Lawatan itu bermula pada pukul 9.00 pagi dengan lawatan bermula di kawasan Merbuk di UiTM cawangan Merbuk. Peserta diberi penerangan tentang batik Merbuk dan bersarapan di sana. Peserta kemudian dibawa melawat ke tapak Arkeologi di Kampung Sungai Batu yang mana cari gali sedang dibuat diatas 3 tapak di kebun kelapa sawit.
Kemudian setelah meluangkan masa selama 2 jam di sana, peserta telah dibawa melawat tapak peleburan bijih yang mana telah di sifatkan oleh YB Dato' Dr. Rais Yatim sebagai penemuan yang paling berharga dalam sejarah negara Malaysia. Dalam cari gali tapak baru itu terdapat sebuah kilang melebur bijih yang tertua di dunia, sebuah kilang purba yang tertimbus di kawasan kebun kelapa sawit. Tapak yang masih dalam proses cari gali ini dan disekitarnya mungkin akan diisytiharkan sebagai tapak Taman Sejarah Negara. Setiap bahan penemuan akan dianalisa berdasarkan berat, warna dan struktur bunyi. Semua ini akan dikenalpasti menerusi proses folouresen dan diffraction.
------------------------------------------------------------------
Peserta telah meneruskan lawatan mereka itu kemudiannya ke Muzium Arkeologi untuk bersolat Zohor dan makan tengahari di sana. Peserta telah disambut oleh pegawai muzium serta diberi taklimat ringkas tentang sejarah dan peristiwa kawasan Pengkalan Lembah Bujang siap dengan sessi soal jawab dari keluarga keturunan Sultan Syarif Syah, kemudian peserta beramai-ramai menunaikan solat Zohor di Menaksah yang terletak berhampiran dengan bangunan muzium berkenaan. Setelah makan tengahari dan berehat, peserta telah berangkat ke acara kemuncak iaitu menziarahi makam nenek moyang iaitu Sultan Muzaffar Syah I @ Merong Maha Wangsa dan makam anakandanya "Sultan Saidina Ali Wa Maulana" Merong Maha Podiset. Didalam penulisan dongeng British nama makam Sultan Muzaffar Syah I ditulis dengan nama Phra Ong Maha Wangsa (Firaun Merong Maha wangsa ?).
---------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
Dalam hikayat Merong Maha Wangsa, British telah mengolah hikayat dakwah Islamiyah ini kepada dongeng dan mitos, kononnya Syeikh Abdullah Yamani yang bersahabat dengan Iblis telah terbang kesana kemari hingga sampai ke istana Raja di Bukit Meriam. Di istana itu mereka telah memasuki kamar tidur raja dan Iblis menghidangkan arak untuk di minum oleh Tuan Syeikh. Beliau pun memarahi Iblis kerana berkelakuan demikian dan timbullah pertengkaran kecil lantas Iblis merebut kembali tongkat saktinya dan Raja Kedah pun ternampaklah lembaga Tuan Sheikh. Tuan Syeikh pun mendakwah Islam kepada Raja Kedah dengan itu Raja Phra Ong (Firaun ?) terus memeluk Islam dan memakai nama Sultan Muzaffar Syah I, padahal perkataan Syah adalah terlalu asing bagi orang Arab Yaman kerana Syah bermaksud dalam bahasa arab ialah kambing. Kisah ini telah dimasukkan oleh Muhammad Hassan ke dalam hikayat Merong Maha Wangsa setelah raja Thai telah mengumpul kesemua hikayat yang asli dan dibakar habis habisan atas alasan hikayat itu mendakwa Siam-Kedah lebih dulu wujudnya lebih dulu daripada Siam-Thai dan menerbitkan hikayat yang baru di bawah seliaan kerajaan British pada tahun 1920.
Di pusara itu sebelum peserta makan dan bersolat Asar, para peserta telah berdoa beramai-ramai agar roh baginda Sultan Muzaffar Syah I @ Merong Maha Wangsa selamat sejahtera di sisi Allah Azza Wajalla. Di pusara itu juga para peserta bertafakur dan bermuhasabah agar dakwah Islamiyah yang telah dibuat oleh Merong Maha Wangsa mengIslamkan seluruh Nusantara dan Raja Soka India serta mengIslamkan seluruh benua India diterima oleh Allah Azza Wajalla. Semoga segala jasa Baginda dan permaisurinya Syarifah Mariam al-Jefri diterima oleh Allah. Semasa keluarga Baginda tewas ditangan pihak Thai dan British, pihak musuh telah merampas harta peninggalan yang ada seperti tanah pertanian, kota-kota, syiling-syiling matawang kerajaan Kedah Tua, lambang dan bendera kerajaan, peralatan istana dan bukti-bukti bertulis contohnya hikayat-hikayat asli dan bernilai tinggi dibakar dan ditulis semula seperti kisah Raja Bersiong dan Kisah Ratu Mahsuri. Semua ini berlaku ketika Musuh Bisik sehingga rakyat Kedah khususnya di daerah Kota Star, Kubang Pasu, Bukit Raja (Kayangan) dan Tanah Merah (Pendang) hidup dalam ketakutan. Pangkat dan nama dibuang. Jika sekiranya ditangkap oleh pihak musuh iaitu Thai, British dan pemberontak (keluarga Abdullah Mukarram) mereka pasti dibunuh.
--------------------------------------------------------------------------
Phra Ong Maha Wangsa (Firaun Merong Maha wangsa ?) padalah puak Queen of England nilah bloodlines firaun..
BalasPadamsalam saudara TMP, phra ong bukan setakat ada dlm sejarah malah phra ong bermakna tuhan dlm buku-buku agama mereka. jadi didlm buku-buku agama islam kita kena sebut allah, jgn d baca dgn perkataan tuhan, nnti phra ong pulak bunyinya atau firaun. banyak lagi nasihat-nasihat british pada org-org thai d bangkok ni yg terlalu banyak agendanya yg pelik-pelik guna utk menghancurkan agama islam.
BalasPadamAssalamualaikom saudara Megat dan salam kasih mesra.....
BalasPadamSetahu saya dalam buku-buku agama berbahasa Thai, perkataan Tuhan di baca dengan Pra Ong atau bahasa mudahnya Fir Ong atau Firaun dalam ejaan kita. Kenapa sampai begitu jadinya ?
Assalamualiakum Shah Alam Megat....
BalasPadamAku tengok dlm buku-buku agama bangkok depa sebut tuhan dengan pangilan Pra Ong atau bahasa mudahnya Fir Ong atau Firaun dlm ejaan kita. Kenapa sampai begitu jadinya?
Dan nama raja kedah kononnyo masuk islam 1136 masihi, nama tu jugak digunakannya. Nampak sangat konspirasi bangsa british tu nak menyesatkan sejarah kita.
You datang Tuanku Megat bagi ILMU at the right time. thank you and thank you very much.
Waalaikum salam saudara auji...
BalasPadamPercaturan Iblis dan bidak-bidaknya sama saja, benda tula atau ulangan benda yg sama didlm penipuan mereka iaitu:
1 depa Pecahkan bangunan2 @ pecahkan plaster binaan asal dan asli.
2 depa Tukar pemimpin yg lain serta tiada darah ahlul bait lansung.
3 depa Buat penulisan baru dan salasilah baru yg palsu agar dapat d pesongkan dari Kedah Tua dan Syarif serta di jauhkan drdp hubungan ahlul bait d seluruh dunia, sbb ahlul bait ADALAH MUSUH ketat YAHUDI DAN NASORO.
sekian.
Syukur,,ada juga tempat gua rujuk,,,semoga roh moyang gua Panglima Nayan & Panglima Awang Pho,semoga dicucuri rahmat,,,Aamin
BalasPadamaaamin, trima kasih atas kunjungan anta ke blog ini. boleh anta cerita sikit ttg panglima nayan dan awang pho d sini. kami sangat merindui perjuangan moyang anta melawan BRITISH dan POLIS BRITISH ini.
BalasPadamsemoga kesyahidan moyang anta berdua itu menjadi idola d dlm kehidupan kita. tapi dlm sejarah kita POLIS BRITISH pula menjadi heronya keh, keh, keh.
Assalamaualaikum, kalau ikut slah silah ktruanan sebelah emak saya Tuanku Sh.nur Zahirah pun ada kaitan pertalia keluarga keturanan mohd. saad dr Yaman alim ulama200-300 ratus tahun.saya ada myimpan salah silah keturunan saya seramai lebih dr 2,000 org dllm bentuk buku.carta ketrunan saya masih ada dibuat oleh anak pengumpul maklumat keluarga allhyarham Dato dr omar din dn baru2 ini dibawa pulang ke Kuala lumpur oleh anaknya dato' abdul aziz takut dimakan bubuk dn anai2.nenek moyang saya juga salah1 yg mislamkan org Rohinya, burma semasa dlm pjalanan ke tanah melayu.dnmenjadi penasihat keapd Sultan apa saya tk ingat.
BalasPadam