Nabi s.a.w. bersabda : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. (Sahihain)

Sabtu, 21 Ogos 2010

SELAMAT DATANG KE ZOO NAGARA DAN PENGKHIANATAN KE ATAS MAKAM NABI S.A.W.



DI BUKIT AJYAD SATU PENEMPATAN TERBESAR ORANG-ORANG MELAYU DI MEKAH DI MANA TERDAPAT MASJID PATTANI, MASJID KEDAH DAN MASJID KELANTAN. DI BELAKANG KAMI TU MASJID KEDAH


Assalamualaikum semua, di artikel pada bulan yang mulia ini tidak terlambat untuk ana mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, di mana sahaja antum berada semoga di bulan yang berkat ini kita dapat mengubah keperibadian kita lebih elok dari bulan-bulan sebelumnya, menyerupai keperibadian nabi s.a.w. Agar Allah memberi pencerahan kepada kita tentang sejarah nusa bangsa yang telah rosak di tangan penjajah ini. Walaupun ana di beritahu ada tentangan dari setengah pihak terutamanya golongan pensyarah-pensyarah sejarah yang sudah lama di hidangkan dengan kajian-kajian palsu barat, terutamanya pensyarah yang menyamar sebagai masih anak dara, siap dengan tangan anak muridnya dan artis yang menulis padahal beliau sudah tua kerepot dan mempunyai cucu tiga orang. Tetapi perjuangan tetap diteruskan demi survival Umat Melayu Islam dan dunia amnya. Pembohongan beliau ini dengan mengerah anak-anak muridnya di kuliah menghantar puluhan malah ratusan ulasan tanpa nama untuk menunjukkan kononnya mereka berpengaruh dalam dunia penulisan blog, sebenarnya tidak memberi kesan kepada golongan Merong yang bila membuat perhimpunan pernah mencatat hingga tiga ribu orang.
--------------------------------------------
---------------------
--------------------------------------------
Malah ia mengajar pula tuan punya blog yang ia dijemput membuat artikel, cara mendapat banyak ulasan tak bernama untuk sebagai denak agar orang mengganggap artikelnya antara kononnya terbaik. Taktik kotor ini tidak dapat menyekat kemaraan golongan keluarga Merong Mahawangsa untuk terus maju membuka pekung musuh-musuh Allah di dalam penipuan sejarah mereka bukan saja di Nusantara, negara-negara Arab malah seluruh dunia amnya. Kita tidak pernah memaksa saudara mara yang hadir di perhimpunan keluarga Merong Mahawangsa ini menghantar ulasan ke blog-blog ini seperti sesetengah mokcik pensyarah siap menjanjikan markah jika anak-anak murid kuliah dan tutorialnya menghantar ulasan di artikelnya. Ini kerana ramainya penghantar ulasan bukan bukti blog kita antara yang benar, betul dan terbaik. Penipuan ini dapat dikesan bila di tinjau di tahun 2007 dan 2008 bilangan ulasan macam biasa sekitar 7 orang dan 17 orang malah sesetengah artikel mereka tiada ulasan lansung. Tapi bila mak cik sri mulut joyah tiba, rancangan untuk memaki hamun keluarga Merong Mahawangsa pun bermula dengan memperbanyakkan puluhan malah ratusan ulasan palsu di buat. Dulu mengaku Jawa dan sekarang mengaku orang Semenanjung pula. Innalillah... bawa istighfar.


SEORANG ARAB BADWI WAHABI SEDANG MENUNJUKKAN AKSI BURUKNYA DI DEPAN MASJID NABI S.A.W.


Malah pembohongannya makin terserlah bila menggandaikan di hadapan pembaca blog yang dirinya masih muda dan tidak berkedut, bila meletak gambar-gambar batil wanita muda di artikelnya untuk menyokong artikelnya yang bulat-bulat di ambil dari kajian universiti-universiti barat yang ditunjangi oleh musuh-musuh Allah. Kerja menghina, memaki hamun dan mengfitnah bukan kerja anak dara yang pemalu, tapi kerja seorang tua Joyah yang penuh dengan hasad dengki kerana tidak sama dengan kajian sejarah dongeng yang di pelajarinya dan bercanggah dengan apa yang dihidangkan dari kawan-kawannya dari kalangan sejarawan-sejarawan barat musuh-musuh Allah. Semoga Allah taala memberi hidayat kepada mereka daripada menjadi murid dan pengikut pihak barat dan alat musuh-musuh Allah berkenaan. Memang ada permintaan dari mok cik sri ini yang hendak pencen itu untuk berjumpa dengan Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim untuk mengetahui keadaan pergolakan sebenar di Indo-China atau Benua Siam dan lain-lain daerah serta wilayah tengah dan selatan Nusantara.

-

------------------------------

Tapi permintaan itu tidak dapat di penuhi kerana untuk keselamatan YTM Shah Alam Tuanku Nai Long Kasim dan keadaan baginda pula sekarang ini yang semakin uzur. Ini menyebabkan pensyarah mok cik sri ini semakin mengamuk dan memapar sifat keji beliau di setiap penulisan untuk membalas dendamnya terhadap keluarga diraja ini walaupun di BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI. Sebarang pujian dan ulasan yang baik terhadap keluarga diraja Merong Mahawangsa ini akan menimbulkan kemarahan beliau menyebabkan beliau masuk kemana-mana blog untuk memberi kutukan huduh dan memaki hamun, malah tidak cukup dengan artikelnya yang penuh kebencian terhadap golongan Ahlul-Bait ini, malah menyamar sebagai gadis muda agar pembaca blog lain tertarik dan ingin berkhayal dan berkahwin dengannya. Taktik konspirasi yang di pelajari beliau dari musuh-musuh Allah ini di gunakan sebanyak dan sehabis yang mungkin untuk memberi kepuasan nafsu amarah hasad dengki beliau. Pembaca-pembaca blog jangan risau tentang perkara ini sebab musuh ada di mana-mana malah nabi s.a.w. yang wajahnya cukup mubarak dan bercahaya pun ingin di bunuh oleh Yahudi, Munafikin dan kafir Musyrikin. Semoga Allah memberi hidayat kepada golongan yang semacam ini.






Gambar video diatas ialah memaparkan bangunan, kota-kota dan tembok lama yang penuh dengan simbol dan nilai sejarah yang tinggi di Makkah dan Madinah. Tapi kebanyakan kota-kota didalam video ini hancur punah di tangan puak Saud dan syaitan Wahabi atas arahan bos mereka yang berpusat di London, England, kononnya untuk pembangunan. Maka habislah bukti sejarah nusa bangsa terutama yang melibatkan kerajaan Syarif-Syarif Mekah Ahlu-Bait dengan kerajaan di Nusantara iaitu Kedah Tua Merong Mahawangsa. Berbagai-bagai manuskrip kedua-dua kerajaan ini juga di gelap dari sejarah dunia demi untuk menutup ketamadunan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Mahawangsa yang agung itu di Timur Jauh. Malah kewujudan empayar Kedah Tua al-Jefri juga di hilangkan dengan rapi agar orang-orang Islam tidak tahu peranan yang dimainkan oleh keluarga rasul s.a.w ini dalam pembangunan tamadun sehingga ke akhir zaman. Berbeza dengan orang-orang barat contohnya ketamadunan di Vatican dan Rome yang mempunyai puluhan muzium untuk mengabadikan kehebatan tamadun bangsa dan agama mereka. Manakala ketamadunan kota London dan eropah barat masih baru di sekitar abad ke 17 dan 18 itupun atas penjajahan, rompakan dan penjarahan keatas tanah-tanah jajahannya terutama Semenanjung Siam Malacca yang penuh keberkatan seperti Kota Mekah dan Madinah yang digelar oleh musuh-musuh Allah sebagai New Jerusalem.



CUBA ANTUM SEMUA PERHATIKAN LAMBANG SAUDI ARABIA YANG DIREKA DAN DIHIDANGKAN OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH, MENYERUPAI LAMBANG NENEK MOYANG MEREKA IAITU LANUN, PEMBUNUH ORANG-ORANG MULIA DAN PARA ANBIYAK

KELIHATAN KETUA SYAITAN WAHABI DARI KELUARGA SAUD, KING ABDULLAH SEDANG BERCIUM-CIUMAN DENGAN MUSUH ALLAH

Di bumi Madinah al-Munawwarah, musuh-musuh Allah ini telah menggunakan boneka mereka dari keluarga Saud dan syaitan Wahabi untuk membuat Gril atau Pagar Geriji dengan ketinggian sekitar 21 kaki dan DI KUNCI PINTU-PINTUNYA untuk menghalangi umat Islam masuk kedalam melihat pusara nabi s.a.w. Pagar ini asalnya di bina dengan mempunyai pintu keluar masuk pada tahun masihi 1233 atau 620 hijrah oleh Raja Zahir setinggi 10 kaki dari kayu. Ini diikuti oleh Grill dari tembaga pada tahun masihi 1484 bersamaan dengan tahun 888 hijrah oleh Raja Qayit Beg dan pada zaman Raja Sulaiman Khan dari Turki Usmaniyyah ia ditambah batu-batu mamar dan bahan-bahan lain pada masa pemerintahannya di tahun 926 hingga 948 hijrah. Tapi bila sampai zaman Raja Abd. Aziz dari puak-puak Saud semua pintu-pintu ini di tutup iaitu Pintu Kiblat yang di gelar Pintu Taubat, Pintu Barat, Pintu Timur atau di panggil orang Pintu Fatimah kerana berdekatan pada masa itu dengan rumah puteri rasul s.a.w iaitu Fatimah az-Zahra r.ha Dan akhir sekali di kunci oleh puak-puak syaitan Wahabi ini Pintu Utara yang di kenali sebagai Pintu Tahajjud.

------------------

------------------------------

Semua orang dilarang keras memasukinya sesuai dengan kehendak musuh-musuh Allah agar melarang umat manusia dari mengamalkan sunnah nabi dan berdamping dengan makam nabi s.a.w. Malah tidak dibuka lagi sehingga sekarang walaupun untuk orang-orang tertentu dan utusan-utusan resmi kerajaan seolah-olah Nabi s.a.w. ini dan sahabat-sahabatnya seperti monyet, lontong dan kera di Zoo, di khuatiri lari dari makam-makam berkenaan. Jika di Mekah rumah-rumah mazhab dibuang dan kubah-kubah putih keliling Kaabah yang di ketuk plasternya yang asalnya berwarna kebiru-biruan, sekarang tinggal batu merah, seperti yang berlaku di Masjid Grisik dan di Kota Ayuthia. Jadi bila di bina Grill Zoo tertutup ini di Masjid Nabi di Madinah ai-Munawwarah, mereka sebenarnya berjaya menghalang umat Islam dari mendampingi pusara nabi s.a.w . Bila kita datang menziarahi makam nabi s.a.w. kita akan di halang melihat pusara baginda bila Gril Zoo ini dibina. Bila kita ingin mengintai untuk melihat makam nabi s.a.w. dengan lebih dekat melalui jeriji-jerji besi berkenaan kita akan dapati kain hitam di rentang dari dalam untuk menghalang umat dari melihat pusara kekasih Allah berkenaan. Padahal jika di Zoo jika kita mengintai di celahan Grillnya, kita akan dapat melihat monyet tersengih-sengih kepada kita tapi jika kita mengintai-ngintai di zoo ciptaan syaitan Wahabi ini di Masjid Nabawi tiada apa yang dapat kita lihat.



KELIHATAN MAKAM NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG DITANDAI DENGAN MATA DAJJAL MANAKALA DI SEBELAHNYA IALAH MAKAM ABU BAKAR AS-SIDDIQ DAN UMAR R.HUMA




Malahan di Grill Zoo Nagara di Masjid Nabawi berkenaan di letak pula mata dajjal, kononnya ini kawasan makam Nabi Muhammad s.a.w. Yang di sebelahnya pula makam Abu Bakar as-Siddiq r.hu dan akhir sekali ada penanda mata dajjal juga oleh boneka kafir ini, makam Umar al-Faruq r.hu. Seorang nenek yang bernama Hajjah Zainab pernah memberitahu semasa zaman beliau ke Mekah dahulu sekitar tahun 50an dahulu beliau dapat menziarahi makam nabi s.a.w tanpa penutup. Beliau dapat terus bermuhasabah dan mengucapkan terus salam kepada kekasih Allah berkenaan.Sejarah mencatatkan Syed Ahmad Rifae rah. ialah salah seorang sufi yang besar. Satu peristiwa yang masyhur telah dikaitkan kepadanya. Pada tahun 555 hijrah beliau menziarahi kuburan mulia di Madinah dan membacakan dua rangkapan pantun memuji nabi s.a.w. Tangan rasulullah s.a.w terhulur keluar daripada kubur dan Syed Ahmad Rifae menciumnya, sila rujuk m.s. 200 Kitab Fadhilat Selawat. Jika Grill wujud krisis untuk bersalaman dengan rasul s.a.w. akan wujud, ini yang menyebabkan si alim batil Yahudi dan Nasrani ini dari kalangan musuh-musuh Allah ini memberi arahan agar menghentikan perkara ini kepada puak syaitan Wahabi yang berpusat di Najd yang kononnya bernama Riyadh.

-------------------------------

Sejarah juga mencatatkan cerita dari Syeikh Abdul Nasir rah. berkata: setelah Haji aku pergi menziarahi rasul s.a.w. di Madinah. Selepas memberi salam kepada baginda aku duduk dekat makam tersebut. Tatkala itulah Syeikh Abu Bakar Diyat tiba dan memberi salam kepada nabi s.a.w. , Assalamualaika ya rasulullah. Dari dalam makam tersebut aku mendengar suara menjawab, Walaika Salam ya Abu Bakar, semua yang hadir berdekatan dengan kuburan tersebut juga mendengar jawapan ini, sila rujuk m.s. 266 kitab Fadhilat Haji dan Ziarah. Ketika Saidina Usman r.hu di kepung di dalam rumahnya oleh musuh-musuhnya, aku pergi untuk memberi salam kepada nabi s.a.w. disana. Baginda s.a.w. berkata kepadaku : Saudara yang ku kasihi, baik sekali kerana kamu telah datang. Baginda bersabda lagi kepadaku : Wahai Usman, aku lihat bahawa musuh-musuhmu telah menahan kamu didalam rumahmu dan mereka telah menyusahkan kamu dengan kedahagaan tanpa air. Aku menjawab : Benar ya Rasulullah, mereka telah melakukannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya menghulurkan setimba air yang daripadanya aku minum yang kedinginannya masih terasa antara tulang belikat dan dadaku, sila rujuk m.s. 267 Hikmah dan Fadhilat Haji, Umrah dan Ziarah. Didalam Kisah-Kisah Para Sahabat pula di m.s 254, sejarah mencatatkan kisah seorang wanita telah pergi berjumpa Aisyah r.ha dan berkata kepadanya. Bawalah saya menziarahi makam rasulullah. Oleh itu Aisyah r.ha pun membuka PINTU bilik itu. Wanita itupun pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis. Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia, sila rujuk kitab as-Syifak.



GAH, NAMPAK HEBAT PUSARA NABI S.A.W. TAPI SEKARANG SAYANG TELAH DIPAGARI DAN DI KUNCI OLEH SI SYAITAN WAHABI. TAPI YANG MANA SATU MAKAM RASUL S.A.W. ? INGAT ! JANGAN BERGADUH BAB NI. SEBAB SEMUA INI ANGKARA MUSUH-MUSUH ALLAH YANG MENGAJAR KELUARGA SAUD MENUTUP DENGAN GRILL DAN PINTUNYA DARI DIMASUKI OLEH ORANG-ORANG ISLAM





Semasa menziarahi makam nabi s.a.w. kita di galakkan menjarakkan diri lebih kurang 5 meter dari makam kuburan baginda s.a.w. Jadi bila musuh-musuh Allah telah membuat Grill siap di tutup dengan kain langsir hitam di dalamnya kononnya untuk mengelakkan berlakunya perkara khurafat. Ini memyebabkan kita susah untuk mengagak jarak yang perlu di buat seperti yang di gariskan oleh alim ulamak. Dan yang terbaru berlaku pula perselisihan di kalangan umat tentang bentuk rupa asal makam nabi s.a.w. ini di sebabkan lamanya tempoh makam nabi di sembunyikan oleh syaitan Wahabi di dalam Grill yang dikunci oleh mereka. Ada yang mengatakan bentuknya ada serban hitam di hujungnya dan ada mengatakan bukan tapi gambar yang sebenarnya ada lilin besar di tepinya. Malahan ada pula mengatakan bukan seperti itu, itu hanyalah makam raja-raja Turki Usmaniyyah di Istanbul. Malah bermacam-macam lagi telahan telah di buat dan mungkin menyebabkan pecah belah di kalangan umat.

__________-------------

Jika bab pegangan mazhab dan makam telah berjaya di kacau bilau dan di putar belitkan oleh musuh-musuh Allah ini, bab sejarah tentang pemerintahan di Mekah juga telah lama di putar belit oleh mereka. Seperti peranan Ahlu-Bait di Mekah dan di Nusantara didalam memelihara kesucian agama Islam terutamanya bumi Hijaz ini telah di gelapkan dari sejarah dunia. Catatan pemerintah Ahlul-Bait Syarif-Syarif Mekah mengenai kunjungan orang-orang penting dan penempatan orang-orang besar di Kota Mekah semuanya di gelapkan oleh musuh-musuh Allah ini. Seperti catatan oleh pemerintah Syarif-Syarif Mekah tentang kunjungan Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435m ), kunjungan Raja-Raja Daerah Nusantara seperti rombongan Hang Tuah atau Tun Syaaban Ibni Almarhum Nai Hisbu Gangga Nagara dan kunjungan menuntut ilmu oleh Maharaja Melayu Sultan Syeikh Abdul Kadir Ibni Almarhum Sultan Hussein Shah Alam ( 881-904m ) di bumi yang mulia ini. Semoga pecah belah umat yang berlaku angkara puak-puak Saud dan syaitan Wahabi atas tunjuk ajar musuh-musuh Allah ini dapat di pulihkan oleh Allah Azzawajalla dengan cara kita menghayati semula sejarah yang sebenar dan dapat mengetahui apa sebenarnya berlaku dibumi suci ini dan hubung kaitnya dengan sejarah Nusantara dan dunia amnya.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikom saudara Megat...

    Terima kasih kerana info ini.Saya berpendapat kita haruslah menentang pembinaan grill dimakam nabi yg agong-agongkn selama ini.

    Kita patut menentang sekeras-kerasnya pembinaan grill ini kerana menghalang penglihatan kita untuk melihat pusara nabi yang tercinta.Kita harus merancang cara-cara untuk menghapuskan grill yang dimakam nabi.Sekian...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, saya menyokong usaha tuan, semoga tuan terus sihat untuk meneruskan usaha sebegini.

    BalasPadam
  3. Walaikumussalam saudara auji dan hj lutfi,

    niat auji tu allah dah kira dah, ikut logik kita bukan boleh buang senang2 ,tambahan pulak org putih tu sifu depa.

    trima kasih atas sokongan dan doa tuan haji, semoga anta sukses dan berjaya dlm perniagaan.

    BalasPadam
  4. teruskan membongkar kebatilan yang geng2 dajal nie buat...

    BalasPadam
  5. ansar= Selain Masjid Nabawi, tempat bersejarah dan penuh berkah lainnya di kota Madinah adalah kompleks pemakaman Baqi. Di tempat itulah dimakamkan para imam ahlulbait, keluarga nabi, dan juga para sahabat termasuk kalangan syuhada. Dahulu, tempat tersebut cukup rapi dengan bangunan dan kubah tempat orang berkumpul untuk berziarah. Sampai akhirnya, kelompok Wahabi menguasai Jazirah Arab.

    Secara bertahap dan dengan alasan yang rapuh, pada hari Rabu 8 Syawal 1345 H bertepatan dengan 21 April 1925, pemakaman Baqi dihancurkan secara total oleh Raja Abdul Aziz dari Arab Saudi. Pada tahun yang sama, ia juga menghancurkan makam manusia suci di Jannatul Mualla (Mekkah) di mana ibunda Nabi Muhammad (Siti Aminah as.), istri Nabi, kakek dan leluhur Nabi dikuburkan.

    BalasPadam
  6. Rahasia di Balik Kebohongan Wahabi!

    Madinah, Aktualpress-Mungkin anda menyaksikan foto di samping yang menunjukkan kubah Masjid Nabawi memiliki sisi menonjol yang berbentuk seperti kuburan. Mungkin juga anda mendengar selentingan berita mengenai apa sebenarnya itu. Namun apa sebenarnya bagian yang menonjol dari kubah Masjid Nabawi itu?

    Beberapa waktu lalu sebuah situs Lebanon menguliskan isu bahwa para pemeluk Wahabi ingin menghancurkan kubah hijau kuburan Nabi Muhammad Saw. Namun keinginan mereka tidak terlaksana. Karena tiba-tiba saja terjadi petir di langit menyambar orang yang ingin melaksanakan perintah berbahaya menghancurkan kubah Masjid Nabawi dan ia tewas seketika!

    BalasPadam
  7. Salam Tuan Megat Al-Jefri
    terima kasih atas artikel yang menarik, membuka mata dan mencerna minda bagi yang ingin memikirkannya. Harap dapat diperbanyakkan lagi artikel2 sebegini dan berkaitan pejuang2 Allah terutama di Bumi Melayu agar kita pebih mengenali mereka.

    Tertarik dengan nama keluarga tuan Megat dan Al-Jefri, ini kerana sebelah saya dikatan ada titisan darah Megat, iaitu moyang saya Megat Ahmad dan Ibunya bernama Sharifah Roqiyah. Sebelah isteri saya pula titisan keluarga Al-Jefri adalah dari sebelah Ibu yang berasal dari Kuala Kedah. Lebih lengkap salasilah di lama web saya www.jejakwaris.com mungkin kita bersaudara wallahualam.

    Fairus

    BalasPadam
  8. waalaikumussalam saudara fairus

    trima kasih atas sokongan anta, utk pengetahuan anta keluarga kami darah Megat sebelah Megat Manja manakala al-jefri dari sebelah SYED JAMAL AL-JEFRI seorang tokoh purba dan merupakan seorg wali abdal.

    ya, anta dan isteri mungkin dari jurai kami merong maha wangsa dan kita bersaudara. wallahuaklam bissowab.

    BalasPadam
  9. Waalaikum salam ahmaddeedat...

    selamat datang ke KOTA ana yg tak seberapa ini. dan tahniah kerana dapat dtg utk mendapat ilmu ttg sejarah nagara kita.

    juga selamat dtg ke alam merong maha wangsa ini utk anta d beri pencerahan sejarah realitu sebenar nusa bangsa kita yg sebenar.

    wsslm...

    BalasPadam