Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Rabu, 15 Disember 2010

ONE KHALIFAH : SURAT TUNTUTAN KE 2 YM TUANKU NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD KEPADA AGONG MALAYSIA DAN KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MALAYSIA

------------



KELIHATAN AGONG DAERAH MALAYSIA SUAMI KEPADA PERMAISURI AGONG MALAYSIA SYARIFAH NUR ZAHIRAH AL-JEFRI SEDANG MEMBERI TABIK HORMAT KEPADA PANJI-PANJI HITAM DAN BENDERA DIRAJA



KEWAJIPAN MENWUJUD DAN MENJAGA KHALIFAH MERUPAKAN BUKTI KEIMANAN KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM KEPADA ALLAH JALLA JALALAH




Assalamualaikum semua, selamat Tahun Baru Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1432. Semoga semuanya selamat sejahtera di bawah naungan Allah S.W.T. Dalam artikel ini ana siarkan surat terbuka bertarikh 15 September 2010 tentang tuntutan aset-aset dan tahkta Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman yang berpusat di Kota Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan, negeri ( semenanjung ) Melaka, yang dulunya berada di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Kota Lukut ini sekarang telah pun hancur menyembah bumi di musnahkan oleh si laknat British, manakala penjaga Kota Lukut yang terakhir iaitu Raja Bot di halau serta di buang daerah ke pulau Singapura. Hanya yang ada sekarang di Kota Lukut bersejarah dan hebat ini cuma pagar dan tembok-tembok batu sahaja. Baginda Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman merupakan nenda atau datuk kepada Sultan Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Almarhum "Sultan Maulana" Sultan Muhiyyuddin Mansur Syah. Sultan Muhiyyiddin Mansur Syah pula merupakan orang yang bertanggungjawab membuka penempatan yang besar di Kota Palas, Langkawi selepas ibundanya Ratu Kuning atau Nang Kemuning atau lebih dikenali sebagai Puteri Sa'adong bersama suaminya Sultan Mahmud Syah kalah teruk di tangan penjajah kafir Kristian Belanda pada tahun 1641M. Bandar Baru Pusat Pentadbiran Nagara " Putrajaya " atau nama lamanya Prang Besar menjadi saksi bagaimana Raja Daerah Minangkabau yang memberontak membantu pihak kafir Kristian Belanda merampas Kota Islam Portugis iaitu kota pertahanan tentera upahan Portugis Islam yang bertugas mengawal Selat Melaka dan mempertahankan kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa di negeri (Semenanjung) Melaka ini.







MENGATAKAN MONGGOL TURKI USMANIYYAH SEBAGAI KHALIFAH OLEH SEJARAWAN BARAT IALAH SATU PEMBOHONGAN BESAR DI ABAD INI UNTUK MENUTUP KEKHALIFAHAN AHLUL-BAIT QURAISY SYARIF SYAH MERONG MAHA WANGSA DAN SYARIF MEKAH YANG BERPUSAT DI MEKAH DAN ALAM NUSANTARA



Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim juga merupakan orang yang ditimpa peristiwa malang seperti kisah berkenaan yang mana pemberontak Abdul Hamid telah membantu kafir Kristian British dengan membantu tentera Thai membunuh moyangnya iaitu Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah ibni Almarhum Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang di Gerun atau nama barunya Gurun, Kedah. Selepas itu Abdul Hamid telah dilantik sebagai Sultan Kedah Darulaman yang pertama dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1864 - 1943). Kemudian Abdul Hamid menceraikan nenek Sultan Abdul Halim Syah untuk berkahwin dengan puteri raja kafir Buddha Thailand iaitu Chulalongkorn yang digelar orang Mak Cik Manjalara pada tahun 1881M. Mak Cik Manjalara pula mengarahkan penulis buku salasilah palsu Kesultanan Kedah Darul Aman Dato' Kerani Mohd Hasan juga penulis buku dongeng Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah yang mengatakan kononnya kesultanan Kedah diasaskan pada 1136M, untuk membunuh Nai Sofea iaitu nenek kepada Sultan Abdul Halim Syah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Dengan kuasa Allah SWT, Nai Sofea berjaya menyembunyikan diri di Kulim sementara itu anak Nai Sofea iaitu Nai Badlishah (1894 - 1958) telah diusir dari istana dan tinggal di dalam buangan bersama dengan keluarga Nik Muhammadiah bekas raja Legeh Kelantan yang juga melarikan diri ke Kedah selepas dihalau oleh Raja Daerah Kelantan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad II.






Hasil perkahwinan Mak Cik Manjalara dengan Sultan Abdul Hamid Halim Syah ini, mereka telah dikurniakan dengan 12 orang putera dan puteri. Dan di antara anak-anak Mak Cik Manjalara ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj al-Thai, Tunku Yaakob dan Tunku Nong Jiwa. Beliau iaitu Mak Cik Manjalara meninggal dunia di Kedah dalam usia 70 pada tahun pada 23 April 1941 dan dimakamkan di makam di Raja Langgar. Selepas kemangkatan puteri Raja Kafir Thai Chulalongkorn ini, Sultan Abdul Hamid telah melantik YTM Nai Mahmud sebagai Penghulu di Tajar yang merupakan datuk kepada YM Tuanku Nai Long Kasim selepas di katakan menginsafi kesalahan beliau bersubahat dengan musuh-musuh Allah menjatuhkan Kesultanan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Dan dimasa usia tua ini jugalah Nai Badlishah dipanggil balik ke istana oleh Sultan Abdul Hamid setelah sekian lama berada didalam buangan. Semasa berada di dalam buangan ini baginda Nai Badlishah di pelihara dan di jaga oleh bekas Permaisuri Legeh Kelantan iaitu Dato' Nang Mariam yang digelar orang Nai Riam. Nai Riam ini merupakan isteri kepada Nik Muhammadiah yang bergelar Sultan Muhammad I. Baginda Sultan Muhammad I juga digelar orang sebagai Tok Lebai atau Tak Bai merangkap cucu kepada Raja Long Toha ibni Almarhum Tengku Long Putra dan merangkap sebagai Perdana Menteri Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Sempena tahun baru Islam ini iaitu di bulan Muharram 1432 marilah kita hayati surat rasmi dari sejarawan yang hebat dan waris mutlak serta zuriat Merong Maha Wangsa iaitu YM Tuanku Nai Long Kasim kepada Raja Daerah Malaysia, semoga kita dapat menghayati sejarah realiti nusabangsa yang sebenarnya sekian, wassalam.












24 ulasan:

  1. Asalamualeykum..
    ADA SAPA SAPA NAK TEGUR DAN BERANI TEGUR ANA DAN MEGAT JEFFRI?...HARAP HARAP SYARIFAH NUR ZAHIRAH DAPAT MEMBACA WATIKAH KEDAT INI...ORANG ORANG MAHARAJA CINA ,MONGGOL INDIA DAN BENUA SIAM ...MELIHAT KEBENARAN INI...ALLAH HUAKBAR..INSYAALLAH KAMI AKAN BEBASKAN DARUL PATTANI,ARAKAN BURMA,MINDANAO,DAN SELURUH RAKYAT DAN ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA DIBUNUH,DIROGOL,DIINJAK KEHURMATAN WANITA MUSLIM..DEMI ALLAH...DAN JIWAKU...AKAN KU KORBANKAN DIRIKU DEMI MEMBELA ISLAM..

    BalasPadam
  2. MENGATAKAN MONGGOL TURKI USMANIYYAH SEBAGAI KHALIFAH OLEH SEJARAWAN BARAT IALAH SATU PEMBOHONGAN BESAR DI ABAD INI UNTUK MENUTUP KEKHALIFAHAN AHLUL-BAIT QURAISY SYARIF SYAH MERONG MAHA WANGSA DAN SYARIF MEKAH YANG BERPUSAT DI MEKAH DAN ALAM NUSANTARA



    bukan turki ker khalifah..
    depa ni pon kalau tak silap ahlul baits gak...

    sbb tu kamal a-tartuk rampas kuasa!!

    BalasPadam
  3. walaikumussalam saudara salahaddin dan living...

    ttg turki itu satu kekhalifahan adalah tidak adil sbb moghul delhi islam india juga mempunyai kerajaan yg besar dan makmur dan ia juga mempunyai hubungan yg kuat dgn kita serta dgn benua arab dan afrika.

    turki itu tidak dapat tidak juga mempunyai hubungan dgn kita tetapi peranan raja2 islam cina dan raja2 islam india jangan d lupakan.nnti ana akn dedahkan ttg kedua2 kerajaan islam ini d dlm artikel akan dtg, insyaallah.

    ttg salasilah monggol turki ada juga d kalangan mereka berkahwin golongan ahlulbait spt juga raja2 india dan china tapi itu hanya kebetulan bukan maksud hanya cebisan, spt masyarakat kita mengahwini golongan ahlulbait berkenaan.

    tapi golongan merong adalah golongan yg telah d rancang dan d pantau oleh ayahda mereka syed jamal aljefri yg bersemayam d china. manakala golongan ahlulbait yg menggunakan gelaran syed skrg adalah golongan yg baru tiba dari yaman bersama imigran pekerja dan peniaga hindu serta cina yg datang hanya sekitar era 30an dan 40an sblm kita merdeka.

    manakala golongan syed jamalullail putra dari perlis dan manjalara pula ialah geng2 syed palsu dari chenak dan thailand yg mengaku dari salasilah nabi s.a.w. spt long senik mulut merah klantan dan raja hisamudin selangor yg kononya kerabat sultan abdul samad selangor.sekian.

    BalasPadam
  4. Apa Pon Khalifah akan ditegakkan kembali!!!

    BalasPadam
  5. aaamiiin, aaamiin, aaamiiin. ya robbal aaalamiiin !

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum abang Megat,

    Terima kasih kerana menunaikan hajat kami kerana memaparkan surat tuntutan ke dua.

    Kami ingat abang Megat sayang dalam doa kami.
    Jawapan abang Megat tentang golongan ahlulbait itu cukup memuaskan.Terimakasih sekali lagi.

    Selamat tahun baru hijrah 1432 dan selamat maju jaya kepada abang Megat.

    BalasPadam
  7. http://www.mykhilafah.com/khilafah

    any comment tentang pages ini hizbut tahrir!!

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Waalaikumussalam Amri...

    utk makluman anta permaisuri agung tu waris kami jugak anak hj zin sekitar kota star kedah.

    geng2 syed yg ada lani semuanya baru ada samaada yg tipu atau yg baru mai d era 40an dan 50 an.

    family merong yg tidak menggunakan syed boleh d katakan semuanya kecuali kerabat merong dari arau syed hamzah. ini kerana amukan gila dari british dan thai di sekitar tahun 1821 hinggalah ke tahun 1920an.

    sekian dan wasslam.

    BalasPadam
  10. Salam Tuan megat,
    utk pengetahuan tuan megat, sy mmg keturunan sebelah permaisuri agung. adakah keturunan Awang Osman pun ada pertalian dengan tuan megat? minta tuan email saya, sbb saya la nie ada d sarawak. kalau dekat dah lama sy pergi cari tuan... irmanggis@yahoo.com

    BalasPadam
  11. jd apa kene mengena ahlulbait dgn keturunan syed tu plak abg megat... sekadar ingin tahu

    BalasPadam
  12. saudaraku mohd...

    keturunun ahlul bait sebenarnya ialah yg mempunyai darah s.a.w. tapi zaid b harithah dan bapa saudara nabi abbas r.hu juga di letakkan d bawah ahlul bait.

    manakala syed d nusantara juga dari keturunan dan darah nabi s.a.w.

    BalasPadam
  13. waalaikum salam amri...

    utk pengetahuan anta, awang osman tu ialah anak menakan permaisuri agung syarifah nur zahirah aljefri dan merangkap cucu kpd hj. zin.


    baginda awang osman itu juga menpunyai talian kerabat di raja dgn ana dari jurai syed jamal al-jefri dari xian china merong maha wangsa, sekian harap maklum.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. salam tuan megat...
    datuk sy nama yaakob bin darus bin awang osman bin mohd arshad bin tok nek samad...
    datuk saya dulu pernah berniaga di Pekan Rabu, Alor Staq... tuan megat kenal tak... family sy dan tok lang abdul jalil bin yahaya bin awang osman bin mohd arshad bin tok nek samad.... minta bantu lagi....tq tuan megat...

    BalasPadam
  16. Salam Tuan
    Saya ingin meminta pertolongan utk menyemak salsilah keturunan di sebelah tok saya jika sekiranya ada maklumat. Nama Tok Nek saya ialah Megat Jusoh dari Kubang Siam, Alor Janggus. Semua anak-anaknya (tok saya dan adik-beradiknya) telah pindah ke Yan dlm tahun 1900an dan semua harta ditinggalkan begitu shj tanpa diketahui puncanya. Jazakallah

    BalasPadam
  17. Waalaikumussalam warah matullah...

    utk pengetahuan saudara amri dan ibn hussain apa yg terjadi kpd antuma berdua dan apa2 kemusykilan yg berlaku itu akibat dari peristiwa perang sabil musuh bisik tahun 1821.

    angkara dari british , thai, tentera negeri2 selat dan para pemberontak lanun2 melayu yg menentang maharaja melayu syarif syah meyebabkan antuma terputus salasilah dan kehilangan harta peniggalan nenek moyang masing2.

    tapi insyaalah semua itu akan d kembalikan kpd antuma berdua dgn izin allah. antuma sertakan alamat masing2 utk d jemput menghadiri majlis yg akn d buat tidak lama lagi utk kita memperhalusi dari jurai mana keluarga antuma.

    sekian selamat tahun baru masihi 2010 , sekian wsslm.

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas makluman anta. Harta bukanlah subjek utama. Yang utama ialah mengetahui dgn sahih salsilah keturunan itu. Masa saya kecik, almarhumah tok saya mmg selalu cakap kita ni keturunan diraja tapi ayah saya tak berapa suka perkara ni diperbesarkan tanpa bukti, hanya sekadar cerita. bila balik ke Alor Janggus menziarahi sepupu tok ana dulu-dulu pun mrk tak mau cerita benda yg silam ni.
    Cerita musuh bisik ni ana tau sikit drp tok sebelah mak ana yg memang lari turun drp Setoi akibat peristiwa ni. Depa turun ke Sg Limau, Yan dan sebahagian lagi turun ke Perak dan Selangor. Yg belah Setoi ni ada salsilahnya dan hari ni depa masih balik ke Setoi dan cakap siam.
    Selamat tahun baru dan Jazakallah

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Tuan Megat,

    Izinkan saya dalam ruangan ini utk bertanya mengenai salasilah RAJA MUHAMMAD YUSOF AL-MAHDI IBNI SULTAN ALI ALAUDDIN RIAYAT SHAH yg mana baginda diclaim oleh Bugis sebagai YDP Muda Riau dan bersalasilahkan keluarga bugis.

    Gambar al-Marhum Raja Muhammad yusof Al-Mahdi :
    http://3.bp.blogspot.com/_Ff6lyNRwH48/Sl6k9S_pEvI/AAAAAAAAAKc/LvmBxHRlF4Y/S269/YDM+Sultan+Muhammad+Yusof.jpg

    Dibawah ini pula adalah Sultan Lingga terakhir yg dikatakan sebagai putera kpd Raja Muhammad Yusof iaitu SULTAN ABDUL RAHMAN MUADZAM SHAH ibni RAJA MUHAMMAD YUSOF melalui perkahwinan baginda dgn Tengku Embong Fatimah bte Sultan Mahmud Muzaffar Shah(marhum mangkat di Pekan, Pahang).

    Gambar almarhum Sultan Abd Rahman Muadzam Shah:
    http://1.bp.blogspot.com/_Ff6lyNRwH48/Sl6nowZpRFI/AAAAAAAAAKk/W3fFfU0q4k8/S269/Sultan+Abdul+Rahman.jpg

    Ini pula dikatakan makam milik Raja Muhammad Yusof di Pulau Lingga yg digelar penduduk sebagai 'makam merah' :
    http://members.ziggo.nl/zoontjes/photos/gallery/lingga/lingga08.jpg

    Kalau dapat tuan muatkan maklumat sebenar dlm artikel akan datang utk pendedahan sejarah realiti kpd para pengunjung blog ini memandangkan 'tokoh' adalah sgt terkenal dan maklumat baginda amat mudah diakses dimana2 laman web sejarah melayu.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  20. salam ibn hussain,
    bleh email sy tak....sbb adik beradik sy pun ada di setoi...mungkin kita ada pertalian...
    nie email sy irmamanggis@yahoo.com

    sy bersetuju dengan ibn hussain, tujuan sy mencari salasilah bukan kerana harta ttp utk mengetahui jurai keturunan...

    BalasPadam
  21. waalaikum salam saudaraku ibn hussain, zack dan amri...

    insyaalah pencarian asal jurai keturunan antum semua akan di berkati dan di mudahkan oleh allah s.w.t.

    ana akn cuba siar dan jawab salasilah antum semua dan jika di izinkan oleh allah di dalam artikel akan datang. jgn risau dan gundah gulana menghadapi dugaan allah. pencarian saudara ibnu husain, zack dan amri ini akn terjwb d suatu hari nnti ...sabarlah sbb allah bersama dgn org2 yg sabar.

    wsslm.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum & salam perjuangan.Semoga tahun ini Megat lebih banyak maendapat ilham untuk membongkar rahsia agenda kafir laknatullah untuk dikongsikan & disebarkan kpd seluruh umat Islam.

    BalasPadam
  23. kg kubang pasu yan ada kaitan dgn kubang pasu d jitra? majoriti boleh berbahasa siam.. pak mentua saya ada sebilah pedang lama berukiran teratai d hulu.. dan keris panjang ber corak teratai jgk.. sekian

    BalasPadam