Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Jumaat, 20 Januari 2012

SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BHG. KE 3 BERSAMA JAI MELBOURNE, AUSTRALIA MENGENAI PANGLIMA ISMAIL

---------
--------

KETUMBUKAN TENTERA DARAT PANGLIMA ISMAIL YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA ALAT-ALAT KEBESARAN KEDAH TUA SELEPAS SYAHIDNYA MAHARAJA SIAM MELAYU DYMM SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SYAH DI TAHUN 1876 DI TANGAN MUSUH-MUSUH ALLAH



Assalamualaikum semua , bertemu semula di arena penulisan blog setelah dua bulan ana tidak menulis artikel di sebabkan ' out station ' selama dua bulan di luarnegara. Lagipun saudara Jai Othman meminta ana berehat panjang buat sementara setelah ana baru pulang dari ' over sea ' pada 29hb disember 2011 yang lalu bersama keluarga. Penulisan blog juga tidak dapat di buat kerana tempat yang ana pergi mengembara itu pula kebetulan tidak mempunyai bekalan elektrik di tambah dengan penuh bukit bukau yang betul-betul sejuk, misteri dan mencabar daya saing pemikiran kita. Tapi ini semua perlu sebab ada arahan dari Allah s.w.t. untuk kita pergi mengembara melihat kebesaran Allah s.w.t. dan menyebarkan agamanya. Berbalik kepada penulisan blog ini ana berterima kasih kepada saudara Jai Othman kerana sabar menunggu jawapan dari ana setelah bertanya-tanya berbulan lamanya tentang jawapannya. Dan soalan Jai Othman Melbourne, Autralia ini bagi ana merupakan antara soalan-soalan terbaik di tanya oleh pembaca-pembaca blog sebab ianya melibatkan maruah BANGSA, AGAMA DAN NAGARA serta konspirasi Tentera Berikat menghancurkan Syah Alam dari dinasti Ahlu-Bait Merong Maha Wangsa yang memayungi kepada Raja-Raja Daerah Melayu yang memerintah daerah-daerah Nusantara dan Alam Melayu yang luas ini yang sekarang ini mempunyai 500 juta jiwa. Tidak lupa juga kepada blogger Kerabat Nai Long Chik, insyallah jawapan untuk anta akan ana sediakan di ' next episode ' dengan izin Allah Taala. Di sini tidak terlambat mungkin untuk ana mengucapkan selamat Tahun baru 2012 kepada keluarga dan kawan-kawan serta pembaca-pembaca blog yang di kasihi. Lagipun bukannya masuk lagi bulan Februari dan tahun baru untuk bangsa Cina ...kan.




Di artikel kali ini mari kita mengupas siapakah sebenarnya Panglima Ismail ? Siapakah tuannya ? Mengapakah di akhir bulan Disember di tahun 1875 ' Panglima Besar ' ini memulakan kempen ketenteraannya dengan penyerangan ke atas kepentingan British di Perak setelah anakbuahnya berjaya membunuh wakil British di Perak J.W.W. Birch ( 1826-1875 ) menjadi tumpul ? Dan kenapakah gerakan ketenteraan sabilnya mula lumpuh serta bagaimana gerakan ketenteraannya yang hebat dan mengerunkan musuh-musuh Allah berjaya di sekat selepas kesyahidan Sultannya iaitu ' Khalifah Rahman ' DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ( 1825-1876 ) warisan Merong Mahawangsa kekhalifahan DYMM Syarif Syah ( 1758-1821 ) Yang Di Pertuan Kedah ? Kenapa sejarahnya di putarbelitkan ? Dan kenapa British sanggup melantik raja lain untuk menggantikannya dan ...seperti artikel-artikel sebelumnya sila sediakan segelas air masak dan panadol sebelum antum semua melayarinya. Tapi jika antum semua seorang yang tabah dan kuat semangat tidak perlulah menyediakan itu semua cuma banyakkanlah Tasbihah, takut-takut antum semua meracau-racau atau mamai di dalam tidur sebab semua yang di paparkan ini penuh dengan misteri, konspirasi bangsa kafir barat dan tipu helah yang kejam untuk menjahanamkan artifak, ketamadunan, kehebatan dan sejarah manis silam Melayu Tua di masa lalu. Peranan Melayu dengan raja-rajanya dari keturunan Ahlul-Bait berkat darah nabi s.a.w. berperanan mengepalai empayar Monggol Turki Usmaniyyah, empayar Monggol China Islam dan empayar Moghul India Delhi dalam menyebarkan agama keseluruh dunia dan khususnya di Asia Tenggara. Kehebatan bangsa inilah menyebabkan pihak British terpaksa melantik As-Sultan palsu agar ketamadunan bangsa ini dan sejarahnya di ubah juga di sekat, sekaligus menafikan penglibatan keluarga nabi s.a.w. dalam skala yang besar dalam penyebaran agama Islam di dalam sejarah dunia.




KENANGAN GERBANG KOTA KUALA MUDA, MENJADI SAKSI PUSAT PEMBERONTAK ALMARHUM MELAKA YANG MENJADI DALANG PENANGKAPAN PANGLIMA ISMAIL OLEH BRITISH JUGA DENGAN TENTERA SUKHOTHAI SELEPAS RUNTUHNYA SIAM LANCANG DI NEGERI SIAM KEDAH ISLAM AYUTHIA DAN " EMPAYAR KESULTANAN KEDAH PASAI MA " AMNYA





jai othman berkata...

Tuanku Megat, saya mohon kongsi maklumat kiranya ada mengenai salahsilah Hulubalang bernama Panglima Ismail. Terima kasih. jaiothman@yahoo.com

Melbourne, Australia

23 Jun 2011 7:18 AM

jai othman berkata...



SALAM TUAN. Saya sedang bercuti ziarah keluarga di Malaysia. Akan kembali terbang ke Australia dalam 2 minggu. Memang kedapatan nama-nama Melayu di benua Australia sejak dulu. Bukan sahaja di Albani (Perth) di Barat, malah di sebelah timur banyak nama seperti Tanah Merah di Quensland. Menurut kefahaman saya (juga BARU didokumenkan dalam buku Malay in Victoria oleh Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2011), penjajah telah menghalau orang Melayu dan mengisytiharkan Autralia sebagai "White Country". Selepas perang dunia ke 2, golonganMelayu dipujuk semula ke Australia melalui Biasiswa Colombo. Ada beberapa orang yg KITA semua kenal dan masih hidup merupakan penerima biasiswa ini.

Saya mohon sekali lagi tuan menceritakan salahsilah Panglima Ismail kpd saya. Selaku pengamal Silat Cekak, saya sangat tertarik utk mengetahu siapakah beliau sebenarnya. Apa yg saya faham, beliau ialah seorang pegawai Sultan yg sangat rapat dgn baginda. Sultan sangat mengambil berat tentang pendapat beliau. Saya percaya beliau bukan sekadar seorang pegawai malah anak beranak sultan. Setakat yg saya tahu, semasa berlaku Perang Musuh Bisik beliau turut terlibat dan terpaksa menyembunyikan diri. Beliau menarik diri dari berkhidmat kpd "RAJA" yg baru dan kemudian berundur dari Istana.

Beliau telah menyerahkan persilatan Silat Cekak atau Silat Kedah ini kepada Panglima Tok Rashid. Kemudian silat ini diperturnkan kpd anak negeri kedah yang bernama Ustaz Hanafi. Sekarang ini guru utama silat ini ialah Md Radzi Hj Hanafi.

Saya mohon agar tuan luangkan sedikit masa utk berkongsi dgn saya mengenai Panglima Ismail. Sudilah hubungi saya di jaiothman@yahoo.com atau jaiusman@gmail.com.

Terima kasih yang tidak terhingga.
Wassalam

10 September 2011 11:29 AM

jai othman berkata...

YM Megat, nampaknya, berbaloi sungguh ana bersabar kerana bunyinya semaca satu artikel yang sangat menarik utk dikongsi. Ana di Malaysia Eidul Fitri baru ini. Tak ada rezeki utk bersua. Suatu hari nanti insya Allah. Ana di Melbourne, perlahan-lahan cuba ketengahkan sejarah alternatif. Setakat ini ada tanda2 sambutan yg baik. Contohnya pemahaman terhadap siapa sebenarnya Abdullah Munsyi, apa itu Siam, dan mengapa Kedah ialah negeri istimewa. Terima kasih atas usaha anta. Teruskanlah..

17 November 2011 6:39 PG

jai othman berkata...

Saya harap dapat membaca artikel Januari 2012 ini, amin. All the best utk Tuan sekeluarga

12 Disember 2011 7:25 PG

jai othman berkata...

Salam YM Tuan Megat. Berehat dulu banyak2. Dan semoga mendapat ilham yg baik utk artikel bulan Januari ini. Saya harap dapat terjawab beberapa persoalan mengenai Panglima Ismail dan salah silah beliau hingga ke hari ini. Juga beberapa persoalan lain yang pernah saya utarakan

5 Januari 2012 6:01 PG






SENI SILAT GAYONG MENJADI SOHOR SEPERTI SILAT KEDAH @ SILAT CEKAK DI ZAMAN ALLAHYARHAM DAENG KUNING DATO' MEOR ABDUL RAHMAN DI TAIPING PERAK DAN SEORANG TOKOH HEBAT YANG DI KENALI DI SELURUH DUNIA






JAWAPAN :

Hulubalang dan Panglima berwibawa ini sebenarnya bernama YM Nai Ismail sebenarnya adalah Raja-raja Daerah Benua Siam Kedah atau Empayar Islam Siam Kedah Syburi Merong Maha Wangsa antara yang paling kaya serta kuat dan merupakan panglima kanan DYMM Sultan Kedah Pasai Ma yang berjuang disamping Panglima Bukit Gantang dan Long Jaafar iaitu Yang Dipertuan Kedah Pasai Ma. Baginda juga bergelar Datuk Maharaja Panglima Kinta ialah bergelar ' The Supreme Lord of The KINTA VALLEY ' juga di gelar dalan sejarah sebagai ' The Datuk Maharaja Panglima Kinta Bangsa DiRaja '. Baginda terlibat dengan Peristiwa Musuh Bisik 1821 - 1839 . Peperangan ini melibatkan ramai ulama, para ilmuan dan jagoan silat yang berkumpul di Kota Star Kedah untuk melawan British, Pemberontak, Tentera Selat yang berpusat di Singapura dan tentera Thai yang berpusat di Legor dan Bangkok. Di antara yang berjuang dan syahid dalam peperangan Musuh Bisik termasuklah Syeikh Abdul Samad Palembangi, Tok Lebai Keramat, Tok Perang Keramat, Tok Pasai, Syeikh Mas’ud Al-Banjari dan lain-lain yang ada tersebut kisahnya dalam penceritaan mengenai Syeikh Haji Zain.



Ini membawa kepada Syeikh Tuan Hussain Kedah iaitu ayahanda angkat abah ana ( 1877-1979 ) dan Tuan Haji Ahmad guru kepada Tuan Haji Ishak Itam antara guru Silat Cekak hari ini. Yang mana pada masa itu abah ana dan kerabat-kerabat yang lain di bawa lari ke Pondok Pokok Sena, Prai sebelum mereka beramai-ramia di ‘ Transfer ‘ ke Pondok-pondok Tok Kenali Kelantan ( 1870-1933 ). Ini berlaku setelah British meminta Tuan Guru ini kembali ke Kedah Darulaman menjadi Mufti Kedah konon atas arahan Sultan Boneka Abdul Hamid Halim Syah ( 1882-1943 ). Oleh kerana Tuan Hussain bimbangkan tentang keselamatan anak-anak kerabat Merong yang di simpan oleh beliau, lantas beliau menghantar semua anak-anak kerabat Merong yang masih mentah ini ke sana. Pada Seminar Ulama Berjiwa Panglima yang di Universiti Islam Malaysia suatu ketika dahulu Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah mengandaikan bahawa harus Panglima Ismail Silat Cekak ini berjuang bersama-sama Tok Moris Kota Star dan lain-lain lagi menentang Thailand . Satu lagi silat iaitu Silat Seni Gayong walaupun berkembang pada zaman Kedah Darulaman yang pada mulanya kerana Mahaguru Daeng Kuning Dato’ Meor Abdul Rahman di khatamkan ilmu silatnya dalam mimpi di hutan Kuala Nerang dan pada peringkat awal beliau mendirikan gelanggang silatnya di Kota Sarang Semut selepas dijemput anak-anak muda di sana. Ana dahulu semasa masih di bangku sekolah Maktab Mahmud pernah berguru dengannya dan beliau membawa kami melawat ke Muzium Taiping dan berbagai-bagai aktiviti di jalankan sepanjang kami di sana termasuk penceritaan beliau ketika Tragedi Berdarah Peristiwa 13 Mei 1967 termasuklah kami berlatih secara intensif di pantai Pulau Jerejak, Pulau Pinang.





SILAT INI MASIH LAGI BERFUNGSI ,RELEVAN DAN UTUH DI UKM BANGI WALAUPUN SETELAH KEMATIAN TOKOHNYA JUGA YANG HEBAT BERNAMA USTAZ HAJI HANAFI SENI WARISAN BERHARGA KERAJAAN AHLUL-BAIT MERONG MAHA WANGSA






Raja Ismail Kinta atau Panglima Ismail ini sebenarnya mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman Tentera Berikat. Panglima Ismail ini turut berjuang sabil menghalang kemaraan tentera Thai dan British dan pemberontak juga penderhaka kepada Kesultanan Syah Alam Kedah Pasai Ma iaitu lanun Ahmad Tajuddin II Almarhum Melaka ( 1804-1845 ) di selang seli dengan salasilah Dongeng ciptaan British dengan nama Ahmad Tajuddin II Mukarram Shah ( 1854-1879 ) padahal pada realiti sejarahnya orang yang sama, sila rujuk 'Syair Kedah Darul Aman' terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia m.s. 95 untuk menyiapkan salasilah dongeng Kedah Pra Ong Darulaman ini atas seliaan Dato' Kerani atas arahan Raja Kedah Pra Ong Boneka British Abdul Hamid Halim Syah ( 1882-1943 ). Di tambah pula dengan pemberontakan dan pengkhianatan tali barut kepercayaan British bernama lanun Abdullah juga bermuafakat dengan British di dalam Perjanjian Pangkor 1874. Ismail Kinta kononya termaktub dalam sejarah nagara tidak hadir Perjanjian Pangkor sebab dia di katakan lambat menerima surat jemputan. Dalam sejarah dongeng Perjanjian Pangkor ciptaan British itu, penjajah Inggeris di katakan melantik dan mengiktiraf Abdullah sebagai raja Perak dan Raja Perak dari Kinta di lantik kononnya Raja Muda Perak. Padahal pada realitinya mengenepikan sepupu Maharaja Siam Melayu iaitu as-Sultan DYMM Syed Jaafar Muadzam Syah sebagai wakil sah bagi daerah Perak. Selepas Perjanjian Pangkor Raja Ismail Kinta berundur ke Kedah selepas di buru oleh Pemberontak Melayu Raja Abdullah dan tuannya tentera-tentera British dan Tentera Berikat. Dalam huru hara dalam Perang Musuh Bisik pada tahun 1875 itu, wakil British di Perak J.W.W. Birch berjaya di bunuh di Pasir Salak.






Raja Abdullah kononnya di persalahkan dan di buang negeri padahal lanun ini pergi melawat dan makan angin sambil melihat dan menikmati oskestra pancaragam British mencipta lagu resmi negeri Perak Baru untuknya dan melihat pembesar-pembesar Kerajaan Melayu Tua di seksa dan di bunuh untuk di ambil maklumat tentang di mana keberadaan Maharaja Siam Melayu ketika itu. DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah pada ketika itu sebenarnya berada di Istana Pulau Tiga Merbuk , Kedah dan terus di demdami oleh pihak kafir British. Atas peristiwa itu jugalah Tentera China Manchu di hantar gerombolan demi gerombolan untuk membantu Kesultanan Kedah Pasai Ma dan sehingga mencecah sehingga 36,000 ribu orang tentera di hantar oleh Maharaja China Manchu untuk mempertahankan kekuasaan Kesultanan Kedah Ahlul-Bait ini dari di injak-injak oleh musuh-musuh Allah Azzawajalla. Mengikut salasilah pula Panglima Ismail ada kaitan keluarga dengan Kesultanan Kedah Pasai Ma dan ia sebenarnya ialah sepupu DYMM Sultan Jaafar Muadazam Syah Duli Yang Dipertuan Kedah yang mempunyai hak atas wilayah Kinta dan daerah Perak lain yang kaya dengan bijih timah. Di sinilah timbuk konflik duduknya Panglima Ismail yang dikatakan menjadi Panglima Kanan kerajaan Kedah Tua. Raja Ismail Kinta iaitu Panglima Ismail diserang hendap oleh musuh-musuh Allah setelah selesai pergi menziarahi perkuburan maharaja Islam Siam terakhir dan menyimpan segala peralatan Kebesaran Nagara. Tentera Thai kafir, Pemberontak Almarhum Melaka dan British telah menyerang hendapnya di Baling, Kedah selepas mengetahui tentang hal ini.










VIDEO KLIP INI MENGENAI KEHEBATAN ORANG-ORANG DULU MENYEBARKAN ISLAM DENGAN KAPAL BAHTERA DIRAJA ANAK CUCU CICIT DYMM RAJA MERONG MAHA WANGSA KE NEGERI SIAM LANCANG DAN KESULURUHAN NUSANTARA DGN CERITA BERLATAR BELAKANGKAN NEGERI ALBANI @ AUSTRALIA TEMPAT PENGAJIAN JAI MELBOURNE




Kawannya Panglima Rashid dan Panglima Taib pernah mempelajari 'Silat Kedah' daripada baginda. Sewaktu di serang hendap oleh Tentera Berikat yang di ketuai oleh Ahmad Tajuddin II ( 1804-1821-1845-1879 ) ke atas Tentera Panglima Ismail di Baling, menyebab panglima-panglima ini berpecah dan terjadilah perpisahan baginda dengan Panglima Taib serta Panglima Rasyid yang merupakan kawan karibnya. Panglima Rashid berundur atas sebab-sebab strategi peperangan di wilayah Baling, manakala Panglima Taib pula berundur ke wilayah Kerian. Oleh kerana Paduka Seri Sultan Kinta iaitu Panglima Ismail ini mempunyai segala kelengkapan dan peralatan Kebesaran Diraja yang sah di jaga selepas kemangkatan DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah termasuk Keris Taming Sari warisan Laksamana Hang Tuah menyebabkan di serang oleh musuh-musuh Allah dan baginda dapat bertahan menangkis serangan musuh-musuh Allah habis-habisan selama 6 bulan lamanya bersama 300 orang tentera dan 20 ekor gajah. Baginda bersama-sama armada bala tenteranya berlindung dan bertahan di kampung Chiak, Kupang di wilayah Baling. Ketika tentera baginda di serang oleh pemberontak Ahmad Tajuddin II tapi gagal mengalahkan baginda Panglima Besar ini , menyebabkan ketua pemberontak ini menghantar menterinya Wan Mat Saman dan Abdul Rahman iaitu seorang penghulu mukim Kupang, juga hadir pada waktu itu wakil Tentera British bernama Hewitt yang merupakan seorang Hakim kerajaan British Empire. Rundingan ini gagal menyebabkan rundingan kedua di buat di Padang Gias yang mana Ahmad Tajuddin II menghantar sekali lagi Penghulu Abdul Rahman bersama Wan Muhammad Taib bertemu dengan Panglima Ismail. Di sini Tentera Kafir Berikat dengan tipu helah sedaya yang mungkin menyerang habis-habisan Tentera Raja Ismai Kinta serta berjaya menewaskan baginda dan menangkap baginda raja hidup-hidup.






Baginda raja di kurung di dalam bandar Kota Kuala Muda dan pada 20hb. Mac 1876 Panglima Besar ini di buang daerah oleh British ke wilayah Skudai Johor. Barang-barang Kebesaran Kedah Tua di rampas semuanya oleh kerajaan British. Sesetengah barang Kebesaran Kedah Tua ini di berikan kepada Raja Daerah lantikan British di Perak dan Kedah Palsu iaitu kepada Raja Kedah Darulaman. Bakinya setelah berjaya merampas dan memusnahkah empayar Kedah Tua oleh
British, di punggah barang Kebesaran Kedah Tua dan di bawa lari ke England setelah mendapati raja-raja tajaannya berpuashati dengan sesetengah harta rampasan barangan Kebesaran Kedah Tua di beri agihkan kepada mereka ini. Di gerbang Kota Kuala Muda dahulu ada tercatat papan tanda lama ber ‘ background’ hitam mengatakan “ telah berlaku perang saudara pada tahun 1824 sehingga Sultan terpaksa memindahkan ibunegerinya ke Alor Setar ". Maksudnya pada realiti sejarahnya, Kekhalifahan DYMM Syarif Abu Bakar dan nenek moyangnya serta pemerintah di Kota Star itu ialah Sultan Melayu Tua yang menjadi penyelamat bangsa Melayu cuba di lenyapkan oleh musuh-musuh Allah. Para sejarawan Persatuan Negeri Kedah ini nampaknya berpihak kepada penjajah kafir British dan keluarga pemberontak Ahmad Tajuddin 11 yang berpusat di Kota Kuala Muda. Dan Persatuan Sejarah ini cuba menghapuskan pemerintahan dari bloodline 'Khalifah Rahman' iaitu DYMM Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Kedah. Di sebabkan pembunuhan telah di lakukan secara mengejut dan akibat tipu helah British di tahun 1876 keatas DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah yang ayahandanya ialah Panglima Bukit Gantang DYMM Sultan Syed Alang Alauddin Kota Star ( 1815-1862 ) dan bondanya adalah Puteri Raja Islam China Manchu berjaya, Persatuan Sejarah Negeri pula telah mencuba menghapuskan sejarah waris-waris Kesultanan Maharaja Benua Islam Siam Kedah ini dari buku Sejarah Dunia. Selepas terbunuhnya Sultan Long Jaafar dan ' Panglima Besar ' dan ' Paling Kanannya ' maka terlerailah ikatan segala wilayah Benua Siam Kedah dan raja-raja daerah tadi secara mudahnya menjadi raja naungan British dan menggunakan gelaran ' Sultan ' yang diperkenankan oleh Inggeris. Lalu terjadilah sempadan negeri seperti hari ini.




KETUA TENTERA PEMBERONTAK KOTA KUALA MUDA AHMAD TAJUDDIN II ALMARHUM MELAKA MERANGKAP KAWAN KARIB SI YAHUDI MUNSYI ABDULLAH @ MOSHE HAVDALLAH. LANUN KOTA KUALA MUDA INI BERKETURUNAN SRI PERDANA MENTERI SULTAN SAHAJA BERNAMA MUHAMMAD JIWA DAN BUKANNYA SULTAN KEDAH




Persatuan Sejarah Negeri Kedah sepatutnya tidak berpihak kepada Ahmad Tajuddin 11 yang berpusat di Kota Kuala Muda yang telah berjaya menghapuskan pemerintahan dari bloodline ' Khalifah Rahman ' iaitu DYMM Sultan Syarif Yang Dipertuan Kedah. Akibat tipu helah British di tahun 1876 , sejarah DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah yang ayahandanya ialah DYMM Sultan Syed Alang Alauddin dan bondanya adalah Puteri Raja Islam China Manchu telah di hilangkan dari sejarah perlulah di ceritakan semula agar memberitahu sejarah realiti kepada Umat tercinta. Walaupun mereka telah berjaya menghapuskan sejarah waris Maharaja Benua Islam Siam Kedah tapi pada realitinya mereka masih gagal menghapuskan kewujudan zuriat Keluarga Diraja Merong keseluruhannya. Dan walaupun telah terlerai ikatan segala wilayah Siam Kedah dan raja-raja daerah tadi secara mudahnya menjadi raja naungan British dan menggunakan gelaran ' Sultan ' yang diperkenankan oleh musuh-musuh Allah mereka masih gagal secara realitinya menghapuskan sejarah realiti yang dari pengetahuan Umat. Berbalik kepada kisah Panglima Ismail ini setelah baginda dan armadanya di musnahkan oleh Tentera Kafir Berikat dan di buang daerah ke wilayah Skudai, Johor. Dan pada tahun 1899 baginda pun mangkat dalam keadaan tanpa penghormatan, gelaran dan kerajaan. Walaupun sejarah Kesultanan Kedah Syburi Melayu Siam Islam telah di hapuskan, sejarah Kedah Palsu atau Kedah Darulaman hari ini masih mengambil nama DYMM Raja Merong Maha Wangsa sebagai rujukan utama tapi mengikut jalan cerita yang di reka, di ubah dan di buat mengikut acuan British.




Pembunuhan Emperor Siam Melayu atau Maharaja Siam Melayu terakhir iaitu Islamic Empire atau Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma Sultan Long Jaafar berlaku selepas Perjanjian Pangkor dan selepas pembunuhan pada tahun 1875 ke atas J.W.W. Birch di Pasir Salak. Baginda ' Sultan ' ini syahid di bunuh pada tahun 1876 dengan dipijak gajah angkara talibarut Pemberontak Lanun Melayu, Sukhothai dan Inggeris dengan cara dipijak dan patah-dipatahkan badan baginda Sultan. Isi perutnya dibawa dengan dulang oleh pengawal peribadinya balik ke Makam Diraja Siam Tualang, Kedah melalui jalan sungai. Kesannya paling besar kalau dilihat lebih luas dari luar konteks sejarah realiti Empayar Benua Islam Siam Kedah ialah titik mulanya Inggeris dan kaum lain masuk campur dalam pentadbiran, sejarah Ketamadunan Melayu, pendidikan dan pemerintahan Semenanjung Melaka, disitu lah kesan-kesan keagungan Melayu mula dilenyapkan, Pelabuhan mega milik Melayu iaitu Pelabuhan Melaka, Kota Melaka di Bandar Lukut, kota-kota, kubu-kubu, gelaran dan banyak kehebatan Islam di sini berjaya di hapuskan. Kaum kafir Cina di biarkan menguasai dan di bantu untuk berniaga di bandar-bandar 'moden' dan baru di buka. Kaum kafir India pula di letakkan di pedalaman sekitar estet milik British yang juga baru di buka. Kaum Melayu tidak dinaikkan taraf dan di biarkan merempat di bandar-bandar baru contohnya apabila Geoge Town, Kuala Lumpur, Taiping dan lain-lain dijadikan sebagai contoh 'bandar baru dan moden' oleh Inggeris.

26 ulasan:

  1. Syukran jzk. Alhamdulillah, satu lagi artikel bernas dari YM Tuan Megat dapat dikongsi. Ana sedang mengulangi bacaan, meneliti dan mengafal bait-bait yang disusun. Walaupun ana bukanlah "seorang yang tabah dan kuat semangat", ana tidak pula berasa "meracau-racau atau mamai" dalam tidur dan jaga sejurus membaca artikel ini. Malah "konspirasi bangsa kafir barat dan tipu helah yang kejam untuk menjahanamkan artifak, ketamadunan, kehebatan dan sejarah manis silam Melayu Tua di masa lalu" tetap menjadi dendam kesumat yang tidak terpadam.

    Terima kasih sekali lagi kpd YMTM. Ana minta izin copy gambar ketumbukan tentera guru ana Panglima Ismail iaitu YM Nai Ismail Raja di Kinta, yang juga panglima kanan DYMM Sultan Kedah Pasai Ma. Selaku seorang ahli Silat Cekak, ana mendapat kepuasan membaca artikel ini. Memang banyak persamaan catitan ini dengan sejarah lisan yg dipertuturkan sesama ahli Silat Kedah (Cekak) hingga ke hari ini. Contohnya, kami diberitahu, YM Panglima Ismail telah mempertutunkan silat ini kepada sahabat dan muridnya Panglima Tok Rashid.

    Ana sambung komen selepas ini. Wassalam

    BalasPadam
  2. Ada beberapa perkembangan terkini mengenai Silat Kedah ini pun begitu tak perlulah kita berdiskusi mengenainya terlalu panjang di sini. Yang penting, hari ini banyak maklumat tentang Raja Kinta iaitu Panglima Ismail dapat kita kongsi.

    Untuk itu ana mohon agar YMTM untuk maklumkan kpd ana serba sedikit sumber rujukan artikel ini. Ia penting kpd ana untuk sampaikan kisah ini kpd Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi iaitu YM Tuan Guru Hj Md Radzi Hj Hanafi Al Qadhi. Beliau ialah anak keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad, pewaris mutlak Silat Kedah (Silat Cekak)

    BalasPadam
  3. ASSALAMU ALAIKUM, TUAN MEGAT. Saya pernah diberitahu semasa saya masih kecil oleh ibu saya bahawa kami adalah keturunan Long Jaafar. dan saya pernah diberitahu oleh sebahagian datuk nenek saya bahawa ibu saya anak HAJI HASAN bin Awang Besar, bin Abu, bin Ismail, bin Pedu. haji hasan berasal dari Selama Perak, dan dia pernah menziarahi kaum kerabat di Pedu dan Pulau pinang. saya pun tidak tahu kaitan nasab ini dengan sejarah mana-mana pun. mungkin tuan ada sesuatu maklumat yang berkaitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusssalam ustazk dan jai othman...

      afwan ya saudara jai othman, anta nak copy di persilakan lagipun mmg semua maklumat ini utk di agih bersama UMAT kerana kefahaman UMAT sekarang tentang sejarah nusabangsa dan dunia sekarang semakin teruk dan malap. trimakasih daun keladi kpd pransang dan sokongan juga keperihatinan anta keatas sejarah nusbangsa.

      kpd ustask mmg biasalah org skrg tidak mengetahui ttg nasabnya, bukan anta sorang saja yg tidak tahu ttg nasab keluarga sendiri malah puluhan juta org malaysia ini tidak tahu duduk pangkal asal salasilah keturunannya angkara tinggalan penjajah british. trima kasih kerna ada fikir ttg pentingnya bab2 nasab kerna ini kehendak nabi s.a.w. ttg hal2 nasab salasilah sekian...


      wssslm.

      Padam
    2. ooops ana lupa ttg sumber rujukkan ini dari wasiat abah serta mak ana dan allahyarhamah mak ana pernah mmberitahu ana semasa org2 melayu mengambil biji2 benih pokok getah dari ladang2 inggeris utk d tanam tetapi mereka pelik kerna pucuk pokok tidak tumbuh...rupa2nya pihak inggeris telah terlebih dahulu menyuruh pekerja2 hindu estet mereka merebus biji2 getah yg jatuh berselerakan dan selepas d rebus d letakkan semula ketempat asal utk memperbodohkan org2 melayu.


      dan rujukan juga d buat kpd induk kami ym tuanku pak ngah nai long kasim . tanya pak ngah kat anta KOTA TAMPAN d albani masih ada lagi ka atau dah d robohkan ?...dan bahan2 kajian yg ana dapati semasa pengajian dulu d mekah, jordan dan UKM Bangi di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam serta lain2 kerna ini mmg alhamdulillah bidang ana sejak dari kecil lagi berkat bimbingan allahyarham abah ana tercinta tuan guru hj ........anak murid TOK KENALI.


      kirim salam kat Abu Bakar Melbourne org kuat markaz dakwah australia d MASJID FAWKNER, MELBOURNE, ALBANI. d samping kita sibuk dgn tugas harian, silat cekak dan pengajian anta dll bagilah masa keluar 3h atau lebih utk penyebaran agama islam d ujung2 dunia moga kehidupan kita d berkati dunia dan akhirat...sekian,

      wsssslm.

      Padam
  4. assalamu alaikum. kalau tuan lalu di p pinang singgah la di tmpt saya mengajar, Madrasah Tahfizul Quran Penanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusssalam ustzk...

      ni madrasah tuan guru hj salleh penanti ke ? kalaulah begitu adenya, kirim salamlah kat u. mahdi menantu dia sbb ana dgn tuan guru salleh penanti 2 pupu ana. u. mahdi tu dah habis keluar setahun ke ?

      wssslm.

      Padam
    2. Assalamualaikum YM Raja Syah Alam Megat,

      Ana baru2 ini dihubungi oleh Zulbakri ahmad mengaku dari cicit Nai Yasin dlm. fb. dia hentam ana cukup2 dan dia kata blog ana 30 peratus saja betul. Dan dia beritahu ana pasal pembunuhan yg diarahkan Sultan Brunei terhadap pemerintah Kedah dahulu.

      Dan sekarangkatanya Sultan Brunei nak bayar Kifarah pada keseluruhan keturunan. Yg ana hairan tak ada pun cerita macam tu ana dapat dari mana2 rujukkan. Bagaimana pendapat anta tentang org ini?

      Padam
    3. Yang aneh dia add ana lepas tu dia hentam ana dlm fb.

      Padam
    4. Tak tahan ana kalau macam ni. Sebab ana tak tahu siapa Zulbakri Ahmad ni yg sebenarnya.

      Padam
  5. waalaikumusssalam kerabat nai long chik...

    ana takpernah dengar cerita ni. nnti ana tanya pak ngah, sbb kerabat brunei ori ada d dlm simpanan kami.

    dan bila ada org komplen biasalah adat dlm penulisan, ini buktinya blog anta antara yg terbaik sbb ada respon pro dan kontranya. anta ni takbiasa kena kata hina makihamun lagi rupanya. malay press pun pernah kena dan ada mengadu kat ana.

    allah ma'aka, selamat tahun merong, wssslm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. YM Tuanku Megat Syburi,

      Betul tu ana tak pernah terjadi perkara macam tu. Tetapi ana rasa rakan kita juga dalam blog ana tikam ana dari belakang. Anta tentu tahu dan faham kerana bukan sahaja fb, talifon ana pun jadi mangsanya. Sebab utama kerana ingin cepat lonjakkan diri keatas.

      Padam
    2. Berjumpa kembali dan selamat tahun baru Nai Megat Waris Sharif Yg Dipertuan,

      Rasa2 ana kita dah dapat kumpul keturunan sebab Nai Mohd Nazrin Tun Abdullah Badawi sedang giat membukukan Salasilah keturunan dan himpun Salasilah dalam fb waris keturunan kita dan himpunkan Salasilah itu di fb Waris Sharif Yg Dipertuan.

      Padam
    3. kepada kerabat tuanku nai long chik...

      syabas atas usha mengumpul salasilah tu, sbb ada arahan mengenai pekara tu...Kita gegarkan Kedah Kota Star tempat moyang kita bersemayam, biarlah kita susah dulu, kejayaan pasti milik kita.

      Ayuhlah, bangunlah...Tahun MERONG 2012 ini pasti penuh kejayaan pada kita dan Umat. Sama2 kita berusaha lebih utk mencapai matlamat kita... wssslm.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Sememangnya ana nak gegarkan bersama anta bahawa Keturunan Merong Maha Wangsa melepasi 7 legasi keturunan. Bangun dan mempertahankan hak mereka. Ana di duga dgn pelbagai musibah setelah ana menyokong legasi kita, ana di gantung tugas.

      Pembedahan tak dapat di buat Jabatan tak luluskan kewangan. Sakit hantaran puak musuh . Kerana kesilapan ana paparkan nama penuh. Tapi tekad ana biar seseorang dari legasi Merong Maha Wangsa menaiki takhta semula. Ana tidak kisah Allah bersama ana selagi ana tahu hakikat Insan yg ana satukan dlm diri. Kenapa ana perlu takut ?

      Ana berhasrat jika ana kembali nanti ana boleh tersenyum. LEGASI INI BUKAN UTUK ANA TETAPI UTK KELUARGA DIRAJA MERONG . DI HARAP PERKARA YG SAMA BERLAKU TERHADAP ANA TIDAK MENULAR KPD MEREKA.
      Jumpa lagi Pendita Syah Alam Megat, wasalam.

      Padam
    6. lawan tetap lawan, biar putih tulang jgn putih mata. biar kita susah dahulu, kejayaan pasti milik kita. allah bersama2 kita, jgn kita alpa musuh d sana.

      perjuangan perlu d lipatgandakan. kejayaan d akhirat kejayaan selamanya.allah taala takkan mengubah nasib seseorg itu sehingga ia sendiri mengubah nasib yg ada pada dirinya. wssslm.

      Padam
  6. Sekadar makluman kepada UstazK, kalau di Kelantan, keturunan Long Jaafar memakai gelaran Tuan dan Puteri. Mereka berada di merata tempat terutama di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang. Mereka ada persatuan kerabat.

    Ana sendiri masih mencari susur galur keluarga. Allahyarham datuk, orang Rao Sumatera. Menetap di Gopeng. Kemudian hijrah ke Sg Tua, Selangor - sekadar nasi tambah

    BalasPadam
    Balasan
    1. askm kpd. jai othman, ustazk, kerabat tuanku nai long chik dan kpd semua pembaca blog sekalian...


      dengan rasa sangat sedih dan dimaklumkan kepada yang mengenali 2 pupu ana iaitu Tuan Guru Haji Salleh pondok Penanti, Syura Dakwah Malaysia juga sepupu kpd Tun Abdullah Badawi dan bekas Mufti Kedah Syeikh Majid ...telah kembali kerahmatullah di Mekah petang tadi anggaran lebih kurang jam 7 malam time...iaitu sekitar waktu Malaysia...


      berita ini di sampaikan dan d terima dari menantunya ustaz Mahdi...Semoga Rohnya d terima Allah dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Takziah buat keluarga baginda Allahyarham Nai Salleh Penanti dlm kenangan... Sila hebahkan kepada sanak saudara dan handai taulan yang mengenalinya...


      wssslm.

      Padam
    2. salam takziah, semoga Allah s.w.t menerima segala pengorbanan Tuan Guru Haji Saleh untuk agama.

      terima kasih juga diucapkan kpd Tuan Megat kerana masih lagi mengUpdate artikel2 yang sentiasa ditunggu-tunggu.

      Padam
  7. Salam takziah, terima kasih Nai Megat ana dah buat hebahan pada semua waris, alfatihah....amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum abe Megat,

      Takziah abe Megat atas kemangkatan , semoga di cucuri rahmat Allah keatas Tuan Guru Hj Saleh Penanti. Janganlah abe sedih sangat......setiap jiwa pasti menemui mati.

      Terima kasih jugak kerana menunaikan hajat saudar Jai memaparkan cito panglima Ismail, kami pun boleh tumpang sekaki tahu ceritonya. Sbb ramai sangat dok cari siapa sebenarnya Panglima Ismail. Amboi abe Megat nak bubuh cito kena tunggu abe Megat habis main dulu.

      Kami ingat saudara Jai ni orang Kelate jugak, sbb tahu benar ttg tempat di sana.
      Jawapan abang Megat tentang Panglima Ismail penjaga golongan ahlulbait itu cukup memuaskan.Terimakasih sekali lagi.

      Selamat maju jaya kepada abe Megat warisan kami tercinta.

      Padam
    2. waalaikumussssalam fwzsoleh, Kerabat Tuanku Nai Long Chik dan saudari sofea...


      trima kasih atas ucapan takziah dan sokongan kalian itu, akn ana sampaikan ucapan itu kpd keluarga baginda, PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...insyaaalah, wssslm.

      Padam
  8. Salam Takziah dari saya di bumi alBani.
    Doa saya agar beliau terus bersama para solehin, amin ya rabbal alamin.

    Keluarga belah Allahyarhamah Bonda saya dari Kelantan. Darah campuran Arab dan Bugis. Kami bukan keturunan Bangsawan. Cuma saya minat mendalami susur galur Islam di Nusantara. Muloh mok ambo dari Kapung Buloh Poh, Ketereh. Ambo beranok di Selangor tapi kelik kijo di Kelate lebih 10 tahun doh.. Kiro ore Kelate jugok lah ambo ni..

    Sdr Abu Bakar di muka manis tu? Subhanallah.
    Kalau ke Masjid Preston tentu jumpa dia.
    Saya dekat dgn ke Masjid Somalia. Jemaah selalu singgah dua-dua masjid ni. Yang paling besar ialah Masjid Fawkner. Hampir setiap malam Jumaat penuh jemaah dari serata dunia. Kalau Tuan Megat ziarah ke sini, sudilah email saya jaiusman@gmail.com.
    Abu Bakar tak pernah putus asa ziarah saya.
    Selalu ajak keluar. Memang saya raspek!
    Kalau ziarah, tak nak masuk rumah. Tak mau makan minum. Cuma mau duduk di buaian dan berbual tentang Nabi SAW. Kalau jemaah dari oversea tiba, dia lah yang paling sibuk memastikan semua orang dilayan. Kalau jemaah Msia dan Spore tiba, senyumnya manis samapi ke cuping teling, melayan tetamu. Seorang insan yang hebat.

    Tuan Megat, pada saya Silat Cekak bukan sekadar tugas harian. Malah ia menjadi alat perkukuhkan agama dan bangsa. Kerana Silat Cekak dan pencarian identiti Panglima Ismail lah saya selalu hinggap di sini dan blog anai-anai (tapi anai-anai tak berapa layan saya, tak pasti mengapa). Kalau tuan mencari jalan ziarah, kalau orang lain mengajar tazkirah dan ada yang muncul di kaca TV. Saya pilih utk bersilat dan memberi syarahan kpd para siswa siswi (bila balik Msia nanti, insya Allah). Dan dengan sedikit ilmu dari blog ini (dan anai-anai serta yang seumpamanya) saya berkongsi sejarah agama di Nusantara bersama rakan Silat Cekak.

    Saya juga mohon agar dapat berkongsi beberapa perkara melalui email. Ada beberapa isu yang saya fikir kurang sesuai didebatkan/ ditanya/dikongsi di sini. Sudilah hubungi saya di gmail di atas. Tiada lain tujuan saya selain belajar utk mempersiap diri utk menjulang maruah ummah. Keep up your good work! I'm two steps behind. Wassalam

    BalasPadam
  9. Salam,
    Baru dapat baca Tuan Megat punya posting.. kena guna Google Chrome rupanya..Nampaknya Gayong dan Cekak bersaudara, Syed Idris abang kandung kpd Syed Ismail. Di UKM dulu pun bilik PSSGMUKM dan PSSCMUKM berkongsi dinding aje.. :-)

    BalasPadam
  10. assalamua'laikum

    YM Nai Megat,

    Alhamdulillah, satu penceritaan sejarah yg secara kebetulan sama seperti hipotesis saya berkenaan Silat Warisan Panglima Kedah sepertimana yang saya bincangkan dengan YM tempoh hari. Saya tak tahu pun YM buat artikel ini. Allah SWT Maha Kuasa memberikan saya peluang untuk membaca sejarah realiti ini.

    Cuma mungkin ada sedikit kekeliruan dari segi pepecahan demi perjuangan yang berlaku diantara Panglima Taib dan Panglima Rashid. Didalam artikel YM disebut Panglima Taib berundur ke Kerian manakala Panglima Rashid di Baling.

    Untuk makluman YM semula, sepertimana yg saya beritahu tempoh hari, menurut sejarah yang diwarisi oleh Cicit kepada Panglima Taib iaitu Pakguru Hj. Sani bin Zainol Abidin (yang masih menetap di Baling, iaitu di Kg. Siput), Panglima Taib dan Panglima Rashid memang telah berjanji untuk berpecah hingga tidak bertemu sealiran sungai. Allahyarham Panglima Taib lah yang terus menetap di Baling, berkhidmat di Baling dan menurunkan ilmu persilatan Almarhum Raja Ismail kepada org Baling. Warisan ini dipelihara dengan kemas dan rapi oleh anak tunggal Panglima Taib iaitu Allahyarhamah Siti Aminah, yang pernah diberi gelar Srikandi Kedah. Pada waktu beliau, org kampung menggelar persilatan ini sebagai Menela. Kemudian diwarisi pula oleh anak Siti Aminah iaitu Allahyarham Hj. Zainol Abidin, yang juga merupakan Sepupu kepada Allahyarham Pak Yahaya Said, iaitu pewaris persilatan Almarhum Raja Ismail yang telah diwariskan kepadanya oleh Allahyarham Panglima Rashid. Pada waktu Hj. Zainol lah persilatan ini dinamakan sebagai Silat Tekpi disebabkan permainannya menggunakan senjata Tekpi, senjata kegemaran Panglima Taib. Kemudian apabila anak Hj. Zainol iaitu pewaris sekarang, Hj. Sani mengambil alih teraju persilatan daripada ayahnya lah persilatan ini didaftarkan sebagai Silat Kuntau Tekpi untuk membezakannya dengan silat2 lain pada waktu itu yg juga menggelar ilmu mereka sebagai Silat Tekpi tetapi bukan dari warisan Almarhum Raja Ismail Kinta.

    Sekian dahulu dari Nai Mir Tekpi....

    BalasPadam