Meriam Kerajaan Islam Palembang yang bertarikh 1225H(1810M) di Kota Ligor-Kedah, Nakon Sritamarat, Thailand
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh kerana itu keturunannya diberi ufti berupa bunga emas setiap tahun sebagai tanda taat setia oleh raja-raja daerah walaupun dimana mereka bersemayam samaada di kerajaan Islam Palembang Darus Salam, Ayuthia, Kencanapuri, Toung Oo, Ligor, Kerajaan Islam Selangor, Kerajaan Islam Dili Timur Timur, Kerajaan Islam Beruas, Bugis Goa @ Makassar, Bandar Hilir Melaka-Johor Riau, Kerajaan Islam Aceh-Pasai, Siak, Jambi, Kerajaan Islam Albani ( Perth ) , Kerajaan Islam Amanilla, Sulu, Brunei, Kerajaan Islam Pattani-Legeh, Kerajaan Islam Papua, Kerajaan Islam Demak, Mataram dan lain-lain. Dan lebih menyebabkan kemarahan musuh-musuh Allah terutamanya British bila raja-raja Melayu ini turut diberi penghormatan istemewa oleh kerajaan Monggol Turki Usmaniyyah, Delhi Moghul India dan Kerajaan Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah S.A.W dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja Merong Maha Wangsa, sehingga Col. James Low pengkaji sejarah dahulu menganggap binaan-binaan di Semenanjung Melaka ini adalah dari penganut-penganut agama Hindu dan Buddha.
Gerbang Purba KOTA STAR
Pada abad ke-18, Francis Light telah menawan Pulau Pinang dengan bantuan lanun Abdullah Mukarram anak gundik Paduka Seris Sultan Muhammad Jiwaz daripada kekuasaan Khalifah Islam Sultan Syarif Syah Ligor, Kedah. Pada tahun 1786, kemudian anaknya pula Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram membuat rundingan dengan wakil British yang bernama George Leigh untuk mendapatkan sejaluran wilayah yang dikenali sebagai Seberang Perai. Ia dikenali sebagai Perjanjian Keamanan, Persahabatan dan Perikatan dengan Syarikat British Hindia Timur di tahun 1800. British akan membayar sewa tahunan $6,000 dollar sepanyol untuk Pulau Pinang dan $4,000 dollar sepanyol untuk Seberang Perai kepada lanun berkenaan, tapi sebenarnya pembiayaan daripada kerajaan Britain kepada pemberontak itu untuk menghancurkan Maharaja Melayu Kesultanan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama berpusat di Kota Star. Siam-Thai menuntut kekuasaannya keatas Empayar Siam-Kedah tetapi Maharaja Melayu Sultan Syarif Syah enggan mengakuinya, oleh itu pada tahun 1821 Tahun Musuh Bisik, Siam-Thai Bangkok telah menyerang Kerajaan Kedah Tua dengan bantuan Inggeris dan lanun Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram.
Raja Abdullah lantikan British untuk negeri barunya bernama Perak
Berakhirnya Empayar Siam-Kedah Merong Maha Wangsa dari darah Iskandar Zulkarnain dan Nabi Muhammad s.a.w apabila rajanya yang terakhir DYMM Sultan Syed Jaafar atau Sultan Nai Long Jaafar dari Khilafah Ahlul-bait Ajam al-Jefri Bani Hashim Ibni Almarhum Sultan Syed Alang Alauddin berjaya dibunuh di Gurun @ Gerun, Kedah. Dengan itu kerajaan Kedah berjaya ditawan musuh-musuhnya selama 5 tahun oleh tentera bersekutu iaitu Thailand, England, Negeri-negeri Selat dan pemberontak Abdullah Mukarram merangkap bapa mentua Francis Light. Selepas itu pada tahun 1881 Kedah dibahagi dua, di sebelah kanannya dibuat negeri Pattani Baru yang asalnya bernama Syburi dengan rajanya seorang lanun dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan ( Pattani ) dan di sebelah kirinya dibuat negeri Kedah Darul Aman. Manakala di utaranya diwujudkan negeri Perlis Darul Sunnah dan di selatannya diwujudkan negeri Perak Darul Ridwan dengan rajanya bernama Abdullah setelah gabenor Kedah yakni Ngah Ibrahim, Larut ditangkap dan Raja Ismail Kinta serta Raja Selama iaitu Keramat Tok Perang ( Moyang Tun Abdullah Ahmad Badawi ) syahid dibunuh oleh British.
Suami Kepada Puteri Raja Kafir Thai Raja Chulalongkorn Iaitu Jeneral Manjalara
Abdul Hamid telah dipilih dan diangkat menjadi raja Kedah dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Halim Syah dan telah diperintahkan menceraikan isterinya yang pertama YTM Syarifah Sofea al-Jefri atau Nai Sofea anak saudara kepada Maharaja Melayu terakhir Sultan Nai Long Jaafar Muadzam Shah juga merangkap ibu kepada Nai Badlishah. Nai Badlishah telah dihalau dari istana manakala Raja Daerah Kota Kuala Muda Abdul Hamid ini pula telah dikahwinkan dengan Jeneral Manjalara anak perempuan kepada Raja Chulalongkon. Manjalara merupakan ibu kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai. Semua peristiwa ini telah diatur oleh British agar orang Melayu menganggap rajanya orang biasa yang beragama Hindu-Buddha yang telah memeluk agama Islam.
Assalamualaikum...
BalasPadamTerima kasih atas info saudara ttg negeri kedah, dulu mmg kerajaan kedah amat luas n terkenal seserata rata dunia mcm dlm lagu negeri kedah.
Sbgai anak kedah saya ingin bertanya tentang syarifah sofea, kemana beliau setelah diceraikan oleh sultan abdul hamid? Kemana pula anaknnya Badlishah pergi setelah dihalau dari istana? mengapa badlishah yang dihalau dari istana telah naik menjadi sultan kedah selepas sultan abdul hamid? mengapa tidak anak2 sultan abdul hamid dari isteri keduanya, manjalara? apakah peristiea yang berlaku ketika itu?
Mohon jawapan daripada saudara al-jefri menjawab persoalan tersebut.
Sekian.
Wa'alaikummussalam..
BalasPadamTerima kasih atas kesudian mengunjungi blog kami. Maaf kerana lambat menjawab soalan sbb kesibukan kami mengemaskini blog yg baru ini dan kesibukan kami memberi nusrah kepada jemaah yang berada di sekitar halqah kami.
Syarifah Sofea sebenarnya telah pergi bersembunyi di Kulim dan anaknya Badlishah telah dijaga oleh cucu Maharaja Melayu as-syahid Sultan Jaafar Muadzam Shah di Kg. Alor Pak Ngah setelah dihalau dari istana kerana perlantikan Raja Muda dikalangan anak-anak jeneral manjalara sahaja. Ini semua untuk memudahkan British menukar landscap politik seluruh Nusantara di bawah acuan mereka 'British Empire'.
Sekian wassalam.
Tolong cerita sikit tentang australia, tasmania sebahgian dari empayar merong dahulu. Apa contoh persamaan bahasa dan nomobor fiji , jepun dll. dengan bahasa melayu. Di manakah gerbang kota star
BalasPadamTolong cerita sikit tentang australia, tasmania dulu sebahagian daripada empayar merong. Apa persamaan bahasa dan nombor jepun, fiji dll. dengan bahasa melayu. Gerbang kota setar itu di mana
BalasPadamtolong cerita tentang australia dan tasmania sebahagian daripada kerajaan merong dahulu. Apa bahasa dan nombor fiji, jepun dll dengan bahasa melayu. Di Alor Setar itu, dimanakah gerbang kota setar.
BalasPadamMaaf kepada Saudara Ahmad Fuat sebab lewat memberi jawapan dan terima kasih sebab sabar menunggu jawapan dari kami, kerana sibuk mengemaskini blog dan sibuk dengan kerja agama.
BalasPadamRaja Australia dahulu ialah Raja Ali yang merupakan Raja Daerah Al-Bani di Pert Australia. Keturunannya yang berhijrah ke Pulau Timur di Bandaraya Dili dan Kupang sudah lama murtad ditangan penjajah. Perkataan dan nombor yang sama pula dikepulauan Melayuraya ini ialah mata, batu dan nombor 5 dan lain-lain. Gerbang Kota Star terletak di belakang wisma negeri sekarang dan mempunyai ketinggian 5 tingkat bangunan.
Sekian terima kasih kerana sudi menjenguk blog kami.
assalamualaikum saya baru dapat alamat blog anta dan baru sempat tengok belum baca lagi insyallah akan baca nanti tapi nampak hebat dengan gambar tokoh Merong Mahawangsa
BalasPadamWaalaikum slm...Maaf lambat mmbuat ulasan anta kerna terikat dgd tugasan-tugasan d msjid, sibuk mengalahkan PM. Gambar-gambar ini bukan ana letak sembarangan. tapi semuanya ada maksud tersurat dan tersirat. Semuanya utk Info kepada Umat Tercinta agar mereka selamat mengemudi kehidupan didunia yg Fana ini dgn sejahtera.
BalasPadamAssalamua'laikum
BalasPadamAlhamdulillah! Tahniah saudara Megat al-Jefri kerana membuka laman yang sangat bermanfaat kepada perjuangan menaikkan kembali roh Islam di Nusantara ini.
Saya di Alor Setar sekarang. Bagaimana nak menghubungi saudara? Email saya:
amirulhusnitekpi@gmail.com
Wassalaam
Amirul
Waris Nai Ya dan Nai Shim (Raja Kubang Pasu), dan Sutan Tabanor (Panglima Perang Bangkinang).
waalaikumus salam
BalasPadamjika anta nak mghubungi ana bolehlah hadir d mana-mana majlis yg d anjurkan oleh pak ngah shah alam nai long kasim, ana ada d sana insyaallah. sepupu al-fadhil dato' mursyid diraja SYEIKH MAJID al-jefri.
jumpa disana. wsslm.
aslm.....
BalasPadamana cume nk tanyer, jika kerajaan Kedah ini mmg menonjol, make ape kesannyer kpd Empayar Melaka yg muncul kemudiannya pada thun 1400....ape kaitan antare kedue-due kerajaan ini, sbb kite difahmkn oleh buku sejarah, empayar melaka yg menaungi seluruh semenanjung termasuk kedah....mlh empayar melaka amat menonjol dri catatan2 orang luar mahupon orang kita, sehingga kewujudannya xboleh diragukn....
mkmslm..
BalasPadamia d ragukan kerna sejarah empayar melaka d tulis oleh pemberontak tajuddin almarhum melaka dan tangan-tangan british serta munsyi abdullah.
Saya telah melawati blog saudara, banyak persamaan dengan sejarah Pahang yang saya kaji dimana sejarah Kedah sama tuanya dengan sejarah Pahang.Tanah Melayu ditahun ke3, Masehi terdapat Terus Besar yang dimulai diCheruk Tok Kun melalui Lembah Bama dan berakhir diKuala Pahang,Pekan. Lihat buku saya Menyingkap Lembah Bama (Aminudin, 2009).Kemudian Kota Lembah Bama dibina juga pada abad ke3 sama dengan Negara Kota Chieh-Cha atau Kadaram yang pelabuhannya diSungai Emas dan kemudian lembah Bujang.Lihat Kajian saya Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNUsantara (Aminudin, 2010) dan Akhirnya Teori Raut Wajah Dari Perspektif : Satu Penerokaan: Kajian Susur Galur Datok Linggi atau Sultan Ahmad Sultan Pemerintah Johor-Riau-Lingga (Aminudin, 2010). Untuk keterangan lanjut sila layari http://sungaibatuderelong.blogspot.com
BalasPadamDr Aminudin
trima kasih dr. kullu am wa antum bil khair...
BalasPadaminsyaallah ana akan cari buku dr berkenaan. mngkin sejarah empayar kedah merong maha wangsa tertanam d dlm sejarah pahang tua.
spt kes kisah megat dan sultan jaafar muadzam shah yg d tanam d dlm sejarah perak wlpn tiada perkataan syed dan nai long d permulaan namanya.
sekian trima kasih.
Salam.menarik blog ni..saya ada dengar cerita-cerita ni sikit2 je dari Tok saya yg asal dari Kedah dan berhijrah ke Selangor. Saya masih mencari salasilah keluarga, berdasarkan blog-blog sejarah seperti ni. Setakat ni, tak jumpa, mungkin ada nama lain agaknya. Banyak saya nak tanya. Pernah dengar tak cerita Puteri Bongsu yg hilang semasa kena kejar tentera Thai? Pernah dengar tak tentang cop mohor ada lambang singa berjuang? Tok bidan tetek lanjut tu siapa? Sorry banyak sangat soalan. Saya tak tahu nak cari info dimana. Harap Tuan dapat membantu.Wassalam
BalasPadamSalam. bolih tuan terangkan berkenaan Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III. di lahirkan pada 1857 dan mangkat di Ligor pada 1881. walaupun sejarah Kedah mengatakan baginda menjadi Sultan Kedah pada 1879-1881 tetapi baginda adalah tahanan di Ligor pada masa tersebut.
BalasPadamsalam .Tuanku Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III diikut kan cerita yang diturun kan oleh nenda dan ayahanda saya beliau mangkat diracun .Beliau mempunyai anak lelaki ketika itu berusia 4 tahun iaitu Tunku mohamad Saat.Dibawa lari ke kampung dew,negeri perak dan dibesarkan disitu sehinggalah Tunku mohamad saat meninggal pada tahun 1953.saya adalah dari generasi ke 4 dari keturunan Tunku mohamad saat. Tujuan saya hanya lah untuk mendapat kan kebenaran dalam salasilah keturunan kami.Harap Tuan dapat membantu sekiranya mempunyai maklumat atau pengetahuan tentang Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III (1879-1881).insyallah kita boleh berkongsi bersama mengenai sejarah yang sengaja dipadamkan .
BalasPadamTuan boleh menghubungi saya melalui email shahrulaznee@airasia.com.
Wassalam
shahrulaznee
jawapan utk anta ada d artikel bulan feb.2012. utk bacaan umat yg tidak menyedari ulsan anta itu.
BalasPadamwssslm.