Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Rabu, 30 Januari 2013

KEKHALIFAHAN SYAH ALAM AHLUL-BAIT AJAM QURAISY DI TIMUR DAN JEMPUTAN KE MAJLIS NUSRAH NABI S.A.W. OLEH KUFIAH AL-BARAKAH




PETA YANG BERTARIKH 1565 INI MEMAPARKAN KOTA ISLAM SHAH ALAM SIAM KEDAH AYUTHIA SHAHRUN NURI DI BAWAH AJAM AHLUL-BAIT TIMUR ZURIAT SYED JAMAL AL-JEFRI  DAN KOTA ISLAM CHINA


Selamat menyambut Maulidur Rasul pada hijrah nabi s.a.w. 1434 dan di artikel kali ini mari kita menghayati satu gelaran yang hebat di mana suatu ketika dahulu merupakan gelaran yang di geruni oleh musuh dan di segani oleh kawan. Shah Alam bermaksud Raja Dunia dan Shah merupakan bahasa Parsi yang bermaksud Raja yang bertentangan dengan bahasa Arab yang bermaksud Kambing. Gelaran Shah Alam yang mana pada suatu ketika dahulu adalah satu gelaran yang bermaksud ‘Kekhalifahan’ atau ‘Khilafah’ warisan keturunan agung DYMM Raja Merong Mahawangsa, pendukung hukum Allah dan ia mula di gunakan oleh keturunan baginda iaitu Sultan Hussain Syah Alam ( 840-881 )  Pemerintah atau Sultan ke 4 dari Kesultanan Kedah Pasai Ma dan penggantinya pula ialah anaknya Sultan Syeikh Abdul Khadir Syah Alam ( 881-903 ) yang berkuturunan junjungan mulia Muhammad saw. di timur. Mengenai penceritaan dongeng tentang Raja Kedah iaitu Raja Derbar Phra Ong yang penuh dengan dongeng dan mitos, iaitu kononnya Syeikh Abdullah Yamani yang bersahabat dengan Iblis telah terbang kesana kemari hingga sampai ke istana Raja Hindu di Bukit Meriam. Di istana itu mereka telah memasuki kamar tidur si Raja Hindu ini dan Iblis menghidangkan arak untuk di minum oleh Tuan Syeikh. Beliau pun memarahi Iblis kerana berkelakuan demikian dan pertengkaran kecil pun berlaku lantas Iblis merebut tongkat sakti Tuan Syeikh dan terjaga si Raja maka si Raja Kedah pun ternampaklah lembaga Tuan Syeikh. Si Syeikh Arab Yaman pun mendakwah Islam kepada Raja Kedah dan dengan itu Raja Hindu Phra Ong (Firaun) pun terus memeluk Islam dan memakai nama Sultan Muzaffar Syah I. Padahal perkataan Syah adalah terlalu asing bagi orang Arab Yaman kerana Syah bermaksud dalam bahasa arab ialah kambing. Ini kerana jika benar ia memeluk Islam di tangan ulama Yaman ini ia pasti akan menggunakan nama Sultan Muzaffar sahaja atau al-Malik Muzaffar tanpa menggunakan perkataan Shah kerana Shah bukannya bahasa Arab tapi ianya merupakan  bahasa Parsi dan Shah itu dalam bahasa Arabnya ialah kambing. Jadi penggunaan gelaran Sultan Muzaffar Shah sungguh melucukan dan mengaibkan bagi bangsa Arab serta makna Shah Alam pula bermaksud Kambing Dunia.




SETELAH KEKHALIFAHAN BAGHDAD DI KUASAI OLEH MUKTAZILAH DAN SYIAH MAKA KEKHALIFAHAN DI TUKAR TIMUR YANG KETIKA ITU MAKMUR DI BAWAH KELUARGA QURAISY AHLUL-BAIT HASYIMI AJAM DARI SUSUR GALUR AL-JEFRI



Kekhalifahan di Timur ini bermula apabila Baghdad mula di kuasai oleh kefahaman Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171). Kekhalifahan Melayu ini diberi penghormatan istimewa oleh Raja Monggol Turki Usmaniyyah,  Maharaja Delhi Moghul Benua Keling dan Maharaja Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah s.a.w. dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja Merong Maha Wangsa. Ketokohan keturunan DYMM Merong Maha Wangsa atau bergelar Sultan Mudzafar Shah I terserlah apabila baginda DYMM Merong Maha Wangsa membawa dengan banyaknya barangan dagangan kain sutera China ke Kedah serta kawasan Nusantara lainnya sehingga ke India dan mengislam raja Soka India. Barang dagang yang berkapal-kapal banyaknya ke kawasan ini menyebabkan wujudnya Empayar Islam Benua Siam Kedah. Ianya sebuah kerajaan besar maritim yang ada kaitan dengan sejarah Gunung Jerai Merbuk Kedah dan  Ayuthia serta mempunyai  kaitan dengan cucu Maharaja Islam China Merong Mahawangsa. seperti yang di buktikan oleh catatan tokoh ilmuan Islam al-Biruni ( 973-1048 ) dengan katanya. "Pulau-pulau sebelah timur di lautan ini,  yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj,... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu" . Menurut Abu Zaid al-Sirafi ( 934 ) pula, penyunting Kitab Akhbar China dan Hindi iaitu salah satu  sumber tenteng sejarah mengenai India dan China serta Timur Jauh, katanya “Negara Kedah pada suatu ketika dulu di perintah oleh Raja Zabaj”. Al-Masudi ( 896-956 ) pula menceritakan "Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah."


Makam KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA


 
Penggunaan terminologi Benua ini tidak bermakna Benua Siam Kedah ini sama macam Benua Asia, Eropah atau Amerika yang kita pelajari dalam ilmu geografi. Ini hanya persoalan remeh.Tetapi Benua ini menunjukkan besarnya empayar Siam Kedah dahulu. Jadi setelah Kekhalifahan Ahlul-Bait Baghdad di kuasai oleh kefahaman Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171) serta penguasaan kekuasaan dinasti Bani Buwaih (945 M - 1055 M) dan kekuasaan Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah pemerintahan Khulafah di pindah ke Timur iaitu ke tangan keluarga al-Jefri Ahlul-Bait Bani Hasyim Quraisy Ajam. Mu’tazilah adalah satu aliran yang menyelesaikan berbagai masalah keagamaan dengan menggunakan akal pikiran atau dalil aqliah. Ianya di asaskan oleh Washil bin Atha', hidup pada masa Kekhalifahan Umayyah. Mu'tazilah berasal dari kata "i'tazala" (memisahkan) dan fahaman ini di tentang keras oleh Khalifah Harun ar-Rasyid tetapi di di terima pakai semasa Khalifah Abbasiyah al-Ma'mun ( 786-833 ) iaitu selepas berlakunya rampasan kuasa yang memalukan dengan kematian kontroversi Khalifah Amin ar-Rasyid ( 787-813 ). Si Amin ar-Rayid yang malang ini berkuasa selama 4 tahun 8 bulan. Dan setelah naiknya Khalifah Ma’mun ar-Rasyid yang terpengaruh dengan Falsafah Barat Yunani sesat ia mula melakukan kezaliman dengan  melaksanakan al-Mihnah atau ujian Aqidah di kalangan ulamanya. Ia dibagi kepada empat macam tingkatan:

Pertama, mereka yang menolak tidak dapat lagi diterima kesaksiannya di Pengadilan.

Kedua, mereka diputuskan tunjangan hubungan wang saraan yang diperoleh dari Khalifah.

Ketiga, jika tetap menolak akan di rotan dan dirantai kemudian dimasukkan ke penjara.

Keempat, yang terakhir dari segalanya adalah hukuman ialah Mandotori iaitu mati dengan leher dipancung.





 DI DLM CERAMAH INI BELIAU ADA MENYENTUH TTG KOTA ISLAM AYUTHIA, KEKHALIFAHAN DI TIMUR, ISLAM TERATAI, KOTA ISLAM BOROBUDUR DAN BENARLAH SESUNGGUHNYA KEBIJAKSANAAN NABI S.A.W. DAN KETURUNANNYA SHAH ALAM DI TIMUR MENTADBIR NAGARA CUBA DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH
 

Ramai Ulama yang menolak fahaman sesat ini terpaksa menerima fahaman Mu’tazilah bahkan ianya dijadikan sebagai mazhab resmi negara. Dengan kekuasaan yang dimiliki, Khalifah Makmun ar-Rasyid menghadapi lawan-lawannya dengan cara-cara yang dengan penuh kekerasan. Imam Ahmad ibn Hanbal dan Syeikh Muhammad Nuh adalah dari kaum ulama yang bersikap keras tetap menolak fahaman sesat ini. Imam Ahmad ibn Hanbal yang mampu menghafal 700.000 hadits dan mempunyai 30.000 hadits dalam kitab hadisnya yang bernama al-Musnad tidak di hormati Khalifah malah di hina dan di caci maki  serta di seksa oleh Khalifah ini. Peristiwa ini di rakamkan oleh seorang ulama bernama Ibnu al-Ashbag, menurut catitannya,  "Saya datang menghadiri majlis pengadilan negara yang akan memeriksa perkara hal ehwal Imam Hambali. Dalam majlis pengadilan itu terlihat pedang-pedang telah dihunuskan, tombak-tombak telah ditegakkan, panah-panah telah disiapkan, dan cambuk siap diayunkan untuk menimbulkan kegerunan kepada Imam Hambali. Khalifah al-Ma'mun ar-Rasyid lalu duduk di atas kursi yang telah disiapkan di balai persidangan. Imam Hambali dipanggil menghadap kemudian khalifah berkata, “Atas nama saya sebagai kerabat Rasulullah s.a.w. saya akan memukul kamu dengan cambuk sampai kamu membenarkan apa yang telah saya benarkan atau engkau menyatakan seperti apa yang saya katakan. "Cambuk dia!" perintah khalifah pada algojo. Sang Algojo segera bertindak tanpa ragu. Imam Hambali diseret lalu dicambuk. Cambukkan pertama tepat mengenai punggung beliau. "Bismillah... " ucap Imam Hambali menahan sakit. Pada cambukan yang kedua beliau mengucapkan kalimah "Laa haula wala quwwata illa billah." Pada cambukan yang ketiga dengan lantang beliau berucap, "al-Qur'an kalamullahi ghairu makhluqin!" maksudnya ‘ al-Quran itu Kalamullah dan bukannya Makhluk’’ . Lalu mendaratlah cambuk yang keempat dan kali ini beliau bahkan sempat membacakan ayat al-Qur’an "Qul lan yushiibanaa illa ma kataballahu lana!"
  
 
SEMUA DI JEMPUT HADIR UNTUK MENGEKALKAN KEGEMILANGAN INSTITUSI PONDOK TRADISIONAL ZAMAN SILAM DAN MENGHORMATI SERTA MENGASIHI PARA ALIM ULAMA DAN BUKANNYA UTK DI CAMBUK, DI HINA DAN DI PENJARAKAN 




Ucapan-ucapan Imam Hambali tidak menghentikan cambukan gila sang algojo hingga lebih 20 cambukan menghentam punggungnya. Darah segar pun mengucur dan menitis di lantai. Aku tidak peduli dengan penjara, bagiku penjara dan rumahku sama saja!” ujar Imam Hambali. Seorang ulama besar bernama Ishak bin Ibrahim pula berkata “Aku belum pernah melihat seseorang yang berada di depan penguasa di mana ia lebih tegar daripada Imam Ahmad bin Hambal. Kami saat itu di mata penguasa Khalifah hanyalah seperti lalat” . Setelah kemangkatan si al-Ma’mun, pemerintahan di ambil alih oleh anaknya Khalifah al-Mu’tashim. Namun demikian, ia tetap berfahaman Muktazilah yang pernah di anuti oleh si al-Ma’mun. Ia tetap menahan dan memenjarakan Ahmad ibn Hambal selama 18 bulan. Kemudian Ahmad ibn Hambal dikeluarkan dan dibebaskan untuk di paksa menyampaikan fatwa sesat Khalifah al-Mu’tashim ( 794–842 ). Kedudukan khalifah selanjutnya dipegang oleh Watsiq ( 842 – 847 ) putra al-Mu’tazim. Ia dalam melaksanakan tindakan al-Mihnah itu lebih ketat, bahkan memperlakukan para penentangnya dengan lebih kasar. Ahli fiqh Sunni seperti Yusuf ibn Yahya al-Buwaity, Ahmad ibn Nasir dan Naim ibn Hammad adalah termasuk orang-orang yang mati dalam penganiayaan yang dilakukan oleh Khalifah al-Watsiq. Pada zamannyalah Imam Hambali meninggal dunia. Selepas dua peristiwa pembunuhan khalifah Amin al-Rasyid dan penyiksaan ke atas ulama-ulama yang muktabar termasuk Imam Hambali di tambah dengan penguasaan pemerintahan orang luar yang asalnya dari hamba-hamba abdi tawanan perang seperti Bani Buwaih dan Bani Seljuk maka tampuk kekhalifahan dari keturunan Abbas r.a telah bertukar ke keturunan Husain r.a di timur iaitu kepada Kesultanan Kedah Pasai Ma. Di tahun 1194 Baghdad yang sudah kehilangan Kekhalifahannya hanya berkuasa di sekitar kota Baghdad sahaja dan pada tahun 1258 - Tentara Monggol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Jutaan penduduknya yang berfahaman Muktazilah di bunuh.



HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA, PATTANI, ACEH, UNITED KINGDOM DAN SYRIA KITAB THURATH AKAN DI ADAKAN BESAR-BESARAN SELAMA 3 HARI DAN 3 MALAM



Pemerintahan Baghdad yang telah tua serta nyanyuk ini telah dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan ( 1217-1265 ) yang dilabelkan oleh musuh-musuh Allah dan sejarawan barat sebagai kononnya bukan beragama Islam termasuk datuknya Genggis Khan ( 1162-1227 ) juga dari golongan kafir padahal kedua-dua orang ini merupakan panglima Islam yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan. Sebelum kita berpisah buat seketika, di sini ana ingin mengiklankan bahawasanya Insyallah pada 7, 8, 9 Februari 2013 Pondok- Pondok Seluruh Pattani dan Malaysia khususnya dari Malaka, Negeri Sembilan dan Perak Kedah akan berhimpun di Pondok Tuan Guru Hj Yahya Telok, Bukit Pinang Kedah. Di jangkakan 200 orang ulama akan hadir di Himpunan Ulama Pondok Malaysia - Thailand secara besar - besaran ini yang di buat pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Himpunan Ulama Malaysia Thailand bakal menghimpunkan Ulama Pondok seluruh Fathani Thailand dan Malaysia . Syarikat minyak petrolium Buroq Oil juga bergabung bagi menjayakan Majlis Himpunan  Ulama Malaysia Thailand ini. Dan  menerusi ijtimak ini para ulama dan ahli agama dapat duduk berbincang mencari kata sepakat, bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pendapat ahli yang lain tanpa mengaibkan mahupun menjatuhkan martabat mana-mana pihak tentang bagaimana mengekalkan Pengajian Pondok  malah membanyakkan pengajian Kitab Thurath di seluruh dunia. Selain menghimpunkan tok-tok guru tempatan dan Thailand kita juga akan di hadiri ulama dan ahli agama dari Aceh, Syria dan United Kingdom. Dan di sini ana paparkan juga program yang akan berlangsung selama 3 hari 3 malam tersebut, sekiam, wasssalam.

19 ulasan:

  1. Salam Yg Mulia Tuan Megat. Alhamdulilah, dapat sambung membaca blog ini. Harap diteruskan kisah mengenai keIslaman tentera Monggol. Pernah saya terdengar secara umum tanggapan bahawa tentera Monggol adalah pejuang Islam. Harap dapat lebih description mengenai keIslaman mereka dan apa yg berlaku selepas kejatuhan Baghdad. Jai Melbourne (Sekarang, Jai Newcastle/Kota Bharu)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikom Tuanku Ustaz Megat alJefri. Terima kasih bebanyak saya ucap kepada Tuanku Megat kerana maklumat sejarah hingga ke Tanah Arab. Untuk maklumat Tuanku Ustaz Megat alJefri saya juga maklumat mengenai hertage Melayu kita iaitu
    Cincau !!! Ha ha ha !! Agar-agar rumpai laut di cinciang buat air di jual di tepi jalan !!! Bukan tapi
    Makna Chin Chou adalah Negari Emas!!!
    Jadi mereka mahu cincang lumat macam agar agar hitam rumpai laut buat air jual tepi jalan kepada semua orang !!!
    Ok taka pa !!!
    Orang dulu dulu dan purba kala !!! Terutama Nabi Nabi sebelum Rasulullah S.A.W telah tinggalkan banyak wasiat dan harta Pusaka !!

    BalasPadam
  3. Nabi Sulaiman A.S , Dzulkarnain A.S malah di katakana Maharaja Shi Huang Ti pun Islam juga di zaman tersebut …. Ada tinggalkan Pusaka untuk Umat Akhir Zaman …. Strategy Peperangan !!!
    Lord of 3 Alam > 3 Kingdom
    1.Asma 2. Sifat 3.Af’aal ( Zat > Rahsia )
    1.Iman 2. Islam 3.Ehsan
    1.Feqah 2. Tauhid 3.Tajwid
    1.Syariat 2. Tarikat 3.Hakikat ( Makrifat >> Rahsia)
    Lord Of Three World >> Tan Sri Buana
    1.Manusia 2.Jin 3.Haiwan
    1.Darat 2.Laut 3.Udara
    1.Warna 2.Bau 3.Rasa
    Jadi untuk penerangan lebih lanjut kena Tuan Guru syarahkan !!!

    BalasPadam
  4. Peperangan 3 Kingdom ???? Red Cliff ( Gunung Jerai atau Bukit Pelindung !!! ) Laluan Selat yang dahulunya adalah Sungai berlumpur !!!
    Kena tonton movie 3 Kingdom dan Red Cliff !!!
    Bukit Phoenic dengan 5 Legendry General !!! Gunung Jerai dengan Tuah Jebat Kasturi Lekir dan Lekiu>>>> berjuang bermati-matian di akhir zaman mempertahankan Islam sampai ketitisan darah yang terakhir !!
    Kemudian mereka menyusur sungai menuju ke Red Cliff !!! menuju ke Bukit Pelindung !!! mencari Uyun Hayat !!!
    Untuk Pengetahuan Shah Alam Ustaz Megat, Banyak manuskrip lama dan Kuno di situ!!!

    BalasPadam
  5. Waalaikumusssalam Jai Melbourne dan adik Auji...


    sebenarnya saudara jai kisah ttg kisah mengenai keIslaman tentera Monggol sudah lama ana ceritakan tanpa antara sedari antaranya ialah kerajaan Benua Keling dan Turki Ottoman kerana mereka ini sebenarnya ialah bangsa monggol dari titisan panglima utk ahlul-bait iaitu panglima islam genghiz khan, hulagu khan dan kublai khan. selamat kembali menetap di malaysiam, wssslm.

    BalasPadam
  6. juga minta maaf kpd adik auji lupa mmbalas surat anta sbb anta masih lagi keletihan memgemas barang2 khemah dan kursi2 gotong royong slps pondok pak ya berjaya menganjurkan majlis maulud 3h 3mlm secara besar2an. bukan apa cuma ana cukup berbangga menjayakan majlis itu kerna aruah tuan guru pak ya merupakn rakan seperguruan abah ana NAI MAN berguru dgn tok kenali.


    amboi auji banyak maklumat nampak, baru balik bertapa ke? ana rasa auji kalau sambung belajar nnti eloknya ke kuliah UKM Bangi di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam sbb ana tengok auji ni minat sejarah dan boleh d asah bakat itu di kuliah sejarah dan d latih agar penyampaian sejarah lebih mantop dan teratur, syabas dan wssslm.

    BalasPadam
  7. Salam Yg Mulia Tuan Megat. Ana di Kelantan. Teringing sangat utk baca sejarah Kelantan dan kaitannya dgn Benua Qadah. Ana cuma perasan beberapa kali di blog ini mengenai Kelantan-Champa. Anai-anai pun tak banyak buat coverage secara direct mengenai Legeh dan Kelantan. Ana masih tak berapa jelas siapa yg mula dilantik selaku Raja di sebelah sini, zaman (tahun bila), apa kaitan dgn keturunan Long Ghaffar yg kemudiannya diganti oleh keturunan Mohamad sekarang. Kalau Yg Mulia Tuan Megat tak dapat menulis, bagi ana rujukan/website utk ana baca punsudah memadai. Terima kasih sekali lagi. Teruskanlah meneraju kebangkitan ummah ini

    BalasPadam
  8. Assalamualaikom kembali Shah Alam Abang Ustaz Megat. saya nak sambung kembali kajian saya dengan abang Megat...boleh ke? ke tak boleh ?

    BalasPadam
  9. a`kum..
    mohon pencerahan dr tuan megat tentang keturunan Sultan Abdul Halim,agong sekarang..adakah beliau waris dr Nai Long Jaafar atau tidak?

    sebelum ini tuan megat ada mengatakan bhw dia tak layak naik takhta kerana bukan waris sebenar tp ada artikel di blog ni juga mengatakan bhw bapa beliau almarhum sultan badlishah adalah waris dr nai long jaafar..

    mohon pencerahan..

    BalasPadam
  10. waalaikumusssalam jai, auji dan cecapoi...

    untuk makluman saudara jai yang sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam.negeri pattani legeh ini d utaranya terdapat kelantan dan d selatan negeri terengganu.

    anta boleh rujuk mengenai kewujudan negeri legeh pattani di artikel ini pada Ahad, 28 Februari 2010
    Asal Usul Kerajaan Islam Daerah PaTTani, LEGEH, KELANTAN dan TeRENGGANU Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani yg sebenarnya.

    BalasPadam
  11. opsss lupa, kpd saudara adik auji ... syabas, teruskan kajian anta tu dan jgn malu bertanya ye nnti sesat jln tapi kalau sesat jln takpa boleh u-turn balik rumah tapi kalau sesat sejarah anakcucu kita nusa bangsa yg merana, layu dan jatuh jati diri , agama dan nagara...walieazubillah.

    kpd cecapoi, sebenar beliau adalah cicit ahmad tajuddin pemberontak dari kota kuala muda dan di catitkan juga d dlm buku konvensyen kedah darulaman beliau ini BERKETURUNAN ABDULLAH MUKARAM ANAK GUNDIK PM KEDAH MUHAMMAD JIWA YG JUGA MEMBAWA KPD AHMAD TAJUDDIN SEBAGAI KONONNYA SULTAN KEDAH. Ia berdarah merong cuma d sebelah perempuan bukannya lelaki iaitu neneknya dari darah DYMM SULTAN nai long jaafar iaitu dari ibu badlishah yg d ceraikan oleh raja abd hamid halim shah yg mengia dan membenarkan sejarah moyangnya Raja Kedah palsu itu Raja Hindu Phra Ong (Firaun).

    wssslm.


    BalasPadam
  12. Ini untuk perkongsian saya dengan Syah Alam Megat dan pada semua pembaca,

    pertukaran dari Zaman Kegelapan Teknologi Material menuju kepada Zaman Keemasan Kerohanian !!!
    Siapa yang dapat bertahan dan takhluk Semenanjung Emas !!! Agama itu lah yang Haq !!! dan akan Perintah Dunia !!!
    Jadi satu dunia akan datang ke sini !!! untuk merebut peluang Keemasan Ini !!!
    Untuk Yahudi dan Nasrani !!! Semenanjung Emas adalah New Jerusalem !!!! mereka akan pasti datang !!! Kononnya adalah Perjanjian Tuhan untuk mereka di akhir zaman !!!
    Selain daripada Yahudi ……….Pasti akan di bunuh atau di halau dari Bumi ini …….. New Jerusalem utnuk mereka ????
    Insha ALLAH S.W.T dalam attachment ada Strategy Kuno !!! boleh gunakan sebagai rujukkan.

    BalasPadam
  13. Kita sebenarnya kena rujuk dengan Sunnah dan Sirah Nabi rasulullah!!! untuk mantapkan jati diri kita !!!
    Kena Hati Hati dengan Pengkhianatan dari dalam yang mengaku keturunan Tuanku Megat tanpa bukti dan salasilah!!!!

    Sebabnya mengikut catitan bawah ni Megat sedang memperjuangkan benda yang penting,
    inilah ianya-

    Suvarnadvipa as learning center
    As early as the T'ang Dynasty , Chinese texts tell of a renowned Buddhist learning center somewhere in Insular Southeast Asia .
    The traveler I-Tsing (Yijing) describes this center in a place called Fo-hsi. The location of Fo-shi is important and he says that one travels there from Canton sailing toward the asterisms Yi and Tchen, which in the Chinese sidereal compass represent the directions between south-southeast and southeast. The explorer Kie Tan gives a detailed itinerary for the journey to Fo-his , which also locates it southeast of Canton . I-Tsing also calls Fo-Shi by the name Chin-chou "Gold Country ," which is probably a translation of Sanskrit Suvarnadvipa .

    BalasPadam
  14. ainun salsabila telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " PANGLIMA-PANGLIMA AHLUL-BAIT DAN SYARAT-SYARAT MEN... " anda:

    Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://dimelayu.com.nu




    Dicatat oleh ainun salsabila ke Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate pada 27 Februari 2013 6:24 PG

    BalasPadam
  15. selamat dtg ainun ke blog ana ini...

    dan kpd adik auji catitan b.inggeris kalau boleh terjemahlah siap2 agar mudah d fahami oleh umat melayu.

    wssslm

    BalasPadam
  16. salam... sy nk tnye antara kerajaan melaka dan kedah tua mne yg wujud dlu?? apakah dye semenanjung melaka?? kenape dnamakan semenanjung melaka adkh melaka sebuah negara??

    BalasPadam
  17. soalan anta ana bawa ke artikel baru utk tatapan umat, wssslm.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum.
    Lama sungguh ana tidak membaca penulisan terbaru dari yg mulia tuan megat. Apalah kahabarnya tuan sekarang? Risau juga lama tidak ada khabar berita langsung. Anai anai ada juga sekali sekala keluar artikel diblognya. Tuan megat sepi terus. Keluar setahun? Pun begitu, harap tuan megat sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Ana sudah pulang ke tanah air hampir setahun. Harap dapat bersua muka di suatu hari yg indah di utara semenanjung atau di pantai Timur. Ana akan berada di sekitar pulau pinang masa cuti sekolah. Kalau pulang ke kampung isteri, sudilah hubungi ana. Selagi tidal bersua, hati ana tidal puas. Semoga Allah berkati tuan megat sekeluarga, amiin

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Tuan Megat, saya ingin memohon bantuan tuan sekiranya tuan mempunyai maklumat mengenai salasilah keturunan saya yang terputus ini.
    Untuk maklumat lanjut tuan sila rujuk di website di bawah. Sekian terimakasih.

    http://toklongsolleh.blogspot.com/2010/09/salasilah-keturunan-tok-long-salleh.html

    BalasPadam