--------

Di artikel kali ini mari kita mengupas siapakah sebenarnya Panglima Ismail ? Siapakah tuannya ? Mengapakah di akhir bulan Disember di tahun 1875 ' Panglima Besar ' ini memulakan kempen ketenteraannya dengan penyerangan ke atas kepentingan British di Perak setelah anakbuahnya berjaya membunuh wakil British di Perak J.W.W. Birch ( 1826-1875 ) menjadi tumpul ? Dan kenapakah gerakan ketenteraan sabilnya mula lumpuh serta bagaimana gerakan ketenteraannya yang hebat dan mengerunkan musuh-musuh Allah berjaya di sekat selepas kesyahidan Sultannya iaitu ' Khalifah Rahman ' DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ( 1825-1876 ) warisan Merong Mahawangsa kekhalifahan DYMM Syarif Syah ( 1758-1821 ) Yang Di Pertuan Kedah ? Kenapa sejarahnya di putarbelitkan ? Dan kenapa British sanggup melantik raja lain untuk menggantikannya dan ...seperti artikel-artikel sebelumnya sila sediakan segelas air masak dan panadol sebelum antum semua melayarinya. Tapi jika antum semua seorang yang tabah dan kuat semangat tidak perlulah menyediakan itu semua cuma banyakkanlah Tasbihah, takut-takut antum semua meracau-racau atau mamai di dalam tidur sebab semua yang di paparkan ini penuh dengan misteri, konspirasi bangsa kafir barat dan tipu helah yang kejam untuk menjahanamkan artifak, ketamadunan, kehebatan dan sejarah manis silam Melayu Tua di masa lalu. Peranan Melayu dengan raja-rajanya dari keturunan Ahlul-Bait berkat darah nabi s.a.w. berperanan mengepalai empayar Monggol Turki Usmaniyyah, empayar Monggol China Islam dan empayar Moghul India Delhi dalam menyebarkan agama keseluruh dunia dan khususnya di Asia Tenggara. Kehebatan bangsa inilah menyebabkan pihak British terpaksa melantik As-Sultan palsu agar ketamadunan bangsa ini dan sejarahnya di ubah juga di sekat, sekaligus menafikan penglibatan keluarga nabi s.a.w. dalam skala yang besar dalam penyebaran agama Islam di dalam sejarah dunia.

jai othman berkata...
Tuanku Megat, saya mohon kongsi maklumat kiranya ada mengenai salahsilah Hulubalang bernama Panglima Ismail. Terima kasih. jaiothman@yahoo.com
Melbourne, Australia
jai othman berkata...
SALAM TUAN. Saya sedang bercuti ziarah keluarga di Malaysia. Akan kembali terbang ke Australia dalam 2 minggu. Memang kedapatan nama-nama Melayu di benua Australia sejak dulu. Bukan sahaja di Albani (Perth) di Barat, malah di sebelah timur banyak nama seperti Tanah Merah di Quensland. Menurut kefahaman saya (juga BARU didokumenkan dalam buku Malay in Victoria oleh Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2011), penjajah telah menghalau orang Melayu dan mengisytiharkan Autralia sebagai "White Country". Selepas perang dunia ke 2, golonganMelayu dipujuk semula ke Australia melalui Biasiswa Colombo. Ada beberapa orang yg KITA semua kenal dan masih hidup merupakan penerima biasiswa ini.
Saya mohon sekali lagi tuan menceritakan salahsilah Panglima Ismail kpd saya. Selaku pengamal Silat Cekak, saya sangat tertarik utk mengetahu siapakah beliau sebenarnya. Apa yg saya faham, beliau ialah seorang pegawai Sultan yg sangat rapat dgn baginda. Sultan sangat mengambil berat tentang pendapat beliau. Saya percaya beliau bukan sekadar seorang pegawai malah anak beranak sultan. Setakat yg saya tahu, semasa berlaku Perang Musuh Bisik beliau turut terlibat dan terpaksa menyembunyikan diri. Beliau menarik diri dari berkhidmat kpd "RAJA" yg baru dan kemudian berundur dari Istana.
Beliau telah menyerahkan persilatan Silat Cekak atau Silat Kedah ini kepada Panglima Tok Rashid. Kemudian silat ini diperturnkan kpd anak negeri kedah yang bernama Ustaz Hanafi. Sekarang ini guru utama silat ini ialah Md Radzi Hj Hanafi.
Saya mohon agar tuan luangkan sedikit masa utk berkongsi dgn saya mengenai Panglima Ismail. Sudilah hubungi saya di jaiothman@yahoo.com atau jaiusman@gmail.com.
Terima kasih yang tidak terhingga.
Wassalam
jai othman berkata...
YM Megat, nampaknya, berbaloi sungguh ana bersabar kerana bunyinya semaca satu artikel yang sangat menarik utk dikongsi. Ana di Malaysia Eidul Fitri baru ini. Tak ada rezeki utk bersua. Suatu hari nanti insya Allah. Ana di Melbourne, perlahan-lahan cuba ketengahkan sejarah alternatif. Setakat ini ada tanda2 sambutan yg baik. Contohnya pemahaman terhadap siapa sebenarnya Abdullah Munsyi, apa itu Siam, dan mengapa Kedah ialah negeri istimewa. Terima kasih atas usaha anta. Teruskanlah..
jai othman berkata...
Saya harap dapat membaca artikel Januari 2012 ini, amin. All the best utk Tuan sekeluarga
jai othman berkata...
Salam YM Tuan Megat. Berehat dulu banyak2. Dan semoga mendapat ilham yg baik utk artikel bulan Januari ini. Saya harap dapat terjawab beberapa persoalan mengenai Panglima Ismail dan salah silah beliau hingga ke hari ini. Juga beberapa persoalan lain yang pernah saya utarakan

JAWAPAN :
Hulubalang dan Panglima berwibawa ini sebenarnya bernama YM Nai Ismail sebenarnya adalah Raja-raja Daerah Benua Siam Kedah atau Empayar Islam Siam Kedah Syburi Merong Maha Wangsa antara yang paling kaya serta kuat dan merupakan panglima kanan DYMM Sultan Kedah Pasai Ma yang berjuang disamping Panglima Bukit Gantang dan Long Jaafar iaitu Yang Dipertuan Kedah Pasai Ma. Baginda juga bergelar Datuk Maharaja Panglima Kinta ialah bergelar ' The Supreme Lord of The KINTA VALLEY ' juga di gelar dalan sejarah sebagai ' The Datuk Maharaja Panglima Kinta Bangsa DiRaja '. Baginda terlibat dengan Peristiwa Musuh Bisik 1821 - 1839 . Peperangan ini melibatkan ramai ulama, para ilmuan dan jagoan silat yang berkumpul di Kota Star Kedah untuk melawan British, Pemberontak, Tentera Selat yang berpusat di Singapura dan tentera Thai yang berpusat di Legor dan Bangkok. Di antara yang berjuang dan syahid dalam peperangan Musuh Bisik termasuklah Syeikh Abdul Samad Palembangi, Tok Lebai Keramat, Tok Perang Keramat, Tok Pasai, Syeikh Mas’ud Al-Banjari dan lain-lain yang ada tersebut kisahnya dalam penceritaan mengenai Syeikh Haji Zain.
Ini membawa kepada Syeikh Tuan Hussain Kedah iaitu ayahanda angkat abah ana ( 1877-1979 ) dan Tuan Haji Ahmad guru kepada Tuan Haji Ishak Itam antara guru Silat Cekak hari ini. Yang mana pada masa itu abah ana dan kerabat-kerabat yang lain di bawa lari ke Pondok Pokok Sena, Prai sebelum mereka beramai-ramia di ‘ Transfer ‘ ke Pondok-pondok Tok Kenali Kelantan ( 1870-1933 ). Ini berlaku setelah British meminta Tuan Guru ini kembali ke Kedah Darulaman menjadi Mufti Kedah konon atas arahan Sultan Boneka Abdul Hamid Halim Syah ( 1882-1943 ).

Raja Ismail Kinta atau Panglima Ismail ini sebenarnya mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman Tentera Berikat. Panglima Ismail ini turut berjuang sabil menghalang kemaraan tentera Thai dan British dan pemberontak juga penderhaka kepada Kesultanan Syah Alam Kedah Pasai Ma iaitu lanun Ahmad Tajuddin II Almarhum Melaka ( 1804-1845 ) di selang seli dengan salasilah Dongeng ciptaan British dengan nama Ahmad Tajuddin II Mukarram Shah ( 1854-1879 ) padahal pada realiti sejarahnya orang yang sama, sila rujuk 'Syair Kedah Darul Aman' terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia m.s. 95 untuk menyiapkan salasilah dongeng Kedah Pra Ong Darulaman ini atas seliaan Dato' Kerani atas arahan Raja Kedah Pra Ong Boneka British Abdul Hamid Halim Syah ( 1882-1943 ). Di tambah pula dengan pemberontakan dan pengkhianatan tali barut kepercayaan British bernama lanun Abdullah juga bermuafakat dengan British di dalam Perjanjian Pangkor 1874. Ismail Kinta kononya termaktub dalam sejarah nagara tidak hadir Perjanjian Pangkor sebab dia di katakan lambat menerima surat jemputan. Dalam sejarah dongeng Perjanjian Pangkor ciptaan British itu, penjajah Inggeris di katakan melantik dan mengiktiraf Abdullah sebagai raja Perak dan Raja Perak dari Kinta di lantik kononnya Raja Muda Perak. Padahal pada realitinya mengenepikan sepupu Maharaja Siam Melayu iaitu as-Sultan DYMM Syed Jaafar Muadzam Syah sebagai wakil sah bagi daerah Perak. Selepas Perjanjian Pangkor Raja Ismail Kinta berundur ke Kedah selepas di buru oleh Pemberontak Melayu Raja Abdullah dan tuannya tentera-tentera British dan Tentera Berikat. Dalam huru hara dalam Perang Musuh Bisik pada tahun 1875 itu, wakil British di Perak J.W.W. Birch berjaya di bunuh di Pasir Salak.
Raja Abdullah kononnya di persalahkan dan di buang negeri padahal lanun ini pergi melawat dan makan angin sambil melihat dan menikmati oskestra pancaragam British mencipta lagu resmi negeri Perak Baru untuknya dan melihat pembesar-pembesar Kerajaan Melayu Tua di seksa dan di bunuh untuk di ambil maklumat tentang di mana keberadaan Maharaja Siam Melayu ketika itu. DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah pada ketika itu sebenarnya berada di Istana Pulau Tiga Merbuk , Kedah dan terus di demdami oleh pihak kafir British. Atas peristiwa itu jugalah Tentera China Manchu di hantar gerombolan demi gerombolan untuk membantu Kesultanan Kedah Pasai Ma dan sehingga mencecah sehingga 36,000 ribu orang tentera di hantar oleh Maharaja China Manchu untuk mempertahankan kekuasaan Kesultanan Kedah Ahlul-Bait ini dari di injak-injak oleh musuh-musuh Allah Azzawajalla.
Baginda raja di kurung di dalam bandar Kota Kuala Muda dan pada 20hb. Mac 1876 Panglima Besar ini di buang daerah oleh British ke wilayah Skudai Johor. Barang-barang Kebesaran Kedah Tua di rampas semuanya oleh kerajaan British. Sesetengah barang Kebesaran Kedah Tua ini di berikan kepada Raja Daerah lantikan British di Perak dan Kedah Palsu iaitu kepada Raja Kedah Darulaman. Bakinya setelah berjaya merampas dan memusnahkah empayar Kedah Tua oleh British, di punggah barang Kebesaran Kedah Tua dan di bawa lari ke England setelah mendapati raja-raja tajaannya berpuashati dengan sesetengah harta rampasan barangan Kebesaran Kedah Tua di beri agihkan kepada mereka ini. Di gerbang Kota Kuala Muda dahulu ada tercatat papan tanda lama ber ‘ background’ hitam mengatakan “ telah berlaku perang saudara pada tahun 1824 sehingga Sultan terpaksa memindahkan ibunegerinya ke Alor Setar ". Maksudnya pada realiti sejarahnya, Kekhalifahan DYMM Syarif Abu Bakar dan nenek moyangnya serta pemerintah di Kota Star itu ialah Sultan Melayu Tua yang menjadi penyelamat bangsa Melayu cuba di lenyapkan oleh musuh-musuh Allah. Para sejarawan Persatuan Negeri Kedah ini nampaknya berpihak kepada penjajah kafir British dan keluarga pemberontak Ahmad Tajuddin 11 yang berpusat di Kota Kuala Muda. Dan Persatuan Sejarah ini cuba menghapuskan pemerintahan dari bloodline 'Khalifah Rahman' iaitu DYMM Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Kedah.

Pembunuhan Emperor Siam Melayu atau Maharaja Siam Melayu terakhir iaitu Islamic Empire atau Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma Sultan Long Jaafar berlaku selepas Perjanjian Pangkor dan selepas pembunuhan pada tahun 1875 ke atas J.W.W. Birch di Pasir Salak. Baginda ' Sultan ' ini syahid di bunuh pada tahun 1876 dengan dipijak gajah angkara talibarut Pemberontak Lanun Melayu, Sukhothai dan Inggeris dengan cara dipijak dan patah-dipatahkan badan baginda Sultan. Isi perutnya dibawa dengan dulang oleh pengawal peribadinya balik ke Makam Diraja Siam Tualang, Kedah melalui jalan sungai. Kesannya paling besar kalau dilihat lebih luas dari luar konteks sejarah realiti Empayar Benua Islam Siam Kedah ialah titik mulanya Inggeris dan kaum lain masuk campur dalam pentadbiran, sejarah Ketamadunan Melayu, pendidikan dan pemerintahan Semenanjung Melaka, disitu lah kesan-kesan keagungan Melayu mula dilenyapkan, Pelabuhan mega milik Melayu iaitu Pelabuhan Melaka, Kota Melaka di Bandar Lukut, kota-kota, kubu-kubu, gelaran dan banyak kehebatan Islam di sini berjaya di hapuskan. Kaum kafir Cina di biarkan menguasai dan di bantu untuk berniaga di bandar-bandar 'moden' dan baru di buka. Kaum kafir India pula di letakkan di pedalaman sekitar estet milik British yang juga baru di buka. Kaum Melayu tidak dinaikkan taraf dan di biarkan merempat di bandar-bandar baru contohnya apabila Geoge Town, Kuala Lumpur, Taiping dan lain-lain dijadikan sebagai contoh 'bandar baru dan moden' oleh Inggeris.