kemangkatan Nang Che Yam dan Sultan Ismail takhta patani ditabalkan kepada putera baginda berdua iaitu Uthompon@Sultan Mudzafar Syah dan disebut baginda ini hidup lama hingga kezaman cucu saudara baginda iaitu Raja Bakar@Nambang. Jadi persoalannya zaman bila antara ratu-ratu tersebut memerintah dgn Sultan Mudzafar Shah memerintah?

    5. Adakah Ratu Biru, Ratu Ungu dan Ratu Kuning itu mmg benar2 adinda kpd Nang Che Yam@Ratu Hijau seperti yang saudara tulis diatas dgn rujukan dr Hikayat Patani tersebut? Kalau begitu maknanya mereka itu kesemuanya adalah anak@puteri kpd Raja Kuifa Tabim Sheikh Ali lah ya? Bukankah begitu? sekiranya benar, disini seolah tidak masuk akal kerana mereka kesemuanya masih hidup hingga kezaman cucu cicit mereka.

    Harap maaf kerana bertanya panjang lebar krn sy juga dlm usaha mempelajari sejarah realiti.Syukran, wassalam......

    BalasPadam
  2. megat al-jefri said:

    mualaikum salam, minta maaf sbb terpaksa jwb d cybercafe sbb computer kena virus.

    puteri saadong atau nang kemuning ialah kpd maharaja melayu sultan akhirul zaman dan baginda terlibat dlm jihad qital dlm perang besar melawan belanda dan pemberontak minang.

    ttg mudzafar shah tu salah cik adik oii..namanya ialah madzafar shah, mudzafar cuma ada 3 org, 1) sultan mudzafar i merong mahawangsa 2) sultan mudzafar ii merong maha podiset 3) sultan mudzafar iii kuala kangsar,

    dan madzafar hanyalah D.O bagi kwsn grisek,tabal,tak bai dan tumpat.baginda memerintah dari kotanya di istana chabang tiga.

    baginda mmg ditabal tapi sekitar kwsn tu saja.maklumlah taraf raja daerah saja.

    terima kasih kerana saudara prihatin dan mengambil berat ttg sejarah realiti nusa bangsa juga agama.wsslm

    BalasPadam
  3. ok tq megat for Prang Besar. Now aku puas hati..aku dok tunggu lama dah.

    wassalam.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan Megat...

    Terima kasih atas jawapan yg diberikan. Tentang nama Sultan Mudzaffar Syah Patani tu saya ikut seperti mana ejaan salasilah yg ditulis di blog Anai2. Di blognya, ditulis Sultan Mad Zafar Shah I ialah Merong Mahawangsa, Sultan Mad Zafar Shah II ialah Merong Maha Podiset dan Sultan Mad Zafar Shah III ialah Rama Tibodi I. Adapun gelaran bagi Koya Long pula dieja dgn nama Sultan Muzaffar Syah III dan bagi Uthompon pula dieja dgn nama Sultan Muzaffar Syah juga. Bagi saya ini masalah teknikal shj, kerana yg pentingnya ialah ejaan pada tulisan jawinya itu.

    Nak tanya ni, apa maksud kalimah 'MAD ZAFAR'? Kalau MUZAFFAR tu mmg ade wazannya dlm bhs arab iaitu atas wazan MUFA'AL maka itu 'MUZAFFAR' bermaksud kemenangan. Sebaliknya kalimah 'MAD ZAFAR' tidak terdapat wazannya dlm bhs Arab. Maksud saya perkataan 'Mad' didepan tu, adapun ZAFAR(asal dr zho-fa-ro) bermaksud Yang mengalahkan...

    Sama juga dgn kalimah MUAZZAM(keagungan), MUKARRAM(kemuliaan) dan MU'TASIM(Kepeliharaan) mmg pure bhs Arab tapi kalau 'MAD AZAM' tak tahulah pula saya. Adakah perkataan 'MAD'(dgn ejaan mim dal) itu dr bhs Siam atau Parsi? Kalau dapat tuan tolong jelaskan ttg ini sepertimana tuan jelaskan ttg asal usul nama kedah itu.

    BalasPadam
  5. waalaikumussalam saudara zack

    ana cukup kagum dgn keprihatan anda ttg harfiah dan syakal arab yg anta bincangkan ni.sempena hari guru dibulan ini ana syorkam kpd anta membuat rujukan kpd kamus marbawi karangan GURU yg hebat dizmn ini iaitu dr mohd idris almarbawi bekas anak murid tok kenali spt abah ana yang mulia tuanku nai man(1875-1979).kalau anggaplah ianya bahasa spt nama awang dan bambang. wsslm.

    BalasPadam
  6. salam tuan Megat,
    tahniah atas maklumat yg dikongsi bersama.
    saya satu kemusykilan, ttp ia terkeluar dari topik yang tuan post. Boleh tak tuan tunjukkan macam mana permaisuri Agung, Tuanku Nur Zahirah boleh ada perkataan syarifah dan aljefri seperti Syarifah Nur Zahirah al-Jefri. minta tolong percerahkan kelaburan ini. kalau tuan tak nak maklumkan di sini, email saya di irmamanggis@yahoo.com. dan adakah permaisuri agung mempunyai pertalian darah dengan tuan megat. harap dapat bantu saya.
    wassalam

    BalasPadam
  7. jawapan utk soalan anta ada d artikel bulan dicember.

    wsslm.

    BalasPadam
  8. lam en.megat.saya nak bertanya adakah benar apa yang saya dapat maklumat ini.saya mendapat maklumat dr sahabat saya yang mengatakan yang keturunan raja pattani ini masih wujud di malaysia ini dan ada yang masih tinggal dikawasan pedu dan johor.dan lagi pewaris hak keizinan masjid yang berada di pattani itu telah kembali kerahmatulah pada tahun 2004 lalu.dan apa yang diceritakan waris tahta kerajaan pattani melarikan diri diatas dengan panglima yang telah dikabarkan telah dibunuh oleh rakan seperguruan sebaliknya telah membantu waris tahta kerajaan pattani keluar dr kekecohan perebutan kuasa tahta kerajaan pattani pada waktu itu ke daerah kedah.dan beliau juga telah menukarkan nama beliau supaya tidak dikenali org lain.dan apa yang disampaikan pada saya gajah putih milik kerajaan raja pattani masih wujud dan tersimpan dalam kurungan raja siam sekarang dan tidak dipertontonkan pada umum mahupun dikalangan istana.dan panglima perang paatani pula yang dikabarkan kepada saya telah menukarkan nama beliau kepada panglima awang dan berkahwin dengan wanita berasal dr kedah dan mendapat anak dan salah seorang anak itu dikenali tok keramat tidak silap saya.dan saya cuba menjejaki tempat itu iaitu di salah satu daerah dikawasan pedu dan ternyata apa yang sisampaikan itu sama dengan cerita dr sahabat saya.

    BalasPadam
  9. jawapan utk anta ada d artikel bulan feb.2012. utk bacaan umat yg tidak menyedari ulsan anta itu.

    wssslm.

    BalasPadam
  10. assalamulaikum.

    benarkah kedah dan kawasan jajahannya dulu dikenali sbg saiburi oleh Siam dan sehingga sekarang orang yg lahir di saiburi boleh membeli tanah di thailand dan tinggal di sana.

    BalasPadam
  11. Salam saudara,

    Adakah saudara mempunyai sebarang maklumat mengenai keturunan waksa yang juga asalanya dari kerajaan pattani

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum saudara,

    Sememangnya saya naif mengenai sejarah Pattani, hanya bisikan ibunda menyatakan yg Almarhum Ayahanda berketurunan dr sana. Boleh tolong perjelaskan kepada saya siapakah Pak Da Sa'ud? Antara anak2nya bernama Pak Long Pok Deng, Mat Saman, Abdullah, Lateh, Dahaman, Chik dan seorang anak perempuan meninggal di usia muda. Almarhum ayahanda menutup rapat mulutnya dr mengkisahkan hal keturunan...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum tuan megat...
    Sy tertarik dengan artikel yg tuan kongsikan dan ingin bertanya..nenek sy dan adiknya mempunyai gelaran nang di hadapan pangkal nama masing2 tetapi tidak digunakan cuma yg menggunakan gelaran tersebut hanya ibu mereka dan generasi sebelumnya...susur galur keturunan mereka juga berasal dari pattani,thailand dan sehingga sekarang kami masih mempunyai saudara mara di sana...sy ingin kepastian adakah gelaran nang di hadapan nama mereka bermaksud mereka adalah berketurunan seperti yg terdapat di dalam artikel tuan?sekadar ambil berat dan ingin tahu...harap dapat penjelasan dari pihak tuan...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum saya tertarik dengan blog tuan semasa sy sdg mencari asl usul saya.. menurut cerita datuk sy yg dah berusia 84 tahun, emaknya keturunan raja petani.. ayah emaknya dikatakan lari dari negeri patani dan dijumpai org org kedah lalu diambil menjadi anak angkat dan dikahwinkan dengan org tempatan.. apabila ditanya mengenai asal usul masing2 diam diri tak mau ceritakan apa2.. ada pepatah mengenai 'kok' sy x ingat tapi mak sy kata diibaratkan naik gajah pon salah x naik gajah pon salah..ibarat pijak tanah x boleh..x pijak pon x boleh... mak saya pnh cerita datuj saya pernah cerita yg ada diceritakan kisah moyangnya mempunyai kuasa dimana boleh mengubah satu masjid di patanni kearah kiblat sehingga menjadi buta matanya... kalau ada sesiapa yg pernah dgr cerita ni boleh hubungi sy ditalian 0195273342.. berminat jugak nak dgr asl usul keturunan...datuk sy pon prnah cerita bermimpi mak dan ayahnya datang naik gajah putih dtg melawatnya dirumah...mmg asl usul keturunan kami dirahsiakan sbb moyang sy mmg x nak cerita apa2...apabila ditanya pepatah diraja tu je yg dijawab....

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum, saya nak tanya. Raja Kedah dan Pattani dahulu ada pertalian darah daging ke tidak? Sebab saya sudah keliru sekarang. Saya nak tahu salasilah yang paling atas sekali(bermula dari Merong Mahawangsa) hingga kita tahu siapa yang ditakhtakan untuk kerajaan Pattani dan Kedah. Boleh terangkan kepada saya..

    BalasPadam