Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Khamis, 17 Jun 2010

PERHIMPUNAN ORANG-ORANG ISLAM @ JOR ZON UTARA DI MARKAZ DAKWAH, BESERI, PERLIS


PERHIMPUNAN ORANG-ORANG ISLAM DI INDIA YANG MENCAPAI 2.5 JUTA ORANG TETAPI IJTIMAK DI BANGLADESH DIHADIRI SERAMAI ENAM JUTA ORANG



Sebelum kita keperbincangan seterusnya dan menghayati sejarah nusa dan bangsa elok rasanya ana mengiklankan disini tentang perhimpunan orang-orang Islam yang akan diadakan di Beseri, Perlis. Perhimpunan orang-orang Islam atau Ijtimak atau Jor ini merangkumi Kayang (Perlis), Langkapuri (Langkawi), Pulau Pinang, Prai, Selama, Taiping, Pondok Penanti, Sungai Petani dan Kota Star (Alor Star) juga semua kawasan Kedah Utara. Anda semua dijemput hadir ke Ijtimak ini yang akan berlangsung pada 24, 25 dan 26hb Jun 2010. Pada 25hb Jun pula akan berlangsung perhimpunan Alim Ulama. Pada 27 Jun ditapak yang sama akan dibuat perhimpunan Purana Sakti. Anda akan berpeluang menyaksikan dan mendengar dimajlis ini yang akan memperkata dan membesarkan nama ALLAH dan hari Akhirat di sana dengan izin ALLAH s.w.t. Di Jor ini juga kita dapat bermuhasabah dan bertafakur setelah penat bekerja untuk mencari nafkah kehidupan seharian dan menyelongkar penipuan penjajah yang berlaku dengan begitu licik sekali.




DI BAITUL MUQADDIS YANG BAKAL MENJADI TEMPAT PERHIMPUNAN AGUNG ORANG-ORANG ISLAM DAN AKAN MENJADI PUSAT PEMERINTAHAN MAHDI MUNTAZAR. IANYA PERNAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI NEGARA JORDAN DI BAWAH PEMERINTAHAN AHLUL-BAIT BANI HASYIM SYARIF HUSSEIN MEKAH, TAPI DI TAWAN SEHINGGA SEKARANG OLEH REJIM ISRAEL DI TAHUN 1967

--------------

Di perhimpunan itu nanti kita akan dapat melihat puluhan ribu manusia dari pelusuk tempat akan hadir semata-mata untuk membesarkan nama ALLAH s.w.t. Peserta-peserta dari Benua Siam atau Indo-China akan hadir ke Ijtimak ini antaranya Thailand, Combodia, Myanmar, Vietnam dan Laos. Tetamu dari Benua Keling seperti Bangladesh, India dan Pakistan juga akan hadir memeriahkan Ijtimak Orang-Orang Islam ini. Diakhir Ijtimak ini kita akan berdoa beramai-ramai agar Agama Islam akan tersebar keseluruh dunia dan orang-orang Islam hidup aman makmur di bawah lindungan Allah Jalla Jalalah. AAAMIN yarabbal Aaalamin.

6 ulasan:

  1. insyallah..kirim salam pada haji harun ye..hehe :D

    BalasPadam
  2. ana mai awal 23hb ni, sbb kami bahagian khidmat jemaah nabi s.a.w.

    BalasPadam
  3. saudara megat,

    dimana di beseri?? nak kena daftar dulu ka atau hadir je?

    BalasPadam
  4. saudaraku amirul,

    anta hanya perlu pergi kebandar jitra menghala ke pulau maharaja kemudian teruskan hingga megat dewa sehingga ke kota seputih kodiang dan anta akn sampai ke bandar diraja arau.dari situ anta dapat melihat signboard ke beseri.

    anta takpayah daftar kecuali utk foreigner negara jauh dan jiran.

    BalasPadam
  5. saudara megat,

    beseri saya tahu...saya disana 2 tahun di mrsm dulu...cuma dimana di beseri itu sendiri?

    BalasPadam
  6. saudaraku amirul,

    beseri tu ada markaz berseri-berseri belah kanan jalan, laluan ke gua kelam dan padang besar.

    BalasPadam