Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Selasa, 18 Oktober 2011

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BHG KE 2 MENGENAI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR

---
---

KERAJAAN MERONG MAHA WANGSA TELAH WUJUD PADA ABAD KE 7 LAGI LEBIH AWAL DARIPADA BINAAN ANGKOR WAT INI YANG HANYA WUJUD DI ABAD KE 12 MASIHI SAHAJA, WALAUPUN ALAM MELAYU ATAU JAWI INI JAUH DARI MEKAH, MESIR DAN NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH YANG LAIN TETAPI BENUA INI ADALAH ANTARA TERAWAL MENERIMA AGAMA ISLAM



Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya Aidul Fitra ana ucapkan pada semua Muslimim dan Muslimat tidak kira di mana sahaja antum berada. Artikel kali ini marilah kita ikuti soalan dari Qul Amirul Hakim tentang persoalan Universiti ai-Azhar yang selama ini di momokkan kepada kita oleh Imperialis Barat antara yang terbaik dan tertua di dunia. Soalan ini ana pilih dahulu dari lain-lain sebab ianya melibatkan kawasan Timur Tengah di mana musim Haji yang semakin menjelang tiba. Jemaah-jemaah Haji kita pun sekarang ini sudah mula tiba di bumi bertuah ini untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Tanpa membuang masa lagi ...ayuh kita menghayati artikel tentang bumi Mesir ini ialah sebuah negara kejiranan bagi negeri Mekah, sekian Kullua Am Waantum Bilkhair.


SOALAN :



ii Qul Amirul Hakim berkata...

Salam,

Mohon bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British?

wassalam
QAH

12 Ogos 2011 2:18 AM



Qul Amirul Hakim berkata...

UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR YANG SEBENARNYA HANYALAH DI WUJUDKAN PADA TAHUN 1889 OLEH BRITISH KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN DAHULU

1)Hamba masih menunggu jawapannya...
2)Setiap yg kita bicara akan dipersoalkan kelak di akhirat...
3)Jika tiada buktinya, maka perlu 'ditarik semula' apa yg terlepas...

18 Oktober 2011 7:21 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif



haqul islam berkata...

jawab la megat.. soklan Tengku Amirul hakim..

20 Oktober 2011 8:55 PM



Jawapan :



Orang yang kononnya mengaji di sana, kemudian balik ke tanahair kemudian menyepikan diri dengan tidak memberitahu Umat situasi sebenar di sanalah yang akan di tanya dan di tuntut di akhirat, sebab kesalahan dan dosa menyembunyikan keadaan sebenar yang berlaku di sana. Dan ingin ana pertegaskan di sini setiap yg kita tahu dan tidak di beritahu kepada Umat akan di tanya dan di persoalkan kelak di akhirat...Kenapa tidak di beritahu Umat , Pengajian atau Kuliah di situ tidak WAJIB. Kenapa pelajar-pelajar tidak memaklumkan Kuliah di situ pensyarahnya mengajar majoritinya menggunakan Bahasa Pasar atau Ammiah, kenapa dan kenapa dan sikap budak-budak ini yang mengaku mengaji di Cairo dan bersikap mendiamkan diri serta membela dan tidak memaklumkan apa yang di lakukan oleh Universiti British ini seperti kes-kes Sumbang Mahram, iaitu malu untuk di beritahu kepada Umat dan orang ramai…Adakah anta pelajar di sana atau belum pernah sampai disana ? Apa-apa pun SEKARANG PEMAKAIAN HIJAB ATAU PURDAH YANG MERUPAKAN PAKAIAN TETAP ISTERI-ISTERI PARA AMBIYAK, NABI S.A.W, PARA SAHABAT DAN SOLIFUSSOLIHIN SETAKAT PAGAR UNIVERSITI BRITSH INI SAHAJA. TIDAK DI BENARKAN DI DALAM KAMPUS UNIVERSITI ISLAM INI KONONNYA. DAMSYIK ATAU DAMASCUS ADALAHANTARAB KOTA ILMU YANG TERTUA DI DUNIA. IA JUGA ADALAH ANTARA TEMPAT PENGAJIAN ANTARA TERSOHOR DI DUNIA SELEPAS MEKAH, MADINAH DAN YAMAN.PERKARA INI MENYEBAB PIHAK BRITISH MENGGUNAKAN ADIK KEPADA MENANTU RAJA THAI CHULALONGKORN, TUNKU MAHMUD PENGASAS MAKTAB MAHMUD KEDAH MENGHANTAR ANAK-ANAK KITA KE UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR BUKAN KE UNIVERSITI DI MEKAH DAN MADINAH SELEPAS KESYAHIDAN MAHARAJA MELAYU, SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH. UNIVERSITI YANG MENJADI KEBANGGAAN BARAT KERANA BERJAYA MEMESONG PARA ILMUAN ISLAM DARI LANDASAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEJAK TAHUN 1889 LAGI. MODUL PENDIDIKANNYA PULA DI TERIMA PAKAI OLEH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.







BUAT PERTAMA KALINYA SELEPAS BEKERJASAMA DENGAN PIHAK KERAJAAN MALAYSIA UTK SEKIAN LAMA, KELUARGA JUNJUNGAN NABI S.A.W. INI TELAH MEMASUKI ERA BARU APABILA MUNCUL DI KACA TV9 PADA JULAI 2011



Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Pertama :

Muhammad Abduh ( 1849-1905 ) pula di pilih sebagai Rektornya pada tahun 1889 dengan di beri gelaran sebagai Syeikh Muhammad Abduh. MUHAMMAD ABDUH DI IKTIRAF OLEH ILMUAN BARAT SEBAGAI TOKOH REFORMASI DI DALAM PENGAJIAN ISLAM. BELIAU PENCINTA KETAMADUNAN BARAT DAN KERAP BELAYAR KESANA ATAS URUSAN-URUSAN YANG MENCURIGAKAN UMAT. Beliau yang sebelum ini pernah di tangkap dan di halau ke Beirut, rupa-rupanya dari situlah beliau dengan mudah belayar ke Perancis dan menetap di bandar Paris selama setahun. Dari Perancis beliau belayar pula ke England pada tahun 1881 dan menetap di sana sebelum akhirnya kembali ke negara Arab melalui pelabuhan Tunis di Tunisia pada tahun 1884. Beliau belayar selepas itu ke Beirut pada tahun 1888 sebelum pulang semula ke Mesir. Sejarah mencatatkan beliau di buang negeri padahal dalam tempoh BUANGAN itu, beliau berada begitu lama di negara musuh-musuh Allah berkenaan. Pada tahun 1888 beliau di jemput ke Kaherah seterusnya ke Masjid Azhar. Beliau kemudiannya di lantik sebagai Syeikh Universiti al-Azhar pada tahun 1889. Selepas Muhammad Abduh di angkat sebagai Syeikh al-Azhar, promosi palsu besar-besaran pun di jalankan ke seluruh dunia dengan kerjasama seluruh penjajah-penjajah Barat tidak terkecuali di bumi kita tercinta ini, kononnya '' Universiti ini adalah yang tertua di dunia. Marilah belajar disini, Ianya telah terlalu lama di tubuhkan iaitu pada tahun 906 masihi lagi di zaman kerajaan Mamluk. Ianya juga adalah Universiti yang tersohor dan terulung di dunia '' .Padahal pada tahun 972 ialah tarikh mula masjid itu di bina dan mempunyai Madrasah kecil serta halaqah -halaqah ilmu di dalam masjid seperti kebanyakan masjid-masjid di seluruh dunia ketika itu yang mempunyai tradisi memiliki majlis-majlis ilmu di dalamnya. Masjid Azhar ini pula hanya di bina oleh Raja Muiz semasa baginda membuka bandar Kaherah pada tahun 969 masihi bersamaan dengan tahun hijrah 358 hijrah. Dan ingin ana ulangi sekali lagi realiti sebenarnya, yang Masjid Azhar di buka buat pertama kalinya hanyalah pada 7 ramadhan di tahun 361 hijrah bersamaan dengan tahun 972 masihi.



Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Kedua :

Semasa rombongan kami sampai di Mesir sewaktu cuti semester Universiti kami di Jordan selama 2 minggu, mereka boleh menyamar sibuk pengajian di hadapan kami cuma 5 hari sahaja. Selepas 5 hari kami bertanya kenapa mereka, " kenapa kamu tidak ke Universiti menghadiri kuliah sebab kami, jika tidak menghadiri lebih dari 3 hari kami boleh di ambil tindakan disiplin dengan di beri amaran. Jika perkara ponteng kuliah pengajian lebih dari 3 hari berlaku juga, pelajar itu akan di buang dari Universiti ". Salah seorang pelajar Universiti al-Azhar memaklumkan kepada kami yang kuliah pengajian mereka di sini tidak wajib, malah untuk pergi ke kuliah dan kampus Universiti pula jauh dan memerlukan 3 buah bas untuk sampai kesana ! Bila kami bertanya kenapa tidak menyewa rumah berdekatan dengan Universiti, mereka memaklumkan yang pihak berwajib sudah menyediakan pangsapuri untuk setiap pelajar negeri masing-masing untuk menginap, contohnya pangsapuri untuk anak-anak Johor, pangsapuri untuk anak-anak Kedah dan lain-lain. Dan jarak pangsapuri atau flet untuk mereka ini memang terlalu jauh dari kampus pengajian. Jadi tidak pelik jika Universiti British al-Azhar tidak mewajibkan kehadiran kuliah kepada mereka.Cuma Kuliah mengenai hafalan Quran dan Tabib @ Kedoktoran sahaja pelajar-pelajar kita perlu hadir ke kuliah, sebab untuk hafalan al-Quran tidak boleh ada alasan untuk ponteng sebab ia melibatkan hafalan Quran sebanyak 30 juzuk.







KORANG SEMUA AGAK DI DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN KERABAT DI RAJA AHLUL-BAIT MERONG MAHA WANGSA INI DI MANA MEGAT AL-JEFRI YE? JAWAPANNYA RAHSIA DAA



Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Ketiga :

Semasa salah seorang anak murid Tok Kenali ingin melanjutkan pengajiannya di Universiti ciptaan British ini, Tok Kenali pernah menegurnya anak murid yang bernama Tuan Guru Osman Jalaluddin Penanti, Seberang Prai yang berdarah anak-anak Raja Daerah Selama dengan berkata : " Man, kalau anta hendak banyak ilmu, anta hendaklah menyambungnya di Mekah, ke pusatnya. "Bandar Kaherah, tempat yang penuh dengan perangkap bising hiruk pikuk, maksiat panggung wayang terawal di dunia, tarian gelek, kepadatan manusia antara bandaraya yang terpadat di dunia dan seribu satu macam lagi perkara yang tidak sesuai untuk pembelajaran di situ. Sebab itulah kemasukan malang anak-anak bangsa kita ini ke negara Mesir di mudahkan. Sepanjang masa pelajar berada di Universiti batil ini, pengajian dan kuliah agama tidak di wajibkan. Cukuplah dengan mengambil peperiksaan setahun sekali sahaja, tanpa mengenali siapa guru-guru kuliah masing-masing. Maka berlakulah lagi kerosakan pada bangsa ini apabila sistem pengajian Islamnya juga telah di rosakkan oleh musuh-musuh Allah ini. Selepas tumbangnya sistem kekhalifahan Quraisy Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa dengan terbunuhnya Maharaja Melayu terakhir Sultan Nai Long Jaafar Muadzam Shah ( 1862-1876 ) di Gurun, Kedah pada tahun 1876 masihi, pengkhianatan keatas bangsa ini di teruskan dengan memesongkan tempat pengajian mereka pula dari Mekah dan Madinah. Universiti DEOBAND juga antara pusat-pusat pengajian yang tertua di dunia yang terletak DI BENUA KELING pula TEMPAT TOK KENALI MEMPELAJARI ISLAM SEBELUM MELANJUTKAN PENGAJIAN LEBIH TINGGI LAGI DI MEKAH.


Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Keempat :

Universitri British AZHAR yang di pilih penjajah ini terletak DI TENGAH-TENGAH BANDAR KAHERAH YANG PENUH DENGAN MAKSIAT TERUTAMANYA TARIAN GELEK, TELAH DI PILIH OLEH BRITISH SEBAGAI UNIVERSITI SARANG ILMUAN BATIL MEREKA PADA TAHUN 1889 MASIHI DAN DI ANGGAP KONONNYA UNIVERSITI YANG TERTUA DAN TERULUNG DI DUNIA .Anak-anak nusabangsa kita yang tidak berdosa ini selepas sampai di Bumi Qibti ini pula, akan di beritahu yang Kuliah Pengajian tidak wajib di sini dan ketidakhadiran kesebarang pengajian tidak akan di ambil tindakan. Maka terbiarlah anak bangsa ini di bumi orang tanpa tarbiah guru-guru Mursyid selama kononnya pengajian di bumi asing ini. Maka anak-anak bangsa ini akan membuat hal masing-masing sebelum tiba hari peperiksaan. Tanpa tugasan seperti assingment, esei dan tesis, anak-anak bangsa tercinta ini di takuti, akan menhabiskan masa kepada benda yang sia-sia. Dan memang telah pun berlaku sekarang ini.Setelah pulang ke tanah air, di lantik pula oleh penjajah British menjadi Mufti, Mudir Madrasah, Ustaz-ustaz di pusat-pusat pentadbiran dan lain-lain lagi. Manakala graduan yang pulang dari Hindi ( India dan Pakistan ) dan Jazirah Arab tidak di beri perhatian, malah si laknat British ini tidak mengiktiraf pusat pengajian ini walaupun mempunyai disiplin tradisi ilmu yang tinggi sejak zaman berzaman. Maka dasar British dan penjajah-penjajah Eropah lain ini di teruskan walaupun selepas zaman kemerdekaan negara-negara jajahan ini hatta sehingga sekarang ini. Padahal pusat-pusat pengajian dari di Jazirah Arab dan Hindi atau Benua Keling contohnya Universiti Deoband telah melahirkan beribu-ribu Tokoh Islam terkemuka di seluruh Asia, Eropah dan dunia amnya.





KREBILITI KETURUNAN AHLUL BAIT DARI JURAI MERONG MAHA WANGSA MERONGKAI DAN MENYELONGKAR MISTERI SEJARAH SILAM YANG TELAH DITUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH UTK SEKIAN LAMA SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN DARI MASYARAKAT DI DALAM DAN DI LUAR NAGARA




Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Kelima :

Pemakaian seragam al-Azhar yang kita tengok telah di gunapakai oleh imam-imam masjid kita sekarang sebenar lansung tidak bercirikan islam .Malah pakaian mereka ini lebih kepada meyerupai pakaian-pakaian musuh-musuh Allah dari kalangan Syiah, pendita-pendita Yahudi dan Kristian di Vatican City. Bermula dengan topiserban tiada berekor yang lebih menyerupai penganut agama Syiah, KONONYA SERBAN junjungan besar NABI S.A.W. dan jubah belah tengah hingga kebawah dengan meleret-leret ke lantai menutup buku lali , KONONNYA JUBAH NABI S.A.W. Semua ini pada realitinya di convert dari sunnah-sunnah ' Penghulu Segala Nabi ' iaitu nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w. sepertimana pihak Thai dan British mengCONVERT dan mengoter bangunan-bangunan artifak -artifek purba warisan kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Indo-China atau Siam Lancang dan serta seluruh Alam Melayu atau Jawi di 'Empire' atau Benua Islam Siam Kedah khususnya kepada unsur-unsur batil dan tidak berciri Islamik.



Pembongkaran ini pun sebenarnya untuk memberi peringatan kepada Umat khusus anak-anak nusa bangsa kita tercinta agar tidak tertipu untuk kali kedua, seperti pesanan Tok Kenali, kalau nak mengaji HENDAKLAH MENYAMBUNG di MEKAH, KE PUSATNYA. Beliau Tok Kenali merupakan graduan lepasan Universiti Deoband dari Benua Keling, sebelum melanjutkan pengajiannya ke negeri Mekah. Universiti Deoband merupakan Institusi pengajian Fatwa dan Undang-Undang antara yang bertaraf dunia dan menjadi rujukan masyarakat negara India dan dunia amnya. Ianya terletak di utara Benua Keling atau India. Selepas ni kita berharap anak-anak bangsa kita di hantar belajar agama ke tempat yang sepatutnya....iaitu d India , Pakistan, Yaman, Jordan dan Syria serta ke Mekah dan Madinah. Tapi apa yang terjadi sekarang ,bila orang bertanya kepada budak-budak kita di Azhar mengaji mana ? Mereka selalunya akan menjawab dengan bangganya, kat Cairo, Egypt. Padahal asalnya Kaherah, Mesir dan bukan pergi mengaji pun tapi pada realitinya hanya untuk mengambil peperiksaan... astagfirullahal azim. Wassalam.

28 ulasan:

  1. Salam YM Megat,
    ana masih lagi menunggu jawapan anta, ana ingin selesaikan blog ana dan masukkan legasi ana dlm blog anta sebelum ana tiada. Kerana ana ingin membantu baginda secara telus utk baginda dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Biar ana sekadar jadi warisan kita.

    BalasPadam
  2. Nai Megat. Bagaimana reaksi Tuanku Nai Loang Kasim yakni Pak Ngah Tengku Kasim berkaitan sokongan ana.

    BalasPadam
  3. Salam kembali Tuanku Megat yang di kasihi,

    ana rasa keturunan kita hendak di cabar oleh pihak tertentu bila keluarga kita keluar berita TV 9 ni. Rasa-rasa ana nak buktikan kesahehan keturunan kita dgn cara mengeluarkan draf 5 PETANDA NYATA dan 1 PETANDA GHAIB dalam blog ana.

    BalasPadam
  4. waalaikum salam kerabat tuanku nai long chik...

    insyaallh ana janji akn bagi jawapannya panjang lebar di artikel bulan depan, kullu am wantum bil khair.

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Haji YM Haji Megat,
    bersua kembali.

    Ana telah ziarah seorang yg mengetahui sejarah salasilah di Baling. Di kenali dgn panggilan Pak Tam. Beliau ada menceritakan perihal moyang ana Tengku Chik,Tengku Tanjung dan Tengku Bunga.

    Kisah hebat katanya. Tetapi beliau tidak mahu ceritakan secara penuh, mungkin beliau tidak mengetahuinya.

    BalasPadam
  6. Lupa ana nak maklum , jika di izinkan ana nak mengadap YM Tuanku Nai Long Kasim hujung bulan ini bersama ayahanda ana dan waris Tengku Bunga. Tujuan ana nak sembahkan taat setia ana dan Kerabat Tuanku Nai Long Chik akan berdiri teguh di belakang Tuanku.

    Mohon anta sembahkan pada Tuanku kehadiran ana diterima atau ditolak. Perlu jawapan dari YM Haji Megat.

    BalasPadam
  7. Salam.
    Ana, walaupun asalnya secara terpaksa, menerima pendapat YM Megat kerana sudah beberapa kali ana sendiri mendapati hujah di atas menepati pengalaman peribadi. Lama sebelum mengenali blog ini, ana pernah diberitahu mengenai beberapa hujah di atas oleh seorang sahabat, ustaz graduan Cairo. Terlalu panjang utk ana ulas, cukuplah sekadar anak berpendapat hujah di atas wajar diyakini kebenarannya. Cuma perlu ada ulasan yg lebih berbentuk ilmiah jika mahu diketengahkan secara massa. Tahniah YM Megat, setidak-tidaknya, ana yakin anta tidak dipersoal di akhirat nanti

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya Korban, Hj Megat
    tak sangka keluarga Megat keluar Tv, dlm surat khabar pernah keluar jugak ke?

    BalasPadam
  9. selamat hariraya korban kembali kpd kerabat tuanku nai long chik dan fwzsoleh, kullu am waantum bil khair.

    kpd jai othman, ana janji akan jwb soalan anta bulan ni ( nov. 2011 ) dan sekali dgn video klip khas utk anta ,wsslm.

    BalasPadam
  10. Smoga semua yang baik drpd tuan dipelihara Allah
    daripada fitnah.

    BalasPadam
  11. aaamin , aaamin ya rabbil aaalamin. nabi s.a.w bersabda : qulLULHAQ, walau murrun. iaitu maknanya - katakanlah yg haq walau ianya pahit.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikm Tuanku Megat Al-haj,

    Tahniah atas mendedahkan rahsia pelajar-pelajar azhar dalam artikel di atas, selamat hari raya aidul adha saya ucapkan, moga sentiasa sukses dunia dan akhirat.
    Tentang pengajian Islam di Barat saya dengar macam-macam perkara yang menjejaskan akidah. Antaranya iaitu untuk pengajian M.A dan PHD, orang barat ni mahu pelajar kita perlu mencari 10 keburukan sahabat nabi didalam penulisan mereka baru boleh lulus.Kalau gila dunia dia sanggup aje tapi bagi yang taksanggup cabut balik Malaysia. Takut rosak akidah sia-sia aje hidup atas dunia ni, akhirat apatah lagi.

    BalasPadam
  13. Aaaalamualaikm Tuanku Megat al-Haj,

    Saya di sini ingin mengucapkan Maaf zahir Batin Selamat Hari Raya Aidil Adha atas segala kejahilan mengenai sejarah nusa bangsa. Sehingga terbinanya universiti islam palsu pun tidak kami sedari, kononnya mengaji padahal esei pun tak buat, tesis lagilah tiada, sedar-sedar dah balike Malaysia kononnya sudah menghabis pengajian di sana.

    Semoga Aidil Adha ini mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terbina. Terimakasih atas komitmen dlm perjuangan dalam memartabatkan sejarah kita Malaysia. Ikhlas dari Auji ( Kuching ) Sekeluarga.

    BalasPadam
  14. salam saudara Megat Al-Jefri:

    sesungguhnya benar seperti apa yg saudara perkatakan tentang student di mesir, ana katakan ini kerana terdapat rakan yg belajar di sana dan dia turut mengakui bahawa kuliah di sana tidak wajib.. sewaktu mesir bergolak tempoh hari, kebanyakkan pelajar kita di mesir pulang, dan rakan2 ana ini pulang semula ke mesir selepas pergolakan disana reda kira2 2 bulan setelah pengajian sudah dijalankan, "kerana katanya pulang lewat pun lecturer tak kenal siapa studentnya".. jd fakta2 yg anta nyatakan diatas ternyata mmg benar sekali..

    BalasPadam
  15. waalaikumussalam che wood, auji dan at-talhah...

    ana teruja dgn kefahaman antum semua ttg artikel ana ni, antaranya iaitu untuk pengajian M.A dan PHD, orang barat ni mahu pelajar kita perlu mencari 10 keburukan sahabat nabi didalam penulisan mereka baru boleh lulus, ... esei pun tak buat, tesis lagilah tiada dan ...lecturer tak kenal siapa studentnya".

    jika d combine semua ni , universiti british ini sebenarnya ialah universiti yg paling teruk d dunia, paling tak mashyur dan paling baru d dunia dan d segi kebejatan pengurusan merosakkan anak bangsa kita.wsslam ... # mana qul amirul hakim dan kawan baiknya tu tengku haqul islam . kenapa sepi tanpa ulasan, dah pi INDIA ka ?

    BalasPadam
  16. assalamualaikum Tuanku Megat
    selamat hari raya haji sekali lagi
    soalan Tuanku Nai Long Chik nak mengadap Tengku Kasim dan soalan saya kenapa tak jawap lagi.

    Teruskan pembokaran demi survival umat melayu dan Islam amnya

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Abe Aji Megat ,Selamat Hari Raya Eidil Adha wal faizin.....

    Walaupun musim haji telah berlalu dan seluruh umat Islam selesai bertakbir namun hati ini tidak pernah lupa..pohon ampun dan maaf atas segala kejahilan sejarah kita sendiri, ..chewah ambo pun pandai jugak bermadah. Betul dak Abe Aji?

    Mengenai surat tak dijawab Abe Aji mano ada maso nak jawab ualasan banyak-banyak. kesianlah kat dio.Macam ambo ni mana ada masa nak mengadap computer hari-hari. Semoga Abe Aji sihat dan jangan makan banyak sangat daging tu takut nanti sakit, kami semua pulok yg susah, sayang Abe Aji, sebab Abe Aji ni kami kiro khazanah negara juga sebenarnya, wassalam.

    BalasPadam
  18. wassalamualaikum salam fwz dan saudari sofea...


    takpayah berhamba2 dgn ana, panggil biasa cukup dah.ana mmg cukup sibuk , trimakasih sofea kerana memahami situasi kehidupan ana ni.ana bukan taknak jawab soalan tu tapi ana terlepas pandang soalan tu.


    mmg ada keluar suratkhabar mengenai keluarga diraja ahlul-bait ni malah di majalah. yg terbaru keluar d bulan lepas okt dan 3 nov. 2011.


    kpd jai australia dan tnl chik...ana minta maaf sbb 2 bulan ni ana outstation d luarnegara bersama keluarga. besar kemungkinan januari 2012 baru ana dapat keluarkan artikel.harap maklum... wsslm.

    BalasPadam
  19. YM Megat, nampaknya, berbaloi sungguh ana bersabar kerana bunyinya semaca satu artikel yang sangat menarik utk dikongsi. Ana di Malaysia Eidul Fitri baru ini. Tak ada rezeki utk bersua. Suatu hari nanti insya Allah. Ana di Melbourne, perlahan-lahan cuba ketengahkan sejarah alternatif. Setakat ini ada tanda2 sambutan yg baik. Contohnya pemahaman terhadap siapa sebenarnya Abdullah Munsyi, apa itu Siam, dan mengapa Kedah ialah negeri istimewa. Terima kasih atas usaha anta. Teruskanlah..

    BalasPadam
  20. Saya harap dapat membaca artikel Januari 2012 ini, amin. All the best utk Tuan sekeluarga

    BalasPadam
  21. As Salam...
    Bagaimana hendak menghubungi saudara Megat?

    terima kasih
    afifi

    BalasPadam
  22. waalaikumussalam lynxtx3 dan jai othman...

    lynxtx3 boleh berhubung dgn ana d blog ini , tiada masalah.

    kpd jai. ana baru pulang semalam 2 pagi. insyallah artikel khas itu akn keluar januari 2012.

    wassalam.

    BalasPadam
  23. Salam YM Tuan Megat. Berehat dulu banyak2. Dan semoga mendapat ilham yg baik utk artikel bulan Januari ini. Saya harap dapat terjawab beberapa persoalan mengenai Panglima Ismail dan salah silah beliau hingga ke hari ini. Juga beberapa persoalan lain yang pernah saya utarakan

    BalasPadam
  24. tumpang tanya....mana bukti mengatakan ANGKOR WAT itu MASJID @ KETIKA ITU telah menerima islam???? anda tahu membaca bahasa sanskrit atau pali kah??? tntg universiti al -azhar...mana bukti2nya?hanya hasil tulisan saja sy nampak??
    anak saya pun boleh buat karangan reka cerita

    BalasPadam
  25. bukti banyak , lagipun angkorwat ini berada d kwsn siam lancang yang d buka oleh anak dymm merong maha wangsa. l.kumbar faham ke makna siam reap tempat beradanya angkor wat tu. nampaknya l.kumbar kenalah belajar bahasa SIAM KEDAH dulu sblm nak pertikai kajian ana ni dan l.kumbar faham apa makna hanoi d vietnam dan preah vihear d border combodia dan thailand tu. mentang2 paparkan gambar batu bersurat bahasa sanskrit atau pali , mcm dia sorang aje belajar sejarah indo-china . utk makluman l.kumbar kami mengaji ttg indo-china lebih drpd itu lagi.

    ttg bukti al-azhar tu banyak rekaan british jug musuh2 allah banyak, tunggulah episod ke 3 nnti dan ttg sejarah ni sembah agama hindu buddha anak cucu cicit ana pun boleh buat karangan dongeng tu warisan british malaya.

    (anak saya pun boleh buat karangan reka cerita) aiiik marah nampak, sabarlah ye...insyaallah artikel baru akn keluar bulan ni, sabarlah ye.

    BalasPadam
  26. kpd laksamana kumbar ops RALAT sikit ...

    ttg sejarah org melayu ni sembah agama hindu buddha, anak cucu cicit ana pun boleh buat cerita karangan dongeng tu warisan british malaya.

    spt kata che wood : kesian melayu bangunannya hebat-hebat hindu dapat nama.

    bye, jangan marah, mengusik aje...wslm

    BalasPadam
  27. tuan boleh singgah di blog saya USTAZ KAMAL GERIK http://anakgeriksoleh.blogspot.com/2011/01/wahai-para-mudir-sekolah-sekolah.html

    BalasPadam