--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tuanku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Serisultan Muhammad Jiwaz bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka ini. Beliau merupakan anak saudara kepada DYMM Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning. Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya oleh musuh-musuh dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan negeri Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato' Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani. Dato' Nai Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah. Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Nai Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.
------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------
Queen Elizebeth II bersama suaminya
---------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato' Nai Riam dan suaminya Raja Daerah Legeh Tuanku Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja negeri baru Kelantan Darul Naim. Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka ( Thai dan British ) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja Siam-Thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.
----------------------------------------------------------------
Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah Tua yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibahagi dua. Seperti peristiwa Germany telah dibahagi kepada dua wilayah, begitulah juga Kedah, kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Ahlul-Bait Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani Baru. Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah wilayah Syburi kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar orang sebagai Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran didalam negeri baru itu terletak dibawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.

Di sebelah wilayah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad juga setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai. Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai Kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan Darul Naim dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti Sultan-Sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah palsu untuk menunjukkan kepada dunia yang sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah-darah raja keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja kononnya berdaulat dahulukala.
---------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
Begitu jugalah dengan negeri dibawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran dan penghapusan kerajaan Melayu Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu sempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah daerah negeri ini dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga berketurunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran Sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman. Padahal Terengganu dan Kelantan sebenarnya ialah berasal dari kerajaan Melayu Pattani. Manakala di daerah Syburi pula di wujudkan negeri Pattani Darus Salam yang asalnya ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara juak-juak lanun Long Senik Mulut Merah dan juak-juak lanun Tengku Besar lanun Kampung Laut. Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja kafir Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.

-------------------------------------------------------------
Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau, Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor itupun selepas menghapuskan Raja-Raja Daerah Johor yang berpusat di Muar. Beliau yang berpusat di Tanjung Puteri atau bandar Johor Bahru bagi nama barunya telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan kafir British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau, anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim. Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan-Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.

Arca Rukun Negara di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Star yang mengandungi simbol topi kerajaan kafir British Empire
---------------------------------------------------------------
Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri baru ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W. sejak tahun 700 masihi lagi. Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja kafir British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.

Lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini. Mungkin jika diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.

Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau Raja Turki Monggol Usmaniyyah Raja Muhammad Khan al-Fatih Atau Muhammad al-Fatih telah menghancurkan kerajaan empayar kafir Rom ini pada usia 21 tahun. Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Raja Daerah Turki ini dan merangkap Penjaga Ribat umat Islam di Barat iaitu Raja Muhammad al-Fatih ( 1432-1446 ) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba'al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Raja Muhammad al-Fatih adalah Raja Yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.