Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Isnin, 21 Februari 2011

YOU ARE THE ONE : SURAT TUNTUTAN KE 4 YM NAI LONG KASIM TITISAN ZURIAT DYMM MERONG MAHA WANGSA KEPADA MENTERI BESAR PERAK

DI RUMAH RESMI MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN YANG MERUPAKAN BANGUNAN LAMA TINGGALAN BRITISH


Alhamdulillah, selamat menyambut Maulidul Rasul Muhammad s.a.w 1432 hijrah. Semoga pemerintahan keluarga Kekhalifahan Ahlul-Bait Ajam Quraisy Hasyimi yang pernah memayungi Alam Nusantara selama seribu tahun lebih yang lalu akan kembali semula kepangkuan kita, untuk memastikan survival bangsa ini dan agama Allah s.w.t. terus mekar, semekar bunga Teratai lambang Ketamadunan Ahlul-Bait di sebelah Timur ini. Kita juga bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita berpeluang untuk menatap Surat Tuntutan yang ke 4, surat YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Menteri Besar Perak Darul Ridwan. Baginda merupakan pewaris mutlak kerajaan Islam Kedah Tua Merong Maha Wangsa yang berdarah Ahlul Bait, Ajam Quraisy Timur dari golongan nasab al-Jefri. Yang mana golongan dari nasab al-Jefri inilah yang telah mendapat arahan dari Wali Allah Abdal Syed Jamal al-Jefri untuk membuka kerajaan Daulah Islamiah di Alam Nusantara ini. Pada masa itu Alam Nusantara ini sudah mempunyai ketamadunan yang tinggi yang diasaskan oleh putera Nabi Nuh a.s. iaitu Yafis atau Tok Kong.
-------------
--------------------
----------------
------------
Kemudiannya datang pula Putera Nabi Allah Iskandar Zulkarnain a.s. yang bernama Phonain telah melengkapkan lagi ketamadunan umat di sebelah sini dengan membina lebih banyak bangunan buat prasarana penyebaran agama Allah Jalla Jalalah, yang mana ketika itu bumi Nusantara ini di penuhi oleh bangunan-bangunan prasarana yang cukup lengkap, bangunan-bangunan yang hebat yang kelak bakal diguna oleh anak-anak Syarifah Mariam al-Jefri untuk perkembangan dakwah Islamiah di sebelah timur ini. YM Tuanku Nai Long Kasim merupakan anak cucu-cicit Khalifah Daulah Islamiah Maharaja Melayu Sharif Abu Bakar Syah yang berdarah berkat Nabi s.a.w Ajam Quraisy Timur Hashimi. Datuk baginda pula YTM Nai Mud seorang penghulu di Mukim Tajar di era tahun 20an, merupakan ialah orang yang bertanggungjawab melantik Nai Badlishah sebagai Sultan Kedah Darul Aman, selepas meninggal dunianya Tunku Sulung @ Tunku Aziz yang ketika itu merupakan Raja Muda bagi negeri Kedah Darul Aman.



DI ATAS INI ADALAH VIDEO KLIP YANG BERLATAR BELAKANGKAN BUNYI-BUNYIAN NOBAT YANG TELAH WUJUD SEJAK ZAMAN NABI IBRAHIM A.S. LAGI




Semasa era pemerintahan Jepun 1943 Sultan Abdul Hamid Halim Shah seorang raja lantikan British telah mangkat. Maka pihak Istana Anak Bukit yang pada masa itu masih lagi mempunyai saki-baki musuh-musuh Allah, antaranya yang bernama Suwei. Suwei sebelum zaman kemasukan Jepun ke Semenanjung lagi merupakan orang kuat Jeneral Manjalara dan mengguasai pentadbiran negeri dan Istana Anak Bukit. Dan pihak beliau telah mencadangkan kepada pemerintahan kerajaan Jepun agar melantik Tunku Muhammad Jiwa anak kepada Jeneral Manjalara iaitu puteri raja kafir Thai Chulalongkorn sebagai Sultan Kedah kerana pihak beliau memberitahu pada pihak Jepun kononnya Nai Badlishah bukan anak gahara dan tidak layak menjadi Sultan Kedah. Pada ketika itulah YTM Nai Mud @ Nai Long Mahmud yang merupakan cucu Maharaja Melayu yang terakhir Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah dengan sokongan orang kuat keluarga Merong ketika itu Dato' Syariff Awang membantah cadangan pihak istana tersebut. Oleh kerana itu Nai Badlishah pun ditabalkan oleh YTM Nai Mud dengan sokongan pegawai Jepun K.Shiba di Balai Besar untuk menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman bergelar Sultan Badlishah.

------------------------

--------------------------

--------------------------

Bila Nai Badlishah dilantik sebagai Sultan Kedah Darul Aman dari sinilah bermulanya keturunan DYMM Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Kota Mengkuang dari titisan darah Raja Merong Maha Wangsa mendapat tempat untuk campurtangan dalam urusan kerajaan Negeri Kedah. YTM Nai Mahmud ibni Almarhum Nai Long Haji Yasin ialah cucu kepada DYMM Sultan Jaafar Muadzam Syah. Baginda adalah abang pupu kepada Nai Badlishah sebelah bondanya Nai Sofea. Pada tahun 1909 pihak penjajah kafir Thailand telah menyerahkan Semenanjung Siam Melaka Benua Siam Kedah kepada penjajah Inggeris. Pada tahun 1941 Nai Badlishah dan Nai Mud penghulu Melayu Siam mukim Tajar telah membawa masuk tentera Jepun melalui Bukit Kayu Hitam untuk menghalau keluar penjajah British dari Malaya. Usaha tersebut berjaya menyebabkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah kehilangan kuasa dan mangkat dan digantikan oleh adik pupu YTM Nai Mud menjadi Sultan Kedah Darul Aman Malaysia dengan gelaran Sultan Badlishah.



K.SHIBA SEORANG PEGAWAI TENTERA YANG DITUGASKAN MENGINTIP SEMPADAN NEGERI KEDAH DAN THAILAND SEBELUM KEMASUKAN TENTERA JEPUN DARI THAILAND DENGAN HANYA BERJALAN KAKI SAHAJA


Semua ini atas kesungguhan pihak K.Shiba dan anak buahnya yang memastikan kesinambungan jurai Merong Maha Wangsa dan penglibatan keluarga DiRaja ini dapat diteruskan atas jasa usaha beliau ini kerajaan Jepun telah melantiknya sebagai setiausaha dan penasihat kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada masa itu. Ini juga untuk merealisasikan slogan kerajaan Jepun pada masa itu yang berbunyi " Kemakmuran Bersama Asia " dan " Asia untuk Asia". Pada masa kemaraan tentera Jepun tersebut pada 8 Disember 1941 tentera Jepun telah dapat pula mengalahkan tentera British di pekan Sadao dan seterusnya dapat mengalahkan tentera pertahanan British di Changloon, Asun dan Jitra. Dengan bantuan risikan dari pihak K.Shiba dan anak-anak buahnya juga unit pertahanan utama British yang dijangka dapat bertahan selama 3 bulan, tapi dapat dimusnahkan dalam masa 15 jam sahaja oleh tentera Jepun. Pada 13 Disember 1941 mereka telah berjaya bergerak ke Alor Setar dengan mudah sekali dan mendirikan ibu pejabat tentera di sana pada 14 Disember 1941. Raja Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang ketika itu melarikan diri ke Kampung Sedim, Kulim bersama anak-anaknya kecuali Nai Badlishah atas idea dan cadangan dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai, tapi telah di panggil pulang ke Alor Star oleh pihak Jepun pada 22 Disember 1941.

-----------------------

---------------------

Komander Tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Alor Setar yang bernama Jeneral Yamashita telah memberi penghormatan kepada pegawai Jepun K.Shiba untuk membuat ucaptama kepada orang ramai di Alor Setar. Dalam ucapan itu beliau K.Shiba berkata: " Kami Anak Matahari Terbit telah merampas Semenanjung ini daripada British. Kami sebenarnya adalah penyelamat anda. Maka anda tidak perlu berasa takut, sebaliknya kembalilah dengan gembira dari tempat persembunyian anda dan teruskan urusan anda seperti biasa. Pada masa yang sama taatlah kepada peraturan kerajaan Nippon ". Semasa di Alor Setar ini Jepun telah mengeluarkan surat khabar khas yang bernama Akhbar Matsirohi yang merupakan satu-satunya akhbar harian bertulisan Jawi pada tahun 1942, yang mana sebelum itu Inggeris bersungguh-sungguh mencetak akhbar bertulisan rumi sahaja. Kemudian Jepun telah membawa Nai Badlishah ke Persidangan Syonan-To di Singapura, yang mana persidangan ini dihadiri oleh hampir semua Raja-raja Melayu dan para pemimpin tertinggi Tentera Jepun. Selain Nai Badlishah, yang hadir dengan K.Shiba turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Kedah ketika itu bernama Haji Mohd Syarif Osman pada 12 April 1942. Ini sebenarnya menbelakangkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebagai Raja Kedah yang pada masa itu memerintah negeri Kedah.

BUKTI BETAPA RAPATNYA RAJA-RAJA LANTIKAN BRITISH YANG MERUPAKAN PEMBERONTAK KEPADA KERAJAAN KEDAH TUA MERONG MAHA WANGSA SEMASA ERA KEPENDUDUKAN SEMULA BRITISH KE ATAS SEMENANJUNG INI SELEPAS KEKALAHAN JEPUN KEPADA MEREKA



Semua usaha Jepun tadi menyebabkan British menjadi sungguh marah, kerana usaha mereka melantik raja-raja palsu seperti di Perak, Perlis, Kelantan, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan negeri-negeri jajahannya yang lainnya telah diganggu-gugat oleh kerajaan Nippon Jepun ini. Jepun tidaklah sejahat mana seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan British dan musuh-musuh Allah dan apa yang digambarkan oleh mereka ialah keganasan tentera-tentera Jepun ketika detik penyerangan Jepun keatas jajahan mereka sahaja. Seperti kes tentera Jerman pimpinan Adolf Hitler yang digembar-gemburkan oleh pihak Barat seolah-olah terlalu jahat dan kejam. Pada hal, penduduk Semenanjung ini menjadi makmur diatas daya usaha kerajaan Jepun membawa teknologi pertanian contohnya penanaman padi di Daerah Yan yang sungguh efisyen sehingga ada sesetengah pengkaji-pengkaji sejarah berani membuat andaian sekiranya tempoh pemerintahan Jepun lebih lama lagi di Malaysia maka Malaysia mencapai wawasan 2020 dengan lebih awal dan cepat lagi. Kesungguhan kerajaan Jepun untuk memajukan masyarakat Malaya pada ketika itu sedikit sebanyak dapat diikuti dari catatan hasil lawatan Pendita Za'ba pada 21 Ogos 1943 dan ucapan Gabenor Kedah ketika itu iaitu Mejer Jeneral Sukigawa Seichi, katanya: " Penduduk Kedah pada masa ini cukup berpuas hati dengan kehidupan masing-masing sehingga kerbau di dalam bendang mereka pun menjadi gemuk ". Sekarang marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan Surat Tuntutan baginda YM Tuanku Nai Long Kasim yang di tuju khas kepada Menteri Besar Perak Darul Ridwan, sekian, wassalam.





























28 ulasan:

  1. Kalau tuan hamba di pihak yg benar tentu tak keberatan menunjukkan tabut perjanjian tuhan (ark of covenant) yg di cari oleh semua pengikut agama2 lain di dunia. Ianya bertujuan menyatukan semula umat manusia di dlm agama tuhan dan membawa kebenaran. Mcm mana nak dpt keamanan kalau masih berpecah belahkan dan lagi keturunan nabi mestilah menguasai dunia sebagai khalifah tuhan. Bila kita nak berperang sbb org2 beriman pasti di uji dgn peperangan?

    BalasPadam
  2. A,kum Shah Alam Megat,

    Apa komen Megat tentang filem Hikayat Merong Maha Wangsa. Adakah mereka merujuk kepada Tuanku Nai Long Kasim sebelum pembikinan filem berkenaan.

    Mengenai Sultan Azlan apakah reaksinya selepas mendapat surat berkenaan ?

    BalasPadam
  3. Salam mesra abang Megat...

    Abang Megat beritahu dulu nak tunjuk surat kat ketua-ketua negara atau presiden-presiden ni. Boleh ko cik abang Megat paparkan untuk kami baca bersama ?

    Saya dan keluarga sangat bahagia atas kemunculan blog abang Megat ini.Semoga Allah kabulkan harapan abang Megat dan keluarga bersamo.

    BalasPadam
  4. walaikumsalam ewa dan sofea...

    taddak apa ana nak komen cuma pihak keluarga ana kecewa dgn sikap pihak syarikat KRU yg membelakangkan keluarga kami bila nak menghasilkan filem batil tu. siap dgn tambahan ada kg garuda. dah lanun kalahkan armada rom pastu armada empayar china pun kalah dgn lanun garuda ni dan bukannya burung garuda, ish,ish kalah sejarah fantasi org putih.

    dan trima kasih pada adik sofea atas dukungan serta semangat dari enti kpd keluarga kami.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikm Tuanku Megat..
    Tahniah dan terima kasih atas segala maklumat kepada kami semua terutamanya tentang penipuan keturunan syed putra selepas baginda raja ahlulbait syed hamzah di pecat sebagai raja Perlis.

    BalasPadam
  6. waalaikumussalam fwzsoleh...

    trimakasih kerana menghargai apa yg ana paparkan tapi bukan d negeri ini yg d gelar kawan ana ustaz asri iaitu darussunnah yg menipu salasilah malah perak, klantn, johor, brunei dan lain2.
    nabi bersabda qullul haq walau murrun bermaksud katakan yg hak walau kita terasa pahitnya.

    BalasPadam
  7. "menipu salasilah malah perak, klantn, johor, brunei dan lain2."

    apa lagi negeri yg yg ada "sultan2 boneka" ni??

    BalasPadam
  8. Salam perjuangan.Terima kasih atas penerangan yg cukup jelas tentang rahsia sebenarnya tentang siapakah sebenarnya Merong Maha Wangsa.Berkat perkongsian hal tersebut oleh tuan,ramai pihak x tertipu dgn dakyah yg d sampaikan mlalui media massa.

    BalasPadam
  9. salam kembali kpd living dan assiddiqe...

    utk living, negeri yg ada boneka musuh2 allah ni termasuklah aceh dan selangor slps masjid kota raja ACEH d bakar dan rajanya d kurung oleh belanda d dlm istananya sendiri. manakala raja musa selangor yg juga berdarah ahlul-bait @ tengku kelana jaya putera MUSAUDDIN d buang d lautan hindi cocos island.


    utk assidiqe pula sama2 lah kita berjuang menegakkan sirah yg benar wlpn d mana saja antum semua berada. jgn kita tertipu lagi oleh musuh2 allah ini. allah ada dan melihat pembohongan mereka. berdoalah agar mereka kembali ke pangkal jln. sampai bila mereka hendak menongkat d langit dan langit akn jatuh keatas mereka. wal iyazubillah.

    BalasPadam
  10. a.kum salm mesra. .
    bila abe Megat nok jawap soalan atas tu apa reaksi raja azlan bila dapat surat tu. Pasai soalan dulu tu jawapannya
    pulau hindu sebenar nya pulau bali mungkin moyang mok cik sri tu.

    tentang filem Hikayat Merong Maha Wangsa tu saya tak setuju lansung ia di tayangkan sebab bilo saya tengok di dalam iklan dia ada watak botak culik tuan puteri yang kononnya dari kompung garuda, mana burung garuda seperti yang terdapat di dalam buku hikayat berkenaan. kalau tak cukup budget sangat hah jual barang kemas saya ni, jangan dok menipu orang-orang kito. Satu dunia tengok dosa tau.

    Sepatutnya kerajaan malaysia kena sekat filem dongeng atas dongeng ni. tukar tajuklah senang iaitu Hikayat Merong Maha Botak KRU Bersaudara , beres tutup dan tamat cerita. Tapi dio akan tetap siarkan filem nengarut takut rugilah kot, tanggung dosa semua rakyat Malaysia sebab ubah fakta sejarah negara kito ni.

    BalasPadam
  11. Nampak botak bukankah nampak macho daN MATANG, wahai cik mek Sofea. Burunglah tu, Burung Botak. Kampung pulak Kampung Garuda Botak.Tapi saya sokonglah filem ni di sekat malah di haramkan d Malaysia. Banyak bercanggah dengan Hikayat melayu sebenar.

    Asalusul pegangan agama Merong Maha Wangsa yang tidak jelas tu pulak macam saudara Megat coret dulu dalam artikel tuanku bulan oktober kalau taksilap, tu kena tanya Cik Sofea tu.

    Sekarang di pesembahkan filem ~Hikayat Merong Maha Botak 3 KRU Bersaudara~ untuk kita semua hee,hee

    BalasPadam
  12. Botak nampak macho, eei geli aku. Bila berpeluh ajo nampok peluh meleleh kat kepalo si botak tu......si botak dio ni kira ganti burung garudalah tu.

    BalasPadam
  13. wualaikumussalam ya sofea dan che wood...

    ttg raja perak azlan tu, tuanku nai long kasim pernah hantar surat kat dia menegurnya ttg kegiatannya membuat salasilah baru yg mana dia membuat salasilah ttg dia berasal dari raja alang alauddin panglima bukit gantang. teguran tuanku baginda nai long kasim ini d buat, peristiwa ini brlaku lebih kurang 2 thn yg lalu. lps peristiwa tu semua barang2 raja azlan d mengadap balairong seri perak habis semua ia tukar menjadi kuning trmasuklah mikrofon, samping dan selempang beliau. jadi kita dapat bayangkan apapula yg akn berlaku slps ini.

    ttg filem kru ni pula alhamdulillah sbb nampaknya skrg ni namanya DYMM RAJA MERONG MAHA WANGSA sudah mula mengharum ke seluruh dunia. wlpn isi ceritanya menyimpang jauh, tapi sekurang2nya umat tahu bahawa baginda seorg jagoan yg tiada tolok bandingnya d zmnnya dan merupakan kecintaan, kegilaan dan idola umat ketika itu serta d sanjungi ramai...alhamdulillah.hidup meronggg.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...wrt,

    Yang dimuliakan Tuan Megat. hamba mohon sedikit ruang untuk menyampaikan pesan Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim kepada pihak KRU Studio berkenaan dengan Filem Hikayat Merong Maha Wangsa yg akan bermula tayangan perdananya diseluruh Malaysia pada 10 Mac 2011 ini.

    Pesanan YM Tuanku Nai Long Kasim supaya pihak KRU Studio bersikap jujur dan berani kerana benar untuk datang mengadapnya dengan seberapa segera kerana pihak mereka telah membelakangkan kerabat Merong Maha Wangsa dalam pembikinan filem tersebut. Tuanku Nai Long Kasim seorang yang baik dan bertimbangrasa, beliau seorang yang berharta dan berkedudukan mulia, beliau tidak murka dengan perbuatan mereka tetapi beliau ada hak dan berhak tentang segala perkara yang berkaitan tentang keturunan beliau kerana beliau adalah waris mutlak Maharaja Merong Maha Wangsa Sultan Muzafar Shah I yang mengasas dan pemerintah pertama kerajaan Benua Siam Kedah bermula 125 hijrah lagi.

    Disini saya sebagai penyokong dan pembela kebenaran berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian yang serius dengan segala tuntutan hak berdasarkan Khutbah Wida' Rasulullah saw yang selama ini telah dilakukan oleh YM Tuanku Nai Long Kasim.

    Hamba mohon Tuan Megat dapat memberi perkenan atas ulasan hamba yang daif ini.
    Sekian Wassalam.

    BalasPadam
  15. waalaikum salam ewa...

    ana perkenankan permohonan ewa atas pesanan tuanku nai long kasim itu utk tatapan umat seluruh dunia.


    d harap pihak KRU studio faham, berhati2 dan mengambil perhatian bila tuanku nai long kasim dan org2 nya sudah mula bersuara keatas antum semua.

    hidup meronggg...wsslm.

    BalasPadam
  16. Asalamualaikum.....salam bertemu kembali....topik seterusnya..Jika anda pergi ke Kuala Kedah,singgahlah laksa Teluk Cengai...lepas tu melawat Kota Kuala Kedah...Didalam kota ada bangunan yang tulis sejarah rumah Api..tipuuu lagii beb,.wahai Melayu sekalian tulisan kenyataan tu bukan saya tulis..tetapi ada Melayu yang tolong tulis sejarah tu(lebai Mangkokhhh)antaranya jkisak dongeng tapi Nampak real,bebunyi laguni,,ada seoarang sultan yang memerintah Paduka Seri Sultan Abdull Hamid telah meminta raja Chulalongkorn nak buat rumah api di Kuala Kedah pada tahun1888(kalau tak silap saya).Chulalongkorn bersetuju dan berikan geran L.O dan sebut harga tender bina rumah api tersebut.Nah cuba tuan Melayu tengok<kita ada Empayar Maritim Melaka(ada kapal dan navigasi)tetapi_rumah api tak ada?kot terlepas pandang,pi mekah pakai sondoi kot,Melayu Pi Baghdad tak tengok rumah api disana,belajaq karang kitab duk di Mekah,belajaq ilmu hisab dan macam amacam ada,rumah api tak buat?jeng jeng jeng......sapa yang kena tentu Merah Siluncai dan pelaut Silumantani.
    Pada saya dari segi pembelajaran navigasi Orang Melayu Utaraan bangsa Saiburi adalah pelaut handalan...rujuk teks sejarah tingkatan 6 tamadun islam pemerintahan Baghdad diawal islam...ada tentera laut dan buat kapal dan rumah api...pada tahun 800 lebih masihi..Orang Melayu ramai naik Haji Mekah pada musim haji..
    Saya ada catatan dan belajar ilmu lama pelayaran selat utara berdasarkan bintang,bulan dan awan bagi pukat Jerut ikan bukan menggunakan GPS dan Sonar...saya pelajari dari orang lama yang berbahasa Meklayu siam termasuk arwah datuk saya sendiri....saya ada memetakan peta ini bagi penagkapan ikan,kemungkinan jenis jenis ikan ,tebal atau nipis lapisan ikan, setiap musim dan bulan serta kelajuan air laut.Ilmu ini banyak diguna pakai bagi navigasi dan mengerat padi,tuan tuan pi Tanya orang lama di Pendang yang berusia 80 tahun ,tahutak ada bintang babi dan bintang buaya? Bagaimana waktu ditetapkan menggunakan buruj dan boroq yang tersimpan di Pondok Haji Ahmad Robat...puak ni Siam Islam bukan thai Buddha..kitab kuning ada di pondok Matang Nibung Air Hitam Kedah,pondok tuan guru Hj Aziz,depa ada simpan kitab atau makalah zaman dahulu.Pasti benar memang wujud Empayar Melayu Benua Siam Kedah.Lagi satu kedudukan wat budda di Thailannd dan Bahagian utaraan Kedah,mengadap Baitullah`macam tapak surau dan masjid yang diruntuhkan dan diubahsuai...Yang Ni Melayu kena peka la<jangan buat pekak...
    Tokkong Budda dan Sebahagian Hindu disana termasuk candi ada kebanyakkan mengadap kiblat,tak percaya bawa kompas dan sukat.Dalam handphone ada kompas boleh guna...Renungkan Sanskrit Temel ini..karpanei karaga jyoli ,karunai yei wulegem age..apa makna dan maksudnya?tuhan itu tidak boleh dilihat,tak boleh diangkat atau dibayang dan tuhan itu adalah robbilalamin...Masyaburga yakni Allah..dan Masyaburga itu terletak dihaluan Kaabah..haha sekali lagi Budda dan Hindu disana terperangkap terraveida.Musnahkan tapak Masjid Babur Ayoddya dan masjid serta surau Empayar Islam Benua Siam Kedah dan jadikan tempat sembahan mereka..

    BalasPadam
  17. LailahaIllalah Muhammad rasulullah.
    Assalamualeykum kepada Tuanku Nai Long Kassim Ibni Nai Long Ahmad dan juga kepada semua pembaca blog yang berkaitan.Ana dah lama tak masuk kat sini sebab baru siap buat slide keluarga Merong Mahawongse versi Islam(bukan kapiaq)26 minit.Versi kecil ini mampu insyaallah menentang versi Hikayat Merong Burung Botak keluaran KRU Berhad Jalan Enggang.Kami keluarga Merong Mahawongse memang telah terbukti penganut Agama Hanif Baginda Nabi Nuh A.S. sehingga Nabi Muhammad SAW.Buktinya Terdapat bentuk seperti candi Kiblat yang dinamakan Hijir Ismail dan Ibrahim..Candi itulah Mimbar Imam sembahyang….bukti lagi terang lagi bersuluh..terdapat tempat tawaf seperti Kaabah Di negeri China….bila Tanya orang Cina <lu mau pigi mana?wa mau balik tongsan ma..bikin haji lo..
    Apabila umat Nabi Luth tenggelam ,maka yang terselamat pun berkembang biak yang apabila sudah ribuan tahun berada di China maka Kaum tadi mengenangkan Mekah telah ada Baitullah maka mereka telah disesatkan oleh tipudaya syaitan dengan membuat baitullah baru di China kemungkinan di Tibet.Mereka meniru cara bertawaf di sekelili8ng kaabah sebelah kiri…Di baitullah Tongsan ini diukir gambar ular kepala Adam ada Hawa dan mereka beranak pinak…Nenek moyang kami Shih Huang Ti cucu iskandar Zilkhornain hamper ribuan kurun telah tahu ada didalam AjaranHaniff telah memberitahu The Last Messenger,Prophet Muhammad saw Will coming soon dan ini terjadi apabila utusan Muhammad saw,Saad Abi Waqqos sampai berjumpa dengan moyang Sai Tee Sung(Maharaja China)yang telah tahu tentang ini dan terus melafazkan , Err KALIMA SCHA,HADDA atau 2 KALIMAH SHAHADAH.Dengan keislaman keturunan Merongmaha Wongse telah menyebarkarkan Islam kepada semua umat di Nosantara sehingga Burung Botak pun dapat menganut Agama ini..Dalam slide saya Peradaban Yang Hilang ada cerita dan tokoh agama dan tuanguru yang berasal dari kalangan turunan Ahlulbait…Ingatlah kalian semua tentang pesanan Khutbah Wida terakhir nabi kalian Muhammad saw Melarang kamu memakan harta orang lain<yang apabila masuk kedalam perut kamu hanyalah api Neraka semata mata..makanan dari HARTA SUMBER YANG HARAM,MAKA HARAM JADAH JADINYA DI AKHIRAT NANTI,SANGGUPKAH KALIAN SEBAGAI MANUSIA,BERKUASA, BERPELAJARAN INGKAR KEPADA ALLAH DAN RASULNYA..? BACALAH SURAH LEMBU BETINA, AL BAQOROH TENTANG INI DAN RUJUK PADA MUFTI KALIAN. Didunia kami yang teraniaya oleh kalian akan ditebus dengan pahala kalian di Akhirat nanti
    Dan anda seperti HABAAN MANSUROO….WASSALAM….juga kepada KRU group anda telah melakukan 1 fitnah besar terhadap keluarga Monggol Merong Maha Wongse…kerana hendak mengejar keuntungan walaupun batillllll..

    BalasPadam
  18. BISMILLLAHHIRROHMANNIRROHIM,
    ALLAH HUAKBAR,ALLAH HUAKBAR,
    LAILAHAILLALLAH,ALLAH HUAKBAR KABIRO,WALHAMDULILLAHHIKASIRO,WASUBHA NALLOH HIBUQROTAUWAASILA,
    (YUQHO TILU HUM HATTA LA TAKU NAFITTNATUN,WAYAKU NADDIN NUKULLUHU LILLAH,FAININTAHU,FAINNALLOH HABIMA YAQ MALU NABASIR).
    PERANGILAH MEREKA SELAGI ADA FITNAH ,DAN AGAMA ISLAM INI MENJADI MILIK ALLAH.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT PERBUATAN KAMU.
    YAA AIYUHALLAZI NAAMANU,INTUTI U FARIQONMINALLAZI NAUTUL KITAB YARDUKUM BAQDAA IMANIKUM KAFIRINN(WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN JANGAN KAMU MENGIKUTI SEBAHAGIAN DARIPADA AHLIL KITAB KERANA BIMBANG KAMU AKAN MENJADI KAFIR SETELAH BERIMAN)
    WAHAI SAUDARAKU DAN SAUDARA NENEK MOYANGKU DAN SEMUA KAUM MUSLIMIN JUGA PARA PARA TENTERA LIGUR ISLAM YANG BERADA DIDALAM TIDUR, AYUH KITA BANGKIT DENGAN UNDANG UNDANG DAN KEBENARAN BAGI MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PENIPU PENIPU HIKAYAT MERONG YANG PALSU DAN BATIL INI,KITA BERSAMA SAMA GEROMBOLAN PERGI KEPADA MEREKA DAN BERDEPAN DI MAHKAMAH MALAYSIA…INGATLAH ,YA AIYUHAL RIJAL ,LA YAD QULIL JANNAH DAYUSUN,WAHAI PEMUDA TIDAK AKAN MASUK JANNAH SEKIRANYA DAYUS.
    BANGKITLAH NAI NAI SEKALIAN,KITA PULUHAN,RATUSAN ATAU RIBUAN MESTI BERSATU DAN BERGANDING BAHU BAGI MENGHENTIKAN PROPAGANDA MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB,MENGHINA NENEK MOYANG DAN PARA PARA ALIMIN DAN ULAMA MERONG MAHAWANGSA.MEREKA CUBA MENGINJAK INJAK BUMI DAN TURUNAN MERONG UNTUK MENGISI TEMOLOK RENGKONG MEREKA,DEMI KERAKUSAN DAN KEPENTINGAN MEREKA…BUAT LAPORAN KEPADA KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA DAN MENTERI BERKAITAN DAN AKHBAR..HAPUSKAN PUAK PUAK WARISAN YAHU DAN NASORO INI…AMIN YA ROBBALALAMIN..
    TINGKATKAN KEIMANAN DAN SOLAT HAJAT KALIAN,DOA KALIAN SEMUA KAMI POHON BAGI MENENTANG PENIPUAN DAN KEZALIMAN MEDIA INI….
    DAN INGATLAH SEKIRANYA TUAN TUAN….(WAIZZ YAMKURU BIKALLAZI NAKAKAFARU LIYUSH BITUKA,AUYAQTULUKA,AUYUHRIJUKA,WAYAMKURUNA WAYAMKURULLAH,WALLAHU QOIRUL MAKIRIN.) .
    SODAQOLLAHHULAZIM.

    BalasPadam
  19. wualaikum salam naisalahudin...

    wah berapi ulasan anta ni,...HEBAT yang mulia naisalahudin. `menentang versi Hikayat Merong Burung Botak keluaran KRU Berhad Jln Enggang.... `berdepan di Mahkamah Malaysia`... siap lah hampa KRU.

    ayuh cepat berjumpa dgn mereka sblm perkara berbangkit ini akan masuk rancangan MELODI.wsslm.

    BalasPadam
  20. Salam...

    Insya Allah bulan jun nanti time cuti sekolah sy akan cari tuan hamba.... kerana ada beberapa perkara dan maklumat yg perlu dicerahkan...

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum ,, walupon sy orang johor dan bukan orang kedah, tp hari nih saya isytiharkan diri saya rakyat bawah naungan pemilik takhta sebenar warisan ahlulbayt, dr warisan Merong mahawangsa sebenar, pendukung hukum Allah dan RasulNya, Muhammad saw. Allahu akbar !

    BalasPadam
  22. aku dah komen panjang tadi hilang pulak...lain kali aku karang lain...

    :-)

    BalasPadam
  23. oh ya.

    Depa dok citer empayar Melayu Sriwijaya, aku x heran pun...

    Yang aku nak kesah kan ni adalah sapa yang membawak Islam ke wilayah nusantara, dan sapa yang pertahan Islam di Utara Semenanjung sampai kita jadi Islam sampai la...

    Puak2 sumatera pun turun pertahan bersama angkatan Siam-Kedah, yang tu depa lupa.

    depa nak kona kat seriwijaya sampai keturah ka apa ka depa punya pasai la...itu pun aku tak heran sebab kalau x islam pun satu sen x guna...toksah gebang la..ke laut je.

    BalasPadam
  24. as'salam....saya sangat setuju dgn saudara megat pasal selangor....sebab saya tahu sejarahnya. Bonda(TUNKU MAHROM IBNI TUNKU DHIAUDDIN) Sultan Musa Ghiatuddin shah adalah adik beradik dgn moyang saya TUNKU HAIDAR ALI SHAH IBNI TUNKU DHIAUDDIN. Secara tak langsung datuk saya ada sepupu kepada sultan Musa Ghiatuddin shah. Sultan Musa Ghiatuddin shah dibuang negeri hanya kerana melawan org putih. Dan tempatnya digantikan orang putih dgn anak sultan sulaiman yg beribukan gundik....(keturunan sultan selangor sekarang)

    BalasPadam
  25. waalaikum salam saudaraku ako, malay press dan trahida...

    tahniah saudara ako kerna faham sejarah bangsa dan sedia menjadi anak watan nagara ahlul-bait merong maha wangsa.


    kpd malay press, mmg kerajaan sri wijaya tu sekitar 700 m dan pemerintahnya ialah beras kpd dymm raja merong maha wangsa, tahniah.


    kpd ym trahida boleh ka citer sikit ttg pengganti sultan musa tu. setahu ana pengganti tu tiri aje dgn sultan musa, iaitu bapa dan ibunya org luar, bukan keturunan raja lumu , betul ke ?

    BalasPadam
  26. selamat hari raya, megat.
    "jika ya milik kita satu masa nanti ya akan kembali kepada kita"itulah kata2 yg selalu yg selalu diingatkan kepada saya oleh ayahnda saya.
    disini saya nak bagi info sedikit(mungkin berguna, mungkin tidak)
    lebih 100 thn dahulu, cerita merong mahawangsa telah ditulis dan dijadikan buku. ia ditulis tangan dan dlm tulisan jawi.
    almarumah nenda saya banyak memyimpan cerita2(hikayat2)seperti itu.
    tapi bila nenda saya mangkat lebih 50thn yg lalu, kesemua buku2 itu telah dibawa pergi(pinjam yg tak pernah pulang), sehingga keluarga kami tidak tahu dimana buku2 itu berada.(dikatakan buku itu telah ditulis dgn teliti sekali, sehingga berbab2 dan banyak bukunya)
    carilah tulis2 tu, semoga blh dijadikan rujukan.

    BalasPadam
  27. selamat hari raya, megat.
    "jika ya milik kita satu masa nanti ya akan kembali kepada kita"itulah kata2 yg selalu yg selalu diingatkan kepada saya oleh ayahnda saya.
    disini saya nak bagi info sedikit(mungkin berguna, mungkin tidak)
    lebih 100 thn dahulu, cerita merong mahawangsa telah ditulis dan dijadikan buku. ia ditulis tangan dan dlm tulisan jawi.
    almarumah nenda saya banyak memyimpan cerita2(hikayat2)seperti itu.
    tapi bila nenda saya mangkat lebih 50thn yg lalu, kesemua buku2 itu telah dibawa pergi(pinjam yg tak pernah pulang), sehingga keluarga kami tidak tahu dimana buku2 itu berada.(dikatakan buku itu telah ditulis dgn teliti sekali, sehingga berbab2 dan banyak bukunya)
    carilah tulis2 tu, semoga blh dijadikan rujukan.

    BalasPadam